Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 26, 2011

GEMPARRR..!!! Promosi Arak Sempena Hari Raya Aidilfitri di KEDAH..!!!


Tuuu diaaaa..!!! Mari beraya bersama arak? Tiga jug RM99...bilik free! Ada GRO ka? Habih la terbang ketayap pak-pak lebai Pas! Kalau depa tak pi, mungkin anak-anak depa pi kot? Sambutan meriah sangat kat kafe ni sampai buat promosi Raya!

Merdeka dan Hari Raya sampai mabuk? Entah la..Harap Azizan Razak ambik tindakan cepat...Jangan dok bagi amaran macam Menteri KDN CKMM pulak!

Promosi Arak Sempena Hari Raya Aidilfitri?

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat nyanyian karaoke yang bernama Kafe PC Blue menawarkan promosi Merdeka Raya kepada pelanggannya dengan bilik karaoke percuma dan tiga jag minuman keras dengan harga RM99 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta hari kemerdekaan yang ke-54.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, gambar kafe tersebut diterimanya melalui emel, terletak di Sungai Petani, Kedah, dan mempersoalkan kewajarannya menawarkan sesuatu yang haram sempena hari kebesaran umat Islam.

“Agak menghairankan bagaimana Kerajaan Pas Kedah boleh membenarkan kafe itu buat promosi sebegitu.

“Promosi itu lebih kurang insiden The Star yang meletakkan gambar hidangan babi sebagai juadah berbuka puasa baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang menghantar gambar tersebut kepada mynewshub.my berkata, sewajarnya sebuah Kerajaan yang membuat kerja cara Islam, tidak akan membiarkan hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dipromosikan dengan hidangan arak dan perkara yang melalaikan itu.

Sebelum ini, Mukhriz mempersoalkan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, kelab malam, pub dan rumah urut tumbuh bagai cendawan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak negeri yang 80 peratus majoritinya umat Islam itu diteraju oleh Kerajaan Pas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, bagaimanapun memberi alasan bahawa pusat-pusat hiburan itu dibuka secara haram dan beliau maklum mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu.

Kedah hanya mempunyai dua premis pusat hiburan berlesen ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu dan bilangannya meningkat mendadak selepas diambil alih oleh Pas serta Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12, tahun 2008 yang lalu. mynewshub.my

Tuesday, August 23, 2011

GEMPARRR..!!! Zuraida Mak Lampir akan di"rantai" neraka..?!!!


Abih la ko Zuraida Mak Lampir..!!! Tok Bomoh KDN dah ngamuk nak tangkap ko! Tu laaa...lain kali melampir lagi merata-rata. Tunggu je kat rumah tu..nanti dapat la "buah tangan" dari KDN...

KDN Timbang 3 Bentuk Tindakan Terhadap Zuraida

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.

Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa. BERNAMA

Sunday, August 21, 2011

Prelude: Road to Sg Buloh bermula esok..!!!



Sempena esok hari pendengaran kes bela diri Anwar. Aku nak ingatkan dia supaya masukkan sekali nama isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah di dalam senarai alibi saksinya.

Dia perlu jawab. Izzah kata, Anwar ada dengan mereka (keluarga Anwar). Itu alibinya. Aku nak tengok. Siapa penipu sebenar. Papanya? Atau anak Papanya?

Atau..kedua-duanya memang penipu besar! Bulan puasa ni pun nak menipu ke?

Faekah menyalak memperobodohkan rakyat..!!! Buat malu mak bapak dia je!

Memang perempuan ini bodoh dan tak tahu hujung pangkal. Saya percaya, dia akan marah sekiranya saya berkata begitu padanya. Tapi itulah kenyataan dan hakikat yang perlu diterima dan ditelan oleh Setiausaha Politik kepada Khalid “Gagap”, Faekah si anak dara tua. Tapi biasalah, dia takkan sedar dirinya itu bodoh memandangkan dia berjawatan besar dan berkelulusan undang-undang…

Baru-baru ini Faekah menyalak persis anjing betina lagi. Kali ini berkenaan perbelanjaan Kerajaan berjumlah RM28.4 juta yang digunakan untuk mengupah Fact Based Communication (FBC) bagi mengilap dan menonjolkan Malaysia di persada dunia. Dia menyalahkan Najib untuk hal itu. Katanya jumlah tersebut sangat besar untuk tujuan mempromosikan negara dan lebih baik wang tersebut digunakan untuk rakyat.

Mendengar apa yang dipertuturkan Faekah ini, saya rasa seperti mendengar kenyataan dari seorang budak yang tak cukup akal. Dari segi logik, bagi orang yang tidak tahu mengenai asal usul FBC ini serta malas berfikir atau mencari kebenaran, sudah tentu akan mengiyakan dan mengangguk-angguk membenarkan kata Faekah ini. Sekilas pandang, sudah tentu Faekah betul. Namun, sekiranya kita ada sedikit pengetahuan tentang FBC dan menggunakan akal, sudah tentu kita tahu Faekah hanyalah seorang “penjilat boss”nya.

Memang benar Kerajaan ada perjanjian kontrak dengan FBC yang berpangkalan di UK. Kontrak tersebut tersebut dibuat ketika Tun Dolah memerintah lagi. Kenal dengan Tun Dolah yang merupakan sahabat baik Anwar yang melepaskannya dari Sungai Buloh? Jadi mengapa perlu salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam hal ini? Beliau hanya mewarisi kontrak dan “najis-najis” yang ditinggalkan padanya saja.

Mahu ditamatkan kontrak itu? Itu kerja bodoh yang lebih merugikan negara memandangkan Kerajaan terpaksa membayar jumlah yang lebih besar dari harga kontrak tersebut sebagai pampasan. Justeru itu, Kerajaan gunakan saja syarikat itu selagi ada di dalam tempoh kontrak. Lagi pun, syarikat itu bukanlah “syarikat cap ayam” seperti “Kohilal”, TVPas, TVSelangor, Harakah Daily, Malaysiakini, Malaysian Insider, Suara Keadilan atau Roketkini!

Syarikat tersebut telah dipergunakan untuk mempromosikan Malaysia secukupnya sementara kontraknya masih berbaki lebih kurang 2 tahun lagi. FBC berjaya meluaskan rangkaiannya dan mencerminkan negara sebagai sebuah negara Islam yang baik melalui rakan-rakan media antarabangsa yang besar seperti BBC, Al-Jazeera, CNBC dan banyak lagi. Dan hasilnya dilaporkan sangat memberangsangkan di mana banyak isu yang digunakan untuk menyerang Malaysia, dapat dijawab dan diperjelaskan dengan mudah oleh syarikat tersebut.

Faekah tak perlu menyalak mengenai harga RM28.4 juta itu. Jumlah itulah yang terpaksa dibayar untuk mencuci najis yang dibuat oleh kepimpinan yang dipujanya. Kepimpinan Pakatan Haram, terutamanya Anwar Ibrahim, sangat aktif memburuk-burukkan negara, tak kira sama ada mereka ada di dalam atau di luar negara. Perangai buruk seperti ini jika dikaji, hanya ada pada parti pembangkang di Malaysia sahaja, di negara lain tidak ada.

Memandangkan perlakuan busuk dan jijik Anwar yang “boss-boss” Faekah yang lain itu, maka terpaksalah Kerajaan membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membersihkan najis-najis yang cuba dilemparkan kepada Malaysia. Padahal, sekiranya “boss-boss”nya itu tidak bersikap sedemikian, sudah tentu Kerajaan tak perlu membazirkan wang itu. Wang itu terpaksa dikeluarkan kerana pengkhianat-pengkhianat negara yang “melacur” di luar negara!

Justeru itu, Faekah sepatutnya memarahi Anwar dan kepimpinan Pakatan Haram yang selama ini berkhianat kepada Tanah Melayu ini. Merekalah penyebab utama “wang pembayar cukai” yang disebutnya itu digunakan untuk memcuci “najis” Anwar dan konco-konconya. kerana pengkhianat-pengkhianat inilah “wang pembayar cukai” itu dialirkan keluar oleh Tun Dolah ketika itu, dan bukaannya Najib!


Sumber: klik sini

Lawak pagi Ahad..!!! Gemparrr..!!! Anwar sebok ber"tweet" dengan China Doll..!!!



Bila Kak Su Bersuara... Heh!