Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 4, 2011

Kantoi..!!! Dalang penubuhan IPP didedahkan..!!!


Oooo...rupa-rupanya orang yang menjadi dalang kepada IPP yang Anwar dok heboh-heboh tu ialah "mamat" ni..!!! Dah terbongkar dah dalang disebalik penubuhan IPP ini. Rupanya ada kaitan dengan mamat ni! Sila rujuk di SINI...!!!

Chehhh..!!! Dok pukul canang keliling Malaysia, keliling dunia dok perburuk-burukkan kerajaan tentan IPP. Rupa-rupanya...dialah yang mencipta IPP..!!! Memang banyak celaka ini worang...korang kenal tak sapa kat dalam gambar atas tu? Dialah dalang yang tubuhkan IPP tu!

Panasss..!!! Mat Sabu menang, Al-Juburi pening kepala..!!!




Nampaknya Pemilihan Pas pada Muktamar kali ini tidak boleh diselamatkan lagi. Pas semakin "mati" perjuangannya ekoran kemenangan Erdogan yang menguasai pucuk pimpinan Pas, kecuali bagi jawatan Presiden.

Bagaimanapun, saya merakamkan tahniah kepada "sahabat baik" Anwar, Mat Sabu yang berjaya menang sebagai Timbalan Presiden Pas. Saya rasa, Anwar mungkin menyumpah-nyumpah atas kemenangan Mat Sabu yang merupakan pengasas kepada gelaran "Al-Juburi" ini!

Sebagaimana kita tahu, hubungan Anwar-Mat Sabu memang tak pernah baik. Malah dikhabarkan bahawa pertelingkahan mereka memang serius hingga melibatkan pergaduhan secara peribadi (personal). Bukan hanya kerana gelaran "Al-Juburi" saja, sebenarnya banyak lagi "rahsia" Anwar yang ada dalam poket Mat Sabu! Mungkin itu yang dibimbangkan oleh Anwar...

Bagaimanapun, mungkin hati Anwar diubati dengan kemenangan Husam yang menjadi agennya di dalam Pas sejak sekian lama. "Pelaburan"nya terhadap Husam membuahkan hasil sedikit kali ini. Sekiranya Pok Nik mati pun sekali, Anwar ada "suara" jugak lagi dalam Pas!

Nampaknya, Pas sudah tidak lagi mementingkan kepimpinan ulama. Habis ulama dinyahkan. Mungkin ini kerja puak-puak Erdogan di dalam Pas. Sahabat-sahabat saya di dalam Pas, yang kebanyakkannya merupakan graduan dari Al-Azhar dan universiti-universiti di timur tengah turut menyatakan kekesalannya berhubung keputusan pemilihan Pas kali ini.

Saya kata pada sahabat saya yang sedang duduk di sebelah saya, "Bro, rasanya anta kena bertanding pemilihan Pas musim depan". Dengan selamba dia menjawab, "Ana tak gila jawatan macam puak-puak Erdogan tu..", katanya. Namun, sekiranya terpaksa, sahabat saya ini tidak menolak untuk bertanding sekiranya Erdogan terus merosakkan Pas pada masa akan datang!

Saya aminkan saja kata-katanya...

Panasss..!!! Muktamar PAS 2011: Negara Kebajikan BUNUH Negara Islam!


Saya rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan “negara kebajikan”, semalam. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan “daulah Islamiyah” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.

Kebetulan, saya melalui rakan PAS yang bertugas di Muktamar PAS kali ke-57, berjaya lolos masuk ke sidang media tersebut. Terkejut sungguh saya apabila Hadi menyatakan bahawa penubuhan “negara kebajikan” adalah lebih penting dari penubuhan “negara Islam”! Sebab itulah maka mungkin PAS kini melupakan agenda utamanya untuk menubuhkan negara Islam. Saya yakin, sekiranya Harun Din ada bersama ketika PC tersebut, tentunya kepala Hadi sudah kena “luku” dengannya!

Menurut Hadi, PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan. Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.

Pada saya, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dek akal pemikiran seorang muslim!!!

Cetek benar kefahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan “tahalluf siyasi” maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan meng”aula”kan kebajikan? Saya fikir, Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!

Mungkin juga Hadi berkata demikian untuk siaran akhbar Cina dan PAS ingin menarik undi bangsa Cina pada PRU13 kelak. Dengan mengutamakan agenda penubuhan negara kebajikan dan melupakan agenda negara Islam, maka mungkin Hadi fikir dia sudah bijak untuk membeli jiwa pemimpin DAP dan bangsa Cina yang turut hadir ketika dia menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam.

Pada hemat saya, mungkin Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Azmin dan Eli Wong sedang berdekah-dekah ketawa mendengar kenyataan Hadi ini. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang “bodoh” dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.

Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!

Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.

Nampaknya UMNO lebih pantas dan lebih cerdik untuk mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam. Meskipun tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya, sesungguhkan Kerajaan kita sedang menuju ke arah itu dan cuma mengambil masa yang lebih sedikit ekoran tidak ada kerjasama dari PAS sendiri. Namun, dari segi dasarnya, UMNO bertahun-tahun membuktikan bahawa dasarnya terhadap Islam lebih sederhana, fundamental dan realistik berbanding PAS yang hanya cakap saja lebih!

Sumber: MyKMU.net

Panasss..!!! Hadi kutuk DAP kaki mabuk..!!!


Semalam, salah satu kenyataan Ayah Chik (Hadi) yang saya tak boleh lupa ialah...
"DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia..."

Betullah tu! Memang betul tu! Mungkin sebab itulah Hasan Ali terpaksa pulangkan balik arak yang dia rampas di Shah Alam hari tu! Bagus betullah Hadi buat kenyataan begitu...

Pertamanya, secara tak langsung, Hadi mengaku bahawa DAP adalah peminum arak! Dalam kata lainnya, DAP memang kaki botol! Suka mabuk! Rasanya Ronnie Liu tentu suka dengan kenyataan Ayah Chik ini.

Sudah lebih 3 tahun PAS bersahabat dengan "syaitan" yang bernama DAP ini. Pada mulanya dulu, PAS kata, mereka akan ajak DAP mendekatkan diri dengan Islam! Malah, ada juga khabar angin dari PAS yang menyatakan bahawa Guan Eng, anak Lim Kit Siang yang diberi jolokan "Khalifah Umar Abdul Aziz" (uwwekkkk!! Buat malu nama Khalifah Umar Abdul Aziz saja!), bahawa dia akan peluk Islam.

Tapi, sampai sekarang, tak ada pun pemimpin DAP yang berjaya ditarbiyahkan PAS. Malah PAS pulak yang di"tarbiyah" dan di"tasykil"kan untuk mengikut cara DAP! Contoh paling ketara, NIZAR PEGANG LILIN! Muslimat PAS pula bela "ratu separa bogel", Eli Wong! PAS yang tarbiyah DAP atau DAP yang tarbiyah PAS???

Keduanya, ternyata PAS tak boleh halang DAP untuk buat apa saja yang mereka suka, meskipun minum arak. Memang itu hak mereka kerana mereka kafir. Namun, sebagaimana yang kita tahu, minum arak ni mana ada kebaikan dari segi rohaninya. Mudaratnya lebih banyak dari kebaikannya. Sila rujuk Al-Quran mengenai hukum ini. Banyak kali di nasakh mansukhkan...

Jadi, sebagai sahabat yang kononnya mahu mendirikan sebuah negara kebajikan, apakah yang akan jadi sekiranya negara kebajikan itu dibina oleh peminum arak dan pemabuk seperti DAP? Kebajikan apa ke namanya begitu? Udah-udahlah menipunya Ayoh Chik oiii..!!!

Geram jugak saya bila dengar Ayah Chik kata begitu depan saya semalam. Nak je rasa saya asak dia dengan pelbagai soalan. Tapi memandangkan saya bukan media, maka terpaksalah saya simpan. Lemah betul iman saya, mampu lawan pakai hati saja...senipis kulit bawang! Ya Allah, tebalkanlah iman dan taqwaku pada Mu...

Panasss..!!! Muslimah UMNO patut malu pada Muslimat PAS..!!!


Kali ini saya betul-betul malu dengan PAS, atau lebih spesifik, Muslimat PAS! Semalam, saya berpeluang untuk ke Muktamar PAS 2011 di Taman Melewar. Dan pengalaman semalam itu membuatkan saya rasa malu dan rasa terpanggil untuk menegur secara ikhlas, khas kepada Wanita UMNO.

Ketika tiba di Muktamar PAS semalam, saya ada bertemu dengan sahabat-sahabat PAS yang yang menyambut kedatangan saya. Mereka sebenarnya tak tahu bahawa saya merupakan seorang blogger pro-UMNO, malah mereka juga tak tahu langsung bahawa saya penyokong UMNO selama ini. Maafkan saya sahabat...

Ketika di Muktamar tersebut, saya tertarik dengan golongan muslimat PAS yang begitu sopan, bertudung labuh, berpakaian menutup aurat dan mengenakan pakaian yang sederhana, murah tapi bergaya. Rakan saya berkata, itulah Dewan Muslimat PAS.

Saya terus terbayang pada Wanita UMNO yang hadir pada setiap Perhimpunan Agung UMNO. Perghhh..!!! Memang jauh bezanya! Wanita UMNO hadir dengan gincu merah menyala, rambut merah! Wanita UMNO hadir dengan baju ribuan ringgit dan aksesori mewah! Ada juga yang berbaju kurung dan bertudung, tapi kain belah menampakkan betis, paha pun nampak! Itu taraf makcik tu, bro!

Wanita UMNO hadir bersidang dengan kereta besar dan kalau pakai tudung pun, ada jambul di depan, kaler-kaler pulak tu! Malah dalam dewan pun pakai spek mata hitam! Panas terik ke dalam dewan tu??? Tapi tak semualah yang begitu. Ada juga yang sopan, bertudung litup, tapi...tudungnya tak menutup dada pun...panas katanya! Api neraka nanti tu sejuk ke, kak?

Dalam hati saya, saya memohon doa, Ya Allah, berikanlah hidayah dan petunjuk mu pada muslimah-muslimah UMNO kerana mereka juga Islam dan tergolong dari sebahagian dari umat Rasulullah SAW. Saya beristighfar beberapa kali, sambil mengurut dada...

Melihat saya begitu dan seolah-olah kaku, rakan saya bertanya pada saya, "Bro, hang terpikat ke?". Terus saya ketawa besar! Saya jawab, "Bro, isteri saya di rumah tu pun tak tertanggung rasanya tanggungjawab yang perlu dipikul, nak tambah satu lagi? Cukuplah satu bro, saya bukan macam tok-tok guru PAS yang berbini 2-3!". Merah padam muka sahabat saya! Haahahhahaaaaaa....

Pada saya, mujurlah hanya itu saja kelebihan PAS yang saya nampak semalam. Mungkin hari ini saya akan jumpa lagi kebaikan-kebaikan PAS yang wajar diamalkan UMNO. Yang mana elok, kita ambil dan budayakan dalam UMNO. Yang buruk mengenai PAS, kita tegur. Tapi seperti biasa, PAS bukannya nak dengar teguran kita, lantaklah diorang!

P/s: Maafkan saya wahai muslimah UMNO, saya rasa saya bertanggungjawab untuk menegur...ini bukan arahan saya..ini arahan Allah yang kita sembah setiap hari tu...

Friday, June 3, 2011

Parpu! Ada orang kata hang nak lari sebab takut!!! Hahahaaaa...


Saya menerima komen di posting dibawah, kononnya saya, Parpu, Gomo, GAP dan rakan-rakan blogger pro-kerajaan yang lain akan lari lintang pukang kerana takut ekoran apa yang berlaku pada sahabat kami, RBF.

Parpu, hang nak lari ka? Hang GAP, camana? Nak lari jugak? Gomo? Mu nak lari mana? Frankly, bila terbaca komen di posting di bawah tu, saya ketawa besar, spontan! Terus terbayang muka Anwar lari masuk ke Kedutaan Turki..!!!

Bro, hang ingat kami ni macam Anwar yang takdak teloq tu ka? Bro, we stand and forever stood still! We never retreat! When the going gets tough, the tough gets going. Kami bukan macam Anwar yang suka nyorok bawah meja!

Kami akan terus menulis. Kami tak pernah takut kerana apa yang kami tulis ini semuanya berfakta, benar dan kami berdiri di atas kebenaran itu. Selama ini, kami menulis untuk memperbetulkan persepsi buruk oleh pihak propaganda pembangkang yang jelas merupakan fitnah dan tohmahan palsu!

Hari ini mungkin saya agak lewat memantau atau menulis di blog ekoran sehari suntuk berada di Taman Melewar, melawat sahabat- sahabat saya yang sedang bermuktamar. Sahabat- sahabat saya sedang berjuang untuk menentukan kekalahan Husam, Nizar dan geng-gengnya! Sebab tu lah saya seharian tak update blog hari ni...heheheheeeee....

Thursday, June 2, 2011

Perhatian..!!! RBF diancam samseng, rakan-rakan nak biar aje ke?


Memang payah betul bila berdepan dengan samseng! Apatah lagi bila berdepan dengan samseng-samseng bodoh yang sanggup menjual maruah dirinya untuk menyerang individu lain yang menyatakan kebenaran melalui penulisan blog. Samseng-samseng ini bagaikan "anjing upahan" yang akan menyerang selepas diarah "tuan"nya.

Itulah yang sedang dihadapi oleh sahabat blogger kita, RBF, yang dikhabarkan melalui postingnya di SINI dan di SINI. Itulah risiko yang harus dibayar oleh blogger-blogger pro-UMNO/BN. Diancam, diugut dan sentiasa terdedah pada kesamsengan puak-puak pakatan haram jadah ini! Bila tidak dapat mematahkan hujah blogger, maka blogger tersebut akan diburu dan diancam keselamatannya!

RBF bukanlah mangsa pertama. GOMO pun pernah diugut dan khabarnya gambar Gomo turut diedarkan oleh AMK ke ranting-ranting AMK di seluruh negara. Jelaslah bahawa mereka-mereka yang mengancam keselamatan blogger ini desprate, pengecut, samseng bodoh dan tidak mampu berdepan dengan hujah blogger-blogger pro-UMNO/BN!

Mereka sangat desprate setelah hujah-hujah para blogger pro UMNO/BN ini tidak mampu dijawab dengan rasional. Mereka memang pengecut untuk menghantar samseng untuk mengancam keselamatan blogger tersebut dan keluarganya. Mereka memang samseng bodoh apabila mengetepikan undang-undang dengan membuat ugutan terhadap para blogger!

Jelas sekali mereka sudah pening kepala dengan serangan-serangan para blogger tersohor pro-Kerajaan! Syabas kepada RBF, Gomo, Parpu, GAP dan rakan-rakan yang lain. Penulisan kalian ternyata ditakuti oleh puak-puak Pakatan Haram ini! Jika tidak, takkanlah sampai mereka terpaksa mengupah samseng pulak!

Meskipun identiti samseng yang cuba mengancam keselamatan RBF belum diketahui, saya suspect bahawa mereka ini diupah oleh puak-puak pakatan haram ini. Bukanlah mahu menuduh, saya cuma suspect saja. Meskipun saya tidak tahu, tapi rasanya tentu ini semua kerja puak-puak tak bertamadun ini.

Saya tak punya bukti, namun memandangkan apa yang berlaku pada GOMO, apa yang berlaku di Masjid Amru Al-As ketika Eskay bersumpah, apa yang berlaku pada demo-demo yang dianjurkan oleh pakatan haram ini, jelas sekali mereka menggunakan pendekatan ganas dan undang-undang rimba untuk menyerang sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan ideologi mereka.

Justeru itu, adalah tidak mustahil ancaman yang diterima RBF itu datangnya dari puak-puak pakatan haram!

Oleh itu, saya mengesyorkan kepada RBF supaya membuat laporan polis terhadap ancaman yang diterimanya hari ini. Kita dahulukan perkara ini mengikut undang-undang. Pada masa yang sama, saya mohon pada rakan-rakan yang berada di Lembah Klang, agar "alert" dan bersedia pada sebarang kemungkinan sekiranya berlaku ancaman lagi terhadap RBF dan keluarganya.

Kepada RBF, bro..jangan risau bro. Kita bukan nak tunjuk samseng atau nak tunjuk kuat, tapi rasanya rakan-rakan kita yang ada pun tidak kurang hebatnya. Setakat nak cover bro dan family, rasanya tak menjadi masalah. Takde hal bro! Just roger je, anytime, anywhere, kitorang gerak terus ke tempat hang!

Panasss..!!! Bukti terkini PAS pencacai..!!! PAS Selangor bantah, Khalid tetap buat jugakkk..!!!


Peerrrgghhh..!!! Pakatan Haram di Selangor bergaduh lagi..!!! Memang panas kali ini. Khalid Ibrahim sebagai boneka DAP tentunya seperti biasa tidak akan menghiraukan "suara PAS" yang bertahap "keldai" pencacai baginya! Siapalah PAS dimata Khalid Ibrahim berbanding DAP "yang mulia"..!!!

Kali ini, berkenaan Konsert Rock MTV yang bakal berlangsung di I-City, Shah Alam. Meskipun PAS Selangor sebulat suara membantah konsert tersebut, Khalid Ibrahim tetap akan meneruskan konsert rock tersebut! Cuba lihat di SINI. "Pergi jahanamlah PAS dengan suaranya!", mungkin itu kata Khalid pada PAS Selangor!

Macamana ni PAS? Seronok berpakat bersama "syaitan"? Itulah, UMNO dah awal-awal lagi pesan, jangan ikut sangat selera nafsu politik Pok Nik Aziz tu! Islam larang berkawan dengan "syaitan", tapi PAS nak jugak berkawan dengan syaitan-syaitan tu. Sekarang, siapa yang malu? Siapa yang kena "main"? Kan dah kena "liwat" dengan Khalid dan DAP!

Nampaknya, PAS menerima tamparan hebat lagi kali ini. Ditampar Khalid dan DAP ketika PAS sedang sebok bermuktamar pulak tu! Taknak bahas dalam usul perwakilan ke pasal PAS di"pencacai"kan PKR dan DAP? Kalau berani dan betul-betul pejuang Islam, bahaslah dalam Muktamar! Itupun kalau betul bukan "keldai" kepada PKR dan DAP laaahhh...

Pengumuman kepada semua Blogger/Pejuang Cyber Pro-UMNO / BN Zon Utara..!!! Call for meeting..!!!


Dikhabarkan bahawa perancangan PRU ke-13 sedang dalam proses pembikinan (in making process). Jentera-jentera UMNO-BN sedang giat menggerakkan diri masing-masing. Sebagai seorang yang pernah bertanggungjawab menganjurkan perjumpaan dan syura antara blogger-blogger pro UMNO/BN di zon Utara, saya fikir, saya perlu mengulangi inisiatif ini sekali lagi.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan kepada semua blogger-blogger pro-UMNO/BN zon Utara yang rasa bertanggungjawab untuk berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, bahawa saya berbesar hati untuk menganjurkan "SYURA BLOGGER-BLOGGER PRO-UMNO/BN ZON UTARA", dalam masa yang terdekat.

Saya rasa terpanggil untuk menyatukan semua blogger-blogger pro-UMNO/BN ini bagi me"refresh"kan kembali perpaduan dan berbincang mengenai beberapa agenda. Agendanya terpaksa disembunyikan buat masa ini.

Bagi memastikan tiada gangguan atau sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, tarikh, masa dan lokasi terpaksa dirahsiakan dan akan diberitahu kelak, (seminggu sebelum tarikh majlis akan berlangsung). Ini adalah memandangkan menurut pengalaman saya, ada unsur-unsur kurang enak berlaku pada pertemuan sebelum ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai "syura" ini, tuan puan semua bolehlah meng"email"kan penyertaaan anda semua di alamat "dukeofumno1@yahoo.com" bermula sekarang. Anggaran peserta dijangka adalah sekitar 25-30 orang sahaja.


Seperkara lagi, penyertaan peserta kali ini juga terhad dan bakal ditapis ketat. Ini adalah untuk memastikan kelancaran majlis tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba membawa beberapa blogger-blogger tersohor untuk sama-sama menyertai pertemuan kali ini.

Harap maklum.

- DUKE OF UMNO -

Panasss..!!! Erdogan bakal dominasi Pro-Ulama esok..!!!


Kecoh betul pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS kali ini. Meskipun pemimpin PAS cuba menyembunyikan fakta bahawa "tidak wujud pepecahan pada pemilihan PAS kali ini", jelas sekali dakwaan itu berlawanan dengan apa yang berlaku sekarang. Esok pemilihan PAS akan berlangsung...

Tmbalan Presiden bakal ditandingi oleh Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasharudin, sebagai penyandangnya. Mat Sabu kini dikatakan sebagai calon "favorite" dengan pencalonan tertinggi. Manakala Nasharudin kelihatan goyah untuk mempertahankan jawatannya.

Dikhabarkan bahawa Tuan Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk bertanding untuk memecahkan undi yang ada pada Mat Sabu, bagi memenangkan Nasharudin sekali lagi. Dengan campurtangan Tuan Ibrahim, dijangka Nasharudin mampu mengalahkan Mat Sabu yang tidak digemari oleh geng pro-ulama PAS! Apatah lagi, Harun Din juga telah meminta perwakilan kekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan kepada Hadi Awang!

Keadaan ini dikhabarkan telah menyebabkan Mat Sabu "hangin satu badan" dan bertindak untuk bersekutu dengan puak-puak Erdogan PAS. Tapi, dikatakan Erdogan PAS memberikan syarat kepada Mat Sabu agar dia menggunakan pengaruhnya untuk memenangkan Husam, Mohd Amar dan puak-puak Erdogan lain yang bertanding....

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula akan memperlihatkan pertandingan 6 penjuru! Memang dah panas pun! Mahfuz, Salahuddin, Nizar, Husam, Mohd Amar dan Idris Ahmad bakal berentap esok! Memang panas gila sekarang ni. Mereka difahamkan sedang sebok berkempen "dalam gelap"!

Pok Nik awal-awal lagi sudah memberi sokongan (endorsement) kepada Husam dan Mohd Amar dengan alasan "pemimpin PAS Kelantan wajar dibawa ke PAS Pusat untuk berkongsi pengalaman". Namun, semua tahu bahawa Pok Nik sememangnya menyebelahi puak-puak Erdogan! Maklumlah...diakan anti pro-ulama yang mahukan Kerajaan Perpaduan yang membawa agenda perpaduan umat Islam!

Selain itu, beberapa blog turut mendedahkan bahawa Husam menabur wang sebanyak RM300,000 kepada Kickdefella untuk melobi jawatan yang ditandinginya kali ini. Meskipun Husam menafikannya dan dikhabarkan bakal menyaman RBF, namun hakikatnya, Kickdefella yang sebelum ini turut mengaku penglibatannya menerima wang dari Husam untuk berkempen untuk Husam turut menghangatkan keadaan!

Nizar pula dikhabarkan sudah naik hangin dengan kempen secara "gelap" oleh Husam, apatah lagi Pok Nik tak "endorse"kan namanya sekali dalam sokongan yang diberikan pada Husam dan Mohd Amar. Dikhabarkan Nizar mula sabotaj Husam dan mendedahkan keburukan-keburukan Husam!

Itu belum lagi saya dedahkan permainan Mahfuz, Salahuddin, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin PAS yang bertanding. Sebenarnya, meskipun pemilihan kali ini cuba disembunyikan kepincangannya, hakikatnya pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, mengakui bahawa pemilihan kali ini yang paling sengit dalam sejarah PAS!!!

Justeru itu, jika sudah disifatkan "paling sengit dalam sejarah", sudah tentu wujudnya permainan kotor, kempen secara gelap, dan pelbagai agenda tikam-menikam yang bakal memecah-belahkan PAS. Hakikat ini tentunya diakui oleh pihak perwakilan yang bakal bersidang esok! Cuma kepimpinan PAS saja yang tak mahu mengaku!

Sumber: MyKMU.net

Gempar..!!! Pengarah Urusan UDA letak jawatan..!!!

Ini macam ke yang dikatakan "pembela bangsa" sendiri?

Menurut laporan berita di SINI, Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd, meletakkan jawatannya setelah enam tahun menerajui agensi yang bertaraf GLC yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf ekonomi bumiputera, khususnya Melayu, itu.

Syabas saya ucapkan kepada Datuk Jaafar Abu Hassan yang pada saya tindakannya itu jelas menunjukkan protes beliau kepada Pengerusi UDA, Nur Jazlan, yang seolah-olah bodoh dan bengong apabila bertindak tidak mengutamakan tujuan asal penubuhan UDA. Meskipun Jaafar tidak nyatakan sebab beliau meletakkan jawatan, pada saya, perletakan jawatannya ini merupaka "tamparan hebat" kepada Jazlan!

Ini semua berpunca dari Jazlan yang khabarnya memberikan kontrak RM7 billion kepada syarikat luar dari China untuk membangunkan kawasan bekas penjara Pudu di kawasan "segi tiga emas" ibu negara, berdekatan dengan kepesatan kawasan tumpuan di Bukit Bintang.

Ekoran itu, UDA diserang hebat oleh Musa Syiekh Fadzir kerana keutamaan yang diberikan Jazlan kepada pelabur luar berbanding pelabur-pelabur bumiputera, khususnya Melayu, yang tidak kurang hebatnya untuk membangunkan kawasan tersebut!

Macamana ni Jazlan? Jaafra dah post surat letak jawatan. Jazlan bila lagi? Tak malu ke? Kenapa tak utamakan pelabur bumiputera? Mengapa perlu utamakan pelabur dari China? Jika UDA pilih pelabur dari kalangan bumiputera, Jazlan tak "masyuk",kah?

Jazlan, kalau muka tak malu, teruslah pegang jawatan Pengerusi UDA tu! Tapi, kalau masih ada maruah, elok letak saja jawatan. Ramai lagi pemimpin yang layak dan lebih mengutamakan bangsanya berbanding kamu!

Gempar..!!! Perkara yang PAS Kedah mampu buat, tapi BN tak mampu..!!!


Saya terpanggil untuk mengulas tentang isu yang dibangkitkan oleh sahabat saya di sini dan di sini, serta jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Pas Kedah di sini, mengenai "pusat hiburan yang dulunya hanya ada 2 ketika BN memerintah, dan kini telah meningkat kepada 6 setelah PAS mengambil alih Kerajaan Kedah".

Pada saya, saya sangat bersetuju dengan cara PAS Kedah yang membuka lebih banyak pusat hiburan dan karaoke di Kedah. Betullah tu, mana ada salah buka pusat hiburan. Lagi banyak PAS buka, lagi bagus!!!

Memang itu kehendak rakyat Kedah, sebab itu rakyat Kedah pilih PAS untuk perintah Kedah pada PRU12 yang lalu. Memang rakyat Kedah mahu PAS buka pusat hiburan banyak-banyak! Pandai betul PAS "jaga hati" rakyat Kedah yang sudah lama nak ke pusat-pusat hiburan macam tu. Masa BN dulu depa tak berpeluang!

Masa BN perintah Kedah dulu, pusat hiburan terhad. Ada 2 saja. Mana cukup! Rakyat Kedah nak lebih banyak pusat hiburan dibuka dan hanya PAS saja yang mampu buka pusat-pusat hiburan untuk menghiburkan rakyat Kedah. Iyalah, dah penat-penat kerja disiang hari, rakyat Kedah pun nak berpeleseran jugak di sebelah malamnya!

Masa BN perintah dulu hanya ada 2 buah pusat hiburan saja. Mana cukup, bro! Tak muat untuk budak-budak Kedah nak melalak, minum-minum, bersosial, bawa awek, bawak balak, beromen, dan sebagainya! BN memang tak reti tunaikan kehendak rakyat yang mahukan lebih banyak pusat hiburan dibuka! BN tak reti ke nak baca minda budak-budak Kedah yang nak bertenet nih?

Nasib baik PAS perintah Kedah. Hanya PAS saja yang mampu memenuhi impian budak-budak ni untuk berhibur, bersosial dan enjoy sambil buat maksiat kat pusat-pusat hiburan macam tu. Hanya PAS saja yang faham desakan gelora nafsu budak-budak Kedah ni. BN apa tahu pasal kelab-kelab malam ni. Asyik-asyik masjid saja...budak-budak tu boring laaaa...

Justeru itu, saya ucapkan tahniah kepada PAS Kedah kerana berjaya merealisasikan hasrat berpeleseran di malam hari sebagaimana yang diingini oleh rakyat Kedah. Meskipun pembukaan pusat-pusat hiburan ini tidak ada dalam manifesto PRU12 PAS Kedah, namun ke"prihatinan" PAS Kedah ini begitu dialu-alukan rakyat Kedah yang 80% beragama Islam dan berbangsa Melayu!


Semoga dengan pembukaan pusat-pusat hiburan di Kedah oleh PAS ini akan menyemarakkan lagi dakwah Islamiyyah dan mengimarahkan lagi syiar Islam di negeri Jelapang Padi itu. Jangan terkejut selepas ini sekiranya pak-pak lebai PAS akan berduyun-duyun menyerbu pusat hiburan dan karaoke ini lepas solat Isyak di masjid..!!!

Panasss...!!! Sampai hati Nasrudin Tantawi "belasah" Nik Aziz semalam...iskkk..iskkk..!!!



Semalam, Nasrudin Tantawi ada suruh Kerajaan PAS Kedah & Kelantan supaya peka dengan kehendak rakyat. Lepas tu, untuk PAS di negeri Selangor & Penang, dia suruh tunai manifesto PRU12 yang diorang janjikan dulu. Saya ketawa besar dengar apa yang Nasrudin Tantawi katakan itu!

Dalam konteks mantik, nampaknya Kerajaan PAS Kedah belum cukup peka dengan kehendak rakyat. Tak apalah, sebab PAS Kedah baru memerintah Kedah. Belum cukup berpengalaman dan cetek corak pentadbirannya. Azizan pun pernah mengaku, lepas dapat perintah Kedah, "baru dia tahu bahawa banyak manifesto yang depa tak mampu buat!".

Tapi, di Kelantan, PAS dah perintah lebih dari 20 tahun! Masih juga tak peka-peka dengan kehendak rakyat! Nik Aziz dan pemimpin PAS Kelantan ni "pekak-pekak" belaka ke apa? Nak kata tak berpengalaman, diorang dah perintah Kelantan lebih dari 20 tahun! Nampaknya, kepimpinan Pok Nik masih gagal dimata Nasrudin Tantawi!

Berani betul Nasrudin bantai Pok Nik dalam ucapannya semalam. Nasrudin, Pok Nik tu dah tua, kenapa kamu bantai dia lagi? Kesian la kat dia...dah la dia khabarnya ada kanser prostat tahap 5, jangan la balun dia teruk-teruk! Kamu kata Pok Nik "pekak" dan tak cukup peka? Ishhh...tak cium bau syurga nanti kamu ni nanti Nasrudin oiii..!

Di Selangor & Penang pula, PAS tak perintah, PKR dan DAP yang perintah. Macamana nak tunai manifesto PRU12? Kat Selangor tu, arak yang dirampas pun Hasan Ali kena hantar balik! Tak ada suara langsung! Nama saja PAS perintah sama-sama, tapi nampak sangat PAS tak ada kuasa apa-apa...jadi balaci je la kat Selangor tu!

Kat Penang? PAS terus tenggelam di bawah "Khalifah" Guan Eng diorang tu! Apa yang PAS mampu buat kat Penang? PKR pun kena "makan" dengan DAP, apatah lagi PAS? Lagi teruk la PAS Penang kena main dengan DAP! Lagi teruk dari tahap balaci nampaknya...

Mungkin itu yang Nasrudin nak katakan semalam. Tapi dia berkias dan tak "direct to the point" la. Biasalah, Nasrudin pun Melayu jugak, ada sifat berkiasnya.

Pada saya, kalau Nasrudin nak PAS menunjukkan kuasa dominan dalam menentukan dasar, ia hanya mampu dilakukan sekiranya PAS sertai BN. Sekurang-kurangnya dasar PAS akan dipertimbangkang apabila ada dikalangan pemimpinnya yang akan dilantik menjadi Menteri. Dalam Pakatan, jangan haraplah! Dapat jadi Exco pun, tak ada suara, apatah lagi nak laksanakan dasar PAS! Hancusssss...

p/s: Bijak la sikit dalam hal tahaluf siyasi, cara platform yang lebih menguntungkan dasar..bukan platform yang membalacikan diri sendiri! Paham ke, Nasrudin?

Tuesday, May 31, 2011

Panasss..!!! Air Asia beri sokongan kewangan pada Pakatan Haram..!!!


Siapa tak kenal dengan Malaysiakini, sebuah portal yang sememangnya sah penyokong pakatan haram. Berita-beritanya begitu hebat memutar belit setiap kata pemimpin BN, terutamanya UMNO. Raja spin pro-pembangkang ini memang suka mempolitikkan setiap isu atau berita semasa, tanpa rasa jemu, rasa bersalah mahupun bertanggungjawab.

Cuba layari laman web Malaysiakini, berita utamanya jelas sekali merupakan "spin" pro-pembangkangyang dilakukan supaya dilihat kontroversi dan bersifat menyerang Kerajaan. Memang negara ini mengamalkan kebebasan bersuara, namun putar alamnya itu dengan mudah dapat dikesan sebagai tali barut pembangkang!

Persoalannya, siapakah yang menyumbang dana untuk portal putar alam tersebut? Dikhabarkan bahawa dana utamanya ialah dari sebuah "konrad" yang pro-yahudi! Namun, kesahihannya masih lagi disiasat. Dan yang mengejutkan Air Asia turut menyokong portal pembangkang ini!

Mengapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana Air Asia turut subscribe ruangan iklan di situ! Saya tahu, sekiranya dipersoalkan mengenai perkara ini, tentunya jawapan standard akan diberikan iaitu "it's just business!" dan Malaysiakini mempunyai hit yang tinggi, bukan?

Namun, itu hanyalah alasan! Dengan meletakkan iklan di situ, secara tak langsung, Air Asia menyumbang dana kepada laman web pro-pembangkang. Itukah balasan Air Asia terhadap Kerajaan setelah diberikan pelbagai keistimewaan? Kadangkala, keistimewaan yang diberikan itu melebihi pada apa yang diberi kepada MAS!

Ternyata jelas, Air Asia adalah salah satu penyumbang kepada pembangkang! Apa tindakan yang wajar dilakukan terhadap Air Asia - Tony Fernandez ini?

Panasss..!!! TNB wajib bersihkan nama Najib..!!!




Melalui komen-komen rakan dan email yang saya terima mengenai artikel saya dibawah, "TNB cuba sabotaj Kerajaan", saya dapati masih ada yang kurang faham dan menyalahkan Kerajaan, terutamanya Datuk Seri Najib sendiri.

Pada saya, Kerajaan tidak sepatutnya disalahkan 100% dalam hal ini. Kerajaan sudah "fight" bermati-matian dengan TNB untuk mengekalkan kadar tarif elektrik, malah kalau boleh, kerajaan nak turunkan kadar tarif tu seminima mungkin.

Namun, atas kerana TNB yang mungkin enggan atau mungkin tidak mahu memahami aspirasi Kerajaan, maka setakat 75% saja dari pengguna elektrik yang mampu di"selamat"kan dari "kerakusan" TNB mengaut keuntungan.

Pada saya, dalam hal ini, TNB seharusnya bertolak ansur dan membantu Kerajaan dalam menangani rintihan rakyat. Sudahlah perkhidmatan elektrik di negara ini dimonopoli oleh TNB, tapi TNB macam tak reti-reti nak jaga hati rakyat dan Kerajaan.

Pada saya, sekiranya boss-boss TNB itu gagal mencari keuntungan lain dari terus bergantung pada Kerajaan, seharusnya mereka menjaga kepentingan Kerajaan dimata rakyat. Jika tidak, maka jadilah seperti sekarang, untuk menjamin keuntungan TNB, Najib pula yang jadi mangsa! Tak patutlah begitu...

Seharusnya, TNB perlu tahu bahawa staf-staf TNB juga menjadi mangsa kenaikan kadar tarif yang dituntut tersebut. Tak semua rakyat mampu berjimat dan "budget" penggunaan elektrik mereka.

Sebagai contoh, ada komentar yang memberi komen di artikel di bawah mengeluh mengenai keluarganya yang tak mampu melimitkan bil elektrik bulanannya dibawah RM77 ekoran isterinya yang kurang sihat dan keluarganya berpendapatan agak rendah. TNB boleh bantu ke?

Justeru itu, saya fikir, usahlah kita menyalahkan Kerajaan atau Najib dalam hal ini. Seharusnya, TNB perlu tampil untuk menjawab segala rintihan rakyat dan kalau betul TNB hebat, selesaikanlah keluhan dan masalah yang timbul disebabkan "tarif" yang mereka gariskan untuk memastikan TNB terus dapat bonus tiap-tiap bulan.

Janganlah asyik ingatkan bonus tahunan dan keuntungan berbilion-bilion TNB saja, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban TNB. Ketika inilah TNB harus menunjukkan rasa tanggungjawab sosialnya pada rakyat! Prihatin ke TNB? Setakat bagi beras dan tolong sikit-sikit tu bukan membantu sangat pun...

Harap TNB bersihkan kembali nama Najib dari terus dipersalahkan rakyat. Apa kata TNB?

Panasss..!!! TNB cuba sabotaj Kerajaan..???


Saya kira, ramai yang sudah termakan dengan niat kurang elok beberapa media internet yang cuba menggambarkan Kerajaan sebagai zalim dan tidak bertimbangrasa, kononnya Kerajaan bertanggungjawab dengan kenaikan tarif elektrik.

Memang benar ada kenaikan sebanyak 7.2%, namun, tahukah anda tentang "perkara besar" yang sengaja disembunyikan di sebalik kenaikan tarif elektrik ini? Sepatutnya, "perkara besar" ini yang didedahkan, namun tak ramai yang tahu.

Sebagai seorang yang berada di dalam sidang media mengenai pengumuman ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara besar yang di"rahsia" oleh media pro-pembangkang ini...

Tahukah anda bahawa boleh dikatakan tidak ada kenaikan harga tarif elektrik langsung bagi 75% rakyat Malaysia? Sebenarnya, hanya pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sahaja yang akan terbabit dengan kenaikan harga tarif elektrik yang baru ini. Itu pun hanya 7% sahaja.

Kebanyakan rakyat menggunakan elektrik tidak melebihi 300 kWj atau pada anggara bil RM77 sebulan. Maknanya, pada sesiapa yang bil elektrik bulanannya melebihin RM77 saja yang akan dikenakan kenaikan tarif, yang bil elektrik bulanannya dibawah RM77 tidak ada sebarang kenaikan pun.

Mengikut rekod kajian pula, seramai 25% rakyat domestik saja yang menggunakan lebih dari RM77 sebulan, itupun kerana mereka terlibat dengan penggunaan elektrik indutri, komersial dan perniagaan. Mereka ini saja yang terpaksa menghadapi kenaikan tarif elektrik, itupun pada kadar minimum.

Bagi bil elektrik bulanan RM85, dianggarkan hanya akan naik dalam RM1 ke RM2 saja. Membebankan ke kenaikan tarif elektrik kali ini? Pada saya, ia tidak membebankan pun kerana bil elektrik bulanan saya hanya sekitar RM50 sebulan saja, maknanya saya tidak akan terlibat dengan kadar tarif elektrik yang baru ini.

Pada pandangan saya, kenaikan kadar tarif elektrik ini berpunca dari "ketamakan" TNB yang mengalihkan bebannya untuk ditanggung rakyat. Mereka untung berbilion-bilion setahun. Seharusnya, sebagai GLC negara, TNB harus mendahulukan rakyat dan TNB wajar meng"absorb" bebanan tersebut!

Mengapa TNB tidak boleh bertolak ansur dengan Kerajaan yang membayar subsidi kepadanya? Tidak bolehkah TNB berkorban sedikit supaya tidak membebankan Kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat? Mengapa TNB tidak punya semangat mendahulukan rakyat sebagaimana gesaan Kerajaan sedangkan TNB juga merupakan sebuah "syarikat ciptaan Kerajaan" sendiri? TNB nak sabotaj Kerajaan, kah?

TNB bukan syarikat persendirian milik Khalib. TNB dibawah Kerajaan dan sepatutnya membantu Kerajaan yang mendahulukan rakyat. Saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan ada berbincang dengan TNB dan berdebat besar dengan TNB mengenai perkara ini. Kerajaan mempertahankan tarif lama dan TNB mahukan kenaikan kadar tarif.

Dan hasilnya, Kerajaan berjaya mengekalkan tarif elektrik untuk 75% rakyat yang menggunakan perkhidmatan dari TNB ini. Syabas saya ucapkan pada Kerajaan yang berjaya mempertahankan majoriti rakyat Malaysia dari ketamakan TNB!

Pada saya, TNB seharusnya mencari jalan lain untuk mencari sumber kewangan lain dari terus membebankan rakyat. Berdikarilah sikit macam Petronas yang tidak pernah membebankan Kerajaan tu. TNB bukan saja selalu bebankan Kerajaan, rakyat pun terbeban sama! Macam ni ke handle GLC Kerajaan? Poddah la Khalib...resign je la!

Monday, May 30, 2011

Komentar...Azmin kata UMNO akan runtuhkan ekonomi orang melayu..!!!


Azmin Ali memang sudah kaya. Dia ada Ferrari dan juga rumah banglo mewah hasil dari istiqamahnya menyokong pemimpin anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Jadi tak adillah kalau Azmin nak tuduh UMNO tak mampu buatkan orang melayu dalam negara ni jadi kaya seperti dia.

Azmin kena sedar yang dia itu pun adalah bangsa melayu. Anwar Ibrahim juga melayu, cuma Nik Aziz saja yang malu untuk mengaku dirinya berbangsa melayu. Dan bila sedar diri tu melayu, kenalah faham bahawa hanya UMNO satu-satunya yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dalam negara ni.

Azmin jangan lupa, Anwar kaya raya kerana UMNO. Secara tak langsung, Azmin juga terpaksa mengaku yang UMNO juga berjasa dalam memewahkan diri dia dan keluarga. Jadi apa motifnya untuk Azmin menghentam UMNO dan kata UMNO meruntuhkan ekonomi orang-orang melayu? Apa buktinya Azmin meroyan macam ni?

Semasa Azmin berceramah di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang, dia mengatakan bahaya “Bila orang Melayu hanyut , jangan salahkan orang Cina dan DAP. Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri. Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum”.

Kalau betul lah kerajaan Pakatan ini memang terbukti berupaya memajukan ekonomi orang melayu, cuba Azmin senaraikan berapa banyak yang rakyat Selangor untung dan mewah dari usaha Khalid Ibrahim semenjak dia menjadi Menteri Besar? Berapa banyakkan melayu yang senang lenang dibawah polisi kerajaan Pakatan Selangor?


Dan bagi kawasan Azmin sendiri, berapa banyakkah orang melayu di kawasan Parlimen Gombak dan juga Bukit Antarabangsa yang meningkat ekonominya hasil dari usaha Azmin? Dan berapa banyakkah orang-orang melayu di kawasan tersebut yang berjaya diangkat taraf kehidupannya oleh Azmin melalui Pakatan Rakyat?

Kalau di negeri Selangor yang kaya raya itu pun kerajaan Pakatan masih tak mampu untuk martabatkan nasib bangsa melayu, tak perlulah Azmin nak tuduh UMNO sebagai punca ekonomi bangsa melayu merudum. UMNO melalui kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat yang mahu meningkatkan taraf ekonomi mereka sendiri.

Dan usaha UMNO melalui kerajaan persekutuan ini bukan sahaja dinikmati oleh bangsa melayu sendiri, tetapi ianya juga diberikan kepada kaum bukan melayu didalam negara. Ini yang amat dicemburui oleh pemimpin Pakatan seperti Azmin kerana dia tahu mereka tak akan mampu meniru hasil usaha UMNO melalui kolobrasi parti-parti komponen didalam BN.

Oleh itu, tak payahlah Azmin berniat untuk meracuni pemikiran rakyat Selangor dengan dakyah-dakyah merapu kononnya UMNO akan meruntuhkan ekonomi bangsa melayu. Rakyat Selangor kini sudah mampu membezakan yang mana lebih baik diantara kerajaan Pakatan dan juga kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Pakatan sudah terbukti gagal membela nasib bangsa melayu di negeri-negeri yang mereka jajah selepas PRU12. Nasib orang-orang melayu kian tergugat di P.Pinang, Kedah, Selangor dan juga Kelantan. Rakyat Malaysia bukannya buta dengan apa yang terjadi. Rakyat juga bukan tuli untuk memekakkan telinga dengan segala karenah Pakatan.

Rakyat Malaysia kini hanya menunggu tarikh pilihanraya akan datang bagi menguburkan Pakatan khususnya di negeri-negeri yang mereka telah tawan sebelum ini. Pada masa itu, Azmin sendiri belum tentu selamat jika bertanding di kawasannya sekarang.

Sumber: MyKMU.net

Panasss..!!! Pemilihan PAS 2011 & Demokrasi Zombie Kg Pisang..!!!


Semua sedia maklum, pemilihan PAS bakal berlangsung tak lama lagi, kalau takde aral minggu depanlah katanya. Satu keputusan yang tak berapa penting sudah diketahui – Presiden PAS menang tanpa bertanding. Kenapa kita kata tak berapa penting? Sebab, walaupun namanya Presiden, dia bukan ‘nakhoda kapal’ pun.

Itu yang buat kita tak faham apa yang gegak gempita sangat pasal pemilihan PAS setiap 3 tahun sekali ini, kokok dan sorak macam mana sekalipun, situasinya tidak berbeza langsung dengan situasi sama yang berlaku dalam PKR – ketua sebenar tidak dipilih secara demokrasi.

Hakikat yang sebenar, pemilihan ini hanya nak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) saja, kalau tak buat kang parti kena haramkan pulak sebab tak ikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Bila itu berlaku, pihak yang akan disalahkan ialah UMNO, macam kes PKR sekarangla.

Apa tujuan setiap parti politik berdaftar mengadakan pemilihan setiap beberapa tahun sekali (selain menepati peraturan ROS)? Tujuannya untuk membolehkan ahli parti menunaikan hak mereka memilih kepimpinan tertinggi parti, maksudnya dari yang paling tinggi sampai yang paling kodi.

Itu baru boleh kita kata demokrasi, contoh paling baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti dalam BN.

Kalau pilih yang kedua tinggi dan kebawah saja, sedangkan yang paling berkuasa terlepas dari sebarang apa jenis pemilihan till death do us apart, itu demokrasi style mana pulak? Atau nak bandingkan dengan zaman Nabi? Nabi sama ke dengan Nik Aziz?

Dah lama dah benda ni berlaku iatu sejak revolusi Iran mengubah landskap kepimpinan PAS pada 1979 tapi entah kenapa tiada siapa di dalam PAS yang berani nak mempersoalkan kedudukkan Nik Aziz atau Mursyidul Am for that matter.

Sekurang-kurangnya PKR yang memiliki amalan kepimpinan yang sama, ada juga suara dari dalam partinya yang menyuarakan soal ini (jawatan Ketua Umum dipertandingkan). Walaupun cadangan itu dibakul sampah tanpa sempat dibahaskan, sekurang-kurangnya ada jugaklah.

Tapi dalam PAS langsung tak ada.

Apa gunanya perwakilan berbahas dan mengundi dalam pemilihan PAS kalau undian mereka itu tidak membawa sebarang kesan kepada polisi dan dasar parti yng dibahaskan tadi. PAS bukanlah parti yang sempurna pun dan memerlukan perubahan yang berterusan tapi macam mana perubahan nak berlaku kalau hanya satu orang yang buat semua keputusan

Presiden nak perpaduan, mursyidul taknak, tak jadi juga.

So, Hadi Awang laung macam mana pun, gambarkan macam mana pun bagi nak menunjukkan yang PAS ini mengamalkan demokrasi yang sebenar, situasi sebenanya tidak langsung mendekati itu.

Nak kata demokrasi dalam PAS dah mati, tapi macam hidup, nak kata hidup tapi macam mati. Yang hidup tak mati pun tak ni zombie je.

Sumber: MyKMU.net

Update terkini..!!! Harga tarif elektrik baru bermula 1 Jun ini, TIADA KENAIKAN!!!

Seperti yang saya katakan TIADA KENAIKAN bagi harga tarif elektrik untuk seramai 75% rakyat atau pengguna di negara ini..!!!!

Lagi 25% - kebanyakkannya untuk kegunaan industri etc, dinaikkan pada tarif minimum. Kenaikan bagi 25% pengguna mungkin dinaikkan kerana Anwar, DAP dan Pas..!!! Mungkin Kerajaan menyampah kat diorang sebab suka buat kacau, kot?


- Posted using BlogPress from my iPad

Live from Putrajaya! Tarik elektrik: naik, kekal atau turun?




Sebentar lagi, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air akan mengumumkan sama ada kadar tarif elektrik dinaikkan atau tidak! Saya kini bersama rakan, menunggu di ruang legar pejabat Kementerian berkenaan.

Nantikan update terkini saya dari masa ke semasa, saya akan umumkan pengumuman dari Kerajaan secara live dari blog saya..

Tungguuu..!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Panasss..!!! Senior Tahfiz cuba tiru Anwar, Junior jadi mangsa..?!!!


Memang parah!!! Mungkin kerana terlalu ingin menjadi seperti Anwar Ibrahim, seorang pelajar Tahfiz dikatakan telah meliwat seorang "junior"nya. Nampaknya, perangai "mulia" oleh pemimpin "anugerah Tuhan" itu semakin hebat menular dan diperkembangkan hingga ke maahad tahfiz! Kat Kelantan pulak tu..!!!

Memang teruk pengaruh yang Anwar berikan kepada anak-anak bangsa. Anak-anak yang dihantar ke maahad Tahfiz pun terikut-ikut dengan tabiaat buruk Ketua Pembangkang itu. Harapnya anak-anak Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfuz, Salahudin Ayub dan Nasrudin Tantawi tak terpengaruh dengan tabiat Anwar itu.

Justeru itu, saya minta pada ibubapa semua, pantaulah kegiatan anak-anak anda semua dari dipengaruhi tabiat buruk Anwar ini. Seperkara lagi, jangan biarkan anak-anak anda dilihat Anwar, apatah lagi menemuinya...bahaya!!!
"KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan."

Gambar ni buat saya panasssss..!!! Rasa macam nak hunus keris jer...!!!




Panaaasss je hati saya tengok gambar-gambar yang saya perolehi dari sini..! Rasa nak terajang orang keluar rumah pun ada. Rasa nak kasi penampar pun ada. Rasa nak pijak kepala orang pun ada..!!!

Melihat gambar di atas, apa pendapat anda? Nak buat apa dengan Nga ni?!!!

Sunday, May 29, 2011

Panasss..!!! Bob Lokman bakal jadi Ketua Penerangan PAS..?!!!




Berita mengenai Bob Lokman memasuki Pas menarik perhatian ramai. Tindakannya itu turut dipergunakan sepenuhnya oleh para pemimpin Pas untuk mencari keuntungan politik parti itu. Bob diarak keliling negara bagi membantu Pas berceramah selain mengutuk rakan-rakan artisnya yang dituduhnya "masih belum mendapat hidayah".



Bob Lokman diusung naik pentas turun pentas untuk berceramah. Pemimpin-pemimpin Pas pula sering dilihat mengusung Bob ke hulu ke hilir, mungkin mengharapkan glamour Bob turut tempias kepada mereka. Bob fikir dia "sangat Islam" bila memeluk "agama Pas"...


Memandangakan penglibatan Bob yang begitu aktif ditonjolkan di pentas-pentas Pas (macam kena jual pulak!), ditambah pula dengan hubungan rapatnya dengan rakan baru pemimpin-pemimpin Pas, apalah salah kiranya Bob Lokman diberikan jawatan khas di dalam Pas?

Sempena Muktamar Pas kali ke-57 ini, berikanlah Bob satu jawatan. Berilah jawatan yang tak payah diundi, dan hanya perlu dilantik. Alaaa..macam jawatan Mursyidul Am ke, Ketua Penerangan ke, apa ke..boleh? Setidak-tidaknya, jika tidak ada jawatan kosong pun, "cipta"lah satu jawatan buat Bob...




Kenang la sikit jasa Bob. Teruk dia diperkudakan demi kepentingan agama Pas. Lagi pun, dia dah biasa dengan dunia glamour! Dia perlukan publisiti, takkan nak bagi dia jadi ahil biasa saja kot? Tak glemer la brooo..!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Man U kalah sebab Anwar & GAP..!!!




Memandangkan saya dinasihatkan oleh GAP untuk tidak tidur atas jalan ekoran kekalahan Man U, maka saya ingin menyatakan padanya bahawa saya tidak pernah bertindak bodoh seperti puak-puak PAS.

Sebenarnya saya tak tengok pun game semalam kerana saya dan Datuk Najib tidur awal. Lagipun, kami sudah tahu bahawa Barca akan menang pagi tadi kerana ada kami percaya, ada konspirasi terhadap Man U.

Selain itu, Fergi juga memberitahu bahawa semua pemain Man U tertekan kerana memikirkan mengapa Anwar enggan menunjukkan jam Omega dan tertunggu-tunggu bilakah Anwar akan bersumpah balas.

Fergi berkata, diorang sangat tertekan kerana mereka ingin tahu kebenaran di sebalik kisah gelap hidup Anwar, dan dikatakan kerana Anwarlah maka Man U kalah!

Selain itu, mereka juga malas nak main sebagaimana biasa kerana saya dan Datuk Seri Najib tidak hadir di Wembley. Sorrylah, kami berdua sebok, hal negara lebih penting dari bola. Minat tu memang minat, cuma kami tak lah taksub macam puak-puak tu taksub kat Pok Nik dan dewa Anvarrr...

Anyway, tahniah la saya ucapkan pada Barca dan GAP kerana diberi kemenangan "percuma" semalam. Messy memang terbaik, rasaya Man U patut beli Messy untuk musim depan! Heheheh...
- Posted using BlogPress from my iPad

Bila Kak Su Bersuara... Heh!