Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 30, 2011

Surat terbuka kepada semua umat Islam sedunia...




Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, ana mengucapkan "kullu 'aamin wa antum bikhair". Maafkan ana sekiranya ada tersalah atau terkasar bahasa, tersilap atau tersalah fakta sepanjang ana berblog di sini. Sesungguhnya, ana juga manusia biasa sebagaimana antum semua...

Ana juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa sayu dan sedih atas perpisahan dengan Ramadhan Al-Mubarak. Entah akan bertemu lagi tahun hadapan, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Ma'assalaamah ya Ramadhan...

Maafkan ana kerana kurang mengupdate blog diakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin masa ana lebih banyak bertumpu kepada menggandakan amal ibadat di sepuluh malam terakhir. Harapan ana agar segala tersua dengan lailatulqadr...itu saja alasan ana.

InsyaAllah, selepas Aidilfitri, ana akan terus berkarya melontarkan pendapat. Semoga kita beroleh kesedaran dari pelbagai kekhilafan yang pernah berlaku sebelum ini. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada yang haq dan menewaskan kebatilan yang merosakkan negara dan rakyatnya...

Akhir kata, semoga kita umat Islam semua diberkati Allah tanpa mengira fahaman politik. Islam itu di atas..dan politik itu di bawah letaknya. Hanya insan yang tidak berakal saja yang fikir kebijaksaan politik itu lebih penting dari sifat Islam yang ada pada dirinya...

Wallahu'alam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!