KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, August 7, 2011

Terbaru..!!! Pesanan Tun M kepada Najib, Muhyiddin dan semua ahli UMNO..!!!


Berikut, saya dengan rendah diri melampirkan pesanan Tun Dr. Mahathir buat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli UMNO yang sedar tentang perjuangan parti keramat ini...

Harap ambil iktibar dengan pesanan seorang pemimpin yang diiktiraf sebagai salah seorang pemikir Islam terhebat di alaf ini...
MENGHANCURKAN UMNO

1. Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

Sumber: Tun M sendiri yang kata...

Artikel pilihan: Lima bintang untuk artikel hebat ini..!!!

Inilah pemilik blog tersebut...tahniah..!!! Kalau bertanding PRU-13, kitorang sokong punya!!!

Memang hebat tulisan dan hujah yang diberikan oleh Zul Noordin kali ini. aku beri lima bintang untuk artikelnya kali ini dan aku lampirkan di sini untuk tatapan para pengunjung blog semua.

Bacalah dengan hati dan gunakanlah akal untuk berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh Zul Noordin ini. InsyaAllah, tuan puan, sahabat dan adik-adik semua akan peroleh kebenaran di dalamnya...

GENGGAM BARA API!

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

Khalid Gagap letak Paderi dan Politik di atas, Islam di bawah...!!!


Aku sokong 100% artikel RBF yang bertajuk Selangorku: Paderi didahulukan, JAIS dibelakangkan. Memang tepat pandangannya sebagai seorang yang beragama Islam dan mendahulukan ajaran Rasulullah SAW.

Nampaknya, Khalid "Gagap" walaupun seorang yang mengaku Islam dan menjadi pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Selangor, dia gagal membezakan antara kepentingan Islam dan kepentingan politik.

Berdasarkan tindakan dan reaksi Khalid sebagai Menteri Besar menangani insiden "lawatan" JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama, jelas menunjukkan Khalid lebih menyebelahi Paderi dan DAP.

Sebagai contoh, sejurus insiden itu diketahui Khalid, dia serta merta menghubungi Paderi untuk meminta maaf dan menunjukkan kekesalannya. Itu namanya "politik beli jiwa"! Sepatutnya, sebagai MB yang adil, Khalid wajar menghubungi JAIS terlebih dahulu untuk meminta penjelasan.

Sepatutnya, Khalid perlu bijak membezakan antara dua kepentingan hidupnya iaitu agama yang dianutinya, Islam, dan bidang yang diceburinya, iaitu politik. Namun, Khalid lebih suka untuk memilih politik berbanding Islam. Ini membuktikan Khalid meletakkan politik di atas dan Islam di bawah!

Sewajarnya, JAIS menganjurkan kelas bimbingan agama kepada Khalid. MB itu perlu ditasykil, perlu ditazkirah dan perlu di"sekolah"kan luar dalam.

Terbaru, Khalid arahkan Hasan Ali tutup mulut! Apa dia fikir setelah dia dan rakan-rakannya teruk menghentam Hasan Ali, maka Hasan Ali akan diam macam lembu dicucuk hidung? Adil ke begitu?

Hasan Ali pun ada hak untuk pertahankan tindakan dan pendiriannya. Salah ke? Bebas bersuara apa ke jadahnya macam tu? Lu fikir la sendiri...

GEMPARRR..!!! Bekas TPM mirip Anwar mati bunuh diri kerana skandal seks..!!!


Memang sadis! Laporan berita di bawah memberitahu bahawa seorang Timbalan Perdana Menteri telah bertindak membunuh diri. Aku terpaku seketika melihat pada tajuk bertia tersebut. Mungkinkah dia Anwar?

Setelah aku baca beritanya, aku terperanjat. Walaupun TPM itu bukan Anwar, namun ciri-ciri dan profilenya sangat mirip dengan Anwar!

Sebenarnya yang mati itu adalah "rakan sejawat Anwar". Namanya pun bermula seakan-akan "An"war, "An"drzej Lepper. Lepper pun sama seperti Anwar yang merupakan bekas TPM negara masing-masing. Bezanya, Lepper di Poland dan Anwar di Malaysia.

Menurut laporan berita di bawah, Lepper bunuh diri disebabkan tekanan yang membabitkan skandal seksual! Pun sama tabiatnya seperti Anwar jugak!!! Nama Lepper naik sekitar tahun 90'an, sama jugak seperti Anwar naik jadi TPM pada era itu!

Selain itu, berita di bawah juga memberitahu bahawa Lepper pernah cuba menjadi PM sebanyak 4 kali, tapi tewas. Maknanya, Lepper juga sama seperti Anwar - Nak jadi PM!!!

Akhirnya Lepper mati kerana skandal seks...Anwar bila lagi?

Bekas TPM Poland Mati Bunuh Diri

WARSAW – Ahli politik terkenal Poland yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri negara berkenaan, Andrzej Lepper ditemui mati di pejabat partinya, dipercayai bunuh diri.

Mayat Lepper, 57 tahun, yang ebelum ini dihimpit dengan skandal serangan seksual itu ditemui tergantung oleh anggota keluaganya.

Polis bagaimanapun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengulas kematian bekas penternak babi itu.

Lepper mula melonjak naik pada era 1990-an, ketika negara berkenaan berdepan isu pengangguran yang tinggi sehingga mencecah 20 peratus dan gagal mendapat menfaat hasil pertumbuhan ekonomi negara Eropah pada 2004.

Dengan suara lantangnya itu, Lepper berjaya membeli pengundi yang kecewa dengan kerajaan dan kebanyakan penyokongnya adalah golongan miskin.

Namun mendiang sentiasa dibelengu kontroversi.

Malah pada satu tahap, beliau merancang untuk mengarahkan Bank Pusat mencetak duit kertas dalam kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada golongan miskin, jika ditakdirkan beliau berkuasa.

Lepper juga mengkritik pemimpin kerajaan, dan kadang kala memanggil mereka pencuri selain menganjurkan protes di kalangan pekebun dan penternak yang bimbang mereka akan dipinggirkan Kesatuan Eropah.

Pada awal 1990-an, beliau telah membentuk sebuah parti dikenali sebagai Self Defense dan telah bergabung dengan parti lain bagi membentuk kerajaan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dalam kerajaan campuran yang goyah diketuai Perdana Menteri ketika itu, Jaroslaw Kaczynski.

Bekas peninju ini juga pernah bersaing untuk jawatan Presiden Poland sebanyak 4 kali. - mynewshub.my

Astaghfirullah Al-Azimmm..!!! Semoga Ramadhan ini membawa hidayah padanya...


Setiap kali menjelang senja, seperti mana ‘kupu-kupu malam’ lain, Rita akan mula menyiapkan dirinya seanggun mungkin.

Rambut yang berserabai akan mula diluruskan.

Dengan menggunakan jarinya yang lentik, Rita memulakan ‘rutinnya’ dengan memantis atau melukis kening.

Sesuai dengan bentuk mukanya yang panjang, dia akan memantis keningnya selurus mungkin menghala ke bahagian atas telinga.

Ini diikuti dengan meletakkan celak di bahagian mata, memakai bedak asas, memerahkan pipi dan diakhiri dengan memakai gincu serta ‘lipglos’.

‘Fasa’ terakhir adalah dengan mengenakan pakaian seseksi mungkin, itulah ‘senjata’ terakhirnya kerana dia tahu, hanya dengan berpakaian sebegitu, dia mampu memikat nafsu buas lelaki yang berada di luar sana.

Namun malam itu entah kenapa, Rita memulakan ‘kerjanya’ lebih awal daripada biasa…kedai runcit yang terletak berhampiran pun belum tutup.

Ketika Rita melalui kedai runcit tersebut, tiba-tiba dia terpandang tajuk besar sebuah akhbar tabloid…ALEESHA@ASHRAF MENINGGAL DUNIA.

” Saya betul-betul terkejut, rasa terlalu sedih dengan kematian Aleesha kerana apa yang arwah lalui ‘begitu dekat’ dengan saya. Untuk pengetahuan abang, saya juga dah buang kemaluan saya,” katanya sambil menundukkan wajahnya.

Menurut Rita, terlalu sukar untuk insan sepertinya hendak menerangkan apa yang mereka rasa kepada masyarakat.

Katanya, biar apa pun hujah atau perkataan yang mereka luahkan, pastinya akan mengundang kejian dan cacian.

Sebab itu, menurut Rita, mereka lebih senang memendam rasa dan melalui semua kesukaran ini secara bersendirian.

Senang cerita, katanya, mereka sudah tidak percaya siapa-siapa lagi dalam dunia ini apatah lagi mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, baik NGO mahupun kerajaan.

” Malangnya ramai di antara kami yang tak mampu melalui kesedihan dan ‘kecelaruan’ ini, yang tak dapat kawal diri mula ambil dadah, malah ada yang bunuh diri, entahlah, hidup kami terlalu pedih dan perit untuk dikongsi, orang tak akan faham,” katanya sambil menyedut air limau ais yang dipesannya.

Penulis hanya membiarkan dia melayan perasaannya. Terus-terang, penulis pun tidak tahu bagaimana nak memulakan semua ini.

Pertemuan Rita bermula apabila penulis diarahkan untuk mencari mana-mana lelaki yang pernah melakukan pembedahan penukaran jantina.

Sesungguhnya ini satu tugasan yang mencabar dan memeningkan sebenarnya.

Namun Alhamdulillah, ia bagaikan dipermudahkan dan dengan bantuan pelbagai sumber, penulis berjaya menemui Rita yang ketika itu baru hendak memulakan ‘tugasnya’.

Rita dilahirkan kira-kira 30 tahun lalu di sebuah kawasan perumahan di pinggir ibu kota.

Sejak kecil lagi dia tidak pernah merasakan dirinya seorang lelaki walaupun secara fizikal dia adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat.

Seperti mana arwah Aleesha, Rita juga adalah insan yang mahu jadi 100 peratus wanita. Dia ingin menjadi wanita yang bukan dari sudut pakaian saja, tetapi juga dari segi lahiriah dan batiniah.

Perkenalannya dengan seorang jejaka Cina bagaikan merealisasikan impian Rita selama ini.

Lelaki itu sangat menyayanginya dan sanggup menghabiskan wang berjumlah ribuan ringgit asalkan berjaya memenuhi kehendak Rita.

Dan kesempatan itu digunakan Rita untuk menjadikan impiannya selama ini menjadi nyata.

” Dengan ditemani seorang ‘kakak’ angkat, saya pergi ke sebuah hospital di Haadyai, Thailand. Pada mulanya saya hanya buat pembedahan kecil untuk memancungkan hidung, tetapi melarat pula ke pembedahan membesarkan buah dada,” katanya sambil tersenyum.

Selepas pembedahan itu, Rita semakin yakin dengan dirinya.

Namun ada satu lagi perkara yang membelenggu hidupnya…juntaian daging sepanjang lima inci yang masih melekat ditubuhnya!

Menurut Rita, setiap kali membuka pakaian, dia rasa geli dengan kemaluannya sendiri. Dia kalau boleh enggan melihat apatah lagi menyentuhnya.

Rita rasa sengsara. Rita rasa mahu gila. Rita tahu dia tidak boleh lagi hidup sebagai lelaki.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Sekali lagi dengan bantuan kekasihnya itu, Rita ke Haadyai. Kali ini dia nekad untuk menjalani pembedahan jantina seperti yang diidam-idamkan.

Pembedahan itu mengambil masa hampir lapan jam, namun yang peliknya, kata Rita, dia langsung tidak berasa sakit kecuali sedikit pedih ketika hendak membuang air kecil.

Dia juga ditunjukkan zakarnya yang telah dipotong oleh doktor yang menjalankan pembedahan itu.

” Hampir sebulan saya di hospital, kemudian saya minta izin doktor untuk pulang ke Kuala Lumpur.

” Sepanjang proses penyembuhan itu, saya diberikan ‘acuan’ untuk saya masukkan ke dalam kemaluan bagi membolehkan ‘lubang kemaluan’ terbentuk seperti mana alat kelamin wanita, saya rasa bahagia sangat ketika itu” katanya

Namun keseronokkan dan kegembiraannya tidak bertahan lama.

Berbagai ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa tidak lama selepas dia menjalani pembedahan.

Antaranya, kekasih yang dia sayangi itu tiba-tiba berubah hati dan terus meninggalkannya, dia juga hilang mata pencarian hingga membuatkan banyak barangan kemasnya tergadai, malah keretanya juga ditarik pihak bank.

Dia juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan identitinya itu.

Akhirnya, disebabkan kehilangan arah, dia terjerumus ke lembah hina….lembah pelacuran.

” Abang, Tuhan marah dengan saya….semuanya hilang dengan sekelip mata, kalau ikutkan hati saya dah tak mahu tinggal di lorong ini, saya dah tak mahu melacur, tapi saya nak makan apa, semua majikan tak nak ambil saya bekerja,” katanya dalam nada perlahan.

Menurut Rita, walaupun dia tahu perbuatannya melanggar hukum agama, namun dia tidak akan sekali-kali keluar daripada agama Allah ini.

Bahkan, dia juga akan cuba untuk bersolat seperti mana umat yang lain walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada solatnya itu diterima atau sebaliknya.

Kata Rita, dia pernah dipenjarakan di penjara wanita kerana melacur dan diberikan telekung untuk bersembahyang.

Namun, kata Rita, dia sedar walaupun telah melakukan pembedahan, dia tetap seorang lelaki di mata Tuhan.

” Walaupun diberikan telekung dalam penjara, saya ambil keputusan untuk bersolat seperti seorang lelaki.

” Dan saya sedar, andai saya mati, saya tetap akan dikebumikan sebagai seorang lelaki,” katanya yang tiba-tiba sebak.

Menurut Rita, apa yang terjadi pada arwah Aleesha, tak mustahil akan berlaku pada dirinya dan rakan-rakan yang pernah menjalani pembedahan pertukaran jantina ini

Katanya, oleh itu, mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada masyarakat, apatah lagi mengharapkan belas ihsan atau simpati kerana mereka sedar mereka tidak layak dilayan sedemikian

Cuma kata Rita, kalau boleh, janganlah terus menghina dan mencaci golongan seperti mereka kerana apa yang mereka lalui sebelum ini sudah cukup ‘menyeksakan’.

” Arwah Aleesha meninggal dunia kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, adakah masyarakat gembira dengan apa yang terjadi…adakah kalau boleh masyarakat tak mahu kami terus ada di muka bumi ini?

” Tolonglah…biarlah kami dengan dunia kami, izinkan kami menumpang walau sebentar, lambat laun kami akan pergi juga,” katanya sambil mengelap titisan-titisan halus di kelopak matanya.

Tidak lama kemudian telefon bimbit Blackberry Bold milik Rita berbunyi. Ada SMS yang masuk.

Sejurus selepas membacanya, Rita meminta izin untuk beredar.

Nampak ada seorang lelaki tua yang tak cukup gigi sedang tersengih memandang Rita dari dalam kereta BMW hitamnya.

Rita kemudian pergi ke arah kereta tersebut sebelum membuka pintu dan duduk di sebelah lelaki tua berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudian hilang di balik kepekatan malam.

Penulis terdiam. Semua diam. Dunia juga seakan turut terdiam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Panasss..!!! Kak Wan bagi "bola tanggung" bantai Azmin Ali..!!!


Terus terang saya katakan bahawa hubungan kurang baik di antara Kak Wan dan Azmin Ali bukan lagi rahsia. Dan kali ini, secara bersahaja dalam temubual bersama malaysiakini, Kak Wan memberikan "bola tanggung" untuk membelasah Azmin Ali..!!!

Kak Wan mengakui bahawa... "Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail".

Ulasan: Tidak dinafikan. Setianya hingga sanggup hidup ber"madu" dengan suami Kak Wan sendiri. Adik kandung Azmin, Ummi Hafilda sudah mendedahkan segalanya. Setia ku korbankannnn...

Kak Wan akui lagi bahawa... "Namun, Azmin juga tetap menerima kritikan kerana pendekatannya yang disifatkan sebagai kasar dan juga kerana memendam cita-cita tinggi dalam parti".
Ulasan: Baru nak sedar ke, Kak Wan? Orang dah lama tahu. Masa dia dok dalam UMNO lagi pun orang dah nampak dahhhh...

Kak Wan juga mengaku bahawa...
"Kebangkitannya (Azmin) yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai namun dalam pada itu ia turut mencalar imejnya apabila beliau bertelagah dengan seorang lagi pemimpin kanan parti – Tan Sri Khalid Ibrahim".


Ulasan: Dengan Khalid Gagap je? Dengan yang "lain-lain" Kak Wan tak nak sebut ke? Berapa ramai pemimpin-pemimpin PKR yang keluar parti dan back-off hanya kerana tak puas hati dengan cara Azmin. Bongkaknya macam dialah raja. Habis dikerat siapa yang halang hasratnya. Maklum lah...diakan "madu" Anwar....

Kak Wan mengaku bahwa... "Azmin turut menerima kritikan berhubung masalah yang dihadapi PKR berhubung pemilihan langsung yang dijalankan parti itu sehingga beliau dituduh memanipulasi pemilihan sehingga membolehkan beliau dipilih ke jawatan timbalan presiden".

Ulasan: Sudah terbukti! Azmin memang gila jawatan dan gila kuasa. Salah seorang yang menjadi mangsanya ialah Ezam, orang kepercayaan Kak Wan sendiri. Berapa ramai ketua-ketua cabang yang tak puas hati dengan kerenah Azmin yang mengugut mereka untuk memberikan undi kepadanya...

Kak Wan berkata lagi... "Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik. Walau dengan kelemahan itu, Azmin telah memberi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi".

Ulasan: Sumbangan? Sekiranya diukur, sumbangan Ezam kepada PKR, Kak Wan dan Anwar suami isteri, jelas lebih besar dan banyak berbanding Azmin. Azmin hanya menyumbang pepecahan dalam PKR. Buktinya masa pemilihan tempohari. Namun Kak Wan mesti tahu bahawa Azmin telah memberi "sumbangan peribadi" yang bernilai pada suami Kak Wan. Rasanya, Ezam pun tak mampu beri apa yang Azmin bagi, kan? Faham-faham je la apa pemberiannya...

Kak Wan berkata... "Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang.Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman".
Ulasan: Kak Wan, Azmin tu dah berumur 47 tahun. Dah hampir separuh abad dah! Tak matang-matang lagi. Timbalan Presiden PKR tak matang! Macamanalah puak-puak PKR ni boleh pilih seorang Timbalan Presiden yang tak matang macam Azmin???

Lepas tu, Kak Wan bandingkan pulak dengan Syed Husin Ali? Syed Husin yang Kak Wan kata matang tu pun jadi mangsa Azmin, tau tak? Pada pemilihan PKR sebelum ini, Azmin pernah "test market power" dia apabila mendapat undi lebih banyak dari Syed Husin untuk jawatan Timbalan Presiden. Tapi ketika itu dia belum gopoh dan tarik diri. Kononnya "hormat pada yang tua". Sekarang, dia sudah nyahkan Syed Husin dengan rasuah jawatan "senator". Sampai ke mati la orang tua tu duduk kat situ...

Kak Wan menjelaskan... "Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat. Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain".

Ulasan: Haaaa..Pasal inilah Kak Wan perlu tahu betapa teruknya perangai Azmin. Masa PRN Sarawak dulu, dia datang dan campak je senarai calon PKR tu atas meja dan berkeran bahawa semua calon itu wajib diterima oleh DAP dan PAS. Mengamuk sakan la DAP dan PAS Sarawak! Sebab tu la rundingan pembahagian kerusi tu gagal. Itu cara demokrasi dan perkongsian kuasa PKR ke? Siapa yang ajar?

Kak Wan mendakwa... Tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini juga dikaitkan dengan kepemimpinan Azmin dalam parti. Menyentuh soal berkenaan, Wan Azizah berkata wakil rakyat berkenaan bertindak demikian antara lainnya kerana sifat tamak mereka.

Ulasan: Kak Wan, Azmin tu tak tamak ke? Pasal ketamakan Azmin lah maka pemimpin-pemimpin PKR lari keluar dari parti dan memilih parti yang lebih demokrasi, munasabah dan tidak wujud pemimpin tamak seperti Azmin! Itu Kak Wan perlu tahu kerana itulah faktanya.

Kak Wan berkata lagi...
"Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang (ke dalam PKR). Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka. Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar. Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan dalam, mereka daripada sebelah sana (Umno). Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka".


Ulasan: Apa Kak Wan? Mereka dari sebelah UMNO? Anwar dan Kak Wan sendiri dari DAP ke? Puak-puak PKR yang lain tu pun dari DAP ke? Sebenarnya, puak-puak tu ikut Anwar sebab nak jawatan dan bukannya nak sokong Anwar sangat. PKR tu parti baru dan banyak jawatan kosong. So, diorang apply lah! Biasalah..itulah namanya opportunist! Kak Wan baru dengar ke istilah tu? Suami Kak Wan tu pun opportunist jugak..!

Tergoda? Kak Wan jangan buat saya loya nak muntah. Siapa goda siapa? Siapa goda dengan jawatan, pangkat, kabinet dan wang lumayan? Ingat lagi 16 September? Alah! Tak payah "auta"lah Kak Wan. Masa dalam UMNO dulu pun Anwar dah lama buat kerja macam ni. Macam la kami tak tahu pasal "pink form" yang berterbangan disebarkan Anwar dan Azmin masa nak lawan Tun Ghafar dulu. Kak Wan mana tahu! Asyik sebok jaga anak kat rumah je...
Akhirnya Kak Wan berkata... "Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti. Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti. Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya".

Ulasan: Kak Wan, belajarlah terima kenyataan. PKR dah nak karam dah. Masa pemilihan hari tu pun sudah ditalkinkan. Nak mesyuarat ranting pun sampai nak kena rasuah baru nak datang! Apatah lagi diperingkat cabang!

Tentang senarai calon tu, Azmin dah ada senarai calon sendiri. Dia buat sendiri kat rumah agaknya. Kak Wan hanya perlu "endorse" dan tandatangan tanda setuju saja. Mana-mana calon pilihan Kak Wan tu simpan sajalah dalam peti besi bersama "jam tangan OMEGA" tu. Jawatankuasa tu pun tak payah mesyuarat. Buat habis karipap saja!

Sumber: klik sini

Panasss..!!! Anwar dimarah bekas sahabat karibnya sendiri..!!!


Mereka berdua pernah berjuang dan mengetuai demonstrasi yang menggegarkan negara ketika menuntut di universiti pada sekitar tahun 70'an. Mereka sama-sama ditahan polis dan kemudiannya dimasukkan ke Kem Tahanan Kamunting selama 2 tahun. Ambil exam pun dalam kem tu...

Sekarang, dua-dua dah jadi Ahli Parlimen. Bezanya, yang seorang tu penuh dengan sifat patriotik sayangkan agama, bangsa dan negara. Manakala yang sorang lagi tu penuh dengan khianat pada agama, bangsa dan negara.

Kerana perbezaan itulah Ibrahim Ali naik angin dengan sikap khianat Anwar. Berikut adalah laporan api kemarahan Tok Him terhadap bekas sahabatnya itu...

Tok Him Berang Dengan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘biul dan hilang pedoman’ apabila mengkritik negara sendiri dengan menyatakan bahawa demokrasi sudah terhakis pada satu sesi temubual dengan media Filifina, The Philiphine Star.

Ibrahim yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Negara (PERKASA) berkata, apa alasan Anwar mengatakan yang demokrasi Malaysia kian terhakis sedangkan beliau sendiri bebas berada di dalam dan luar negara.

Berang dengan dakwaan liar Anwar itu, Ibrahim yang merupakan ‘bekas’ sahabat baik dan seperjuangan beliau ketika di universiti turut mempersoalkan kemenangan parti pembangkang di beberapa buah negeri dan menafikan majoriti dua per tiga Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

“Adakah itu tanda demokrasi terhakis?,” katanya kepada mynewshub.my di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim menegaskan bahawa kenyataan Anwar di Filipina itu tidak berasas memandangkan beliau sangat bebas bergerak, berceramah dan berkempen sama ada di dalam atau di luar negara tanpa sebarang sekatan.

Beliau turut berhujah dengan menyatakan bahawa di dalam kes bicara liwatnya, Ketua Pembangkang itu turut membawa perbicaraan tersebut di dalam ceramah dan bertindak memburuk-burukkan hakim serta sistem perundangan negara.

Menurutnya lagi, meskipun tindakan Anwar itu boleh di dakwa sebagai menghina mahkamah, tiada sebarang tindakan diambil oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Memperli Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Ibrahim berkata, mungkin sekiranya kes liwatnya yang membabitkan bekas pembancuh kopi peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan, maka barulah negara ini dikatakan mengamalkan demokrasi yang hebat.

Presiden PERKASA itu turut menyelar Anwar yang mengheret orang ramai untuk memikirkan tindakan buruk dan masalah peribadinya.

“Tindakan buruk peribadinya yang menjadi masalah, hendak dibebankan pada orang lain..mana boleh..berapa lama dah, pihak keselamatan dan rakyat susah kerananya,” tambahnya lagi.

Selain itu, Ibrahim juga mengulas mengenai kebebasan media kini yang lebih terbuka di mana pihak pembangkang mendapat liputan meluas dari media arus perdana seperti Astro Awani, media baru dan sebagainya.

Malah menurut beliau, media-media pembangkang tidak sedikit pun memberi ruang atau peluang kepada pihak lain untuk menjelaskan perkara sebenar selain melaporkan berita yang kurang tepat.

Bagaimanapun, Ibrahim yang pernah mengharungi suka duka bersama Anwar di dalam kem tahanan Kamunting selama dua tahun sekitar tahun 70’an dahulu tetap konsisten dan tidak putus asa untuk meminta Anwar untuk bertaubat nasuha kepada Allah SWT. - mynewshub.my

Lawak pagi minggu..!!! Kha untuk Sammm Kemetottttt..!!!

Saturday, August 6, 2011

GEMPARRR...!!! POK NIK KANTOI MENIPU DI BULAN PUASA..!!!


“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” - Nik Aziz Nik Mat
Di atas adalah kata-kata Mursyidul Am agama Pas, Pok Nik Ajis. Dia berkata demikian ketika menjawab mengenai persoalan benarkah dia ada bertemu Ku Li untuk berbincang mengenai "replacement leader" kepada Anwar. Lantak dialah nak jumpa ke tidak dengan Ku Li. Itu aku tak nak peduli sangat.

Tapi, cuba baca elok-elok kenyataan Pok Nik yang seterusnya. Sah-sah dia menipu di bulan puasa! Chisssss..!!! Tok-tok lebai kulup Pas boleh la Pok Nik tipu. Tapi jangan harap nak tipu kitorang...!

Dia kata, dalam sejarah hidupnya tidak ada rahsia? Tiada yang rahsia? Kepala hotak dia! Sampah betul la Pok Nik ni. Dah tua-tua pun nak menipu ke?

Korang ingat tak dia ada dipanggil mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong dulu. Lepas tu timbul spekulasi tentang perpaduan umat Islam yang Pok Nik tentang sangat tu. Ingat tak jawapan dia? Masa tu..dia kata..dia diamanahkan untuk tidak menceritakan tentang apa yang diperbincangkan dalam majlis makan malam tersebut...

Dalam ertikata lain, dia merahsiakan sesuatu! Tidak kiralah dia merahsiakan itu disebabkan amanah ke, titah ke atau apa pun sekali. Pokok pangkalnya dia merahsiakan sesuatu!

Seperkara lagi. Dalam hidup seorang manusia, takkan la takde rahsia? Rahsia "dalam kelambu", rahsia kawin bersanding pakau seluar yenki dan bini tak pakai tudung rambut fesyen Saloma, rahsia diri sendiri dan banyak lagi woooo..!!! Takkan benda tu semua Pok Nik nak dedahkan pada umum?

Setahu aku, rahsia hanya tidak akan menjadi rahsia hanya apabila berdepan dengan Allah di padang mahsyar sahaja. Ketika bersoal jawab dengan Allah, tiada rahsia lagi yang akan tersorok. Begitu barulah boleh dikatakan "tiada rahsia"!

Apa la punya Mursyidul Am. Bulan puasa pun nak menipu jugak ke? Patut pun majoriti puak-puak penganut agama Pas rosak. Tukan tunjuk jalannya suka menipu. Apatah lagi anak-abak buahnya, lagi terukkkkk...!!!!!

Amboiiii...!!! Seronok sungguh Khalid Samad "belasah" Hasan Ali...


Seperti yang dijangka, orang yang paling seronok dengan insiden serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ialah Khalid Samad. Awal-awal pagi lagi dia sudah memberi kenyataan akhbar mem"balun tak hengat" terhadap Hasan Ali. Sudah diduga, Khalid Samad yang sememangnya musuh Hasan Ali di dalam Pas Selangor itu tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan riwayat karier politik mantan Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

Pagi tadi, mungkin sudah dirancang sebelum subuh lagi, Khalid Samad menyelar Hasan Ali. Kononnya, dia menjauhkan kenyataan Hasan Ali dari kepimpinan Pas Selangor. Dalam ertikata lain, kenyataan Hasan Ali telah dipulaukan ekoran tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mempertahankan tindakan JAIS terhadap gereja tersebut.

Khalid juga mempersoalkan sama ada benar atau tidak Hasan Ali punya bukti untuk bertindak sedemikian terhadap gereja tersebut. Dia cabar Hasan Ali untuk kemukakan bukti tersebut. Khalid berhujah, hanya Hasan Ali seorang saja yang mendakwa bahawa "majlis tersebut bertujuan untuk memurtadkan umat Islam", sedangkan JAIS hanya mendakwa "ada bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam".

Persoalannya, apakah bezanya "usaha memurtadkan umat Islam" dan "menyebarkan agama bukan Islam terhadap umat Islam"? Hasil dari usaha memurtadkan umat Islam ialah "seorang muslim keluar dari agama Islam" dan hasil dari "penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam" juga menyebabkan "seorang muslim keluar dari agama Islam". Hasilnya sama. Khalid Samad buta hati sangat ke?

Yang paling mahalnya, Khalid Samad berkata...

"Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi."

"Kita simpan komen akhir"? Komen akhir apa tu? Komen maut sebagai lambaian terakhir kepada Hasan Ali di dalam Pas? Komen akhir untuk menamatkan riwayat Hasan Ali dalam barisan Exco Kerajaan Negeri? Nampak sangat Khalid Samad ada niat busuk di dalam hatinya terhadap Hasan Ali! Busuk perut! Lebih busuk dari bau bangkai. Dalam bulan Ramadhan pun dia tak boleh kawal busuk hatinya itu..!!!

Yang peliknya, Khalid "Gereja" memberikan kenyataannya kepada Malaysian Insider! Manakala di Harakah Daily, tidak timbul langsung berita Pas Selangor atau Khalid Samad menghentam tindakan Hasan Ali itu. Apakah Khalid Samad fikir Pas Pusat setuju dengan tindakannya menghentam rakan separtinya itu melalui media? Apakah Khalid syok sendiri?

Sementelah itu, saya melihat komen-komen di Malaysiakini berkenaan isu ini jelas menunjukkan rata-rata penyokong dan penganut agama Pas membela Hasan Ali dan mengecam Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan konco-konco DAP mereka. Akar umbi pun tahu menilai. Tapi Khalid Samad kononnya terlampau advance pemikiran liberalnya, sanggup membelakangkan kepentingan aqidah agama umat Islam berbanding motif politiknya.

Itulah rupa bentuk Khalid Samad. Saya tidak tahu apakah dia merupakan "syaitan" dalam bentuk manusia di bumi Selangor. Setahu saya, syaitan dan iblis dirantai serta dihalang untuk menggangu puasa umat Muhammad SAW. Tapi nampaknya dengan ketiadaan syaitan dan iblis laknatullah, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim tampil untuk mengambil peranan syaitan dan iblis tersebut...!!!

Wallahua'lam.


Sumber: Sebagaimana yang aku tulis di sini...

Panasss..!!! Pas sanggup mati pertahankan 14 tuntutan ini..!!!


Berikut adalah tuntutan yang dibuat oleh seseorang yang sangat disokong, dihormati dan digelar sebagai "ketua wirawati negara" oleh puak-puak lembu yang tak sedar diri kena jual. Setujukah anda dengan tuntutan di bawah ini?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

P/s: Tu pun ada umat Islam yang sanggup mati untuk tuntutan keramat ni...! Chehhh..buang karan!

GEMPARRR PEPAGI HARI..!!! Skirt Eli Wong diselak sorang mamat..!!!

Friday, August 5, 2011

Tahu tak kenapa kitorang balun KDN lately ni..?



Tahu tak kenapa Blogger pro-Kerajaan selalu kata Menteri KDN lembik, penakut, tak tegas, hanya pandai beri amaran, amaran lembik, amaran kurang keras, amaran separa keras, amaran keras dan pelbagai bentuk amaran?



Salah satu sebabnya ialah sampai sekarang dia tak ambil tindakan pada Sam Ketot. Nak berhadapan dengan budak kemetot tu pun KDN takut ke? Apa la fungsi KDN macam tu? Budak kemetot tu ajak merusuh pun dibiarkan jer? Apa raaaaaa.....

Tuuu diaaa..!!! Fatwa terbaru Pas: Mati syahid menentang Kerajaan..???


Kita masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka hingga kini.

Melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam didalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi didalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.

Amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan tersebut, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya.

Dan kini sekali lagi terbukti Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu. Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung didalam demonstrasi menentang kerajaan telah dikatakan sebagai seorang SYUHADA serta mati syahid oleh Hadi Awang.

Arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman. Persoalannya disini, apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang SYUHADA dan mati syahid?

Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram BERSIH yang diadakan baru-baru ini dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

Jadi dalil manakah yang Hadi Awang gunakan untuk menyatakan bahawa Arwah Baharuddin mati sebagai syahid dan sebagai seorang syuhada? Jika orang Islam yang mati menentang kerajaan dikatakan sebagai syahid dan syuhada, pasti lepas ini akan lebih ramai umat Islam berpusu-pusu tampil ke jalanan bagi menentang kerajaan dengan harapan untuk mati syahid.

Tok Guru Haji Yaakob Omar yang merupakan tokoh agama dan juga pengendali Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih Memali, Baling Kedah telah membuat kenyataan menyanggah kenyataan Hadi Awang.. “Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.”

Dan Ustaz Idris Sulaiman yang merupakan seorang penyelidik di kedutaan Arab Saudi juga menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi, bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah kerana menurut ajaran Islam, berdemonstrasi melawan pemerintah, hukumnya haram.

“Hal ini (demonstrasi) adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama kita, di mana Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu padu dan melarang berpecah”.. katanya.

Dan kita perlu rujuk kembali kepada hadis yang telah diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW mengenai permasalahan mati ketika menentang pemerintah Islam ini..

“Dalam hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud.. “barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”

Bila kita rujuk kembali kepada hadis tersebut, maka terbuktilah ia berbeza sama sekali dengan apa yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak tentang mati syahid jika menemui ajal ketika berdemonstrasi menentang kerajaan yang memerintah. Jadi dalil mana yang Hadi Awang pakai untuk menggelar mereka yang meninggal ketika demonstrasi adalah syahid?

Amat jelas sekali kenyataan Hadi Awang bercanggah dengan hadis baginda Rasulullah SAW dan ianya terbukti merupakan penyelewengan yang bakal merosakkan pemikiran dan pegangan umat Islam keseluruhannya.

Sumber: Klik Sini

Pas is the biggest loser..!!! - Zulkifli Noordin


Salam 2 all.

Teman dok ingat bulan-bulan pose ni tak berminat sangat nak tulis hal-hal politik kepartian ni. Tapi perkembangan terbaru berkenaan pelawaan kepada YB Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li untuk mengetuai pakatan pembangkang BiaDAPP (DAp-Pkr-Pas) memberi satu dimensi baru kepada politik tanah air. Teman cukup yakin Ku Li sedang tersengih meleret melihat namanya kini terpancar terang dalam kemelut politik negara.

Apa pun pertama sekali teman ucapkan tahniah kepada Ku Li atas pelawaan tersebut. Ini membuktikan bahawa kot mana dema berputar pun, bila tiba bab kepimpinan, kaum biaDAPP tetap memerlukan orang UMNO juga untuk memimpin mereka.

Buktinya, dalam menghadapi UMNO/ BN bagi pilihanraya 1990 dan 1995, PAS dan DAP terpaksa melantik Ku Li melalui Parti Semangat 46 untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk PAS-DAP tidur sekatil. Memang jelas PAS-DAP tidak boleh bekerjasama sesama mereka. Begitu teruknya hubungan PAS-DAP ini, hingga Ku Li terpaksa menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk bersama PAS, dan Gagasan Rakyat untuk bersama DAP. Dan yang paling banyak menerima menafaat kepimpinan bekas UMNO ini pada masa itu ialah PAS, yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Tetapi sejarah melihat bagaimana PAS mengkhianati Ku Li, dan akhirnya ia berpecah dan Ku Li kembali kepangkuan UMNO.

Bukti kedua ialah apabila berdepan dengan UMNO/ BN bagi pilihanraya 1999, sekali lagi PAS dan DAP terpaksa mengambil pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk melekatkan mereka. Maka calon mereka pada masa itu ialah manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan - Anwar Ibrahim. Sekali lagi PAS mendapat menafaat daripada pakatan luar tabi'e itu apabila mendapat banyak kerusi Parlimen dan Presiden PAS Allahyarham Ustadz Fadhil Noor berjaya menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah berpurnama madu sebanyak dua pilihanraya, teman dapat membaca bahawa kepimpinan PAS mula merasakan Anwar sudah mula menjadi beban dan liabiliti kepada PAS, dan tidak membawa apa-apa menafaat kepada mereka. Pilihanraya 2004 menyaksikan PAS hampir hanyut dengan kerusi Parlimen yang terlalu sedikit. Manakala dalam PRU 12 pada tahun 2008, walaupun mendapat penambahan kerusi, namun PAS menjadi rakan tercorot dalam pakatan pembangkang dan muncuk sekadar lembu yang dicocok hidung oleh Anwar & biaDAP; dan yang paling mendapat menafaat ialah parti cauvinis biaDAP. PAS dapat melihat bahawa game-plan Anwar yang sanggup menjual agama dan bangsa sendiri sudah mula memakan tuan. PAS is the biggest loser dalam percaturan ini, kerana vote-base PAS ialah orang Melayu.

Ini ditambah pula dengan skandal liwat dan videoklip manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Teman cukup yakin pemimpin PAS bukan bodoh. Keengganan Anwar menyerahkan sampel darah bagi ujian DNA untuk membuktikan bukan airmaninya dalam karung kunyit Saiful menimbulkan kegelisahan dan keraguan dikalangan pemimpin PAS khususnya para ulama' dan ustad-ustad. Dan videoklip Mat China-Doll @ Mat CD menjadi paku terakhir memahat keranda politik Anwar. Sebenarnya sudah ramai kalangan ulama' dan ustad PAS sudah melihat videoklip tersebut dalam diam-diam. Ada yang baru tengok 2-3 minit dah mula urut dada sesak nafas. Ada yang berani menonton sampai ke adengan kondang-kondi, dan tidak lain yang keluar daripada mulut mereka selain menyumpah seranah Anwar, "celaka hang Anwar, hang tipu kami Anwar oooiiii. Hang baguih punya enjut, kami pulak yang kena hamput!!!".

Paku terakhir keranda politik Anwar sudah mula dipahat. Sebab itu teman tidak terkejut mendapat maklumat ada kepimpinan PAS menemui Ku Li secara rahsia & sulit. Mereka tahu jika mereka memasuki PRU 13 membawa bersama excess-baggage Anwar, maka mereka akan kehilangan vote-base Melayu mereka. Ditambah dengan kesilapan kaum Anwarinas menjadikan Ambeega Sreenavasan sebagai khalifah mereka dalam himpuan haram Koonyet-2, sehingga PAS dimomokkan dengan singkatan Pengikut Ambeega Sreenavasan! Ini semua mengerikan para ulama' dan ustad-ustad PAS. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk memastikan vote-base Melayu mereka tidak hilang. Maka Anwar menjadi kambing hitam bagi PAS sekarang ini. Walaupun akan dilihat sebagai satu pengkhianatan, namun bagi PAS yang penting sekarang ialah survival politik mereka bagi menghadapi PRU 13. Ramai daripada mereka sudah seronok sedap merasa menjadi YB dan MB/ Exco; dan mereka tidak mahu kehilangan itu semua.

Sebab itu teman tidak hairan ada kepimpinan PAS mula melihat kearah Ku Li. Siapa lagi yang boleh berdepan dengan jentera gergasi UMNO melainkan orang UMNO sendiri. Besi memerlukan kayu untuk menebang batang pokok. Dan Ku Li dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah veteran UMNO, masih ada penyokong dan simpatisan, apatah lagi dikalangan Melayu liberal dan dan punya agenda sendiri.

Diwaktu yang sama, PAS masih mahu meraih sokongan bukan Melayu dan para kafir yang telah mereka semai beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana PAS tahu mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan bukan Melayu dan kafir yang seronok melihat PAS bersedia tidur sekatil dengan cauvinis biaDAP; sehingga sanggup membakulsampahkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang menjadi jampi-mentera PAS selama ini. Ku Li dilihat sebagai gam kanji yang boleh melekatkan cauvinis biaDAP dengan PAS.

Diwaktu yang sama, Ku Li juga boleh menjadi gam-kanji bagi golongan Melayu liberal, saperti Zaid Ibrahim dan Parti Kita yang ditubuhkannya. Juga golongan liberalis lain termasuk dari golongan profesional dan lain-lain.

Dan mereka tahu Ku Li juga mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tak masakan Ku Li berani mencabar Tun Mahathir dalam pemilihan 1988 yang menyaksikan UMNO berpecah dan berkubor. Dan untuk menghadapi gergasi UMNO/BN dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib, Ku Li akan dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah rakan Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa YAB PM sekarang. Takkan anak nak lawan kawan bapak kot. Begitulah perkiraan dan sipir politik PAS sekarang.

Persoalannya, adakah Ku Li bersedia menjadi kuda tunggangan PAS sekali lagi? Ku Li politikus yang sudah matang; beliau kenal bebenor PAS ni yop. Apatah lagi pernah tidur sekatil hampir 10 tahun dengan mereka. Dengan pengalaman sebegitu rupa, teman cukup yakin Ku Li akan mengatur langkah dengan lebih bijak.

Itulah sebabnya Ku Li tidak terus menerima pinangan PAS. Sebaliknya beliau mengambil sikap berhati-hati. Beliau menubuhkan badan bukan kerajaan dengan nama Amanah. Beliau turut di apit oleh para politikus yang punya nama besar walaupun sudah menjadi tukun dan dinasour politik negara. Ku Li tahu kalau beliau membuat "political move" sekarang dengan menyertai pakatan pembangkang biaDAPP, sudah pasti karier politik beliau akan berakhir serta-merta. Pasti jentera UMNO/BN akan menyembelih beliau sehingga khatam 18, sedangkan pilihanraya tidak tahu bila kerana mandat kerajaan sekarang hanya berakhir pada April 2013.

Dengan menubuhkan sebuah NGO, Ku Li akan terus menikmati posisinya sebagai veteran UMNO; sudah pasti UMNO tidak akan menyembelih "orang" mereka sendiri. Dengan kedudukan istimewa sebagai veteran UMNO, Ku Li boleh mengatur langkah dengan lebih selesa tanpa risiko kena sembelih. Malah kedudukan itu akan memberikan beliau "imuniti" dan ruang nafas yang cukup selesa untuk bergerak. Teman cukup yakin dari kedudukan itu, Ku Li akan boleh menghentam dan mengkritik kerajaan dengan lebih uummph! Bayangkan veteran UMNO menghentam parti UMNO sendiri. Jika ia dilakukan dengan cara strategik dan konsisten, teman cukup yakin Ku Li akan dilihat sebagai hero. Mungkin juga akan ada dikalangan pimpinan UMNO/BN akan turut serta beliau, terutama dari kalangan mereka yang punya kepentingan dan agenda tersendiri.

Jadi persoalannya, bila Ku Li akan buat keputusan menerima pelawaan mengetuai pakatan biaDAPP ini? Teman punya firasat, Ku Li akan hanya umum penerimaan pelawaan itu (jika beliau memilih untuk menerimanya) atas dua faktor:

1. setelah Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful. Ini kerana sabitan itu akan menjadi alasan terkuat PAS untuk menyembelih Anwar Ibrahim, kerana sudah ada pengesahan perundangan. Itulah kata-kata para ulama; dan kepimpinan PAS pun, iaitu mereka akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Anwar jika ada sabitan oleh Mahkamah. Dan semua orang tahu, dengan keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA, dan cara pembelaan alibi Anwar yang sangat diragui kerana ujudnya DNA airmani Anwar dalam karung kunyit Saiful, maka kemungkinan besar Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat stafnya sendiri Saiful. Dan kali ini hukumannya pasti melebihi 9 tahun penjara, kerana dalam sabitan lepas Anwar sudah ada rekod sabitan jenayah dan hukuman 9 tahun penjara. Bila disabitkan kelak, Anwar akan hilang semua "moral gorund" untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ditambah dengan videoklip Mat CD. Teman tidak akan terkejut kalau diwaktu itu PAS sendiri akan mengeluarkan patwa baru menghentam Anwar. Jangan lupa PAS pernah lakukannya tahun 1997 apabila mempatwakan Anwar dengan label Al Juburi yop!!!

2. Apabila Ku Li yakin pilihanraya umum semakin hampir. Sebagai seorang berpengalaman, Ku Li tidak akan terjun sekarang dalam keadaan Kerajaan ada mandat hampir 2 tahun lagi. 2 tahun adalah satu masa yang lama dalam politik. Untuk bertahan selama 2 tahun, Ku Li perlukan dana dan stamina yang besar. Pada usia 76 tahun, Ku Li perlu menyimpan stamina dengan cukup. Sebab itu beliau akan menunggu sehingga semua isyarat pembubaran Parlimen terserlah. Buat masa ini, YAB Dato' Sri Najib tidak ada sebab langsung untuk membubarkan Parlimen. Beliau pun baru berusia 58 tahun, satu umur yang masih kuat dan bertenaga untuk berdepan dengan apa juga ranjau politik yang mendatang.

Apa pun, yang jelas daripada pelawaan kepada Ku Li ini ialah Anwar sudah hilang kelayakan untuk terus mengetuai pakatan biaDAPP. Mesej jelasnya ialah PAS (termasuk cauvinis biaDAP) sudah hilang kepercayaan kepada Anwar. Khusus bagi PAS, persekongkolan berterusan dengan Anwar, orang yang dilihat sanggup menggadai agama dan bangsanya, ditambah dengan skandal liwat dan videoklip Mat CD, akan hanya menghakis sokongan Melayu-Muslim kepada PAS; apatah lagi dengan ujudnya kaum Anwarinas yang dilihat lebih berqiblatkan Anwar sebagai sembahan politik mereka, sehingga mengheret PAS bertuankan kafir harbi la'natullah Ambeega sebagai khalifah mereka. Ramai dikalangan ulama' dan ustad PAS sangat kecewa bila singkatan P.A.S. dimomokkan sebagai Pengikut Ambeega Sreenavasan.

Bagi UMNO dan BN, jika Ku Li menyertai pakatan biaDAPP ini, janganlah risau, Kerana sejarah membuktikan semangat Melayu Ku Li sangat kuat. Teman cukup yakin Ku Li akan membawa pakatan biaDAPP ini, khususnya PAS, kembali keperjuangan UMNO. Ku Li pernah lakukannya dengan berjaya melalui Semangat 46, dan percayalah Ku Li akan melakukannya sekali lagi dengan pakatan biaDAPP ini. Rasional mudah, tidak ada pemimpin Melayu-Islam sanggup diingati sebagai pengkhianat agama dan bangsanya. Dan Ku Li tidak terkecuali yop!

Apa pun, UMNO patut berbangga kerana walaupun dimaki hamun dan dicerca 24 jam 7 hari seminggu oleh pakatan biaDAPP ini, tetapi bila terdesak perlukan pemimpin, orang UMNO jugak yang dicari oleh pakatan biaDAPP ini!!!

Dan bagi yang tidak percaya PAS sanggup mengkhianati Anwar; ingatlah kalau jampi mentera PAS untuk menubuhkan negara Islam sanggup mereka bakulsampahkan dengan patwa terbaru "rupenya negara Islam tak ada dalam Quran", maka apa pun PAS boleh lakukan. Pokok pangkalnya, PAS bukanlah satu agama, tetapi hanya sekadar sebuah parti politik yang juga punya nafsu mahu menduduki takhta kekuasaan. Jangan lupa PAS pernah menghukum Anwar dengan label Al Juburi walaupun tanpa 4 saksi tetapi cukup sekadar tuduhan seorang benggali biaDAP. Bak kata penganut fahaman politik machiavelli, "tidak ada kemustahilan didalam politik, semuanya bisa dong!!".

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
03 Ramadhan 1432
03 Ogos 2011

GEMPARRR...!!! NYAWA ANWAR TERANCAM LAGIIII...!!!


Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden?

Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa ntah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mito seekor kucing kurap.

1. Propaganda Tumbukan Ketua polis

* Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.

* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.

* Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik

* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.

* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.

* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.

* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

* Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.

* Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..

* Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.

* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk

* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.

* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.

* Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.

* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang

* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.

* Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.

* Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

* Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.

* Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

* Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

* Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.

* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.

7- Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah

* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.

* Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

* Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

* Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

* Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

* Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8- Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011

* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.

* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.

* Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.

* Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

* Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.

* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex. :)

9- Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.

Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.

Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.

Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim.



Sumber: klik sini