Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 14, 2011

Hahahaha..!!! Namewee muka tak malu..! Najib taknak jumpa dia pun..!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada berjumpa dengan pengarah filem, Namewee pada minggu ini seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak termasuk media.

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, pertemuan tersebut tidak pernah ada dalam jadual Perdana Menteri, malah Namawee sendiri tak pernah muncul di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

“Kami pun hairan bagaimana isu ini boleh ditimbulkan sedangkan pertemuan tersebut tidak berlaku.

“Apa motif sebenar pihak yang membangkitkan perkara ini kita pun tidak pasti,” katanya kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebelum ini, ada beberapa akhbar dan portal berita mengatakan Namewee akan bertemu dengan Perdana Menteri dalam waktu terdekat untuk membincangkan perancangan seni melibatkan dirinya.

Berita pertemuan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan mengundang kritikan banyak pihak yang kurang senang kiranya Perdana Menteri bertemu dengan pengarah filem tersebut.

Umumnya mereka berpendapat, Namewee tidak wajar diberi muka selepas beberapa kali menimbulkan kontroversi yang bersifat perkauman melalui beberapa karya seperti lagu ‘Negarakuku’ yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Pada tahun lalu, Namewee secara terbuka mengatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan mengenai beberapa kontroversi yang timbul hasil karyanya.

Bagaimanapun sehingga kini beliau gagal bertemu Perdana Menteri. - Mynewshub.my

Bersedia – PM Akan Umum Kejutan Besar Malam Esok..!!!


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman beberapa isu yang sangat penting dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia malam esok.

Mynewshub.my difahamkan, perutusan itu akan disampaikan oleh Perdana Menteri di Angkasapuri bermula pukul 9 malam esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama negara.

Orang ramai dinasihat mengambil peluang mendengar sendiri perutusan tersebut yang pertama kali disiarkan secara langsung. - mynewshub.my

GEMPARR..!!! Mahfuz Omaq Malu Besaq Hari Ni..!!!

Nampaknya Mahfuz buat hal lagi kali ini. Terbaru, dia cuba melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Taktik kotor dan bodoh ini mungkin sengaja dimainkan oleh Mahfuz untuk mengelak kedua-dua tokoh terbilang UMNO ini untuk bergabung menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Hari ini, Mahfuz menyifatkan Tun Dr. Mahathir cuba memberikan “mesej” kepada Najib untuk tidak mengadakan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, sekaligus campur tangan dalam menentukan keputusan Perdana Menteri selaku ketua Kerajaan. Tun M juga dikatakan kurang sependapat dengan Najib mengenai cara pemilihan calon.

Jadi, apa yang Mahfuz sebok dengan kenyataan yang diberikan Tun M itu? Apa kaitan Mahfuz dengan kenyataan Tun M tersebut? Tun M buat kenyataan itu kepada Mahfuz, kah? Atau Mahfuzkah yang bertanggungjawab menjaga Najib dan menjadi penasihat Perdana Menteri?

Pada saya, Mahfuz tidak ada kena mengena dalam hal ini dan dia tidak perlu pun memberi komen mengenai kenyataan Tun M berkenaan tarikh pilihanraya, mahupun cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut. Padahnya, dia sendiri yang akan malu besar!

Belum pun habis saya membaca percaturan bodoh Mahfuz, saya diberitakan tentang kemesraan Najib dan Tun M di majlis penyerahan Proton Letrik kepada Kemneterian-kementerian di lobi Jabatan Perdana Menteri pagi tadi. Itu membawa maksud, ketika Mahfuz cuba jadi batu api kepada Najib dan Tun M, kedua tokoh UMNO ini sedang bermesra di dalam majlis di Putrajaya!

Jadi dimana betulnya “konspirasi” yang dikatakan Mahfuz itu?

Allah bayar “cash” kali ini. Kebodohan Mahfuz itu dipamerkan Allah kurang dari 8 jam! Siapa yang malu sekarang? Sudah tentu Mahfuz yang merupakan ayah kepada seorang anak yang dipenjarakan kerana menagih dadaha itu yang malu!

Saya menasihatkan Mahfuz, sekiranya tidak tahu apa-apa tentang UMNO, Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib, lebih baik dia diam dari menunjukkan kebodohannya kepada rakyat Malaysia. Memalukan! Lagipun, sewajarnya Mahfuz jaga kawasan Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya. Asyik sebok menabur fitnah dan spekulasi di Kuala Lumpur, sampai lupa rakyat sendiri di kawasan!


Sumber: klik sini

Kereta calar, disembur cat pun UMNO dipersalahkan..???

Baru-baru ini, Harakah Daily menyiarkan mengenai beberapa buah kenderaan milik wartawan dan media yang telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam kejadian itu, beberapa buah kenderaan telah disembur cat ketika tuan kenderaan tersebut sedang menghadiri majlis forum atau ceramah umum yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV.

Dalam kejadian itu, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan.

Malangnya, dalam menceritakan hal sebenar, wartawan Harakah Daily tidak berani pula menyiarkan tentang warna cat yang disembur pada kenderaan tersebut. Nyatanya, melalui gambar yang disiarkan oleh Harakah Daily pada kejadian itu, cat tersebut berwarna kuning!

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, tanpa segan silu menuduh tindakan itu dilakukan oleh “mereka yang kekeringan hujah” dan berlawan dengan hujah Pakatan Rakyat, khususnya Pas. Dari riak bahasa yang digunakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan ini, saya kira, tentunya kita dapat mengagak bahawa tuduhan tersebut ditujukan kepada Barisan Nasional, khususnya UMNO.

Perkiraan saya ini berdasarkan kenyataan Abdul Latif kepada wartawan Harakah Daily yang berbunyi begini…

“Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS. Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Pada saya, tuduhan ini merupakan satu tuduhan yang sangat berbaur fitnah! Saya ingin bertanya, apakah Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu berfikir sebelum membuat tuduhan? Adakah dia punya bukti untuk membuat tuduhan itu? Dia nampakkah siapa yang buat onar itu? Jika nampak pun sekali, apakah individu itu memberitahu dia bahawa dia mewakili Barisan Nasional atau UMNO? Atau tukang sabotaj itu memakai baju yang berlambang UMNO? Begitu?

Saya ingin bertanya, adakah Abdul Latif mampu memberikan 4 orang saksi yang tidak fasikh dan akil baligh terhadap kejadian itu? Jika ada rakaman CCTV pun, ia tidak boleh dipakai untuk menuduh UMNO. CCTV menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuma “besi” yang tidak dapat diterima sebagai bukti mahupun saksi pertuduhan! Tak ingat ucapan penutup Hadi pada Muktamar Pas yang lalu?

Berbalik mengenai cat yang disembur, ianya jelas berwarna “kuning”. Apakah Abdul Latif tidak kenal dengan “warna kuning” yang menjadi kegemaran Ambiga dan Pakatan Rakyat? Apakah Abdul Latif tidak ingat tentang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang sememangnya bertemakan warna “kuning”?

Pada saya, cat kuning yang disembur itu tidak mustahil adalah angkara penyokong Bersih atau Pakatan Rakyat sendiri. Mungkin penyokong Pakatan Rakyat itu berang dan tidak puas hati dengan wartawan Sinar tersebut hingga menyebabkan dia bertindak mensabotaj kenderaan wartawan itu. Segalanya mungkin berlaku memandangkan tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab dan kejadian tersebut tidak punya saksi.

Justeru itu, tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu jelas salah menurut Islam yang melarang penganutnya bersangka buruk terhadap individu lain, khususnya sesama Islam. Tuduhan liar itu tidak ubah seperti memfitnah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin muda yang kononnya mewakili Islam.

Beginikah akhlak yang diterapkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, kepada golongan pemimpin muda yang menjadi pelapis kepada kepimpinannya di Kelantan? Persoalan itu harus dijawab secara bermaruah oleh Pas Kelantan dengan mengenepikan sentimen emosi kepartian. Usah diburukkah lagi nama Islam. Pas harus mengeluarkan perkataan “Islam” dari nama parti itu dan digantikan dengan “kebajikan”!


Sumber: PERAK TODAY

Tuesday, September 13, 2011

Panasss..!!! Melayu digesa beri kuasa pada DAP memerintah negara..!!!

Sebenarnya sudah lama DAP bercita-cita hendak menghapuskan taraf bumiputera bagi menguasai 100 peratus kuasa dalam negara. Dari dulu lagi mereka-mereka ini tak berpuas hati dengan keistimewaan yang diperuntukkan kepada bangsa melayu.

Disebabkan itulah, pelbagai cara mereka gunakan tak kiralah sama ada cara kasar mahupun cara halus untu mencapai hasrat “suci” mereka itu. Dan semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, DAP semakin berjaya merealisasikan impian mereka. Itupun dengan bantuan daripada melayu-melayu pengkhianat dari PAS dan PKR.

Pemimpin-pemimpin melayu didalam PAS serta PKR hanya mementingkan dendam mereka untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang diterajui oleh bangsa melayu sendiri. PAS dan PKR langsung tak memikirkan tentang generasi masa depan yang akan kehilangan segalanya jika kafir-kafir laknatullah DAP itu berkuasa.

Bermula dengan idea Malaysian Malaysia, kini DAP semakin berani untuk menghapuskan terus nama bangsa melayu. Terima kasih banyak kepada penyokong-penyokong PAS dan PKR yang membenarkan kafir DAP menguasai negeri P.Pinang dan juga Selangor.

Hari ini merupakan titik permulaan penghapusan identiti bangsa melayu didalam negara, jika melayu sendiri membiarkan idea Lim Guan Eng mewujudkan borang rasmi kerajaan negeri yang tidak perlu lagi di isi keturunan seseorang di P.Pinang.

Malah Lim Guan Eng hari ini juga dengan bangganya mewar-warkan ia adalah satu kejayaan besar bagi kepimpinannya kerana perkara itu adalah yang pertama seumpamanya berlaku didalam Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, borang yang dimaksudkan ialah borang Program Anak Emas P.Pinang yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri DAP bagi membayar RM100 sempena kelahiran baru bayi dari ibubapa yang menjadi pengundi di P.Pinang.

Tindakan Guan Eng yang menghapuskan status keturunan bayi didalam borang tersebut dilihat sebagai satu usaha terancang DAP didalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Ini akan secara automatik menghapuskan hak bumiputera dikalangan orang melayu.

Yang menariknya, Guan Eng kononnya mahu merealisasikan konsep 1Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri dengan memperkenalkan sistem bayi tanpa keturunan ini. Tapi tahukah anda semua yang konsep Guan Eng ini sebenarnya diambil dari sistem negara komunis?

Didalam sistem negara komunis, setiap bayi yang dilahirkan dianggap sebagai anak kerajaan. Mereka melakukan sebegitu untuk menafikan hak ibu bapa terhadap bayi tersebut dan juga untuk memudahkan kerajaan menentukan nasib dan berbuat sesuka hati terhadap anak-anak malang itu semua.

Kita semua harus sedar, ini semua adalah cara halus kafir DAP laknatullah didalam menghapuskan status melayu bumiputera dan sekaligus melemahkan ukhwah islam itu sendiri. Janganlah kita pandang remeh tentang hal ini.

Kita harus ambil ikhtibar dari apa yang telah terjadi kepada bangsa melayu di Singapura. Lihat saja bagaimana PAP telah berjaya meminimumkan penguasaan bangsa melayu di negara tersebut.

Ingatlah.., api yang membakar itu bermula dari percikan saja pada awalnya. Jika tak dibendung, ia tak mustahil dapat membakar keseluruhan struktur dihadapannya.


Sumber: klik sini

Edisi Pendedahan: GEMPARRR..!!! Audi Q7 No. Pendaftaran "AS 6" milik siapa..???

Cuba lihat gambar SUV mewah di atas. SUV mewah itu adalah jenis AUDI, model Q7, yang bukan murah harganya. Bukan calang-calang orang yang mampu membeli SUV tersebut. Harganya lebih 1/2 juta ringgit Malaysia. Mahal bukan? Tentu yang mampu memilikinya hanya orang-orang yang berada dan sudah tidak tahu hendak buat apa dengan duit mereka…

Namun, untuk pengetahuan anda semua, Azmin Alin baru saja membeli sebuah SUV berkenaan. Menurut sumber, nombor pendaftarannya ialah “AS 6″, yang membawa maksud “Azmin Shamsidar anak 6″! Menurut salah seorang ahli keluarga Azmin, kenderaan SUV mewah itu terpaksa disembunyikan di pusat membeli-belah Pavilion, di Bukit Bintang.

Saya dihubungi oleh salah seorang anggota keluarga Azmin yang memberitahu tentang kekayaan Azmin yang dikatakan mempunyai “sumber kewangan tidak terbatas”. Sebut saja berapa, Azmin bisa menyediakan wang sebanyak yang anda sebut. Begitulah disifatkan kekayaan Azmin Ali sejak berkhidmat dengan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kita hanya mendengar laporan bahawa Azmin memiliki kereta mewah berkuasa tinggi, Ferrari sahaja. Sebagaimana kita tahu, ferrari juga mahal harganya. Jika anda bukan jutawan, jangan bermimpi untukmemiliki kereta idaman ramai ini. Namun kini, kita diberitahu bahawa Azmin baru beli Q7 pula. Banyak betul duit Azmin, ye?

Saya tidak cemburu dengan kekayaan Azmin. Menurut sumber, seluruh anggota keluarga Azmin pun tidak hairan dengan kekayaan Azmin. Mereka sudah dari dulu tahu kekayaan Azmin. Seawal penglibatannya dengan Anwar, Azmin sudah membawa wang beratus-ratus ribu ringgit.

Menurut Azmin sendiri, wang tersebut datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar. Mungkin itu hasilnya “menjual isteri” kepada “pelanggan China Doll” yang juga seorang peliwat itu.

Cuma, saya tertanya-tanya, di dalam kemeriahan Azmin yang dilimpahi wang beratus-ratus juta itu, mengapa PKR sering menyatakan bahawa parti mereka tidak punya wang? Malah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sendiri telah menggerakkan tabung dana PKR bagi menampung perbelanjaan parti itu menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

“Sengkek” sangatkah PKR sehingga terpaksa meminta dan merayu derma dari orang ramai, khususnya anggota parti itu? Sedangkan pemimpin-pemimpin PKR, terutamanya Azmin, secara peribadinya begitu mewah berbelanja benda-benda mahal. Berapa sangatlah dana untuk PRU berbanding harga sebuah Ferrari dan Q7? Mengapa perlu rayu dan cekik wang ahli sendiri pula? Minta saja pada Azmin…

Saya memohon kepada pihak berkenaan, terutamanya SPRM untuk menyiasat mengenai dua buah kereta yang dikatakan milik Azmin ini. Sekiranya Azmin tiada kena mengena dengan kenderaan tersebut dan kenderaan-kenderaan itu diletakkan nama Azmin, saya mohon SPRM siasat atas nama siapakah kenderaan itu dibeli. Mungkinkah proksi Azmin?

Saya juga memohon kepada anggota PKR supaya meminta Azmin mengisyhtiharkan aset dan jumlah wang miliknya dan isteri (yang sering dipinjamkan pada Anwar), Shamsidar Taharin. Dikhabarkan semua harta Azmin diletakkan atas nama Shamsidar. Desak juga untuk diumumkan saham-saham miliknya dan isteri, sama ada di dalam atau diluar negara. Dipercayai, Azmin dan Shamsidar lebih kaya dari “Ismeth Ulam Raja”!

Kepada Azmin, saya minta satu sahaja. Pulanglah jenguk ibu di rumah. Minta keampunan dan hulurkanlah sedikit wang setiap bulan untuk kos perubatan dan sara hidupnya. Menurut anggota keluarga Azmin, Timbalan Presiden PKR yang kaya raya itu tidak menghulurkan sesen pun duit raya untuk ibunya. Malah kos perubatan ibunya di hospital juga diselesaikan oleh adik beradiknya yang lain dan tidak Azmin.

Ingatlah Azmin, seorang sahabat Rasulullah SAW dahulu pernah menghadapi kesulitan untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum ajalnya akibat melebihkan isteri sekaligus mengguris hati ibunya. Belajarlah dari kesilapan sahabat dan sejarah tersebut. Saya khuatir ia akan berulang kepada Azmin dan dihebohkan pula pada umum mengenai kesengsaraan Azmin menghadapi sakaratul maut!

Ingat Azmin, hati ibu kamu sudah hancur kamu lakukan dan beliau berkali-kali mengulangi bahawa kamu ada alah seorang anak yang derhaka padanya. Jangan sampai beliau tidak halalkan susu yang kamu teguk dari tubuhnya ketika bayi dulu. Bertaubatlah Azmin, tinggalkanlah Anwar dan lupakanlah Shamsidar yang curang itu. Kemewahan dunia hanyalah plastik, kejarlah kemewahan di akhirat yang kekal abadi…


Sumber: klik sini

Terima Kasih Mat Sabu..!!!

Kontroversi yang ditimbulkan Mat Sabu mengenai Mat Indera, komunis, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar dan pegawai-pegawai Melayu yang bekerja dengan British masih lagi belum reda. Mat Sabu dikhabarkan telah membuat “road tour” untuk menjelaskan hujahnya mengenai kontroversi itu di merata-rata tempat, khususnya ditempat yang ramai askar “pencen”.

Mat Sabu berhujah bahawa kononnya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan berhaluan kiri dan bukan ahli komunis. Mat Sabu juga membuat “pusingan U” dengan mendakwa bahawa Komunis merupakan pengkhianat negara, semata-mata untuk mengambil hati para pesara tentera, polis, keluarga mangsa dan rakyat negara ini yang marah padanya.

Namun, jangan dilupa, Mat Sabu juga mendakwa bahawa individu Melayu yang berkerja dengan British bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana yang dilabelkannya kepada Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar. Malah, untuk menghalalkan serangan Mat Indera terhadap anggota polis Bukit Kepong yang terkorban, Mat Sabu juga melabelkan semua para anggota polis tersebut sebagai pegawai penjajah, dan wajar diserang.

Dalam ertikata lain, menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong tersebut bolehlah disamakan dengan menyerang British dan kepentingannya. Jelas sekali Mat Sabu menghalalkan darah anggota polis Bukit Kepong dan para penduduk kampung dalam kejadian itu.

Baiklah. Jika itu kesimpulan dari hujah Mat Sabu, maka bolehlah saya simpulkan bahawa Mat Sabu mengganggap pada mana-mana individu yang berkhidmat dan dibayar gaji oleh British ketika itu sebagai “pengkhianat bangsa” kerana bekerja dengan penjajah. Boleh Abang Mat? Bukankah itu yang Abang Mat maksudkan dalam ceramah tersebut?

Jika betul begitu, maka di dalam peristiwa Bukit Kepong, maka bolehlah saya simpulkan bahawa Mat Indera dan Komunis yang menyerang Balai Polis itu berada dipihak yang benar dan pejuang kemerdekaan. Manakala anggota polis dan penduduk kampung yang mempertahankan Balai Polis milik British itu sebagai “penjahat” dan “pengkhianat bangsa dan negara”. Begitu?

Jika begitu, jelas sekali Mat Sabu sendiri keliru dengan hujahnya. Hujahnya itu hanya lebih merumit dan menyukarkan keadaannya yang hebat dikecam. Saya yakin, sekiranya Allahyarham Sarjan Jamil terselamat dan masih hidup, Ketua Balai Polis Bukit Kepong itu pasti akan memijak-mijak kepala Mat Sabu sambil meludah muka Timbalan Presiden Pas itu berkali-kali!

Pada saya, perkembangan Mat Sabu yang terkini jelas menunjukkan dirinya yang semakin tersepit dengan permainan politiknya sendiri. Itulah padahnya apabila cuba menegakkan benang yang basah dan akhirnya jarum tercucuk di mata sendiri. Tujuan ceramah Mat Sabu itu untuk meraih pengundi terhadap Pakatan Haram, namun sebaliknya pula yang berlaku! Rakyat marah pada Mat Sabu!

Melihat kemarahan rakyat inilah maka pemimpin Pakatan Haram yang lain turut marahkan Mat Sabu yang cuba bermain api dan mencipta kontroversi murahan yang akhirnya merugikan Pakatan mereka. Karpal Singh, seorang peguam pun tidak mampu lagi memutarkan kata-kata bagi mengawal kemarahan rakyat terhadap Pakatan Haram.

Untuk itu, terima kasih dan tahniah kepada Mat Sabu saya ucapkan kerana telah membuat rakyat marah kepada Pakatan Haram. Tambahan pula Anwar sudah berjanji akan membawa pulang “kepala pengganas” dan “pembunuh no.1 negara”, Chin Peng, pulang ke Malaysia sekiranya peliwat itu memerintah. Padanlah Anwar tak bunyi suara mengenai isu ini. Rupanya, ada Chin Peng dihati peliwat itu..!!!


Sumber: Perak Today

Panasss di pagi hari..!!! Mahfuz dilanda "histeria"..!!!

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) yang mengumumkan caj cukai perkhidmatan sebanyak 6% terhadap pelanggan pelan prabayar (prepaid) bagi setiap tambah nilai atau pek permulaan SIM.

Pengumuman itu sememangnya dibantah ramai pihak. Antara yang membantah cukai perkhidmatan tersebut ialah orang ramai yang rata-ratanya menggunakan pelan prabayar, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna. Itu normal, setiap kenaikan yang membebankan rakyat sudah tentu akan dibantah.

Namun, yang tidak normalnya ialah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, yang tiba-tiba mencelah dan menabur fitnah dengan mengatakan bahawa BN merupakan “dalang” kepada caj cukai perkhidmatan yang TELCO umumkan itu. TELCO yang kenakan cukai terhadap pelanggan, Kerajaan pula yang disalahkan?

Mahfuz memberi alasan bahawa cukai tersebut dikenakan oleh Kerajaan mengikut akta yang dipinda pada tahun 1998. Memang benar Kerajaan yang buat akta itu. Ia bagi membolehkan Kerajaan meraih pulangan cukai perkhidmatan yang dikenakan terhadap TELCO dan operasi perniagaan mereka. Salahkan Kerajaan kenakan cukai pada TELCO yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun?

Yang salahnya di sini ialah TELCO! TELCO, dengan bodoh sombongnya telah mengenakan caj cukai tersebut tanpa sebarang rundingan atau cadangan dari pihak Kerajaan. Ekoran itu, TELCO dengan jelas tidak menggunakan prosedur yang betul di mana undang-undang menegaskan bahawa setiap caj yang dikenakan kepada rakyat mestilah dirunding dahulu dengan Kerajaan.

Selain itu, tindakan TELCO itu jelas menunjukkan syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun itu tidak prihatin dan mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat, khususnya golongan miskin, berpendapatan rendah dan pelajar-pelajar yang kebanyakkannya menggunakan pelan prabayar untuk berhubung dengan sahabat handai serta keluarga masing-masing!

Jadi, mengapa tiba-tiba Mahfuz menyalahkan Kerajaan dan mempolitikkan perkara ini? Beginikah mentaliti seorang ahli parlimen pembangkang yang semua perkara mahu dipolitikkan? Kenapa tidak politikkan saja tentang “burung terbang” atau “awan yang mendung”? Gilakah Mahfuz? Sesungguhnya tindakan Mahfuz mengatakan bahawa Kerajaan menjadi dalang dalam isu ini adalah satu fitnah yang jelas!

Mujurlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertindak campur tangan dalam hal ini. Memandangkan Kerajaan punya sebuah Kementerian yang ditugaskan untuk menyelia tentang perkara ini, maka beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk meminta Menteri terbabit berbincang dengan TELCO mengenai hal ini.

Hasilnya, semalam Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa TELCO membuat keputusan untuk menangguhkan caj cukai berkenaan. Saya pasti, ramai yang menarik nafas lega dengan pengumuman Menteri KPKK ini. Namun, tidak kurang juga yang berkata sinis dan mempertikaikan “mengapa dengan kuasa yang ada pada Kerajaan, Rais tidak membatalkan saja caj tersebut”?

Sebenarnya, bukan mudah untuk Kerajaan menafikan hak TELCO untuk mengenakan caj cukai perkhidmatan itu memandangkan akta sedia ada. Namun pada saya, perbincangan SKMM dengan TELCO kelak bakal menentukan keputusan sebenar mengenai hal yang membabitkan kepentingan rakyat ini. Justeru itu, SKMM yang bernaung di bawah KPKK perlu berbincang sebaiknya dengan TELCO untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Sewajarnya, keputusan itu kelak tidak membebankan rakyat dan tidak merugikan TELCO. Itu yang sepatutnya. Justeru itu, pada saya, memandangkan TELCO tidak pernah rugi dalam perniagaan mereka itu setiap tahun, maka tidak perlulah mereka mengenakan caj tersebut kepada pelanggan. Lagipun, sebelum ini, walaupun mereka tidak mengenakan caj tersebut kepada pelanggan dan terpaksa membayar cukai tersebut kepada Kerajaan, mereka masih untung berbilion selepas cukai!

Oleh itu, kekalkanlah “amal jariah” kepada rakyat itu. Usahlah bebankan rakyat. Membebankan rakyat bermakna membebankan rakyat. Kenanglah sikit jasa rakyat yang setia melanggan perkhidmatan TELCO. Kenanglah sikit jasa Kerajaan yang memberikan lesen perniagaan dan membantu TELCO menjadi kaya sebelum ini. TELCO harus membuktikan bahawa mereka menunaikan tanggungjawab sosial ini…

Menunaikan tanggungjawab sosial bukanlah hanya bermaksud memberi hamper kepada golongan miskin pada musim perayaan atau membuat majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim sahaja. Ia merangkumi kepada semua rakyat lain yang menggunakan perkhidmatan TELCO. Harap TELCO berperikemanusiaan dan tidak tamak dalam menjalankan perniagaan mereka di negara ini. Dengarlag nasihat Kerajaan sama!

Sekiranya TELCO berdegil juga, saya menyarankan kepada Kerajaan supaya menarik balik kemudahan atau kerjasama yang selama ini diberikan kepada mereka. Minta Kerajaan membuka satu atau dua lagi lesen syarikat telekomunikasi yang baru yang berkonsepkan “Kedai 1Malaysia” yang menawarkan caj yang lebih murah dan lebih berperikemanusiaan berbanding Maxis, Celcom Axiata, DiGi atau UMobile. Pecahkan monopoli mereka.

Sekiranya Kerajaan boleh memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih Kedai 1Malaysia, Giant, Mydin dan sebagainya berbanding Isetan, Sogo dan sebagainya, mengapa tidak boleh membuka ruang kepada syarikat “1Malaysia Telecommunication Sdn Bhd” yang menawarkan harga berpatutan dan perkhidmatan yang setaraf mereka? Memandangkan TELCO sedia ada terlalu tamak terhadap kepentingan rakyat, mengapa perlu biarkan mereka terus mencekik darah rakyat?

Sewajarnya kita tunggu dan lihat mengenai perkara ini. Usah kita jadi bagai orang tak cukup akal seperti Mahfuz Omar yang tidak rasional menyalahkan Kerajaan. Fahami isu sebenar dan usah terpedaya dengan permainan politik murahan Mahfuz itu. Biarlah dia menyalak, asalkan kita tahu dia bodoh sombong! Harap kemenangan akan berpihak kepada rakyat!

Lawak pagi ini..!!! GEMPARRR..!!! Anwar hangin satu badan kat Azmin..!!!



Dimaklumkan bahawa hari ini serangan terhadap Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar akan diteruskan...

Nantikan pendedahan-pendedahan panas dari blog ini dan sekutu-sekutunya...

Kita blast sampai PRU-13..!!! Kasi Azmin semput..!!!

Monday, September 12, 2011

GEMPARRR..!!! Mat Sabu cuba kalahkan Anwar Ibrahim..???!!!


Nampaknya ‘bintang’ Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semakin ‘bersinar’ sehingga dilihat mampu menggugat populariti Anwar Ibrahim dengan pendedahan rakaman perbualan lucah yang didakwa membabitkan dirinya dengan bekas pasangan khalwatnya, Normah Halim. Rakaman ini dilihat mampu menyamai ‘rating’ video seks Anwar sekali gus memberi impak besar kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun hanya ‘suara’ dan bukan ‘gambar’ yang menjadi isu, sebagai seorang yang ‘disyaki’, Mat Sabu tidak harus hanya menjawab ‘no komen’ setiap kali ditanya mengenai perkara tersebut. Di manakah kelantangan dan keberanian Mat Sabu untuk berhujah dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba mengambil sikap endah tak endah? Bukankah maruahnya yang sedang dicabar? Kalau pun tidak peduli dengan maruah diri, bagaimana pula dengan maruah Normah? Seorang lelaki budiman pasti menjaga maruah wanita termasuk wanita yang tidak dikenali, apatah lagi jika maruah isteri sendiri yang menjadi pertaruhan.

Jika benar rakaman tersebut hanyalah rekaan, Mat Sabu wajib tampil ke hadapan untuk menuntut keadilan terhadap dirinya dengan mengemukakan saman pihak yang terbabit. Tidak sukar untuk menjejaki pihak berkenaan memandangkan video rakaman tersebut telah dimuatnaik ke dalam Youtube dan boleh pasti dikesan dengan mudah andainya siasatan dijalankan.

Jika tiada tindakan segera diambil pastinya isu ini akan berlarutan dan imej Mat Sabu akan hancur dan imej Pakatan Rakyat juga akan semakin lebur. Justeru, mahu tidak mahu, Mat Sabu terpaksa berhadapan dengan dua isu serentak iaitu komunis dan rakaman telefon lucah ini. Seeloknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak perlu masuk campur dan membuat kenyataan-kenyataan yang membela Mat Sabu.

Mat Sabu telah menangani kes khalwat yang jauh lebih sukar dahulu dengan baik, oleh itu, tidak mungkin dia tidak boleh menangani dua kes ini dengan baik juga jika dibawa ke mahkamah. Bukan sukar untuk menafikan sesuatu yang mana kita tidak terlibat. Kalau tak percaya, tanyalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim.

Sumber: klik sini

Part IV: Tribute to Mahathir Mohamad - Mahathir "khazanah negara tidak ternilai"...


Mahathir milik negara...

Berikut adalah siri terakhir video mengenai hidup Tun M. Ternyata, beliau adalah seorang "khazanah negara" yang tidak ternilai buat seluruh rakyat, bangsa dan negara ini. Beliau "milik negara"...

Tribute untuk insan yang dilahirkan dengan nama Mahathir Mohamad ini. Hilangnya menjadi satu kerinduan buat segenap lapisan rakyat negara ini. Pada saya, pembangkang sendiri pun sudah mengiktiraf Tun M sebagai seorang individu yang paling berjasa buat Islam, Melayu, rakyat dan Tanah Melayu ini...

Buat Tun M, saya dengan rasa rendah diri, mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan dan jasa-jasa beliau sebagai negarawan ulung dan hanya Allah SWT saja yang mampu mempabals segala jasanya.

Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik, kehidupan yang tenang serta kerahmatanNya untuk beliau...aminnnn...

TERKINI..!!! Kerajaan berjaya tangguhkan cukai perkhidmatan 6% oleh TELCO..!!!

Saya percaya selepas ini akan ada suara-suara pembangkang yang akan "claim" kononnya penangguhan ini adalah hasil tekanan dari mereka. Padahal, semua itu adalah hasil usaha Kerajaan berbincang dengan TELCO!

Biasalah, puak-puak pembangkang memang sudah "tak credit" dalam isu-isu sebegini...

TELCO tangguh cukai perkhidmatan prabayar

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini akhir tunduk kepada desakan ramai dengan menangguhkan caj cukai perkhidmatan tambah nilai dan pek permulaan SIM pelan prabayar terhadap pelanggannya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, TELCO telah bersetuju menangguhkan caj cukai tersebut sehingga perbincangan di antara syarikat-syarikat itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diadakan.

“Mereka (TELCO) telah setuju untuk tangguhkan..setakat ini, itu saja kita boleh diberitahu,” katanya ketika dihubungi media selepas menghadiri satu mesyuarat dengan bersama beberapa wakil syarikat TELCO terbesar, terdiri dari Maxis Berhad, Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunication Sdn Bhd dan Umobile Sdn Bhd, di sini hari ini.

TELCO sebelum ini mengumumkan akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan terhadap semua pelanggan pelan prabayar melalui tambah nilai dan pek permulaan SIM sebanyak enam peratus pada 15 September ini.

Tindakan tersebut telah mendapat bantahan perbagai pihak seperti -Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna dan orang ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lalu meminta TELCO untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mengenakan caj tersebut kepada anggaran 14.6 juta rakyat negara ini yang menggunakan pelan prabayar tersebut.

Kerajaan turut memaklumkan kepada rakyat bahawa jemaah kabinet tidak pernah meluluskan kepada TELCO untuk mengenakan caj sebanyak enam peratus itu kepada pengguna mereka. Mynewshub.my

Part III: Panasss..!!! Tun M buat Lee Kuan Yew gelabah..!!!


Mahathir sebagai simbol semangat Melayu

Video kali ini akan memaparkan mengenai kemenangan pertama Tun M di dalam pilihanraya apabila bejaya mengalahkan calon PAS, Mohd Shaari Abd Syukor, di Parlimen Kota Setar Selatan dengan majoriti 4,210 undi.

Ketika itu, majoriti lebih dari 4,000 undi merupakan satu kemenangan yang besar memandangkan jumlah populasi rakyat ketika itu yang sedikit.

Video ini juga akan menyaksikan veteran DAP yang sezaman dengan Tun M (tapi belum lagi nak pencen!) iaitu Lim Kit Siang, memuji Tun M. Ketika itu juga Tun M dengan vokal menyifatkan Lee Kuan Yew (bekas boss Kit Siang) sebagai pro-Cina, berorientasikan komunis dan anti-Melayu!

Saksikan bagaimana Tun M "laser"kan Kuan Yew dan bekas boss Kit Siang mengelabah dan terus bisuuu..!!!

Part II: Pendedahan panas..!!! Tun M tak menarik langsung! - Dr. Siti Hasmah


Detik-detik cinta Mahathir - Hasmah...cinta yang ikhlas dari dua hati...

Kali ini, video di atas akan memaparkan mengenai Mahathir Mohamed ketika belajar di Universiti. Melalui cerita Tun M, beliau sebenarnya tidak biasa berkomunikasi dengan orang perempuan dan beliau menceritakan bagaimana cintanya berputik kepada Bonda Tun Siti Hasmah Mohd Ali...

Menariknya, menurut Bonda Siti Hasmah, Tun M ketika itu "tak menarik langsung" perhatiannya! Malah Tun M sendiri mengakui bahawa ada masanya, beliau terasa seperti tersisih ekoran ramai dari kalangan pelajar universitinya yang cuba mengorat Tun Siti Hasmah! Dia pernah jadi "tukang bawa buku" kepada isterinya itu dulu...cuba mengorat le tuuu..hehehehe...old style!

Saksikanlah cerita menarik ini di atas...pasti anda akan tersenyum..!

Part I: Siapakah Tun M..? "A Doctor In The House" di dalam bentuk dokumentari..


Detik-detik awal lahirnya seorang pejuang negara dan penglibatan awalnya sebagai ahli politik

Saya percaya, ramai lagi yang masih tidak mengenali latar belakang Ayahanda Tun Dr. Mahathir. Pada saya yang membesar di zaman pemerintahannya sebagai Perdana Menteri, segala jasanya terhadap negara ini sememangnya sesuatu yang tidak ternilai dan diperlu lagi dipertikaikan...

Youtube diatas adalah behagian pertama mengenai biografi mengenai Ayahanda Tun M, seorang negarawan ulung yang tiada tolok bandingnya di negara ini. Saksikanlah episod kali ini...

InsyaAllah, saya akan siarkan episod demi episod mengenai Ayahanda Tun M dari masa ke semasa bermula hari ini...nantikan...!

Pakatan Haram di Permatang Mauh macam budak-budak tadika..!!!

Memalukan!! Itu saja yang boleh disifatkan dengan tindak tanduk Pakatan yang cuba mensabotaj Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia di SK Guar Perahu, Permatang Pauh. Tindakan Pakatan yang mengantung bendera serta banner parti mereka seolah-olah hendak pilihanraya dikawasan tersebut dilihat amatlah kebudak-budakan.

Ini berbeza sekali dengan Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Anwar dan TKM1 P.Pinang baru-baru ini dikawasan berhampiran. Tiada langsung bendera UMNO dinaikkan untuk mensabotaj Majlis tersebut walaupun ia dengan mudah boleh dilakukan oleh UMNO kawasan. Ini menunjukkan mentaliti yang berbeza antara UMNO dan Pakatan.

Jadi apa perlunya penyokong serta pengikut Pakatan menaikkan bendera parti mereka seolah-olah kawasan Guar Perahu itu mak-bapak mereka yang punya? Bukankah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia itu diadakan bagi meraikan rakyat. Ia pula dihadiri oleh Presiden UMNO yang secara rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dimana salahnya dengan hal itu sehingga pihak Pakatan begitu kepanasan mahu mensabotaj majlis tersebut? Apakah mereka sudah terbiasa dengan sifat dengki serta busuk hati yang disemai oleh pemimpin-pemimpin mereka, ataupun mereka sengaja mahu menunjukkan kebodohan mereka sendiri?

Mungkin mereka-mereka ini mahu semua pihak tahu yang Pakatan amat kuat dikawasan tersebut. Mungkin juga mereka-mereka ini hendak Perdana Menteri dimalukan dengan berkibarnya bendera parti-parti didalam Pakatan. Namun mereka lupa, rakyat sedang melihat aksi bodoh sombong mereka.

Ada yang mendakwa semua tindakan keterlaluan Pakatan ini telah diatur oleh pemimpin utama Pakatan dikawasan tersebut. Dan maklumat yang diterima mengatakan ianya bukan setakat untuk memalukan Perdana Menteri, tetapi bagi menyampaikan mesej bahawa rakyat di kawasan Permatang Pauh masih lagi memberi sokongan kuat terhadap Anwar.

Malangnya, bagi masyarakat setempat dikawasan Permatang Pauh, semua sandiwara Pakatan itu hanyalah menjadi lawak jenaka kepada mereka. Hakikatnya, siapa lagi yang nak menyokong seorang ahli Parlimen yang hanya turun melawat kawasan setahun sekali? Siapa pula yang teringin nak menyokong Adun yang hanya sibuk mengekor punggung DAP?

Rakyat dikawasan itu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Walau ribuan bendera cap mata dan bulan mahupun cap roket dipasang di seluruh kawasan Guar Perahu dan Permatang Pauh, masyarakat disitu sudah sedar bahawa Anwar ketika bersama UMNO dan Anwar yang kini menjadi Ketua Pakatan ialah dua karakter berbeza.

Jika dahulu semasa didalam UMNO, Anwar dianggap sebagai hero rakyat dan juga ikon kepada anak muda. Tetapi kini setelah segala buruk laku Anwar terdedah dan jadi pula Ketua Pakatan yang mahu menghancurkan Malaysia, Anwar dianggap sebagai hero expired yang tak sedar diri dan ikon kepada golongan pengamal nafsu songsang dalam negara.

Justeru itu, masih relevankah Anwar dan partinya diangung-agungkan oleh penduduk di Permatang Pauh? Selepas siri tuduhan liwat punggung lelaki menggemparkan negara, kisah seksnya dengan pelacur China pula merosakkan imej Pak Syeikh yang diagung-agungkan selama ini.

Semua ini meninggalkan aib yang cukup dalam terhadap penduduk kawasan Permatang Pauh. Dan hanya penolakan terhadap Anwar semasa PRU13 nanti sahaja yang akan dapat memulihkan aib yang ditinggalkan oleh pengkhianat No.1 negara itu.


Sumber:klik sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!