Memandangkan "kek ekonomi" Malaysia masih lagi belum seimbang, di mana kaum Cina masih lagi memonopoli sebahagian besar kek tersebut, maka Datuk Seri Najib mengumumkan penubuhan Teraju yang diketuai oleh Husni Salleh sebagai CEO.
Teraju disifatkan setaraf dengan penubuhan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM, Senator Datuk Dr. Koh Tsu Koon, dan berCEOkan Idris Jala. Kedua-dua Teraju dan Pemandu diletakkan di bawah JPM. Pemandu berusia 2 tahun dan Teraju baru berusia 6 bulan.
Sebelum ini, ramai ahli perniagaan Melayu yang merungut ekoran tidak diberikan peluang yang setara dengan peniaga bukan Melayu. Di dakwa bahawa 85% projek-projek besar Kerajaan dikatakan diserahkan Pemandu kepada peniaga bukan Melayu. Bila ditanya, Pemandu mendakwa bahawa peniaga Melayu dan Bumiputera kurang berkelayakan menguruskan kontrak yang besar-besar.
Untuk berlaku adil dan memperjuangkan nasib peniaga Melayu, maka Teraju ditubuhkan oleh PM. Namun, ia hanya ditadbir oleh seorang "Encik" berbanding Pemandu yang diterajui oleh seorang Menteri! Sudah tentu perhatian dan pengaruh lebih memihak kepada Pemandu.
Ekoran perbezaan pengaruh itu, dilaporkan bahawa Pemandu sering mengumumkan projek-prjek besar di bawah ETP dan GTP, manakala Teraju pula terpaksa mengemis simpati mengadap Menteri-Menteri mengharapkan belas ihsan dan kerjasama. Memandangkan keadaan begitu, peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera rasa terpinggir kembali.
Idris Jala baru-baru ini mengumumkan 100 syarikat besar dan 1000 syarikat kecil Melayu Bumiputera untuk dibangunkan. Persoalannya, mengapa Pemandu tidak serahkan saja kepada Teraju untuk membangunkan syarikat-syarikat itu? Sudahlah Pemandu suka-suka hati campur tangan dan ambil alih tugas secara tak rasmi dari EPU, kini nak ambil alih tugas Teraju pula?
Sewajarnya, "peruntukan" dan komitmen untuk membangunkan syarikat Melayu Bumiputera itu diserahkan kepada Teraju. Sebenarnya, Pemandu hanyalah bertugas sebagai PENYELIA dan bukan pelaksana dasar kemajuan ekonomi. Tugas Pemandu hanyalah menyelia KPI sahaja. Sedarkah Koh Tsu Koon dan Idris Jala mengenai hal ini?
Ekoran sikap "gila kuasa" Pemandu menggunakan pengaruh dan seolah-olah dikuasai Idris Jala tersebut, peniaga-peniaga Melayu semakin tertekan, manakala Teraju bagaikan hilang kuasa dan pengaruh. Modal pun tak ada! Apa sangatlah yang Teraju boleh buat tanpa semua itu?
Nampaknya, ada sesuatu yang tidak kena dalam "agenda" dan "sikap" Pemandu. Kepentingan Melayu terpinggir ekoran Pemandu yang bersikap "gila kuasa". Idris Jala tidak sepatutnya mengemudi Pemandu sebagaimana MAS. Pemandu bukan GLC dan bukan harta milik mak bapak Idris Jala!