
Malaysiakini melaporkan bahawa Lim Kit Siang berkata…
“… saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,”
Manakala Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mengakui bahawa…
…hubungan Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’
Baru-baru ini pula didedahkan oleh blogger-blogger pro-UMNO bahawa Pas, DAP dan PKR sedang berebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dikatakan bakal berlangsung tidak lama lagi. Bergaduh sakan juga dengarnya!
Menurut sumber yang membocorkan rahsia mesyuarat Pakatan Haram, PKR sahaja telah mengemukakan empat set nama calon iaitu yang rasmi, jika Anwar masuk Sungai Buloh, jika Anwar kekal Ketua Umum dan senarai peribadi Azmin Ali. Pas ada satu set nama calon yang berjumlah 80 orang, manakala DAP sudah tentu meminta kerusi lebih untuk melanggar kawasan MCA, Gerakan dan kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu.
Merujuk kepada senario-senario di atas, jelas menunjukkan bahawa Pas, PKR dan DAP tidak “sekepala” atau tidak sepakat langsung dalam strategi mereka untuk menawan Putrajaya. Masing-masing gila kuasa. Masing-masing suka nak tunjuk kepala dan masing-masing nak tunjuk hero.
Pertamanya, kenyataan Harun Taib sendiri sudah membayangkan betapa goyahnya hubungan Pas dan DAP. Saya percaya, sekiranya kerusi Parlimen lebih banyak diperoleh DAP, sudah tentu Pas akan mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Haram.
Secara terus terang, Presiden Pas, Hadi Awang pernah menyatakan bahawa Pas tidak mungkin bersetuju sekiranya Parlimen bermajoritikan orang bukan Islam. Justeru itu, calon Pas atau PKR yang beragama Islam perlu lebih dalam pengagihan kerusi Pakatan Pembangkang itu.
Sebagaimana kita tahu, Azmin merupaka seorang yang “keras kepala” dan suka tunjuk kuat bila bercakap soal calon. Sebab itulah dia gagal mengatur pengagihan kerusi di kalangan Pakatan Haram pada Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini. Sudah tentu juga kali ini Azmin akan berkeras mahu senarai calonnya itu diterima pakai oleh DAP dan Pas. Dalam ertikata lain, “paksa” Pas dan DAP terima calon-calob pilihannya.
Persoalannya, apakah DAP sanggup mengangguk dan bersetuju dengan permintaan Pas dan PKR itu? Kita rujuk kembali senario Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim dan “bekas” Kerajaan Negeri Perak, pimpinan Nizar Jamaluddin. Saya sengaja mengambil contoh kedua negeri ini memandangkan ketiga-tiga parti Pakatan Haram agak seimbang berbanding di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.
Di Selangor, meskipun Khalid Ibrahim dari PKR menjadi MB, dasar dan perlaksanaan Kerajaan Negeri sangat jelas dikuasai DAP. Khalid Ibrahim tidak ubah sebagai boneka yang dipermainkan, diperbodohkan dan dikawal oleh Ronnie Liu, Eli Wong serta ADUN-ADUN DAP lain. Kewujudan Khalid hanyalah “wayang”!
Pas di Selangor? Keadaan Pas tidak lebih dari golongan kelas ketiga. Sekiranya dikastakan Pas Selangor, mereka adalah setaraf dengan golongan “pariah”. Bukan saja Pas tiada suara dalam Kerajaan Selangor, malah mereka diherdik, dimalukan, dikonspirasikan dan dihina-sehinanya. Perkara ini hanya berlaku di atas sahaja. Puak-puak Pas bawahan yang tak tahu apa-apa masih bersorak jadi orang bodoh menyokong DAP dan PKR yang memperbodohkan pemimpin mereka!
Begitu juga senarionya jika dilihat apa yang berlaku pada Nizar Jamaluddin yang diperkeldaikan oleh Nga dan Ngeh. Tanah Perak begitu meriah diagih-agihkan kepada mereka yang tidak berhak. Komunis pun dapat tanah?! Mujurlah DYMM Sultan Perak dapat mengekang kerakusan DAP dan kebodohan Nizar tersebut. Jika tidak, habis Perak dilelongnya.
Berbalik kepada kata-kata Lim Kit Siang di atas, apakah dengan fakta-fakta ini maka dia optimis Pakatan Pembangkang mampu menumbangkan BN yang sudah teruji keutuhan dan dasar perkongsian kuasanya. Meskipun pernah diuji dengan 13 Mei, BN tetap menang pada setiap kali PRU.
Saya tidaklah menyatakan bahawa BN tidak mampu ditumbangkan. Masalahnya, majoriti rakyat percaya, yakin dan lebih suka pada BN sebagai pemerintah negara ini. Itu hakikat yang perlu Kit Siang tahu. Mereka “ngeri” melihat apa yang berlaku di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram secara keseluruhannya. Sepatutnya, Kit Siang wajar fikir untuk mengekalkan kerusi Parlimennya di Ipoh Timur. Mana tahu kali ini Kit Siang akan dihalau keluar dari Perak sebagaimana yang pernah dia alami ketika di Melaka!