Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 11, 2011

Pada yang setuju MAS-AirAsia "swap share" ini penjelasan Tan Sri Azman Mokhtar...


Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, hari ini menafikan CEO Tony Fernandes akan dilantik sebagai CEO MAS yang baru.

“Dakwaan beberapa media mengenai isu ini bukan sahaja tidak benar, malah tidak mempunyai asas. Tune Air hanya memiliki 20.5% saham MAS. Tune Air sendiri bukan milik Tony perseorangan. Selain itu, Khazanah masih menguasai 49% saham MAS selepas pertukaran ini. Pertukaran saham ini juga tidak menjejaskan penguasaan kerajaan di dalam MAS melalui Khazanah dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB yang secara keseluruhan membentuk lebih daripada 65% saham dalam MAS. Kemudiannya, “golden share” kerajaan dalam MAS juga tidak terusik dan menjadikan kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam MAS.

“Pertukaran ini lebih menguntungkan kerajaan kerana kini kerajaan mempunyai saham yang agak signifikan dalam Air Asia Berhad. Selain 10% milik Khazanah, KWSP turut mempunyai 8% dalam Air Asia. Manakala saham Tune Air dalam Air Asia menyusut kepada 13%. Namun kita tidak berniat mengganggu sebarang urusan dan pengurusan Air Asia kerana ia menunjukkan model perniagaan yang berjaya dan ia harus kekal sedemikian bagi keuntungan pelaburan kerajaan pada masa akan datang.”

MAS dijangka mendapat pengalaman Air Asia dalam menyusun semula organisasi perniagaannya bagi memastikan ia boleh terus kompetetif pada masa hadapan. Ini terbukti melalui pembentukan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) MAS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan dianggotai oleh Datuk Mohamed Azman Yahya (Khazanah), Mohamed Rashdan Yusoff (MAS/Khazanah), Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamaruddin Meranum.”

Bercakap kepada MYKMU dan beberapa bloggers lain di KLCC semalam, Tan Sri Azman turut menyatakan proses pemilihan Pengarah Urusan baru MAS akan dibuat degan teliti oleh panel yang diketuai oleh Tan Sri Md Yussof.

“Saya percaya rekod kerja Pengerusi MAS, Tan Sri Md Yussof, ketika menjadi Pengarah Urusan yang memulihkan MAS suatu ketika dahulu, akan membolehkan beliau mengenal pasti calojn yang benar-benar layak mengetuai MAS.”

Azman turut mengakui bahawa kedudukan Pengarah Urusan MAS yang terlalu singkat antara 3-4 tahun semasa Md Yussof dan kemudiannya Datuk Seri Idris Jala menyebabkan proses penstrukturan semula MAS dan pemulihan tidak berlaku dengan baik walaupun pada mulanya menunjukkan ada perkembangan yang signifikan.

“Saya fikir jika seseorang itu dapat memimpin mAS dalam tempoh yang lama, mungkin 10 tahun maka ia dapat merencana perjalanan MAS dengan lebih baik dan membuat pembetulan apabila terdapat kelemahan.”

Azman menegaskan sebarang pemilihan Pengarah Urusan MAS yang baru harus mendapat kelulusan Khazanah sebagai pemegang saham terbesar dan juga kerajaan Malaysia sebagai pemegang Golden Share.

Sumber: klik sini

Panasss..!!! Ayam Tua Antara 15 Pelacur Ditahan Polis..!!! Lepas ni serbu kat opis Pok Nik pulak..!!!


Syabas dan tahniah saya ucapkan pada PDRM yang berjaya menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Silang, sekaligus menahan 15 orang pelacur, termasuk seekor "ayam tua" berusia 56 tahun yang turut melacur di situ!

Sehubungan itu, saya menyarankan dan menggesa agar PDRM sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya untuk memberkas sarang pelacuran yang hanya beberapa ratus meter dari pejabat Menteri Besar Kelantan, Pok Nik Ajis Nik Mat, di Bandaraya "Isle", Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat mengenai sarang pelacuran itu bolehlah PDRM perolehi dari Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella yang membongkarkan sendiket ini beberapa bulan lalu. Dipercayai, sarang pelacuran itu masih wujud di sana.

Saya menggesa begini melalui saluran blog memandangkan Menteri Besar, Pok Nik Ajis, terlalu sebok berpolitik dan berceramah men"celako"kan UMNO, tanpa menyedari dirinya sendiri berada di dalam keadaan "jahiliyyah", tidak mengambil tahu keadaan negerinya sendiri yang bersarang maksiat.

Ini bukan soal politik. Ini soal agama, akhlak Islam dan lunas perundangan negara yang menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap sarang maksiat seperti itu. Semoga PDRM bertambah bertenaga dan kuat bekerja setelah mendapat bonus dari Kerajaan sempena Hari Raya ini...tengkiu!
Ayam Tua Antara 15 Pelacur Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Seorang wanita berumur 56 tahun merupakan sebahagian daripada 15 pekerja seks tempatan yang ditahan di sebuah rumah pelacuran di Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali Jalan Silang) di sini semalam.

Dalam serbuan 12.30 tengah hari itu oleh polis cawangan anti maksiat, perjudian dan pelacuran (D7), seramai tiga bapak ayam warga tempatan dan 19 lelaki warga asing yang dipercayai pelanggan para pekerja seks berkenaan ditahan bersama wang tunai berjumlah RM2,016.

Wang tersebut dipercayai bayaran bagi khidmat seks yang ditawarkan.

“Kami menerima maklumat mengenai aktiviti rumah pelacuran berkenaan di tingkat dua sebuah bangunan dan mendapati tingkat berkenaan dibahagikan kepada 20 bilik kecil yang setiap satu dilengkapi katil dan bilik air,” menurut pegawai D7 yang bertanggungjawab, DSP Azman Mohd Isa.

“Daripada 15 yang ditahan itu seorang merupakan ibu tunggal berusia 56 tahun yang memiliki beberapa orang anak. Dia memberitahu kami dia kembali ke kancah pelacuran tiga tahun lalu akibat desakan hidup dan sejak itu, dia diabaikan oleh keluarganya.

“Pusat maksiat itu menawarkan perkhidmatan seks antara RM20 hingga RM40 dan sebahagian besar pelanggan adalah warga asing,” katanya.

Pekerja seks termuda yang ditahan berumur 19 tahun dan kesemua bapa ayam berumur dalam lingkungan 30-an. - mynewshub.my

Nasrudin Tantawi jangan hanya pandai berkokok saja..!!!


Presiden Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa ‘bulu roma beliau tegak’ bila membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang sanggup mempertahankan akidah umat Islam dengan darah dan nyawa.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas di atas ‘kesanggupan’ Pemuda PAS untuk berbuat demikian.

Namun beliau mengingatkan Nasarudin agar jangan hanya berkokok sahaja kerana beliau lebih banyak membisu dalam hal-ehwal Islam sebelum ini.

“Saya ingin ingatkan Nasrudin mengenai perjumpaan pastor-pastor Kristian anjuran DAP di Pulau Pinang sebelum ini. Wakil-wakil rakyat DAP Sarawak turut hadir bersama paderi dari Afrika Selatan dan England.

“Seorang ahli DAP bernama Razali buat laporan polis. Utusan Malaysia dedah dan dikecam, saya juga dikecam bila sebut jihad fisabililah.

“Saudara Nasarudin jangan berkokok saja. Apa pendirian Pemuda PAS bila pihak DAP terus mencabar Islam. Kenapa membisu sebelum ini? ,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Beliau juga mencadangkan kepada Nasrudin agar menujukan kenyataannya secara spesifik kepada para pemimpin PAS atau pemimpin-pemimpin DAP seperti Pengerusi DAP Perak,

Ngeh Koo Ham yang telah mengecam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara terbuka dalam isu melibatkan gereja haram Damansara Utama Methodist Church (DUMC) selain.

“Jangan ekor keretapi nampak tapi kepala keretapi tak nampak.

“Saya tunggu hendak tengok apa reaksi DAP dan lain-lain parti politik, termasuk golongan liberal, apabila Nasarudin menyebut darah dan nyawa. Apakah DAP dan MCA atau ada individu Hindu yang terpencil akan membuat laporan polis. Roh saya bersama Nasarudin,” katanya. - mynewshub.my

Pertukaran Saham MAS – Air Asia Satu Perkongsian Strategik?


Khazanah Nasional membuat keputusan perniagaan penting kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) apabila mengambil keputusan menawarkan 20.5% saham miliknya dalam MAS kepada Tune Air, pemegang saham terbesar Air Asia Berhad. Sebagai balasannya, Khazanah diberi 10% saham milik Tune Air dalam Air Asia Berhad. Untuk rekod Air Asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbesar di dunia.

Menurut kerjasama yang diumumkan semalam, MAS telah melantik CEO Air Asia Tony Fernandez dan pemegang utama saham Tune Air, Kamaruddin Meranum sebagai Non-Independent Non-Executive Directors dalam Lembaga Pengarah MAS yang baru. Manakala Air Asia Berhad melantik wakil Khazanah, Datuk Mohamad Azman Yahya sebagai Pengarah “Non-Independent Non-Executive” dalam Lembaga Pengarahnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, pertukaran saham ini merupakan satu kerjasama perniagaan yang perlu dan dalam keadaan “situasi menang-menang” antara Khazanah dan MAS dengan Air Asia.

Persaingan dan permusuhan keterlaluan antara MAS dan Air Asia tidak menguntungkan industri penerbangan negara. Ketika MAS dan Air Asia boleh bekerjasama melalui perkongsian laluan dan kepakaran. Sebagai contoh, jika sekarang ini Air Asia menghantar kapal terbangnya untuk diselenggara di Singapura kerana permusuhan dua syarikat ini, pada masa akan datang Air Asia akan menggunakan kepakaran penyelenggaraan MAS di Subang sebagai tempat penyelenggaraan kapal terbangnya.

Khazanah juga berharap melalui kerjasama ini, MAS dan Air Asia akan menjadi rakan sekutu yang saling bekerjasama bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hub antarabangsa yang kembali sibuk setelah agak ketinggalan dengan Singapura dan Thailand.

Tan Sri Azman ketika ditanya oleh MYKMU.Net mengakui bahawa pertukaran saham tersebut berasaskan nilai pasaran dan bukannya nilai aset bersih (net asset value) . Namun beliau memberi jaminan bahawa Khazanah telah menjalankan kajian rapi dan “due deligence” ketika bersetuju degan pertukaran tersebut dan menyatakan ia merupakan pertukaran yang adil berdasarkan kedudukan kewangn kedua-dua syarikat.

Ketika Air Asia memerlukan Khazanah Nasional sebagai pemegang sahamnya bagi mengukuh kedudukan syarikat tersebut dalam industri, MAS pula dilihat memerlukan Air Asia bagi berkongsi pengalaman dan strategi bagi memulihkan semula syarikat tersebut. Melalui penukaran saham ini juga MAS dapat menghalang Air Asia daripada terus bersaing secara langsung dengannya di laluan-laluan antarabangsa.

Ini diakui oleh Tan Sri Azman bahawa MAS akan menumpukan kepada penerbangan yang menawarkan kualiti tinggi seperti sekarang bagi bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia seperti Emirates. Manakala Air Asia akan meneruskan strategi mereka menguasai penerbangan bajet rendah atau tambang murah di rantau ini.

Dengan kerjasama ini Air Asia boleh menumpukan usaha mengekalkan kedudukan sebagai sistem penerbangan bajet rendah yang utama di rantau ini yang ketika ini kedudukan Air Asia sedang dicabar oleh Lion Air dan Tiger Airways. Selain itu, Air Asia dan MAS juga dijangka boleh mengurangkan kos penyelenggaraan pesawat dan penyediaan makanan.

Tan Sri Azman juga memberi jaminan perkhidmatan Firefly akan diteruskan kerana ia menawarkan satu segmen penerbangan yang lain berbanding MAS dan Air Asia.

“Adalah tidak masuk akal untuk menutup sebuah penerbangan yang menguntungkan hanya kerana terdapat kerjasama antara MAS dan Air Asia. Lagipun Firefly mempunyai segmen tersendiri dan tidak mencabar perniagaan Air Asia.”

Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! Mesyuarat DAP Selangor dan Rahsia Rancangan Anwar Bocor..?!!!

Saya menerima maklumat bahawa satu sidang mesyuarat tergempar telah dilangsungkan oleh DAP Selangor mengenai insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama yang bernama “Dream Centre”, baru-baru ini. Memang mesyuarat itu menggemparkan.

Mengejutkan, di dalam mesyuarat tersebut, Teng Chang Kim yang mewakili penganut-penganut agama Buddha telah bertalu-talu menyerang dan menyalahkan Teresa Kok, yang mewakili penganut-penganut agama Kristian di dalam DAP. Mereka bergaduh teruk! Mereka menyalahkan antara satu sama lain!

Menurut sumber, Teng Chang Kim menyalahkan Teresa yang bermati-matian mempertahankan gereja terbabit dan menyalahkan JAIS. Bagaimanapun akhirnya, Teresa tewas. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa pihak gereja dipersalahkan sepenuhnya dalam hal berkenaan. Namun, semua pemimpin DAP diarahkan untuk “tutup mulut” mengenai insiden tersebut sebagai taktik pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mereka mahu menunggu kenyataan Khalid Gagap yang dijangka akan membuat keputusan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan insiden itu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan selepas itu, barulah mereka akan buka mulut, itu pun jika perlu. Jika buka mulut sekali pun, kenyataannya mestilah dilakukan dengan hati-hati agar mereka tidak kehilangan undi orang Melayu. Itu taktik mereka.

Bagaimanapun, mesyuarat DAP Selangor itu tetap menyalahkan Hasan Ali. Pada mereka, Hasan Ali merupakan “duri dalam daging” yang sering mengekang agenda mereka yang mahu kesamarataan agama dan bangsa di Selangor. Maklumlah, antara matlamat DAP ialah mendapatkan hak sebagaimana Islam dan Melayu di negara ini. Apa yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan mereka tak peduli!

Bagaimanapun, sumber juga memberitahu bahawa DAP mahu Hasan Ali digugurkan segera dari jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Namun, setelah kemahuan mereka itu sampai ke telinga Anwar Ibrahim, dia tidak membenarkan Hasan Ali dilucutkan jawatan buat masa sekarang. Dipercayai, Anwar ada agenda tersendiri terhadap Hasan Ali…

Menurut sumber, Anwar tidak membenarkan Hasan Ali digugurkan dari jawatan Exco Selangor kerana ia mampu menghilangkan undi dari bangsa Melayu yang majoritinya menyokong tindakan JAIS dan Hasan Ali dan hal isu gereja itu. Dikhabarkan bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk menggugurkan Hasan Ali yang juga tidak disukai oleh Anwar itu.

Menurut sumber lagi, perancangan Pakatan Haram Selangor terhadap Hasan Ali, atas nasihat Anwar, hanya akan dibuat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti. Berkemungkinan besar Pas Selangor akan didesak untuk menggugurkan Hasan Ali dari menjadi calon Pakatan Haram pada PRU-13 itu. Anwar menjangka, ini tidak akan memberi sebarang masalah kerana proksinya ada di dalam Pas Selangor.

Siapa lagi kalau bukan Khalid Samad! Pas Selangor dijangka siang-siang lagi akan menggugurkan nama Hasan Ali dalam senarai calon mereka di negeri itu. Dari itu, Hasan Ali akan tersingkir secara automatik dan dimatikan kariernya begitu saja. Dikhabarkan, itulah muslihat Anwar untuk Hasan Ali nanti. Nampaknya, DAP dan Khalid Samad pasti lega dan bersetuju 100% dengan rancangan “pemimpin anugerah Tuhan” itu!

Astaghfirullah Al-Azim. Itulah jadinya jika politik mengatasi kepentingan Islam. Orang yang membela Islam dan aqidah umatnya disingkirkan, manakala orang yang jelas mengenepikan agama Islam yang merupakan agama sendirinya itu pula yang dinaikkan. Itulah strategi dan agenda Pakatan Haram. Bukan setakat haram, sikapnya pun macam haram jadah jugak!

Saya terfikir, apakah yang akan jadi pada PRU-13 nanti. Apakah umat Islam akan tertipu lagi dengan permainan politik Pakatan Haram ini atau mereka akan sedar akan kepincangan, pengkhianatan dan penipuan demi penipuan ini atau tidak. Percaturan Pakatan Haram jelas merugikan rakyat Selangor, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam!

Saya musykil, apakah pak-pak lebai yang sanggup tidur atas jalan mempertahankan DAP dahulu sanggup lagi untuk berbuat demikian pada PRU-13 nanti? Jika mereka masih lagi tegar mahu menjadi pencacai kepada kuffar laknatullah ini, saya tidak mampu untuk menegah mereka. Perjuangan saya melalui penulisan di sini dengan niat menyedarkan. Penulisan ini tidak dapat mengubah mereka, hanya mereka yang mampu mengubah diri mereka sendiri.

Justeru itu, saya memohon agar pembaca renungi apa yang tersirat di sebalik agenda DAP. Kaji dan fikirkan tentang muslihat PKR yang sanggup berkhianat dan menipu pada rakyat Malaysia. Dan saksikanlah kebobrokan Pas yang tersilap memilih “syaitan dan iblis” sebagai sekutu mereka demi sebuah kuasa yang dipanggil “politik”. Pilihan di tangan anda, anda yang berhak menentukan. Wallahua’alam.


Sumber: klik sini

Video panas..!!! Asyraf Haziq dipukul dan dirompak oleh...



Ini la puak-puak Bershit yang berdemo kat London hari tu, kot? Buruk perangai! Itupun puak-puak Pakatan Haram tu puja bagai nak gila...!!! Kesian kat budak Asyraf Haziq tu. Dah la kena pukul...kena rompak pulak tu! Haram jadah betoi puak-puak kafir laknat nih!

Detik Rasullullah SAW Menghadapi Sakaratulmaut...mampu membuat aku menangis...


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.

Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.

”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii”

“Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

@ Setiapkali aku membaca kisah ini pasti sangat tersentuh hati dan rasa kerinduan yang amat sangat. Kubah hijau Masjid Nabawi pengubat rindu.

@ Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai kisah hidup Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup.


Sumber: klik sini

Gambar Panassss..!!! Khas untuk Khalid 2G (Gagap dan Gereja)..!!!

"Khalid Dajjal" (Tulisan biru muda) yang mewakili Khalid Gagap...!!!


"Khalid Dajjal" (tulisan hijau) yang mewakili Khalid Gereja...

Jamban yang dihadiahkan kepada kedua-dua Khalid Dajjal"s"..!!!


Lagi Khalid Dajjal (Pas version!)

Jamban, penyapu, mop, berus tandas..semua untuk Kerajaan Pakatan Haram Selangor!


Nahhhh..!!! Amik hangggg...!!! Kasi sengggggat..!!!


Umat Islam dan NGO semuan sokong JAIS dan Hasan Ali...Pakatan Haram je yang tak sokong...diorang sokong Kristian sebab takut hilang undi..!!!


Kalau la Hasan Ali jadi MB dulu...Selangor tak jadi macam ni...tu laaa...orang ajak bersatu tak nakkkk...

Sumber: klik sini

Panasss..!!! Sahabat-sahabat Anwar semua akui Anwar meliwat..!!!

Ezam sanggup dipenjara kerana Anwar…

Semalam, Utusan Malaysia memaparkan berita mengenai lima orang sahabat Anwar yang tampil menawarkan diri kepada Anwar Ibrahim dan barisan peguambelanya untuk ditemubual, sekaligus menjadi saksi dalam kes perbicaraan liwat II. Mereka adalah, Ezam Mohd Noor, N. Gobalakrishnan, Datuk Zulkifli Noordin, Anuar Shaari dan Mohd. Rahimi Osman.

Sebagaimana maklum, Ezam adalah bekas “anak muda” paling kanan mempertahankan Anwar di era tahun 1998-1999. Ketika itu, Anwar dipecat, dibicarakan dan didapati bersalah, serta disumbat di dalam penjara, setimpal dengan kesalahannya. Dan dikala itulah Ezam muncul menjadi pembela nombor wahid kepada Anwar. Masa tu, Azmin sendiri pun macam takde telur untuk bertindak seperti Ezam!

Ezam sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya Kak Wan. Ezamlah tempat Kak Wan bergantung harap. Ezam adalah mata dan telinga Kak Wan untuk mengawasi tindak-tanduk suaminya yang bermata keranjang itu. Rapatnya Ezam dengan Anwar dan keluarganya hingga sanggup masuk ke penjara kerana mereka.

Sebab itulah Ezam menawarkan diri menjadi saksi dalam kes liwat Anwar ini. Apa saja pasal Anwar, ada di dalam kocek seluarnya. Cakap apa saja, Soros? Liwat? Betina? Jantan Jambu? Semua kegemaran Anwar itu ada dalam kepalanya. Kalau nak cerita, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis. Kenapa tak berani panggil Ezam untuk jadi saksi kes liwat itu? Dia lebih relevan berbanding Najib dan Rosmah!


Gobala sanggup buat apa saja untuk Anwar dan PKR…

Gobalakrishnan pula merupakan bekas Naib Presiden PKR. Meskipun dia kelihatan kurang relevan untuk dipanggil sebagai saksi kes itu, namun hujahnya ada logiknya. Jika Najib dan Rosmah yang tidak ada kena mengena satu haram pun dengan kes liwat dan fakta perbicaraan, mengapa tidak panggil Gobalakrishnan juga? Dia pun tidak ada mengena juga dalam kes ini.

Gobalakrishnan ini merupakan seorang India yang diperalatkan Anwar untuk menarik undi dan sokongan masyarakat India. Namun, dia di”sampah”kan Anwar setelah sanggup melakukan apa saja untuk Anwar dan parti. Gobalakrishnan berkata, Anwar sengaja memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kes dengan tujuan mempolitikkan perbicaraannya. Anwar mengharapkan agar persepsi rakyat akan menganggap Najib dan Rosmah terlibat dalam “teori konspirasi” yang direkanya itu….


Dulu dia peguambela Anwar kes liwat..sekarang dia nak jadi saksi buktikan Awnar meliwat..!!!

Zulkifli Noordin pula adalah antara sahabat paling karib Anwar dan keluarganya. Rapatnya beliau dengan keluarga Anwar hinggakan dia seorang sahaja yang memanggil Kak Wan dengan nama “Azizah” dan bukan seperti panggilan kebiasaannya, “Kak Wan”. Zul Kulim ni suka ke dapur rumah Anwar, buat macam rumah dia sendiri! Begitulah rapatnya mereka. Tapi itu dahulu…

Sekarang, Zul Kulim juga sudah di”buang” Anwar. Namun Anwar lupa, segala rahsianya ada bersama Zul Kulim dan Zul Kulim tidak pernah buang rahsia gelapnya ke dalam tong sampah! Bagaimana? Berani memanggil Zul Kulim sebagai saksi kes? Zul Kulim katanya sudah tidak sabar-sabar mahu memberikan keterangan kepada mahkamah mengenai Anwar dan tabiat “luar tabii”nya itu!


Anuar Shaari…

Anuar Shaari dan Mohd Rahimi pula adalah merupakan bekas setiausaha “sulit” Anwar untuk tempoh yang bukan sekejap. Bertahun mereka bekerja bersama Anwar. Ke hulu ke hilir bersama Anwar. Makan Anwar, tidur Anwar, semuanya Anwar belaka bagi mereka. Boleh dikatakan semua jadual Anwar, merekalah yang menyusunnya. Tiap-tiap hari pulak tu!


Seronok benar Anwar dan Rahimi…sekarang dah tak seronok dahhhh….

Jadi, siapa berani menafikan bahawa mereka tidak tahu apa-apa mengenai Anwar Ibrahim dan kehidupan seharian “sesumpah” itu? Kenyataan mereka lebih relevan berbanding Najib dan Rosmah! Segala pasal Anwar ada dalam kepala mereka. Kuih kegemaran Anwar pun mereka tahu. Apatah lagi “China Doll” dan “jambu” mana yang Anwar paling suka! Cuba tanya mereka. Mereka berdua pun tak sabar nak bongkar tu…!

Hakikatnya, mengapa kelima-lima orang di atas yang merupakan mereka yang yang rapat bertahun-tahun dengan Anwar sanggup tampil memberi keterangan dan menjadi saksi mahkamah dalam kes liwat? Sebenarnya bukan lima orang ini sahaja yang sanggup tampil, ramai lagi yang mahu membongkarkan “rahsia gelap” Anwar ini. Antara mereka ialah Ummi Hafilda, Nallakaruppan dan golongan “pioneer Keadilan” dahulu seperti Chandra Muzaffar, Ruslan Kassim dan sebagainya.

Mereka ini semuanya sahabat Anwar yang karib. Tapi mereka menjauhkan diri dan dijauhkan Anwar dari mereka. Mereka sanggup menjadi saksi kes liwat kerana mereka percaya Anwar meliwat! Sedangkan mereka yang rapat dan tahu mengenai Anwar luar serta dalam pun mempercayaai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti sodom, bagaimana pula dengan kita yang langsung tak pernah masuk rumah Anwar? Takkanlah kita lebih tahu pasal Anwar berbanding mereka ini?

Justeru itu, jelas sekali Anwar memang seorang peliwat. Keputusan mahkamah di dalam kes liwat I nya dahulu pun mengesahkan Anwar meliwat. Sahabat-sahabat karibnya pun mempercayai bahawa Anwar seorang peliwat. Bagaimana dengan anda semua? Masih tidak mahu percaya kepada kebenaran ini? Mungkin bagi anda, sekiranya Anwar meliwat mangsanya di depan mata kepala anda sendiri pun, anda mungkin tetap tidak percaya “Anwar meliwat”, kot? Anda rela diliwat Anwar? Tepuk dada, tanya iman di dada…


sumber: klik sini

Lawak pagi ini..!!! Pok Nik diktator...!!!



Wednesday, August 10, 2011

Tayangan Perdana Islam..!!! Hadi, Khalid Gagap, Khalid Gereja patut malu bila tengok video ni..!!!



Aku rasa, Hadi, Khalid Samad, Pok Nik, Khalid Gagap dan terutamanya Anwar, patut tengok dan dengar apa yang Dr. Yusri kata. Nampaknya NGO Islam, Pembela lebih boleh diterima pakai sebagai pejuang dan mendaulatkan Islam di negara ini berbanding Pas dan PKR yang memalukan Islam!

Amacam Anwar? Ni you punya brader dalam ABIM nih! Nampaknya Dr. Yusri jauh lebih bagus dari you. Tu laaaa...keje menjubo je kejenyaaaaaa..!!!

Woi Pas...! Malu la kat Pembela woi..!!! Rentikan je la usaha nak tunjuk hero korang tu. Perkara ni takkan selesai kalau ada campur tangan politik! Korang sebok nak politikkan hal ni apahal? Nak kena lempang?

Musa Hasan buat Anwar dan peguamnya bengang gilerrr..!!!


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui arahannya kepada pendakwaraya telah memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, untuk ditemubual oleh barisan pembelaan Anwar Ibrahim bagi kes perbicaraannya yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Tan Sri Musa Hasan yang sememangnya seorang yang mematuhi perintah mahkamah untuk hadir ke mahkamah, tampil pagi-pagi lagi untuk tujuan tersebut. Namun bagaimanapun, Tan Sri Musa Hasan yang pada mulanya berniat untuk membenarkan dirinya ditemuduga, membatalkan hasratnya itu kerana dikhabarkan kepadanya bahawa seorang manusia itu turut hadir dalam sesi tersebut.

Orang tersebut, tidak lain tidak bukan ialah Anwar bin Ibrahim. Memandangkan Tan Sri Musa Hasan membatalkan niatnya untuk setuju ditemuduga, maka tindakan tersebut telah memberangkan peguam Anwar, S. N. Nair. Dalam kenyataan medianya, peguam Anwar itu menyatakan bekas Ketua Polis Negara itu seolah-olah tidak mahu bekerjasama dan “takut” kepada Anwar. Mengejutkan, dia juga mendakwa Tan Sri Musa tidak hadir ke mahkamah!

Kebetulan, nombor telefon Tan Sri Musa Hassan ada dalam simpanan saya. Saya pun menghubungi beliau untuk mendengar penjelasan atas tindakannya tersebut. Dan kenyataannya itu membuatkan saya tersengih-sengih kerana membayangkan betapa geramnya Anwar dan peguam-peguamnya itu!

Menurut Tan Sri Musa, beliau sahkan bahawa jasad dan ruhnya berada di mahkamah pagi semalam untuk ditemubual. Penjelasan ini menafikan kenyataan peguam Anwar dan membuktikan mereka “ter”bohong akibat tidak dapat menahan diri yang geram pada Tan Sri Musa.

Menurut Tan Sri Musa, dia bertindak membatalkan sesi temubual itu memandangkan kehadiran tertuduh, iaitu Anwar Ibrahim, di dalam sesi tersebut. Sedangkan beliau mendakwa bahawa selalunya Orang Kena Tuduh (OKT) tidak sepatutnya berada sama di dalam sesi temubual bersama saksi kerana ia mampu mengancam, mengugut dan menggangu emosi serta mempengaruhi kenyataan saksi tersebut.

Selain itu, Tan Sri Musa juga memberitahu bahawa tidak ada sebarang bentuk undang-undang yang mewajibkan saksi untuk ditemubual untuk perbicaraan mana-mana kes. Tiada sebarang peruntukan undang-undang pun! Lagipun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah hanya mengeluarkan perintah untuk hadir ke mahkamah kepada saksi sahaja.

Menurut perintah mahkamah itu, beliau menjelaskan bahawa kehadiran saksi ke mahkamah adalah wajib. Tujuan saksi ke mahkamah adalah untuk ditanya sama ada mereka setuju atau tidak untuk ditemubual. Sekiranya mereka bersetuju, maka barulah mereka akan ditemubual. Namun, sekiranya mereka tidak bersetuju, maka siapa pun tak boleh paksa mereka untuk ditemubual.

Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan pun pada tindakan Tan Sri Musa Hasan itu. Beliau balik kerana tidak setuju ditemubual. Beliau tidak setuju ditemubual kerana Anwar menegaskan bahawa dia akan turut serta dalam temubual itu. Jadi, ia bukan salah Tan Sri Musa. Yang Anwar sebok nak join temuduga tu apasal? Sebok je. Awak tu Orang Kena Tuduh…duduk diam-diam dalam kandang laaaaa..!!!


Sumber: klik sini

Panasss..!! DAP didahulukan, Islam dikemudiankan..!!!

Sungguh luar biasa prinsip dan perjuangan Pas sekarang. Imej Pas telah berubah sepenuhnya. Pas sudah tidak lagi seperti dahulu yang memperjuangkan Islam dan menjadi sebuah parti pembangkang yang sihat. Pas kini bagaikan sudah di”beli” dengan menjual sekali prinsip perjuangan yang suatu masa dahulu cukup saya segani.

Pas kini sudah bertukar baju. Dari memperjuangkan Islam secara konsisten dan memastikan sistem “check and balance” di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Pas kini berubah kepada dasar Islam yang lebih liberal. Pas kini terlalu terbuka hingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal di Malaysia. Semua ini berlaku selepas perginya Allahyarham Ustaz Fadhil Noor…

Masih ingat lagi kisah penggunaan kalimah “Allah” oleh The Herald Tribune yang pernah mencetus kontroversi di negara ini tidak lama dahulu? Ketika itu, puak-puak kuffar laknatullah alaihim memperjuangkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam suntingan Bible dan akhbar terbitan mereka. Mereka mencanang ke seluruh negara, kononnya, itu hak mereka…

Ketika itu, seluruh umat dan NGO Islam bangkit menentang penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar laknat itu. Tanyalah Zulkifli Noordin. Ketika itu, meskipun beliau masih bersama PKR, beliau sanggup membelakangkan ketua dan sahabat karibnya, Anwar Ibrahim, untuk mempertahankan kalimah “Allah” di negara ini. Beliau mengambil risiko untuk dimarah oleh Anwar dan sedia bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Ketika itu juga, Pas yang mula dikuasai oleh golongan liberal yang diketuai oleh Khalid Samad mula memperlihatkan “belang”nya. Mereka mengaku Islam, tapi menyokong pula penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar itu. Malah di dalam parlimen, Khalid Samad sanggup bertekak bergaduh dengan seniornya yang juga merupakan bekas imam besar masjid negara, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulama Pas sekarang.

Sayang sungguh Khalid pada Kristian! Kononnya, dia bersikap terbuka, “open minded” kata orang putih, dan dia berbangga dengan sikap “open minded”nya itu…

Kisah perjuangan Khalid Samad dan konco-konconya tidak habis disitu. Muncul pula kisah murtad yang dipelopori oleh Ambiga. Khalid Sama mencelah lagi dan menyokong perempuan yang tidak kenal erti hormat pada agama Islam, sensitiviti beragama dan perlembagaan itu. Kali ini, Zulkifili Noordin tidak dapat menahan sabar dan membangkang usaha tersebut. Hasilnya, dia dihadapkan ke jawatankuasa disiplin atas desakan DAP, dan dipecat dari PKR…

Situasi itu dipanaskan lagi dengan isu Kitab Injil berbahasa Melayu ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, baru-baru ini. Bermati-matian Khalid Samad dan Pas menyokong isu itu di Sarawak. Kononnya, Kerajaan BN diskriminasikan agama Kristian. Tujuannya, mereka mahu memenangi hati pengundi di Sarawak yang majoritinya beragama Kristian. Sanggup jual diri kerana gilakan kuasa?

Dalam hal itu, BN telah menjelaskan bahawa kitab itu hanya untuk terbitan di Sarawak dan Sabah sahaja. Itupun tertakluk kepada pemerintahan Kerajaan Negeri memandangkan kedua negeri Boneo itu memiliki kuasa autonomi sendiri. Hasilnya, kitab itu hanya dibenarkan di Sarawak dan Sabah, manakala diharamkan di Semenanjung Malaysia. BN tak tipu rakyat dan tidak hipokrit. BN adil dalam melaksanakan polisinya demi kepentingan rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini. Maklumlah..BN kan berpengalaman luas!

Kini, Khalid Samad jadi pejuang Gereja pula. Rasanya, kalau tak silap saya, hampir semua gereja yang berada di Shah Alam sudah dilawati Khalid. Sebab itu namanya sinonim dengan “gereja”. Dalam mempertahankan Gereja, Khalid kini sanggup membelakangkan Islam dan bekas ketuanya, Hasan Ali. Malah di dalam mesyuarat khas PAS berkenaan “perbicaraan” Hasan Ali mengenai isu insiden pemeriksaan JAIS – DUMC, dikhabarkan Khalid mahu Hasan digugurkan dari memegang jawatan Exco Selangor dan dikenakan tindakan disiplin.

Rentetan dari peristiwa di atas, yang menghairankan saya, Pas hanya mengikut rentak Khalid Samad, DAP dan PKR. Pas lupa pada prinsip perjuangannya yang asal. Saya tahu Pas sudah menukar slogan “Negara Islam” kepada “Negara Kebajikan”. Tapi itu tidak bermakna Pas boleh membelakangkan prinsip perjuangan Islam kerana mereka juga beragama Islam!

Janganlah kerana sayangkan kuasa, sayangkan konsesi politik Pakatan Haram dan sayangkan DAP atau PKR, hingga Pas sanggup melacurkan agama Islam. Pas perlu ingat, bukan mereka saja yang beragama Islam. Kami juga muslim dan beriman kepada Allah! Jika Pas terus bersikap begini, maka benarlah slogan yang berbunyi “DAP ganti Pas”! Pas dan DAP sudah sama saja sifatnya sekarang.

Jelas sekali Pas kini sudah terlalu liberal. Liberal Pas membawa mereka ke satu fahaman yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim iaitu pluralisme. Dan pluralisme pula diiktiraf sebagai satu fahaman yang sesat. Mungkin sebab itulah Pas berani menyokong Ambiga yang menyokong IFC, sebuah badan yang memperjuangkan kesamarataan agama. Sedangkan jelas sekali bahawa kedudukan Islam adalah sebagai agama yang terunggul di Malaysia dan tidak boleh disama ratakan dengan agama lain serta tidak boleh dipertikaikan lagi.

Wahai Pas! Berubahlah kembali ke jalan Allah. Bersatulah demi Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara dan matlamat Pas untuk berkuasa tidak menghalalkan Pas untuk menjual Islam sebagai prinsip dan pegangan hidupnya. Pas wajib bermuhasabah. Inilah jadinya bila ulama cuba menjadi ahli politik. Kuasa politik didahulukan, Islam dikemudiankan…


Sumber: klik sini

Yang ni JPN salah atau SPR yang salah? Siasat segera..!!!


Bagaikan ada satu okestra antara Bersih dengan beberapa pegawai teknikal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencipta bukti bahawa ada penyelewengan pengundi dan pendaftaran tidak telus membabitkan senarai pengundi.

Adalah tidak masuk akal dengan tiba-tiba sahaja muncul pelbagai nama dan bukti yang tidak masuk akal di dalam Sistem Maklumat JPN dan SPR. Salah satu dakwaan yang keluar ialah terdapat pemegang Pemastautin Tetap yang diberikan hak mengundi. Sungguhpun pemilik PR tersebut telah pun mendapat warganegara pada Januari lalu namun imej Mykadnya tidak ditukar sehingga didedahkan di dalam internet. Adakah ia sesuatu yang begitu mudah ditemui atau bukti tersebut sengaja diletakkan sebelum diberi maklumat kepada pembangkang agar mengeksploitasikannya?

Kemudiannya timbul pula nama pengundi sebagai Kg Baru yang jelas sekali tidak masuk akal tetapi terdapat di dalam sistem SPR. Yang lebih aneh boleh pula orang yang mendedahkannya berjumpa secara rambang di dalam pangkalan data SPR. Adakah ia satu kebetulan? Saya fikir kemungkinan untuk seseorang yang melakukan carian secara rambang menemuinya sangat luar biasa kecuali ia telah diberi tips lebih awal dari mereka yang memasukkan maklumat tersebut.

Jika Barisan Nasional mahu menipu adalah mustahil untuk ia menggunakan nama yang tidak masuk akal seperti Kg Baru. Melihat rentetan insiden mendedahkan kelemahan daftar pemilih SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara nyata ia merupakan kerja orang dalam yang memasukkan maklumat palsu sebelum dimaklumkan kepada pihak Pakatan Rakyat untuk dihebohkan.

Kerajaan harus menyiasat setiap insiden dan mencari siapakah yang memasukkan data tersebut ke dalam pangkalan data. Jika sistem pengkomputeran kerajaan mempunyai tahap keselamatan mencukupi, kerajaan dengan muda dapat mengesan “culprit” yang sedang merencanakan kejatuhan Barisan Nasional dari dalam ini.

sumber: klik sini

Rayuan Kepada 12 umat Islam yang terlibat dengan majlis di DUMC…

Perkhabaran terbaru yang saya terima mengenai 12 orang Islam yang terlibat menghadiri majlis “makan malam” merangkap berbuka puasa di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini telah enggan lagi memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Nak tahu kenapa?

Jawapan yang mereka berikan pada JAIS ialah “peguam” mereka melarang mereka pergi ke JAIS dan melarang mereka dari memberikan keterangan, butiran atau kerjasama dengan siasatan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam di negeri Selangor itu.

Kenyataan ini agak pelik untuk saya terima. Sebelum ini, pihak penganjur majlis itu mendakwa bahawa mereka memberikan bantuan kepada masyarakat Islam yang “dhaif, miskin dan kurang berkemampuan” dari segi ekonomi dan kehidupan mereka. Dalam ertikata lain, 12 orang Islam yang terlibat itu merupakan “orang susah”!

Justeru itu, adalah amat mustahil untuk mereka mengupah “peguam” untuk memberi nasihat perundangan kepada mereka berhubung kes siasatan JAIS ini. Manalah mereka mampu untuk membayar yuran guaman yang beribu-ribu harganya. Nak makan pun “terpaksa mengemis di Gereja”, apatah lagi untuk mengupah peguam?

Saya mengesyaki bahawa ada pihak yang menyediakan dan membiayai perkhidmatan guaman untuk semua 12 orang Islam dhaif ini. Menurut sumber, khidmat guaman ini datangnya dari Gereja yang diperiksa oleh JAIS itu sendiri. Khabarnya lagi, khidmat guaman itu turut mempunyai hubung kait dengan Majlis Peguam, sebuah pertubuhan yang sememangnya terkenal dengan pro-murtad di Malaysia.

Agak menghairankan apabila pihak berkenaan sanggup mengeluarkan wang beribu ringgit, kononnya untuk membela semua 12 orang umat Islam yang disyaki cuba di”Kristian”kan oleh gerakan mubaligh di Petaling Jaya itu. Saya mengesyaki bahawa mereka takut rahsia majlis tersebut didedahkan kepada JAIS oleh 12 orang Islam tersebut.

Mungkin sebab itu mereka terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk mempengaruhi 12 mangsa keracunan minda itu. Mereka secara tidak langsung telah menghalang kelancaran siasatan JAIS. Ada rahsia yang mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum dan akhirnya mencetus spekulasi melampau oleh segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menjadi hero dalam isu ini. Contohnya, Pas.

Apa hak peguam itu untuk menghalang siasatan dan menyusahkan jabatan agama itu dari masa ke semasa? Hal ehwal aqidah umat Islam tidak ada kena mengena dengan peguam yang dilantik oleh Gereja itu. Aqidah ini akan ditanya oleh Allah kelak. Ketika Allah menyoal umat Islam itu nanti, apakah peguam Gereja itu akan tampil untuk membela mereka di depan Allah?

Saya kesal dengan pendirian 12 umat Islam yang enggan memberikan kerjasama dengan JAIS, sebuah badan Islam yang menjaga kepentingan Islam di Selangor. Orang mahu menolong mereka dari dipesongkan aqidah, mereka seolah-olah bodoh sombong, enggan ditolong. Jelas sekali, mereka mempunyai pendirian yang lemah hingga tunduk kepada peguam dari DUMC itu.

Justeru itu, saya menyeru dan merayu kepada 12 orang Islam itu untuk kembali memberikan kerjasama kepada JAIS untuk membantu siasatan kes ini. Demi aqidah mereka dan demi maruah Islam yang cuba dicabar oleh orang yang sedar diuntung itu, saya merayu, dedahkanlah segala rahsia gerakan Gereja itu kepada JAIS.

Mungkin saya tidak punya wang ringgit untuk kalian 12 saudara/saudari seagama saya. Namun, saya yakin bahawa ganjaran Allah di akhirat kelak lebih berbaloi dari apa yang mampu diberikan oleh Gereja tersebut. Wallahu’alam.


sumber: artikel yang aku tulis di sini

Sms dari isteri aku di tengah malam...


Hari ni aku nak share dengan korang satu sms yang aku terima dari wife aku tengah malam tadi.... Smsnya berbunyi begini...

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama.

Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!

Contoh: seorang yang lahir pada tahun 1976, umurnya sekarang 35 pada tahun ini. Jadi, 76 + 35 = 111..!!!

Ketiganya, pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu.

Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!

Subhanallah! Maha Suci Allah! Itulah keunikan ciptaan Allah. Yang pastinya Tuhan itu Maha Esa, Satu dan tiada dua tiga macam yang disangka Khalid Samad..!!!

Khalid Ibrahim jual Islam di Selangor..!!!

Apabila pihak berkuasa Agama di negeri Selangor melakukan pemeriksaan di sebuah Gereja atas aduan terdapat usaha memurtadkan umat Islam, banyak pihak yang tertunggu-tunggu respon dari badan-badan pertubuhan politik Islam dan juga NGO-NGO Islam.

Malangnya, pihak yang selama ini mengaku berpolitik diatas landasan Al Quran dan Sunnah tersebut lebih mengutamakan politik dari menjaga aqidah umat Islam di negara ini. Mereka dilihat berdolak dalik didalam menyatakan pendirian berhubung kejadian itu biarpun pihak berkuasa agama Selangor membawa bukti-bukti yang sah.

Dikala umat Islam memandang serius isu ini dan tak senang dengan apa yang cuba dilakukan oleh pihak Gereja terbabit, kepimpinan tertinggi parti politik tersebut mengambil sikap sebaliknya dengan mengatakan ianya satu usaha sabotaj dari musuh politik untuk memalukan dan menjatuhkan maruah parti mereka.

Kenapa pula ini yang berlaku disaat sepatutnya semua umat Islam bersatu menentang ancaman baru dari pihak kafir yang cuba untuk merosakkan aqidah umat Islam di negara ini? Janganlah hanya kerana politik, kita sanggup menjual agama kerananya. Apakah berbaloi meringankan urusan agama hanya kerana mementingkan urusan dunia?

Syukurlah kini pelbagai pihak dikalangan NGO-NGO Islam mula menyatakan sokongan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama di Selangor terhadap Gereja tersebut. Tindakan ini dilihat telah meningkatkan suara dikalangan umat muslim kepada usaha membela agama.

Jika difikirkan, tindakan memutarbelitkan fakta kejadian ini adalah sesuatu tindakan yang memalukan umat Islam. Isu sebenarnya disini ialah berkaitan dengan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan umat Islam. Tetapi kenapakah hal betul atau tidak tindakan pihak berkuasa agama menyiasat tempat kejadian pula yang jadi pertikaian?

Semua ini langsung tak membantu mahupun merungkaikan permasalahan yang kita hadapi sekarang. Sebaliknya, ia akan menambahkan lagi kekeliruan dikalangan umat Islam dan juga juga menimbulkan perpecahan dan ketegangan diantara sesama rakyat berbilang kaum dalam negara.

Gambaran salah diberikan mengenai siasatan pihak berkuasa agama seolah-olah sengaja dibuat demi untuk menjaga kepentingan politik sesetengah pihak. Jika usaha pihak berkuasa agama ini disifatkan sebagai satu pencabulan terhadap rumah ibadat bukan Islam, bagaimana pula dengan bukti-bukti yang menunjukkan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan kaum muslim?

Malang bagi kita kerana semua putar belit dan juga tipu helah ini dilakukan sendiri oleh pemimpin yang beragama Islam demi menjaga undi yang diberikan oleh pihak kafir kepada mereka semasa pilihanraya. Besar sangatkah undi-undi tersebut jika mahu dibandingkan dengan kewajipan mempertahankan agama?

Oleh itu, semua tindakan-tindakan yang mengusutkan lagi keadaan serta campurtangan politik ini harus dihentikan segera. Ia demi kepentingan aqidah umat Islam yang semakin hari semakin terancam akibat dari perancangan jahat pihak kafir.

Sifat apologetic pemimpin-pemimpin politik yang kononnya berjuang berlandaskan Islam juga tak perlu wujud kerana isu agama bukan boleh dijadikan mainan politik. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit untuk ditelan.


sumber: klik sini

Lawak pagi ini...!!! Plan rahsia DAP yang Anwar tak tahuuuu...!!!



Tuesday, August 9, 2011

Panasss..!!! YB Romantisssss bakal beraya dirumah bini orang yang dikebasnya...?!!!

Inikah YB Romantisssss yang bakal beraya dirumah bini orang yang dikebasnya itu?

Ermmmm..! Seronok ke hidup berbini dua ni? Entah la. Aku takde pengalaman tu dan kalau boleh, biarlah satu untuk selamanya. Tapi, mungkin pendirian aku itu tidak dipersetujui oleh seorang YB-YB Pas, terutama ADUN Anak Bukit yang dikatakan baru "pasang dua cawangan"...

Menurut cerita di sini, ADUN ni bakal beraya di rumah isteri keduanya tahun ni. Nampaknya YB ni utamakan bini mudanya. Maklumlah..mungkin masih bergetah lagi kot..?!

Menurut ceritanya, ADUN romantis ini dan bini mudanya ini pernah menjalin kasih ketika bersekolah menengah di MRSM dulu. Ramai kengkawan mereka yang tahu tentang hubungan mereka itu. Namun, mungkin tiada jodoh, mereka terpisah...

Bila bertemu kembali, YB ni sudah beristeri dan beranak pinak. Bekas aweknya itu pun sudah bernikah dengan orang lain. Opss! Lupa pulak nak perkenalkan nama aweknya tu, namanya Nora. Alaaa..macam nama lagu Latiff Ibrahim tuuu...

Bila bertemu kembali, maka mula la teringat kisah cinta lama. Cinta kembali berputik di antara mereka...(walaupun masing-masing laki dan bini orang!). Mereka bertukar-tukar sms romantisss..! Dan kemuncaknya apabila bini orang tu membeli sebuah kereta dan YB tersebut menjadi penjaminnya.

Musykil dengan insiden itu, suami Nora yang dikenali sebagai RA rasa lain macam! Isterinya tu suri rumahtangga sepenuh masa. Macamana dia beli kereta? Bila disiasat, barulah RA tahu bahawa YB tersebut membantu isterinya membeli kereta tersebut dan dikatakan bertindak menjadi penjamin...

Peliknya, bila RA tanya pada Nora mengenai hubungannya dengan YB Pas tu, Nora hanya membisukan diri. Hiding something dalam hati la tu! Maklum la orang tengah bercinta ni halus jiwanya. Mungkin takut hubungan romantis terlarang dihidu suaminya sendiri!

Kemuncaknya, Nora diceraikan suaminya yang "suspicious" dan tak rela digelar DAYUS! Paling best, setelah Nora dibebaskan dan habis edah, YB tu terus sambar Nora sebagai isteri keduanya! Pergggghhh...!!!! Gelojoh betul!

Nora katanya membuat kenyataan bahawa dia menikah dengan YB Pas tu sebab nak "mendalami Islam"! Kah! Kahhh! Kahhh!!! Apa punya alasan la! Betul ke YB tu boleh beri pemahaman Islam yang lebih mendalam? Kok ye pun, kalau betul begitu, apakah meruntuhkan masjid dan rumahtangga saudara seIslam itu sebahagian dari "kedalaman Islam" yang dimiliki oleh YB tu...???!!!

Menurut ceritanya lagi, isteri pertama YB Pas tu mengamuk sakan! Apa kurangnya dia pada mata YB tu? Dia tak cukup seksi ke? Dengarnya, anak-anak YB tu pun bengang gila bila dapat mak tiri baru! Tension bila ibu mereka diduakan...kesiannnn...

Takpe la YB, nasi dah jadi bubur. Dah kahwin dah pun. Takkan la nak suruh cerai pulak kot? Tapi, tu la...aku hanya sarankan pada YB agar berlaku adil dan tidak mempersiakan mana-mana pihak. Isteri dan anak-anak tu amanah. Dan mereka juga adalah fitnah! Hati-hati YB...

Sehingga kini, YB belum pun menafikan khabar yang bertiup kencang mengenai "cerita YB kebas bini orang" ni. Betul ke cerita ni, YB? Kalau tak betul, saya minta maaflah. Tapi kalau betul tu...bagi la tips sikit kat orang-orang yang bujang kat luar tu haaaaa....Kah! Kahh!!! Kahhhhhh...!!!

GEMPARRR..!!! Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Melacur..!!!


Ayat 1000 dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang kita, khususnya yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Justeru itu tak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju.

Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu?

Inilah realiti yang berlaku.

Bagi bapa-bapa ayam yang bukan beragama Islam ini, ayat tersebut dianggap ‘tangkal’ yang boleh mendatangkan ‘ong’ atau keuntungan.

Setelah mendapat maklumat, Mynewshub.my bertindak menyiasat bagi memastikan kesahihan dakwaan yang dimaksudkan.

Tempat yang dituju adalah kawasan pelacuran murahan terkenal di ibu kota iaitu sekitar Lorong Hj. Taib di Chow Kit.

Namun terdapat satu masalah besar. Adalah mustahil untuk masuk ke dalam bilik ‘penyundalan’ begitu saja.

Mahu tak mahu, penulis terpaksa menyamar seolah-olah mahu ‘melanggan’ salah seorang pelacur di situ.

Usai ‘tawar menawar’, penulis menyerahkan wang sebanyak RM20 kepada bapa ayam sebagai bayaran untuk menggunakan salah sebuah bilik di ‘premisnya’.

Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.

Keadaan juga agak gelap dan ‘menggerunkan’.

Sampai saja di bilik, bapa ayam itu meminta penulis menunggu sebentar sementara ‘anak ayamnya’ bersiap.

Sebaik saja masuk ke dalam bilik, penulis terus menyalakan lampu dan mencapai kamera kompak yang dibawa.

Sah! Memang sah!

Sebaik saja lampu menyala, terbentang ayat 100 Dinar di dalam bilik tersebut

Perasaan penulis menjadi bercampur-baur…sebak ada, marah pun ada!

Sebak kerana mengenangkan betapa ayat suci Al-Quran dihina sebegitu rupa hingga menjadi ayat hiasan bilik ‘penyundalan’ saja tarafnya.

Marah pula kerana mengenangkan mengapa payah benar pihak berwajib hendak mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.

Betul, Chow Kit khususnya Lorong Hj. Taib dah banyak berubah berbanding dulu.

Banyak rumah-rumah persundalan sudah ditutup atau dirobohkan, tetapi yang kita mahu adalah tindakan yang total.

Malang sekali, masih ada rumah-rumah pelacuran yang beroperasi, mereka ini bagaikana terlalu ‘kebal’ daripada tindakan.

Memandangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini, perbuatan menghina ayat Al-Quran oleh bapa-bapa ayam ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela!

Berbalik kepada situasi penulis, sebaik saja mengambil beberapa ‘shot’, penulis terus meluru keluar dari bilik tersebut.

” Kawan, mana lu mau pergi, amoi sudah mau sampi maaaa,” jerit bapa ayam itu sebaik saja melihat kelibat penulis yang tergesa-gesa keluar dari bilik berkenaan.

” Haiyya taukeh, gua sakit perutlah, mau balik dulu, esok gua datang,” kata penulis dengan selamba.

” Lu banyak celakalah, lain kalau lu datang gua kasi hentam lu punya muka!,” katanya dengan muka kemerahan.

Sebenarnya nak tergelak pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, umur bapa ayam itu adalah kot sebaya dengan umur datuk penulis, ada hati lagi nak pukul orang.

Penulis hanya tersenyum. Dalam hati berkata, suka hati lu la apek, hehehehe

Sumber: mynewshub.my

"Ambo nok Kelate jadi supo ambo" - Kata Pok Nik lebih 20 tahun yang lalu...


Tok Guru Nik Aziz masa mula masuk pejabat MB Kelantan, wartawan tanya dia apa model pentadbiran yang dia akan pakai.

Dia jawab "Ambo nok Kelate jadi supo ambo"
Di atas merupakan fakta yang aku petik dari rencana di Haramkah Daily, di sini. Menurut penulis tersebut, lebih 20 tahun yang lalu ketika Pok Nik nak mula perintah Kelantan, corak pentadbirannya ialah dia mahu semua orang Kelantan jadi macam dia. Kononnya dalam konteks ni, dia merupakan "model" atau "idol" laaaa...

Persoalan aku, dalam tempoh lebih 20 tahun memerintah, berjayakah Pok Nik jadi macam dia? Perjudian masih ada di Kelantan. Lokasi pelacuran hanya sekitar 500 meter dari pejabatnya. Gejala seks rambang dan sumbang mahram hangat di Kelantan. Kelantan juara penghidap AIDS. Kota Bharu Bandaraya "Sampah" (Banyak sampah!) dan banyak lagi...

Kelate doh jadi supo Pok Nik koooo...???!!!

Apakah rakyat Kelantan kini mencerminkan diri Pok Nik? Takkanlah dalam tempoh lebih 20 tahun Pok Nik masih gagal nak "jadike orang Kelate mace dio"? Hancusssss..!!!

Orang Kelate jadi macam Pok Nik atau Pok Nik jadi macam orang Kelate? Persoalan ni Pok Nik perlu jawab sebelum letak jawatan MB. Kalau tidak, jawab la depan Allah nanti...

Panasss..!!! Kepada Semua Lembaga Pengarah Zakat...anda dituntut baca artikel ini...!!!

Kita telah dikejutkan dengan pengakuan umat Islam yang bergantung kepada ehsan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan seharian akibat kemiskinan. Ini sebenarnya adalah satu berita yang amat memalukan dan juga mencabar kewibawaan umat Islam didalam menjaga kebajikan komuniti Islam itu sendiri.

Islam itu agama yang sempurna. Malah Islam juga mengajar bagaimana untuk mengelakkan dari umatnya berada didalam belenggu kesusahan dan fakir. Maka dengan itu, wujudlah baitulmal dan juga sistem pungutan zakat bagi meringankan beban dan membantu umat Islam yang memerlukan.

Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak memenuhi lapan asnaf zakat.

Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu MESTI diagihkan pada penerima tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)

Di negara kita kini kutipan zakat banyak digunakan untuk projek-projek pertanian dan juga mengembangkan perniagaan. Apakah semua ini tertakluk didalam lapan asnaf yang telah digariskan? Bagaimana pula dengan nasib golongan FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, AL-RIQAB, AL-GHARIMIN, FISABILILLAH dan juga IBNU SABIL?

Sudahkah semua keperluan lapan golongan asnaf yang wajib menerima zakat ini dipenuhi dan diberi keutamaan oleh pihak yang menguruskan zakat? Jika benarlah agihan zakat didalam negara ini dilakukan dengan sempurna, bagaimanakah pula masih ada golongan umat Islam yang fakir miskin dan juga mualaf yang masih berada didalam keadaan yang dhoif serta serba kekurangan?

Jika hendak diteliti keadaan hidup masyarakat di negara ini terutamanya dikawasan luar bandar, masih ramai umat Islam yang berada dibawah paras kemiskinan. Malangnya, mereka ini tak tahu kemana hendak dituju dan hendak diadukan nasib mereka. Adakalanya mereka-mereka ini bukan sahaja perlukan bantuan kewangan semata-mata, tetapi ada yang perlukan bantuan sokongan hidup akibat dari kekurangan fizikal dan tempat tinggal.

Amat menghairankan jika pihak urus Zakat memberi alasan tak tahu ada orang susah ataupun tak diberikan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang berlaku dikalangan umat Islam. Kalau pihak gereja boleh turun padang untuk mencari dan mengenal pasti umat Islam yang dhoif, apakah pekerja-pekerja di pejabat zakat terlalu mulia untuk jejakkan kaki ke kampung-kampung?

Jika pihak gereja bersungguh-sungguh mengambil tahu dan bertanyakan khabar, telefon bertanyakan masalah 3 kali seminggu dan tawarkan pula penginapan yang lebih selesa bagi menawan hati umat Islam yang memerlukan bantuan mereka, kenapa pihak Baitulmal dan juga Zakat tak mampu berbuat sedemikian?

Kutipan yang dibuat oleh pihak Zakat bukannya sedikit, malah mencecah puluhan juta bagi setiap negeri saban tahun. Kemanakah wang tersebut pergi? Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di ringankan oleh mereka-mereka yang berkerja di pejabat-pejabat zakat seluruh negara? Tak takutkah mereka ini semua kepada azab Allah di akhirat nanti?

Janganlah beralasan tak cukup kakitangan untuk pantau umat Islam yang memerlukan bantuan, tak mempunyai kuasa untuk turun padang mendapatkan maklumat fakir miskin, mengenal pasti orang miskin adalah diluar bidang kuasa dan juga tak dapat arahan dari pihak atasan.

Walaupun tak salah didalam agama untuk umat Islam menerima bantuan dari pihak gereja, namun secara adap dan adatnya, ia telah memalukan seluruh masyarakat Islam di Malaysia ini. Apakah kita sebagai komuniti Islam sendiri tak mampu untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang berada didalam kesusahan? Tambah pula kita mempunyai pusat yang menguruskan berpuluh juta RM duit zakat yang dikutip.

Apakah kita rela diketawakan oleh masyarakat kafir diatas kelemahan kita sendiri? Dan apakah kita sanggup bersekongkol dengan penggadaian aqidah yang bakal berlaku jika umat Islam yang berada didalam kesusahan terus berharap kepada pihak geeja untuk mencari sesuap nasi? Nauzubillah..


Sumber: klik tang ni

Panassss berapiiii..!!! Hadi tak layak jadi orang tengah..!!!


Selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkenaan isu gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC), Presiden PAS Hadi Awang hanya berdaya berkata PAS akan bantu selesaikan kontroversi ini.

Kata Hadi Awang, beliau akan menulis pada JAIS dan DUMC untuk pertemuan mengumpul maklumat dan fakta.

Persoalan di sini ialah, dengan kenyataan-kenyataan awal kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini yang jelas kesal dengan tindakan JAIS, apakah kedudukan Hadi Awang untuk menjadi perantara kepada siapa pun jua?

Lebih dari itu, di manakah kedudukan Dr. Hassan Ali di mata Presidennya sendiri? Dan siapakah atau apakah Dr. Hassan Ali di mata kerajaan Selangor?

Jika Dr. Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Ugama Selangor sendiri sudah tidak punya tempat atau kedudukan dalam membela JAIS dan Islam, tentulah Hadi Awang yang tiada kena mengena dengan kerajaan Selangor lebih teruk lagi.

Justeru apa logiknya Hadi Awang ingin masuk campur?

Lagipun, jika Hadi Awang sudah terpaksa menjadi perantara, di mana pula kedudukan MB Selangor, Khalid Ibrahim dalam hal ini? Apakah ini bukti bahawa MB Selangor tidak mampu menyelesaikan masalah ini sendiri sehingga memerlukan campur tangan orang luar kerajaan Selangor untuk membantunya?

Apa yang pasti ialah, MB Selangor yang mewakili kerajaan PKR telah terlebih awal menyuarakan pandangan rasminya iaitu menyalahkan JAIS dengan berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh DUMC. Oleh itu, Hadi Awang tidak perlu bersusah-susah cuba memperbaiki imej PAS di mata Umat Islam dalam isu ini kerana imej PAS telah lama hancur lunyai dipijak-pijak DAP dan PKR.

Sedarkah Hadi Awang bahawa PAS tidak punya suara walaupun di dalam negeri yang diperintah mereka sendiri? PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP sama ada di Kelantan mahupun di Kedah dalam isu arak, judi dan juga penutupan pusat hiburan di bulan puasa.

Apakah Hadi Awang masih bermimpi konon beliau dihormati oleh rakan-rakan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat dan duduk sama taraf dengan Lim Kit Siang atau Karpal Singh? Apakah Hadi Awang masih tidak merasa sakit pijakan atau sepakan tapak kaki mereka di kepalanya?

Entah kenapa penulis perlu membincangkan perkara ini di sini sedangkan soal antara JAIS dan DUMC adalah soal kerajaan negeri bukan parti. Sepatutnya ia di tangani secara professional oleh pihak-pihak berkuasa yang terlibat dan bukannya oleh para politikus.

Nampaknya, walaupun sudah memerintah beberapa negeri, Pakatan Rakyat masih mempunyai masalah untuk membezakan yang mana soal negeri dan yang mana soal parti seperti juga mereka mempunyai masalah menilai yang mana intan yang mana tahi.

Bagi rakyat Malaysia, semuanya amat jelas disuluh sinar keimanan yang menentang keras usaha halus yang penuh muslihat untuk memurtadkan Umat Islam.

Hari ini kita sekali lagi menjadi saksi bagaimana Pakatan Rakyat ‘mempersetankan’ agama Islam melalui serangan terhadap JAIS dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam mereka sendiri secara tidak adil.

Sekali lagi juga kita menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin PAS meletakkan politik melebihi akidah.

Blog The Unspinners ada melaporkan perkembangan yang menarik di DUMC di mana dalam morning mass gereja tersebut, kelihatan Lim Guan Eng, Theresa Kok dan Hannah Yeoh hadir, kemungkinan besar sebagai memberi sokongan atau menjanjikan perlindungan.

Jelas pendirian DAP dan PKR bahawa pihak gereja tidak bersalah langsung dan JAIS tidak berhak menyerbu program memurtadkan orang Islam.

Mereka langsung tidak membayangkan untuk menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu dan terus membuat keputusan bahawa JAIS bertindak secara tidak wajar.

Kesimpulannya di sini ialah DAP dan PKR secara nyata membela usaha memurtadkan umat Islam sementara PAS pula secara nyata menikus di bawah telapak kaki mereka, seperti biasa.

Apakah Umat Islam di negara ini masih sanggup menyokong mereka?

Sumber: mynewshub.my

Panasss..!!! Kenyataa hangat untuk Majlis Perundingan Bukan Agama Islam..!!!


Hangin aku baca kenyataan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao di sini. Rasa macam nak tampar je diorang ni. Buat kenyataan sesuka hati mak bapak diorang je. Diorang sedar tak diorang duduk kat negara apa ni?

Aku paling benci bila diorang tanpa usul periksa, termakan dengan penggunaan perkataan "serbu" yang malaysiakini dan malaysian insider pakai untuk membatu apikan keadaan. Mana ada serbu! Tak de serbu pun! Masuk situ cara elok laaaa..!!!

Diorang ingat JAIS tu bangang sangat macam Pastor Daniel Ho yang exergerrate cerita tu ke? JAIS tu mewakili agensi Islam di bawah DYMM Sultan Selangor. Diorang ada akhlak Islam dan tak main serbu tak pakai helmet! Diorang ada tatasusila! Korang tunggu la laporan! Tak boleh sabar ke???

Majlis Perundingan tu tau ke apa yang sebenarnya berlaku? JAIS dah bagi laporan penuh kat diorang ke? Atau diorang hanya bergantung pada laporan portal pembangkang batu api tu?

Seperkara lagi. Jangan ingat dengan adanya kebebasan agama di Malaysia ni, maka korang boleh buat dan cakap suka hati. Ingat keistimewaan Islam berbanding agama korang. Belajar hormat sikit! Kalau korang tak kacau Islam, ada kitorang selama ni kacau agama korang ke???!!!

Aku tak kira la korang tu Pastor ke, Reverend ke, Pope ke, Sami ke, ape ke..tapi kalau korang tak hormat kedudukan Islam dalam negara ni, elok korang berambus duduk kat negara yang korang rasa lebih baik dari Malaysia ni. Orang dah bagi betis, korang nak paha pulak...

Lagi satu. Aku mintak maaf kalau korang terasa dengan amarah aku ni. Tapi korang tak boleh salahkan aku sebab korang buat aku marah! Letak diri korang kat tempat kitorang, baru korang tahu apa yang kami rasa. Sorry to say, kalau korang terus berpendirian macam ni, selagi tu la kita "perang dingin"! Faham?

Terkini..!!! Kenapa Izzah keding sangat sekarang? Macam plywood..!!!

Ini gambar Izzah yang latest..lepas ke mahkamah..dia pergi jumpa Nazri...keding! Macam budak sekolah pulak aku tengokkkk..!!!

Sebenarnya, sesudah sahaja bersahur dan solat subuh pagi semalam, aku bergegas menuju ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengikuti sesi bela diri Anwar liwat Saiful. Bukan apa, akau teruja bila dikhabarkan bahawa Anwar merupakan saksi pertama. Nak jugak dengar hujah dia menceritakan bagaimana air mani dia ada dalam bontot Saiful!

Tapi malangnya, sesi tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Anwar nak interview saksi terlebih dahulu dan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Bagaimanapun, hati aku agak terubat dengan kehadiran Nurul Izzah. Agak terkejut juga aku melihat Nurul Izzah semakin kurus sekarang. Wajahnya kelihatan cengkung! Mukanya agak pucat....

Dahulu dia tak begitu. Masa KJ tengah mengorat dia dulu, Izzah tak sekeding itu. Berbanding sekarang, Izzah dah jadi keding! Sekeping macam plywood pulak aku tengok.

Aku tertanya-tanya, kenapa dia kurus? Makan hati berulam jantung ke? Kenapa makan hati? Pasal Anwar atau laki dia? Atau pasal mertua dia? Atau pasal Ehsan? Entah la. Hanya dia je yang tahu...

GEMPARRR..!!! Pas nak bina gereja sendiri..!!!

Heboh dikalangan puak-puak pembangkang yang serbuan terhadap gereja di Damansara merupakan satu sabotaj dari pihak UMNO untuk memalukan PAS. Tapi sejak bila pula PAS menguasai gereja sampaikan UMNO boleh memalukan PAS melalui serbuan pihak agama terhadap rumah ibadat kristian tersebut?

Bukan kah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja tersebut kerana terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan umat Islam? Sebagai menjaga kesucian Islam dan juga pegangan agama semua muslim di Malaysia, salah kah pihak JAIS membuat pemeriksaan?

Adakah hanya dengan melakukan usaha mencegah pihak-pihak yang mahu menggugat akidah umat Islam di negara ini, telah menjadi satu kesalahan dimata PAS terutamanya pada Timbalan Pesuruhjaya PAS Khalid Samad? PAS sekarang ini memperjuangkan Islam ataupun memperjuangkan gereja?

Kerana terlampau berpolitik, usaha pihak JAIS mencegah murtad dikalangan umat Islam telah didakwa PAS sebagai salah satu agenda UMNO. Malah JAIS sediri telah dilabelkan sebagai alat UMNO untuk menjatuhkan imej PAS.

Wajarkah kenyataan sebegini dangkal disebarkan oleh PAS kepada umat Islam? Kenapa UMNO disalahkan sedangkan menjaga aqidah umat Islam adalah kewajipan seluruh umat Islam didalam negara ini. Apakah UMNO disalahkan kerana berbeza pandangan politik dengan PAS?

Jika diteliti secara umum, pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang bertindak menyerbu Majlis yang berlangsung di gereja tersebut, bukannya UMNO. Malah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merupakan individu terawal yang membuat kenyataan berkaitan dengan serbuan pihak JAIS tersebut, bukannya pemimpin UMNO. Jadi dimana kaitannya dengan UMNO?

Apakah hanya kerana Hasan Ali dilabelkan sebagai antara pemimpin PAS yang mahu melihat perpaduan UMNO dan PAS, maka segala yang dilakukan oleh Exco Selangor tersebut mesti ada kaitan dengan UMNO? Dan apakah kerana Selangor diperintah oleh Pakatan, maka segala peristiwa yang dilihat merugikan kerajaan negeri adalah hasil kerja UMNO?

Inilah yang dikatakan takut kepada bayang-bayang sendiri. Nampaknya ketakutan PAS terhadap UMNO telah melebihi ketakutan mereka kepada Tuhan. Semua yang terjadi kepada mereka bukan lagi mereka terima sebagai Qada’ dan Qadar Tuhan sebaliknya mereka anggap itu semua adalah kerja dan sabotaj dari UMNO.

Isu memurtadkan umat Islam ini bukanlah isu yang ringan tetapi ia adalah satu perkara besar dan perlu semua pihak ambil berat. Jika dilihat sikap PAS hingga ke hari ini, mereka seolah-olah mahu menutup isu ini mungkin disebabkan takut rakan kafir mereka didalam Pakatan tersinggung.

Satu persoalan untuk semua umat Islam didalam PAS serta Pakatan, apakah mereka mahu menjadi parti melayu yang memperjuangkan gereja lebih dari mereka menjaga kebajikan umat Islam sendiri?


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! Rahsia "gelap DAP bakal terbongkarrr..?!!!


Hari ini, Zairil “yang mengaku anak kepada Tan Sri Khir Johari” membuat laporan polis mengenai tayangan video di Youtube yang bertajuk “Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia”. Zairil merupakan pegawai pencacai kepada “Khalifah” Pas Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bapa Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang turut menyelar video Youtube yang di”upload”kan oleh seorang yang menggunakan nama samaran “Kawasaki9722″.

Puak-puak DAP ini memprotes video tersebut. Mereka mendakwa video itu berbau perkauman atau “racist”. Menurut mereka, video tersebut juga telah menuduh DAP sebagai punca kenaikan harga barang di negara ini melalui penguasaan tauke-tauke Cina yang menyokong dan condong ke arah parti itu sekarang.

Saya sendiri sudah menonton video yang dimaksudkan itu. Memang benar, dalam video tersebut, seorang pelakon berbangsa Cina mendedahkan kepada rakan-rakannya bahawa tauke-tauke ini berkerjasama dengan DAP yang menyuruh mereka untuk menaikkan harga barang terus menerus sehingga rakyat marah dan menuduh Barisan Nasional sebagai penyebab kenaikkan harga barang tersebut.

Menurut pelakon Cina itu, kaum Cina menguasai sumber pasaran barangan di negara ini telah menerima arahan sebegitu dari DAP untuk mensabotaj Kerajaan BN. Mereka akan mengaut keuntungan dua kali ganda sekiranya mereka berhasil menumbangkan BN dan menawan Putrajaya. Satu imbuhan yang mampu membuat tauke-tauke ini “seronok” untuk menaikkan harga barang. Itu salah satu plot utama video tersebut.

Persoalannya, benarkah fakta yang pelakon Cina itu katakan? Benarkah DAP dengan kerjasama tauke-tauke Cina di seluruh negara bekerjasama menaikkan harga barang untuk membuat rakyat marah kepada BN? Benarkah DAP adalah dalang di sebalik kenaikkan harga barang ini? Persoalan demi persoalan akan timbul sekiranya anda menonton video tersebut.

Perlu diingat di sini bahawa DAP, melalui balacinya, seorang Melayu “murtad” yang bernama Zairil telah membuat laporan polis. Satu laporan juga telah dibuat oleh Zairil kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai video milik “Kawasaki9722″ itu. Perkara ini sudah menjadi kes polis dan siasatan secara serius perlu dilakukan mengenainya.

Selepas ini, polis tentunya akan mengorek fakta dan kebenaran dakwaan sebagaimana yang dikandungkan oleh Youtube tersebut. Polis yang terkenal dengan agen risikan, pasukan cawangan khas dan pelbagai taktik siasatan, mampu mengorek rahsia di sebalik kebenaran video itu. Paling ditunggu-tunggu ialah apabila PDRM mengumumkan hasil siasatan mengenai kes ini kelak!

Jangan terkejut sekiranya siasatan polis mengesahkan dan menegaskan bahawa fakta di dalam video itu benar! Jangan pula DAP marah sekiranya tauke-tauke yang membela mereka selama ini di”kantoi”kan dan didedahkan dikhalayak umum! Jangan pula DAP menuduh PDRM membuat satu konspirasi terhadap reputasi DAP di mata rakyat! Dan jangan pula DAP merah padam mukanya apabila hasil siasatan membongkarkan rahsia “gelap” DAP yang tidak diketahui umum.

Begitu juga dengan SKMM. SKMM akan cuba mencari “Kawasaki9722″ dan akan cuba sedaya upaya untuk mengesan pelakon-pelakon video “Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia” itu. Sekiranya mereka ditemui SKMM, sudah tentu mereka akan dipanggil untuk soal siasat dan keterangan mereka diambil. Kemudian, sudah tentu pihak berkuasa pula akan menyiasat kebenarang dakwaan dalam video selama lapan minit itu!

Jangan marah sekiranya SKMM mendapat fakta video itu berasas dan berbukti. Jangan meraung pula sekiranya semua pergerakan “ganster-gangster” DAP, ahli kumpulan kongsi gelap, dewan perniaagaan Cina dan sebagainya dibongkarkan pula rahsia mereka. Ini semua salah DAP juga. Memandangkan laporan polis dan SKMM sudah dibuat, pihak berkuasa tidak boleh menghentikan siasatan mereka.

Justeru itu, saya menjangkakan pendedaha demi pendedahan akan berlaku di dalam siasatan mengenai video itu. Sama ada DAP akan terlondeh atau dilondehkan oleh siasatan itu, kita serahkan kepada PDRM dan SKMM untul menyiasat. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah mereka yang terlibat dengan video itu didakwa. Itu pun belum tentu bersalah…

Tapi, kalau didapati video tersebut memaparkan fakta tentang kisah “gerakan gelap” DAP di sebalik tabir, jangan pula melenting tak tentu pasal dan menuduh itu ini kepada PDRM dan SKMM pula! Terima sajalah, seadanya. Sudah memang DAP begitu. Jadi, apa yang nak dihairankan? Cuma saya akan pastikan DAP kalah teruk pada PRU 13 nanti..cukuplah! Tahulah rakyat mengajar DAP nanti. Dah banyak dah sabar dengan DAP selama ni…


Sumber: klik sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!