Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 18, 2011

Esok kita bakal bertemu!!! Jam 3 petang, di KSS..!!!




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua rakyat yang cintakan keamanan, bencikan kekacauan, bencikan kekecohan dan bencikan politik jijik...

ANDA SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI...

MAJLIS PELANCARAN "LAWAN PERHIMPUNAN BERSIH"
LOKASI : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU, KUALA LUMPUR.

Saya difahamkan bahawa majlis tersebut bakal menampilkan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain dan anggaran lebih 50 NGO untuk sama-sama berhimpun di sana, esok.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa ramai blogger-blogger top ranking turut menyatakan komitmen mereka akan menghadiri majlis pelancaran itu.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan turut berada di KSS esok. Bagaimanapun esok, saya akan hadir sebagai pemerhati untuk mengekalkan diri sebagai blogger "anonymous". Keepin' myself to be low profile all the time. See you all...there...tommorrow!

Ayuh kita bantah perhimpunan KOTOR 2.0 yang dianjurkan oleh "RATU PLURALISME MALAYSIA", Ambiga Sreevanesan..!!! Ambiga tidak perlu diberi muka untuk melakukan kekacaua di Tanah Melayu ini. Sekiranya dia mahu terus melakukan kekacauan, dia wajar dihalau balik ke India, tanah nenek moyangnya. Di India, Ambiga boleh buat sesuka hati mak bapak dia!


- Posted using BlogPress from my iPad

Bongkarrrr...!!! Rahsia Anwar dibongkar lagi...!!! Menipu Yusuf Qardhawi pulakkk..!!!

Sedangkan ulama Al-Azhar ini pun di"kencing" Anwar...apatah lagi Zuraidah Mak Lampir..!!!

Dibawah saya publishkan kembali wawancara di antara AIDC dan Zulkfili Noordin untuk dikongsi bersama. Sangat menarik wawancara ini untuk di baca. Pelbagai rahsia Anwar terbongkar lagi oleh bekas sahabat yang sangat rapat dengan Anwar suatu ketika dahulu...

Untuk wawancara kali ini, Zul Kulim mendedahkan bagaimana dia MENIPU Syeikhul Azhar bagi tujuan memanipulasi pemikiran Ulama Al-Azhar itu untuk mempercayai bahawa Anwar difitnah. Sedangkan kenyataan sebenarnya adalah berlawanan..!!!

Saya enggan mengulas lanjut. Anda baca sendiri untuk pengetahuan lanjut mengenai kejijikan binatang yang bernama Anwar Ibrahim! Silakan...
AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.
Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.

Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.

Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.

Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.

Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.

Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.

Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?
Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah.

Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (telivisyen) dia percayalah. Sebab itu orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.

Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? ustaz tv kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.

Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.

Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.

Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.

Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.

Baik, saya dah ada program ceramah apa semua nak buat. Bila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi dia dipecat 2 September.

Sebenarnya, 11 September 1998, saya suddah ada satu jadual ceramah perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.

Anwar tahu itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. Aa’ha besar, memang dah plan dah.

Memang besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada ceramah perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.

Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah ramai.

Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?

Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak ceramah.

Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi telefon Harun Din. Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan. Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.

Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah. Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.

Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah apa semua.

Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.

Dengan keadaan itu ?

Aaa..dia tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang. Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?

Anwar kata, ana berani bersumpah, tapi tak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.

Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.

Saya pergi jumpa sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa, cerita-cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, sama saja.

Cerita..cerita, tapi masa itu kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998. Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang.

Dosa tu banyak.

Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?

Tak..tak, itu tak betul. Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. Kita ceramah di rumah Lokman Noor Adam.

Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka. Saya kata, nak buat apa. Dia (Anwar) kata, minta supaya Datuk Ishak Baharom sokong dia.

Ish..macam mana tu kan. Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpahlah.

Sumpah?

Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.

Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.

Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.

Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.

Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.
Dia tak bercakap?

Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya.

Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.

Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.
Tak spesifik?

Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.

Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?

Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka.

Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.

Termasuk di Masjid Negara?

Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.

Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?

Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.

Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.

Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.

Benda tu, kita percaya tak percaya itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.

Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.

Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?

Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.
Bagaimana pula dengan Wan Azizah?

Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.

YB rapat dengan Wan Azizah?

Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.

Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.

Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.

Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.
Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.

Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.

Panasss...!!! Aziz Bari yang tak sedar diri...


Baru-baru ini Pensyarah Undang-Undang UIAM, Prof. Dr. Aziz Bari menghina ahli akademik, cendikiawan, ilmuan, dan yang sewaktu dengannya dengan menggelar mereka sebagai bisu dan penakut! Tahulah Prof hebat. Tapi janganlah sampai tidak menghormati orang lain dan menghina mereka yang enggan bersikap sepertinya...

Mereka-mereka yang dihina oleh Aziz Bari itu termasuklah dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama, profesor, naib canselor, rektor, timbalan naib canselor, dekan dan macam-macam lagi.

Kata Aziz Bari yang "MAHA" VOKAL dan "MAHA" BERANI ini, golongan yang disebutkannya itu GILA JAWATAN dan KUAT MENGIPAS. Mereka semua tidak sepertinya yang mana "suaranya didengar di seluruh dunia", hinggakan "seluruh pemimpin dunia pun pernah di kritik"nya.

Hebat bukan Prof Dr. Aziz Bari ini. Hebat...! Memang hebattt..!!!

Namun, tahukah Aziz Bari bahawa mereka-mereka yang dihinanya itu tidak berperangai seperti yang disangkakan. Mereka cuma tidak berminat untuk menarik perhatian orang ramai sepertinya. Bak kata lain, mereka tidak GILA GLAMOUR macam dia.

Tahukah Aziz Bari bahawa lebih ramai dari golongan yang dia hina itu lebih genius, lebih bijak, lebih pandai, lebih cendikiawan berbanding dirinya. Namun, mereka tidaklah menunjuk-nunjuk dengan melabelkan orang itu begini, orang ini begitu. Apatah lagi mereka tidak seperti Aziz yang sukan menghina orang!

Tahukah Aziz Bari bahawa golongan yang dihinanya itu lebih suka dengan uslub islah, berbanding dirinya yang suka menyalak sana, menyalak sini ikut sedap mulutnya sahaja? Golongan yang dihinanya lebih suka cara sederhana sebagaimana yang dianjurkan Islam. Sekiranya Kerajaan atau UMNO bersalah, mereka menegur dengan berkhikmah, bukan macam Aziz yang perasan vokal tapi isinya kosong!

Tahukah Aziz Bari bahawa golongan yang dihinanya itu juga tidak pengecut sebagaimana yang dituduhnya? Mereka berani menegur Kerajaan dengan cara yang lebih menyenangkan dimana teguran mereka itu sering mendapat perhatian positif dari pihak Kerajaan.

Di sebaliknya, sekiranya diberi peluang, mereka lebih suka menempelak pihak pembangkang yang didewa-dewakan Aziz Bari selama ini kerana mereka tahu bahawa pihak pembangkang lebih teruk khilafnya berbanding Kerajaan sedia ada. Sekurang-kurangnya Kerajaan yang membayar gaji mereka itu mendengar juga teguran ikhlas mereka berbanding diri Aziz Bari yang bersifat seperti "anjing tersepit".

Golongan yang dihina Aziz Bari itu tahu bahawa sekiranya mereka menegur pihak pembangkang, bukan saja teguran mereka itu tidak akan diterima, malah mereka juga bakal berdepan dengan risiko dihina, dicaci, dicerca, dicarut, malah mungkin juga rumah atau kenderaan mereka bakal dibaling dengan molotov cocktail! Maklumlah, penyokong-penyokong Aziz Bari sememangnya terkenal dengan keganasan...

Justeru itu, saya menyarankan agar Aziz Bari cerminkan dirinya dahulu sebelum menuduh yang bukan-bukan terhadap golongan yang dihinanya itu. Mereka tidak hina, sebaliknya Aziz Bari lebih layak untuk menerima penghinaan sebegitu. UIAM bayar gaji Aziz Bari untuk menumpukan perhatiannya terhadap mencurahkan ilmu perundangan, tapi lain pula yang ditumpunya. Dia sebok pula berpolitik dan menghina orang lain.

Mungkin Aziz Bari mahu golongan yang dihinanya itu bersikap sepertinya. Namun, Aziz Bari perlu tahu hakikat bahawa saya yakin bahawa golongan yang dihinanya itu sedikit pun tidak ingin mencontohi seorang Professor Doktor sepertinya yang angkuh, gila publisiti, gila glamour, gila segalanya. Mereka tak "hingin" pun...!

Sumber: MyKMU.net

Terkini...!!! Perkasa dan Pemuda UMNO bakal dibelasah teruk 9 Julai ini..!!! KJ mungkin terkorban..!!!


Pergghhhh...!!! Memang hebat. Pas memang hebat..!!! Pada 5 Jun lalu, Pas dah luluskan usul untuk menggesa seramai 300,000 ahli Pas dari seluruh negara untuk menyertai perhimpunan Kotor 2.0. Dan dikatakan mereka kini telah berjaya mengumpul seramai 500,000 yang telah menyatakan komitmen mereka untuk menyertai perhimpunan itu!

Menurut sumber, dikhabarkan jumlah tersebut dihitung begini. Bagi seorang ayah atau ibu yang menyatakan bahawa mereka akan menyertai perhimpunan itu, maka mereka akan dikira mewakili 5 orang termasuk pasangan dan anak-anak seramai 3 orang, termasuk baby yang masih menyusu...

Bagi seorang lelaki atau perempuan yang belum berkahwin yang menyatakan kesanggupan mereka untuk memperbodohkan diri menyertai perhimpunan itu, mereka juga akan dikira mewakili 5 orang juga, termasuk ibu, ayah, dan adik beradik seramai 3 orang, including yang masih tadika.

Untuk setiap Pas Kawasan pun, dikhabarkan diwajibkan untuk membawa seramai 10,000 orang dari kampung mereka atau di sekitar tempat mereka. Caranya ialah dengan membuat fatwa kepada seluruh jiran berdekatan bahawa sesiapa yang sertai perhimpunan itu, akan diberikan tiket ke "syurga" dan siapa yang ingkar maka "kafirlah" dia terang-terangan...

Begitu juga penyokong-penyokong Pas yang berada di luar negeri, terutamanya yang belajar agama di timur tengah, mereka juga diwajibkan untuk menyewa kapal terbang, kapal, tongkang dan sewaktu dengannya untuk balik beramai-ramai ke Malaysia semata-mata untuk menyertai Kotor 2.0. Mereka juga digalakkan memaksa tok-tok arab untuk ikut balik ke Malaysia untuk berdemo.

Dikhabarkan juga bahawa jumlah 500,000 itu adalah jumlah minimum yang dianggarkan. Pas estimate mampu mengumpul 1,000,000 pendemo pada 9 Julai ini termasuk keldai, baghal, unta, lembu, kerbau, kambing, dhab, dan anak-anak ikan. Jin, Setan dan Iblis turut diwajibkan hadir.

Sekian, harap maklum!

p/s: Habislah Perkasa dan Pemuda UMNO kena belasah 9 Julai nihhhh...!!!

Opsss..!!! Mat Sabu takut Normah jadi janda..!!!


Nampaknya Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, sudah goyang kepala lutut apabila Perkasa dan Pemuda UMNO berikrar untuk turun padang berhimpun pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Terbaru, Mat Sabu melalui Harakah Daily, menyatakan kebimbangannya untuk bertembung dengan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang mewakili majoriti rakyat Malaysia.

Mat Sabu dalam kenyataannya di Harakah Daily juga meminta agar Perkasa dan Pemuda UMNO meminda perhimpunan untuk membantah Bersih 2.0 ke tarikh yang lain, selain dari 9 Julai. Kata suami kedua kepada Normah itu, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan dengan tujuan yang “bersih”, manakala Perkasa dan Pemuda UMNO berhimpun dengan tujuan kotor dan jahat untuk menghalang tujuan “demokrasi” yang mereka buat.

Begitulah kata-kata dan alasan suami kedua kepada Normah itu. Mungkin Mat Sabu takut Normah menjanda sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Mat Sabu. Sayang Mat Sabu kepada Normah mungkin sangat mendalam sehingga berdepan dengan Perkasa dan Pemuda UMNO pun Mat Sabu sudah kecut perut!

Suka saya ingatkan kepada Mat Sabu bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Dan ikut suka Perkasa dan Pemuda UMNO lah untuk berhimpun pada tarikh mana sekali pun! Apa Mat Sabu peduli? Sebenarnya, pada pandangan saya, mungkin Perkasa dan Pemuda UMNO sengaja memilih untuk turun berhimpun pada tarikh, hari dan masa yang sama dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 itu. Kenapa? Mat sabu ada masalah?

Alasan Mat Sabu sangat dangkal untuk mengelak dari Bersih 2.0 bertembung dengan Perkasa dan Pemuda UMNO. Apakah Mat Sabu fikir bahawa alasan putar alamnya bahawa perhimpunan Bersih 2.0 itu dilakukan dengan “hati yang tulus, bersih, suci nan murni” boleh diterima rakyat, Perkasa dan Pemuda UMNO?

Mat Sabu fikir rakyat, Perkasa dan Pemuda UMNO bodoh untuk diputar alamkan begitu saja? Mat Sabu ini betul-betul “old style”, ketinggalan zaman. Itu taktik lama yang orang dah tak pakai dah! Sebenarnya, untuk pengetahuan Mat Sabu, rakyat di zaman ini sudah tidak makan dengan alasan bodoh seperti itu. Mereka lebih bijak menilai yang mana buruk, dan yang mana yang baik.

Dengar sini Mat Sabu. Rakyat dari sejak awal lagi sudah sedar bahawa perhimpunan Bersih ini memang membawa kekecohan, kekacauan, menyusahkan mereka, menyesakkan mereka, mengganggu ketenteraman mereka dan mereka sangat menyampah apabila kehidupan mereka terganggu oleh perhimpunan yang sangat berbau politik tersebut.

Mereka sudah meluat dan menyampah dengan Pakatan Haram yang tidak bertamadun dan suka mengacau ketenteraman mereka, terutamanya di hujung minggu. Hujung minggulah masa mereka untuk bersama keluarga, meluangkan masa setelah penat bekerja dengan berjalan-jalan menjamu mata di sekitar ibu kota.

Sejarah perhimpunan Bersih 2007 menyaksikan perhimpunan itu tidak membawa kesan apa-apa sebagaimana yang didesak, malah perhimpunan itu dihambat pihak berkuasa bagaikan manusia menghalau anjing yang menyalak. Meskipun manusia tersebut berjaya di gigit sedikit oleh anjing itu, namun anjing itu bertempiaran lari bila manusia itu menyemburkan air. Kena air pun lari ke? Pejuang apa ke namanya begitu?

Perhimpunan Bersih 2007 juga berjaya menghimpunkan sampah sarap yang bertimbun dan teruk juga untuk DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh puak-puak tidak bertamadun yang keluar dari hutan rimba itu. Peserta-peserta perhimpunan yang lari dari “water cannon” bertempiaran lari masuk ke kedai-kedai berhampiran dan menyebabkan peniaga-peniaga di sekitarnya terganggu serta mengalami kerugian. Kedai terpaksa ditutup awal untuk mengelak dari dibabitkan dengan perhimpunan tidak bermoral itu!

Selain itu, pemandu-pemandu teksi juga merungut apabila rezeki mereka disekat oleh perhimpunan itu akibat jalanraya yang sesak teruk dipenuhi oleh penjahat-penjahat jalanan yang mengejar kuasa. Mereka menganggarkan telah kerugian sebanyak RM150 pada hari perhimpunan bodoh itu. Petekma baru ini misalnya telah melakukan laporan polis membantah perhimpunan yang merugikan pencarian rezeki mereka itu.

Selain itu, warga kota yang mahu “window shopping”, bersiar-siar di ibunegara juga terganggu dengan tindakan bangang perhimpunan Bersih itu. Itu belum lagi dikira dengan pelancong asing yang ternganga-nganga melihat kelakuan “monyet-monyet” yang baru keluar dari hutan itu. Memburukkan nama Malaysia saja!

Untuk apa Mat Sabu membazirkan masa penyokong-penyokong Pas melakukan kekacauan jalanan itu? Bukankah lebih baik Mat Sabu anjurkan qiamullail, solat hajat, tazkirah, atau program-program yang tidak mengganggu ketenteraman awam. Kalau setakat nak hantar memorandum saja, hantar pakai email pun boleh. Tak pun, lantik saja 2-3 orang wakil, dan pergi bertemu dengan SPR, kemudian serahkan memorandum. Habis cerita. Duit tak habis, tenaga tak habis, jimat masa, tak ganggu orang dan tak ada sesiapa yang nak buat laporan polis!

Sebenarnya Mat Sabu atau NGO Bersih yang diketuai Ambiga ini tidak perlu pun buat perhimpunan. Tak ada isu ketidak telusan Pilihanraya atau perkara berbangkit yang sewaktu dengannya pun. SPR sudah telus. Sekiranya Mat Sabu sangsi, sila rujuk kepada para pemerhati wakil parti atau pemerhati antarabangsa yang dilantik. Rasanya mereka lebih relevan untuk memberi pandangan berbanding Ambiga yang tak tahu apa-apa!

Jelas sekali bahawa alasan Mat Sabu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Bersih lah yang turun dengan tujuan jahat dan kotor serta berniat untuk mengotorkan rakyat sebagaimana kotornya hati perut mereka. Dan Perkasa dan Pemuda UMNO lebih bersih dan teguh jiwanya, mahu tidak mahu terpaksa turun padang untuk membersihkan kekotoran yang ada pada Bersih 2.0 itu!

Mat Sbau fikir, Perkasa dan Pemuda UMNO suka ke berhimpun ramai-ramai tengah-tengah panas dan membuang masa mereka melayan perangai tiga suku pembangkang? Mereka juga ada anak bini, saudara mara dan sahabat handai serta kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya mereka tak gemar pun. Namun, meskipun terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa, mereka terpaksa bertindak membantah perhimpunan sia-sia itu. Siap sedialah Mat Sabu. Cium Normah puas-puas 8 Julai tu, 9 Julai kita berentap..!!!

Sumber: MyKMU.net

Friday, June 17, 2011

Gempar Perdana..!!! Tun M tak faham Islam..!!!

Jelmaan "Imam Al-Ghazali" yang menggantikan Mursyidul Am Pas..?

Saya enggan mengulas. Bacalah sendiri apa yang dikatakan oleh Nasrudin Tantawi yang "terlalu tinggi" pemahaman Islamnya ini...
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak faham Islam ekoran kritikannya mengenai Pas yang menukar agenda perjuangan parti itu dari menubuhkan kerajaan Islam kepada penubuhan sebuah negara kebajikan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Dr. Mahathir tidak faham bahawa perjuangan negara kebajikan yang diperjuangkan Pas itu merupakan sebahagian dari kandungan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh partinya.

“Merujuk kepada kenyataan Mahathir, itu menunjukkan bahawa beliau tidak faham tentang Islam, negara kebajikan merupakan sebahagian dari isi kandungan perjuangan negara Islam.

“Sebenarnya, kini kita sedang berada di fasa yang kedua. Pada fasa pertama, kita bercerita mengenai gambarajah, gambaran, soal tasawwur, kita nak melaksanakan (Kerajaan) Islam secara menyeluruh,” katanya di sini hari ini

Menurut Nasrudin, untuk fasa kedua, Pas lebih menekankan konsep kebajikan secara khusus ekoran parti itu melihat perkara itu diperlukan oleh semua lapisan masyarakat dan merupakan perkara asas untuk rakyat.

Justeru itu katanya, perjuangan negara kebajikan itu tidak bercanggah dan menghalang prinsip perjuangan Pas untuk meneruskan agenda penubuhan negara Islam, malah memantapkan lagi apa yang diperjuangkan parti itu sejak puluhan tahun yang lalu.

Tun Dr. Mahathir melalui blognya, chedet.co.cc, mengkritik Pas yang melupakan agenda ‘negara Islam ala Pas’ yang diperjuangkan selama lebih 30 tahun dan menggantikannya dengan perjuangan baru untuk membentuk negara kebajikan pada Muktamar Pas ke-57 baru-baru ini.

Beliau yang menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memusuhi UMNO kerana menolak negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas.

Namun, Nik Aziz tiba-tiba beralih arah untuk menolak penubuhan negara Islam dan menyokong penuh penubuhan negara kebajikan sebagaimana yang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kerana kedua parti tersebut mahukan negara kebajikan serta menolak penubuhan negara Islam.

Ekoran itu, negarawan ulung negara itu menyindir Mursyidul Am Pas itu seolah-olah ‘baru membaca surah Al-Baqarah’ dan tersedar bahawa agenda negara Islam Pas itu menakutkan pihak tertentu.


Sumber: Klik di sini

Panasss..!!! Anwar mesti suka punya benda niiii..!!!


Perghhhh...!!! Berita ni memang panas lagi menghangatkan. Anwar mesti suka punya..!!!
Anwar kalau bercakap pasal benda-benda macam ni mesti di "stimmm.."!!!

Kalau tak caya...cuba click kat SINI..!!! Layannnnn....!

p/s: Cuba check tengok..ada tak nama "papa Izzah" kat situ? Muahahahaaaa...

Gemparrrr..!!! Anwar lari ke Phuket hari ni...?!


Melalui sumber yang saya terima dari seorang kenalan, Anwar Ibrahim akan meninggalkan negara hari ini, 17 Jun 2011, pada jam 1710 (5.10 petang) dengan menaiki pesawat MH 790...
Anwar dijadualkan pulang ke negara ini pada esok, 18 Jun 2011 dengan menaiki pesawat MH 791, pada jam 2030 (8.30 malam).

Kemanakah Anwar pergi? Dikhabarkan Anwar akan pergi ke Phuket, kota "syurga" dunia untuk lelaki hidung belang yang terkenal peringkat antarabangsa!

Apa yang Anwar nak buat di Phuket? Kak Wan ada ikut sama tak? Izzah..apa tujuan papa mu ke Phuket? Ada sesiapa yang ikut? Dah check luggage papa Izzah? Ada jumpa KY Jelly? Di Phuket ada jual ke?

Kali ni Anwar ke Thailand tanpa Eskay lagi. Mungkinkah Anwar sudah ada balaci pengganti Eskay untuk menjadi teman berlibur. Khabarnya Anwar sudah pandai dua tiga patah perkataan Siam untuk persediaan. Agak-agak perkataan Siam apa yang dia belajar hafal? Dia beli kamus bahasa Siam, ke?

Errr...tak hantar spy berCCTV sekali ke? Opsss..lupa...CCTV tak boleh jadi saksi atau bukti sebab ia "besi". Rasanya elok dihantar 4 orang lelaki baligh, mukallaf, akil, adil dan tidak fasiq ke Phuket...!

Cepattt..jangan lewat hantar. Papa Izzah hanya lepak semalam saja di Phuket tuuu...!!!

Panassss..!!! "Saloon Porn" paling panas di Selangorrr..!!!


Ni apa cerita ni? Ada pulak saloon yang nama macam ni? Lagi satu, siapa yang luluskan nama macam ni? Signboard kedai macam tu pun dapat kelulusan ke? Agak-agaklah, apakah yang terselindung di sebalik perkhidmatan gunting rambut di saloon tersebut?

Macam-macam la yang berlaku kat Selangor selepas Pakatan Haram ni jajah Selangor. Jangan hairan la kalau lepas ni macam-macam kedai yang akan wujud di Selangor ni. Corupted mind by the Corupted people!

Puak-puak PAS mesti suka punya...!!! Apatah lagi PKR...! Maklumlah...negara kebajikan...

Edisi Bongkarrr..!!! "Senjata Rahsia" Anwar terbongkarrr...!!! Mesti baca...!!!

Adoi laaaa...nampaknya aku kena pakai "senjata rahsia" la nampaknyaaa..!!! Ishhh...!!!

Panassss...!!! Memang panas pembongkaran ini! "Senjata rahsia" Anwar? Apa senjatanya? Saya fikir, sebagai seorang yang benar-benar rapat dengan Anwar dan keluarganya, Zul Noordin sangat relevan untuk bercakap mengenai perkara ini...

Pembongkaran ini berjaya dikorek oleh AIDC yang baru-baru ini telah mewawancara Zul Noordin di Parlimen, pada 14 Jun lepas. Sila rujuk di SINI. Syabas AIDC..!!! Saya respect kalian semua..!

Dalam wawancara tersebut, Zul Noordin telah mendedahkan pelbagai perkara termasuk mengenai Kak Wan yang tidak diyakini Anwar sebagai alibi di dalam perbicaraan, "senjata rahsia" terakhir Anwar, penarikan diri peguam-peguam bela Anwar, peranan Karpal Singh yang "menikam" Anwar membabitkan kes 1997-98, dan banyak lagi..!!!

Anda semua bacalah sampai habis wawancara di bawah...
"AIDCNews – 17/06/11 – YB Datuk Zulkifli Noordin bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) mendedahkan ada rahsia besar kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mengemukakan permohonan menggugurkan hakim dalam strateginya menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurutnya sebagai peguam, Anwar telah kehilangan benteng pertahanan dirinya yang paling penting iaitu alibi.

Malah, katanya lagi, Anwar juga tidak yakin isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mampu berdiri keseorangan di kandang saksi untuk mempertahankan kepalsuan.

Namun, menurut bekas sahabat yang memahami pemikiran Anwar itu, strategi menggugurkan hakim, akan disusuli dengan satu lagi strategi yang lebih hebat, yang sekiranya tidak dibendung akan mampu mengugat kestabilan negara.

Apakah strategi itu ?

Ikutilah wawancara sepenuhnya dengannya, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

AIDC : Kenapa Anwar hendak mengugurkan hakim ketika diminta bela diri?
Saya faham otak Anwar ini. Dia tak mahu berdepan pembelaan. Sekarang dalam peringkat pembelaan, dia kena bagi keterangan. Dia tahu dia (akan) sangkut. Defend Anwar, alibi, (yang bukti) dia tidak ada di situ (telah hancur).

Sekarang jelas dia ada di situ (Kondominium Desa Damansara). Ada cctv yang ditunjukkan dalam mahkamah. Ada cctv (tunjuk) dia masuk ke dalam bangunan itu. Saiful pun masuk ke dalam bangunan itu. Ketua Staff Anwar sendiri pun confirm.

Maknanya, nak kata dia tidak ada di situ,(tak boleh sebab) dia ada. Jadi, defend alibi dia itu dah hancur.

Kedua, hakikat bahawa ada DNA dia. DNA yang bersumberkan air mani, sekarang telah disahkan miliknya di dalam dubur Saiful.

Dia nak jawab macam mana itu? Dulu Azizan boleh, sekarang tak boleh. Tak boleh nak jawab dah tu.

Maknanya Anwar tahu dia kena berdepan dengan (perkara) ini dan rakyat akan dengar.

Ok, bila peguam (dia) tanya, dia boleh lah,(tunjuk) hebat. Tapi, bila Peguam Negara tanya, dia tak boleh lari. Dia sorang-sorang kata atas stand (kandang saksi) itu.

Kedua, antara saksi alibi yang (akan) dipanggil ialah Wan Azizah.

Pada saya lah, yang saya faham otak Anwar, dia tidak yakin dengan Wan Azizah boleh duduk dalam kandang saksi itu.

Kita kena bayang, Wan Azizah duduk dalam kandang saksi sorang-sorang, dan pada masa itu, tidak ada siapa pun boleh jaga dia.

Peguam Negara tanya dia soalan bertalu-talu, saya rasa ada kekhuatiran di peringkat Anwar takut Wan Azizah (akan) break.

Bukan senang nak mempertahankan pembohongan ini. Bukan senang.

AIDC: Akan keluar yang sebenarnya?

Kemungkinan akan keluar. Jadi, mengambil semua ini, memahami kepala otak Anwar ini, pada dia lebih baik mengambil risiko buat rusuhan.

Sebab saya sendiri (pernah) terlibat. Daripada dia berdepan perbicaraan kesnya, lebih baik (dia) buat (rusuhan).

(Pada tahun 1998) Saya antara orang yang menjadi dalang utama masa itu. Kita pergi bakar kat Masjid India, kita pergi baling bomb molotov cocktail kat Sri Perdana.

Kita ada perancangan nak pergi baling bomb molotov cocktail kat Stadium Bukit Jalil masa itu sebab Queen Elizabeth ada. Kita nak cetus kekecohan.

Saya ingat lagi, arahan (diberikan) kalau dia (Anwar) kena tangkap apa semua, bawa cerita (bahawa) dia akan disuntik virus HIV.

Jadi, saya faham otak Anwar ini. Dia bukan berminat dengan SPR-Bersih ini. Diri dia pun tak bersih. Parti dia sendiri pun tak bersih.

Jawatan Ketua Umum mana ada dalam perlembagaan PKR. Macam mana dia tiba-tiba boleh jadi Ketua Umum. Tak bertanding pula itu. Lantik diri sendiri.

Kalau faham kepala otak Anwar ini, sekarang ini aku nak kena panggil pembelaan diri, aku dah tahu aku tak boleh jawab, alibi aku pun dah habis, bini aku pula nak bagi keterangan, boleh pakai ke tak bini aku ni.

Isu jam Omega pun nampak Wan Azizah (dah gabra)…itu dengan keliling orang-orang kanan dia, Khalid Ibrahim..dengan peguam-peguam dia keliling Wan Azizah pun dah nampak Wan Azizah gabra, nampak kelam-kabut, cuba bayangkan (kalau) dia sorang-sorang kat atas (kandang saksi).

Kalau saya jadi Anwar, faham otak dia, dia (sudah) tidak yakin dah tu.

Jadi, dalam keadaan itu, dia kena ambil risiko, nak teruskan perbicaraan ke, (atau) halang perbicaraan.

Ok, kita dah cantik dah (sebab dah) ada BERSIH. Kita gunakan BERSIH, cetuskan rusuhan.

Jadi, saya nampak Anwar tak berani berdepan dengan perbicaraannya. Di situ, BERSIH penting kepadanya.

Anwar ini oportunis, dia bukan strategi. Dia nampak ada peluang, dia akan guna. Dan saya cukup yakin, Anwar akan guna BERSIH ini untuk cetuskan sesuatu supaya kes dia tak berjalan.

AIDC: Akan berlaku seperti Rusuhan 13 Mei ?

Ini lebih teruk daripada 13 Mei. Sebab saya terlibat sendiri dalam 1998. Tahun 1998, kita betul-betul buat. Cuma yang tidak berjaya masa itu adalah membakar Stadium Bukit Jalil, malam perasmian Sukan Komanwel 1998.

Sebab (pada masa itu), polis (telah) ISA kan kami berlima. Bila kita lihat balik, polis ambil tindakan yang betul. Saya antara orang yang kena tahan ISA.

Cuba bayangkan, saya orang yang kena tahan ISA, hari ini bercakap yang tindakan polis itu betul.

Memang betul, kalau polis tidak ambil tindakan ISA malam itu, saya ingat huru-hara.

AIDC: BERSIH 2.0 ini (akan) lebih teruk daripada apa yang berlaku pada 1998?

Saya jangkakan akan lebih teruk. Akan ada orang yang pergi ke BERSIH ini beranggapan ianya hanya untuk SPR. Tapi dia tidak tahu Anwar..dia tak faham Anwar.

Sebab itu saya sebut kepada kawan-kawan saya dalam PAS-PKR, kamu tidak faham otak Anwar.

Masa jadi (tahun) 1998, kamu pun tak ada. Saya antara orang yang terlibat, saya tahu. Tanyalah saudara Ezam Mohd Noor. Cuba tanya. Ini orang yang terlibat, yang faham strategi..cara Anwar berfikir.

Dia akan guna (BERSIH) itu. Memang perhimpunan itu dikatakan untuk SPR, tapi dia akan guna itu, bila ada perhimpunan untuk cetuskan (huru-hara).

Saya tidak akan discount benda itu tidak akan berlaku. Pada saya, benda itu cukup yakin akan berlaku.
AIDC: Kenapa agaknya Hj Sulaiman Abdullah tarik diri (jadi Ketua Peguam Bela Anwar) ?

Saya tak dapat berbincang dengan Tuan Hj Sulaiman Abdullah (tentang) kenapa dia tarik diri. Jadi, untuk saya komen kenapa dia tarik diri, saya tak ada dalam kedudukan itu.
AIDC: Kenapa Peguam bela Anwar dulu (kes liwat 1) tidak ada (dalam kes II) ?

Sebenarnya yang sembilan orang (peguam) itu, (hanya) seorang sahaja yang ada. Sankara Nair saja, yang lapan orang semua dah tidak ada.

Adakah ini satu isyarat dah tidak percaya? Ataupun satu isyarat meninggalkan Anwar terus? Itu masing-masinglah.

Zainur Zakaria sudah tidak percaya dengan Anwar. Dia pun cakap secara terbuka di pentas-pentas ceramah (bahawa) dia sudah tidak percaya dengan Anwar.

AIDC: YB tidak ditawarkan menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat 2 ini ?

Memang saya ini bertindak sebagai peguam dia. Masa kejadian itu (28 Jun 2008, di Quality Hotel), kita antara peguam yang terlibat. Kita bincang.

Tapi, tiba-tiba ada yang tarik diri. Tak mahu. Ada yang tidak berminat tanpa memberitahu sebab apa.

Jadi, kita pun faham-faham sendiri lah.

AIDC: Adakah Karpal Singh sudah tidak larat untuk membela kes Anwar ini dan (sudah) tahu akan kalah?

Karpal ini ada agenda dia sendiri. Dalam Parlimen pada tahun 1997, dia yang dedahkan. Disebabkan pendedahannya yang (menuduh) Anwar ini kaki liwat, yang dia ada dokumen , ada bukti, itu yang menyebabkan kerajaan siasat.

Dia (Karpal) yang sebabkan kerajaan siasat. Depan Tun Dr. Mahathir masa itu, dia yang suruh siasat. Bila kerajaan siasat dan didapati betul apa yang Karpal cakap itu, (maka) dikenakan pertuduhan.

Jadi, Karpal Singh tahu siapa dia Anwar Ibrahim.

Orang-orang Pas. Saya faham mereka ini. Mereka ada agama, ada kitab, ada kebersihan hati.

Cuba kita fikir, satu hal, Karpal yang menentang Negara Islam konsisten dari dulu, over dead my body, letak diri dalam keadaan yang peguam (Karpal) yang pernah kata Anwar kaki liwat, yang kata dia ada bukti dan disebabkan pendedahannya Anwar kena (penjara), hari ini menjadi peguam Anwar.

Cuba fikir, adakah (Karpal) ada sebab lain? Tidak adakah agenda lain? Rumusannya, mesti ada.

Tak kan Karpal Singh saja-saja nak bela dalam keadaan dia pernah tuduh Anwar dan bila berlaku pembohongan 16 September terbongkar, Karpal antara orang yang awal yang mendesak supaya Anwar bertaubat, (suruh) letak jawatan.

Jadi, tak kan lah orang Pas yang khususnya ada agama, tak kan tidak nampak semua ini. Tak kan kita sampai jadi buta macam itu.

Baru-baru ini saya pergi ke Turki. Pergi ke tugu Kamal Atartuk. Orang Pas marah. Ooo pergi ke tugu Kamal Atartuk.

Saya kata, saya pergi ke tugu Kamal Atartuk itu pun buat bising. Dia dah mati pun. Yang kau pergi sembah Karpal Singh ini, jadikan Ambiga sebagai ketua, (itu apa cerita). Itu orang hidup.

Saya pergi tugu Kamal Atartuk, orang dah mati. Sebab saya nak tengok, macam mana keadaan Kamal Atartuk ini.

Dan bila saya tengok di situ, saya jadi hairan, macama mana Kamal Atartuk orang yang (sudah) jelas-jelas macam jenis Karpal Singh, macam Anwar ini, yang jelas-jelas Tuhan tunjuk ini, (tetapi) ada orang Turki yang beragama Islam, boleh sokong dia masa itu.

Jadi, saya (pun) hairan.

Apabila saya tengok (di Malaysia pula), ada orang Pas hari ini yang tarbiah, yang kuliah, yang takzirah dan macam-macam, (tetapi masih lagi) boleh sokong Anwar. Boleh sokong orang macam Karpal Singh. Boleh jadikan Ambiga yang anti-Islam sebagai ketua dia dalam BERSIH.

(Jadi) Saya tidak hairanlah ada orang macam Kamal Atartuk dan ada penyokong-penyokong dia.
AIDC: YB melihat taksub itu melebihi segala-galanya?

Mereka jadi betul-betul golongan yang Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 7-12. Rumusannya, mereka ni walaupun ada kitab di tangan mereka, jadi golongan pekak, bisu dan buta. Dia buta habis, tidak nampak dah. Ini yang jadi sekarang.

Sebab itu saya konsisten beritahu mereka, baca Surah Al-Baqarah, ayat;7-12, ayat; 1-10 Al-Kahfi..baca.

Kenapa Kristian akan memanggil Anwar dalam perjumpaan tertutup mereka?

Sekarang ini mereka sudah tahu Anwar ini penganut agama fahaman pluralisme. Anwar sendiri dedahkan. Bukan kita yang dedahkan.

Dia sendiri yang dedahkan dalam blog dia, dalam ucapannya di London School Economics (LSE) pada 18 Mac yang dia pengikut fahaman pluralisme.

Dia percaya pluralisme yang mana pluralisme ini adalah fahaman yang menyamakan semua agama satu. Sama. Menuju Tuhan yang sama.

Jadi, orang yang faham itu, sekarang baru nampak kenapa dia rupa-rupanya bersetuju kenapa kalimah Allah Kristian boleh guna. Sebab, dia faham semua agama sama.

Jadi, kalau saya orang Kristian, saya akan guna orang macam ini lah. Tak kan dia nak jumpa Ustaz Hadi. Dia tahu Ustaz Hadi akan lawan. Tak tahulah Ustaz Hadi akan lawan ke tak sekarang ini. (Namun) Persepsi dia Ustaz Hadi tidak akan setuju.

Kalau ulama macam Datuk Dr. Harun Din sendiri, isytihar secara terbuka, siapa yang meredhai kalimah Allah digunakan oleh Kristian secara syirik ini, (adalah) kafir.

Dalam keadaan itu, kalau kita sebagai orang Kristian yang ada niat semacam yang Allah sebut dalam al-Quran itu, kita akan jumpa orang macam Anwar lah."

Sejuuuukkk..!!! Tahniah dan Syabas kepada seluruh umat Islam di Pulau Pinang..!!!



Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Pulau Pinang, (kecuali yang menyokong UMNO/BN), kerana berjaya tidak lama lagi masjid-masjid yang berada di negeri itu akan menjadi tunggangan DAP, laknatullahi alaihim! Tahniah kepada Pas Pulau Pinang, PKR Pulau Pinang dan DAP Pulau Pinang yang berjaya menjajah masjid!

Dengan mengadakan piliharaya masjid, secara automatik, pihak Kerajaan DAP dapat menguasai rumah-rumah Allah di Pulau Mutiara itu. Mana tidaknya? Rumah-rumah Allah yang bebas politik itu bakal menjadi pusat pengundian, perebutan kuasa dan kerakusan politik pihak yang tidak bertanggung jawab!

Bukan mudah untuk menembusi benteng masjid. Hal ehwal Islam di sesebuah negeri terletak di bawah Sultan atau DYMM Yang DiPertuan Agong. Dengan tindakan Kerajaan "Khalifah" Guan Eng yang menjadi rujukan Pas tersebut, secara automatik juga mereka membenarkan "Khalifah" mereka itu membelakangkan DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan itu. Ternyata, DYMM Yang DiPertuan Agong tidak dipandang langsung kedudukan dan kuasanya oleh Guan Eng.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim juga pernah cuba untuk menembusi dan mencampuri hal ehwal agama Islam di Selangor dengan cuba merompak hasil kutipan zakat di Selangor. Namun, mujurlah DYMM Sultan Selangor sempat menyelamatkan keadaan. Jika tidak, sudah tentu wang zakat Selangor itu sudah "selamat" ke kocek puak-puak Pakatan Haram Selangor.

Kini, Guan Eng berkurang ajar pula dengan DYMM Yang DiPertuan Agong dengan membelakangkan Baginda dengan mempolitikkan masjid di Pulau Pinang. "Ampun Tuanku, patik berharap agar Tuanku dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Guan Eng yang cuba mencemarkan rumah-rumah Allah di Pulau Pinang, ampun Tuanku, sembah patik harap diampun".

Saya bimbang, selepas ini, Guan Eng dan konco-konconya akan mempergunakan masjid sebagai "port-port" mereka untuk berceramah politik. Sekiranya Yang DiPertua Jawatankuasa Masjid itu berada di dalam genggaman mereka, sudah tentu dengan sewenang-wenangnya mereka akan mempergunakan rumah-rumah Allah itu untuk berpolitik.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya selepas ini kuffar-kuffar DAP ini akan masuk ke dalam masjid tanpa rasa bersalah dan dengan kurang ajar mengotori kesucian rumah-rumah Allah dengan dakyah busuk politik mereka. Perkara ini sudah berlaku selepas ini di beberapa masjid dan akan berulang lagi secara bebas selepas ini di Pulau Pinang.

Selain itu, saya juga menggesa agar Dewan Pemuda Pas, khususnya Nasrudin Tantawi, untuk berhimpun di depan pejabat "Khalifah"nya itu bagi membantah, mengecam dan mengutuk tindakan Kerajaan DAP yang cuba mencemarkan nama baik Islam dan mengenepikan kuasa Institusi DiRaja. Janganlah bersikap "double standard" dengan memprotes kartun saja. Nasrudin takutkah berhadapan dengan Guan Eng? Pejuang Islam apa ke namanya begitu...?

Sumber: MyKMU.net

PANASSS..!!! Cybersecurity apa ke jadahnya lagu ni?




Semalam, memang hari yang memalukan bagi seluruh admin yang mengendalikan website-website rasmi milik Kerajaan. Sangat memalukan. Dari 51 buah website, 41 laman web rasmi milik Kerajaan yang telah berjaya diceroboh oleh hackers-hackers. Sila rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Maximus Ongkili yang merupakan Menteri MOSTI di mana Cybersecurity berada di bawah kementeriannya pula mengambil pendekatan "mencuci tangan", rujuk di sini.

Pelik betul! Yang paling memalukan ialah laman-laman web milik kerajaan tersebut diserang oleh hackers tempatan! Local Hackers ini menyerang laman-laman web tersebut lebih awal sedikit berbanding waktu serangan yang dirancang oleh "Anonymous". Dengan local hackers pun boleh kalah? Cybersecurity apa lagu tu? Tak secure pun!

Anonymous siap bagi masa lagi untuk Cybersecurity dan seluruh admin kementerian untuk bersedia dengan serangan mereka. Mereka bagi tempoh 48 jam dengan meng"inform" lebih awal mengenai serangan mereka. Itu pun boleh lolos? Bersedia apa ke jadahnya lagu tu? Tu belum kena ambush lagi tu...kalau kena ambush di waktu puncak, rasanya habus jammed semua kementerian yang terlibat!

Bro...lagu ni la bro. Benda-benda security yang melibatkan laman-laman web kerajaan ni janganlah di ambil mudah. Benda ni melibatkan kepentingan Kerajaan. Bila melibatkan kepentingan Kerajaan, maka ianya melibatkan rakyat jugak. Kalau hackers tu hack Kementerian Pertahanan dan dapat macam-macam info rahsia membabitkan keselamatan negara, macamana? Jual info rahsia kerajaan pun boleh buat duit, bro...!!! Tak caya tanya Anwar...

So, saya harap, pihak-pihak berkaitan take serius la perkara ni. Buat fortress yang kuat sikit. Saya tahu susah, memang susah pun. Hackers-hackers ni memang power. Laman web CIA, Pentagon, Whitehouse pun diorang boleh hack, apatah lagi laman web kita ni. So, beringatlah sikit...

Thursday, June 16, 2011

Nasrudin tersinggung Presidennya disindir, Islam dicabul tak tersinggung pulak!



Esok, pada jam 9 pagi, dikhabarkan bahawa Dewan Pemuda Pas akan berhimpun di depan ibupejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin untuk membantah penyiaran kartun, karya Miko, di akhbar tersebut baru-baru ini. Sila rujuk di atas untuk kartun tersebut.

Pertamanya, saya rasa sangat lucu dengan reaksi Dewan Pemuda Pas yang "sangat tersinggung" dengan kartun tersebut. Mereka tidak tersinggung pun dengan Lina Joy yang murtad. Mereka tidak tersinggung pun dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreevenasan, yang menyokong kemurtadan Lina Joy, dan menyokong isu murtad di kalangan umat Islam.

Dewan Pemuda Pas sedikit pun tidak tersinggung dalam penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian dalam makalah mereka. Mereka tidak sedikit pun tersinggung dengan pencabulan hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah" untuk umat Islam, oleh kuffar yang sering mencari jalan mengkristiankan umat Islam negara ini.

Dewan Pemuda Pas tidak tersinggung pun dengan gagasan Pas yang baru, yang lebih mengutamakan negara kebajikan berbanding negara Islam yang diperjuangkan mereka berpuluh-puluh tahun sebelum ini. Malah, mereka sedikit pun tidak mereka tersinggung dengan Nor Azman Beginda, yang seolah-olah mempermainkan aqidah Islam, sekejap Islam, sekejap bukan Islam, sekejap masuk Islam balik, lepas tu keluar Islam!

Mereka juga tidak tersinggung dengan Anwar, "Raja Pluraslisme" yang menyebarkan fahaman sesat itu melalui Institut Kajian Dasar (IKD) yang dinaunginya. Mereka juga tidak tersinggung dengan sekutu mereka, Eli Wong, yang bersepara bogel bersama bekas teman lelakinya, yang dipercayai seorang penganut agama Islam. Mereka juga tidak tersinggung dengan makcik-makcik Pas yang menangis membela perbuatan "jalang" Eli Wong tersebut.

Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan pencabulan kedaulatan Islam, fikrahnya, imarahnya, muamalahnya dan dasarnya yang Dewan Pemuda Pas tidak tersinggung. Dewan Pemuda Pas hanya akan tersinggung hanya jika isu tersebut melibatkan kepentingan politik mereka, terutamanya melibatkan UMNO atau BN.

Tulenkah perjuangan Islam sebegitu? Mengapa hanya "tersinggung" untuk isu-isu terpilih? Mengapa "buih pepsi cola" Pas ini pilih kasih dalam isu mendaulatkan Islam di Malaysia? Yang mana satu keutamaannya? Islam atau Politik?

Jika dilihat dari muamalah Dewan Pemuda Pas ini, saya berpendapat, mereka lebih meng"aula"kan Politik berbanding Islam itu sendiri. Berlawanan dengan apa yang mereka katakan pada rakyat selama ini.

Esok mereka akan membuat demo protes di depan Utusan. Kononnya "tersinggung" dengan kartun oleh Miko itu. Nampaknya, mereka "terasa" apabila Presiden mereka disindir sinis oleh kartunis itu.

Pada saya, saya melihat kartun tersebut bukanlah bertujuan untuk menyindir atau berniat memberikan gambaran yang salah terhadap Islam. Kartun itu berkemungkinan besar adalah untuk menyindir Pas dan Hadi! Semua sedia maklum, bahawa Hadi menafikan bukti "qarinah" rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar dengan menyifatkannya sebagai "besi"! Ada ke individu lain yang menyifatkan video tersebut sebagai "besi" selain Hadi?

Silap Miko hanya satu. Silapnya, Miko tidak meletakkan tag nama "HADI" pada "Tok Penghulu" tersebut. Sepatutnya, Miko menamakan watak "Tok Penghulu" itu sebagai "Tok Presiden" dan meletakkan lambang "bulan purnama" di tepi meja "Tok Presiden" pada karyanya. Lebih tepat kena batang hidung mereka!

Kepada Dewan Pemuda Pas, terutamanya kepada Nasrudin Tantawi, saya harap janganlah bersikap tidak adil dalam menegakkan Islam di negara ini. Utamakanlah Islam dahulu, kemudian barulah politik dan lain-lain. Politik ni semuanya "dunia", Ostat oi..!!! Esok dalam kubur, bukannya di tanya kita ni UMNO ke, Pas ke, PKR ke, DAP ke, atau PPP ke! Innama akramakum 'aidAllahi "ATQAAKUM"...

Sumber: MyKMU.net

Hangat berapiii..!!! Artikel MARAH untuk Anwar...!!!



Baru-baru ini, Anwar ada berceramah di Brickfield. Selepas ke utara menjual temberangnya di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, dia kembali ke ibunegara. Di jual autanya di Brickfield pula. Nak tahu benda apa yang dia autakan?

Dia kata, sekatan terhadap Bersih 2.0 membuktikan UMNO tipu dalam pilihanraya kerana menyekat Ambiga untuk memantau pilihanraya di Sarawak.

Eiii...mamat ni. Jika diturutkan hati, nak saja saya lempang orang tua kutuk tak sedar diri ni. Hanya kerana SPR tak bagi Ambiga pantau pilihanraya, bapak Nurul Izzah ni tuduh Kerajaan menipu ketika pilihanraya? Kepala bapak dia lahhhh..!!! Astaghfirullahil Azim...

SPR yang tak benarkan, Kerajaan pulak yang kena? Siapa Ambiga untuk dapat keistimewaan untuk memantau pilihanraya? Best sangat ke Ambiga tu? Dia tu Brahmin ke? Kasta tinggi sangat ke? Kalau dia kasta tinggi sekalipun, tapi kalau perangai lebih teruk dari paria, elok terajang masuk lombong je!

Sekiranya SPR berikan kebenaran kepada Ambiga untuk pantau pilihanraya, sudah tentu ramai lagi yang nak join pantau pilihanraya. Kalau SPR beri kebenaran pada Ambiga, mengapa SPR tak boleh beri pada orang lain? Lama-lama penuh sesak pusat-pusat pengiraan undi dengan pemantau! Pemantau lebih ramai dari tukang kira undi.

Pemerhati dari setiap parti bertanding dah ada, pemantau rasmi dari luar negara pun ada. Buat apa Ambiga nak jadi pemantau lagi? Menyebok nak tunjuk hebat? Nak cari publisiti murahan? Kalau Ambiga nak sangat glamour, jadilah bintang bollywood, tentu glamour!!! Tambah-tambah kalau ambil Anwar jadi Sibaji The Putar Alam, tentu box opis punyaaaa...!!!

Kalau pembaca nak tahu, ketika pilihanraya Sarawak, Gobalakrishnan yang datang ke Sarawak nak bantu BN berkempen pun imigresen tak lepas masuk. Sebab apa? Sebab Kerajaan Negeri Sarawak mahu berlaku adil. Sekiranya Sivarasa tak dapat masuk, Gobala pun tak dapat masuk juga. Bukan sebab sokongan politik. Sebab mereka ada rekod buat kacau dulu!

Seperkara lagi, Anwar dalam ceramahnya, suka benar tanya soalan dan kemudian dia jawab sendiri soalan dia tu. Contohnya...
"Kenapa UMNO tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil?"

"Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah."

Kepala hotak dia lah! Dia yang tanya, dia pulak yang jawab sendiri? lepas tu dia jawab ikut sedap mulut bapak dia saja...

Sejak bila UMNO tak boleh jalankan pilihanraya yang bebas dan adil? UMNO tak pernah "conduct" pilihanraya sejak pilihanraya diperkenalkan di Tanah Melayu atau Malaysia. Semuanya badan bebas dan SPR yang uruskan. Apa pula kena mengena dengan UMNO? UMNO sebok berkempenlah! Tak ada masa nak "conduct" pilihanraya!

Lagi pun, tidak pernah pun terbukti bahawa pilihanraya yang SPR jalankan itu tidak bebas dan tidak adil. Sekiranya pilihanraya yang SPR jalankan itu tidak adil dan tidak bebas, sudah tentu Kelantan takkan dapat pada PAS. Paling kuat pun, PAS hanya akan memerintah Kelantan sepenggal saja! Pada PRU 2008, BN kalah 5 negeri! Tak bebas lagi, kah? Tak adil lagi, kah?

Berbalik kepada sikap Anwar yang suka bertanya dan kemudian menjawab sendiri soalannya itu. Suka saya nyatakan pada Anwar, saya pun boleh buat begitu. Sebagai contoh...
"Kenapa sampai sekarang Anwar tak tunjukkan jam tangan OMEGAnya?"

"Kerana Anwar sudah tertinggal di bilik hotel ketika melanggan China Doll, jam tangan OMEGA tak ada pun dirumahnya, jam tangan jenama lain ada laaa..."

Atau...
"Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah berhubung kes Saiful dan skandal video seksnya?"

"Kerana memang Anwar tahu dan sedar bahawa dia meliwat Saiful dan melanggan China Doll!"

Nak lagi soalan dan jawapan? Sudahlah. Malas saya. Lagi pun, saya bukannya seperti Anwar yang suka bertanya soalan dan jawab ikut sedap mulut bapak dia saja!

Pada saya, Anwar ini tidak layak digelar manusia. Manusia jenis apakah ini yang sendiri membuat dosa, tapi menuduh orang lain yang tidak berdosa melakukan dosanya. Manusia jenis apakah ini yang menuduh Najib dengan pelbagai fitnah, sedangkan dia sendiri tidak mahu mengakui dosa yang dilakukannya.

Siapakah "binatang" ini. Dialah bapak kepada Nurul Izzah, suami kepada Kak Wan Azizah! Kasihan...keluarga yang tidak berdosa pun terpalit tahinya..!!!

Sumber: MyKMU.net

Panassss...!!! Status PAS yang terkini...!!!



Pas hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam. Ramai pengikut Pas berasakan bahawa parti itu setaraf dengan Islam, tapi hakikatnya, Pas itu bukan lah agama. Pas cuma ditunggang oleh beberapa pemimpin mereka undi mencari kuasa politik didalam negara saja.

Pas itu sendiri mempunyai banyak kelemahan dan cacat cela. Tetapi pemimpin dan penyokongnya ramai yang berasakan bahawa mereka lebih bagus dan lebih islamik dari orang muslim lain didalam negara. Sekadar menyertai parti politik yang menggunakan nama Islam, dan juga melekatkan pelekat kereta yang mempunyai ayat-ayat Islam, itu bukan jaminan mereka akan jadi lebih baik.

Pengikut-pengikut Pas ramai yang menganggap puak mereka saja yang betul. Yang jadi masalahnya, mereka menganggap orang selain ahli Pas, buat baik semua salah dan tak kena. Ini salah satu sebab Pas tak disukai oleh majoriti umat Islam dalam negara.

Berkenaan hubungan Pas dengan parti sekular DAP, kita boleh lihat betapa Pas amat kurang bijak bila berhadapan dengan kumpulan tersebut. Kafir itu sendiri sudah zahirnya penuh dengan muslihat untuk menjatuhkan Islam. Dan DAP itu sendiri memang banyak akal.

Banyak pihak melihat hubungan Pas dan DAP hanya menguntungkan parti kafir tersebut. Dan dalam banyak keputusan, nampak seolah-olah Pas tertipu dek karenah DAP. Yang paling jelas boleh kita nampak ialah berkenaan umat Islam di Pulau Pinang. Apa yang Pas perjuangkan mengenai mereka yang berada dibawah cengkaman kafir DAP?

Didalam soal kebajikan umat Islam di negeri itu, Pas kata umat Islam di Pulau Pinang tidak dipinggirkan. Apa yang terjadi mengenai masalah umat Islam disana hanyalah merupakan fitnah Umno saja.

Pas kata kerajaan DAP Pulau Pinang lebih bagus dari Umno sebab selesaikan masalah kubur masyarakat Islam di Jelutong. Itu sebenarnya bukan selesaikan masalah umat Islam, itu sebenarnya mengambil kesempatan terhadap masyarakat untuk meraih populariti. Apakah dengan bagi tanah kubur, umat Islam boleh berbangga dengan DAP?

Pas juga mencanangkan DAP sangat prihatin kerana memberi peruntukan untuk hufaz di negeri Pulau Pinang. Mereka juga mewar-warkan yang Jabatan agama islam dan Universiti islam telah ditambah. Diatas kertas memang lah nampak elok, tetapi sebenarnya semua itu hanya sekadar cadangan saja, bukannya direalisasikan dengan tindakan.

Pernah tak Pas terfikir untuk memperjuangkan soal pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan umat Islam di Pulau Pinang? Apa rancangan Pas untuk ubah nasib umat Islam disitu yang sudah jadi macam pelarian di negeri sendiri?

Dalam isu perobohan gerai-gerai melayu, Pas berkata itu bukanlah perkara baru di Pulau Pinang. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa perobohan gerai umat Islam juga berlaku di zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

Inilah satu perangai Pas yang langsung tak berubah dari dulu sampailah sekarang. Mereka mengalihkan kesalahan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain. Bagi mereka, tak salah untuk melakukan apa saja kesalahan sebab Umno dan Bn juga melakukan perkara yang sama. Jadi apa bezanya Pas dengan Umno? Ini juga satu sebab kenapa ramai umat Islam yang menyampah dengan Pas.

Pemimpin-pemimpin Pas dengan bangganya mengaku ikut sunnah Nabi. Pemimpin Pas juga tak malu berimejkan Islam seperti para rasul dan sahabat di zaman dulu. Tapi kalau perangai mereka tak macam yang disunnahkan, siapa nak sokong Pas?

Lebih memalukan, Pas secara tak langsung memburukkan imej Islam bila mereka berpakaian saja seperti orang alim, tetapi akhlak mereka lebih teruk dari manusia di zaman khawarij.

Sumber: Click sini...

Wednesday, June 15, 2011

Kejutan tengah malam ini di stesen-stesen petrol berdekatan anda, tunggu selepas jam 12 malam..!!!!!



Saya ada berita untuk diberitahu kepada pengguna-pengguna minyak Ron97 di seluruh negara...!!!

Sekiranya anda semua pergi mengisi petrol kenderaan anda malam ni selepas pukul 12 malam, jangan terkejut sekiranya anda mendapati harga petrol Ron97 yang anda isi tu kurang 10 sen seliter!

Anda tidak tersilap. Memang betul pun harga Ron97 turun kepada RM2.80 seliter bermula jam 12 tengah malam ni. Tak caya, sila rujuk di SINI.

Lagi satu, kepada sesiapa yang tinggal di sekitar ibu kota dan dekat dengan Masjid Negara, selepas jam 1 pagi ni, bolehlah singgah-singgah di perkarangan Masjid Negara. Malam ni ada pencerapan gerhana bulan di situ.

Kalau teringin nak tengok, singgahlah di situ. Boleh la isi minyak sekali. Well, rasanya Kerajaan tak perlu tunggu pilihanraya pun untuk turunkan harga minyak.

Kerajaan turunkan harga minyak pun tak bising-bising macam puak-puak pakatan yang menyalak-nyalak ambil kesempatan politik. Kerana minyak naik harga, diorang ada point nak salahkan kerajaan. Tapi bila minyak turun, apasal tak menyalak?!

Panasss..!!! Tuan Ibrahim menunjukkan kebodohannya yang pertama..!!!



Gesaan Ketua Penerangan Pas yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya PDRM mengambil tindakan terhadap PERKASA adalah satu kenyataan putar alam pertamanya bagi jawatan itu. Langkah pertama yang dangkal dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat. Itu belum lagi langkah-langkah Tuan Ibrahim yang seterusnya...

Kenyataan Tuan Ibrahim dilaporkan begini oleh HARAMkahdaily...
"Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)."

Saya ingin bertanya, siapa yang provoke siapa? Tuan Ibrahim nak main putar alam ke? Hakikatnya, Bersih 2.0 inilah yang cuba membuat provokasi besar-besaran terhadap Kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan haram yang merugikan rakyat dan peserta perhimpunan itu sendiri! Tak ada timbul pun cerita mengenai PERKASA dalam cerita provokasi awalnya!

Yang mengancam keselamatan awam ialah penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0. Yang mencetuskan kemarahan awam ialah penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0. Perkara ini tidak ada kena mengena dengan PERKASA atau mana-mana pihak!

Jika dilihat dari sejarah perhimpunan ini pada kali pertama dulu, apakah ia berlaku di dalam keadaan aman tenteram tanpa sebarang kekacauan? Apakah Bersih yang pertama dulu tidak mengancam keselamatan awam dan tidak menyusahkan rakyat awam?

Tak payahlah nak bersandiwara, hakikatnya ramai yang tahu bahawa himpunan Bersih yang pertama sangat ganas, hinggakan turut mencederakan pihak polis yang cuba meleraikan perhimpunan tanpa permit tersebut. Semua orang tahu hakikat itu. Apa Tuan Ibrahim "buta" sejarah?

Tak payah nak menafikan bahawa himpunan Bersih kali pertama dulu menyusahkan pelbagai pihak. Sama ada pengguna jalanraya di tengah ibukota atau peniaga berdekatan, semuanya dilibatkan sekali dalam huru hara. Jalan sesak teruk selama berjam-jam. Manakala banyak peniaga yang terpaksa tutup kedai kerana bimbang peserta himpunan haram tu masuk kedai sebab nak lari dari "water cannon"!

Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat, pulak nak jadi "pom-pom gurl" untuk Tuan Ibrahim. Dia kata himpunan Bersih 2.0 bakal bawa masuk aliran tunai RM30 juta untuk peniaga sekitar kawasan perhimpunan. Kepala hotak dia! Dia ingat puak-puak himpunan Bersih part I pergi bershopping ke kat kedai-kedai tu dulu? Bodoh tak kena gaya! Bagi pendapat pun letak otak kat kepala lutut!

Pada saya, tindakan PERKASA yang turut akan berhimpun pada Bersih 2.0, pada 9 Julai depan adalah satu tindakan yang berani untuk meneutralkan provokasi bangang pihak pembangkang yang bodoh! PERKASA tidak berniat pun nak provoke sesiapa. Mereka cuma hendak menunjukkan bahawa mereka membantah perhimpunan Bersih 2.0 diadakan kerana merugikan rakyat! Itu saja. Mereka hanya mencegah satu serangan virus saja!

Sebagai contoh, kumpulan hackers nak serang laman web kerajaan. Habis tu, takkan Kerajaan nak buat bodoh saja? Terima saja provokasi kumpulan hackers? Sekurang-kurangnya, tentulah ada beberapa pihak yang akan bertindak mencegah mereka. Bezanya cuma PERKASA bantah Bersih 2.0 sebab menyusahkan rakyat, bukan kerajaan!

Bersih 2.0 ingat Kerajaan peduli sangat ke dengan desakan mereka? Kerajaan tak pernah campur soal SPR. Ketelusan SPR dalam setiap PRU atau PRK terbukti dan tidak ada apa-apa isu berbangkit yang dikenal pasti "kotor" untuk dibersihkan. Tak ada apa-apa yang patut di protes pun sebenarnya. Himpunan ini tak lebih untuk membuat provokasi jahat terhadap Kerajaan. Itu saja tujuannnya.

Jadi, tak payahlah Tuan Ibrahim nak tunjuk otak bebalnya selaku Ketua Penerangan Pas yang baru. Islam tak suruh pun buat demo-demo begini. Islam mana yang ajar Tuan Ibrahim begitu? Islam versi Anwar atau versi Guan Eng? Sewajarnya Tuan Ibrahim terangkan perkara yang elok tentang Islam sebenar, bukan memburukkan nama Islam!

Sumber: MyKMU.net

Sejuuukkk..!!! Baru menang AJK, Mazlan Aliman sudah angkuh bongkak..!!!


Tak habis-habis Mazlan Aliman menunjukkan sifat mazmumahnya. Keangkuhan dan kesombongannya begitu terserlah apabila berkata bahawa PAS tidak pernah tertarik langsung untuk bersatu dengan UMNO, meskipun di bawah BN. Kononnya, PAS tidak pernah lupa dengan memori silam permusuhan antara PAS dan UMNO pada tahun 70'an dahulu.

Baru saja menang bertanding sebagai AJK Pas Pusat, Mazlan sudah bukan main sombong, tidak langsung menampakkan sifat zuhud dan pemaafnya sesama saudara seIslam. Sudahlah selama ini dibesarkan dengan jasa dan budi Tun Abdul Razak yang membina Felda, Mazlan mengutuk pula Kerajaan yang selama ini membela Melayu, termasuk keluarga Pak Cik Aliman selama lebih puluhan tahun.

Tidakkah Mazlan sedar bahawa sikap PAS yang enggan melupakan memori silam sengketa antara PAS dan UMNO yang memecahkan perpaduan umat Islam pada sekitar tahun 70'an itu menunjukkan dirinya sebagai seorang pendendam? Apakah Rasulullah SAW dahulu mengajar umatnya agar bersikap berdendam antara satu sama lain?

Sekiranya Mazlan berdendam sangat dengan UMNO dan kepimpinannya pada tahun 70'an dahulu, mengapa dia tidak mendesak keluarganya agar berpindah saja dari Felda dan tidak termakan jasa Kerajaan UMNO ketika itu? Tidak malukah Mazlan Aliman? Tanah itu tanah Kerajaan yang diberikan secara percuma untuk menaik taraf kehidupan keluarganya. Tak malukah Mazlan menerima sumbangan dari Kerajaan itu?

Saya percaya, sekiranya bangsa Cina diberi kesempatan sebegitu, mereka akan berterima kasih terhadap BN, sebagaimana mereka berterima kasih pada Nizar yang memberikan tanah kepada mereka selama 999 tahun itu. Namun, mungkin hati Mazlan Aliman sudah hitam gelap untuk mensyukuri nikmat Allah serta berterima kasih pada Kerajaan yang menyampaikan amanah Allah itu...

Dengan menolak perpaduan antara PAS dan UMNO, maka ternyatalah Mazlan Aliman tergolong dari golongan yang menentang ajaran Rasulullah SAW dan Islam yang dibawanya. Allah sendiri berfirman dan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersatu. Namun, hanya kerana kepentingan duniawi yang bernama "POLITIK", Mazlan Aliman sanggup mengkufuri seruan Allah itu. Bongkak sungguh hamba Mu yang bernama Mazlan Aliman ini, Ya Allah..!

Justeru itu, saya memohon kepada Allah SWT agar dibukakan hati Mazlan Aliman dan mereka-mereka yang mempunyai hati sepertinya untuk diberikan hidayah. Semoga mereka dapat melihat hikmah di sebalik penyatuan ummah. Biarpun PAS enggan bersatu bersama UMNO, bersahabat saja sudah cukup. Usahlah bermusuhan. Namun menyedihkan, PAS menolak saudara seIslamnya dan memeluk kuffar laknatullahi alaihim!

Ternyata dunia PAS sudah terbalik. Kerajaan Kebajikan didahulukan, Kerajaan Islam dinafikan. Saudara seIslam dimaki hamunkan, kuffar laknatullah dipeluk eratkan. Mungkin itulah perubahan PAS alaf ini. Wallahualam.

Sumber: Click sini

Sejuuukkkk mata memandang..!!! Video khas untuk Ayah Chik Hadi Awang..!!!



Kepada Ayah Chik (Hj. Hadi) sebagai Presiden Pas, saya menggesa agar beliau menonton video ini. Bagus video ni. Tontonlah dengan hati yang terbuka dan buangkan dulu politik buat sementara...

Selepas menonton, sewajarnya Ayah Chik perlu nasihatkan Azli. Nasihatkan juga Mursyidul Am Pas, Pok Nik Aziz. Nasihatlah mereka sebaik-baiknya.

Kemudian, nasihatkan pula "ostat-ostat" dan "ostazah-ostazah" dalam Pas yang kononnya mewakili akhlak "uswatun hasanah". Tasykilkan mereka. Mungkin sebelum ni mereka tersalah langkah.

Seterusnya, tegurlah Pak Syeikh kita tu. Ustaz Kazim kata, tak elok dok maki orang dalam ceramah. Dok suka sebut "haram jadah" dalam ceramah, lama-lama orang akan panggil dia "Pak Syiekh haram jadah"...nak ke begitu?

Saya ni bukan apa Ayah Chik. Ayah Chik tu Presiden Pas. Kononnya Pas ni parti yang mewakili Islam. Tapi pemimpin-pemimpin Pas sendiri tak mencerminkan Islam pun. Tegurlah mereka. Bukan apa..kan dah jadi tanggungjawab Ayah Chik...

Risau jugak kalau-kalau perkara ni ditanya pada Ayah Chik dalam kubur nanti...kan Ayah Chik, kan?

Panasss lagiii..!!! Fakta mengenai Ambiga yang perlu anda tahu..!!!



Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?


Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?



Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.


Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?


Syabas kepada Bro Angin Perubahan yang membongkar tentang siapakah Ambiga sebenarnya..!!!

PRU13: Anwar sudah sedia, BN pula bagaimana?



Anwar sudah mula palu "gendang perang" di sini. Katanya, Pakatan Haram kekal fokus dalam misi menawan Putrajaya. Katanya, jika SPR telus pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Pakatan Haram sudah tentu menang pada tahun 2008. Dan katanya lagi, sekiranya Pakatan Haram membentuk Kerajaan Pusat, dia akan menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam!

Memang hebat kata-kata Anwar jika sekali dengar. Sebagaimana kita tahu, Anwar memang hebat di pentas, dan "hebat" juga di"ranjang". Pada saya, belum ada lagi pemimpin politik yang mempunyai kehebatan seperti Anwar berpidato. Pidatonya berapi dan penuh dengan mitos, hikayat dan fantasi yang memukau pendengarnya. Apatah lagi dengan janji manis yang ditabur, tak kuat iman, pasti terkulai dalam "dakapan"nya..

Namun pada saya, pidato Anwar itu hanya sekadar bunyi saja yang kuat, tapi isinya "kosong"! Pembangkang memang mahu menawan Putrajaya. Tak payah beritahu pun, kita semua sudah tahu. Namun, meskipun BN dilanda tsunami politik pada 2008 kerana Pak Lah dan "menantu", BN tetap membentuk Kerajaan walaupun dengan majoriti mudah. Memang memalukan, namun BN tetap menang PRU!

Apatah lagi kini Pak Lah dan "menantu" sudah turun "takhta". Kini BN mempunyai "Nakhoda" yang cukup berhati-hati, cukup popular dan cukup ampuh. Mampukah Anwar dan angkatan perangnya menafikan majoriti 2/3 BN pada PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi? Saya fikir, Anwar perlu balik kepada realiti politik semasa!

Benarkah SPR tidak telus sebagaimana yang didakwa Anwar? Jika tidak telus, mengapa sebanyak 5 negeri BN tumbang dan berjaya dijajah Pakatan Haram pada tahun 2008? Apakah ini tanda ketidak telusan SPR? Pada saya, sekiranya SPR tidak telus, jangankan 5 negeri, silap-silap, Kelantan pun akan jadi milik BN kembali! Justeru itu, kenyataan Anwar itu jelas tidak benar dan boleh disanggah!

Pada saya, SPR seharusnya menyaman Anwar atas tuduhannya kepada suruhanjaya itu. Anwar harus dibawa kemuka pengadilan kerana menghina, menipu rakyat dan memburuk-burukkan agensi bebas itu tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dan pula, sekiranya Anwar yakin dengan dakwaannya itu, sila saman SPR dan usah menyalak macam anjing gila. Seperkara lagi, apakah SPR hanya telus di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, dan kini tidak?

Namun, dari sudut positif, saya ingin bertanya pada jentera BN, apakah mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya? Apakah mereka benar-benar yakin mampu memberikan kemenangan kepada BN sekiranya Parlimen dibubarkan bulan ini? Apakah mereka benar-benar yakin mereka sudah bersedia?

Pada saya, Datuk Seri Najib sememangnya sudah bersedia untuk PRU ke-13. Najib popular di kalangan rakyat dan mendapat sokongan yang kuat. Malah UMNO yang dulunya sangat lemah dibawah Pak Lah dan "menantu", kini kembali bertenaga, kukuh, gagah dan perkasa di bawah kendalian Najib. Tapi, hanya Najib seorang sajalah...

Yang belum sedia ialah BN. UMNO mungkin sudah gagah kembali. Tapi, bagaimana dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain? Apakah mereka boleh dikatakan sudah kembali gagah seperti dulu? Mereka mendapat sokongan dari bangsa mereka, kah?

Pada saya, hanya Najib saja yang sudah bersedia. Pemimpin UMNO yang lain hanya menumpang pada kekuatan Najib sahaja. Hanya dia saja yang popular, yang lain tidak. Hanya Najib saja yang bertransfomasi, yang lain kurang. Mereka hanya sebut dan tulis saja perkataan "transformasi", namun tidak semestinya mereka melakukan perubahan. Saya fikir, Najib perlu teliti perkara tersebut sebelum membubarkan Parlimen. Jangan jadi macam Pak Lah dan "menantu" yang berpuas hati dengan "simple majority"!

MCA perlu buktikan mereka sudah mendapat sokongan dari 75% kaum Cina. Jika tidak, mereka boleh dikategorikan sebagai "gagal". MCA sebelum ini kuat. Namun setelah MCA dipegang oleh Chua Soi Lek, parti itu bukan bertambah kuat, malah bertambah lemah! Entah "ubat" apa yang Chua Soi Lek beri MCA makan...?

MIC? Entahlah. Katanya, setelah Sammy Vellu letak jawatan, MIC akan bertambah kuat. Kononnya Sammy Vellu yang sudah lama mengetuai MIC sudah bertukar menjadi "liabiliti". Namun, setelah Palanivel "pegang" MIC, saya lihat parti itu juga kurang "perform". Mendatar saja grafnya. Apa sudah jadi pada MIC? Takkanlah PPP lagi kuat dari MIC? Saya fikir, Kayveas tidaklah sekuat mana, nak lawan Kamalanathan pun tak lepas rasanya...

Justeru itu, saya fikir, BN perlu bekerja dalam satu pasukan. MCA dan MIC perlu bergerak sama dengan UMNO. Tumpang pada kekuatan yang UMNO miliki jika mahu menang PRU. MCA dan MIC perlu lipat 10 kali ganda usaha mereka sekarang untuk menguatkan kembali parti mereka. Tarik sokongan dari kaum masing-masing. Barulah 1Malaysia..!!!

Anwar dan Pakatan Haram sudah bersedia untuk "berperang", BN dan kita semua bagaimana?

Sumber: MyKMU.net

Gempar berapiiii..!!! Hadiah untuk Anwar dari China..!!!


Jeng! Jeng! Jenggg...!!! Anwar mesti suka punya "hadiah" ni...!!!

Berita hangat untuk Anwar...!!! Sememangnya inilah yang ditunggu-tunggu oleh Ketua Pembangkang tersebut. Dengan adanya "benda" ini, rasanya tidak perlu lagi Anwar yang dikaitkan dengan "China Doll" pening-pening kepala untuk melakukan aktiviti "kegemaran"nya itu..!!!

Untuk Anwar, saya cadangkan beliau klik di SINI..!!!

Selepas ini, Anwar tak payah nak ke luar negara. "China Doll" ini boleh tinggal dirumahnya tanpa sebarang curiga lagi. Kak Wan pun sudah tak perlu susah hati. Kalau Kak Wan nak declare "monopause" pun dah tak menjadi hal pada Anwar...!!!

Apa yang Anwar perlu buat hanyalah menyuruh Azmin atau Saifudin Nasution ke China untuk membawa pulang "China Doll" tersebut. Jangan risau. Letakkan "China Doll" itu dalam kotak dan jangan dibuka hingga tiba di rumah Anwar. Anwar boleh buka kotak tu dalam bilik. Kangan takut, "China Doll" tu takkan lemas dalam kotak. Kalau "China Doll" tu mati, rasanya "warranty"nya masih valid!

Jangan lupa Anwar! Cuma cari kedai tu saja. Nama kedai tu Love Sex Company. Bossnya bernama Li Jian. Kali ni dah tak payah pakai Eskay lagi dah. Password "Mokhtar" pun dah tak payah dah...!!! Semoga "berbahagia"...!!!

GEMPAR..!!! GEMPAR..!!! GEMPAR..!!! POSTING INI UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN PEMILIK WEBSITE..!!!





Kepada Parpu, MyKMU.net, GAP, Gomo, MiM, MPP, CTW, Unspinners, AIDC, Mc, Kedah Times, Azli, Taiping Mali, KP, team Wangsa Maju, 1 Peluru, Semut dan semua rakan-rakan bloggers dan pemilik website di Malaysia. Perhatian! Anda semua mungkin terancam pada awal pagi Khamis ini..!!!

Kepada semua pemilik blog dan laman-laman web di Malaysia, saya ingin mengingatkan bahawa sekumpulan hackers yang menggelar diri mereka sebagai "Anonymous" akan menyerang laman-laman web di negara ini.

Menurut sumber saya di SINI, hackers ini akan menyerang pada Khamis ini, 3.30 pagi atau 7.30 petang GMT. Oleh itu, saya mengingatkan sekali lagi kepada rakan-rakan semua untuk berjaga-jaga atas serangan ini.

Menurut sumber berita tersebut, kumpulan itu telah memberi amaran awal untuk menyerang laman web www.malaysia.gov.my. Saya tidak pasti sama ada mereka akan menyerang laman-laman web atau blog-blog lain.

Pada saya, sekiranya blog saya menjadi mangsa hackers ini, itu tidak menjadi hal kepada saya. Blog saya ini bukanlah sebuah blog yang terkenal dan saya boleh buka blog baru. Tapi, jika blog rakan-rakan saya seperti HousePK, GAP, Gomo, Pisau, MPP, MiM dan lain-lain yang menjadi mangsa, tentunya akan menrencatkan sedikit "aura" mereka.

Harap, rakan-rakan saya akan alert mengenai perkara ini. Saya hanya mampu memberikan ingatan, namun saya tak mampu berikan sebarang cadangan. Saya ni tak berapa IT savvy sangat...heheheheeeee...beware my super-friends..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!