Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 9, 2011

Sejuukkk Antartikaaa..!!! Bersih 2.0: Hanya orang bodoh saja yang akan hadir..!!!


Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menyusup masuk ke Muktamar Pas ke-57 yang berlangsung di Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar, Gombak. Itupun dihari yang terakhir perhimpunan tersebut. Pad hari terakhir itu, hujan turun dengan lebat, mungkin kerana menyambut kehadiran saya di tempat musuh politik itu.

Ketika mahu pulang, saya terdengar pengumuman dan kempen dari pembesar suara. Rupanya jurucakap tersebut sedang berkempen kepada para ahli Pas untuk menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih 2.0, yang dijangka berlangsung pada 9 Julai depan, di ibu negara.

Jurucakap Pas tersebut beriya-iya berkempen meminta para perwakilan dan penyokong-penyokong Pas dari seluruh negara untuk sekali lagi datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berdemonstrasi jalanan, kononnya mahu memastikan keadilan dan ketelusan pilihanraya.

Pada saya, ini kerja gila! Pada saya, adalah sangat membuang masa, wang ringgit dan tenaga bagi sesiapa saja dari Johor hingga ke Perlis, dari Sabah dan Sarawak, untuk hadir ke Kuala Lumpur hanya semata-mata untuk ditembak dengan meriam air atau “water cannon” yang mampu mereputkan pakaian mereka.

Ini adalah perkara sia-sia dan adalah sesuatu yang bodoh untuk disertai oleh mana-mana individu yang dikurniakan akal yang waras. Apakah mereka fikir dengan berdemo seperti itu maka ia akan menghasilkan perubahan yang positif terhadap desakan mereka? Setahu saya, proses pilihanraya negara ini adalah antara yang paling telus di dunia. Apa lagi yang mereka mahu?

Jika mahu penggunaan dakwat kekal, pihak SPR sudah lakukan lebih dari itu. Jika mahukan pilihanraya yang telus, pembangkan g sendiri punya pemerhati dalam setiap proses pengundian di setiap pusat mengundi. Jika mahu pengundi pos dihapuskan, kemukakanlah mekanisme yang realistik untuk dikaji sebelum diimplimentasikan. Mahu apa lagi? Semuanya boleh dilakukan tanpa berdemo.

Jika sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, tak payah berdemo pun boleh diserahkan. Mengapa perlu Pakatan Pembangkang ini menyusahkan pengguna jalanraya yang bakal berdepan dengan kesesakan lalulintas dan peniaga yang akan rugi ekoran premis perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana keganasan para pendemo?

Pada saya, Demo Bersih 2.0 ini tidak lain hanyalah untuk melakukan provokasi terhadap Kerajaan dan secara tidak langsung merugikan, menyusahkan dan memperbodohkan minda rakyat! Tiada faedah dari segi ilmiah pun yang bakal diperolehi oleh para peserta demo ini.

Pada pandangan saya, adalah lebih berfaedah bagi penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang ini menghadiri program yang lebih bermanfaat seperti Karnival Inovasi Islam yang baru-baru ini dirasmikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 2 Jun yang lalu. Lebih banyak faedahnya dari perhimpunan Bersih 2.0 itu.

Malangnya, amat sedikit sekali dari kalangan penyokong Pas yang ingin menyertai program yang ilmiah, berinformasi dan bermanfaat seperti itu. Karnival Inovasi Islam yang berakhir pada 5 Jun lalu itu tidak disebut langsung oleh jurucakap Pas itu meskipun karnival itu berlangsung ketika Pas sedang bermuktamar. Kempen provokasi lebih menjadi keutamaan Pas berbanding kempen tentan sesuatu yang lebih berfaedah untuk dilakukan.

Justeru itu, saya menggesa kepada para penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang agar berfikir dengan akal yang dikurniakan Allah itu sebaiknya untuk menilai sama ada wajar atau tidak untuk membazir tenaga dan masa menyertai perhimpunan yang lebih mirip kepada kekacauan itu atau tidak. Saya tidak memaksa, namun saya fikir, hanya orang tak punya akal saja yang akan hadir.

Sumber: Click sini

Sejuukkkk Menggggigiiilll..!!! Dah tengok lawak bodoh Mahfuz yang terkiniii...?!!!


Mahfuz memang pandai buat lawak. Tak sia-sia diberikan jolokan "Mr. Bean"! Bukan setakat lawak, bodoh pulak tu. Rowan Atkinson (Mr. Bean pandai) ada PHD yang memberikan gelaran "Dr.", tapi si Mahfuz ni ada jugak PHD, tapi PHD yang membawa erti "Perasaan Hasad Dengki" laaa...

Mahfuz baru-baru ni berkata bahawa "negara kebajikan UMNO menekan rakyat". Habis dia ungkit mengenai kenaikan harga petrol, barangan runcit, elektrik dan macam-macam lagi. Lepas tu, dia kata UMNO amalkan rasuah, fitnah, salahguna kuasa, penyelewengan hingga menyusahkan rakyat.

Betul ke apa yang dia kata tu? Apakah UMNO bertanggungjawab bagi segala yang dia katakan itu? Apakah dia mempunyai fakta rasional untuk menyalahkan UMNO bagi setiap perkara buruk yang berlaku dalam negara, mengenai ekonomi dan kesalahan individu?

Saya ngin mencabar Mahfuz untuk menamakan sebuah negara yang tidak pernah mengalami kenaikan harga petrol! Sebutkan satu negara yang tak pernah naik harga barangnya. Namakan negara yang tidak pernah naikkan harga elektrik dan semua barangan keperluan rakyatnya. Beritahu saya faktanya sekiranya dia benar-benar mahu membuktikan bahawa dia tidak bodoh!

UMNO amalkan rasuah? Apa maksud rasuah yang dikatakan Mahfuz itu? Apakah "rasuah" yang dimaksudkan Mahfuz itu sama nilainya dengan "sedekah", "sumbangan ikhlas", "derma jihad", "saguhati", "infaq" atau lain-lain terma yang digunapakai oleh Pas untuk menghalalkan perbuatan rasuahnya itu? Cakaplah terus terang Mahfuz. Allah tahu apa yang puak-puak Pas buat masa pemilihan dan pilihanraya...

Fitnah? Siapa fitnah siapa? Fitnah sebagaimana Pas mengkafirkan UMNO? Fitnah sebagaimana Najib dan Rosmah difitnah Anwar melalui RPK? Fitnah sebagaimana Keadilan Daily lakukan pada Harun Din? Fitnah bagaimana yang Mahfuz maksudkan? Fitnah sebagaimana Eskay yang bersumpah dengan nama Allah berkenaan video seks yang dikaitkan dengan Anwar? Yang mana satukah yang dimaksudkan Mahfuz?

Salahguna kuasa? Seleweng? Tak payah temberanglah, Mahfuz! Takkan tak kenal Arif Fahmi? Atau, yang terbaiknya, Mahfuz balik Kedah, sila bertanya pada Azizan Razak bagaimana dia kena tengking oleh Anwar berkali-kali hanya disebabkan seorang Exco Negeri itu yang buat "claim" yang terlampau-lampau! Jangan menuding pada UMNO saja, PAS, PKR dan DAP, Pakatan Haram lebih teruk! Bukan saja merompak, menipu rakyat pula. Kononnya Pakatan Haram lebih telus...piiiraaahhh..!!!

Secara jujurnya, memang benar Kerajaan Barisan Nasional sejak dari awal merdeka lagi hinggalah sekarang, sudah lama mengamalkan dasar negara kebajikan. Bukan setakat itu saja, UMNO turut mendaulatkan Islam dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam ketika di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Cuma PAS saja yang tak mahu mengimarahkan negara ini dengan Islam. Pas asyik sebok berpolitik saja. Kalau buat tazkirah atau kuliah agama sekalipun, pastinya diselitkan agenda politik!

Justeru itu, jelas sekali bahawa Mahfuz memang terbukti mempunyai IQ yang paling lemah dikalangan Naib Presiden PAS yang terpilih baru-baru ini. Mungkin tahapnya lebih kurang macam Nizar saja. Yang beza antara Mahfuz dan Nizar, mungkin Mahfuz lebih bodoh dari Nizar. Sebab, di dalam PAS, siapa yang lebih bodoh, lebih tinggi "maqam"nya dalam PAS..!!!

Sumber: MyKMU.net

Sejukkk pepagiii..!!! Siapa nak tengok ADUN DAP paling bodoh dalam Malaysia..?!!!


Sekiranya anda nak tengok seorang manusia yang paling bodoh dalam DAP, maka anda boleh merujuk kepada ADUN Sungkai, Sivanesan. Ini ane banyak bodo punya worang! Tarak guna kasi dia jadi leader. Dia punya kepala itu taik besar ada duduk!

Si Sivanesan ni mempersoalkan pemberian biasiswa yang diberikan kepada 500 pelajar yang layak oleh 1MDB. Dari 500 pelajar itu, 300 darinya akan diberikan pada pelajar bumiputera dan 200 lagi kepada bukan bumiputera. Ekoran dari pemberian biasiswa itu, Sivanesan menyalak dengan menyifatkannya sebagai "GIMIK POLITIK" dari BN..! Sila rujuk di sini.

Cuba tengok perangai buruk puak-puak DAP ni, terutamanya malaun sekor yang bernama Sivenesan ni. Kalau tidak diberi biasiswa dan hanya ditawarkan pinjaman, mereka menyalak-nyalak macam anjing mengutuk Kerajaan, kononnya Kerajaan zalim, Kerajaan jahat, Kerajaan itu, Kerajaan ini. Macam-macam diorang kutuk.

Tapi bila 500 pelajar diberikan biasiswa, terus puak-puak ni menyalak macam anjing kurap. Hangin betul saya melihat perangai Sivanesan ni. Bukannya dia nak berterima kasih pada Kerajaan, dikutuknya pulak! Macam ini ke perangai ahli politik DAP dan pembangkang? Patut pun tak pernah menang PRU...Bodoh tak hengattt...

Macamana orang sebodoh Sivanesan ni diangkat DAP untuk jadi pemimpin. Sudah tidak ada pemimpin yang bijak, berhemah dan berkaliber, kah? Ketandusan pemimpin sangat, kah? Cari la pemimpin yang okay sikit...yang IQnya tinggi sikit dari Sivanesan ni. Ini ane manyak bodo la, Kit Siang...

Saya terfikir, apa akan jadi kalau kesemua 500 pelajar yang mendapat biasiswa dari 1MDB itu adalah dari Sungkai. Tentulah Sivanesan lagi hangin! Sivanesan mungkin marah kerana takut kalah pilihanraya akan datang, tapi saya percaya, keluarga pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut tentu gembira dan bersyukur pada Tuhan. Rakyat lebih positif berfikir dari Sivanesan yang busuk perut, busuk hati, busuk segala-galanya..!!!

Macamanalah pengundi-pengundi Sungkai boleh pilih ane ni jadi ADUN diorang? Orang macam ni pun nak dilantik jadi wakil? Bodoh tahap budak tadika bebal! Itu pun orang Sungkai ambil jadi wakil rakyat diorang? Oooo..lupa pulak..tsunami politik...letak batang kayu hanyut lawan BN pun boleh menang..undi protes..Thanks to Pak Lah, Son & Son In Law...

Saya fikir, secara rasionalnya, ahli politik DAP seperti Sivanesan ini patut digugurkan dari terus menjadi pemimpin. Kit Siang, sila cari orang lain yang lebih baik dan lebih bijak. Sivanesan ni tatak bagus..kasi buang laut saja maaaa...

Wednesday, June 8, 2011

Sejukkkk..!!! Pilihanraya Masjid: DAP nak rampas masjid pulakkkk..!!!










Soalan pertama, apa keperluan yang penting sangat untuk diadakan pilihanraya masjid? Sebab, kalau dipandang dari mana sudut sekalipun, tidak nampak ada keperluan. Soalan kedua, siapa DAP untuk menentukan apa yang baik dan tidak baik untuk institusi orang Islam, dalam hal Pulau Pinang berada dibawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung?

Perlembagaan Malaysia terang-terang menyatakan hal ehwal negara Islam bagi negeri-negeri beraja terletak dibawah kuasa rajanya, manakala bagi negeri yang tidak beraja berada dibawah DYMM Seri Paduka.

Penulis dan ramai pihak yang lain melihat usaha mengadakan pilihanraya masjid di Pulau Pinang ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengubah institusi Masjid yang dihormati ini menjadi institusi memecah belahkan orang Islam seterusnya menukar masjid menjadi seperti parti PAS.

Bila dah diadakan pilihanraya, ada besar kemungkinan orang yang tidak layak dipilih untuk menguruskan masjid, sebab individu tersebut berjaya menang dalam pilihanraya masjid yang diadakan. Tidak mustahil besok, kaki kelab malam pun boleh jadi imam masjid, bukan atas kelayakannya tapi sebab dia menang pilihanraya masjid!!!

Keadaan sama yang berlaku sekarang dalam PAS sekarang bila parti yang bertujuan untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Malaysia ini, sudah berubah arah sebab kepimpinan yang tidak pro ulamak sedang menguasai parti melalui proses pemilihan yang diadakan baru-baru ini.

Dan konsep sama nak diaplikasikan di masjid pulak. Sebab itu kita kata usaha mengadakan pilihanraya masjid ni untuk ubah masjid jadi macam PAS.

Kenapa DAP tidak mengadakan pilihanraya di tokong, kuil dan gereja, kenapa mesti masjid? Itu yang mendatangkan tanda tanya, sudahlah orang Islam berpecah dek fahaman politik ketaksuban, sekarang nak dipecahkan lagi orang Islam di masjid pulak?

Masjid tidak boleh diuruskan oleh orang yang tidak berkelayakkan dari segi agama seperti mana PAS sekarang, nama saja parti Islam tapi kepimpinan tertinggi terdiri antaranya terdiri daripada orang bodoh (Mahfuz) dan yang tidak bermoral (Mat Sabu).

Jawatan Imam, sebagai contoh, tidak boleh terdiri daripada orang yang tidak layak, begitu juga dengan jawatan-jawatan yang lain. Cara sekarang sudah cukup bagus kerana kelayakan dan kebolehan menjadi kriteria utama, bukan sebab menang pilihanraya.

Pulau memulau yang berlaku dalam politik kepartian, tidak boleh berlaku di masjid. Jangan sebabkan pilihanraya, masjid jadi sepi sebab tidak dikunjungi orang akibat perbalahan siapa yang patut menang dan tidak.
Ini masalah yang DAP faham tapi buat-buat tak faham.

Agenda halus dipergunakan atas nama pembaharuan untuk memecahbelahkan orang Islam dan menguatkan parti mereka dan orang cina. Sama kes macam penggunaan DNA babi pada pelbagai barangan makanan yang dijual kepada orang Islam sekaranglah.

Pendek kata, tidak boleh secara terang, depa buat secara halus dan tujuan mengadakan pilihanraya masjid ini semata-mata untuk memecah belahkan orang Islam di Pulau Pinang yang sedang sikit demi sedikit bersatu dibawah UMNO.

Tidak ada yang lain.

MyKMU.net


Sejuukkkk..gigilll..!!! "Patut" pun UDA Holdings bagi kontrak bilion-bilion pada syarikat non-bumi...!!!

"Pelabur Non-Bumi didahulukan, Ke"UNTUNG"an UDA Holdings diutamakan.."


Oooo..rupanya tak ada satu pun syarikat bumiputera yang mampu dan berminat nak bangunkan Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC) tu. "Patut" pun UDA Holdings Sdn Bhd, yang ditubuhkan untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi orang Melayu tu berikan kontrak tu pada syarikat non-bumi...begitu ceritanya...

Tak apalah. Berilah pada syarikat non-bumi. Tak apa, berikan saja. Maklumlah, syarikat-syarikat bumiputera ni mana ada duit nak bangunkan BBCC tu. Duit tak ada, kreadibiliti pun kurang. Lagipun, kalau berikan kontrak tu pada syarikat bumiputera, UDA Holdings akan rugi serugi-ruginya! Sebab tu la kot UDA Holdings beri pada orang luar...

Maklumlah. Syarikat non-bumi tu memang powerful! Banyak duit! Dan yang paling penting, mampu memberikan pulangan keuntungan yang sangat besar pada UDA Holdings. Itu yang paling penting, "untung"! Kepentingan naik taraf ekonomi bumiputera boleh letak ketepi dulu la, "untung" UDA Holdings lebih diutamakan, kan?!!!

So, pada mana-mana syarikat bumiputera, janganlah merungut. Korang semua tak mampu nak janjikan keuntungan besar pada UDA Holdings. Jadi, janganlah komplen kat UDA macam-macam....diamkan aje...
"..... Saya ingin memaklumkan bahawa UDA Holdings Bhd menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang pernah menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC ini, membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.... "

Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac lalu dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings BHd kemudian membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih benar-benar dapat memberikan pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga kepada kepentingan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya.

Jadi, tuduhan Datuk Musa menyatakan bahawa UDA Holdings Bhd membelakangkan syarikat Bumiputera adalah tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera yang berminat membangunkan projek ini, menjalinkan kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera dan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan"

[petikan kenyataan rasmi Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Pengerusi UDA Holdings Bhd pada 22 Mei 2011]

Sejukkk menggigilll..!!! Bukan setakat cerita Anwar dan Saiful bakal didedahkan...kes dengan China Doll pun bakal dibogelkan..!!!


Ermmm..pastinya puak-puak Pakatan Haram ini akan merusuh lagi. Pastinya puak-puak Pakatan Haram ini akan mengutuk Hakim dan badan perundangan negara lagi, dan pastinya Kerajaan akan dikatakan menggunakan pengaruhnya bagi menentukan keputusan kehakiman negara ini.

Seperti biasa, itulah yang akan dikatakan oleh puak-puak Pakatan Haram. Dan kali ini mereka berkata begitu ekoran permohonan Anwar untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah, dari membicarakan kes Anwar vs Saiful ditolak.

Mungkin Anwar mahu menggugurkan Zabidin dan menggantikannya dengan Nizar, maka barulah dikatakan mahkamah adil. Mungkin Anwar mahu mangsa liwat, Saiful Bukhari, dikenakan hukuman mandatori penjara seumur hidup, maka barulah dikatakan Mahkamah dan Kerajaan sangat telus.

Selepas ini, apa lagi yang Anwar nak pohon untuk melengahkan pembelaan dirinya? Taknak ke mohon pada mahkamah agar semua staff Mahkamah Majistret Jalan Duta tu dipecat semuanya dan digantikan dengan puak-puak Pakatan Haram yang macam baru keluar dari hutan tu? Perangai masing-masing di mahkamah macam tak cukup akal lagaknya...

Saya dah menyampah dengan Anwar yang sering mencari helah untuk melengah-lengahkan kes ini. Di depan penyokongnya, Anwar berdegar-degar menyatakan bahawa dia tidak bersalah dan mampu membuktikan dirinya sebagai tidak berdosa.

Nah! Apalagi yang ditunggu? Keluarkan segala alibi! Keluarkan segala hujah! Keluarkan segala mak nenek yang ada untuk buktikan kamu tak bersalah. Tak payah gebang saja lebih, tapi tindakan macam orang tak ada teloq!!!

Sebenarnya, saya sudah tak kisah sama ada Anwar bersalah atau tidak. Sama saja bagi saya. Sekiranya Anwar terlepas di dunia, di akhirat esok, bukan setakat kesnya dengan Saiful akan dilondehkan Allah, malah kesnya dengan China Doll pun bakal ditelanjangkan Allah yang Maha Adil!

Panasss..!!! Sejuuukkkk..!!! Andaikata pelaku video seks itu Najib Tun Razak...apa kata anda?


Jika ditanya pada penyokong-penyokong Pakatan Haram, siapakah pelaku yang dikatakan sangat mirip dengan Anwar Ibrahim itu, dikerat-kerat 1,000 pun mereka tidak akan mengakui bahawa lelaki itu adalah Anwar.

Jika betul pun sekali lelaki bertuala putih yang leka mengenakan seluar dalamnya tanpa menyedari dia di dalam "candid video cam" itu adalah Anwar Ibrahim, tentunya perkara ini tidak akan dipercayai sama sekali oleh puak-puak totok Pakatan Haram.

Jika benar pun sekali Anwar sendiri yang mengaku bahawa dialah pelakon sebenar dalam video seks tersebut, nescaya penyokong-penyokong ini tidak akan percaya dengan pengakuan Anwar itu! Itu hakikatnya...

Namun, sekiranya lelaki yang sangat mirip pada rupa Anwar itu dituduh sebagai Najib Tun Razak, nescaya, selama berpuluh tahunlah puak-puak Pakatan Haram akan memutarkan video tersebut sambil mengatakan "itulah Najib"!

Walaupun tak ada muka Najib pun sekali, dan terang-terangan pelaku video seks tersebut adalah Anwar dan kemudiannya Eskay menuduh bahawa lelaki itu adalah Najib, tak payah bersumpah pun maka berduyun-duyunlah puak-puak Pakatan Haram itu menuju ke Putrajaya mendesak Najib turun dari kerusi PM.

Saya fikir, mungkin tiada ubat lagi bagi puak-puak Pakatan Haram ini untuk menerima kebenaran. Mereka begitu percaya pada Anwar hinggakan kebenaran pun dianggap fitnah. Manakala fitnah pula mereka anggap kebenaran.

Hebat sekali taksub mereka terhadap Anwar. Yang paling best, PAS pun turut termakan tipu daya Anwar. Apakata Mat Sabu, pencipta gelaran Al-Juburi?

Tuesday, June 7, 2011

Sejuk brooo..!!! Sejukkk..!!! Exco Agama rasmi Pesta daging Babi di P.Pinang..!!!


Masyarakat Islam di P.Pinang hari ini digemparkan dengan pendedahan media tentang sebuah Pesta Coklat Antarabangsa yang diadakan di negeri itu, tidak menjual coklat, sebaliknya lebih 90% gerai disitu menjual makanan tidak halal serta daging BABI..

Pesta yang kononnya menjual coklat berkualiti dari luar negara ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Jun di di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).

Dari 50 buah gerai yang ada di Pesta tersebut, hanya 5 sahaja yang benar-benar menjual coklat yang kononnya diimport dari luar negara. Tetapi ramai pengunjung yang merungut kerana coklat yang dipamerkan di 5 gerai tersebut, mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya besar dalam negara.

Ramai penduduk negeri itu khususnya berbangsa melayu dan beragama Islam berasa tertipu dengan pihak penganjur kerana mereka menjual daging BABI serta makanan yang tak halal secara berselindung disebalik Pesta Coklat Antarabangsa.

Pengunjung Islam yang datang dari luar P.Pinang juga merungut sebab mereka tidak dimaklumkan tentang kewujudan gerai-gerai menjual daging BABI salai dan juga makanan tak halal di Pesta berkenaan.

Majlis perasmian Pesta tersebut oleh Exco Agama Islam Negeri, Malik Kassim juga menimbulkan banyak persoalan. Mengapakah seorang Exco Agama sanggup merasmikan sebuah Pesta yang menjual daging BABI dan juga makanan tak halal?

Mustahil Malik Kassim sebagai seorang Exco Agama tak mengetahui tentang kewujudan penjualan daging BABI dan juga makanan tak halal di Pesta tersebut? Tambahan pula, Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah Syarikat Pengedar Daging BABI Salai terkemuka Singapura..

Apakah Malik Kassim dan Lim Guan Eng selaku pentadbir negeri P.Pinang mahukan bangsa melayu dan masyarakat yang beragama Islam di negeri itu makan benda-benda yang memang secara jelas diharamkan dalam Islam?

Apakah Malik Kassim sengaja mengambil mudah tentang hukum agama semata-mata mahu membodek kepimpinan kafir Lim Guan Eng dan juga DAP negeri? Jika Malik Kassim sebagai Exco Agama Islam negeri pun tak peka dengan hukum-hukum agama, bagaimanakah nasib umat Islam yang menjadi majoriti negeri P.Pinang itu?

Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini membuktikan kepada kita betapa pentingnya seorang pemimpin atasan yang peka tentang sensitiviti masyarakat. Apatah lagi di Malaysia ini masyarakat Islam menjadi penduduk majoriti.

Jika rakyat memilih pemimpin kafir yang hanya tahu berslogan Islamik dan berlakon mentadbir gaya kepimpinan khalifah Islam, nyata Islam dan umatnya sendiri akan dipandang rendah martabatnya di negara ini...

Sumber: MyKMU.net

Sejukkkkk sesangattt..!!! Ini rupanya "Pedang Allah" yang buat video clip tak senonoh tuuu..!!!

Inilah rupanya "Pedang Allah" yang buat video klip tak senonoh tu...!!!

Panas jugak hati ini bila membaca twitter dan melihat sikap Gambit Saifullah, pengarah klip video "Marilah". Dalam video klip itu Gambit Saifullah mengarahkan Shah Jazzle dan Prema Yin melakokan adegan "pasangan suami isteri yang sedang ghairah berkelamin". Kononnya, klip video itu untuk tontonan luar negara!

Hebat benar alasan Gambit Saifullah untuk menghalalkan perkara yang haram!

Cuba tengok apa yang ditulis di twitternya...kurang ajar betul..!!!

Saya andaikan nama "Gambit" itu adalah nama glemer, manakala "Saifullah" adalah namanya yang sebenar. Untuk pengetahuan pengarah tersebut, "Saifullah" membawa maksud "pedang Allah" dan gelaran sebegitu pernah diberikan kepada pahlawan Islam yang digeruni, Khalid Ibnu Al-Walid.

Oleh itu, saya mengandaikan Gambit Saifullah beragama Islam. Namun, sebagai seorang pengarah yang beragama Islam, apakah dia tidak peka pada hukum halal dan haram dalam Islam? Bukan saja berpegangan tangan sesama bukan muhrim, malah melakonkan adegan panas antara suami isteri! Siapa nak tanggung dosa Shah Jazzle dan Prema Yin?

Cuba tengok...cari la idea lain kalau nak tunjuk intim pun..ini bukan hollywood brooo...

Shah Jazzle ada membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam. Sekurang-kurangnya dia meminta maaf. Tapi maaf tu, maaf la jugak, lain kali jangan buat lagi. Fikir dulu sebelum buat apa-apa pun! Rujuk pada Islam dulu!

Tapi, Saifullah ternyata angkuh apabila mempertahankan tindakannya itu. Malah cuba memberikan "lame excuse" untuk menegakkan benang yang basah! Video klip itu untuk tontonan luar negara? Video klip berbahasa Melayu? Jangan nak temberanglah, bro! Orang bodoh saja yang beri alasan begitu. Bro nak tunjukkan kebodohan sendiri di khalayak ramai ke?

Sudahlah begitu, Saifullah ni melenting pula bila ditegur! Adakah patut dia meng"anjing"kan sesiapa saja yang menegurnya. Cuba lihat twitternya, adakah terpamer kekesalan dari respon yang diberikan itu? Angkuh benar! Sudahlah buat sesuatu yang haram, bila ditegur, dianjingkan pulak kita. Wajarkah begitu?

Pasa saya, Gambit Saifullah wajar di "ban" sahaja dari sebarang aktiviti hiburan tanahair. Sesiapa yang menyokong atau memberikannya ruang untuk berkarya, turut wajar diboikot! Gambit Saifullah harus di "gam"..!!!

Kecuali, dia bertindak memohon ampun dari Allah, serta bertaubat dari dosanya itu. Kemudian, dia mesti mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka atas ketelanjurannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak yang menegurnya. Dan dia perlu dipantau beberapa tahun agar tidak mengulang perkara-perkara yang menghalalkan perkara yang haram! Itu sebagai pengajaran.

Jika tidak, biarlah karier seninya berkubur selamanya. Industri hiburan tanahair tidak memerlukan seorang karyawan yang bersikap kurang ajar pada hukum Islam. Industri hiburan negara tidak memerlukan seorang karyawan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan budaya ketimuran. Buat masa ini, Gambit Saifullah harus dihukum!

KPKK harus bertindak..!!!

Mampukah Mat Sabu menggalas harapan Pas?


Muktamar Pas ke-57 telah berakhir dengan menyaksikan keputusan pemilihan pucuk pimpinan yang paling sengit dalam sejarah, namun saf kepimpinan baru yang terpilih kali ini disifatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pucuk pimpinan parti itu kali ini mempamerkan gabungan terhebat antara golongan ulama dan profesional Pas, serta dijangka bakal menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Meskipun begitu, cakap-cakap politik menyifatkan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas bakal membuka lembaran baru untuk parti itu yang selama ini hanya di anggap sebagai ‘parti kelas ketiga’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pada sesi yang lalu, ketika Nasharuddin Mat Isa menyandang jawatan Timbalan Presiden, Pas dilihat sangat lemah apabila berhadapan dengan PKR atau DAP di dalam beberapa perkara dasar yang menjadi pertikaian antara parti yang membentuk Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi sememangnya mengakui bahawa terdapat perbezaan ketara mengenai dasar, ideologi dan perjuangan antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu, namun mungkin kerana Pas sebelum ini bersikap pasif serta enggan bertelingkah pada hubungan yang masih setahun jagung itu, maka mungkin parti itu mengambil sikap mengalah.

Ekoran sikap mengalah oleh Abdul Hadi, dan Nasharuddin yang menjadi Timbalannya itu hanya berdiam diri, maka Pas dilihat seolah-olah ‘termakan nasi kangkang’ apabila hanya menurut apa saja dasar serta tindakan rakan-rakan politiknya itu walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan mereka.

Misalnya, kes rampasan arak yang berlaku di Shah Alam yang dilakukan oleh Datuk Hassan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal agama Islam Selangor, terpaksa dikembalikan apabila pemimpin DAP, Ronnie Liu, campur tangan.

Contoh yang paling jelas yang membuktikan Pas terpaksa menggadai perjuangan asal parti itu sejak 60 tahun ditubuhkan ialah apabila pucuk pimpinannya terpaksa bersetuju dengan penubuhan negara kebajikan, di mana Pas dilihat seolah-olah ‘dipaksa’ melupakan agenda asal mereka untuk menubuhkan negara Islam, atau ‘daulah Islamiyyah’.

Namun, dengan terpilihnya Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bagi sesi 2011-2013 kali ini dikhabarkan bakal menyaksikan perubahan di dalam hubungan di antara PAS, PKR dan DAP yang hanya baru di’ijab kabul’kan sejak tiga tahun lalu.

Mereka-mereka yang mengikuti perkembangan semasa politik tanahair tentunya arif tentang hubungan dingin di antara Mohamad Sabu dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menurut desas-desus politik, pertelingkahan antara mereka adalah serius dan bersifat peribadi.

Sejarah menceritakan betapa Mohamad Sabu membenci Anwar. Sejak Anwar mengisytiharkan dirinya menyertai UMNO pada tahu 1982, tidak henti-henti Mohamad Sabu menyerangnya. Tidak mengira apa jua isu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ itu seolah-olah tidak memberi ruang langsung untuk Anwar ‘bernafas’. Ada saja yang tak kena pada Anwar di mata Mat Sabu.

Sebagai contoh, Mat Sabu adalah individu yang bertanggungjawab yang menggelarkan Anwar dengan gelaran ‘Al-Juburi’, meskipun ketika itu tidak ada sebarang dakwaan serius mengenai penglibatan Anwar dengan aktiviti meliwat.

Malah pada satu masa, Mat Sabu turut bergandingan bersama Karpal Singh di dalam Dewan Parlimen untuk mendesak pihak Kerajaan untuk menyiasat Anwar, yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri, di atas dakwaan meliwat dan mereka turut mendakwa memiliki bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Mungkin di atas sikap Mat Sabu yang kerap menyerang Anwar itu, maka mereka berdua ‘berkerat rotan’ dan ‘tidak sebulu’ sehingga kini.

Meskipun Mohamad Sabu memberitahu mynewshub.my bahawa beliau telah berhenti menyerang Anwar sejak Anwar bertukar menjadi pembangkang, tidak semestinya hubungan dingin dan pertelingkahan antara mereka berdua turut reda.

Mungkin kedua-dua tokoh pembangkang itu mampu ‘berlakon’ intim bersama di hadapan penyokong-penyokong pembangkang dan menafikan sebarang sengketa antara mereka, namun hakikatnya, ramai yang sedar bahawa hubungan mereka sememangnya ‘tidak berlaga angin’.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya pada Muktamar Pas baru-baru ini, cakap-cakap antara perwakilan di gerai-gerai makan di sekitar Markaz Tabiyah Pas Taman Melewar itu membayangkan harapan mereka terhadap Mat Sabu bagi mengembalikan maruah Pas di dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mengharapkan agar Mat Sabu mampu menjadi Pas sebagai parti dominan di dalam Pakatan Rakyat memandangkan suara parti itu yang sering tenggelam pada setiap perkara yang diputuskan di dalam keputusan dan tindakan pakatan itu.

Mampukah Mat Sabu menggalas harapan dan mengkabulkan impian para perwakilan Pas, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Mohamad Sabu tidak punya banyak masa untuk membuktikan kemampuannya menonjolkan kehebatan Pas di dalam Pakatan Rakyat, Pilihanraya Umum ke-13 diramal bakal berlangsung pada tahun ini atau tahun depan sahaja.

Sekiranya Mat Sabu gagal memenuhi harapan perwakilan ini, maka mungkin Mat Sabu bakal mengikut jejak langkah Nasharuddin memandangkan lebih dari enam orang yang akan mengintai-ngintai untuk mengambil alih tempatnya untuk menjadi orang nombor dua parti itu.

Sumber: MyKMU.net

Sejuuukkk menggigilll..!!! Hadi ni faham ke tidak ni..???


Hadi memberitahu para perwakilan bahawa video seks yang dikaitkan dengan Anwar hanyalah "besi" dan tidak boleh dijadikan saksi bagi memberi keterangan untuk menuduh Anwar berzina. Benar. Saya setuju dengan Hadi. Memang video tersebut hanyalah "besi" dan tidak boleh dijadikan saksi untuk pertuduhan zina.

Bagaimanapun, siapa pula yang menyatakan video seks itu boleh dijadikan "saksi" pertuduhan kes? Siapa pula yang menuduh Anwar berzina? Hadi faham atau tidak tentang pertuduhan dan akuan sumpah laknat yang dilakukan Eskay?

Saya ingin jelaskan kepada Hadi yang keliru itu bahawa rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah "bahan bukti", dan bukannya "saksi" sebagaimana yang dinyatakan pada pak-pak lebai Pas pada Muktamar Pas baru-baru ini.

Dalam konteks ini, Hadi gagal untuk membezakan antara bahan bukti dan saksi. Bahan bukti adalah "sesuatu" yang menerangkan kesahihan sesuatu kes, manakala saksi pula adalah "seseorang" yang boleh memberikan keterangan melalui pengalamannya. Adalah sangat berbeza untuk dibandingkan antara "bahan bukti" dan "saksi".

Justeru itu, suka saya jelaskan pada Hadi bahawa video seks tersebut adalah "bahan bukti" dan bukan "saksi" sebagaimana yang dia gunakan dalam ucapan penggulungannya selaku Presiden dua hari lepas. Harap Hadi jelas.

Seperkara lagi, ingin juga dijelaskan pada Hadi bahawa tidak ada sesiapa pun yang menuduh Anwar sebagai berzina, sebagaimana yang dikatakannya. Oleh itu, tidak perlulah Eskay membawa empat orang saksi yang adil, lagi tidak fasik untuk menjadi saksi pertuduhannya itu.

Hadi harus jelas dalam perkara ini bahawa Eskay hanya menuduh Anwar wujud di dalam rakaman tersebut, termasuk dirinya sendiri. Itu pengisian sumpah laknat Eskay tempohari. Tidak pun Eskay bersumpah bahawa "dia bersaksi bahawa dia melihat Anwar berzina".

Justeru itu, memandangkan ini adalah bukan pertuduhan zina, maka Eskay secara jelas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang hukum hudud, termasuk qazaf. Meskipun secara visualnya menunjukkan lelaki yang mirip Anwar itu sebagai melakukan zina, namun tidak semestinya dia berzina.

Ini adalah kerana menurut hukum pertuduhan zina, saksi yang menuduh perlakuan itu mestilah melihat perlakuan zina itu secara jelas dan terang, bahawa perlakuan pelakunya adalah seperti "jari yang dimasukkan cincin". Malah saksi itu juga mesti terdiri dari empat orang yang adil dan tidak fasiq.

Memandangkan syarat-syarat yang ketat itu, maka berkemungkinan itulah Eskay hanya menuduh Anwar sebagai wujud dalam video seks tersebut, dan tidak menuduhnya berzina. Eskay mungkin sedar bahawa dia tidak punya empat saksi yang adil dan tidak fasiq untuk menuduh Anwar berzina. Menuduh Anwar sebagai wujud dalam video tersebut adalah memadai.

Justeru Eskay sudah bersumpah laknat, dan Anwar enggan membalas, Hadi sebagai Presiden sebuah parti yang kononnya terlalu Islam melebihi orang lain, maka sewajarnya Hadi menasihatkan Anwar supaya membersihkan namanya mengikut cara Islam yang lebih dipercayai keadilannya.

Sepatutnya Hadi bukannya terus membela Anwar, kerana Hadi sendiri tidak tahu sama ada Anwar atau Eskay yang benar. Hadi tidak ada bersama Eskay mahupun Anwar ketika masa rakaman video tersebut. Oleh itu, Hadi sebagai seorang yang menggambarkan dirinya adil, tidak wajar untuk terus membuat keputusan sendiri dengan menyalahkan Eskay dan membela Anwar.

Pada hemat saya, inilah jadinya apabila sesuatu perkara itu dicampur adukkan dengan pandangan politik mendahului segalanya sebelum dirujuk dengan kaedah Islam. Benarkah Hadi mendahulukan Islam sebagai rujukannya dalam semua perkara, atau dia mendahului fikrah politik untuk setiap maslahah dan muamalahnya? Atau ini juga salah satu "tahalluf siyasi" dari Hadi? Kalian fikirkanlah sendiri.

Sumber: MyKMU.net

Sunday, June 5, 2011

Sejukkkk..!!! Barisan baru kepimpinan Pas yang paling hebat???


Saya meneliti proses ucapan penggulungan di Muktamar Pas tadi. Mat Sabu dan Naib-Naib Presiden Pas yang baru dipilih turut diberi peluang berucap. Memang hebat bunyi ucapan mereka, namun ucapan-ucapan itu tidak lebih bersifat "masuk lif, tekan sendiri"!

Bermula dari Muslimat, Pemuda, Mahfuz Al-Beanny, Husam, Din Puduraya hinggalah kepada Presiden, semuanya puji diri sendiri. Kononnya pucuk pimpinan Pas yang terpilih kali ini adalah yag terbaik, terkuat dan paling hebat pernah dihasilkan! Perrrgghhh..!!! Hebat benar...

Hebat sangat ke? Kalau hebat sangat, kuat sangat, terbaik sangat, cubalah keluar dari Pakatan Haram tu! Cuba stand alone. Amacam? Berani? Mesti tak berani punyaaa..!!! Tapi, macam biasalah, takkan nak mengaku "tak berani", tentu bagi alasan lain punyaaa..

Betul ke ini barisan pucuk pimpinan Pas yang paling hebat, terbaik dan terkuat? Jadi barisan kepimpinan Pas sebelum-sebelum ini tak kuatlah ye? Masa zaman Ustaz Fuad, Burhanudin Helmi, Yusof Rawa, Asri Muda, Fadzil Noor, maka Pas tak kuatlah ya? Masa Nasharudin jadi Timbalan Presiden tak kuatlah ya? Heheheeee...cuba jawab!

Sekitar hari terakhir Muktamar PAS 2011




Ermmm..penat! Penat badan, penat otak. Tiga hari saya berkampung di Muktamar Pas di Taman Melewar dan selama tiga harilah juga saya mendengar pembohongan, cercaan, dan corak pemikiran yang dangkal yang disulam dengan ayat Al-Quran dan Hadith yang dimanipulasi untuk kepentingan politik mereka.

Itulah gaya politik Pas sekarang. Politik munafik yang mempergunakan agama demi kepentingan politik! Itulah yang saya dapat simpulkan sepanjang tiga hari di Muktamar politik songsang Pas.

Saya sebenarnya bersama beberapa sahabat saya yang turut hadir sebagai pemerhati dan ada yang bertugas di Muktamar tersebut. Setiap hari, selepas selesai majlis memesongkan fikiran umat Islam itu, kami akan bersantai bersama di kedai selepas solat maghrib.

Melalui perbualan bersama rakan-rakan saya, dapatlah saya simpulkan bahawa mereka melihat dengan Mat Sabu terpilij sebagai Timbalan Presiden, dia akan mendominasi kembali Pakatan dibawah Pas.

Selama ini, mereka melihat DAP menguasai PKR, manakala PKR pula mendominasi Pas yang dikeldaikan begitu mudah. Kini, dengan "musuh" Anwar ditabalkan sebagai Timbalan Presiden, mereka harap agar Mat Sabu mampu mengalahkan dominasi Anwar terhadap Pas, sekaligus DAP tak boleh melampau lagi.

Saya tanya, "mampukah Mat Sabu?". Mereke jawab, "Entahlah, mungkin mampu, mungkin tidak, sekurang-kurangnya Mat Sabu hanya kantoi khalwat dengan Normah, tapi Anwar dah kantoi banyak kali, bukan dengan perempuan saja, dengan lelaki pun ada..!!!". Berderai ketawa kami!

Saya tanya lagi, "Apa yang special Muktamar kali ini?". Sahabat saya jawab,"Erdogan menang, ulama kalah, Tok Guru tak sihat lagi, Ayah Chik (Hadi) banyak kali tersilap statement, seteru Anwar menang, budak belaan Anwar jadi Naib Presiden, kesimpulannya PAS mundur ke belakang!".

Heheheeee...mundur ke belakang? Maksud mereka, perbahasan PAS static dan stagnent, mendatar tanpa idea yang ada "wow factor". Setakat nak maki hamun UMNO, sesiapa pun boleh. Nampaknya tak ada seorang pun yang bahaskan supaya PAS stand alone...

Sahabat saya berkata, PAS sekarang cukup kuat. Tapi masih tak yakin dengan diri sendiri untuk stand alone. PAS masih mengharapkan PKR dan DAP meskipun mereka sedar mereka dibuli macam budak berhingus! Nampak lemah dan lesu!

Saya senyum. Pada saya, PAS patut kembali sebagaimana PAS 60 tahun dahulu. Tapi, rakan saya kata, mana ada lagi PAS yang macam tu. Dulu PAS ikhlas, tapi sekarang ni PAS lagi teruk dari UMNO, berebut nak jadi calon, tabur duit sana sini, kononnya sedekahhhh...

Dulu, sahabat saya kata, PAS datang Muktamar menumpang tidur dirumah saudara mara, rakan-rakan dan tidur dalam kereta. Sekarang ni, walaupun ada homestay ada di Taman Melewar, perwakilan lebih memilih untuk tinggal di The Legend, macam UMNO! Kereta mereka pun makin besar dan mewah! Tak caya? Sila tengok kereta Nizar..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!