Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 14, 2011

Fatwa "Jilat Kaki"..!!! Bila Pok Nik nak jilat kaki Najib dan Rosmah???


Jilat kaki? Apa yang sampai jilat kaki? Mengapa perlu jilat kaki? Siapa yang patut jilat kaki? Kaki siapa yang nak perlu dijilat? Jilat kaki boleh menentukan sama ada seseorang itu masuk syurga atau neraka? Fatwa siapa pulak ni?

Saya terbaca di SINI mengenai fatwa terbaru Pok Nik yang berkata bahawa semua blogger, media, pemimpin UMNO mahupun sesiapa saja yang terlibat dengan penayangan video seks yang dikaitkan dengan Anwar, perlu menjilat kaki Anwar dan sekiranya tidak, jangan harap mereka dapat masuk syurga dan sah menjadi penghuni neraka.

Fatwa Pok Nik yang terbaru ini seolah-olah syurga dan neraka itu adalah milik mak bapak dia yang punya! Pok Nik berkata demikian seolah-olah dakwaan terhadap Awnar itu sememangnya sebuah "fitnah yang direka-reka", sedangkan dakwaan itu disusuli dengan bukti visual, jam tangan Omega, dan sumpah laknat Eskay, yang memberitahu tentang kebenaran dakwaan tersebut. Apakah ia boleh dikategorikan sebagai "fitnah"?

Pok Nik perlu buktikan bahawa segala dakwaan itu adalah fitnah terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan fatwa yang mengelirukan umat Islam di negara ini.

Selama ini, PAS, PKR dan DAP kuat menabur fitnah terhadap ahli, pemimpin dan UMNO, serta BN. Malah, segala fitnah tersebut tidak pula diberikan bukti kukuh, malah SD yang dilakukan RPK juga merupakn SD palsu yang dibuat-buat secara terancang!

Nik Aziz seolah terlupa pada fitnah PKR, PAS dan DAP terhadap PM dan isterinya selama ini dengan mengaitkan pasangan itu dengan pembunuhan Altantuya. Sudahlah tiada bukti, mahkamah pun tak sentuh, malah tiada sumpah syar'ie pun dilakukan oleh puak-puak Pok Nik. Bila Pok Nik nak jilat kaki Najib dan Rosmah?

Bagaimana pula dengan kerja Pok Nik yang mengkafirkan seluruh ahli UMNO hanya semata-mata tidak memilih PAS? Bagaimana pula dengan dakwaan Pok Nik yang mengkafirkan pengundi-pengundi yang memilih untuk mengundi BN dan tidak memangkah DAP kesayangan Pok Nik?

Bagaimana pula dengan fitnah Pok Nik terhadap Tun M? Bagaimana pula dengan dosa-dosa Pok Nik dan sekutu-sekutunya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Bagaimana pula dosa-dosa PAS yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini?

Ingatlah Pok Nik, kami juga umat Islam, dan kami tidak akan sekali-kali memaafkan Pok Nik begitu saja selagi Pok Nik tak jilat kaki kamu satu demi satu!

Nampaknya Anwar sudah begitu desperate hingga meminta Pok Nik mengeluarkan "fatwa" terbaru untuk membelanya di hadapan rakyat. Anwar fikir, fatwa Pok Nik ini akan berkesan? Tahukah Anwar bahawa Pok Nik sudah dilabelkan sebagai "wali selipar" yang semakin nyanyuk untuk terus menjadi ahli politik? Cari cara lain lah...cara ni tak jalan...!!!

Peniaga wanita diraba, baju dikoyak dan diacukan pistol..!!! Buat kerja cara Islam apa ke namanya..???!!!


Sudah agak lama saya tidak menulis tentang apa yang berlaku di Kedah. Dalam 2 hari kepulangan saya ke kampung halaman saya ini, macam-macam yang saya dengar mengenai politik Kedah. Macam-macam ada...!

Baru-baru ni kita ditayangkan oleh TV3 mengenai ibupejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang disita atas arahan Mahkamah kerana tidak membayar hutang kepada sebuah syarikat yang membekalkan alat yang dikatakan mampu menjimatkan elektrik yang telah dipasang syarikat itu pada tiang-tiang lampu di sekitar Alor Setar. Kecoh jugak ceritanya. Memalukan sungguh...!

MBAS sebenarnya enggan membuat bayaran pada syarikat tersebut kerana alat penjimatan elektrik itu dikatakan gagal berfungsi sebagaimana yang MBAS jangkakan. Menurut sumber, sebelum kontrak itu dipersetujui, MBAS juga yang silap kerana tidak membuat sebarang kajian mengenai alat tersebut. Main sign saja! Sekarang, tanggunglah sendiri hutang tu...

Asyik dok sita gerai orang saja sebelum ni. Sekarang MBAS sendiri yang kena sita! Mungkin ini balasan Allah kepada tindakan MBAS melalui Ahli-Ahli Majlisnya yang menzalimi peniaga-peniaga kecil mencari rezeki selama ini.

Sebagai contohnya, sila lihat pendedahan di SINI, yang menceritakan bagaimana seorang peniaga yang diacukan pistol manakala saudara perempuannya diraba dan dikoyakkan bajunya, hanya kerana mempertahankan barang niaga mereka. Kezaliman MBAS ini begitu ketara sekali. Tiada prinsip mesra rakyat langsung!

Tidakkah MBAS terfikir untuk membuat "kerja cara Islam"? Apakah perlu diraba dan dikoyakkan baju seorang muslimah lain hanya kerana sebuah gerai dan barangan perniagaannya? Pistol? Apa perlunya pistol diacukan pada leher seorang peniaga? Islam suruh buat kerja macam tu, kah? Buatlah kerja cara Islam wehhh..!!!

MBAS bukanlah sebuah majlis yang baru ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. MBAS sudah lama ditubuhkan, sejak zaman BN memerintah Kedah lagi dan tidak ada pun penguatkuasa MBAS yang "melampau" ketika menjalankan kerja mereka. Semuanya diselesaikan dengan cara yang berhemah, dedikasi dan mesra rakyat.

Namun, setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh PAS, mengapa MBAS bertindak keterlaluan begini? Ahli Majlisnya dianggotai oleh puak-puak PAS, PKR dan DAP Kota Setar. Malah dikhabarkan bahawa kebanyakkan penguatkuasanya juga adalah "orang baru" yang diambil menggantikan "orang-orang BN" yang ditukar ke majlis perbandaran lain.

Hanya segelintir saja penguatkuasa di zaman BN yang tinggal dalam MBAS, namun kalau mereka membantah keputusan Ahli Majlis, berkemungkinan mereka juga akan ditukarkan ke daerah lain. Maka bermaharajalelalah penguatkuasa yang mungkin diserap dari "unit amal makruf nahi mungkar" PAS!

Yang mengecewakan, mereka hanya berani menyita dan mengambil tindakan pada gerai-gerai kecil milik orang Melayu saja. Manakala kedai judi mesin slot haram, kedai judi, pub, karaoke dan premis hiburan haram dibiarkan berleluasa, seolah-olah mendapat perlindungan dari puak-puak PAS ini. Apakah semua ini "buat kerja cara Islam"?

Saya rasa, Azizan Razak tidak tahu menahu tentang semua ini. Dia sebok menguruskan perkara-perkara penting seperti lawatan DYMM Yang DiPertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong yang baru-baru ini melawat Kedah. Hatta peniaga-peniaga kecil bihun sup di pekan nat kecil di Jalan Pantai Johor itu pun dihantar pekeliling supaya tidak berniaga dalam tempoh lawatan tersebut.

Harap Azizan Razak buka mata dan melihat sendiri cara orang-orang PAS dibawahnya bekerja. Sedarlah Ustaz, mereka sedang cuba mensabotaj kepimpinan ustaz di Kedah. Mereka cuba menjatuhkan ustaz dengan cara "bukan Islam"! Camana ni Ustaz?

Buku panassss..!!! Siapa nak buku panas ini, boleh order di sini..!!!


Khabarnya buka politik paling panas di atas telah diedarkan pada sambutan ulangtahun UMNO di PWTC baru-baru ni. Judul buku tersebut ialah "Tuhan, Politik dan Seks", garapan penulis terkenal Syed Husin Al-Attas. Apa yang menariknya buku ini?

Saya sebagai "ulat buku", agak terkilan kerana tidak menjadi di antara yang terawal untuk memiliki buku tersebut. Saya sedang berada di Kedah untuk meraikan bonda yang akan berlepas menunaikan umrah. Ada kenduri sikit hari ni. Tak dapat nak ke PWTC semalam...

InsyaAllah, saya akan dapatkan buku tersebut dalam masa yang terdekat. Pada sesiapa yang ingin memiliki buku tersebut, boleh kirim pada saya. Namun, kalau kirim pakai "air liur" saja, maaflah. Saya bukan orang kaya...heheheee...hubungi saya jika berminat...

Apa yang saya tahu, buku tersebut menceritakan tentang pemimpin "Anugerah Syaitan", Anwar Ibrahim..!!! Itu yang penting. Cerita-cerita yang mungkin kita tidak dengar hari-hari. Cerita-cerita panas mengenai "kisah gelap" Anwar. Dan semestinya cerita-cerita tersebut akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh Anwar dan menyifatkannya sebagai "konspirasi", "fitnah jahat" dan "jijik"!

Antara kandungannya dan tajuk kecilnya ialah...
1. Hero Seribu Wajah
2. Siapa Penyelamat Ummah?
3. Mereka Yang Berani
4. Jumpa Lagenda Di Sungai Buaya
5. Ayat-Ayat Tuhan
6. Luar Biasa, Biasa-Biasa
7. Apa Istimewanya 'God Father'?
8. Memo Untuk Tok Guru
9. Depan, Belakang Lain Kira
10. Warkah Untuk Wan Azizah
11. Ilham Di Wadi Hussien
12. Cakap Tak Serupa Bikin
13. Raja Pun Homoseks Juga
14. Saya Bini Punya Belakang Germen Punya Ke?
15. Antara Luar Biasa Dan Luar Tabie..
16. Lu Gian Belakang Ke...?
17. Antara Yang Meliwat Dan Yang Diliwat
18. Pemimpin Dan Seks
19. Dajjal Dari Nuraka
20. Pilih Kaya Dan Berjaya
21. Mesti Pandang Belakang.. Tengok Dia Ada Ke..?
22. Al-Battok, Al-Tut Dan Al-Sodomi
23. Bertemu Al-Liwati Dibuntuti Street
24. Nasi Lemak & The International 'Coffe Boy'
25. Muhyiddin Bidas Tindakan Kaitkan Amerika Syarikat
26. Katak Bukit Dan Putra Katak
27. Kenapa Tuhan Pilih Najib?
28. Musa Hassan VS Anwar Ibrahim
29. Sedapnya Rasa Sup Buntut
30. Nik Aziz Ulamak Nyanyuk
31. Minum Bersama Singa UMNO
32. Faruqi Dan Anwar Ibrahim Di UIA
33. Tak Takut Mati
34. Sanusi Junid Ringgit Malaysia
35. Antara Manusia Luar Biasa
36. 2 Panglima Dari Benua India
37. 1Malaysia Satu Sultan India
38. Pengaruh Media Dan Sains Politik
39. Tuhan Belum Mati
40. Kacang Putih RM1.65 Juta

Saya ulangi. Siapa yang berminat untuk memiliki buku setebal 555 muka surat ini, bolehlah hubungi saya dengan segera. Saya tak tahu harganya lagi. Namun, saya akan beritahu apabila sudah mengetahuinya kelak, insyaAllah. Cuma, sediakan "ongkos"nya sahaja....

Sinopsis buku ini boleh dibaca di SINI...

Selamat ulangtahun "13 Mei"...!!! Bolehkah kita hidup dibawah 1Malaysia..?


Semalam bertarikh 13 Mei 2011. Tarikh yang sangat bersejarah bagi semua kaum di Malaysia. Tapi, oleh kerana Blogger.com ada problem semalam, entry ni sangkut. 42 tahun dulu, negara ini pernah mengalami satu peristiwa hitam yang tidak akan terpadam dalam lipatan sejarah. Sejarah memang sejarah, namun tarikh ini kembali pada setiap tahun, memperingatkan rakyat tentang betapa pentingnya keharmonian kaum di negara ini.

Bagi bangsa Melayu, tarikh ini cukup memberikan semangat yang kuat kepada bangsa itu. Khususnya dalam membela ketuanan Melayu di negara Tanah Melayu ini. Bukan kerana "asobiyyah", bukan kerana semangat "perkauman", bukan kerana bencikan kaum lain. Namun kerana mempertahankan maruah, hak dan keistimewaan bangsa Melayu yang hampir tergadai 42 tahun dahulu...

Bangsa Cina pula, kalau boleh, tak mahu ingat langsung peristiwa ini. Kalau boleh, mahu dibuangnya hari yang ke-13 dalam kalender bulan Mei dari hidup mereka.Pada mereka, tarikh itu "suwey"! Sensitif betul mereka dengan tarikh 13 Mei. Kalau kita sebut depan mereka, terus mereka melenting minta kita di"ISA"kan. Padahal, mereka juga yang beriya-iya suruh ISA dimansuhkan!

Saya pun kurang faham mengapa kaum Cina sensitif sangat mengenai tarikh hari ini. Tanyalah mereka sendiri. Saya pun kurang pasti...

Bagaimanapun, tarikh 13 Mei tidak membawa apa-apa kenangan dalam sejarah hidup mereka di negara ini. Cuma sejarah negara ini memberitahu mereka bahawa bangsa Melayu sememangnya baik, bertolak ansur dan mesra tanpa prejudis. Namun jangan sesekali mengambil kesempatan atau "menjolok" mereka. Silap hari bulan, merana seumur hidup! Tentunya kaum India mempelajari sesuatu yang "berharga" pada tarikh ini.

Apa pun, saya fikir, apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu dijadikan iktibar dan sempadan pada mana-mana pihak, mahupun Melayu, Cina, India atau pun kaum-kaum lain. Ingatlah bahawa negara ini terbina melalui perlembagaan, kontrak sosial dan jus soli. Hormatilah dan hargailah apa yang diterima dari kesan pembentukan negara ini.

Melayu haruslah bersatu dan menjadi "tuan rumah" yang baik. Cina dan India pula haruslah menghormati dan hidup sebagai warganegara yang baik serta tidak menimbulkan kekecohan di negara ini. Saling hormat menghormatilah hak-hak yang dimiliki selama ini. Jangan minta lebih, jangan pula dikurangkan.

Peliharalah semangat ini dengan baik. ISA itu perlu demi memelihara kita semua dari ancaman melalui isu sensitif sebegini. ISA penting untuk kita yang hidup dalam "keistimewaan" begini. Jika tidak mahu peristiwa hitam itu berulang kembali, saya percaya, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain tahu apa yang harus dilakukan...

Kitakan 1Malaysia, kan? DAP, PKR dan PAS saja yang tak dapat terima semua ni...

Kecohhh pagi Jumaat..!!! Pagi-pagi lagi Izzah report polis..!!! Tapi bukan pada Keris Putra laaaa...


Pukul 9 pagi semalam, Izzah dah ketuk pintu balai polis. Nak mereport, katanya. Kecoh betul! Pepagi lagi dah kacau polis. Katanya tak percaya pada polis, polis korup, polis jahat, polis itu polis ini. Tapi pagi-pagi lagi dah cari polis. Apa yang dia nak..???

Pagi-pagi lagi dah buat kecoh! Pagi Jumaat pulak tu!!! Semalam Anwar "menyalak" lagi dalam twitternya mengatakan bahawa cucunya, anak Nurul Izzah terima sms "mengugut" mereka sekeluarga sekiranya terus menyokong "papa jahat"nya...cuba lihat twitter Anwar ini...

Threat to the entire family! @ultimasurf: Someone threatened to harm the child of @n_izzah Malaysian politics is getting uglier each day #fb

Terjemahan: ( Ancaman terhadap seluruh keluarga! @ultimasurf: Seseorang telah mengugut untuk mencederakan anak @n_izzah [Nurul Izzah] politik Malaysia semakin hodoh setiap hari #fb )


dan ini...

Nurul Izzah terima sms ugut keselamatan anaknya jk terus menyokong sy. Kerja sial jahat!!Esok 9pg-lapuran polis(bukti sms)Dang Wangi #fb


Kecoh betul! Entah siapa la yang bodoh sangat nak hantar ugutan pada budak tu? Budak lagi tu, apa yang dia tahu? Logik ke orang nak hantar sms ugut Nurul Izzah sekeluarga supaya jangan teruskan sokongan pada papanya? Apa orang yang hantar sms tu gila ke apa?

Anwar tu bapak Nurul Izzah la. Kalau Anwar tu "peliwat" ke, "pelanggan pelacur" ke, "balaci Yahudi" ke, "Babi" ke sekali pun, dia tetap "papa jahat" Izzah. Tentulah Izzah akan pertahankan dia! Gila ke apa suruh Izzah berhenti defend "papa pandikutti"nya tu?

Saya fikir, mungkin orang yang hantar sms tu tak gila sebenarnya. Mungkin dia hanya di"suruh" oleh "seseorang" untuk hantar sms begitu. Iyalah, 16 haribulan ni "result"nya kat mahkamah keluar. Sama ada dia akan didakwa atau tidak, hakim akan baca hukumnya pada 16 Mei ni...

Mungkin kerana nak mengelak dari 16 Mei tu, "boss" tukang hantar sms tu pun buat macam-macam helah. Mula-mula dia suruh drebarnya buat laporan polis, kononnya ada orang nak bunuh dia. So, lepas ni dia boleh lari ke Oversea bagi mengelak dari "dibunuh"! Dia dah lari dah pun..ke Bahrain, katanya...

Takkan dia nak lari sorang-sorang, kot? Mestilah dia nak bawak anak bini dan cucunya sekali. Maka "dia" pun suruh orang hantar sms kononnya ancam family Izzah pulak. So, lepas ni semua family di boleh lari ikut dia ke oversea...settle!

Jadi, dia boleh hentam Malaysia dari luar negara. Alah..macam dia tak biasa. Dulu lepas dilepaskan dari kandang oleh PakLah & KJ pun, dia lari ke US jugak! 6 tahun lepas tu baru balik buat huru hara. Masa kat luar negara dulu pun dia hentam Malaysia sambil kebas duit US & Yahudi! Kali ni nak kebas duit puak-puak Arab pulak kot?

Nampaknya, "boss" tukang hantar sms tu sedang desperate, terdesak sesangat..!!! Tak perlu tunggu 16 September untuk ke Putrajaya, 16 Mei ni bakal menentukan nasib Pak Syiekh. Tapi bukan ke Putrajaya la, tapi ke Sungai Buloh..!!!

Teruklah UMNO macam ni...PAS memang kuat...saya akui...!!!


Memang kini PAS sangat kuat, PAS sangat dominan. PAS begitu utuh dengan semangat asal perjuangannya menuju ke arah sebuah negara Islam. Siapa kata PAS dibawah telunjuk DAP? Siapa kata PAS di"keldai"kan oleh DAP dan PKR? Siapa kata?!!! Ini semua fitnah jahat dan dakwaan tidak berasas oleh UMNO yang terdesak..!!!

Cuba lihat betapa PAS mendominasi dasar Kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. Suka saya membawa semua pembaca melawat dan melihat apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang dibawah pakatan "rakyat". Negeri-negeri itu cukup Islamik. Kerajaan PAS Kedah pun kalah dengan semangat Islamisasi yang sedang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang!

Lihatlah berapa banyak rumah-rumah urut yang telah berjaya ditutup di Selangor. Saya telah menjelajah di seluruh Selangor, khususnya di Petaling Jaya, begitu banyak rumah-rumah urut yang telah ditutup. Beribu-ribu premis telah disita dan "tauke-tauke" rumah urut turut didakwa serta dihukum dengan cara Islam.

Di Selangor sudah tidak ada pub-pub, kelab malam, bar-bar ataupun lounge mewah yang menghidangkan arak. 7Eleven juga sudah diharamkan penjualan araknya. Malah, kilang Carlsberg dan GAB yang menghiasi Federal Highway juga mengalami kerugian dan hampir ditutup operasinya. Cukai arak juga dinaikkan 900 juta peratus!

Judi ekor? Zero! Tidak ada langsung di Selangor. Segala bentuk judi sudah tidak wujud dalam negeri Selangor. Magnum dan Toto diharamkan masuk ke kawasan Selangor. Jika berani van syarikat judi itu masuk, mereka akan dihambat oleh unit amal PAS untuk keluar dari negeri itu!

Mana ada kandang babi dalam Selangor! Tak ada. Mungkin awal-awal dulu DAP ada mintak Kerajaan "PAS" Selangor buat kandang babi mega. Namun PAS bantah. PAS baru jegilkan biji mata, terus DAP terdiam tak jadi mintak. Yang ada di Selangor hanyalah kandang "lembu" spesis pendek dan "halal-halal" belaka!

Ini semua kejayaan PAS Selangor dibawah Hasan Ali. DAP tak boleh buat apa. PKR pun hanya jadi "pak turut" kepada PAS. Khalid Ibrahim memang "double standard", dia melebihkan PAS berbanding DAP. Kesian kat DAP di"anak tiri"kan...

Kita sambung pula ke Pulau Pinang. Memang benar Guan Eng dilantik jadi MB Pulau Pinang. Namun hakikatnya, Pulau Pinang itu PAS yang perintah! Guan Eng tu hanya boneka saja. Apa yang berlaku di Selangor, turut berlaku di Pulau Pinang...

Tak ada maksiat di Pulau Pinang. Unit Amal PAS dah standby di segenap ceruk "port-port" maksiat di negeri itu. Batu Feringgi, Pantai Bersih, Padang Kota, Teluk Bahang, cakap saja dimana, Unit Amal PAS sudah bersedia membanteras maksiat. Hotel-hotel pun depa dah redah semua...!!!

Sebut pasal hotel, sebenarnya, semua hotel di Pulau Pinang sudah tidak menjual arak mahupun sebarang minuman yang memabukkan. Ini perintah "Khalifah" Guan Eng yang mencontohi Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz! Semua pelayan hotel diwajibkan memakai tudung dan lebih afdhal berjilbab atau berpurdah. Pekerja hotel lelaki pula mestilah berjubah dan melilit serban besar. Lagi besar serban, lebih tinggi pangkat dan gajinya!

Di Pulau Pinang, tanah-tanah di sebelah pulau semuanya telah dikembalikan kepada rakyat dan diberikan geran sebagai jaminan. Kebanyakkannya diberikan kepada orang Melayu yang beragama Islam. Penduduk Kampung Buah Pala pun diberikan kembali tanah mereka. Rumah mereka yang telah dirobohkan tempohari telah digantikan dengan rumah banglo 3 tingkat setengah, diberikan sebuah kereta sport berserta driver sekali...

Orang-orang Cina di Pulau Pinang pula semakin terpinggir. Guan Eng tidak ada pilihan lain untuk mengkhianati bangsanya sendiri. Atas nama "setiakawan", Guan Eng terpaksa mendahulukan PAS dan dasar-dasar parti itu. Khabarnya Guan Eng sedang berusaha melaksanakan undang-undang hudud di Pulau Pinang, walaupun dia sendiri tak tahu apa itu Hudud...

Begitulah ceritanya kehebatan PAS mendominasi dalam pakatannya dengan DAP dan PKR. Sebenarnya DAP diperbudak-budakkan oleh PAS begitu saja. Dasar dan perjuangan PAS begitu konsisten dilaksanakan sebagaimana yang mereka perjuangkan sebelum ini. PKR pun tak boleh cakap apa. Kalau PKR bunyi sikit, siaplah dengan PAS, dilempangnya di Si Anwar! Tak pun dia fatwakan Anwar sebagai "peliwat", sesak nafas terus Pak Syiekh dibuatnya...

Jadi, jangan sekali-kali mengatakan PAS di"keldai"kan DAP dan PKR. PAS begitu dominan dalam perjuangannya dan dasarnya begitu hebat dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. PAS hebat! Memang PAS hebat berbanding UMNO. Teruklah UMNO macam ni...

Thursday, May 12, 2011

Isu duit cukai tanah UUM: Buat apa merayu..??? Lempar saja RM10 juta kat muka Azizan Razak...!!!!!


Saya agak tertarik dengan isu permohonan diskaun cukai tanah oleh UUM kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah. Selama ini saya sengaja diamkan untuk melihat respon dan reaksi Azizan Razak dan UUM, serta pemimpin-pemimpin UMNO/BN Kedah.

Namun, perkara ini nampaknya tidak berkesudahan. Malah saya melihat UUM dan para pemimpin UMNO/BN Kedah seolah-olah dipermainkan seperti budak-budak pula oleh Azizan Razak. Terbaru, Azizan kata dia malas nak melayan rayuan dari pemimpin UMNO Kedah, dia nak tunggu KPT merayu sendiri padanya!

Perghhh...!!! Hebat betul Azizan Razak ni punya "game". Permainan phsychology yang sekilas pandang seolah-olah biarpun pemimpin UMNO dan UUM melutut merayu padan Azizan, Azizan takkan layan. Dia nak dengar pula rayuan KPT. Lepas ni mungkin dia akan permainkan KPT pula!!! KPT merayu, tapi dia tak approve pun!

Akhirnya, pemimpin UMNO/BN Kedah dipermainkan, dan Kerajaan BN Pusat pun dipermainkan! Bijak betul permainan Azizan Razak dalam isu ini. Teringat saya pada cerita Ahmad Albab, berkali-kali Tompel dipermainkan Syawal...

Justeru itu, saya fikir, adalah lebih baik UUM dan KPT bayar saja berapa juta yang Kerajaan PAS Kedah mintak tu. Alah! Berjuta-juta boleh diberikan pada sekolah-sekolah Cina, takkan tak boleh nak lempar sejuta dua juta kat depan muka Azizan Razak! Ingat Kerajaan pokai sangat ke?

Kalau saya, saya lempar saja RM6 juta bertepek kat muka Azizan Razak. Nah! Ambik ni duit tanah hang tu. Bukan untuk setahun saja, RM6 juta ini untuk 3 tahun. Jangan dok nak melalak lagi lepas ni! Jenis macam ni bukan boleh dirunding bincang! Bukan dia fikir masa depan anak bangsa. Yang difikir nak jaga Kerajaan dia saja...! Maklumlah, dia pertama kali jadi MB, tak ada pengalaman...!!!

Bagi saja duit tu pada Azizan. Tak payah nak merayu-rayu. Kita bukan tak ada harga diri nak merayu pada orang yang sememangnya rendah maruah tu. Duit adalah segalanya baginya. Kepentingan rakyat tolak ketepi..!!! Itulah Azizan Razak...pencekik darah!

Benarkah dia adalah Anwar? Pilihan ditangan anda...!!! Undian anda diambil kira...!!!


Para pengunjung mempunyai baki 13 hari untuk menyatakan pendapat masing-masing tentang video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di laman blog ini. Sila lihat disebelah tepi kanan dibahagian atas untuk menterjemahkan pendapat anda melalui undi.

Saya percaya, pelbagai version video tersebut telah ditonton oleh para pengunjung di blog rakan-rakan saya serata Malaysia. Malah dikatakan warga US dan Israel pun dikatakan sudah menonton video tersebut! Mereka ketawa terbahak-bahak mengenangkan perkara ini baru diketahui oleh rakyat Malaysia, mereka dah lama tahu dahhh...

Justeru itu, saya berbesar hati untuk menjemput semua pengunjung untuk mengundi di ruangan yang saya sediakan. Undilah sejujur-jujurnya. Jangan berat sebelah. Undilah sebagai seorang Islam, seorang manusia biasa, sebagai rakyat dan sebagai tanggungjawab sosial anda kepada kepimpinan negara.

Ini bukan paksaan. Namun kita perlu menilai identiti, sikap, moral dan akhlak seseorang pemimpin yang dikatakan sebagai pemimpin "anugerah Tuhan" ini. Benarkah dia "anugerah Tuhan" atau "anugerah Syaitan"..?!!!

Video Anwar terbaruuu..!!! Izzah akan buat laporan polis terhadap blogger Keris Putra..???!!!


Kah! Kahhh..!!! Kahhhhh..!!! Memang best video terbaru yang diterbitkan baru-baru ni. Saya dah tengok, versi karaoke tu bro...!!! Memang lawak habis...dengan lirik-lirik pun ditukar sekali...syabas kepada yang terlibat dalam pembikinan video tersebut...

Pada sesiapa yang nak tonton...bolehlah melawat di SINI...! Gempak beb...rugi tak tengok...!!!

Saya fikir, tentu Nurul Izzah hangin satu badan sekali lagi...hari tu dia dah lodge report pasal video "Papa Jahat" tu...mungkinkah kali ni dia akan lodge report sekali lagi terhadap rakan-rakan blogger yang menyiarkan video terbaru ini?

Kita tunggu dan saksikan reaksi "panik" Nurul Izzah. Macamana dia nak tepis video terbaru ni...report polis lagiii..!!! Silakan..silakan...Hahahahaaaaaa....

Wednesday, May 11, 2011

Panasss..!!! Blogger-blogger UMNO/Kerajaan di fitnah lagi..!!! Memang nak kena "bakor" nihh...


Saya terkejut dengan "pendedahan panas" yang dipropagandakan di SINI, yang menyatakan bahawa bloggers dan pejuang maya UMNO berkursus di Janda Baik baru-baru ini, dan dilatih oleh APCO! Satu pertuduhan yang serius, pada hemat saya.

Apa yang cuba disampaikan oleh KedahLanie.info (blog totok biayaan PAS), jelas ingin menuduh bahawa blogger dan pejuang maya UMNO berkait rapat dengan APCO, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pengaruh Yahudi.

Saya ingin bertanya kepada rakan-rakan blogger saya yang lain, adakah mereka semua ada pergi kursus berkenaan sebagaimana yang di dakwa? Bro Parpu, hang ada pi kursus tu ke? Gomo, hang di "train" oleh APCO, ke? GAP, betul ke hang di train oleh APCO baru-baru ni? RBF? Cucu Tok Wan? Keris Putra? MIM? MIK? Che Wan? DET? Kedah Times? Hangpa semua ada pi ke kursus tu? Betul ke APCO yang latih hangpa semua?

Setahu saya, saya baru saja bertemu dengan rakan-rakan blogger pada hari Isnin lepas. Tak ada sesiapa pun yang pergi kursus atau berjumpa dengan APCO. Apatah lagi di latih oleh mereka. Saya memperjelaskan kerana dakwaan blog PAS itu membabitkan golongan "blogger pro UMNO/Kerajaan". Jelas ini satu penipuan dan fitnah...

Maklumat di blog itu menyatakan...
"Mereka kini bergerak dalam bentuk organisasi tersusun dan dipercayai mendapat biayaian daripada Umno. Mesyuarat Umno peringkat negeri telah membuat keputusan iaitu satu minggu satu isu akan dibangkitkan untuk menyerang Pakatan Rakyat."

Benarkah dakwaan itu? Kalau UMNO membiayai pergerakan para blogger, sudah tentu ramai yang berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa! Tentu sudah kaya raya blogger-blogger pro UMNO kalau dakwaan itu benar. Masalahnya, dakwaan itu tidak benar dan bohong! Ada dikalangan kami yang masih terkial-kial nak bayar bil broadband dan streamyx. Malah ada yang tertunggak hingga berbulan-bulan! Kaya sangat ke?

Seperkara lagi, sejak bila UMNO negeri buat keputusan untuk para blogger nak tulis isu atau nak serang siapa? Ikut suka blogger la nak serang siapa. Contohnya Parpu, selalunya dia serang pakatan, tapi dia kerap jugak serang KJ! Ikut suka kitorang lah nak serang siapa. Yang betul tu kami puji, yang salah tu kami taji. Jadi, siapa yang salah, siaplah kena taji...

Siapa kata blogger guna satu minggu satu isu? Tiap-tiap hari ada isu laaa..!!! Malah sampai 4 hingga 5 isu diketengahkan oleh blogger setiap hari. So, dakwaan blog PAS ini tak tepat langsung!

Mungkin blog PAS tu dah tak boleh jawab isu-isu yang diketengahkan, maka dia mula cipta propaganda tak betul tentang blogger-blogger UMNO/Kerajaan. Kalau betul pun ada kursus tu, kami tak di panggil pun, dan bukan APCO yang bagi kursus tu. Hanya satu saja tekaan blog PAS itu yang betul, iaitu UMNO selalu adakan kursus di Janda Baik...itu saja. Yang lain semua "auta" bohong!

Justeru itu, saya jelaskan sekali lagi. Kalau tak dapat counter isu atau tak ada modal nak berhujah, jangan dok nak buat cerita yang bukan-bukan. Buat malu hangpa saja! Kan dah kena sebijik lagi...

Undian tamat..Yakinkah anda itu adalah Anwar? Undian baru bermula...



Alhamdulillah, undian untuk menentukan sama ada wajar atau tidak video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada khalayak umum sudah tamat. Ribuan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada 1,195 pengunjung yang mengundi di sini.

Seramai 1,195 pengunjung ini telah menterjemahkan pendirian mereka melalui undian. Keputusan jelas menunjukkan seramai lebih seribu atau lebih tepat 1,041 undi memihak kepada memiliha "YA" terhadap persoalan ini, manakala 154 undi dari pengunjung setia di sini mengundi "TIDAK".

Ini bermakna pengunjung lebih memilih "YA" berbanding "TIDAK" dengan majoriti 887 undi.

Saya percaya, pengundi yang mewajarkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar ditayangkan pada khalayak ramai bukanlah berniat jahat atau bermotifkan politik. Namun, pendirian itu lebih kepada bertujuan ingin tahu, ingin melihat sendiri dan mencari kebenaran.

Saya percaya, majoriti yang mengundi sama ada memilih "YA" atau "TIDAK", sudah melihat sendiri video seks tersebut. Saya ingin bertanya, apakah anda ghairah ketika menonton? Adakah anda melihat tanpa sekelumit nafsu? Dan apakah kebenaran yang anda cari itu sudah anda temui?

Video itulah yang didakwa Eskay selama ini. Video itulah yang menyebabkan dia bersumpah. Dalam sumpahnya, dia menegaskan bahawa dirinya dan Anwar Ibrahim ada di dalam video tersebut, dan menegaskan juga bahawa dia bercakap benar. Dia sedar akan risiko bersumpah dengan nama Allah, dan tahu bahawa beliau akan dibalas dengan laknat Allah sekiranya menipu.

Muslim jenis apakah yang sanggup menerima kutukan dan laknat Allah dunia dan akhirat? Siapakah yang sanggup menanggung risiko terhadap laknat Allah? Sekiranya anda menipu, sanggupkah anda bersumpah laknat? Pada saya, lebih baik mengaku menipu dari menerima laknat dari Allah S.W.T. Buruk padahnya!

Justeru itu, saya ingin menjemput semua pengunjung-pengunjung budiman di blog picisan ini untuk turut sertai satu undian baru dengan persoalan, "BENARKAH LELAKI BERTUALA PUTIH ITU ADALAH ANWAR?".

Persoalannya, ada yang yakin itu adalah Anwar, sampai sanggup bersumpah. Ada yang kata tidak. Ada yang kata perut buncit, ada yang kata perut Anwar memang buncit! Ada yang kata tak pasti? Jadi, apa kata anda?

Dari itu, sila nyatakan pendirian anda di kotak undian. Kali ini, anda hanya ada 2 minggu saja untuk mengundi bermula hari ini.

Sekian, terima kasih. Selamat mengundi!

Panassss...Azmin??? Betulkah Azmin yang nak bunuh Anwar?


Betulkah Azmin yang nak bunuh Anwar? Untuk apa? Untuk take over PKR? Azmin nak jadi PM? Betul ke Azmin nak bunuh Anwar sebab Anwar "ehem" dengan Shamsidar? Tak apa..biarlah polis yang siasat...!!! Saya tak mahu gangu siasatan polis...salah tu...

Tak payah cuba nak "divert issue" laaaa...! Tak ada orang nak bunuh kamu...! Mana jam tangan Omega kamu tu Anwar? Bila kamu nak bersumpah balas tentang kes liwat Saiful? Sumpah Eskay pulak macamana? Macamana kamu nak putar alam kes video seks tu???

Tak dapat mengelak dah Anwar oiii...!!! Tak payah nak divert issue. Kamu jawab semua tuduhan. Bersumpah saja sudah memadai buat masa ni. Kamu sanggup ke bersumpah? Kalau kamu bersalah, jangan dok nak cuba bersumpah la. Takut kamu tiba-tiba je jadi peti ais ke, jadi Ipad 2 ke, jadi mangkuk tandas ke selepas bersumpah nanti...

Tak payah nak suruh drebar nak buat cerita fiksyen la. Tak ada orang yang bunuh Si Anwar tu...buang karan saja nak bunuh orang macam tu..biar dia mampus sendiri tenggelam dek dosa-dosanya pada Kak Wan, anak menantunya, sanak keluarganya, jiran-jirannya, masyarakat setempatnya, rakyat Malaysia dan seluruh manusia di dunia...

Anwar..Anwar..bila kamu nak bertaubat, ek? Dah lama dah kamu ni jadi "Abu Jahal" besar dalam negara ni. Dah lama dah kamu buat onar dalam negara ni. Dulu masa sekolah kat MCKK habis kamu liwat budak-budak junior. Lepas tu, masuk universiti kamu buat demoa sana sini sampai di"kamunting"kan.

Lepas tu kamu bawak lari anak dara orang. Kahwin pun tanpa restu. Lepas tu buat huru-hara lagi. Tun M bawak kamu masuk UMNO, ajar kamu, jaga kamu elok-elok macam anak dia sendiri, kamu pedajal pulak beliau. Kamu busukkan UMNO dari dalam. Kamu jadi bapak rasuah dalam UMNO.

Tak cukup dengan itu, kamu tabur duit pada kroni dan keluarga kamu. Pink form berterbangan masa kamu bertanding lawan Arwah Tun Ghafar dulu. Lepas tu, kamu sebat bini Azmin ye, Anwar? Tak cukup dengan itu, kamu sebat lagi anak dara, janda, suami orang dan anak teruna orang ye, Anwar?

Ganas betul lah nafsu kamu. Kamu yang kawal nafsu atau nafsu yang kawal kamu?

Tak payah nak divert issue la Anwar. Semua langkah kamu dah sumbang! Semua langkah kamu orang sudah hafal! Semua langkah kamu orang dah dapat baca dengan mudah! Kamu dah lapok dah. Elok bagi la kat Azmin...saya percaya Azmin dah lama nak kamu mati..!!! (Kamu "belasah" bini dia masa dia pergi belajar kat UK, kan? kan? kan?)

Pendedahan panasss..!!! Tak ada modal, Anwar "konspirasi"kan dirinya sendiri..!!!


Hari ini saya bersaparan dengan seorang sahabat yang sudah lama saya tidak bertemu. Kawan lama ketika di kuliah dulu. Tak payah lah saya sebut namanya di sini. Dan saya terkejut kerana rakan saya ini seorang ahli PKR yang sangat taksub pada Anwar!

Saya pun layan sajalah, tanpa mengenalkan "identiti maya". Saya tanya dia berkenaan kes laporan polis yang dibuat oleh driver Anwar, Abdullah Sani semalam. Siapa yang buat? Kenapa? Betulkah Anwar nak kena bunuh?

Dengan bersungguh-sungguh dia bercerita, sampai hampir tempias ke pinggan nasi saya. Mujurlah saya sempat menghadang "tempias" itu...

Dia kata, dia yakin itu semua angkara UMNO dan BN. Mungkin Kerajaan arah SB buat kerja tu untuk menamatkan riwayat Anwar. Dia kata UMNO dan BN takutkan Anwar serta terdesak nak nyahkan Anwar dari dunia politik negara.

Dia bagitahu saya bahawa pilihanraya akan berlangsung pada bila-bila masa dan dia yakin pakatan akan menang, Anwar akan jadi PM. Sebab tu UMNO dan BN nak bunuh Anwar, katanya...

Time tu, rasa macam nak "sekolah"kan dia balik. Sekolah tinggi-tinggi, tapi bodoh nak mampoih! Jenis macam ni memang bahaya. Perasan bijak pandai, padahal tak lebih dari tin kosong jalanan...

Pada saya, sekiranya UMNO atau Kerajaan nak bunuh Anwar, sudah lama Anwar "kojol"! Tak ada peluang nak keluar negara cari "amoi". Tak ada peluang nak jumpa kawan-kawan Yahudinya. Tak ada peluang nak keliling dunia buruk-buruk negara. Tak ada peluang langsung!

UMNO dan Kerajaan tak tergamak nak buat begitu. UMNO dan Kerajaan tak terfikir langsung untuk mengotorkan tangannya dengan darah yang jijik seperti Anwar. Meskipun sudah macam-macam onar Anwar buat, macam-macam fitnah Anwar propagandakan, UMNO dan Kerajaan tetap yakin bahawa Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana membalasnya. Lagipun, UMNO dan Kerajaan patuh pada hukum hakam dan undang-undang. Bukan macam Anwar, khabarnya bini si Azmin pun disebatnya!

Selama ini, Anwar sering mendakwa UMNO dan Kerajaan cuba membunuhnya. Dulu, masa dia dipenjarakan di Sg. Buloh, dia kata UMNO dan Kerajaan telah meracunnya dengan "arsenik", menyuntik virus HIV dalam tubuhnya, dan macam-macam lagi helahnya. Sakit belakanglah, sakit itulah, sakit inilah.

Masa tu Kak Wanlah jadi senjatanya meraih simpati. Lepas Tun M bersara, kawan baik sekampungnya jadi PM. Apa lagi? Dia pun mulalah jual minyak, ambil kesempatan. KJ, "menantu tak jadi"nya menjadi "jambatan" menghulur passport! Maka terlepaslah bajingan bangsat itu ke luar negara. Ingatkan ke Makkah bertaubat, rupanya ke US berjumpa dengan "boss besar"nya.

Saya tidak mengatakan bahawa PKR menuduh UMNO atau Kerajaan cuba bunuh Anwar. Namun kebiasaannya, sebagaimana yang kita lihat pada reaksi rakan saya itu, puak-puak PKR ini memang selalunya akan menuduh UMNO dan BN sekiranya ditimpa sesuatu musibah. Hinggakan longkang pecah kat depan rumah disebabkan kena langgar lori pun disalahkan UMNO, selipar hilang kat masjid pun disalahkan UMNO! Ini macam punya orang pun ada ka?

Entah selepas ini apa lagi episod lakonan Anwar. Saya yakin, dia sengaja mencipta isu untuk men"divert"kan isu liwatnya yang semakin meruncing. 16 Mei ini tarikh yang akan menentukan sama ada dia akan membela diri atau tidak berhubung kes liwatnya. Dia sengaja nak tutup cerita tentang skandal video seks, jam omega dan ke"bohjan"annya...

Memang Anwar muka tak malu. Dah ada cucu pun masih lagi nak jadi "bohjan"!

Mesti bacaaa...!!! Dua pemimpin ABIM bertemu..!!! Dr. Yusri belasah Anwar...!!!


Kalau sebelum ini kita disajikan dengan gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering bertengkar dengan para wartawan yang akhirnya Ketua Umum PKR itu akan menggunakan hujah agama untuk mempertahankan dirinya, namun berlainan sekali gelagatnya ketika berhujah dengan Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM yang ke-enam.

Dalam pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, Jalan Sri Tasik Timur, Perdana Lakeview, Cyberjaya yang dihadiri kira-kira 130 orang itu, Anwar dilihat gagal mematahkan hujah-hujah Dr Yusri berkaitan dengan isu nilai persahabatan, pluralisme agama, agenda tersembunyi IKD, Lina Joy dan Hindraf.

Ketika mengulas ucapan pendahuluan Anwar yang kecewa sahabat-sahabatnya menegurnya dari belakang, tanpa berdepan dengannya sendiri, khususnya berkaitan dengan penganjuran Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah, Dr Yusri berkata :

“Datuk Seri pun menyerang. Dan kami pun mendengar komen-komen Datuk Seri di belakang kami.

“Kalau kita nak bercakap tentang persahabatan, adakah Datuk Seri yakin bahawa track record persahabatan Datuk Seri dengan jemaah ABIM ini seratus peratus cemerlang?

“Saya bekas pimpinan ABIM. Saya pernah berada dalam mesyuarat-mesyuarat dalaman ABIM, shura ABIM. Track record awak (apabila) bercakap berkenaan persahabatan, kita boleh bahas lagi, Datuk Seri.

“Jangan terus bila bercakap persahabatan, seolah-olah Datuk Seri tidak pernah membuat kesalahan sebelum ini”, katanya.

Anwar tidak mampu menyangkal hujah bekas Presiden ABIM ke-enam itu dan akur dengan teguran-tegurannya.

Anwar merupakan bekas Presiden ABIM kedua, sewajarnya sebagai bekas Presiden ABIM, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada golongan ABIM sama ada ketika berkuasa atau pembentukan parti Keadilan dan PKR, namun Dr Yusri menunjukkan fakta yang sebaliknya.

“Datuk Seri, setakat mana Datuk Seri membuka inner circle awak kepada orang-orang ABIM termasuk dalam soal agama.

“Dan seolah-olah kami… tak ada hak langsung. Itu satu point, yang saya rasa penting kalau kita bercakap tentang persahabatan”, katanya.

Fitnah Jahat

Dr Yusri yang menjadi Presiden ABIM selama dua penggal berturut-turut bermula pada tahun 2005 turut menjawab dakwaan Anwar yang menuduh sahabat-sahabatnya telah memfitnahnya dengan mendakwa agendanya sama dengan lingkaran Jaringan Islam Liberal (JIL), pimpinan Ulil Abshar Abdalla, dari Indonesia.

Menurut Yusri, pihaknya tidak menuduh Anwar sama seperti JIL dan gerakan Ulil Absha Abdala Indonesia. Katanya, itu hanya penafsiran yang dilakukan oleh Anwar sendiri.

“Dan kalau Datuk Seri kata fitnah jahat kaitkan Jaringan Islam Liberal.

“Ayat tu, kita tak pernah kata Datuk seri sebahagian, baca balik ayat-ayat tu secara…belum sempat Yusri meneruskan hujahnya terus disampuk Anwar, “hampir-hampir (lah)

“Baca balik ayat-ayat secara tepat”, kata Yusri.

Berkaitan dengan tuduhan fitnah jahat, Yusri turut menemplak kritikan-kritikan Anwar dari belakang yang menuduh pihaknya dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Sampai tentang soal digunakan..menggunakan Utusan (Malaysia), (tuduhan) nak masuk UMNO.

“Benda ni sampai juga kat kita. Kita pun ada kawan-kawan juga yang menyampaikan.

“Kenapa kalau kita ni, sahabat-sahabat mengkritik, … tak kisahlah terbuka ke tak terbuka ke, tentang dorongannya..motivasi, terus dipertikaikan (sebagai) ada kepentingan.

“Adakah itu (bukan) fitnah ? Saya boleh katakan fitnah yang jahat juga. Saya rasa (kita) kena adil (dalam soal ini)”, katanya.

Bukan Soal Ucapan Anwar di LSE

Berkenaan dengan pluralisme agama, Yusri berkata bukan soal ucapan Anwar di LSE yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” tetapi tetapi ucapan-ucapan lain di New York dan India juga mempunyai kecenderungan yang sama.

“Ini bukan soal satu ucapan (di LSE sahaja). Satu (di) LSE…New York…India…”katanya.

Yusri juga turut menyentuh nama Zaidi dari Kota Bharu yang disebut oleh Anwar dalam ucapan pembukaannya individu yang didakwa individu yang bertanggungjawab memintanya menarik balik ucapannya di LSE yang disiarkan di blognya.

Dakwa Anwar, Zaidi suruh tarik balik bukan kerana ucapan itu membawa fahaman pluralisme agama, tetapi dibimbangi orang ramai salah faham.

Namun menurut Yusri, beliau lebih mengenali Zaidi jika dibandingkan dengan Anwar, kerana mereka sama-sama berasal dari Kelantan.

“Saya kenal Zaidi Hassan. Zaidi Hassan adalah, saya lebih rapat dengan Zaidi Hassan saya rasa berbanding Datuk Seri.

“Saya memang selalu ke rumah dia. Dia memang konsisten bab pluralisme ini, memang dan bab agamalah secara keseluruhan”, katanya.

Sekali lagi Yusri menegaskan bukan soal satu ucapan Anwar di LSE yang dipertikaikan, tetapi pemahaman Ketua Umum PKR itu terhadap world view Islam dilihat bermasalah.

“Ini bukan soal satu ucapan, ini bukan satu isu, ini bukan soal pluralisme agama sahaja.

“Pemahaman awak tentang agama, bermasalah. Dengan Mahmud Mazdud.. Dengan Khalid Jaafar”, katanya.

Yusri menyebut nama Mahmud Al-Majzub kerana Penasihat PKR itu dilihat intim dengan tokoh agama yang difatwakan menyeleweng akidah Islamnya oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1995. Gazzet fatwa penyelewengan aqidah tokoh itu dilakukan Mufti Selangor, Datuk Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom (almarhum).

Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah yang telah disenaraikan dalam “AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN” (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah).

Khalid Jaafar & Agenda IKD

Yusri turut mengulas lanjut berkenaan Khalid Jaafar yang menggunakan IKD untuk menerbitkan buku-buku berkaitan Islam Liberal yang memuatkan tulisan-tulisan John Hick dan Asghar Ali Engineer, seorang tokoh Islam yang diragui akidahnya dari India.

Sudah menjadi pengetahuan umum, IKD merupakan badan pemikir Anwar yang ditubuhkan sejak dari tahun 1984, dengan tajaan dari sebuah yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adrenuer Foundation (KAF).

“Bab buku Islam pluralisme, dalam ni ada artikel John Hick. Asghaar Ali Engineer. Berapa banyak lagi buku-buku…” belum sempat Yusri menghabiskan hujahnya, Anwar mencelah menafikan pembabitannya.

“Itu (kena) serang Khalid Jaafar, jangan campur (dengan) saya. Kena rujuk (kepada) Khalid, buat apa kaitkan (dengan) saya kalau Khalid (yang) buat”, kata Anwar.

Yusri terkejut dengan penafian Anwar itu kerana IKD merupakan badan pemikirnya, dan Khalid Jaafar merupakan pekerjanya.

“Takkan Datuk Seri nak dakwa yang Datuk Seri tak tahu segala benda-benda ini, segala benda yang Khalid Jaafar (buat)”, soal Yusri, dibalas spontan Anwar, “Tidak…tidak semestinya”.

Mendengar jawapan itu, Yusri memulangkan paku buah keras kepada Anwar.

“Itu adalah kesalahan awak. Awak sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Dia (Khalid) menggunakan IKD. Takkan IKD, Datuk Seri tak tahu apa yang berlaku”, soal Yusri yang tidak mampu lagi dijawab Anwar.

Sumber: AIDC

Selamat hari lahir UMNO...!!! Terima kasih atas segalanya...


Hari ini genap 65 tahun UMNO ditubuhkan. Tanggal 11 Mei, detik bersejarah pada 65 tahun dahulu ketika mana UMNO berjaya menyatukan umat Melayu Muslim di seluruh negara. Parti keramat ini lahir dari hati bangsa Melayu yang berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu..!!!

Bersempena ulangtahun UMNO yang ke 65 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat menyambut ulangtahun ke 65" kepada parti yang paling banyak berjasa kepada rakyat di negara ini. Semoga UMNO terus gagah melindungi dan membela rakyat!

Sehubungan itu, saya juga ingin menyeru kepada semua warga UMNO agar kembali kepada prinsip dan perjuangan asal UMNO pada 65 tahun dahulu, iaitu BERJUANG DEMI ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU ini.Itu saja yang akan mengembalikan semula kegemilangan UMNO yang begitu ditakuti penjajah suatu masa dahulu.

Justeru itu, sempena hari lahir UMNO ini, hayatilah gubahan seni indah bagi menjadi nyanyian hati...WARISAN...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
MELAYU kan gagah di nusantara

MELAYU kan gagah di nusantara
MELAYU kan gagah di nusantara
MELAYU kan gagah di pentas dunia

Siapa yang suka tengok video Anwar? Meh sini...!!! Tengok sendiri...!!! Macam-macam adaaaa...


Ada yang suka membaca, dan ada yang suka menonton. Seperti saya, kadang-kadang saya suka membaca dan kadang-kadang saya suka menonton. Oleh itu, kepada sesiapa yang suka menonton, bolehlah melawat di sini.

Syabas saya ucapkan kepada pemilik blog Anwar-Tube kerana menyediakan pelbagai kompilasi dan koleksi video-video Anwar! Video seks pun ada! Tapi bukan video seks yang menjolok mata la. Video seks yang menunjukkan kebenaran...

Bukan setakat itu, video tentang skandal seks Anwar yang lain pun ada. Video pengakuan liwat, video pengakuan dipikat Anwar, video pengakuan pensyarah UM yang mengaku diliwat Anwar, video pengakuan Sukma, adik angkat Anwar yang "terangkat" pun ada..!!!

Tak ramai blogger yang mengambil inisiatif untuk mengumpulkan video-video yang memaparkan pelbagai cerita menarik untuk ditonton, khususnya tentang Anwar. Ramai yang masih ragu dan tidak tahu tentang Anwar dan pembohongannya.

Ada yang malas nak membaca dan lebih suka menonton. Jadi pilihan alternatif sudah disediakan. Sila melawat ke blog tersebut dan lihatlah sepuas-puasnya tentang Anwar, pemimpin "Anugerah Syaitan"..!!!

Tuesday, May 10, 2011

ANTARA MUSANG BERBULU AYAM DAN AYAM BERBULU MUSANG..!!!


Anwar adalah musang berbulu ayam’ yang bersifat hipokrit, ganas dan rakus. Anwar sentiasa bermuka-muka dan berselindung dengan kelibat seorang yang baik, pejuang agama dan rakyat. Musang yang dikenali sebagai binatang pemangsa mengunakan pelbagai helah untuk memerangkap ayam.

Helahnya untuk menukar bulu tidak pernah berjaya kerana susuk tubuh dan gelagatnya tidak boleh diubah. Inilah ciri yang menyamai Anwar ! Rakaman video seks yang benar-benar memaparkan riak wajahnya masih mahu dinafi dan diputar belit sebagai orang lain sedangkan dari sudut susuk tubuh dan gelagat memang saling tidak tumpah dirinya !

Ketika didesak berulang kali oleh media, dia masih terus mengelak dengan pelbagai alasan, malah secara sepontan menuduh dan menfitnah Dato T sebagai `kuda tunggangan’ kerajaan bagi menjatuhkan karier politiknya. Hidup Anwar sentiasa dicengkam dengan keperibadian jelek dan menjijikan.

Yang paling terkini, Anwar mula mengalihkan pandangan dengan mendesak kerajaan mengenai pelbagai isu semasa yang kononnya perlu penjelasan dan jawapan segera. Bukankah ini satu helah bagi memesongkan isu sebenar – isu moral.

PAS cukup terkedu. Berdepan dengan kerenah Anwar, Haji Hadi adalah `ayam berbulu musang’. Haji Hadi sanggup menyingkirkan falsafah hidupnya dan perjuangan partinya demi kepentingan politik pakatan. Haji Hadi tidak berasa bersalah walaupun ia benar-benar mengetahui Anwar adalah makhluk dalam paparan video tersebut, malah sama-sama melemparkan kutukkan kepada Dato’ Trio dan kerajaan.

Haji Hadi `mengelapkan mata’ ahli dan penyokong PAS untuk menutup perilaku `sahabatnya’ yang `bersendiwara’ dalam video seks. Haji Hadi menjadi lemah dan ditipu hidup-hidup oleh Anwar.

Apapun, Haji Hadi wajar bersikap terbuka dan merenung kembali video seks tersebut. Jangan kerana `sahabat’ Haji Hadi terpaksa MENJADI AYAM BERBULU MUSANG semata-mata untuk mempertahankan MUSANG BERBULU AYAM.



Sumber: MyKMU.net

Gempar..!!! PKR akan keluar Fatwa dalam masa terdekat..!!! SUMPAH ADALAH HARAM..!!!

Inikah "ustaz" yang bakal dijemput PKR itu..???

Seorang sahabat saya tadi menghubungi saya menceritakan tentang kisah dia pergi cover story pasal driver Anwar yang buat report polis kat Balai Polis tepi pejabat PKR di Tropicana petang tadi.

Menurutnya, sepatutnya laporan polis tu dijangka dibuat pada antara jam 3 hingga 3.30 petang. Tapi pukul 4 lebih, baru driver Anwar tunjuk muka. Menurutnya, kejadian yang nak dilaporkan pada polis ni dah berlaku SEBULAN yang lalu. Tapi "Ketua Mekanik" tu ambil masa SEBULAN nak siapkan laporan terperinci!

Sebelum driver Anwar tu tunjuk muka, ada seorang mamat PKR ni. Sahabat saya kata, dia ni orang kanan Anwar, fizikalnya macam Sam Ketot...gemuk dan katik! Mamat ni tengah sebok "berdebat" dengan beberapa journalis berkenaan "sumpah"!

Mamat ni kata, "Tunggu pada 13 atau 14 Mei ni, ada seorang Ustaz akan memberi fatwa bahawa SUMPAH ADALAH HARAM..!!!". Bila ditanya ustaz mana yang nak beri fatwa tu? Dia kata, "Ustaz ni dari Syiria..", namun bukan seorang Ustaz yang berjawatan dalam kerajaan Syiria. Mungkin "ustaz" di salah satu masjid PKR di sana, kot???

Sayugia itu saya naklah menjemput mamat tu dan umat Islam yang masih kurang yakin dengan sistem keadilan Islam dan hukum hakam bersumpah untuk merujuk di SINI. Faktanya jelas dan berpandukan hadis yang sahih, dalil naqli dan aqli yang muqtabar seluruh dunia.

Lagi satu perlu diingat bahawa Eskay tidak bersumpah laknat untuk sebarang jenayah dalam Islam yang membabitkan li'an, qazaf atau sebagainya. Eskay hanya bersumpah bahawa Anwar dan dirinya ada dalam video tersebut, serta apa yang dikatakannya itu semuanya benar-benar belaka. Eskay juga bersumpah, sekiranya dia berbohong, maka Allah akan melaknat dirinya.

Jadi, jangan timbulkan bahawa ini soal petuduhan zina, qazaf, li'an atau sebarang perundangan jenayah Islam. Harap "ustaz" dari Syiria itu tak buat kecoh nak bagi fatwa yang bukan-bukan di Malaysia. Cukuplah umat Islam di Malaysia keliru dengan Fatwa Pok Nik seorang, jangan ditambah seorang lagi "ustaz" fatwa songsang!

Panasss..!!! Laporan Penuh..!!! Pemandu Anwar buat laporan polis dakwa ada orang nak bunuh "Boss"nya...



Petang tadi, pemandu Anwar "seumur hidup", Abdullah Sani telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana, Damansara, mendakwa ada cubaan khianat oleh "pihak-pihak tertentu" yang cuba membunuh "boss"nya itu.

Abdullah Sani kata, kereta Merz S350 yang selalu digunakan untuk membawa Anwar tiba-tiba bergegar ketika dibrek dan berbunyi kuat. Tayar belakang kereta itu tersekat dan terkunci, sebelum dia membelokkan kereta ke tepi. Ketika kejadian, dia membawa Kak Wan dan Faekah pulag dari Chemor sesudah habis program parti sekitar jam 1 pagi.

Kereta tersebut terpaksa ditunda dari Slim River ke bengkel di Glenmarie. "Ketua Mekanik" bengkel tersebut melaporkan padanya bahawa caliper pin bolt yang sepatutnya menyokong disc break tidak ada. Tapi "cover"nya ada pulak! Dan kerana itu, dia mengesyaki ada orang nak "bunuh" Anwar, boss kesayangannya itu...

Nak tergelak pun ada bila aku dengar cerita dan baca report polisnya. Tapi, ye lah, mujurlah tak jadi apa-apa dalam kejadian tu. Tak boleh bayang aku kalau Kak Wan dan Faekah mati accident. Anwar mungkin boleh "cool", tapi Khalid Ibrahim mungkin frust menonggeng bebbbb...!!!

Kalau Kak Wan dan Faekah mati akibat kemalangan tu, tentu puak-puak PKR, Malaysiakini, Suara Keadilan dan Malaysian Insider akan tuduh Najib dan Rosmah punya angkara. Silap-silap, boleh buat cerita Rosmah naik helikopter untuk sabotaj break belakang sebelah kanan kereta tu..!!!

Masa sidang akhbar ringkas tadi, Abdullah Sani bagitahu bahawa kereta tu bukan milik Anwar, kawan Anwar yang punya. Mungkinkah kawannya berkonspirasi untuk membunuhnya?

Abdullah Sani juga beritahu bahawa kereta itu sentiasa di parking di dalam kawasan rumah Anwar, tidak pernah diletak di luar rumah. Masa dia bawa Kak Wan dan Faekah ke Chemor pun, dia berada bersama kereta mewah tu dan tidak meninggalkan kereta. Orang pun agak ramai di kawasan dia parking kereta tu di Chemor.

Jadi siapa dan bagaimana nak disabotaj kereta mewah yang Anwar "pinjam" itu? Bukan senang nak buang caliper pin bolt. Benda tu ada kat bahagian tepi tayar sebelah dalam. Siap ada cover pulak tu. Tentu ambil masa yang agak lama dan kepakaran untuk bukak benda tu.

Itu kereta Merz S Class bro! Bukan kereta kancil! Bukan senang nak nak operate kereta mewah ni. Saya? Nak buka tayar motor pun terkehel-kehel dibuatnya, nak operate tayar kereta? Hantar ke bengkel lah nampaknya...

Pada pendapat saya, mungkin kejadian ini adalah disebabkan oleh kecuaian atau mekanik itu lupa memasang caliper pin bolt itu. Mungkin! Saya tak kata pasti. Saya lihat, adalah menjadi perkara biasa untuk mekanik motor yang kadang-kadang tidak memasang skru motor yang tidak berapa penting. Dalam hal ini, mungkin "Ketua Mekanik" terlupa nak pasang, dan terus pasang cover break tu? Mungkin, kan?

Saya percaya, perkara ini juga pernah dialami oleh ramai pemandu. Kadang-kadang, kereta baru keluar kilang pun ada juga berlaku sebegini! Apatah lagi kereta pinjam! Itu pun nak buat report polis ke? Chehhh..!!! Publisiti murahan

p/s: Kalau ada orang nak bunuh Anwar, dah lama dah peliwat tu mampoihhh..!!! Kita bakor ajeee....

Monday, May 9, 2011

Keharmonian negara dicabar DAP..tapi Utusan dipersalahkan...?


Masih lagi berkisar mengenai dakwaan wujudnya usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Perkara ini didedahkan oleh blogger jugak, Bigdog dan MyAnger. Benarkah dakwaan mereka? Biar polis siasat dulu...kemudian baru kita tahu ceritanya.

Utusan hari ini dimaki hamun oleh puak-puak pemimpin pembangkang durjana. Mereka tuduh Utusan "bermain api" dan sebagainya. Tapi, wajarkah Utusan pula disalahkan sedangkan perkara ini ditimbulkan pihak lain? Utusan hanya melaporkan pada umat Islam tentang dakwaan ini...salahkah tindakan itu?

Jika dakwaan ini tidak benar, maka tidak ada masalah. Namun, jika dakwaan ini sahih dan benar, maka jelaslah memang kita berhadapan dengan masalah besar. Macam-macam boleh berlaku. Rusuhan, demonstrasi, sengketa dan paling buruk, mungkin "mini perang salib" akan berlaku. We are expecting the worst, hoping for the best...

Kesannya tetap buruk. Jika sekiranya kes ini positif, maka kemungkinan yang diatas mungkin berlaku. Namun jika hasil siasatan itu negatif, mahukah umat Islam menerima dan mempercayainya? Prejudis akan hadir tanpa disedari...bukan?

Itulah yang menjadi kebimbangan saya. Saya tidak ingin Malaysia yang aman ini berlaku kacau bilau. Namun sekiranya berlaku, saya akan berdiri teguh dengan nama Islam. Bagaimana pula yang lain?

Nampaknya keharmonian kaum dan agama dinegara ini semakin tercemar. Ini semua angkara permainan politik pembangkang yang melampaui batas. Negara kita masih ada ISA, namun kerajaan bagaikan enggan menggunakan akta itu buat masa ini. Entah apa alasannya, saya kurang pasti.

Saya menyambut baik gesaan PM agar rakyat dan umat Islam bertenang. Namun, saya kecewa dangan menteri KDN yang enggan segera bertindak. Seolah-olah perkara ini perkara kecil. Agak menyedihkan...

Tun M pun ada melihat bahaya dalam isu ini. Beliau baru-baru ini enggan mengulas mengenai isu ini apabila ditanya tentang tindakan KDN. Beliau enggan memberi komen kerana sedar akan bahayanya. Pada pandangan pembaca, apakah yang akan dilakukan Tun M sekiranya beliau ditempat Hisyamuddin sekarang?

Saya harap tidak ada sesiapa yang akan menambah petrol atau minyak tanah pada isu ini. Saya cuma kesal dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang sememangnya sudah menyalakan api yang akan menyebabkan negara ini kacau bilau terbakar.

Pada saya, mereka-mereka inilah "abu jahal" besar. Elk kite bakor aje diorang nih..!!!

Mari belajar bahasa Tamil..!!! Perkataan pertama..."Pandikutti", maknanya "Anugerah Tuhan"...


Sejak Anwar menjadi "bapak kepada kaum India", dia turut belajar bahasa India dari "anak-anak"nya itu. Malangnya, perkataan yang dia belajar semuanya merupakan bahasa-bahasa kesat dalam bahasa Tamil.

Perkataan yang paling dia minat ialah "Pandikutti", yang membawa maksud "anak babi". Dan perkataan yang dipelajari Anwar ini ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Mulia" sungguh budi pekerti Anwar...

Ramai orang marah pada Anwar ekoran hinaannya pada PM itu. Rasionalnya, Anwar sebagai pemimpin, tidak sewajarnya menggelar orang lain sebegitu, meskipun musuhnya. Rasulullah pun tak ajar begitu. Mungkin Nik Aziz ajar Anwar begitu, tapi Islam sebenar tidak menganjurkan umatnya menghina orang!

Kita rujuk dulu insiden penghinaan ini kepada Islam. Menurut sumber hadis, Rasulullah bersabda dan dimafhumkan bahawa "sesiapa yang menggelar seseornang dengan sifat yang keji dan tidak disukai, maka gelaran itu akan kembali kepada si penggelarnya".

Justeru itu, apakah rasional bekas Presiden Angkatan Beliau "Islam" Malaysia ini menggelar PM sedemikian rupa? Apakah dengan menghina begitu akan menyebabkan Najib merajuk dan menyerahkan jawatan PMnya pada Anwar?

Jelas sekali Anwar tersilap langkah lagi. Hinaanya pada PM jelas dikecam hebat oleh rakyat Malaysia. Ada juga rakyat yang kurang bersetuju dengan Presiden BN itu, namun mereka tidaklah sehingga menggelar beliau sebegitu. Malah rasa hormat mereka terhadap Anwar semakin hilang ekoran hinaan tidak beretika itu.

Apakah Anwar sudah kehilangan modal untuk menjatuhkan Najib? Melihat Najib semakin gagah dan mendapat sokongan penuh rakyat, Anwar semakin terdesak. Nak di serang, sudah tak ada isu. Mungkin pilihan terkahir Anwar ialah mengutuk Najib dengan memeberikan gelaran buruk. Macam budak-budak tak cukul akal! Tak matang langsung!

Saya rasa, Najib tak sedikit pun marah dengan hinaan Anwar ini. Meskipun begitu, mungkin beliau akan rasa sedikit kecewa memikirkan bapa dan ibunya turut diheret dihina oleh Anwar. Jika gelaran "anak babi", tentunya Anwar secara tak langsung menghina orang yang melahirkan PM. Wajarkah tindakan Anwar?

Anda fikir sendiri pemimpin anda. Rasionalkan diri dan refer dulu pada Islam sebelum membuat sebarang kesimpulan. Semoga anda "celik"!

Soalan cepumas..!!! Adakah PAS itu Islam?


Kadang-kadang, pelik pulak bila melihatkan perangai lebai-lebai yang berserban dan berjubah labuh dalam PAS ni semua. Bila ada sesuatu benda yang tak kena saja dimata mereka berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan, laju saja mereka keluarkan komen dan pelbagai fatwa untuk burukkan imej pemerintah.

Tapi, bila kena pada pemimpin dalam gerombolan mereka sendiri, tak pulak mereka nak bising atau cari media untuk komen. Kalau boleh, mereka nak sorokkan saja kepala mereka di bawah jubah labuh yang mereka pakai untuk elakkan dari orang bertanya pendapat mereka.

Macam ni ke yang dikatakan pemimpin yang adil didalam PAS. Mengamalkan perjuangan Islam apa kebendanya kalau hal yang salah pun mereka bersikap pilih kasih? Mana ada Islam ajar cara berpolitik yang macam diamalkan oleh lebai-lebai PAS ni semua?

Janganlah kita kira apa yang berlaku sekarang ni.., cukuplah kalau kita tengok perangai lebai-lebai PAS yang bukan main lagi tunjuk alim kucing depan rakyat, tapi sebenarnya mereka jadi pelindung kepada perbuatan maksiat Ketua Pakatan dan kroni mereka.

Cuba kita tanya kepada Ustaz PAS yang juga merupakan bekas Imam besar masjid negara, Taib Azamuddin…, kenapa dia diamkan pasal aduan yang pernah dibuat oleh mangsa liwat Anwar Ibrahim. Kenapa Taib Azamuddin tak bagi nasihat atau buat aduan kepada pihak berwajib pasal tabiat Awar?

Inilah yang dikatakan ular dalam semak saja banyak dalam PAS, ulamak susah nak jumpa dalam parti yang mengaku perjuangkan Islam tu. Ingatkan bekas imam besar tu boleh bagi panduan dan bimbingan pada Anwar, rupanya lebai PAS tu tak ada beza langsung dengan Karpal Singh dalam DAP.

Kalau kafir macam Karpal tu sokong Anwar, kita boleh faham kerana dia memang gilakan kuasa dan nak gunakan Anwar untuk dapatkan kuasa tu. Tapi yang cerdik agama macam Taib Azamuddin tu sokong kenapa pulak? Kata perjuangkan kebenaran dak nak tegakkan keadilan Islam, tapi boleh pulak sorokkan kebenaran dari rakyat.

Kita tanya pula kepada Nik Aziz, kenapa dia sanggup tutup mata bila pemimpin DAP mempermainkan Islam dan juga memperlekehkan rumah ibadat orang Islam? Nik Aziz sanggup bela Nga Kor Meng, Elizabeth Wong dan juga Teo Ni Ching yang terang-terang kafir tapi orang tua ni tak mau berkerjasama dengan pemimpin Islam UMNO.

Pemimpin UMNO dan kerajaan buat seribu kebaikan sekalipun, Nik Aziz akan tetap kata salah dan tak betul. Kalau kafir-kafir dalam DAP buat.., yang salah pun akan jadi benar dan mulia. Kenapa Nik Aziz tutup pintu hati dia untuk menerima kebaikan dan usaha mulia yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan?

Nik Aziz sanggup menerima Anwar yang terbukti pengkhianat kepada rakyat tetapi dia tolak DS Najib yang berusaha memakmurkan negara. Bila ada kekhilafan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, amat keras kecaman dari Nik Aziz dan kadang-kadang buruk benar fatwa yang dikeluarkannya.

Tapi bila dengan Anwar, semuanya lunak hinggakan lebih lembut gigi tuanya dari lidah. Apa hebatnya Anwar dan pemimpin DAP di mata Nik Aziz? Dan apa kejinya pemimpin muslim UMNO pada pandangan Mursyidul Am PAS itu? Apa sebabnya Nik Aziz benci sangat pada UMNO dan kerajaan BN?

Sebabnya hanya satu sahaja.. Nik Aziz sebenarnya gilakan kedudukan dalam pentadbiran negara dan mungkin dah bersumpah untuk jatuhkan kerajaan UMNO/BN sampai ke akhir hayat dia. Pasal itulah seboleh-bolehnya dia akan laknatkan UMNO supaya pengikutnya benci kepada UMNO buat selamanya.

Semua mereka-mereka ni sanggup biarkan rakyat tertipu dengan menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku. Inilah yang dikatakan politik keji diamalkan dalam PAS. Mereka tak peduli kalau rakyat terus dipermainkan dan juga fitnah berleluasa. Yang mereka peduli, hanya memenuhi matlamat politik peribadi mereka sahaja.

Fitnah secara terang- terangan terhadap DS Najib yang dikaitkan dengan wanita mongolia sanggup mereka percaya. Tetapi salahlaku Anwar yang disokong dengan sumpah mubahalah serta video cctv, tak pula mereka nak terima. Disebabkan ketaksuban melampau.., pemimpin-pemimpin sebeginilah yang akan menghancurkan masyarakat.

Sumber: MyKMU.net

Anwar Ibrahim Dah Sewel!


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘anak babi’ menunjukkan yang Ketua Umum Keadilan itu sudah ‘sewel’.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara ( Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau cukup mengenali Anwar yang akan berbuat dan berkata apa saja jika berada dalam keadaan tertekan.

Menurut Ibrahim, perkataan tersebut tidak patut keluar daripada ahli politik berkenaan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

” Dia (Anwar) ni sekarang dah macam orang jual ubat kat kaki lima, dia akan cakap apa saja…nampak sangat dia dah sewel,” kata Ibrahim ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kelmarin Anwar dilaporkan telah menghadiri satu majlis ceramah bersama masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang.

Dalam ceramahnya, Anwar telah memaki hamun Najib dengan menggunakan bahasa Tamil yang berbunyi ‘pandikutti’.

Perkataan tersebut membawa maksud anak babi.

Portal FreeMalaysiaToday turut melaporkan berkenaan;

“Najib is a real ‘pandikutti’,” he said, drawing laughter and applause from the crowd. Pandikutti is a Tamil word for piglet.

(Pandikutti dan piglet membawa maksud anak babi dalam bahasa Malaysia.)

Menurut blogger Ruangbicarafaisal, ini bukanlah kali pertama Anwar menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam ceramahnya, sebelum ini perkataan ‘haram jadah’ ‘barua’ dan sebagainya sering keluar dari mulut Anwar semasa berceramah.


Sumber: Click kat sini..!!!

Tempoh yang diberikan hampir tamat, cepattt...!!! Undi cepat...


Sehingga saat ini, seramai 1126 orang pengunjung sudah membuat pilihan. 987 orang telah bersetuju untuk memilih "YA", manakala 139 orang lagi memilih untuk berkata "tidak" bagi tayangan video seks yang dikaitkan dengan Anwar dikhalayak umum.

Undian bakal tamat pada bila-bila masa dari sekarang. Tempoh hampir tamat untuk para pengunjung semua menyatakan pendirian mengenai kebenaran "video seks" yang dikaitkan dengan Anwar.

Wajarkah ia ditayangkan kepada umum? Untuk ditonton sebagai "pleasure" atau "ingin tahu kebenaran"? Atau video tersebut tidak penting kerana ia adalah "minat peribadi" Anwar yang cuba didedahkan?

Benarkah ia adalah fitnah politik? Eskay "orang politik"kah? Benarkah berdosa mendedahkan keaiban seorang pemimpin yang memperjuangkan dirinya menakluk Putrajaya ini? Hadi kata "boleh" didedahkan? Betul ke video ini "fitnah"? Kalau "fitnah", mengapa Anwar tak mahu dan enggan bersumpah?

Masa tinggal sedikit saja lagi untuk anda menyatakan pendirian anda. IsyaAllah, saya akan mengupas undian yang telah dibuat oleh lebih seribu pengunjung tetap blog kerdil saya ini. InsyaAllah, saya akan "neutral"kan kupasan. Ini bukan tentang politik, ini tentang hukum dan agama...

Umat Islam mesti bacaaa...!!! Fakta hukum Islam mengenai SUMPAH..!!! Anwar bersalah..?

Saya tidaklah pandai sangat mengenai hukum hakam Islam. Namun saya sentiasa berusaha untuk menimba ilmu Islam dan cuba memahami agama saya ini secara asas dan terperinci untuk dijadikan panduan hidup dalam perjalanan menuju akhirat.

Oleh itu, saya berbesar hati untuk berkongsi dengan pembaca semua mengenai perihal SUMPAH MENURUT ISLAM sebagaimana yang dijelaskan di SINI. Terima kasih saya kepada HafizFirdaus.com di atas artikel berguna ini. Harap semua pengunjung baca sampai habis tentang fakta-fakta dibawah. Janganlah suka baca pasal "video seks" ajeeee...heheheee...

Fakta mengenai sumpah menurut Islam...

1. Rasulullah SAW pernah bersabda:

رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي.

(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.”

Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).


Justeru itu, sememangnya SUMPAH WUJUD DI DALAM ISLAM dan SANGAT PENTING.

2. Syarat Sumpah.

Agar sumpah menjadi sah (valid) dan ber"authority" sebagaimana hadis di atas, ia perlu terlebih dahulu menepati satu syarat, iaitu ia disumpah atas nama Allah, salah satu dari nama-nama Allah atau salah satu dari sifat-sifat Allah. Berikut diperincikan syarat ini:

* Sumpah dengan nama Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ أَوْ لِيَصْمُتْ.

Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.

Maka orang yang ingin bersumpah hendaklah menyebut “Wallahi”, “Billahi” atau “Tallahi” yang semuanya bermaksud “Demi Allah”.

* Sumpah dengan salah satu dari nama-nama Allah.

Berdasarkan hadis di atas juga, boleh bersumpah dengan salah satu nama Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Khalik dan sebagainya. Seumpama: “Demi al-Rahman, aku tidak pernah melakukan hal itu”.

* Sumpah dengan salah satu sifat Allah.

Sumpah sebegini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, umpama:

أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الَّذِي لاَ يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ يَمُوتُونَ.

Aku berlindung dengan Kemuliaan Kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan Kamu yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: كَانَتْ يَمِينُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ.

Daripada Ibn ‘Umar (radhiallahu 'anhuma), dia berkata, Nabi SAW pernah bersumpah dengan berkata: “Tidak! Demi yang membolak-balikkan hati.”

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلاَ نَصْرَانِيٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ.

Demi yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang jua dari umat ini yang mendengar tentang aku, baik Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia mati tanpa beriman kepada apa yang aku diutus dengannya (Islam) melainkan dia menjadi dari kalangan ahli neraka.

Begitu mudah cara untuk bersumpah. SUMPAH ESKAY boleh disimpulkan sebagai SAH.

* Dalam kes jenayah, bolehkah yang tertuduh bersumpah sebelum diminta oleh hakim? Terdapat dua hadis yang menjadi rujukan bagi persoalan ini: يَمِينُكَ عَلَى مَا يُصَدِّقُكَ عَلَيْهِ صَاحِبُكَ. Sumpah kamu wajib berada di atas apa yang diminta oleh lawan kamu (yang membuat tuduhan). الْيَمِينُ عَلَى نِيَّةِ الْمُسْتَحْلِفِ. Sumpah bergantung kepada niat orang yang meminta sumpah. Berdasarkan dua hadis di atas, para ilmuan terbahagi kepada dua pendapat: 1. Orang yang tertuduh hendaklah menunggu hingga hakim meminta dia bersumpah bagi membersihkan tuduhan ke atas dirinya. 2. Asalkan ada tuduhan, orang yang tertuduh boleh bersumpah bagi membersihkan dirinya. Dengan syarat ia diminta atau dicadangkan oleh orang yang memiliki kedudukan di sisi masyarakat atau negara, baik orang itu ialah seorang hakim atau selainnya. Pada analisa saya, yang lebih kuat ialah pendapat yang kedua. Penjelasannya adalah seperti apa yang dikatakan oleh Muhammad bin Ismail al-Shan‘ani rahimahullah: Kesimpulannya, sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah dalam semua perkara kecuali apabila diminta bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Maka dalam kes ini sumpah hendaklah sesuai dengan maksud orang yang meminta dia bersumpah (yakni hakim atau wakilnya). Inilah maksud hadis di atas. Adapun apabila dia bersumpah tanpa diminta untuk bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapnya, maka sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah. … Saya (al-Shan‘ani) berkata, tidak diketahui dari mana datangnya pembatasan (terhadap keumuman) hadis di atas kepada hakim atau wakilnya sahaja (dalam persoalan permintaan sumpah). Padahal zahir hadis menunjukkan apabila sumpah itu diminta oleh orang yang memiliki hak (yakni kedudukan dalam masyarakat atau negara), maka niat sumpah itu sesuai dengan niat orang yang memintanya (dan ini berlaku secara) mutlak.

Berdasarkan fakta menurut Islam ini, mengapa Anwar enggan bersumpah meskipun tertuduh sudah disarankan, dicadangkan dan dicabar oleh tokoh-tokoh ulama dan negara untuk berbuat demikian? Tidakkah dia berani untuk bersumpah bagi membersihkan namanya? Dan dibawah ini diberikan FAKTA YANG PALING PENTING..!
* Apakah maksud sumpah Mubahalah? Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut: فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ. Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61] Perkataan Mubahalah (مباهلة) berasal daripada kata bahlah atau buhlah (بهلة) yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.[25] Merujuk kepada ayat di atas, diriwayatkan bahawa pada satu ketika datang delegasi Nasrani dari Najran untuk berdialog dengan Rasulullah SAW di Kota Madinah dalam subjek perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Setelah disampaikan segala hujah yang benar yang tidak mampu dijawab oleh delegasi Nasrani, mereka tetap enggan mengakui kebenaran Islam, apatah lagi memeluknya. Keengganan delegasi Nasrani ini menyebabkan Allah SWT menurunkan ayat 61 surah ‘Ali Imran di atas. Berdasarkan ayat ini, apabila terdapat dua pihak yang bertikai dengan saling menuduh sementara masing-masing pihak telah mengemukakan hujah masing-masing, maka alternatif terakhir bagi menyelesaikan pertikaian ialah melakukan sumpah mubahalah. Melalui sumpah mubahalah masing-masing pihak membawa ahli keluarga terdekat masing-masing dan bersumpah seandainya pihak yang menuduh berdusta, laknat Allah akan tertimpa ke atas ahli keluarganya. Kehadiran ahli keluarga terdekat memiliki pengaruh yang amat mendalam sehingga orang yang berdusta dalam membuat tuduhan akan menarik balik tuduhannya itu. Ini kerana dia tidak mahu kesalahan dirinya sendiri memberi kesan buruk kepada ahli keluarga tersayangnya, yang pada asalnya memang tidak bersalah langsung. Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah: 1. Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian. 2. Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat. 3. Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan. 4. Masing-masing pihak bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya.” Pihak kedua pula bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya.” Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalah tidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi rujukan: عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ. قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لاَ تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا, قَالاَ إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلاً أَمِينًا وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلاَّ أَمِينًا. فَقَالَ: لأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلاً أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ. فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ. فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ. Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah SAW untuk saling melaknat (Mubahalah). (Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.” Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.” Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah SAW bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.”

Kisah Najran di atas juga sama seperti kisah sumpah di antara Eskay dan Anwar. Hakikatnya, Anwar tidak berani datang untuk menafikan tuduhan Eskay, apatah lagi untuk bersumpah balas bagi membersihkan dirinya dari tuduhan itu. Jelas sekali Anwar sembunyikan kebenaran dan tidak yakin dengan cara Islam serta hukum-hakamnya. Anwar tidak yakin dengan Allah sebagai Hakim bagi pertikaiannya dengan Eskay. Dan tindakan Anwar ini jelas menunjukkan dia tidak berani kerana ANWAR BERSALAH? Saya ulangi sekali lagi, saya tidaklah arif sangat mengenai Islam. Namun itulah yang saya faham dari artikel ini. Betulkan dan buktikan sekiranya saya tersalah faham. Wallahua'alam.

Perhatian kepada seluruh umat Islam di Malaysia..!!! Pukul 3 petang diblog ini...nantikan..


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung.

Untuk pengetahuan semua, saya akan mendedahkan fakta penting yang perlu diketahui oleh semua umat Islam di Malaysia, khususnya para penyokong Anwar dan PAS yang selama ini telah berjaya dipesongkan oleh fahaman Islam yang dimanipulasikan oleh penjahat politik itu.

Fakta ini sangat penting untuk pengetahuan kita. Mungkin sebelum ini kita dipengaruhi oleh sentimen sokongan politik sehingga keliru dengan fakta sebenar.

Nantikanlah! Pukul 3.00 petang ini akan saya publishkan..! Tungguuu....!!!

Pukul 3 petang diblog ini...

Bob Lokman kena "pukul" dengan Awie & Jamal..!!!


Saya baru terbaca mengenai Bob Lokman yang di"belasah" Awie dan Jamal di dada akhbar. Tepat, kena beberapa das "jap" ke dagu Bob dan menyebabkan dia terus KO, sebelum loceng separuh masa pertama dibunyikan..!!!

Memang padan pun Awie dan Jamal "belasah" Bob Lokman! Nasib baik belasah pakai cakap mulut je. Kalau diorang belasah betul-betul, rasanya teruk jugak Bob. Baru kena sebijik terus report polis! Biasalah tiru perangai puak-puak pakatan Haram...

Awie dan Jamal Abdillah baru-baru ini melepaskan kemarahannya terhadap Bob Lokman yang menghina dan mencerca bidang seni yang selama ini menjadi "periuk nasi"nya. Perut Bob Lokman yang boroi itu, dan seisi keluarganya disumbat rezeki yang kebanyakkannya berpunca dari sumber penglibatan seninya selama ini.

Sebab tu lah Awie marah pada Bob. Bob kononnya dah jadi baik dan lebih Islamik setelah berkecimpung bersama PAS. "PAS is world" bagi Bob Lokman. Macam "Mawi world" tu. Bob Lokman fanatik gila dengan PAS yang kononnya lebih "Islam"nya.

Selama ini, bukan Bob Lokman saja yang sudah "sampai seru" untuk melakukan "transformasi" ke arah kehidupan yang lebih Islam. Ramai artis lain yang sudah ber"hijrah" seperti Azmil Mustafa (Ali Setan!), Amy Search, Noorkumalasari dan ramai lagi.

Namun artis-artis ini tidak seperti Bob Lokman. Mereka tidak sedikit pun menghina artis lain mahupun dunia seni. Mungkin kerana mereka faham tentang dunia itu memandangkan mereka pernah berada di dalamnya. Mungkin mereka berdoa yang terbaik bakal dikurniakan Allah kepada dunia seni. Tapi sekelumit pun mereka tidak pernah menghina.

Mengapa Bob berlainan pendekatannya berbanding artis lain? Ini adalah kerana artis-artis lain "berhijrah" kepada Islam sebenar. Manakala Bob Lokman "berhijrah" kepada PAS, parti politik yang "perasan lebih Islam dan lebih arab dari orang lain"!

Itu sebabnya Bob jadi begitu. Bob fikir dia betul. Bila orang tegur, dia kata orang "cemburu" dan sebagainya pada dia. Dia tolak mentah-mentah. Dia fikir dia sudah bagus. Dia fikir dengan sertai PAS, maka Islamnya lebih "aula" berbanding artis dan umat Islam bukan PAS!

Lihatlah bagaimana PAS mentarbiyah seorang Islam sehingga terpesong dari muamalah dan akhlak Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. Orang lain nak berubah, dia pun nak berubah. Orang lain "berhijrah", dia pun nak "berhijrah", orang lain menuju ke arah Islam, Bob Lokman menuju ke arah PAS!

Bro Bob...Jauh bezanya antara Islam dan PAS tu bro...bagai langit dengan bumi!

Awie...kite bakor jeeee...!!!

Bongkarrrr..!!!Perkara semudah ini pun Anwar tak boleh buat..?!!! Macamana nak jadi PM ni..???


Desakan untuk Anwar menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar "selamat di dalam simpanan isterinya" masih belum terungkai. Anwar masih belum menjawab desakan itu. Malah sekiranya wartawan bertanya padanya tentang jam tangan tersebut, pasti dia akan melenting lagi..!

"Awak dari mana? TV3? Awak orang Islam? Tak boleh jawab? Soalan lain...next?", dialog itu begitu "famous" di kalangan wartawan sekarang. Malah kata-kata Anwar "DNA apa? DNA apa? DNA apa? DNA apaaaa?!!!" turut menjadi ejekan wartawan. Dan begitu juga dengan marah Anwar, "Awak jangan cuba biadap dengan saya..!!!", itu pun "famous" juga!

Sampai sekarang misteri jam tangan Omega masih belum terjawab dan dibuktikan Anwar. Menurut Gomo, ketika dia disoal siasat berkenaan kes skandal video seksnya, pegawai polis itu memberitahu bahawa Anwar telah diminta oleh pihak polis untuk menunjukkan jam tangan Omeganya, mungkin sebab itu Anwar marah ketika ditanya wartawan berkenaan jam tersebut!

Saya tidak akan berpuas hati selagi Anwar tidak menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan ada dalam simpanan isterinya. Perkara itu bukanlah satu perkara besar, hanya tunjukkan saja buktiknya, kemudian simpan balik. Takkan itu pun tak boleh buat?

Lainlah sekiranya Anwar menipu pada mulanya. Common lah Anwar, sekiranya kamu menipu, mengaku sajalah. Tak payah pusing-pusing cerita itu ini, marah sana sini! Cakap saja yang kamu tertekan dan terpaksa menipu ketika itu. Habis cerita. Pengakuan itu akan dilihat lebih bermakna dari terus hidup dalam pembohongan!

Cepat Anwar. Tunjukkan jam tangan Omega! Jika tidak, seluruh rakyat akan percaya bahawa kamu memang seorang penipu bertaraf dunia!

Paling Panasss..!!!! Anwar akan peluk Kristian..?!!!


Bertambah pening kepala Anwar Ibrahim. Nampaknya DAP dan agendanya hanya memilih seorang calon yang beragama Kristian untuk menjadi Perdana Menteri. Sekiranya benar bagai didakwa oleh blogger MyAnger a.k.a Marahku.blogspot.com, maka pasti Anwar harus membuat keputusan drastik - MENUKAR AGAMA!

Anwar boleh semak dengan rakannya, Jeff Oi, yang dikatakan hadir sama di majlis makan malam "pastor-pastor" bersama agenda "jahat" baru-baru ini. Tanya Jeff Oi tentang kesahihannya sama ada benar DAP hanya menetapkan individu beragama Kristian sebagai Perdana Menteri. Itu pun kalau Jeff Oi nak jawablah...

Tapi, kalau Jeff Oi jawab pun, rasanya Jeff Oi takkan beritahu perkara yang sebenar. Gila ke nak mengaku?! Perkara agenda rahsia, takkan dia nak dedah dan beritahu Anwar. Lagi pun DAP bukannya percaya pada "sesumpah"! Rasanya DAP lebih percayakan Hadi berbanding Anwar, lidah bercabang seribu. US pun ditipunya, apatah lagi DAP!

Mungkinkah Anwar sanggup menukar agamanya kepada Kristian demi memenuhi cita-citanya sebagai Perdana Menteri? Entahlah. Melihat dengan sikap dan perangai Anwar yang sanggup melakukan apa saja untuk menakluk Putrajaya dan menjadi PM, tidak mustahil Anwar akan bertukar agama, dari Yahudi kepada Kristian!

Saya fikir, sekiranya Anwar peluk Kristian, pasti pangkatnya lebih tinggi dari "pastor" mahupun "bishop". Mungkin dia akan ditabalkan sebagai "pengganti Pope"! Maklumlah, bukankah dia merupakan "anugerah Tuhan"! Khalid "Gereja" tentu suka..!!!

Jangan main-main dengan Anwar. Dia hati kering, sanggup mati dan berlaku kejam demi mencapai cita-citanya menjadi PM. Kalau tidak jadi PM, mati kempunan dia nanti! Bukan tak tahu perangai Anwar, buruk mengalahkan binatang! Elok kita bakor ajeee..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!