Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 1, 2011

Apa Masalahnya Dengan Hudud..???


Pakatan Haram telah membuat keputusan untuk menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di negara ini. DAP awal- awal lagi menentang hukum hudud dan mengugut akan meninggalkan Pakatan Haram sekiranya usul Hudud oleh PAS dipersetujui kepimpinan pembangkang.

Kemudian, MCA dan Gerakan pula mengancam untuk meninggalkan BN sekiranya UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melaksanakan hudud di negara ini. Padahal, usul tersebut tidak langsung ditimbulkan oleh UMNO atau Najib sendiri.

Persoalannya, apa masalahnya dengan hukum hudud?

Sebagaimana kita maklum, hudud merupakan sebahagian kecil dari perlaksanaan hukum perundangan Islam. Ia sangat adil dan mampu membawa kesejahteraan untuk semua, termasuk kepada yang bukan beragama Islam.

Jadi, di mana silapnya hudud sehingga ditolak ramai pihak?

Silapnya ialah hudud yang diusulkan Pas melalui Kerajaan PAS Kelantan sebanyak tiga kali dan Kerajaan PAS Terengganu sekali itu kurang adil dan tidak menyeluruh drafnya. Sila rujuk kepada surat rasmi yang diutus mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang menolak draf tersebut ekoran pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang terdapat di draf tersebut.

Sebenarnya, sekiranya draf hudud itu syumul dan sempurna sifatnya, adil seadil-adilnya sebagaimana hudud Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan bersesuian dengan keadaan zaman ini, tidak mungkin Tun M akan menolak draf tersebut pada tahun 1993.

Secara peribadi, saya mendengar sendiri dari seorang mufti yang mengatakan bahawa setelah Tun M mendengar sendiri tentang hudud sebenar (bukan versi PAS), beliau setuju dengan perlaksanaannya. Namun, apakan daya, beliau bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin sebab itu Tun M menyindir Nik Aziz untuk mengusulkan sekali lagi draf hudud kepada Najib, itu pun kalau sudah diperbaiki kelemahan yang ada…mungkin?

Yang peliknya, apahal pula dengan DAP, MCA dan Gerakan yang tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal hukum Islam ini? Mereka orang Islam, kah? Bukankah dalam Perlembagaan Negara ada menyebut bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ini? Ini adalah HAK EKSKLUSIF umat Islam di negara ini. Tak faham bahasa, kah? Atau mereka berniat nak mencabar Perlembagaan dan keistimewaan itu?

Hudud adalah hukum Islam dan parti DAP, MCA serta Gerakan yang dipimpin oleh majoriti bukan Islam tidak ada hak untuk campur tangan. Jadi, diam saja lahhhh..!!!

Lagi pun, saya ada menghubungi sendiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani untuk bertanya beberapa soalan mengenai hudud dan perlaksanaannya. Menurut beliau, hudud boleh dilaksanakan dan diterhadkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala bagi golongan bukan Islam, Mufti Perak itu berkata, mereka boleh memilih untuk dihukum dibawah hudud tersebut atau undang-undang sedia ada. Lagipun di dalam Islam, tiada paksaan untuk mereka untuk berbuat begitu, “La ikraha fiddin…”, bukan?

Bagaimapun, beliau menetapkan bahawa hudud perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian zaman supaya ia adil, saksama dan bertepatan menurut Islam sebenar.

Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu. Ia boleh dilaksanakan di dalam Kanun Syariah setiap negeri di negara ini.

Lagipun, hudud sebenarnya sudah terlaksana sebahagiannya di negara ini. Misalnya, hukum qazaf dan takzir ada dilaksanakan. Cuma qisas sahaja yang belum lagi. Meskipun tidak menyeluruh, ia mampu dilaksanakan jika ada pendekatan yang wajar dilakukan dan draf yang adil dihasilkan. Masalahnya, siapa yang mampu membuat draf hudud yang menhasilkan hudud Islam sebenar?

Justeru itu, kita tidak perlu takut dengan hudud. Hudud adalah hukum Islam yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah SAW. Sudah tentu ianya adil dan sempurna sepanjang zaman! Cuma, kita perlu cerdikiawan, ilmuan, ulama muktabar dan para mujtahidin untuk meng”ijtihad”kan hukum tersebut. Itu saja.

Justeru itu, tiada cacat celanya hudud Islam itu dan ia wajar dilaksanakan di negara ini. Cuma, ia perlu dikaji saja. Bagi golongan Islam, sama ada menerima atau menolak hukum tersebut, itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima.

Jadi, tunggu apa lagi? Kajilah sepuas-puasnya dari sekarang. Semoga hudud Islam sebenar dihasilkan di bumi Malaysia ini dan menjadi contoh kepada semua negara Islam lain. PAS nak “join”? Silakan…


Sumber: kat sini

GEMPARRR..!!! DYMM Sultan Kedah pulak bantai Mat Sabu..!!!


Tuuu diiiaaaaa...!!! DYMM Sultan Kedah dah bertitah dahhhh..!!! Abih la Mat Sabu lepas ni. Jangan harap la hang nak dapat bertanding kat Kedah. Alaaaa..lagi pun, bukannya orang tak tau bahawa Mat Sabu dan Azizan Razak tak ngam!

Hang dengaq titah DYMM Sultan Kedah tu, Mat Sabu! Kalau hang degil jugak, maknanya hang ketegaq dan derhaka pada titah Sultan. Kalau zaman dulu, kalau Sultan murka, dah lama dah hang kena pancung!

Pada pandangan saya, MB Kedah pun senada dan setuju dengan titah DYMM Sultan Kedah ini. Lagipun, Azizan memang tak suka dengan Mat Sabu ni. Dulu depa okay, tapi la ni dengaq katanya depa dah tak ngam dah! Azizan tentu tersenyum dengaq titah DYMM Sultan Kedah tibai Mat Sabu ni...heheh!
"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

“Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja,"

- DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Friday, September 30, 2011

Pn. Nur, Baitul Mal, Wartawan dan Gereja punya cerita...


Masih ingat lagi tentang Puan Nur yang pernah menggemparkan negara mengaku pernah menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan dari Gereja? Kalau tak ingat, rujuk di sini.

Baru-baru ni Pn. Nur mendedahkan dan memperjelaskan tentang apa yang berlaku. Nampaknya ada yang tak kena di antara kenyataan wartawan, kenyataan dari Baitul Mal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan dirinya sendiri. Ada misquote sana sini dan sebagainya mengundang salah faham pelbagai pihak.

Jika kita bandingkan cerita wartawan dan Baitul Mal, nampak sangat seolah-olah Pn Nur dibebankan dengan kesalahan 100%. Tapi bila kita selami penjelasan Pn Nur di bawah, kita akan dapati ianya melibatkan salah faham yang memalukan oleh wartawan tersebut dan Baitul Mal pula bagaikan cuba "menyelamatkan diri".

Justeru itu, untuk berlaku adil, saya siarkan disini penjelasan Pn Nur yang saya terima. Pada saya, Pn Nur mungkin tersilap langkah ekoran kesulitan hidupnya. Namun kesulitan hidup itu bukanlah tiket untuk mewajarkannya meminta-minta dari gereja.

Yang wajar bertanggungjawab dalam hal ini ialah Baitul Mal Negeri Sembilan yang seolah cuba menjatuhkan imej Pn. Nur yang sepatutnya dibantu. Pada saya, ini soal attitude staf Baitul Mal itu sendiri. Namun, Baitul Mal pun tak wajar juga disalahkan 100%...

Wartawan tu pun satu hal lagi. Lain kali, cerita la benda yang betul. Kenapa perlu ada misquote dan sebagainya? Kan dah jadi salah faham. Mujurlah Pn Nur tak saman akhbar dan Baitul Mal. Kalau Pn Nur tu kaya, dah lama dah dia menang saman...

Sila rujuk penjelasan Pn. Nur di bawah...tengkiu!
"Saya Pn Nur. Demi Allah, saya takda niat nak menipu bila cite saya keluar kat paper.

Niat saya adalah supaya pihak Baitulmal tidak melayan org2 susah spt saya yg datang meminta bantuan dengan melayan kami seperti sampah seolah2 kami tidak ada perasaan.

Saya juga ada memberitahu wartawan yg saya pernah meminta fasakh bknnya ibu tunggal sebagaimana yg ditulis.

Baki gaji suami hanya RM640 bkn RM1,300 spt yg didakwa oleh Baitulmal. Saya boleh tunjukkan SLIP GAJI yg ada ditangan saya oleh wartawan tersebut.

Demi Allah saya takda niat nak menipu masyarakat. Tolong jangan memburuk2kan saya lagi.

Saya pernah berjumpa Kamal Amran Pengarah Baitulmal berkenaan bantuan yg saya terima ttp dia tidak mengendahkan saya lalu dia terus menyuruh saya berjumpa pegawai bawahan ttp beliau. Saya pergi berjumpa pegawai berkenaan tidak dilayan dan disuruh pula ke kaunter.

Mereka membuat saya macam sampah dan seperti bola ditendang ke sana ke mari. Adakah ini salah saya yang datang meminta bantuan ke saluran yang sepatutnya membantu org2 seperti saya.

Saya tidak berkemampuan kerana keadaan kesihatan saya tidak menentu untuk saya mencari rezeki.

Sebelum ini saya pernah dimasukkan ke Wad Kecemasan kerana penyakit saya dan tidak sedarkan selama beberapa jam dan Doktor ingat saya sudah meninggal dunia.

Pihak Baitulmal mengeluarkan kenyataan kepada saya hanyalah untuk mentup kesalahan mereka dalam isu memberi Bantuan.

Saya juga ada memberitahu wartawan tersebut yg saya ada mendapat Bantuan JKM sebanyak RM400 tetapi tidak disebut dalam suratkhabar.

Adakah mencukupi bantuan tersebut untuk saya dan anak2 pada zaman ini dengan anak2 seramai 4 org yg masih bersekolah terutamanya di bandar besar spt yg saya tinggal sekarang.

Tolong jangan cite mcm2 pasal saya.

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL... TOLONG JANGAN MENUDUH TANPA MENGETAHUI CERITA YANG SEBENAR22NYA.......

DEMI ALLAH IBUBAPA SAYA TAK PERNAH MENGAJAR SAYA UNTUK MENIPU DAN MEMINTA22....

ASSALAMMUALAIKUM..."

Thursday, September 29, 2011

GEMPARRR..!!! Anwar ada masalah “erectile dysfunction”? Mati pucuk???

Perbicaraan bela diri kes liwat II Anwar Ibrahim dijadualkan bersambung pada 3 hingga 7 Oktober ini. Menurut barisan peguambela Anwar, mereka akan memanggil Dr. Thomas Hoogland yang di”import” khas dari Jerman. Untuk rekod, Dr. Hoogland merupakan doktor yang bertanggungjawab merawat penyakit “tulang belakang” Anwar ketika dilepaskan dari “kandang” oleh Pak Lah suatu ketika dahulu.

Untuk apa dipanggil Dr. Hoogland datang ke Malaysia untuk menjadi saksi pembelaan kes liwat Anwar ini? Beberapa spekulasi telah didedahkan berhubung tujuan Anwar memanggil Dr. Hoogland bergegas ke Malaysia untuk memberi keterangan.

Antaranya ialah Dr. Hoogland dijangka membuktikan di mahkamah bahawa keadaan fizikal Anwar adalah sangat lemah untuk membolehkannya meliwat Saiful yang lebih muda dan bertenaga berbanding Anwar. Atau yang paling “desperado” ialah berkemungkinan besar Dr. Hoogland akan mengejutkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Anwar sudah mati pucuk!

Anwar lemah? Benarkah dia lemah? Sebelum ini anak perempuannya, Nurul Izzah, memberi gelaran “Papa Hebat” kepada Anwar berdasarkan kecergasan dan cara hidup Anwar yang “hyper” aktif ke sana ke mari untuk berpolitik. Menurut Izzah, stamina papanya itu mungkin agak sukar ditandingi oleh orang muda sepertinya.

Begitu juga dengan isteri Anwar sendiri iaitu Kak Wan yang menjelaskan bahawa Anwar rajin bersenam dan pandai menjaga kesihatan tubuh badan, terutama ketika Anwar di dalam “kandang” di “Bamboo River”! Malah menurut Kak Wan, kerana itulah perut Anwar tak boroi (tak boroi atau Anwar pakai bengkung di perut?)!

Sebenarnya, sekiranya Anwar lemah sekali pun, namun Saiful Bukhari ‘lebih lemah” dari Anwar, maka aktiviti liwat itu akan berlaku juga. Mungkin Saiful ketika itu dilihat “gagah” diluar, namun berhadapan dengan “boss paling besar” yang menjadi tempat dia cari makan dan bergantung hidup, adalah sangat berkemungkinan besar Saiful akan menjadi “sangat lemah” dan berada dalam situasi “paksa rela”.

Namun, mujurlah dia “terkejut” dengan siri liwat pertama dan kembali “gagah” selepas menyedari dirinya diperkosa. Mujurlah dia tersedar dipergunakan Anwar dari terus menjadi mangsa nafsu songsang Anwar dan membuat laporan polis. Jika dia jadi macam Azizan, Dr. Munaweer dan lelaki yang mengaku diliwat Anwar depan Taib Azamuddin, bagaimana? Alamatnya “bolos” teruk la Saiful…

Justeru itu, kemungkinan untuk peguambela Anwar membuat “auta” di mahkamah dengan mengatakan bahawa Anwar lemah fizikalnya untuk meliwat Saiful adalah sangat lemah alasannya. Amat payah untuk membuktikan perkara tersebut di hadapan hakim yang terkenal dengan ketelitian dan keadilannya, Hakim Yang Arif, Datuk Zabidin Mohd Diah.

Maka tinggallah satu alasan lagi iaitu “Anwar mati pucuk”!

Namun, beranikah Anwar, barisan peguambela Anwar dan Dr. Hoogland mengakui bahawa Anwar sememangnya disahkan mati pucuk? Berani? Mahu mahkamah gamat dengan gelak ketawa? Mahu Anwar dimalukan begitu? Sanggupkah Anwar dimalukan hingga begitu semata-mata untuk mengelakkan diri dari hukuman mahkamah di dunia?

Baiklah. Katakanlah Anwar berani menanggung risiko malu besar itu dan disahkan mati pucuk. Lagipun, Anwar memang spesis “haiwan” yang tak tahu malu dan tidak mustahil dia sanggup mengaku begitu akibat sangat terdesak mencari keraguan kes. Faktanya, Anwar mati pucuk dan tak mampu meliwat Saiful.

Namun, bagaimana pula DNA lelaki Y berada di dalam lubang dubur Saiful? DNA tersebut diekstrak oleh Dr. Seah Lay Hong, seorang pakar DNA dari Jabatan Kimia Malaysia yang diiktiraf antarabangsa! Kalau nak tolak pun pembuktian kes oleh Dr. Seah, bagaimana pula kes-kes orang kena tuduh (OKT) yang didapati bersalah dari sudut kajian saintifik DNA oleh Jabatan Kimia itu sebelum ini?

Apakah beratus-ratus banduan itu tidak bersalah dan ujikaji dari Jabatan Kimia tidak sah di sisi undang-undang? Apakah “judicial precedent” sebelum-sebelum ini yang membabitkan Jabatan Kimia itu perlu dibukakan fail-fail kes semula? Tak masuk dek akal pemikiran yang logik pun…

Menurut sumber yang saya terima baru-baru ini juga menyatakan bahawa Anwar pernah menjalani ujian “erectile dysfunction” yang memeriksa sama ada “benda alah” Anwar itu berfungsi atau sebaliknya. Khabarnya, Anwar telah diperiksa oleh seorang doktor berbangsa India dan didapati “benda alah” itu masih berfungsi seperti biasa.

Lagipula, video rakaman skandal seks Anwar yang telah dibuktikan tulen secara saintifik dan 99% adalah Anwar oleh pakar luar negara jelas membuktikan Anwar tidak mati pucuk. Malah, “benda alah” itu disifatkan begitu “ganas” beraksi merodok “lubang-lubang” yang ada! Masih lagi mahu membuktikan Anwar mati pucuk?

Cukuplah Dr. McDonald sebelum ini dimalukan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dengan melondehkannya sebagai “pakar” palsu yang tidak punya sebarang pendidikan formal mengenai DNA dan genetik secara khusus. Kali ini giliran Dr. Hoogland pula untuk dimalukan? Teruk betul cara pemilihan saksi pembelaan oleh Anwar…

Justeru itu, kehadiran Dr. Hoogland ke Malaysia kali ini tidak lebih daripada “pakej pelancongan tajaan Anwar” sahaja. Cuma, Dr. Hoogland perlu ke Mahkamah untuk beri keterangan beberapa hari dan kemudiannya boleh melancong di negara ini sehingga tamat tempoh imigresen. Setidak-tidaknya, Anwar telah berjaya membuang masa mahkamah dan menangguhkan pendengaran hukuman untuk kembali ke “Bamboo River”…

Lawak of the day...!!! Abang Jem ajuk Pok Nik Ajisss..!!!



Kah..! Kah..!! Kahhh..!!! Kuat juga saya tergelak melihat telatah Abang Jem mengajuk Pok Nik Ajis nihh..! Memang best la Abang Jem! Dah tentu puak-puak hangin satu badan kat Abang Jem lepas ni...heheh!

p/s: Melepas la Abang Jem nak dapat "tiket ke syurga"....

TERKINI..!!! Keputusan Pendirian Pakatan Haram mengenai Hudud sudah diketahui..!!!


Setelah puas menunggu, akhirnya keputusan mengenai pendirian Pakatan Haram bagi perlaksanaan hukum hudud telah diketahui...!!!

Untuk makluman semua, dengan ini saya mengisyhtiharkan bahawa PAS telah berjaya DITEWASKAN sekali lagi oleh DAP apabila Pakatan Haram menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaannya di negara ini.

Khabar ini diberitahu sendiri oleh rakan saya yang berada di sidang akhbar di ibupejabat Pas sebentar tadi.

Harap Pemuda PAS "buih pepsi cola" dan penyokong-penyokong Pas yang lain buka mata luas-luas dengan keputusan ini yang membuktikan bahawa sememangnya PAS memang "KELDAI TUNGGANGAN" PKR DAN DAP..!!!

Harap maklum!

p/s: Pueh hati den...heheh!

Wednesday, September 28, 2011

Panass..!!! Wartawan Malaysiakini/Insider Ada Masalah God Complex?


Satu benda kena tabik dekat Malaysiakini dan Malaysian Insider, dua portal milik pembangkang yang sudah agak lama wujud.

Pantang ada peluang nak mengenakan Perdana Menteri (PM), mereka akan gunakan sebaik mungkin tanpa rasa segan silu.

Benda yang PM tak maksudkan apa semua mereka akan wujudkan sendiri.

Matlamatnya jelas, menjatuhkan air muka dan kredibiliti mana-mana PM yang ada di negara ini.

Terbaru dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 semalam, PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyebut mengenai isu kuota dan bumiputera.

Ini adalah transkrip dan terjemahan apa yang PM cakap semalam;

“Salah satu kritikan saya pada masa lampau ialah kita tidak membantu orang-orang yang sepatutnya.

Justeru jika anda melihat kepada elemen yang terdapat di dalam Model Ekonomi Baru, tindakan yang diperakui pasti (affirmative) akan berdasarkan meritokrasi.

Jadi anda perlu membantu bumiputera yang sepatutnya dibantu, dan jika anda membantu bumiputera yang betul, bukan sahaja mereka akan berjaya malah bukan bumiputera pun tidak akan iri hati terhadap mereka.

Yang kedua, anda perlu lari dari kuota. Tetapi anda tetap perlu menyokong mereka dalam satu kaedaan yang akan membantu mereka berkembang dari perusahaan kecil dan sederhana menjadi besar dan seterusnya menjadi jaguh serantau.

Namun jika anda memberikan mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya mereka tidak akan mendapat kemahiran bagi mengurus perniagaan mereka.

Transkrip asal;

One of my criticism in the past is that we have not promoted the right kind of people.

So therefore, if you look at the elements of the New Economic Model, the affirmative action will be based more on meritocracy.

So you must promote the right bumiputera , If you promote the right bumiputera, not only will they succeed but the non bumiputera will not begrudge them.

Secondly you must run, go away from quotas. But you must support them in a way that will allow them to grow from small and medium enterprises to get bigger and to become even regional champions.

But if you give them quotas, they will rest on their laurels and eventually will not gain the expertise to manage their business

Sekarang, bayangkan jika anda adalah wartawan yang berkerja membuat liputan majlis berkenaan.

Dengan maklumat yang anda dapat di atas…adakah anda akan menulis PM kata kuota bumiputera akan ditamatkan?

Iye anda akan menulis demikian jika anda berkerja di Malaysiakini dan Malaysian Insider kerana matlamat anda adalah untuk mengenakan PM dan menjatuhkan kredibiliti serta kedudukan beliau di mata orang Melayu dan bumiputera.

Itulah bahan yang disiarkan Malaysiakini dan Malaysian Insider semalam.

Tang mana dalam jawapan Najib itu beliau ada kata nak tamatkan kuota untuk bumiputera?

Beliau hanya mencadangkan agar bumiputera yang benar-benar berpotensi sahaja dibantu. Dan jika berpotensi, mereka tidak perlu diperkenalkan kepada kuota sebaliknya dibantu agar berkembang.

Namun, PM tidak pun kata disebabkan itu kuota akan ditamatkan. Istilah ditamatkan itu tidak ada langsung. Mana wartawan Malaysiakini dan Malaysian Insider dapat istilah tambahan itu tak tahulah…

Pendengaran diaorang mungkin supersonik kot, benda yang orang lain tak dengar dia orang dapat lak dengar.

Ini benda sensitif la….jangan main sebarangan aje tulis. Najib pun penuh berhati-hati pilih perkataan untuk menzahirkan isu bumiputera dan kuota. Namun Malaysiakini dan Malaysian Insider peduli apa…

Diaorang adalah kumpulan wartawan yang ada masalah God Complex…hanya kerana mereka menulis kutuk kerajaan, mereka perasan diri mereka hebat dan terlalu agung sehingga boleh menulis apa sahaja yang mereka rasa hendak tulis.

Memang ciri-ciri God Complex. Mungkin dunia kewartawanan Malaysia lepas ni boleh bagi label kat kumpulan ini ‘Wartawan God Complex’. ..pasal mereka rasa mereka MACAM lebih pandai daripada kumpulan wartawan lain. Lepas ni, sebut aje istilah tu kita akan tahu kumpulan mana yang dimaksudkan.

Kalau Utusan Malaysia atau Berita Harian buat camtu, laju aje mereka akan menulis ‘media milik UMNO itu…..” perkataan UMNO itu mesti ada untuk mewujudkan persepsi semua yang jahat ada kait mengait dengan UMNO.

Tang dia pun rasanya kita kena buat yang samalah kan, portal milik pembangkang itu….

Kalau anda duk canang yang Utusan dan Berita Harian suka belit kata kononnya…anda buat apa wahai Malaysiakini dan Malaysia Insider?

Kata bodoh kang marah pulak….

Tuesday, September 27, 2011

"Najib memang sial..!!!"

Baru-baru ini kecoh Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai "lelaki berbaju kurung" berposing maut dengan Anwar Ibrahim di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Azmin Ali. "Posing maut"? Dengarnya, siap cium laga-laga pipi dengan Anwar? Entahlah..tapi itu yang diberitahu pada saya. Rujuk di sini, di sini, di sini dan di sini.

Namun, di sebalik kisah tersebut membuat seseorang dari keluarga Azwan dan Azmin menghubungi saya malam tadi...

Menurutnya, Azwan datang beraya ke rumah adik beradiknya yang paling sulong. Siapa lagi kalau bukan Kak Long. Datang beraya ke rumah Kak Long, Azwan tiba-tiba memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Macam-macam yang dimakinya Najib...

"Najib tu memang sial, bab*, anj*ing, tak guna..!" Azwan memaki Najib. Makinya bukan setakat itu saja. Siapa yang kenal Azwan tentu tahu "style" Azwan memaki orang, kan? Semuanya di"hanjing"kan...


"Biarlah Anwar nak main bontot ke, main pompuan ke..apa ke..apa dia sebok?" kata Azwan yang dikatakan memiliki beberapa orang "anak ikan" dan sering "calling-calling" dengan Anwar...

Tindakan itu membuatkan Kak Long marah padanya dan bertanya pada Azwan, apakah yang membuat Azwan marah sangat pada Najib?

Menurut ceritanya, Azwan marah pada Najib kerana dia kini telah "ciumolot" dengan Anwar. Katanya, Azwan kini terhutang "budi" dengan Anwar dan Azmin ekoran masalah perniagaannya di mana semua stesen TV sudah memboikot Azwan..

Iyalah..silap Azwan jugak. Cuba lihat style Azwan yang memaki hamun, meng"hanjing"kan orang sana sini, cari pasal sana sini. Penerbit Astro tu pun dah serik dengan tingkah laku Azwan. Ingatkan bila dah balik dari Mekah, Azwan sudah berubah. Rupanya makin terukkk..!!!

Okay. Sekarang kita tahu Azwan sememangnya anti-Najib. Dia maki hamun Najib kaw-kaw. Dia nak nafikan dia dah kutuk Najib? Sorry sikit Azwan, Kak Long dah bagi statement dia sanggup turun balai untuk buktikan dia tidak memfitnah dalam hal ini! Maknanya memang betullah kejadian ni...

Padahal, Najib tak ada kena mengena pun dalam ini cerita. Jadi, apahal pulak dia nak maki Najib? Apa masalah sebenarnya si "lelaki berbaju kurung" ini?

Menurut sumber, Azwan tahu tentang hakikat Anwar seorang peliwat. Perkara ini dibuktikan dengan tindakan Azwan yang sanggup turun naik mahkamah menemani adik bongsu keluarga Ali, Umi Hafilda, sebagai bukti sokongan moral pada kes Liwat I, tahun 1998-1999 dahulu.

Azwan sendiri tahu akan hakikat Azmin yang "menggadaikan" kakak iparnya untuk "dihidangkan" pada Anwar. Dia juga tahu betapa korupnya Azmin dan Anwar ketika itu. Dia tahu semua itu. Namun memandangkan "business"nya yang hampir musnah sekarang, maka dia dikatakan terpaksa berpaling tadah menyebelahi Anwar dengan bantuan Azmin!

Dalam erti kata lain, Azwa"Nur" ini telah di"beli"! Tapi, dirumah Kak Long tempohari, dia turut memnuduh Kak Long telah diupah Najib dengan wang berjuta ringgit. Padahal, Azwan yang "diupah" sebenarnya oleh Azmin! Azwan tahu Umi Hafilda, Azizan dan ramai lagi tidak menerima pun sebarang upah. Namun, mengapa dia tuduh Kak Longnya itu diupah pula?

Ekoran itu, Kak Long yang mengesahkan bahawa Azwan sudah menjadi "milik" Anwar, enggan lagi bertengkar dengan Azwan yang terkenal dengan dakwaan tanpa asasnya. Sikap adiknya Azwan itu telah "diracuni" sepenuhnya oleh Azmin dan Anwar. Itulah hakikatnya sekarang.

Pada semua penerbit, media penyiaran, terutamanya syarikat TV, teruskan boikot Azwan. Kita tahu di mana tahap moral Azwan ini, bukan? Bolehkah dia dijadikan contoh atau ikon selebriti TV lagi? Pada saya, Aznil, Ogy dan semua artis yang pernah bergaduh dengan Azwan lebih tahu tentang perangai "setan" Azwan Ali!

Sumber: klik sini

Monday, September 26, 2011

Professor Pro-Pakatan Haram Akui UMNO Pejuang Dan Pembela Islam Sebenar..!!!


Akhirnya, pakar perundangan dan perlembagaan UIA, Prof Aziz Bari, yang sememangnya pro-Pakatan Haram, mengaku bahawa UMNO telah membuktikan bahawa parti itu adalah pejuang dan pembela Islam yang sebenar!

Aziz Bari baru-baru ini yang mengulas mengenai Hudud dilaporkan berkata...
"Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.." - Harakah
Justeru itu, kenyataan Aziz Bari ini dijangka akan menyakitkan hati PAS yang selama ini mempergunakan nama Islam untuk tujuan politik mereka. Kononnya, mereka sajalah pejuang dan pembela Islam dan menafikan peranan UMNO dan NGO-NGO Islam yang lain dalam memartabatkan agama suci Allah di negara ini...

Harap lepas ni PAS tak akan melabel Aziz Bari sebagai pro-UMNO memandangkan dia sememangnya pro-Pakatan Haram! Nampaknya, bila pakar dari Pakatan Haram sendiri yang mengiktiraf UMNO sebagai pejuang dan pembela Islam, sudah tentu mampu membuka mata rakyat dan penyokong Pakatan Haram, terutamanya PAS...

BREAKING NEWS..!!! PAS ada pakatan sulit untuk hapuskan DAP dan PKR..?!!!


Anwar kata, Pakatan Haram akan bermesyuarat Rabu ini berhubung isu hudud yang menjadi pertikaman lidah antara PAS dan DAP. Melalui sumber-sumber yang saya perolehi (yang dikatakan dari pucuk pimpinan PAS), akan jadi "perang besar" kali ini...

PAS kini dikatakan sudah mutlak dan muktamad tak akan berundur dari mahu melaksanakan hudud. DAP pula "sanggup mati" untuk memastikan hudud tak dilaksanakan di negara ini...

Menurut sumber, pucuk pimpinan PAS sudah berpakat sesama mereka. Pakatan sesama mereka itu dianggap sangat sulit dan kalau ditanya oleh sesiapa pun, takkan sekali-mereka mengaku. Nak tahu apa kandungan pakatan sulit PAS itu?

Menurut sumber tersebut, sekiranya Pakatan Haram menolak hudud dalam mesyuarat itu, PAS terpaksa menerima dulu keputusan itu. Namun, mereka sudah berpakat, sekiranya Pakatan Haram menang PRU 13 ini, PAS takkan sekali-kali membenarkan Anwar jadi PM.

Malah, PAS akan beri kata dua kepada PKR dan DAP bahawa PM dan TPM mestilah dilantik dari kalangan pemimpin PAS, atau PAS akan keluar dari Pakatan Haram. Jika PAS keluar dari Pakatan Haram, maka DAP dan PKR tak cukup majoriti untuk bentuk Kerajaan Pusat dan BN kembali memegang majoriti untuk membentuk Kerajaan.

Dan...setelah PAS menguasai kerusi PM dan TPM, maka ketika itulah PAS akan "balas dendam" pada DAP dan PKR. Semua dasar PAS akan dilaksanakan, manakala PKR dan terutamanya dasar DAP akan diketepikan sama sekali!

Antara dasar yang dikatakan akan dilaksanakan ialah HUDUD dan sebuah negara Islam secara mutlak di mana perlembagaan sedia ada akan dipinda mengikut acuan yang ditetapkan PAS.

Sekiranya DAP tidak bersetuju dan keluar dari Pakatan, maka PAS akan cari jalan untuk cukupkan majoriti mereka di Parlimen dengan bergabung dengan PKR atau mana-mana AP yang mahu bersekutu dengan PAS, termasuk UMNO.

Namun, jika PKR pun nak keluar dari Pakatan Haram itu, PAS tidak punya pilihan lain untuk menjemput BN untuk membentuk Kerajaan Campuran!

Sekian saja untuk 'breaking news' kali ini. Kalau ada perkembangan lanjut, kita akan siarkan lagi. Tengkiu.

Bila Shamsidar nak sahut cabaran ibu mertua untuk bersumpah laknat di depannya?


Tempoh untuk mengadakan Open House sempena Aidilfitri hampir tamat. Namun, Azmin masih lagi tidak salam beraya dan memohon ampun maaf dari ibu kandung nya, Mak Tom. Rujuk di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

Shamsidar pula belum lagi menyahut cabaran ibu mertuanya itu untuk bersumpah laknat berhubung dakwaan dia curang pada Azmin dan berskandal seks dengan Anwar. Bila lagi Sham? Bila nak bersumpah ni? Berani ke tak berani ni? Jadi, betullah apa yang didakwa oleh adik beradik Azmin tu?

Sampai bila Azmin dan Shamsidar mahu hidup begini? Sampai kiamat? Sampai mati? Sampai anak-anak, terutamanya Afifah dewasa? Begitu? Sampai bila nak jadi anak derhaka? Dan sampai bila nak hipokrit dan berbohong pada rakyat negara ini?

Macam ni ke perangai Timbalan Presiden PKR dan isteri? Malang betul la siapa yang pilih PKR...

Sunday, September 25, 2011

GEMPARRR..!!! Mat Sabu terima "BOMB" dari utara semenanjung..!!!


Memang hancur kalau bom ini terkena pada Mat Sabu. Bom ini bukan sebarangan bom. Ianya lengkap dengan pemusnah-pemusnah yang dikaji khas bersama fakta-fakta untuk menghancurkan Mat Sabu.

Kali ini bukan saja lutut Mat Sabu yang akan hancur, mungkin seluruh hidupnya juga. Syabas saya ucapkan pada Bapak3 yang menghasilkan "bom" di bawah ini. Susah nak buat "bom" yang ilmiah, berfakta dan logik seperti ini. Tahniah bro!

Pada semua, saksikanlah "bom" istimewa untuk Mat Sabu dari utara semenanjung ini..!!!


PALING PANAS..!!! : IBU MERTUA CABAR SHAMSIDAR BERSUMPAH LAKNAT..!!!

Kalau lah yang dipegang itu penyapu dan Shamsidar ada depan Mak Tom, memang dah kena dahhh..!!!

Memang panas! Sedang saya leka menonton TV sebentar tadi, saya mendapat panggilan dari salah seorang anggota keluarga Azmin. Saya sudah dapat mengagak, ada perkara panas yang berlaku mengenai Timbalan Presiden PKR itu. Cepat-cepat saya menutup “volume” suara TV dan menumpukan perhatian pada perbualan kami…

Nak tahu apa ceritanya? Begini…

Menurut sumber, hari ini ibu Azmin sudah tidak dapat menahan sabar lagi terhadap Shamsidar Taharin, isteri Azmin. Bukan saja memarahi dan mengecam Shamsidar, ibu Azmin turut mencabar isteri Azmin itu untuk bersumpah laknat! Dahsyat betul bila mendengar “intro” anggota keluarga Azmin ini. Saya terus mendengar cerita…

Sumber saya memberitahu, sejak kejadian Azmin memaki hamun ibu kandungnya itu pada pagi Syawal tempohari, dia masih belum menyesali tindakannya terhadap Mak Tom, apatah lagi untuk balik meminta ampun pada ibunya itu. Sehingga Syawal hampir berakhir, tidak kelihatan langsung kelibat Azmin untuk pulang memohon keampunan dari ibu yang dizaliminya…

Menurut sumber lagi, esok Azmin akan mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Kad-kad jemputan kepada VIP dan VVIP khabarnya sudah dikirimkan sejak awal lagi. Namun, yang peliknya, Azmin tidak langsung menjemput Mak Tom untuk ke majlis tersebut, apatah lagi adik beradiknya yang lain…

Tiba-tiba, hari ini Azmin telah mengarahkan Shamsidar untuk menghubungi Mak Tom untuk menjemput ibunya itu ke majlisnya yang dijadualkan esok. Esok majlis berlangsung, baru sekarang teringat nak ajak ibu? Apa jenis anakkah ini? Ikhlaskah Azmin menjemput ibunya? Kenapa dia suruh Shamsidar yang menjemput? Mengapa tidak dia sendiri?

Sewajarnya, Azmin perlu pulang ke rumah ibunya dan menjemput Mak Tom secara baik. Tak perlu kad pun tak mengapa, asalkan Azmin pulang berjumpa, memohon ampun dan maaf dari ibunya itu, serta menjemputnya secara berdepan. Itu baru ikhlas namanya! Itu cara layanan paling baik untuk seorang ibu! Ini tidak! Diwakilkan saja pada Shamsidar? Anak derhaka betul..! Menyirap darah saya mendengar cerita ahli keluarga Azmin ini.

Berbalik kepada Shamsidar. Shamsidar menghubungi Mak Tom. Dengan nada “ajak-ajak ayam”, Shamsidar berkata…

“Mak, esok kami nak buat Open House, mak nak datang, datanglah, kalau tak nak datang pun tak apa”, kata Shamsidar pada Mak Tom.

Mendengar “ajak-ajak ayam” itu, Mak Tom yang dikenali sebagai seorang ibu yang sangat sabar, tidak dapat lagi menahan rasa marahnya pada Shamsidar dan Azmin. Beliau membalas pada Shmasidar…

“Mak dah lama tahan sabar, kamu dan Azmin memang dah melampau sangat!

“Apa punya anak kamu ini? Sudah la balik raya tak beraya dan mintak maaf pun, balik maki hamun Mak lepas tu keluar! Kamu ingat Mak ni siapa? Kamu sanggup sepakat dengan Azmin buat macam tu kat Mak? Masa ayah kamu sakit, beratus ribu kamu habiskan untuk bayar duit hospital, tapi untuk Mak harga sebiji panadol pun kamu tak pernah bayar.

“Lepas tu, kamu sanggup buat fitnah pada adik beradik ipar kamu, kamu dan Azmin sama saja! Macam-macam kamu kata kat adik beradik sendiri..sundal la, itu la, ini la…kamu tu yang sundal sebenarnya, satu Malaysia dah tahu cerita kamu menyundal dengan Nuar Berahim”, sembur Mak Tom pada Shamsidar.

Shamsidar cuba mempertahankan diri…

“Sampai hati mak tuduh macam tu…”, kata Shamsidar pada Mak Tom.

Jawapan itu membuatkan Mak Tom bertambah naik angin. Ibu tua itu semakin berang…

“Kamu sanggup bersumpah laknat? Mak cabar kamu..! Kamu datang rumah ni junjung Al-Quran dan bersumpah laknat depan Mak..bersumpah dengan nama Allah..kamu berani?!!!”, marah Mak Tom pada isteri Azmin lagi.

Sememangnya, sejak Shamsidar dituduh mengadakan hubungan sulit dengan Anwar, Shamsidar tidak pernah bersumpah tidak melakukannya, apatah lagi bersumpah laknat. Kecurangan Shamsidar yang disaksikan sendiri oleh mata kepala adik beradik Azmin tentunya sudah diceritakan pada Mak Tom…

Macamana Shamsidar? Ibu mertua sudah cabar untuk bersumpah laknat. Berani bersumpah ke? Kalau Shamsidar curang, saya nasihatkan tak payah lah bersumpah laknat, celaka pula menimpa nanti. Sebaiknya, bertaubat nasuha sahaja di depan Mak Tom. Itu pun kalau bertuah, tidak akan diceraikan Azmin…

Begitulah cerita terkini yang saya terima malam ini dari anggota keluarga Azmin itu. Untuk makluman, Mak Tom dan adik beradik Azmin sudah sepakat untuk tidak menghadiri Open House Hari Raya Azmin esok. Mungkin Azwan dan Azman saja yang akan datang. Itu pun khabarnya terpaksa datang sebab banyak “termakan” duit yang Azmin rasuahkan mereka ketika perniagaan mereka “malap”…

Azmin. Mak Tom sudah marah benar. Tidakkah rasa ibu tua itu lebih penting berbanding Anwar, Kak Wan, dan PKR? Kenapa kerana politik, Azmin sanggup bermusuh dan tidak peduli pada ibunya sendiri? Politik itu boleh dibawa ke mati, kah? Saya khuatir, Azmin payah nak mengucap dua kalimah syahadah bila nak mati nanti…!!!


Sumber: klik sini

Terkini..!!! : Azmin akan diserang hari ini di Open Housenya...!!!


Saya mendapat tahu bahawa hari ini Azmin membuat Open House di rumahnya. Namun malangnya, Open House itu bakal cacat, tidak meriah, tidak berseri dan yang paling menyedihkan, majlis itu dijangka tidak diberkati Allah..!!!

Nak tahu kenapa? Tunggu pada tepat jam 12 tengahari ini. Pendedahan terbaru mengenai Azmin dan Shamsidar akan terbongkar di blog ini...Memang panasss..!!!

Nak tahu ceritanya..? Tunggguuuuuuuu...!!!! Pukul 12 tengahari nanti yer...sabarrrr...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!