Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 24, 2011

GEMPARRR..!!! Anwar dan Kak Wan bergaduh kat FB...?!!!


Panas jugak Anwar dan Kak Wan bergaduh! Sampai Izzah pun masuk campur? Iyalah...suami isteri mana yang tak bergaduh dalam dunia ni. Semua tu asam garam rumahtangga. Tapi, kalau sampai dah bergaduh kat FB tu dah kira teruk dah tuuu...

Saya ketawa besar melihat telatah "Anwar" dan "Kak Wan" di FB seperti di atas. Semuanya gara-gara Si Gomo la ni. Apa la hang ni Gomo...tak baik tau buat depa gaduh lagu tu...ishhhhh...! Tak tau la mana Gomo dapat benda ni kat blog dia ni...

Saya kurang pasti la sama ada betul atau tidak Anwar dan Kak Wan gaduh di FB. Nak tahu perkara sebenar, kita minta para wartawan tanya Anwar, Kak Wan atau Izzah sendiri. Tu pun kalau berani laaa...harap-harap Anwar tak marah-marah bila wartawan tanya pasal perkara ni...heh! Ada berani?

Kita akan dapat tahu PENGKHIANAT UMNO menjelang PRU 13..!!!


Menjelang PRU ke-13 nanti, kita akan dapat pastikan siapakah pengkhianat yang berselindung di dalam UMNO. Sama ada pahit atau tidak, kita perlu terima bahawa mereka-mereka itu ialah pengkhianat atau "musuh dalam selimut" di dalam organisasi UMNO.

Kita tahu bahawa sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin UMNO yang sakit hati kerana tidak terpilih sebagai calon PRU, bertindak mensabotaj calon yang terpilih ketika pilihanraya.

Ada yang bawa melancong penyokongnya sampai 2 - 3 bas. Ada yang tak keluar mengundi. Ada yang hidang makanan basi. Ada yang undi pembangkang, malah ada jugak yang naik ke pentas pembangkang melawan parti sendiri! Teruk, kan?

Sebelum ini, mungkin kita berdiam diri dan buat peduli tak peduli dengan tindakan sabotaj itu. Tapi tanpa kita sedari, tindakan itu merupakan khianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu, maka mereka-mereka yang bertindak begitu layak digelar sebagai "PENGKHIANAT"!

Mereka khianat pada perjuangan keramat UMNO hanya semata-mata tidak terpilih sebagai calon. Berbaloikah pengkhianatan itu untuk dimaafkan?

Saya setuju dengan kepimpinan UMNO Kedah yang menyerahkan soal pemilihan calon kepada kepimpinan UMNO Pusat untuk ditentukan.

ALOR SETAR 24 Sept. — Perubahan positif pemikiran pemimpin dan anggota UMNO yang menerima baik transformasi dibawa Presiden UMNO meyakinkan Barisan Nasional (BN) Kedah merampas kembali negeri ini dari pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

Pengerusi BN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, perubahan itu mengukuhkan perpaduan dalam parti yang menjadi punca utama BN tewas lima negeri pada pilihan raya 2008.

"Ia (perubahan) sedikit sebanyak berlaku atas kehendak rakyat dan dapat dilihat kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen BN Kedah di dewan serbaguna Kompleks Persekutuan di Anak Bukit, dekat sini, hari ini.

Beliau menegaskan setiap anggota Umno dan anggota parti komponen BN mesti menerima calon pilihan pucuk pimpinan parti kerana PRU-13 adalah yang cyukup sengit dan getir serta bakal menentukan hidup atau mati BN.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keputusan pucuk pimpinan adalah pengkhianat parti,” katanya.

Pertama kali selepas Mac 2008: TAHNIAH UMNO KEDAH..!!!


Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC. Dalam kesempatan itu juga saya terjumpa dengan ADUN Sg Tiang, YB Suraya, Ketua Pemuda Alor Setar, Datuk Zuza dan Naib Ketua Puteri Malaysia, Shahanim.

Apa pun, saya agak terkejut dengan kenyataan YB Suraya yang confident bahawa BN akan kembali menguasai Kedah pada PRU ke-13 ini. Betul ke YB? Dan dia positif dengan kenyataannya itu.

Antara faktor yang memberi kelebihan kepada BN di Kedah sekarang ialah keyakinan rakyat pada Datuk Seri Najib, status Datuk Bashah yang semakin mendapat sokongan ramai termasuk dari Ketua-Ketua Bahagian, kehadiran Mukhriz Mahathir sebagai Timb. Pengerusi Hubungan UMNO Kedah.

Namun, faktor utamanya ialah keadaan MB Kedah, Azizan Razak, yang kini bagaikan "telur dihujung tanduk", bila-bila masa saja boleh jatuh tergolek. Katanya, ada dua perkara yang boleh menjatuhkan MB Kedah itu.

Pertamanya ialah tahap kesihatannya yang semakin teruk. MB Kedah itu dinasihatkan supaya berehat oleh doktor pakar memandangkan keadaan saluran darah ke jantungnya yang ter"block" di merata tempat. Tapi dia degil. Tak mau rehat dan tak mau dengar cakap doktor..

Keduanya ialah gerakan "konspirasi dalaman Pas Kedah" itu sendiri. Phahrolrazi dan Amiruddin kini dikatakan sedang bersiap sedia untuk mengambil alih kerusi MB Kedah itu pada bila-bila masa dalam masa terdekat! Itu lebih bahaya sebenarnya.

Sebab? Sebab MB Kedah tu tak sedar dan tahu mahu percaya tentang wujudnya gerakan itu. Satu sebab lagi ialah gerakan itu dikatakan sangat hampir dan berada di tahap "final stage". Bila-bila masa saja akan berlaku dari sekarang...

Sebelum ini, UMNO Kedah dikatakan porak peranda bergaduh sesama sendiri. Namun, menurut perkembangan terkini yang saya perolehi, UMNO Kedah semakin bersatu dan semakin gagah. Gerakannya tidaklah digembar gemburkan oleh media, namun rakyat sudah mengakui dan yakin bahawa sekiranya BN kembali di Kedah dan dipimpin oleh kepimpinan baru UMNO, insyaAllah, Kedah akan lebih baik dari sekarang.

Menurut mereka, rakyat bukan tak suka pada Azizan, tapi mereka bengang dan lebih marah pada mereka-mereka yang ada disekeliling MB Kedah itu. Exco-Exconya, pegawai-pegawai lantikan politiknya, ADUN-ADUN Pasnya, dan banyak lagi sebab musabab yang membuatkan mereka menyampah pada kepimpinan Pas di Kedah.

Sebenarnya, budaya politik dan penerimaan rakyat terhadap politik agak berbeza di Kedah berbanding negeri lain. Kedah ni lain macam sikit. Nampak saja rakyat macam tak kesah, tapi dalam diam mereka kesah sebenarnya. Orang Kedah mesti tahu perkara ni, kan?

Apapun, buat masa ini, saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan UMNO Kedah, terutamanya Datuk Bahshah yang mula membuktikan bahawa UMNO Kedah mampu berubah sekiranya diberi kesempatan yang munasabah.

Saya tahu, mungkin ada orang yang tak setuju dengan Datuk Bashah sebelum ini. Namun saya yakin, sebagai seorang ADUN paling berpengalaman di Kedah, Datul Bashah sudah masak benar dengan budaya politik di sana. Beliau hanya perlukan sokongan, galakan dan bantuan dari pelbagai pihak, itu saja.

Macamana? Boleh beri kerjasama pada beliau?

PRU 13 November ini, BN confirm menang - Pegawai Kanan PM..?


Tu diaaa..!!! Belum apa-apa lagi "Pegawai Kanan PM" dah kata BN menang PRU ke-13 ni. Dia kata boleh menang kalau buat PRU pada November ni? Betul ke, bro? Saya tersenyum sumbing membaca kenyataan ini yang dilaporkan blogger Anak Seberang.

Saya tak tahu nak kata apa lagi dah. Betul ke "so called kaji selidik" dia tu? Atau dia pun main cakap ikut sedap mulut macam "prof. google" tu? Entahlah..anda semua baca la sendiri kat bawah. I rest my case...
Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah bersedia untuk mengekalkan kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang (PRU-13) jika ia diadakan pada bulan November, dan Sabah dan Sarawak akan sekali lagi menjadi penyelamat, mengikut kaji selidik yang dijalankan.

Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lepas bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan, kemungkinan itu seolah-olah menjadi lebih cerah.

Walau bagaimanapun, menurut sumber berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri mendedahkan bahawa ia hanya akan menang dengan majoriti mudah iaitu kira-kira 140 kerusi.

Beliau menambah bahawa BN akan menghadapi perlawanan yang sukar di Semenanjung, tetapi parti pemerintah dijangka memenangi 54 daripada 56 kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

"Kebimbangan sekarang hanya kepada DAP, orang Cina di Malaysia Timur masih menyokong parti itu," katanya lagi.

Berdasarkan laporan itu, menurut sumber, yang merupakan seorang Pegawai Kanan Jabatan Perdana Menteri, DAP yang akan memenangi dua kerusi tertentu di Sarawak - Kuching dan Stampin.

Berdasarkan prestasi yang kukuh DAP yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, sumber itu berkata pilihan raya umum kali ini akan berbeza.

"Kita mesti faham bahawa pilihan raya negeri adalah berbeza. Salah satu faktor utama mengapa DAP memenangi 13 kerusi dalam pilihan raya negeri bahawa orang kuat parti dari Semenanjung telah berkempen di sana.

"Tetapi ini tidak akan berlaku semasa pilihan raya umum," katanya.

Tambahan pula, beliau berkata DAP sedang mengalami masalah dalaman di Sarawak, dan parti itu tidak mendapat sokongan orang asli.

Mengenai peluang parti-parti Pakatan Rakyat yang lain, PKR dan PAS, sumber itu mendakwa bahawa ia akan menjadi satu keajaiban jika kedua-duanya menang walaupun hanya satu kerusi tunggal di Sarawak.

"Di Sabah, tidak ada kerusi untuk pembangkang," tegas beliau. "BN akan mengekalkan Sabah dengan kemenangan 100%."

Kawasan pilihan raya Kota Kinabalu yang dimenangi oleh Dr Hiew King Cheu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa DAP Sabah, belum tentu dapat mengekalkan kerusinya.

"Harapan DAP untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi, Kota Kinabalu dan Sandakan, juga sukar," katanya.


Parti komponen kritikal

Walau bagaimanapun, sumber itu mengakui bahawa pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang paling sukar di Semenanjung.

"Walaupun Najib yakin dapat memulihkan Umno, kebimbangan utamanya adalah parti komponennya," katanya, sambil menambah bahawa kaji selidik itu menunjukkan bahawa MCA, MIC dan Gerakan berada dalam "keadaan kritikal".

Laporan itu menyatakan bahawa MCA tidak mampu untuk memenangi kembali undi Cina manakala MIC sedang menghadapi pelbagai masalah dalaman.

"Gerakan dianggap umpama sebuah kapal yang tenggelam dan Umno hanya boleh mengabaikan sepenuhnya parti itu selepas pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Kaji selidik juga menunjukkan bahawa kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen Nibong Tebal, Teluk Kemang, Indera Mahkota, Kuala Terengganu, Lembah Pantai, Titiwangsa, Merbok, Padang Serai, Kuala Langat, Kelana Jaya, Ketereh, Tanah Merah dan Bagan Serai boleh jatuh semula kepada BN.

Kerusi BN yang dianggap goyah adalah di Bukit Katil, Temerloh, Labis, Segamat, Sepang, Ayer Hitam Lumut, Arau dan Dungun. - blog Anak Seberang

Hudud: Pas hanya retorik, tak ikhlas sebenarnya…

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah menimbulkan semula isu perlaksanaan hukum hudud di negara ini. Setelah gagal melaksanakan hudud PAS pada tahun 1993 kerana ditolak Tun Dr. Mahathir, kali ini Nik Aziz mencuba pula nasibnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Cuma, bezanya kali ini, Nik Aziz tidak menyerahkan sebarang draf hudud untuk diteliti oleh Kerajaan Pusat.

Mendengar saja kenyataan Nik Aziz itu, maka Lim Kit Siang awal-awal lagi menyambut tegas menyatakan bahawa DAP tidak setuju dan agenda hudud itu tidak wujud dalam persefahaman yang membentuk Pakatan Haram. Justeru mungkin “tersinggung” dengan kenyataan “mursyidul am DAP” itu, Nik Aziz membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah takut untuk DAP keluar dari Pakatan Haram.

Menghalau DAP kerana hudud? Sangat menghairankan! Sebelum ini, Nik Aziz bermati-matian memuji DAP dan menyatakan bahawa parti Kafir Harbi itu kini lebih memahami Islam. Malah, pada suatu masa, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa DAP lebih faham Islam berbanding UMNO! Jadi, mengapa pula DAP tolak hudud?

DAP sebenarnya dari awal penubuhannya dahulu adalah anti-Islam dan anti-Melayu. Apatah lagi DAP dipimpin oleh seorang bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew, bapa peminggir Melayu Muslim di Singapura. Sememangnya DAP sangat takut sekiranya negara ini melaksanakan undang-undang Islam atau mengiktiraf negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Hakikat itu pernah mencetus kemarahan DAP apabila Tun Dr. Mahathir mengisyhtiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan pernah mengetuai OIC sebelum ini. Pada DAP, mereka menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam hanya beralasan dengan perlembagaan yang kononnya menetapkan negara ini sebagai sebuah negara sekular. Padahal, sudah tentu perlembagaan itu boleh dipinda dengan perkenan DYMM Yang DiPertuan Agong dan majoriti undian di Parlimen.

Berbalik mengenai hudud, saya ingin bertanya, apakah PAS mampu menggubal draf hudud yang adil menurut Islam di zaman moden ini? Setahu saya, Kerajaan PAS Kelantan pernah tiga kali menggubal draf hudud dan Kerajaan Pas Terengganu pernah membuat drafnya sekali sahaja.

Persoalannya, mengapa hudud “ciptaan Pas” itu mempunyai empat versi yang berbeda? Mengapakah hudud Pas itu tidak konsisten dan kekal pada satu versi sahaja? Mengapa perlu berkali-kali di draf? Mengapa draf hudud Pas Kelantan itu berlainan pula dengan draf yang dibuat oleh Hadi Awang di Terengganu? Hudud ada pelbagai versi, kah?

Ini adalah kerana Pas sememangnya tidak mampu menggubal hudud yang sesuai di zaman ini! Ini adalah kerana Pas tidak cukup ilmu dan ijtihad dalam membuat draf tersebut. Perbagai kesilapan dan ketidak adilan dapat ditemui di dalam kesemua draf tersebut. Sebab itulah Kerajaan ketika itu menolak draf hudud “ciptaan” Pas itu!

Namun, untuk menutup malu tersebut, Pas seperti biasa menyalahkan Tun M yang kononnya menolak hudud Islam. Padahal, yang ditolak Tun M itu ialah hudud Pas, dan bukannya hudud Islam yang sebenar! Saya pasti, sekiranya hudud Islam yang sebenar yang dibentang, sudah tentu tiada cacat celanya dan Allah dengan mudah akan melorong tindakan murni itu untuk dilaksanakan di negara ini.

Seperkara lagi, Pas tidak pernah ikhlas dalam melaksanakan hudud di negara ini. Perjuangan hudud mereka adalah palsu sebagaimana perjuangan menubuhkan negara Islam yang kini telah dipadam dari lipatan sejarah Pas. Pas kini ingin menubuhkan negara “kebajikan”.

Perjuangan hudud Pas hanyalah berpaksikan politik dan bukannya “lillahi ta’ala”. Hudud Pas hanyalah dicipta untuk menarik undi dari umat Islam negara ini dan bukannya kerana mengakui kebenaran yang ada pada undang-undang Islam tersebut. Mungkin itu adalah diantara faktor penyebab mengapa hudud Pas sering gagal.

Saya ingin bertanya pada Nizar Jamaluddin yang sebelum ini angkuh sebagai Menteri Besar Perak dan menafikan bahawa Pas berjuang untuk perlaksanaan hudud di negara ini. Apa komennya terhadap kenyataan Nik Aziz yang mahu melaksanakan hudud itu? Apakah dia kini berubah berani bersetuju dengan Mursyidul Am Pas itu, atau senada dengan “mursyidul am DAP” yang menolak hudud secara total?

Pada saya, UMNO atau Kerajaan tidak pernah menolak hudud. Yang ditolak ialah hudud politik Pas yang lompong di sana sini dengan kecacatan yang boleh dipertikaikan ramai pihak, termasuk golongan bukan Islam. UMNO dan Kerajaan sering menyokong apa saja undang-undang yang berpaksikan kebenaran, keadilan dan mampu membawa kebaikan kepada rakyat dan negara ini, termasuk hudud Islam.

Saya sokong perlaksanaan hudud Islam, tapi buatlah kerana Allah dan bukan kerana politik seperti Pas. Saya percaya, sekiranya Pas secara ikhlas dan melalui jalan yang sewajarnya meng”approuch” ulama-ulama yang makan gaji dengan Kerajaan pada 20 tahun lepas, bertemu, berijtihad, bersyura dan bersepakat tanpa sebarang agenda politik, sudah tentu hudud yang disepakati itu sudah hampir siap sekarang.

Malangnya, ketidak ikhlasan Pas itu sendiri memadamkan impian perlaksanaan hudud di negara ini. Apa takut dengan Lim Kit Siang, Karpal atau DAP? Sekiranya mereka enggan menerima keputusan Kerajaan dan umat Islam negara ini, mereka boleh nyah dari negara ini dan hidup di negara yang mengamalkan undang-undang yang kena pada hati mereka. Ingat, ini negara Islam dan bukan negara yang di”republik”kan seperti Singapura!


As wrote by me...here.

Azizan, You Must Be Kidding Me..! Heheheheee..!!!

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.

Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini.

Selain itu, bekas Mufti Perlis yang selalu cuba mencari publisiti, Dr. Asri, yang dilihat seolah-olah condong kepada pro-liberal, memerli Azizan Razak menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding dengan apa yang berlaku di Kelantan.

Pertamanya, pada pandangan saya, cara Azizan Razak menjawab desakan Mukhriz itu menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Mukhriz meminta dia meletak jawatan kerana di tidak sihat dan bukannya menuduh Azizan sebagai tidak profesional atau sebaliknya. Orang lain ambil berat mengenai kesihatannya, dia pula nak melenting. Profesionalkah begitu?

Keduanya, Azizan menyatakan dia tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah. Memang benar. Namun, apa yang dimaklumkan kepada saya, Azizan telah menyalahgunakan wang yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM150 juta setahun yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan persekutuan di negeri itu.

Namun, dikhabarkan sebahagian besar wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji para kakitangan awam negeri itu. Perkara ini sememangnya diketahui oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional tentang bagaimana Kerajaan Pas Kedah itu membuat “rolling” duit peruntukan jalan tersebut. Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bahshah Hanipah, pernah mengutarakan persoalan “kehilangan” duit peruntukan dari Kerajaan Pusat itu.

Namun, Kerajaan Pas Kedah berdolak dalik dalam memberi jawapan dan memberitahu bahawa wang tersebut masih ada. Namun sampai sekarang, Kerajaan pimpinan Azizan Razak masih gagal membuktikan bahawa wang tersebut masih ada di dalam akaun Kerajaan Negeri. Apakah ini yang dikatakan “profesional” oleh Azizan?

Ketiganya, saya kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Asri itu. Memang benar Azizan tidak buat apa-apa yang memartabatkan Islam di Kedah. Namun, Nik Aziz, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir Kelantan, hanya sebuah masjid saja yang mampu dibinanya. Sedangkan rumah ibadat agama lain dan patung-patung berhala menjadi keutamaaan Kerajaan pimpinan Tok Guru itu.

Apa yang Tok Guru buat di Kelantan untuk memartabatkan Islam hanyalah menaikkan papan tanda yang memaparkan aurat muslim dan muslimah, serta larangan membuat maksiat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Malangnya, meskipun sudah berpuluh tahun dasar papan tanda itu dilaksanakan, aurat muslim dan muslimah di negeri Kelantan masih lagi terdedah di sana sini.

Malah, statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia baru-baru ini membuktikan Nik Aziz gagal membendung gejala maksiat melalui papan tandanya. Kelantan masih lagi menjuarai carta penghidap HIV di negara ini untuk tiga tahun berturut-turut, hatrik! Justeru itu, bolehkah kita katakan bahawa Nik Aziz melakukan sesuatu yang memartabatkan Islam di Kelantan berbanding Kedah?

Saya melihat, apa jua dasar yang dilaksanakan oleh Pas sama ada di Kedah atau Kelantan, adalah sangat kurang keberkesanannya. Dasar memang dilaksanakan, namun tidak mendatangkan sebarang hasil. Ini membuktikan ketidakcekapan Pas dalam pentadbiran secara menyeluruh.

Jika tumpu pada ekonomi, sosialnya akan tercicir. Jika tumpu pula pada sosial, ekonominya jatuh merudum. Dan jika ditumpu pula pada spiritual, makin teruk pula moral dan akhlak mereka. Jika tidak, takkanlah rumah pelacuran yang kurang 1 kilometer dari Pejabat Menteri Besar Kelantan pun Nik Aziz boleh tak tahu!

Justeru itu, Azizan tidak perlulah meminta simpati dari rakyat untuk mengasihaninya. Jika tidak mampu tadbir, mengaku sajalah dan berilah kuasa tersebut untuk ditadbir orang lain. Kalau jatuh tersungkur nanti siapa yang malu? Azizan mahu surat khabar melaporkan berita dimuka depan “Menteri Besar Kedah jatuh tersungkur dalam selut”? Bukan apa, UMNO sebenarnya “tak sanggup” Azizan Razak dimalukan sebegitu…


Sebagaimana yang saya tulis di sini

Musa Hassan akan mainkan Anwar lagi..!!!

Masih ingat lagi tentang bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan? Hari ini, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan bahawa beliau ada menerima sapina dari mahkamah yang memintanya tampil memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kes liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Menurut beliau, sapina itu diterima pada minggu lalu dan bersetuju untuk hadir sebagai saksi pembelaan kes tersebut. Meskipun beliau boleh menolak dengan membuat permohonan untuk mengenepikan sapina tersebut, namun beliau telah membuat keputusan untuk hadir sebagai saksi apabila dipanggil mahkamah yang dijadualkan bersidang semula awal Oktober ini.

Tentu ramai yang tidak menyangka bahawa Tan Sri Musa Hassan yang pada awalnya menolak untuk ditemubual oleh barisan pembelaan Anwar itu, tiba-tiba setuju untuk menjadi saksi pembelaan apabila disapina.

Sebagaimana kita tahu, kelicikan Anwar dan berisan peguambelanya sangat hebat dan tinggi tarafnya. Buktinya, kes tersebut telah berjaya ditangguhkan lebih 50 kali dan sudah tiga tahun masih lagi belum selesai. Hebat, bukan? Jika kes ini membabitkan orang lain, sudah tentu sudah lama “masuk ke dalam”!

Anwar sebelum ini di luar mahkamah, terutama di ceramah-ceramah “cari makan”nya, sering menghentam Tan Sri Musa Hassan yang dianggapkan sebagai salah seorang “konspirator” bagi menjahanamkan karier politiknya. Benarkah dakwaan Anwar itu, atau ia hanyalah sekadar “auta” Anwar untuk memusnahkan kreadibiliti Musa?

Berbalik kepada lipatan sejarah, Musa Hassan merupakan seorang pegawai penyiasat yang bertanggungjawab menyiasat tentang dakwaan aktiviti liwat Anwar sejak tahun 1996 lagi. Ketika itu, Musa Hassan hanyalah berpangkat pegawai biasa di Jabatan Siasatan Jenayah. Kemudian, timbul pula dakwaan oleh adik Azmin, Umi Hafilda, bekas pemandu Anwar, Azizan, Karpal Singh dan Mat Sabu yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks luar tabii atau dalam kata lain, MELIWAT!

Ketika itu, gempar negara dibuatnya. Timbalan Perdana Menteri yang “warak”, mampu berkhutbah dan menjadi imam dituduh meliwat? Biar betul! Ketika itu, Anwar dikatakan tidak dapat menahan sabar dan telah membuat laporan polis! Di situlah kesilapan pertama Anwar. Laporan polis dibuat dan mahu tidak mahu, dakwaan tersebut mesti disiasat seadil-adilnya!

Sebenarnya, Anwar sendiri yang telah memilih Musa Hassan untuk menyiasat kesnya itu. Di dalam kotak fikiran Anwar, apa-apa yang berlaku, Musa mungkin senang dijinakkan memandangkan adik Musa, Fuad Hassan, berkawan baik dengan Anwar. Namun, apa yang Anwar tidak tahu, Musa Hassan sememangnya tegas, adil dan bijak orangnya!

Dala penyiasatan Musa, Anwar dikatakan beberapa kali cuba campur tangan dan meminta Musa melaporkan hasil siasatan kepadanya setiap hari. Musa menolak dan menegaskan bahawa beliau hanya boleh melaporkan siasatannya kepada Ketuanya, dan bukannya Timbalan Perdana Menteri. Itu yang sepatutnya.

Akibat itu, Anwar telah komplen pada ketua Musa dan Musa dipanggil untuk “sesi leteran”. Namun, sebagai seorang pegawai yang amanah dan taat, beliau menegaskan kepada ketuanya bahawa tindakannya itu adalah apa yang benar dan ketuanya mengakui kebenaran tindakan Musa. Namun, atas desakan Anwar, kes tersebut telah di”gantung” tidak bertali untuk beberapa ketika.

Namun, pada tahun 1997, timbul pula dakwaan dari buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri”. Dalam buku tersebut, dinyatakan bahawa salah satu sebab Anwar tak boleh jadi PM adalah kerana dia meliwat dan ketika itulah kertas siasatan Musa yang “digantung” itu dibuka semula!

Pada ketika itu, Musa berkali-kali dipanggil Anwar untuk mengetahui perkembangan siasatannya. Namun, Musa tidak pernah memberitahu perkembangan siasatannya mengenai kes itu kepada Anwar. Saksi demi saksi dipanggil. Keterangan demi keterangan diambil. Anwar pula keresahan apabila dirinya disiasat oleh seorang pegawai polis yang sangat teliti seperti Musa Hassan.

Akibat itu, Anwar dikatakan meminta adik Musa, Fuad Hassan, untuk memujuk Musa. Fuad ajak Musa bertemu di sebuah bilik hotel dan meminta Musa agar “melepaskan” Anwar. Namun, Musa berkata kepada adiknya itu bahawa sekiranya dia menghalang kerja Musa, silap-silap dia akan “ke dalam”! Mungkin ketegasan itu menyebabkan Fuad tidak begitu dapat membantu Anwar.

Hakikatnya, tindakan terdesak Anwar “menghantar” Fuad untuk berbincang dengannya itu telah menguatkan lagi keyakinan Musa bahawa Anwar sememangnya terbabit dengan aktiviti meliwat. Dan akhirnya, Anwar di dakwa jua di mahkamah, namun dibebaskan atas beberapa kekeliruan teknikal. Namun, mahkamah sendiri telah mengesahkan Anwar terlibat dengan aktiviti meliwat. Sila rujuk penghakiman kes itu.

Kerana dendam tak sudah itulah Anwar seboleh-bolehnya akan cuba memburuk-burukkan Musa meskipun beliau sudah pencen dari menjadi seorang pegawai polis. Alasan Anwar kini cuma satu iaitu Musa menjadi Ketua Polis Negara ketika kes itu dilaporkan Saiful tiga tahun lalu.

Saya kira, kehadiran Musa di kandang saksi pembelaan kali ini akan lebih menggemparkan mahkamah. Dan yang pastinya, sudah tentu pelbagai rahsia Anwar akan terbongkar dengan kehadiran Musa kali ini. Musa cerdik. Beliau tidak mahu ditemuramah dan membiarkan Anwar tertanya-tanya tentang apakah yang bakal keluar dari mulut Musa nanti.

Jika sebelum ini Musa mempermainkan “kecerdikan” Anwar dengan menolak untuk ditemuramah, kali ini sudah tentu Anwar akan lebih teruk “dimainkan” Musa di dalam kandang saksi. Anwar memanggil Musa mengharapkan dia terbela, namun saya yakin bahawa Anwar akan makin terbelit nanti!


Sebagaimana yang saya nukilkan di sini

Thursday, September 22, 2011

GEMPARRR..!!! Kondom Dalam Beg Sekolah Anak..!!!


Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan. - Mynewshub.my

Astargfirullah Al-Azim...lepas ni mungkin ada pulak yang akan salahkan UMNO pasal hal ni...paham-paham la sapa...

Permohonan maaf dari DUKE OF UMNO




Maaf kerana tak sempat nak update blog sejak akhir-akhir ini memandangkan rentetan tugas yang tak putus-putus. Makan dan tidur pun dah kurang ikut jadual...penat...

Saya menerima banyak sms, email dan panggilan telefon yang bertanyakan tentang 'tak update' blog dalam tempoh terdekat ini..hehehe..sorry la semua...tak sempat nak update...busy memanjang!

InsyaAllah, saya akan cuba meng'update' blog ini dari masa ke semasa.. Thanks kepada semua atas sokongan dan galakan yang diberikan. Saya akan cuba berikan yang terbaik, adil dan benar pada masa akan datang...

Harap maklum.

Duke Of UMNO.

Location:Mahkamah Tinggi KL

Tuesday, September 20, 2011

Dah nyanyuk ke Pok Nik? Ludah sendiri pun dijilatnya..???!!!

Sebagaimana kita maklum, akhbar Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar yang sangat dianti oleh puak-puak Pakatan Haram. Tak kiralah sama ada Pas, PKR mahu pun DAP, akhbar Utusan dicap sebagai akhbar yang melaporkan perkara yang bagus-bagus tentang UMNO dan Kerajaan, sebaliknya sering bertindak menyiarkan berita-berita kurang enak tentang Pakatan Haram.

Sebelum ini, Utusan sering digelar dengan pelbagai gelaran yang memperlekehkan akhbar itu seperti “Utusan Meloya” dan sebagainya. Jika dikira sejak awal penubuhannya, sudah berpuluh-puluh kali Utusan diboikot dan sudah menjadi tradisi bagi mereka untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada akhbar milik UMNO itu.

Meskipun tohmahan itu tidak benar sama sekali dan Utusan pernah juga mengkritik Kerajaan melalui siaran berita-beritanya, Utusan tetap dipandang serong. Nik Aziz misalnya pernah mengeluarkan fatwa melalui Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’, yang mengarahkan semua ahli Pas supaya tidak membeli atau membaca akhbar tersebut.

Selain itu, Dewan Pemuda Pas Pusat, melalui Ketuanya sendiri, Nasrudin Hasan Tantawi pernah menyerahkan memorandum kecaman kepada akhbar itu dan mengancam akan memboikot akhbar itu sekiranya tidak menarik balik kartun karya Miki yang “memerli” Presidennya, Hadi Awang.

Malah, pada satu ketikanya, Pakatan Haram pernah membawa nasi lemak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kualu Lumpur, ketika perbicaraan Liwat Anwar – Saiful, dan makan beralaskan surat khabar itu bertujuan menghina kreadibiliti akhbar tertua negara itu.

Namun hari ini, adalah amat mengejutkan sekali apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan bertindak mengiklankan ucapan tahniah kepada DYMM Sultan Kelantan atas permasyhuran Baginda sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan.

Apa sudah jadi dengan Nik Aziz dan pandangannya terhadap Utusan? Mengapa iklankan ucapan tersebut di Utusan? Kalau iklan itu kecil, bolehlah kita faham. Tapi iklan tersebut melibatkan satu muka penuh di dada akhbar milik UMNO itu! Kenapa tidak hanya disiarkan di Harakah saja? Bukankah selama ini Nik Aziz sangat membenci “Utusan Meloya?

Tindakan Nik Aziz ini melambangkan dirinya dan Kerajaan pimpinannya itu sebagai hipokrit dan mengkhianati ahli-ahli Pas yang lain. Dia suruh boikot Utusan, tapi dia sendiri yang beri duit lebih pada akhbar milik UMNO itu. Jelas sekali Nik Aziz sudah belot pada arahan dan fatwanya sendiri!

Tindakan itu juga boleh disifatkan sebagai “meludah ke lantai dan kemudian jilat semula ludahnya”. Masakan tidak, beriya-iya dia menyuruh ahli-ahli Pas untuk memboikot Utusan, tapi dia pula yang “berbaik-baik” dengan akhbar itu. Kalau saya, saya mungkin tak tahu nak letak muka di mana. Tapi lainlah Nik Aziz, dia muka “tebal”…

Mana Nasrudin Hasan Tantawi? Utusan tak mohon maaf pun pasal karikatur karya Miki itu. Kenapa tak boikot tindakan Nik Aziz yang berpaling tadah dengan memberi sokongan terhadap Utusan itu? Sewajarnya, Ketua “buih pepsi cola” ini menyelar tindakan Nik Aziz yang bersifat “talam dua muka” itu. Nik Aziz secara tidak langsungnya mem”batal”kan boikot terhadap Utusan yang dipeloporinya baru-baru ini.

Demikianlah Allah bukankan keaiban dan menjatuhkan ego serta maruah seorang hambaNya yang menafikan usaha menyatu padukan ummah di negara ini. Nik Aziz sudah dimalukan. Kreadibilitinya semakin hancur. Namun, seperti biasa, Pas akan tetap munafik dan terus menafikan segala kemunafikannya. Pas akan terus “sekatil” bersama DAP dan PKR meskipun mereka punya mimpi yang berbeza.

Hakikat ini diserahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai hipokrasi, lakonan dan kemunafikan Pas terhadap perjuangan ahli-ahli mereka sendiri. Saya minta terjemahkan segalanya pada undi anda semua pada Pilihanraya Umum ke-13 yang dijadualkan tidak lama lagi. Lupakan Harakah..pilihlah Utusan dan jangan lupa PERAK TODAY juga!


Sumber: klik sini

Suruh pijak Islam pun Pas akan buat..!!!

Negara pernah cuba dihuru-harakan oleh puak-puak pelampau Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Bershit yang bersekongkol dengan penyokong utama gejala murtad, Ambiga Sreevenasan, dan parti-parti politik pembangkang yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR, menyebabkan ketegangan berlaku antara mereka dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di ibu negara.

Hakikatnya, salah satu yang dituntut oleh mereka ialah penggunaan dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada setiap kali berlangsungnya pilihanraya di negara ini. Tapi mereka lupa dan gagal untuk mengetahui, apakah sebenarnya sifat yang ada pada dakwat kekal.

Menyokong membuta tuli permintaan penggunaan dakwat kekal yang dipelopori oleh individu yang jelas menggugat Islam di negara ini, umat Islam yang mengganggotai PAS dan PKR bagaikan lembu dicucuk hidung, mengikut saja tuntutan tersebut. Sedangkan, apa itu dakwat kekal pun mereka tak tahu sebenarnya!

Tahukah mereka tentang sifat dakwat kekal? Menurut contoh dakwat yang digunakan oleh negara-negara yang menggunakan dakwat tersebut pada setiap kali pilihanraya di negara mereka, dakwat kekal merupakan sejenis dakwat yang kalis air, mampu kekal dan tahan lama selama beberapa hari, serta hanya akan hilang setelah sel kulit yang terkena dakwat itu mati dan digantikan dengan lapisan kulit yang baru! Itulah dakwat kekal!

Saya menghubungi sendiri Mufti Besar Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bertanyakan tentang hukum hakam penggunaan dakwat kekal ini. Saya berpendapat, hal keduniaan ini perlu dirujuk kepada ulama yang neutral untuk mendapatkan pengetahuan mengenainya menurut perspektif Islam.

Menurut Tan Sri Harussani, penggunaan dakwat kekal adalah berdasarkan kepada sifat dakwat tersebut. Sekiranya dakwat tersebut bersifat kalis air atau menyekat air dari terkena mana-mana bahagian kulit yang wajib kena ketika mengambil wuduk, maka penggunaan dakwat itu sewajarnya tidak dilaksanakan.

Ini memandangkan ketika seorang umat Islam mengambil wuduk, air mestilah terkena kulit dan oleh kerana dakwat tersebut mampu menyekat air dari terkena kulit, maka ia menyebabkan wuduknya tidak sah di sisi Islam. Justeru memandangkan wuduknya tidak sah, maka dia tidak boleh menunaikan solat. Itu kata beliau.

Justeru itu, mengapa pula si “bijak pandai” alim ulama PAS terlepas pandang untuk menyiasat perkara ini? Apakah mereka “kebal” dari hukum “tidak sah” tersebut? Atau mereka punya mekanisma lain yang mampu menanggalkan dakwat tersebut? Pakai minyak gas? Petrol? Habis tu, bagaimana jika selepas ditanggalkan dakwat itu, individu itu kembali untuk mengundi berkali-kali?

Mungkin penggunaan dakwat kekal itu wajar dilaksanakan di negara yang majoritinya bukan Islam seperti di tempat asal Ambiga, di India. Namun di Malaysia, majoritinya adalah umat Islam. Siapa yang nak tanggung dosa seluruh umat Islam di negara ini sekiranya mereka tidak boleh berwuduk dan bersolat selama seminggu? SPR? Ambiga? PAS? PKR? Hadi Awang? Mat Sabu? Anwar Ibrahim? Siapa yang berani tanggung dosa-dosa tersebut?

Sebenarnya, kerana kebodohan mereka, mereka termakan dengan dakyah sesat yang cuba diterap oleh golongan anti-Islam di Malaysia. Mereka menurut tanpa usul periksa dan tidak pernah belajar dari kesilapan itu. Mereka memekik terlolong meminta Kerajaan membeli dakwat kekal untuk digunakan ketika pilihanraya, namun dakwat kekal itu sendiri pun mereka tidak kenal sifatnya.

Justeru itu, pada pandangan saya, mengambil kira kenyataan yang diberikan oleh Mufti Besar Perak yang saya kira lebih alim tentang hukum hakam Islam berbanding saya, wajarlah saya katakan bahawa dakwat kekal perlu dikaji sifatnya terlebih dahulu dengan teliti sebelum disokong oleh mana-mana umat Islam. Jangan jadi bodoh diperkotak-katikkan oleh individu seperti Ambiga begitu saja!

Selepas dakwat kekal tersebut di kenal pasti, Jawatankuasa Ahli Parlimen yang terpilih untuk memperbaiki sistem SPR mesti mencari jalan yang paling sesuai untuk mengelak dakwat itu dari ditiru, di bawa masuk secara haram, dipadam dengan apa-apa mekanisma dan apa-apa kemungkinan yang mampu menggugat ketelusan pilihanraya.

Sekiranya gagal untuk melaksanakan semua perkara itu, maka tidak wajarlah dakwat kekal digunapakai di negara ini ketika pilihanraya, terutamanya pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. Saya juga ingin menggesa agar seluruh umat Islam untuk berfikir dahulu sebelum menyokong apa-apa cadangan atau saranan mana-mana pihak. Fikirkan masak-masak terlebih dahulu atau anda akan di”jual” sewenang-wenangnya oleh golongan yang cuba menggugat Islam di negara ini. Noktah!


Sumber: klik sini

Untuk apa Azizan Razak beli Merc mewah?

Baru-baru ini Kerajaan Pas Negeri Kedah menggemparkan rakyatnya dengan kemunculan sebuah Mercedes Benz bernombor pendaftaran KCX 8. Kereta mewah yang berharga lebih RM600,000 dan bernombor pendaftaran satu digit itu sudah tentu menelan belanja yang agak besar bagi sebuah Kerajaan yang kurang berkemampuan seperti Kedah.

Namun, untuk menjaga prestij Menteri Besar Kedah, Pas merelakan duit rakyat negeri Jelapang Padi itu digunakan untuk “kemewahan” Ustaz Azizan Razak. Tak mengapalah Ustaz. Berilah peluang pada Ustaz menikmati kereta mewah itu sementara menunggu “peralihan kuasa” yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi.

Pada saya, ini adalah antara “kebijaksanaan” Azizan Razak untuk memastikan dia “merasa” manisnya menjadi Menteri Besar. Sementara belum di”terajang” puak-puak yang dengkikannya, lebih baik dia beli “sesuatu” yang berharga untuknya sebagai “habuan”. Sekurang-kurangnya sempat juga dia merasa.

Lagipun, manalah tahu kalau benar-benar dia di”pencen”kan dari jawatan Menteri Besar oleh Phahrolrazi Nawawi, mungkin dia berpeluang untuk membeli Mercedes Benz itu dengan harga diskaun “gila-gila”! Untuk pengetahuan, selalunya di negeri Kedah, individu yang bersara dari jawatan utama Kerajaan akan diberikan keistimewaan untuk membeli kenderaan rasminya dengan harga diskaun yang sangat hebat!

Pada saya, sekiranya Azizan berminat untuk membeli kereta mewah itu kelak, sudah tentu akan dibenarkan oleh Phahrolrazi. Manakan tidak, sekiranya Azizan membeli kereta itu, Phahrolrazi ada alasan lebih kukuh untuk membeli sebuah lagi kereta yang lebih mewah untuk kegunaannya sebagai Menteri Besar Kedah!

Saya percaya, ramai yang mempertikaikan pembelian kereta mewah itu oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah. Maklumlah, sebelum ini Pas mengkritik hebat Kerajaan BN yang membeli beberapa buah Proton Perdana Eksekutif untuk kegunaan rasmi. Macam-macam “depa kata”, macam-macam “depa hina”…

Namun, dengan pembelian Mercedes Benz mewah ini, Pas seolah-olah lupa tentang zuhud, lupa tentang kesederhanaan dan lupa pada kerendahan hati yang diajar oleh para khulafa’urraasyidin. Apa perlunya membeli sebuah kereta mewah? Semata-mata untuk “prestij”? “Prestij” untuk apa? Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang? Itu riak namanya…

Saya tidaklah menyarankan untuk Kerajaan Pas Kedah membeli kereta Kancil atau Viva. Namun, belilah kenderaan yang lebih sederhana. Proton Perdana pun sesuai juga. Lagipun, Proton Perdana adalah keluaran syarikat automotif nasional. Sokonglah sedikit kereta buatan Malaysia.

Seperkara lagi, jalanraya di negara kita ini semuanya mempunyai had kelajuan yang terhad kepada 90 kmh sahaja. Itu di jalan Persekutuan. Jika di lebuhraya, paling laju pun boleh dibawa ialah 110 kmh. Kalau kelajuan yang di”maaf”kan (selalunya untuk memotong kenderaan lain) hanyalah 120 kmh. Itu pun kalau tak kena saman.

Kalau naik Mercedes Benz, itu, Azizan akan pandu laju, kah? Mungkin Azizan tidak sayang pada nyawanya untuk memandu laju. Tapi, bagaimana dengan nyawa orang lain yang memandu kereta kecil seperti saya? Kalau KCX8 “hentam” kereta kecil saya, sudah tentu kereta saya remuk dan KCX 8 mungkin hanya mengalami sedikit calar sahaja. Justeru itu, saya ulangi sekali lagi, untuk apa beli Mercedes Benz itu?

Hakikatnya, kita semua sedia maklum bahawa pembelian Mercedez Benz untuk kegunaan Menteri Besar itu tidak lebih dari bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sifat itu tidak pun diunjurkan di dalam Islam. Itu hanyalah nafsu serakah manusia dan Azizan Razak serta kepimpinannya. Tidak mustahil selepas ini para Exconya akan meminta Toyota Camry, Harrier atau Porche Cayenne pula untuk mereka!


Sumber: klik sini

Pas lebih "AMERICAN" berbanding rakyat Amerika sendiri..!!!

Sekiranya Anwar merupakan seorang ahli politik di Amerika Syarikat, adalah sangat berkemungkinan besar dia tidak akan hidup lama. Malah, sekiranya Anwar merupakan seorang ahli politik di mana-mana negara di barat pun, saya percaya dia tidak akan berjaya sama sekali. Tahu mengapa?

Ini adalah kerana budaya di Barat sangat menitik beratkan tentang isu moral seseorang pemimpin, terutamanya pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan skandal yang berbaur seks!

Dunia melihat bagaimana Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, yang “jatuh terus tak bangun”. Hanya berdepan dengan seorang wanita yang berjawatan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinski, Clinton tersembam rebah ke bumi! Kenapa? Kerana dia dilibatkan dengan skandal seks bersama pembantu Rumah Putih itu!

Kerana skandal itu jugalah isterinya, Hillary Clinton, gagal menewaskan Barrack Obama yang berkulit hitam dan mempunyai latar belakang berketurunan Islam. Obama adalah individu dari golongan berkulit hitam (coloured) pertama yang berjaya menjadi Presiden di negara kuasa besar itu. Rakyat Amerika tidak punya pilihan lain selain memilih Obama berbanding memilih seorang yang punya kaitan dengan individu yang terlibat dengan skandal seks.

Kita beralih ke Itali. Presiden negara itu, Silvio Berlusconi juga jatuh kerana seorang wanita yang bernama Lusinan. Skandal seks antara mereka menggemparkan negara itu dan secara automatik, Berlusconi dipaksa meletak jawatan serta merta. Di Itali, rakyatnya menolak pemimpin yang tidak bermoral seperti itu.

Kembali semula ke Amerika, Presiden Parti Demokrat, Gary Hart, juga jatuh kerana wanita yang bernama Donna Rice. Skandal seks lagi! Dan yang paling hebat ialah Gabenor di New York, sebuah bandaraya hebat dan “open minded”, terus “padam” karier politiknya ekoran pendedahan skandalnya melanggan pelacur bertaraf bintang!

Semua pemimpin yang jatuh itu bertempat di dunia Barat. Dan kesemua mereka terlibat dengan skandal seks masing-masing. Jangka hayat umur “politik” mereka tidak lama. Setelah terlibat dengan skandal seks, masa depan dan karier politik mereka terus “padam” dan musnah sekelip mata. Kenapa? Kerana masyarakat Barat sememangnya anti pemimpin yang terlibat skandal seks!

Majoriti rakyat di Barat merupakan golongan yang sangat “open minded” berbanding di Malaysia. Malah, majoriti mereka menganut agama Kristian dan bukan Islam. Tapi, mereka begitu menitik beratkan soal maruah dan moral pemimpin negara mereka. Pantang mereka sekiranya pemimpin terlibat dengan skandal seks, pasti mereka “padam” orang seperti itu dari terus memimpin mereka.

Berlainan pula halnya di negara ini. Meskipun Anwar berkali-kali didedahkan dengan skandal seks, dia tetap dianggap “dewa” oleh penyokong-penyokongnya. Malah, DAP dan PAS sanggup pula melantik pemimpin tidak bermoral ini sebagai Ketua Pembangkang dan “bakal Perdana Menteri” sekiranya berjaya menakluk Putrajaya, kelak.

Sejak tahun 1996 lagi, rahsia gelap Anwar didedahkan kepada khalayak umum. Ketika itu, dia masih lagi menjawat Timbalan Perdana Menteri. Pemandunya, Azizan, dan adik perempuan Azmin, Umi Hafilda, memberikan semua fakta mengenai keruntuhan akhlak Anwar yang berkali-kali meliwat Azizan kepada Karpal dan Mat Sabu.

Malah kedua-dua ahli Parlimen itu turut menggesa Kerajaan menyiasat dakwaan tersebut di samping menegaskan bahawa mereka punya bukti kukuh. Karpal misalnya, mencabar agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir, menyiasat Anwar atas tuduhan seks luar tabii dan menyatakan bahawa dia punya bukti kukuh. Mat Sabu yang terkenal dengan celupar mulutnya, sebelum itu juga pernah menggelar Anwar sebagai “Al-Juburi”! Apa makna Al-Juburi? Itu kena tanya pada Mat Sabu…

Kemudian, rakyat negara ini digegarkan lagi dengan aduan Saiful Bukhari Azlan yang menuduh Anwar meliwatnya. Saiful bersumpah laknat bersaksikan nama Allah dan Al-Quran menegaskan kebenaran dakwaannya. Tapi Anwar? Bukan saja tidak berani menyahut cabaran bersumpah laknat, bersumpah biasa pun dia tak berani lakukan! Kes liwat II ini masih berlangsung meskipun sudah 3 tahun lamanya setelah lebih 50 kali ditangguh Anwar!

Terbaru, rakyat negara ini digegarkan pula dengan rakaman video visual aksi ranjang, skandal seks Anwar yang terbaru. Bukan main lagi aksinya dengan China Doll! Rakaman tersebut juga telah diperiksa ketulenannya oleh sebuah syarikat bertaraf dunia di luar negara dan hasilnya memberitahu bahawa video tersebut adalah tulen serta 99% lelaki yang beraksi itu adalah Anwar!

Tapi malangnya, masih ada rakyat di negara ini yang sanggup menyokong Anwar meskipun berkali-kali dibuktikan terlibat dengan skandal seks. Skandal seksnya bukan hanya dengan perempuan, dengan lelaki pun ada! Bukan seorang malah ramai pulak tu! Itu pun masih lagi dianggap “pemimpin anugerah Tuhan”???

Mungkin rakyat negara ini yang menyokong Anwar terlebih “open minded” berbanding rakyat di Amerika Syarikat, Itali dan dunia Barat. Meskipun negara ini merupakan sebuah negara Islam, sifat “open minded” yang dimiliki oleh rakyat negara ini lebih hebat berbanding penganut Kristian dan mereka yang tidak beragama di Barat. Mungkin budaya rakyat negara ini, khususnya Pas dan PKR, lebih meminati pemimpin yang terlibat dengan skandal seks, mungkin…???!!!


Sumber: klik sini

Monday, September 19, 2011

GEMPARRR..!!! Husam saman blogger RM5 juta..!!!


Mungkin kerana tak berani nak saman blogger sehebat PapaGomo, Parpukari, GAP, RBF dan sebagainya, Husam melepaskan geramnya dengan bertindak menyaman salah seorang bloggernya sendiri.

Hasilnya, hari ini Husam melalui peguamnya, menyaman Blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta. Setahu saya, Kickdefella pernah bertugas dibawah Husam suatu ketika dahulu. Malah, dia yang nama sebenarnya, Syed Azidi, tidak pernah bertukar sokongan kepada BN sehingga kini. Dia masih seorang blogger Pakatan Haram.

Meskipun Kickdefella yang dikhabarkan sangat intim dengan blogger-blogger "so-called ELITE" pro-BN, dia dijangka tidak punya banyak masalah dengan saman dari Husam itu memandangkan statusnya yang berkawan dengan "elitist" tersebut...

Cuma, saya nak bertanya pada Husam, bila lagi nak saman PapaGomo? Dah banyak kali dia buat "so-called fitnah" tuuu...
Husam saman blogger Kickdefella RM5 juta September 19, 2011 KUALA LUMPUR, 19 Sept – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili peguam Hisham Fauzi. Dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat, demikian lapor Harakahdaily.

Defendan diminta menyiarkan permohonan maaf dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ pada 27 Januari 2011, artikel ‘Sebelum kita lupa Normalam Sudirman’ yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel ‘Husam itu pembohong’ pada 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian Bahasa Malaysia selama satu hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suai manfaat.

GEMPARRR..!!! 18SX: Bukti Anwar men"tuuuuutttt"..!!!



Sebenarnya, saya enggan mengulas panjang mengenai sesuatu yang sememangnya diyakini benar oleh saya sebelum ini. Sudah berbuih mulut menyatakan bahawa individu itu adalah Anwar. Tapi ada pulak yang tak boleh terima kenyataan ini..

Antara alasan mereka ialah "video tak boleh jadi saksi" (padahal boleh jadi bahan bukti!). Ada pula yang beri alasan bahawa "takkanlah seorang yang alim dan warak macam Anwar buat begitu?", dan saya nak tanya pula, bagaimana dengan sejarah seorang ahli sufi yang sangat warak tiba-tiba minum arak, meniduri pelacur dan kemudiannya membunuh pelacur tersebut?

Sekiranya Anwar adalah seorang pemimpin politik di US, saya percaya bahawa dia sudah lama didesak oleh orang dalam parti dan luar partinya untuk letak jawatan dan bersara dari politik.

Tapi di Malaysia, orang jenis ini masih lagi diterima dan di"sanjung" oleh penyokong-penyokongnya. Orang spesis ini masih lagi dianggap "pemimpin Anugerah Tuhan". Entahlah. Saya bukannya mahu menghina, tapi hanya orang bodoh saja yang tidak percaya tentang siapa sebenarnya Anwar ini...

Maaflah jika terasa. Tapi, saya memang nak tegaskan sekali lagi di sini bahawa Anwar memang tak guna. Apa jenis manusia pun saya dah tahu nak describe dahhh...

Bicara Anwar Sambung Pagi Ini: Liwat Tetap Liwat..!!!

Ketika saya menulis di sini, tarikh sudah menunjukkan 19 September 2011. Ini bererti pagi ini Anwar Ibrahim akan meneruskan perbicaraan bela dirinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Jalan Duta. Kali ini, dijangkakan dia akan muncul dengan wajah yang lebih tertekan berbanding sebelum ini. Apatah lagi beberapa blogger pro-Kerajaan menayangkan video terbaru yang dilakonkan Anwar baru-baru ini.

Namun, apa yang menjadi kemusykilan pada saya pada kes perbicaraan Anwar Ibrahim Vs. Saiful Bukhari Azlan ini ialah mengenai jumlah kehadiran penyokong-penyokong Anwar. Sebagaimana kita tahu, kerana Parti Keadilan telah ditubuhkan dahulu sempena pembelaan terhadap Anwar pada tahun 1998-1999. Itu bermulanya sejarah sebuah parti yang kini ditukar namanya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika Anwar menghadapi perbicaraan bela dirinya pada sekitar akhir tahun 90′an itu, dianggarkan tidak kurang dari 3,000 penyokongnya akan membanjiri perkarangan mahkamah yang ketika itu masih di Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan dengan Dataran Merdeka. Saya masih ingat, ketika itu mahkamah digegarkan dengan laungan “reformasi” yang sering mengganggu mendiang Hakim Mahkamah, mendiang Datuk Augustine Paul.

Selain itu, setiap kali membela diri, jenuh pihak Kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir, terpaksa bersiap sedia dengan pasukan keselamatan, FRU, anggota polis dan trak-trak berwarna merah atau Black Maria. Sesekali, kita akan dapat melihat kenderaan yang dilengkapi “water cannon” terpaksa digunakan untuk menyuraikan penyokong-penyokong Anwar dari terus membuat kacau di perkarangan Mahkamah tersebut.

Ketika itu, adalah amat payah sekali untuk para wartawan media, sanak saudara atau keluarga Anwar, mahu pun orang awam untuk masuk ke bilik perbicaraan bagi menyaksikan sendiri perjalanan kes itu. Susah nak dapat “pass masuk”! Ramai yang merungut. “Pass Masuk” habis diedarkan dalam masa 5 minit! Itu pun siapa mahukan Pass itu terpaksa datang ke mahkamah seawal jam 6.30 pagi! Itulah yang berlaku pada kes Liwat I dahulu.

Berbanding apa yang berlaku pada kes Liwat II ini, Anwar dilihat “keseorangan”! Tidak ada lagi 3,000 penyokongnya yang menyambut dengan laungan “reformasi” atau “lawan tetap lawan”. Yang ada kini ialah laungan dari kumpulan Gerakan Anti-Liwat yang menyambut Anwar dengan kutukan dan kecaman terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Persoalannya, “Manakah perginya ribuan penyokong-penyokong Anwar???”.

Apakah mereka sedang sebok bekerja? Dulu mereka tidak bekerja, kah? Apakah mereka kini kurang semangat untuk berjuang membela Anwar? Dulu Anwar di dalam penjara sambil membakar semangat, sekarang Anwar di luar bersama mereka untuk membakar semangat. Jika difikirkan, berada di luar bersama penyokong sudah tentu mempunyai kelebihan yang lebih banyak untuk menarik semangat penyokong-penyokongnya untuk hadir!

Namun, perbicaraan bela diri Anwar sudah lesu kini. Jika ditolak wartawan, petugas mahkamah, peguam-peguam, dan hakim, dianggarkan hanya 20 hingga 30 orang saja penyokong Anwar yang hadir mengikuti kes perbicaraannya. Itupun pada awalnya saja. Masuk hari kedua dan ketiga, penyokongnya semakin kurang. Yang hadir pun hanya keluarganya saja.

Sebagai contoh, anaknya, Izzah datang lambat dan sering balik awal sebelum kes ditangguhkan Hakim. Yang setia di dalam kamar mahkamah hanyalah Wan Azizah dan dua tiga orang anak mereka. Kawan-kawan Anwar sendiri semuanya macam biskut, “kejap ada, kejap tak ada”. Malah dalam beberapa hari ini, bilik mahkamah tak penuh pun!

Senario ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku pada senario kes Liwat Anwar sebelum ini.

Pada hemat saya, Anwar sudah kehilangan penyokong-penyokong tegarnya. Kenyataan ini disokong oleh beberapa faktor yang antaranya, Anwar sudah sangat kurang diyakini oleh orang-orangnya sendiri. Kebanyakan penyokong Anwar sudah sedar “siapakah Anwar sebenarnya”. Ini ekorang beberapa pendedahan melalui rakaman video seks yang dikatakan 99% Anwar, pendedahan adik beradik Azmin dan mereka yang rapat dengan Anwar sebelum ini serta banyak lagi.

Penyokong Anwar sedar bahawa dia tidak menghargai penyokongnya setelah keluar dari penjara dahulu. Sebagai contohnya, setelah keluar “kandang” di Sungai Buloh dulu, Anwar lari ke US tinggalkan penyokongnya dan berkawan baik dengan Yahudi, Zionis dan sekutu-sekutu kuatnya yang menekan dunia Islam . Malah, Anwar ketika itu tanpa segan silu menyokong rundingan damai Israel – Palestine yang dipelopori oleh US (The Annapolis Summit), di mana rundingan tersebut jelas sangat menyebelahi kepentingan Israel.

Sebenarnya, banyak lagi pendedaha mengenai “rahsia gelap” Anwar dan sahsiah diri sebenar “sesumpah” ini. Malah US sendiri, melalui Hillary Clinton menggelar Anwar sebagai “chameleon” yang mampu hipokrit bertukar warna mengikut keadaan. Sifat Anwar yang menjadikan pembohongan sebagai hobi juga semaki didedahkan ramai pihak.

Anwar semakin tertekan sebenarnya. Kita nantikan saja pagi ini. Apakah lagi helah Anwar untuk membela diri dari disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Pada saya, sekiranya Anwar didapati tidak bersalah oleh Hakim, maka sudah tentu Anwar akan gembira sakan sambil memuji Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah sebagai seorang Hakim yang paling adil di dunia! Tapi, kalau Anwar kalah, maka seperti biasa, alasan standardnya ialah “konspirasi”, “Hakim telah dibeli”, “korupsi”, “takut kat saya”, “nak cucuk arsenik kat saya” dan macam-macam lagi alasan murahan seumpamanya.

Tak percaya? Tunggu dan lihat. Anwar tidak akan sesekali mengaku salah walaupun disahkan atau didapati bersalah oleh Mahkamah. Dan Anwar tetap seperti dia takkan berubah sekiranya dia dilepaskan dari kesalahan jenayah ini. Pada Anwar, “Liwat tetap Liwat, peliwat tetap peliwat!”.


Sumber: Klik Sini

DS Najib..Kita Menang Lagi..!!!


United 3 Chelsea 1

An action-packed clash saw the champions see off Chelsea 3-1 thanks to goals from Chris Smalling, Nani and Wayne Rooney. Although Fernando Torries replied for the Londoners at the start of the second half, his dreadful miss late on only added to the ecstatic mood around the ground.

Sir Alex's side could even afford a missed penalty from Rooney and several spurned chances en route to a fifth straight victory in the Barclays Premier League to go clear at the top of the table.

United were slower into their stride than in this fixture last term, and yet still led after only eight minutes. David De Gea had been called into drastic action to hook away a Ramires shot early on but the opener soon arrived, in front of the Stretford End.

Ashley Young was fouled and swung the free-kick over for Smalling to bury an unstoppable header for his first Barclays Premier League goal for the Reds. Replays showed the defender may have been marginally offside and the goal provoked a decent response from the visitors. Torres had already received a stray pass from Javier Hernandez when Anderson misplaced the ball straight to the Spaniard but, as Old Trafford held its breath, the £50million man dragged his shot wastefully wide of the far post.

De Gea caught a Bransilav Ivanovic header and saw Frank Lampard lash wide, after the England international midfielder rightly escaped a handball shout inside his own area. There was an almighty let-off on 26

Bila Kak Su Bersuara... Heh!