
Baru-baru ni Pn. Nur mendedahkan dan memperjelaskan tentang apa yang berlaku. Nampaknya ada yang tak kena di antara kenyataan wartawan, kenyataan dari Baitul Mal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan dirinya sendiri. Ada misquote sana sini dan sebagainya mengundang salah faham pelbagai pihak.
Jika kita bandingkan cerita wartawan dan Baitul Mal, nampak sangat seolah-olah Pn Nur dibebankan dengan kesalahan 100%. Tapi bila kita selami penjelasan Pn Nur di bawah, kita akan dapati ianya melibatkan salah faham yang memalukan oleh wartawan tersebut dan Baitul Mal pula bagaikan cuba "menyelamatkan diri".
Justeru itu, untuk berlaku adil, saya siarkan disini penjelasan Pn Nur yang saya terima. Pada saya, Pn Nur mungkin tersilap langkah ekoran kesulitan hidupnya. Namun kesulitan hidup itu bukanlah tiket untuk mewajarkannya meminta-minta dari gereja.
Yang wajar bertanggungjawab dalam hal ini ialah Baitul Mal Negeri Sembilan yang seolah cuba menjatuhkan imej Pn. Nur yang sepatutnya dibantu. Pada saya, ini soal attitude staf Baitul Mal itu sendiri. Namun, Baitul Mal pun tak wajar juga disalahkan 100%...
Wartawan tu pun satu hal lagi. Lain kali, cerita la benda yang betul. Kenapa perlu ada misquote dan sebagainya? Kan dah jadi salah faham. Mujurlah Pn Nur tak saman akhbar dan Baitul Mal. Kalau Pn Nur tu kaya, dah lama dah dia menang saman...
Sila rujuk penjelasan Pn. Nur di bawah...tengkiu!
"Saya Pn Nur. Demi Allah, saya takda niat nak menipu bila cite saya keluar kat paper.
Niat saya adalah supaya pihak Baitulmal tidak melayan org2 susah spt saya yg datang meminta bantuan dengan melayan kami seperti sampah seolah2 kami tidak ada perasaan.
Saya juga ada memberitahu wartawan yg saya pernah meminta fasakh bknnya ibu tunggal sebagaimana yg ditulis.
Baki gaji suami hanya RM640 bkn RM1,300 spt yg didakwa oleh Baitulmal. Saya boleh tunjukkan SLIP GAJI yg ada ditangan saya oleh wartawan tersebut.
Demi Allah saya takda niat nak menipu masyarakat. Tolong jangan memburuk2kan saya lagi.
Saya pernah berjumpa Kamal Amran Pengarah Baitulmal berkenaan bantuan yg saya terima ttp dia tidak mengendahkan saya lalu dia terus menyuruh saya berjumpa pegawai bawahan ttp beliau. Saya pergi berjumpa pegawai berkenaan tidak dilayan dan disuruh pula ke kaunter.
Mereka membuat saya macam sampah dan seperti bola ditendang ke sana ke mari. Adakah ini salah saya yang datang meminta bantuan ke saluran yang sepatutnya membantu org2 seperti saya.
Saya tidak berkemampuan kerana keadaan kesihatan saya tidak menentu untuk saya mencari rezeki.
Sebelum ini saya pernah dimasukkan ke Wad Kecemasan kerana penyakit saya dan tidak sedarkan selama beberapa jam dan Doktor ingat saya sudah meninggal dunia.
Pihak Baitulmal mengeluarkan kenyataan kepada saya hanyalah untuk mentup kesalahan mereka dalam isu memberi Bantuan.
Saya juga ada memberitahu wartawan tersebut yg saya ada mendapat Bantuan JKM sebanyak RM400 tetapi tidak disebut dalam suratkhabar.
Adakah mencukupi bantuan tersebut untuk saya dan anak2 pada zaman ini dengan anak2 seramai 4 org yg masih bersekolah terutamanya di bandar besar spt yg saya tinggal sekarang.
Tolong jangan cite mcm2 pasal saya.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL... TOLONG JANGAN MENUDUH TANPA MENGETAHUI CERITA YANG SEBENAR22NYA.......
DEMI ALLAH IBUBAPA SAYA TAK PERNAH MENGAJAR SAYA UNTUK MENIPU DAN MEMINTA22....
ASSALAMMUALAIKUM..."



























