Tuesday, May 31, 2011

Panasss..!!! Air Asia beri sokongan kewangan pada Pakatan Haram..!!!


Siapa tak kenal dengan Malaysiakini, sebuah portal yang sememangnya sah penyokong pakatan haram. Berita-beritanya begitu hebat memutar belit setiap kata pemimpin BN, terutamanya UMNO. Raja spin pro-pembangkang ini memang suka mempolitikkan setiap isu atau berita semasa, tanpa rasa jemu, rasa bersalah mahupun bertanggungjawab.

Cuba layari laman web Malaysiakini, berita utamanya jelas sekali merupakan "spin" pro-pembangkangyang dilakukan supaya dilihat kontroversi dan bersifat menyerang Kerajaan. Memang negara ini mengamalkan kebebasan bersuara, namun putar alamnya itu dengan mudah dapat dikesan sebagai tali barut pembangkang!

Persoalannya, siapakah yang menyumbang dana untuk portal putar alam tersebut? Dikhabarkan bahawa dana utamanya ialah dari sebuah "konrad" yang pro-yahudi! Namun, kesahihannya masih lagi disiasat. Dan yang mengejutkan Air Asia turut menyokong portal pembangkang ini!

Mengapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana Air Asia turut subscribe ruangan iklan di situ! Saya tahu, sekiranya dipersoalkan mengenai perkara ini, tentunya jawapan standard akan diberikan iaitu "it's just business!" dan Malaysiakini mempunyai hit yang tinggi, bukan?

Namun, itu hanyalah alasan! Dengan meletakkan iklan di situ, secara tak langsung, Air Asia menyumbang dana kepada laman web pro-pembangkang. Itukah balasan Air Asia terhadap Kerajaan setelah diberikan pelbagai keistimewaan? Kadangkala, keistimewaan yang diberikan itu melebihi pada apa yang diberi kepada MAS!

Ternyata jelas, Air Asia adalah salah satu penyumbang kepada pembangkang! Apa tindakan yang wajar dilakukan terhadap Air Asia - Tony Fernandez ini?

Panasss..!!! TNB wajib bersihkan nama Najib..!!!




Melalui komen-komen rakan dan email yang saya terima mengenai artikel saya dibawah, "TNB cuba sabotaj Kerajaan", saya dapati masih ada yang kurang faham dan menyalahkan Kerajaan, terutamanya Datuk Seri Najib sendiri.

Pada saya, Kerajaan tidak sepatutnya disalahkan 100% dalam hal ini. Kerajaan sudah "fight" bermati-matian dengan TNB untuk mengekalkan kadar tarif elektrik, malah kalau boleh, kerajaan nak turunkan kadar tarif tu seminima mungkin.

Namun, atas kerana TNB yang mungkin enggan atau mungkin tidak mahu memahami aspirasi Kerajaan, maka setakat 75% saja dari pengguna elektrik yang mampu di"selamat"kan dari "kerakusan" TNB mengaut keuntungan.

Pada saya, dalam hal ini, TNB seharusnya bertolak ansur dan membantu Kerajaan dalam menangani rintihan rakyat. Sudahlah perkhidmatan elektrik di negara ini dimonopoli oleh TNB, tapi TNB macam tak reti-reti nak jaga hati rakyat dan Kerajaan.

Pada saya, sekiranya boss-boss TNB itu gagal mencari keuntungan lain dari terus bergantung pada Kerajaan, seharusnya mereka menjaga kepentingan Kerajaan dimata rakyat. Jika tidak, maka jadilah seperti sekarang, untuk menjamin keuntungan TNB, Najib pula yang jadi mangsa! Tak patutlah begitu...

Seharusnya, TNB perlu tahu bahawa staf-staf TNB juga menjadi mangsa kenaikan kadar tarif yang dituntut tersebut. Tak semua rakyat mampu berjimat dan "budget" penggunaan elektrik mereka.

Sebagai contoh, ada komentar yang memberi komen di artikel di bawah mengeluh mengenai keluarganya yang tak mampu melimitkan bil elektrik bulanannya dibawah RM77 ekoran isterinya yang kurang sihat dan keluarganya berpendapatan agak rendah. TNB boleh bantu ke?

Justeru itu, saya fikir, usahlah kita menyalahkan Kerajaan atau Najib dalam hal ini. Seharusnya, TNB perlu tampil untuk menjawab segala rintihan rakyat dan kalau betul TNB hebat, selesaikanlah keluhan dan masalah yang timbul disebabkan "tarif" yang mereka gariskan untuk memastikan TNB terus dapat bonus tiap-tiap bulan.

Janganlah asyik ingatkan bonus tahunan dan keuntungan berbilion-bilion TNB saja, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban TNB. Ketika inilah TNB harus menunjukkan rasa tanggungjawab sosialnya pada rakyat! Prihatin ke TNB? Setakat bagi beras dan tolong sikit-sikit tu bukan membantu sangat pun...

Harap TNB bersihkan kembali nama Najib dari terus dipersalahkan rakyat. Apa kata TNB?

Panasss..!!! TNB cuba sabotaj Kerajaan..???


Saya kira, ramai yang sudah termakan dengan niat kurang elok beberapa media internet yang cuba menggambarkan Kerajaan sebagai zalim dan tidak bertimbangrasa, kononnya Kerajaan bertanggungjawab dengan kenaikan tarif elektrik.

Memang benar ada kenaikan sebanyak 7.2%, namun, tahukah anda tentang "perkara besar" yang sengaja disembunyikan di sebalik kenaikan tarif elektrik ini? Sepatutnya, "perkara besar" ini yang didedahkan, namun tak ramai yang tahu.

Sebagai seorang yang berada di dalam sidang media mengenai pengumuman ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara besar yang di"rahsia" oleh media pro-pembangkang ini...

Tahukah anda bahawa boleh dikatakan tidak ada kenaikan harga tarif elektrik langsung bagi 75% rakyat Malaysia? Sebenarnya, hanya pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sahaja yang akan terbabit dengan kenaikan harga tarif elektrik yang baru ini. Itu pun hanya 7% sahaja.

Kebanyakan rakyat menggunakan elektrik tidak melebihi 300 kWj atau pada anggara bil RM77 sebulan. Maknanya, pada sesiapa yang bil elektrik bulanannya melebihin RM77 saja yang akan dikenakan kenaikan tarif, yang bil elektrik bulanannya dibawah RM77 tidak ada sebarang kenaikan pun.

Mengikut rekod kajian pula, seramai 25% rakyat domestik saja yang menggunakan lebih dari RM77 sebulan, itupun kerana mereka terlibat dengan penggunaan elektrik indutri, komersial dan perniagaan. Mereka ini saja yang terpaksa menghadapi kenaikan tarif elektrik, itupun pada kadar minimum.

Bagi bil elektrik bulanan RM85, dianggarkan hanya akan naik dalam RM1 ke RM2 saja. Membebankan ke kenaikan tarif elektrik kali ini? Pada saya, ia tidak membebankan pun kerana bil elektrik bulanan saya hanya sekitar RM50 sebulan saja, maknanya saya tidak akan terlibat dengan kadar tarif elektrik yang baru ini.

Pada pandangan saya, kenaikan kadar tarif elektrik ini berpunca dari "ketamakan" TNB yang mengalihkan bebannya untuk ditanggung rakyat. Mereka untung berbilion-bilion setahun. Seharusnya, sebagai GLC negara, TNB harus mendahulukan rakyat dan TNB wajar meng"absorb" bebanan tersebut!

Mengapa TNB tidak boleh bertolak ansur dengan Kerajaan yang membayar subsidi kepadanya? Tidak bolehkah TNB berkorban sedikit supaya tidak membebankan Kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat? Mengapa TNB tidak punya semangat mendahulukan rakyat sebagaimana gesaan Kerajaan sedangkan TNB juga merupakan sebuah "syarikat ciptaan Kerajaan" sendiri? TNB nak sabotaj Kerajaan, kah?

TNB bukan syarikat persendirian milik Khalib. TNB dibawah Kerajaan dan sepatutnya membantu Kerajaan yang mendahulukan rakyat. Saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan ada berbincang dengan TNB dan berdebat besar dengan TNB mengenai perkara ini. Kerajaan mempertahankan tarif lama dan TNB mahukan kenaikan kadar tarif.

Dan hasilnya, Kerajaan berjaya mengekalkan tarif elektrik untuk 75% rakyat yang menggunakan perkhidmatan dari TNB ini. Syabas saya ucapkan pada Kerajaan yang berjaya mempertahankan majoriti rakyat Malaysia dari ketamakan TNB!

Pada saya, TNB seharusnya mencari jalan lain untuk mencari sumber kewangan lain dari terus membebankan rakyat. Berdikarilah sikit macam Petronas yang tidak pernah membebankan Kerajaan tu. TNB bukan saja selalu bebankan Kerajaan, rakyat pun terbeban sama! Macam ni ke handle GLC Kerajaan? Poddah la Khalib...resign je la!

Monday, May 30, 2011

Komentar...Azmin kata UMNO akan runtuhkan ekonomi orang melayu..!!!


Azmin Ali memang sudah kaya. Dia ada Ferrari dan juga rumah banglo mewah hasil dari istiqamahnya menyokong pemimpin anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Jadi tak adillah kalau Azmin nak tuduh UMNO tak mampu buatkan orang melayu dalam negara ni jadi kaya seperti dia.

Azmin kena sedar yang dia itu pun adalah bangsa melayu. Anwar Ibrahim juga melayu, cuma Nik Aziz saja yang malu untuk mengaku dirinya berbangsa melayu. Dan bila sedar diri tu melayu, kenalah faham bahawa hanya UMNO satu-satunya yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dalam negara ni.

Azmin jangan lupa, Anwar kaya raya kerana UMNO. Secara tak langsung, Azmin juga terpaksa mengaku yang UMNO juga berjasa dalam memewahkan diri dia dan keluarga. Jadi apa motifnya untuk Azmin menghentam UMNO dan kata UMNO meruntuhkan ekonomi orang-orang melayu? Apa buktinya Azmin meroyan macam ni?

Semasa Azmin berceramah di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang, dia mengatakan bahaya “Bila orang Melayu hanyut , jangan salahkan orang Cina dan DAP. Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri. Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum”.

Kalau betul lah kerajaan Pakatan ini memang terbukti berupaya memajukan ekonomi orang melayu, cuba Azmin senaraikan berapa banyak yang rakyat Selangor untung dan mewah dari usaha Khalid Ibrahim semenjak dia menjadi Menteri Besar? Berapa banyakkan melayu yang senang lenang dibawah polisi kerajaan Pakatan Selangor?


Dan bagi kawasan Azmin sendiri, berapa banyakkah orang melayu di kawasan Parlimen Gombak dan juga Bukit Antarabangsa yang meningkat ekonominya hasil dari usaha Azmin? Dan berapa banyakkah orang-orang melayu di kawasan tersebut yang berjaya diangkat taraf kehidupannya oleh Azmin melalui Pakatan Rakyat?

Kalau di negeri Selangor yang kaya raya itu pun kerajaan Pakatan masih tak mampu untuk martabatkan nasib bangsa melayu, tak perlulah Azmin nak tuduh UMNO sebagai punca ekonomi bangsa melayu merudum. UMNO melalui kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat yang mahu meningkatkan taraf ekonomi mereka sendiri.

Dan usaha UMNO melalui kerajaan persekutuan ini bukan sahaja dinikmati oleh bangsa melayu sendiri, tetapi ianya juga diberikan kepada kaum bukan melayu didalam negara. Ini yang amat dicemburui oleh pemimpin Pakatan seperti Azmin kerana dia tahu mereka tak akan mampu meniru hasil usaha UMNO melalui kolobrasi parti-parti komponen didalam BN.

Oleh itu, tak payahlah Azmin berniat untuk meracuni pemikiran rakyat Selangor dengan dakyah-dakyah merapu kononnya UMNO akan meruntuhkan ekonomi bangsa melayu. Rakyat Selangor kini sudah mampu membezakan yang mana lebih baik diantara kerajaan Pakatan dan juga kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Pakatan sudah terbukti gagal membela nasib bangsa melayu di negeri-negeri yang mereka jajah selepas PRU12. Nasib orang-orang melayu kian tergugat di P.Pinang, Kedah, Selangor dan juga Kelantan. Rakyat Malaysia bukannya buta dengan apa yang terjadi. Rakyat juga bukan tuli untuk memekakkan telinga dengan segala karenah Pakatan.

Rakyat Malaysia kini hanya menunggu tarikh pilihanraya akan datang bagi menguburkan Pakatan khususnya di negeri-negeri yang mereka telah tawan sebelum ini. Pada masa itu, Azmin sendiri belum tentu selamat jika bertanding di kawasannya sekarang.

Sumber: MyKMU.net

Panasss..!!! Pemilihan PAS 2011 & Demokrasi Zombie Kg Pisang..!!!


Semua sedia maklum, pemilihan PAS bakal berlangsung tak lama lagi, kalau takde aral minggu depanlah katanya. Satu keputusan yang tak berapa penting sudah diketahui – Presiden PAS menang tanpa bertanding. Kenapa kita kata tak berapa penting? Sebab, walaupun namanya Presiden, dia bukan ‘nakhoda kapal’ pun.

Itu yang buat kita tak faham apa yang gegak gempita sangat pasal pemilihan PAS setiap 3 tahun sekali ini, kokok dan sorak macam mana sekalipun, situasinya tidak berbeza langsung dengan situasi sama yang berlaku dalam PKR – ketua sebenar tidak dipilih secara demokrasi.

Hakikat yang sebenar, pemilihan ini hanya nak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) saja, kalau tak buat kang parti kena haramkan pulak sebab tak ikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Bila itu berlaku, pihak yang akan disalahkan ialah UMNO, macam kes PKR sekarangla.

Apa tujuan setiap parti politik berdaftar mengadakan pemilihan setiap beberapa tahun sekali (selain menepati peraturan ROS)? Tujuannya untuk membolehkan ahli parti menunaikan hak mereka memilih kepimpinan tertinggi parti, maksudnya dari yang paling tinggi sampai yang paling kodi.

Itu baru boleh kita kata demokrasi, contoh paling baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti dalam BN.

Kalau pilih yang kedua tinggi dan kebawah saja, sedangkan yang paling berkuasa terlepas dari sebarang apa jenis pemilihan till death do us apart, itu demokrasi style mana pulak? Atau nak bandingkan dengan zaman Nabi? Nabi sama ke dengan Nik Aziz?

Dah lama dah benda ni berlaku iatu sejak revolusi Iran mengubah landskap kepimpinan PAS pada 1979 tapi entah kenapa tiada siapa di dalam PAS yang berani nak mempersoalkan kedudukkan Nik Aziz atau Mursyidul Am for that matter.

Sekurang-kurangnya PKR yang memiliki amalan kepimpinan yang sama, ada juga suara dari dalam partinya yang menyuarakan soal ini (jawatan Ketua Umum dipertandingkan). Walaupun cadangan itu dibakul sampah tanpa sempat dibahaskan, sekurang-kurangnya ada jugaklah.

Tapi dalam PAS langsung tak ada.

Apa gunanya perwakilan berbahas dan mengundi dalam pemilihan PAS kalau undian mereka itu tidak membawa sebarang kesan kepada polisi dan dasar parti yng dibahaskan tadi. PAS bukanlah parti yang sempurna pun dan memerlukan perubahan yang berterusan tapi macam mana perubahan nak berlaku kalau hanya satu orang yang buat semua keputusan

Presiden nak perpaduan, mursyidul taknak, tak jadi juga.

So, Hadi Awang laung macam mana pun, gambarkan macam mana pun bagi nak menunjukkan yang PAS ini mengamalkan demokrasi yang sebenar, situasi sebenanya tidak langsung mendekati itu.

Nak kata demokrasi dalam PAS dah mati, tapi macam hidup, nak kata hidup tapi macam mati. Yang hidup tak mati pun tak ni zombie je.

Sumber: MyKMU.net

Update terkini..!!! Harga tarif elektrik baru bermula 1 Jun ini, TIADA KENAIKAN!!!

Seperti yang saya katakan TIADA KENAIKAN bagi harga tarif elektrik untuk seramai 75% rakyat atau pengguna di negara ini..!!!!

Lagi 25% - kebanyakkannya untuk kegunaan industri etc, dinaikkan pada tarif minimum. Kenaikan bagi 25% pengguna mungkin dinaikkan kerana Anwar, DAP dan Pas..!!! Mungkin Kerajaan menyampah kat diorang sebab suka buat kacau, kot?


- Posted using BlogPress from my iPad

Live from Putrajaya! Tarik elektrik: naik, kekal atau turun?




Sebentar lagi, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air akan mengumumkan sama ada kadar tarif elektrik dinaikkan atau tidak! Saya kini bersama rakan, menunggu di ruang legar pejabat Kementerian berkenaan.

Nantikan update terkini saya dari masa ke semasa, saya akan umumkan pengumuman dari Kerajaan secara live dari blog saya..

Tungguuu..!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Panasss..!!! Senior Tahfiz cuba tiru Anwar, Junior jadi mangsa..?!!!


Memang parah!!! Mungkin kerana terlalu ingin menjadi seperti Anwar Ibrahim, seorang pelajar Tahfiz dikatakan telah meliwat seorang "junior"nya. Nampaknya, perangai "mulia" oleh pemimpin "anugerah Tuhan" itu semakin hebat menular dan diperkembangkan hingga ke maahad tahfiz! Kat Kelantan pulak tu..!!!

Memang teruk pengaruh yang Anwar berikan kepada anak-anak bangsa. Anak-anak yang dihantar ke maahad Tahfiz pun terikut-ikut dengan tabiaat buruk Ketua Pembangkang itu. Harapnya anak-anak Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfuz, Salahudin Ayub dan Nasrudin Tantawi tak terpengaruh dengan tabiat Anwar itu.

Justeru itu, saya minta pada ibubapa semua, pantaulah kegiatan anak-anak anda semua dari dipengaruhi tabiat buruk Anwar ini. Seperkara lagi, jangan biarkan anak-anak anda dilihat Anwar, apatah lagi menemuinya...bahaya!!!
"KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan."

Gambar ni buat saya panasssss..!!! Rasa macam nak hunus keris jer...!!!




Panaaasss je hati saya tengok gambar-gambar yang saya perolehi dari sini..! Rasa nak terajang orang keluar rumah pun ada. Rasa nak kasi penampar pun ada. Rasa nak pijak kepala orang pun ada..!!!

Melihat gambar di atas, apa pendapat anda? Nak buat apa dengan Nga ni?!!!

Sunday, May 29, 2011

Panasss..!!! Bob Lokman bakal jadi Ketua Penerangan PAS..?!!!




Berita mengenai Bob Lokman memasuki Pas menarik perhatian ramai. Tindakannya itu turut dipergunakan sepenuhnya oleh para pemimpin Pas untuk mencari keuntungan politik parti itu. Bob diarak keliling negara bagi membantu Pas berceramah selain mengutuk rakan-rakan artisnya yang dituduhnya "masih belum mendapat hidayah".



Bob Lokman diusung naik pentas turun pentas untuk berceramah. Pemimpin-pemimpin Pas pula sering dilihat mengusung Bob ke hulu ke hilir, mungkin mengharapkan glamour Bob turut tempias kepada mereka. Bob fikir dia "sangat Islam" bila memeluk "agama Pas"...


Memandangakan penglibatan Bob yang begitu aktif ditonjolkan di pentas-pentas Pas (macam kena jual pulak!), ditambah pula dengan hubungan rapatnya dengan rakan baru pemimpin-pemimpin Pas, apalah salah kiranya Bob Lokman diberikan jawatan khas di dalam Pas?

Sempena Muktamar Pas kali ke-57 ini, berikanlah Bob satu jawatan. Berilah jawatan yang tak payah diundi, dan hanya perlu dilantik. Alaaa..macam jawatan Mursyidul Am ke, Ketua Penerangan ke, apa ke..boleh? Setidak-tidaknya, jika tidak ada jawatan kosong pun, "cipta"lah satu jawatan buat Bob...




Kenang la sikit jasa Bob. Teruk dia diperkudakan demi kepentingan agama Pas. Lagi pun, dia dah biasa dengan dunia glamour! Dia perlukan publisiti, takkan nak bagi dia jadi ahil biasa saja kot? Tak glemer la brooo..!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Man U kalah sebab Anwar & GAP..!!!




Memandangkan saya dinasihatkan oleh GAP untuk tidak tidur atas jalan ekoran kekalahan Man U, maka saya ingin menyatakan padanya bahawa saya tidak pernah bertindak bodoh seperti puak-puak PAS.

Sebenarnya saya tak tengok pun game semalam kerana saya dan Datuk Najib tidur awal. Lagipun, kami sudah tahu bahawa Barca akan menang pagi tadi kerana ada kami percaya, ada konspirasi terhadap Man U.

Selain itu, Fergi juga memberitahu bahawa semua pemain Man U tertekan kerana memikirkan mengapa Anwar enggan menunjukkan jam Omega dan tertunggu-tunggu bilakah Anwar akan bersumpah balas.

Fergi berkata, diorang sangat tertekan kerana mereka ingin tahu kebenaran di sebalik kisah gelap hidup Anwar, dan dikatakan kerana Anwarlah maka Man U kalah!

Selain itu, mereka juga malas nak main sebagaimana biasa kerana saya dan Datuk Seri Najib tidak hadir di Wembley. Sorrylah, kami berdua sebok, hal negara lebih penting dari bola. Minat tu memang minat, cuma kami tak lah taksub macam puak-puak tu taksub kat Pok Nik dan dewa Anvarrr...

Anyway, tahniah la saya ucapkan pada Barca dan GAP kerana diberi kemenangan "percuma" semalam. Messy memang terbaik, rasaya Man U patut beli Messy untuk musim depan! Heheheh...
- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, May 28, 2011

Panassss...!!! Chua Soi Lek nak kena lempang ke?


Saya rasa macam nak lempang-lempang saja Chua Soi Lek ni. Sudahlah malas bekerja, dia buat pulak statement kurang ajar mintak peruntukan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera yang berjaya dalam akademik. Sudah diberi betis, dia nak paha pulak! Lepas ni,terus naik kepala?

Kerajaan Malaysia kini sudah memperuntukkan sebanyak 55% kuota biasiswa JPA untu pelajar bumiputera, manakala 45% untuk pelajar bukan bumiputera pada tahun 2008. Sebelum itu, kuota untuk bukan bumiputera hanyalah 10% sahaja.
KUALA LUMPUR 28 Mei – Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.

“Pecahannya ialah 50 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus kepada bukan bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus sahaja diberikan kepada bukan bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 (2007) melibatkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat hari ini. - Utusan

Itu peruntukan pada 2008 saja. Dan sekarang Soi Lek nak apa lagi? Nak "kesamarataan hak" macam "Malaysian Malaysia" yang dicanang oleh DAP tu ke? Orang dah bagi banyak tu..nak lebih-lebih pulak! Penampar nak?

Biasiswa yang dikeluarkan oleh Kerajaan adalah hak mutlak keistimewaan bumiputera negara ini sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel 153, di mana kuasa untuk melaksanakan artikel ini adalah di bawah kuasa Raja-Raja Melayu.

Artikel ini adalah antara artikel-artikel yang perlu dipersetujui dalam quid pro quo sebagai persetujuan untuk menganugerahkan kerakyatan kepada golongan bukan bumiputera pada Ogos 31hb, 1957.

Dalam perlembagaan yang dipersetujui oleh semua wakil kaum itu tidak pula menetapkan bahawa "Kerajaan wajib memberikan biasiswa kepada bukan bumiputera" atau "memberikan kesamarataan hak" kepada bukan bumiputera!

Meskiupun begitu, Kerajaan beri juga 45% peruntukan biasiswa ehsan. Jika tidak diberikan pun boleh, jelaslah Kerajaan bertindak adil dalam hal ini. Yang Soi Lek mengada-ngada meminta-minta lagi tu apahalnya pulak???

Setuju ke tidak ni dengan quid pro quo? Kalau tak setuju pun tak apa. Berilah balik kerakyatan tu. Amacam ada lagi yang nak berbunyi mintak lebih-lebih?

Gempar..!!! GAP akan tutup blog selama 3 hari..!!! Berkabung Barca kalah...!!!

Takpo..jange nangihh..musim depe kita cubo lagi..kito mintak Pok Nik buat solat hajat untuk musim depe...

Bukan nak cakap besar...seperti biasa..Man U akan sentiasa hebat sebagai juara...

Pernah cipta hatrik..treble bro..treble...Barcelona pernah buat ke, GAP?

Harap GAP tak jadi macam ni..berkabung udah le...jangan dok tidur sambil menangis tepi tiang gol pulak!

Untuk pengetahuan para pengunjung blog ini, blogger Gerakan Anti-PKR (GAP) pernah berjanji pada saya bahasa dia akan menutup blognya setelah kalah kepada saya dalam satu perlawanan "pool ball" di satu lokasi yang terpaksa kami rahsiakan pada bulan lepas.

Namun, sahabat saya itu tidak menutup blognya dan saya bersetuju memberikan pelepasan khas kepadanya untuk berbuat demikian. Ini adalah kerana saya pun kalah kepadanya selepas itu dengan perjanjian yang sama! Hahahahaaaa...(tapi saya kalah satu frame je lah..dia kalah berframe-frame..!!!).

Tapi, blog GAP dijangka akan ditutup selama tiga hari bermula esok dan akan dibuka semula pada 1 Jun ini. Ini adalah memandangkan GAP dijangka akan berkabung ekoran kekalahan memalukan Barcelona pada perlawanan akhir UEFA Champion League awal pagi esok!

Diharap GAP akan dapat menerima hakikat ini dan kembali berjuang selepas habis berkabung dan menangis ditepi meja komputernya di rumah. Saya, Datuk Seri Najib dan Gomo dijangka akan makan malam bersama Fergie malam ini dan meraikan kemenganan Man U sebagai juara berganda musim ini!

GAP...sabar ye GAP...musim depan cuba lagi. Saya mencadangkan agar GAP mengambil alih tempat Guardiola untuk musim depan..!!! Okay GAP? Setuju?

Panasss di Kedah..!!! Dari kumpulan pendesak, mereka dipaksa Azizan untuk menjadi kumpulan "perayu"..!!!


Daripada asalnya berada di atas platform kumpulan pendesak, pelajar-pelajar tahfiz yang dizalimi, digantung, didenda dengan wang ringgit dan diberi amaran, telah cuba ditukar statusnya untuk menjadi kumpulan "perayu". Itulah permainan MB Kedah, Azizan Razak.

Sebelum ini, pelajar-pelajar maadhad Tahfiz itu terpaksa berdemo secara aman setelah permintaan dan desakan mereka agar Sekolah Insan Bestari tidak dibuka di dalam kawasan maahad Tahfiz itu.

Ini adalah kerana mereka merasa terganggu dengan pelajar-pelajar Sekolah Insan Bestari itu yang membuat bising dan menghilangkan konsentrasi hafalan mereka di tempat yang sama.

Selain itu, premis yang kecil dan kurang sempurna itu terpaksa dikongsi penggunaannya serta menyebabkan perasaan kurang selesa di kalangan pelajar tahfiz berkenaan.

Namun, permintaan mereka secara baik itu tidak dilayan oleh ahli lembaga KUIN yang kebanyakkannya bari dilantik selepas tahun 2008, setelah PAS Kedah meletakkan kroni-kroni mereka di dalam KUIN untuk meluaskan pengaruh mereka di institusi pengajian yang ditubuhkan atas inisiatif BN Kedah tersebut.

Kerana itulah pelajar-pelajar maahad tahfiz itu berdemo secara aman membantah keputusan KUIN tersebut. Tapi, mereka pula dipersalahkan dan dizalimi oleh KUIN. Mereka digantung pengajian, di denda (budak-budak tu bukan ada duit pun) dan diberi amaran oleh KUIN.

Sekarang, Azizan kata pulak budak-budak itu boleh merayu, rujuk di sini. Kononnya, mereka "tidak zalim" dan "bertimbang rasa"! Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh Azizan Razak.

Saya ingin katakan padanya bahawa tindakan memberitahu rakyat bahawa "budak-budak maahad tahfiz boleh merayu" menunjukkan bahawa Azizan Razak sedang mempermainkan budak-budak tersebut.

Sekiranya Azizan bertimbang rasa, KUIN tentulah akan mempertimbangkan permintaan dan desakan pelajar-pelajar maahad tahfiz itu berkenaan pembukaan Sekolah Insan Bestari di kawasan maahad tahfiz berkenaan.

Dan sekiranya Azizan dan KUIN tidak zalim, tentunya mereka tidak akan menghukum budak-budak tahfiz yang berdemo tersebut. Salahnya ada pada Azizan dan KUIN, tapi budak-budak itu pula yang dihukum dan dijadikan mangsa. Patutkah begitu? Adilkah tindakan itu?

Orang-orang Kedah fikirkan sendiri...

Sejak bila Malaysiakini ambil alih tugas Kerajaan???


Saya terpanggil untuk mengulas tentang berita yang berniat jahat yang disiarkan semalam oleh portal pembangkang, Malaysiakini.com, di sini, yang menyatakan bahawa kononnya tarif elekrik sudah dinaikkan oleh Kerajaan dan pengumumannya akan dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada satu sidang akhbar, jam 4 petang, Isnin ini. Pada saya, siaran akhbar seperti itu sangat berniat jahat dan tidak beretika untuk disiarkan sebagai bahan berita kepada rakyat.

Saya mengikuti dengan jelas mengenai isu ini dan menegaskan bahawa Kerajaan belum lagi membuat apa-apa keputusan mengenai kenaikan harga tarif elektrik tersebut. Pada satu sidang akhbar pada Khamis lepas, Peter Chin berkata bahawa harga tarif berkenaan akan diperbincangkan dan mungkin diputuskan pada satu mesyuarat oleh Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Kebangsaan (National Economic Council), yang dijadualkan di Putrajaya, semalam (Jumaat).

Kemudian, selepas NEC bermesyuarat semalam, Peter Chin mengumumkan bahawa perkara tersebut masih belum selesai diperbincangkan dan masih perlu diperhalusi untuk mencapai satu keputusan. Peter Chin memaklumkan bahawa sekiranya keputusan mengenai isu itu dicapai, pihaknya akan mengadakan sidang media pada Isnin ini untuk memperjelaskan mengenainya. Itu fakta sebenarnya.

Dalam sidang media semalam, Kerajaan tidak pun mengumumkan bahawa tarif elektrik dinaikkan. Tidak ada kata muktamad dan masih lagi diperbincangkan serta diperhalusi. Dalam kata lain, tarif elektrik tidak pun dinaikkan. Tapi, memang sudah dasar media pembangkang yang sememangna suka menyebarkan berita bohong, tiba-tiba Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk “Kerajaan meluluskan tarif elektrik”!

Jahat betul bunyinya! Bila masa Kerajaan luluskan? Memang benar Datuk Seri Najib yang pengerusikan mesyuarat itu, tapi tidak ada pun pengumuman dari pihaknya yang menyatakan bahawa Kerajaan meluluskan kenaikan tarif elektrik seperti yang dilapor oleh portal pemutar alam tersebut! Jelaslah Malaysiakini mendahului Kerajaan dalam hal ini.

Sikap mendahului kerajaan untuk memberitahu rakyat mengenai perkara sensitif seperti ini adalah sangat tidak beretika dalam dunia kewartawanan. Belum pun Kerajaan umumkan, mereka yang umumkan dulu? Siapa yang menjadi Kerajaan sebenarnya? Kerajaan BN atau Malaysiakini? Pada saya, niat sebenar sidang editorial Malaysiakini adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan kepada sesuatu yang tidak pasti!

Sebenarnya, belum tahu lagi sama ada benar atau tidak tarif elektrik akan dinaikkan atau tidak. Tarif itu mungkin kekal dan mungkin juga dinaikkan, malah mungkin juga diturunkan! Tidak mustahil untuk diturunkan, bukan? Sekiranya Peter Chin mengumumkan bahawa kadar harga tarif elektrik diumumkan turun, apa kata Malaysiakini? Tentunya dia putar belit 360 darjah mengatakan bahawa Kerajaan “takut” pada desakan pembangkang! Itulah yang mereka “spin” sebelum ini mengenai spekulasi kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Tunggulah Isnin ini. Tak payahlah buat spekulasi mengenai perkara yang tidak pasti. Keputusan menaikkan, mengekalkan atau menurunkan harga minyak adalah terletak pada Kerajaan, bukan Malaysiakini. Tindakan portal pembangkang ini jelas tidak bertanggungjawab dan tidak beretika untuk disiarkan kepada rakyat. Apatah lagi berita itu akan mengganggu emosi rakyat yang bercuti di hujung minggu. Kita tunggu Isnin ini.

Seharusnya, pihak-pihak tertentu mengambil tindakan terhadap Malaysiakini yang menyiarkan berita beunsur fitnah seperti ini. Sewajarnya Khairy Jamaluddin mengumpulkan anak-anak buahnya yang bekelulusan Oxford itu untuk berdemo secara aman di depan pejabat Malaysiakini membantah berita-berita seperti ini. Bukan Utusan yang melaporkan berita palsu, tapi Malaysiakini lah yang sebegitu jahat menyiarkan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat.

Harap jelas mengenai perkara ini. Wallahua’alam.

Sumber: MyKMU.net

Apakah kita punya pembangkang yang sihat?


Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sekaligus menafikan banyak cakap-cakap dan khabar angin terutama oleh pembangkang mengenainya sejak 2 minggu lalu.

Termasuk diantaranya hebahan palsu melalui Facebook konon minyak naik RM 0.30 awal minggu ini dipercayai oleh pembangkang jugak.

Penulis percaya, kerajaan memutuskan sedemikian kerana beberapa sebab antaranya nilai ringgit yang semakin mengukuh dibanding dengan dollar dan punca tambah lain seperti kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak 1% kepada 6% baru-baru ini telah menambah kepada pendapatan kerajaan. Sebab lain yang boleh penulis fikirkan ialah hasil daripada bayaran melalui cukai pendapatan yang tarikh tamat tafsirannya pada 30hb April lepas.

Walau pun minyak tak naik, penulis yakin akan ada lagi yang naik bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Matematiknya mudah, lebih tinggi permintaan, lebih tinggi subsidi yang dikeluarkan dan semua ini pun dari mana datangnya kalau tak duit rakyat.

Pendek kata rakyat jugaklah menanggung cuma cara macam mana sajalah.

Cuma penulis berminat nak tahu, bila minyak tak naik ni, apa yang pembangkang nak aturkan untuk menyambut keputusan kerajaan? Nak ada demonstrasi ‘Sayang Najib’ ke, nak ada Majlis Kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan pusat ke?

Kalau naik bukan main lagi nak memberontak ya, bila tak naik malah masa turun beberapa kali dulu pun takde apa yang pembangkang buat untuk ‘menghargai’ usaha kerajaan.

Tapi penulis amat pasti satu perkara jelah, naik tak naik itu bukan isunya, isunya ialah apa jalan mau hentam? Kalau dengan menurunkan minyak atau mengekalkannya boleh dijadikan alasan untuk menghentam kerajaan, depa akan hentam. Itu memang resmi pembangkang di Malaysia, hentam selagi boleh.

Dalam saat inipun, pembangkang dah mula anggap keputusan kerajaan sebagai strategi politik. Tak habis-habis dengan politik.

Yang sebenarnya, ia bukan berkenaan rakyat pun tapi berkenaan agenda politik semata-mata, tapi dengan menjual nama rakyat. Konon prihatin atas masalah rakyat, bla bla bla. Mentang-mentang rakyat ada kuasa pilih sapa jadi PM ke tidak, bukan main lagi memainkan sentimen yang berunsurkan rakyat ni.

Pakatan Rakyat ini hanya berminat nak manipulasi isu, bukan benar-benar nak bela rakyat seperti mana yang sering digebang. Kesusahan rakyat adalah rahmat kepada mereka sebab ada peluru nak belasah kerajaan, itu saja. Cerita-cerita tentang rakyat ini hanya untuk menyedapkan telinga yang mendengar, mana ada perjuang masalah rakyat pun.

Seperti sekarang, separuh masa ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah untuk memanipulasi kesusahan rakyat, separuh masa lagi untuk membela Anwar Ibrahim yang tak habis-habis dengan skandal seks yang takde berkesudahan.



Sumber: Click sini

Friday, May 27, 2011

Ni Orang Kedah..!!! Bukak mata luaih-luaih..!!! Cuba hangpa baca niii...


Kronologi

1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 : Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz

5 APRIL 2011 : Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 : Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 : Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 : 6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 : MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta' HEP pertama tidak sah!

15 MEI 2011 : 'Surat Cinta' iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 : Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda
Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin : Surat Amaran dan denda RM100

atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang rami menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!!

Sumber: Waadat...Demang Lebar Daun

Berita panasss..!!! Lim Guan Eng Disaran Agar ‘Jangan Perasan!’

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak pernah takut pada pakatan pembangkang dan membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, supaya ‘jangan perasan’ ekoran kenyataannya mengenai kenaikan harga petrol Ron95.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak ada sebab untuk BN takut atau tunduk kepada desakan pihak pembangkang kerana sejarah membuktikan bahawa pihak Kerajaan tidak pernah memberi muka kepada desakan mereka.

“Tak payah perasanlah, sebelum ini, apa saja dasar yang kita lakukan adalah mengambil kira atas dasar kepentingan rakyat, rakyat yang utama.

“Guan Eng boleh cakap apa saja yang mereka suka, tapi rakyat sudah sedar dan muak dengan sikap mereka yang suka mengambil kesempatan, jangan perasanlah!” katanya ketika dihubungi mynewshub.my hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, sudah lebih dari 50 tahun negara ini ditadbir oleh BN, namun tidak pernah pun Kerajaan takut pada desakan pembangkang dan selalunya, pembangkanglah yang sering menakut-nakutkan rakyat tentang perkara yang kuasanya tidak terletak pada mereka.

Sebagai contoh, mereka menakut-nakutkan rakyat yang konon-kononnya Kerajaan akan menaikkan harga petrol Ron95, sedangkan kuasa untuk menaikkan harga atau tidak, terletak di tangan Kerajaan BN, tambahnya.

Ekoran dari sikap pembangkang yang menakut-nakutkan rakyat itu, maka rakyat negara ini sering berada di dalam keadaan gusar dan bimbang sekiranya kepentingan mereka dilupakan kerajaan, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, ujarnya lagi.

Keputusan Kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol Ron95 dibuat atas tradisi Kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat meskipun berdepan dengan risiko peningkatan harga petrol di pasaran dunia dan ini menunjukkan Kerajaan sangat menghargai rakyat negara ini, jelasnya.

Guan Eng pagi ini mendakwa kepada media bahawa tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Sumber: MYNEWSHUBMY

Thursday, May 26, 2011

Lawak di tengah malammmm..!!! Mesti baca..!!!


Sudah lewat tengah malam ni, sambil melayan mata, saya masuk ke SINI. Melihat tajuknya saja, ketawa saya terus memecah kesunyian malam! Hampir berguling-guling saya di depan notebook! Kah! Kah! Kahh! Kahhh! Kahhh..!!!

Tajuknya "Jelajah Selangor Tawan Malaysia ke Sungai Buloh"! Part yang "ke Sungai Buloh" paling mencuit hati saya! Ke Sungai Buloh..?!!! Bukan Anwar "allergic" ke dengan kawasan Sungai Buloh? Dengan perkataan "Sungai Buloh" pun dia dah "kecut teloq", apatah lagi nak masuk kawasan tu! Kah! Kahhh..! Kahhhhh..!!!

Kempen tu diorang panggil "Jelas". Mungkin diorang nak jelaskan bagaimana DNA Anwar ada dalam bontot Saiful? Atau diorang nak jelaskan tentang kehilangan jam tangan OMEGA milik Anwar yang tiba-tiba "ghaib" dari simpanan Kak Wan? Jelaslah diorang cuba nak menipu rakyat lagi...! Hati-hati wahai rakyat...fitnah mereka busuk bak bau bangkai..siapa yang tercium akan mati jiwanya...!

PKR nak jelajah Selangor, untuk menawan Malaysia dan terus ke Sungai Buloh? Opsss! Nak jelajah Selangor buat apa? Dengan jelajah Selangor saja boleh tawan Malaysia? Confident betul nampak! Nak tanya sikit, yakin ke dapat pertahankan Selangor? Yakin? Muktamad bahawa Selangor akan kekal dibawah Pakatan Haram? Kita tunggu PRU 13 nanti, siaplah rakyat Selangor ajar Khalid dan DAP cukup-cukup!

Rakyat Selangor sendiri dah serik dengan Pakatan Haram. "Khalid jadi boneka DAP", bukan saya kata, itu kata orang kuat PKR Selangor! Kebanyakkan rakyat sudah nampak betapa teruknya Selangor di bawah Pakatan Haram. Mereka dapat melihat bagaimana DAP dan PKR sudah "naik tocang"! Jelajahlah seluruh negeri Selangor, itulah jawapan yang mereka akan dapat.

Itupun mereka ada hati nak tawan Malaysia? Harap mereka cermin dulu mereka, belek-belek muka lama-lama sedikit, mereka akan melihat kenyataan bahawa mereka hanyalah segerombolan penipu bodoh yang cuba menipu rakyat dengan cara yang bodoh! Paling jauh pun yang mereka mampu ialah "puduraya", untuk ke Putrajaya rasanya mereka hanya mampu menelan air liur saja.

Manakan tidak? Sebelum cita-cita mereka tercapai, berkemungkinan besar "dewa" mereka akan berpindah dan bermastautin di Sungai Buloh. Jika tidak di Sungai Buloh, mungkin pemimpin "anugerah Tuhan" mereka itu akan singgah ke "rumah" yang lebih kurang sama bentuknya yang terdapat di Sungai Buloh. Itu rumah terbaik dan paling layak buat "Sivaji" mereka itu.

Kemudian, mereka akan kehilangan "teraju", dan nasib mereka bagai "layang-layang terputus talinya". Siapa nak jadi Perdana Menteri? DAP nak bagi PAS jadi Perdana Menteri? Jangan haraplah! DAP dan PAS rasanya akan bergaduh teruk! Ketika itu, barulah mereka tahu siapa kawan, siapa lawan...

Begitu caranya Pakatan Haram nak tawan Malaysia? Jangan mimpilah! Elok pergi pertahankan Kelantan. Silap-silap PRU 13 nanti, Kelantan pun mampu dirampas BN. "Ore Kelate pun doh tok se denge PAS dohhh..!". InsyaAllah, BN akan kembali mendapat mandat 2/3 di Parlimen pada PRU 13 nanti. Asalkan Pak Lah dan KJ tak sabotaj, sudah!

Sumber: MyKMU.net

Panasss..!!! Nik Aziz tak ngaku Arif Fahmi menantunya..!!! Parahhh...!!!


Nik Aziz sudah berputus arang dengan menantunya, Arif Fahmi? Tak mahu mengaku Arif Fahmi sebagai menantunya? Memang parah kenyataan Nik Aziz yang tidak mahu dikaitkan dengan skandal penyelewengan dan rasuah yang melibatkan menantunya itu. Arif Fahmi kini dikhabarkan sedang teruk digasak oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Menurut fakta, Arif Fahmi sedang disiasat oleh SPRM berhubung kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di Perbadana Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nak tahu apa kata Nik Aziz? Nik Aziz berkata...

”Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul,” - Nik Aziz Nik Mat.

Nampaknya Nik Aziz sudah gelabah. Tapi, sewaktu dia melantik Arif Fahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di PMBK, dia tidak gelabah pula? Mungkin ketika itu Nik Aziz menganggap Arif Fahmi sebagai menantunya dan sekarang tidak lagi? Begitu?

Siapa yang melantik Arif Fahmi kalau bukan Menteri Besar Kelantan sendiri? Siapa pula Menteri Besar Kelantan jika bukan bapa mertua Arif Fahmi sendiri? Dengan pertalian yang sebegitu rapat, bapa mertua dan menantunya, Nik Aziz tak mahu dikaitkan dengan Arif Fahmi?

Pada langkah pertama Nik Aziz melantik menantunya itu sebagai CEO di PMBK menunjukkan Nik Aziz mengamalkan nepotisme. Nik Aziz cuba memutar belitkan sifat nepotismenya dengan mengaitkan perlantikan Sayyidina Abu Bakar RA, bapa mertua Rasulullah SAW dan Sayyidina Ali RA, menantu Baginda SAW sebagai Khalifah sebagai rasional untuk mengamalkan nepotisme.

Namun, Nik Aziz terlupa bahawa Rasulullah SAW tidak pernah melantik Saiyyidina Abu Bakar dan Saiyyidina Ali RadhiAllahu An Huma sebagai Khalifah memandang Baginda sudah wafat ketika mereka berdua menjadi Khalifah. Mereka berdua dilantik oleh para sahabat dan muslimin di zaman itu. Itu faktanya dan menunjukkan kedangkalan hujah Nik Aziz untuk menyelamatkan dirinya!

Adalah sangat mustahil untuk tidak mengaitkan Nik Aziz dengan Arif Fahmi kerana Perbadanan yang diketuainya itu bukan Perbadanan Perpustakaan atau Perbadanan Anak-Anak Yatim. Ianya bernama Perbadanan "Menteri Besar Kelantan"! Siapa lagi Menteri Besar Kelantan kalau bukan Nik Aziz Nik Mat! Maksudnya, tidak dapat tidak, Menteri Besar Kelantan harus turut bertanggungjawab berkenaan kes itu!

Justeru itu, adalah sangat relevan sekiranya SPRM turut mengheret Nik Aziz di dalam soal siasat mengenai kes Arif Fahmi ini. Bukanlah saya cuba nak menyalahkan Nik Aziz atas kesalahan (sekiranya terbukti menantunya bersalah) Arif Fahmi itu, saya hanya mahu mengajar kepada Nik Aziz tentang erti perkataan "bertanggungjawab"!

Sumber: MyKMU.net

Panasss..!!! Mazlan Aliman akan dimalukan dalam masa seminggu lagi..!!!


Kebodohan Mazlan Aliman memang bertimpa-timpa. Ekoran itulah dia sering dilihat macam orang tak cukup akal bila menyalak pada perkara yang dia sendiri tidak faham. Lagaknya bagai orang kurang siuman sangat bersesuaian dengan bertuankan kepada pakatan haram!

Terbaru, Mazlan menyalak lagi. Kali ini dia suruh Felda jelaskan pinjaman sebanyak RM6 billion yang dipinjam dari KWSP. Katanya, Felda pakai duit RM6 billion itu untuk membeli kilang gula milik Robert Kuok. Lebih kurang begitulah dia menyalak kali ini.

Saya terfikir. Siapa Mazlan Aliman untuk bertindak meminta hutang bagi pihak pengurusan KWSP? Sejak bila Mazlan Aliman jadi "peminta hutang" kepada KWSP? Sejak bila pula Mazlan Alima bekerja dengan KWSP? Mazlan Aliman tahu tak apa yang dia salakkan kali ini?

Saya percaya, Mazlan Aliman tidak ada kena mengena dengan pengurusan KWSP. Kalau ada kaitan pun, mungkin Mazlan Aliman atau anak isteri, atau sanak keluarga sahabat handainya saja yang mencarum di KWSP. Dan Mazlan Aliman juga bukan ahli lembaga pengarah KWSP pun. Jadi siapa dia untuk menyalak?

Pada hemat saya, tentunya pihak KWSP dan Felda ada mengikat satu MoU atau perjanjian mengenai pinjaman tersebut. Itupun jika betullah Felda ada pinjam RM6 b dari KWSP. Takkanlah KWSP nak suka-suka pecah amanah tiba-tibanya nak berikan pinjaman pada Felda begitu saja. Tentulah ada term and conditionnya!

Saya pasti, pinjaman tersebut dilakukan atas dasar "win-win situatuion" di mana KWSP dan Felda akan mendapat keuntungan dengan cara masing-masing. It's a business matters, no hard feeling.

Habis tu, apsal pulak Mazlam Aliman menyalak-nyalak macam anjing kurap? Dia bagi tempoh seminggu pada Felda untuk jelaskan pinjaman tu pada KWSP! Mamat ni apahal? Dah gila ke apa? Apsal dia tak menyalak kat semua peminjam dan perniagaan yang KWSP laburkan?

Salaklah lagi! Menyalaklah lagi, saya nak tengok sampai mana dia nak menyalak pasal isu bodoh ni. Benda ni tak ada isu pun, tapi sengaja dia buat isu! Saya nak tengok dia buat laporan polis dalam masa seminggu. Saya nak tengok macamana dia akan dimalukan oleh lawyer-lawyer Felda dan KWSP dalam hal ni!

Saya cabar dia buat laporan polis dalam masa seminggu. Kalau dia tak buat laporan polis, maka Mazlan Aliman bolehlah dianggap sebagai "anjing kurap yang bodoh" dan jika jadi manusia pun memang dia kufur pada nikmat Allah sebab tidak menggunakan akal yang diberik dengan baik!


Sumber: MyKMU.net

Keputusan Undian "lelaki bertuala putih"..!!! Terima kasih kepada 1127 pengundi..!!!


Berikut adalah keputusan undian selama 2 minggu diblog kecil ini. Soalan undiannya adalah...

Anda yakin "lelaki bertuala putih" itu ANWAR?

A. Yakin itu Anwar! Eskay dah bersumpah dengan nama Allah. - 988 (87%)

B. Ya, tapi tak berapa pasti... - 40 (3%)

C. Tidak! Ini semua konspirasi, fitnah jahat..!!! - 73 (6%)

D. Tidak, tapi nampak macam dia... - 26 (2%)

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi mengundi untuk "poll" di atas.

Seramai 1127 orang pengunjung telah mengundi untuk persoalan di atas dan keputusannya menunjukkan majoriti pengunjung blog ini yakin bahawa lelaki bertuala putih itu Anwar dengan undian sebanyak 87%.

Kepada yang menyatakan bahawa dakwaan Eskay itu sebagai konspirasi dan fitnah jahat, janganlah berkecil hati. Kalian semua mewakili kumpulan kedua undian terbanyak dengan memperolehi 6%! Tinggi tu! Tepukan untuk kumpulan kalian.

Mungkin kalian pendirian kalian betul. Maklumlah, Anwar tak kenal pun Eskay (padahal siap bertepuk bertampar, bersenda gurau, Eskay siap banyak kali arrangekan "percutian Anwar secara solo" di Siam!).

Mungkin kalian dipihak yang benar. Maklumlah, Eskay kan sudah dimakan sumpah laknat Anwar. Tu lah...saya pun heran, kenapalah Eskay taknak bersumpah balas? Anwar dah ber"sumpah" dah..."siap tunjuk"kan lagi jam tangan OMEGA...mungkin Eskay salah kot? Sebab tu Eskay "taknak" bersumpah!

Ehhh..ye ke? Silap ke? Yang bersumpah tu Eskay ke? Bukan Anwar? Eskay lafaz ikrar sumpah dengan nama Allah? Ye ke? Bukan dengan nama "angin", "bulan" atau "bintang"? Ooooo...saya silap la gitu...

Gempar lagiii..!!! IBU PEJABAT PKR BAKAL DI LELONG..!!!


Kah..! Kahhh..!!! Kahhhhhhh..!!! Kahh..!Kahh..! Ketawa besar saya bila mendapat tahu berita di SINI, bahawa ibu pejabat PKR bakal di lelong bulan depan! Memang panass bebbb...!!!

Cuba bayangkan, sebuah ibu pejabat pun PKR tak mampu nak manage, macamana nak tadbir negara? Silap-silap esok semua bangunan Kerajaan akan dilelong akibat PKR yang tidak cekap mentadbir! Kecik punya hal pun tak reti nak handle?

Selama ni sembang berdegar-degar. Kononnya dialah pemimpin "Anugerah Tuhan"! Dialah De Facto! Ini bukan "Anugerah Tuhan", ini "Anugerah Syaitan"! Kepala hotak Facto macam ni punya cerita. Elok sepak masuk Sungai Buloh je mamat nih...

Apa pun, korang judge la sendiri...

URGENT UNTUK UMAT ISLAM..!!! URGENT...!!! CLICK LINK YANG DIBERIKAN DI SINI...!!!


Perhatian..!!! Perhatian kepada SEMUA UMAT ISLAM yang mempunyai access internet dan twitter. SILA CLICK di SINI - Makcik Hajjah Sitt twitter.

Clicklah link yang saya muatkan di atas. Ini sangat penting untuk menguji sama ada anda seorang Islam yang beriman dan sayangkan Islam, serta junjungan kita Rasulullah Muhammad SAW.

Saya memohon agar ada pihak yang tampil membuat laporan polis dengan segera ke atas individu ini. Saya dan beberapa rakan sudah sepakat untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat terhadap individu ini. Harap Maklum!

Gemparrr...!!! Kes kepala babi digantung berulang lagi..!!!


Nampaknya ada lagi kes gantung kepala babi di negara ini. Ironinya, simptom "gantung kepala babi" ini sudah tentulah dilakukan oleh individu yang bukan Islam kerana orang Islam dilarang sama sekali untuk menyentuh binatang kegemaran Lim Guan Eng, Teresa Kok dan pemimpin DAP itu.

Mengapa ada lagi insiden begini? Mengapa ada lagi yang berani bertindak melampau dengan menggantung kepala babi? Kenapa? Apa signifikannya menggantung kepala babi? Apa tandanya? Tanda protes?

Pada hemat saya, insiden ini berlaku kerana precedent kes ini menunjukkan bahawa tidak ada sebarang hukuman yang diambil terhadap kesalahan sebegini. Sebelum ini, kita pernah dikejutkan dengan kejadian menggantung kepala babi di pintu masuk masjid, di Melaka.

Namun, insiden tersebut senyap sehingga hari ini. Siasatan mengenai kejadian yang mengguris hati ramai orang Islam terbiar tanpa sebarang makluman. Malah tiada tindakan yang diambil secara serius untuk menangani insiden tersebut. Anda ada dengar individu yang bertanggungjawab menggantung kepala babi di Melaka tempohari ditangkap dan dihukum? Ada? Setahu saya, tiada...


Ekoran itu, maka beranilah puak-puak pelampau ini untuk bertindak sedemikian rupa. Pada pelakunnya, menggantung kepala babi, samalah seperti menggantung kepala ayam yang baru disembelih.

Namun, bagi umat Islam, sedangkan menyentuh binatang itu pun sudah diwajibkan bersamak, apatah lagi untuk melihat kepala binatang itu tergantung ditempat anda. Tak payah digantung di pagar rumah anda, cuba digantung kepala babi yang baru disembelih di pintu masuk taman perumahan anda, apa anda rasa?

Saya fikir, pihak polis perlu mengambil langkah pro-aktif agar perlakuan sebegini tidak menjadi satu perkara biasa di negara ini. Negara ini negara Islam, agama rasminya adalah agama Islam, dan majoriti penduduknya adalah agama Islam. Pihak berkuasa perlu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pihak bukan Islam di negara ini pun begitu juga. Mereka perlu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini. Kami tidak mahu melihat atau mendengar perkara ini berlaku lagi. Saya percaya, sekiranya perkara ini berlaku di Indonesia di kawasan padat umat Islam, nescaya nahaslah si pelakunya. Silap-silap kepalanya pula yang akan tergantung dirumahnya sendiri!

Sewajarnya, masyarakat bukan Islam perlu menjaga keharmonian dan perpaduan antara agama dan kaum di negara ini. Provokasi seperti itu hanya akan mencetuskan ketegangan sesama kita. Sudahlah puak-puak pakatan haram tu selalu buat provokasi melampau dan menghuru-harakan keadaan. Jikan ditambah lagi dengan insiden seperti ini, bertambah kecoh jadinya nanti...

Saya bukanlah ingin mengugut. Namun pada saya, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Saya kesal. Jadi saya mohon jangan ulangi perkara ini. Bukan apa, umat Islam di negara ini banyak tolak ansurnya. Sejak merdeka lagi umat Islam banyak bertolak ansur.

Tapi, jangan cuba dicabar kesabarannya. Jangan dijolok sarang tebuan. Pernah dengan perkataan "amuk"? Dalam bahawa Melayu pun "amuk", dalam bahasa Inggeris pun "amuk". Dan perkataan "amuk" ini asalnya dari nusantara kepulauan bangsa "Melayu". Jika nak tahu gambaran bagaimana perlakuan "amuk", joloklah sarang tebuan tu..!!! Gerenti pelakunya akan rasa "habuan"nya...

Polis cari lelaki bantu kes simbah cat, gantung kepala babi

NIBONG TEBAL 26 Mei — Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes sebuah gerai cendol yang disimbah cat merah dan menggantung kepala babi di hadapan gerai di Masjid Lama Sungai Bakap di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yakcop berkata lelaki terbabit adalah pemanggil yang menghubungi peniaga cendol berkenaan dan memberi amaran agar beliau berhati-hati.

"Kita agak sukar untuk mencari lelaki terbabit kerana dia menghubungi peniaga itu dengan menggunakan telefon awam. Bagaimanapun polis sedang giat mengesannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk peniaga terbabit dan siasatan awal mendapati peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak termasuk ah long. — Bernama

Pakatan Haram memang tak tahu malu..!!!

Memang hampeh..!!! Bila Ismail Sabri umum harga Ron95 dan diesel tak jadi naik, puak-puak Pakatan Haram terus cakap "kerajaan bertindak begitu sebab tertekan dengan desakan diorang"..!!!

Kepala hotak diorang la. Kerajaan buat macam tu pasal rakyat, bukan pasal diorang! Kerajaan memang mendahulukan rakyat, tak macam diorang yang selalu tipu rakyat..!!! Tak malu ke mengaku diorang yang desak?

Setahu saya, diorang harap sangat kerajaan naikkan harga minyak sebab diorang nak gunakan isu tu untuk fire kerajaan. Ellleeehhh..macam orang tak tahu hati busuk diorang tu!




- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, May 24, 2011

Cuba tengok..!!! Tengok..tengokkk...hehehehee...!


Okayyy..cuba lihat di sebelah kanan blog ini. Okay..tengok..tengokkk. Kat atas sekali ada gambar romantik pasangan ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti Hasmah, kan? Okayyy..teruskan tengok...lepas gambar tu, ada gambar yang macam kat atas, kan?

Haaaaa..!!! Kat bawah gambar tu lah tempat paling sesuai untuk pengunjung semua menyatakan pendirian dan menguji kecekapan membuat pengecaman. Benarkah Anwar yang anda lihat di dalam video seks yang Eskay kata tu...?

Sila jawab soalan dan undikan jawapan anda di situ. Kedudukan terkini adalah seperti di bawah:

A. Yakin itu Anwar! Eskay dah bersumpah dengan nama Allah - 802 (87%) B. Ya, tapi tak berapa pasti... - 32 (3%) C. Tidak! Ini semua konspirasi, fitnah jahat..!!! - 61 (6%) D. Tidak, tapi nampak macam dia... - 24 (2%

Apa kata anda? Anda hanya ada sehari saja lagi...! Undi cepat...!!!

Terkinii..!!! Merdeka Review bungkussss...!!! Gulung tikarrr...!!!


Apa? Merdeka Review yang menjadi alat propaganda pembangkang nak ditutup? Merdeka Review rayu untuk diselamatkan? Sudah tidak ada yang nak taja Merdeka Review? Dah mintak pada Anwar? Alaaa...Konrad yang taja "Malaysiakini" tu kan ada..mintak la sikit kat diorang...

Oooo..Konrad pun taknak kasi?...begitu? Memang patut pun Merdeka Review ni gulung tikar. "News" yang dilaporkan ntahapahapa! Tak ada kreadibiliti dan lebih kepada propaganda palsu dan berniat tidak elok. Memang elok sangat ditutup!

Beginilah, jika susah sangat, takut-takut wartawan Merdeka Review tak boleh cari makan, silalah mintak kerja pada DAP. Khabarnya diorang perlukan wartawan berbahasa Melayu, urgent! Try la apply kat Roketkini!


Apa? Wartawan Merdeka Review tak mahir menulis dalam bahasa Melayu? Aik? Dari kecil sampai besar belajar Bahasa Melayu kat sekolah, takkan tak reti-reti lagi mengarang berita berbahasa Malaysia? "Malaysian" jenis apa macam ni?

Senang-senang, apply je la kerja di Harakah ke, Suara Keadilan ke, Malaysiakini ke, Malaysian Insider ke...diorang kan sama je temanya dengan Merdeka Review! Takkan nak apply kat Utusan pulak kot? Nanti dituduh sebagai "rasis" pulak!

Panasss..!!! Anwar kantoi lagi..!!! Mengaku demokrasi mati dalam PKR..!!!


Dalam satu wawancara bersama pemimpin yang menyokong "Gay, Lesbian, Bi-sex dan Transgender", Anwar Ibrahim menjawab soalan dari Malaysiakini yang berbunyi begini...
"Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti. DSAI: Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya."

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai jawapan Anwar ini dan laungan demokrasi yang sering dilaungkan oleh Anwar selama ini. Dia sering menuduh Kerajaan BN sebagai "pembunuh demokrasi" di Malaysia. Anwar sering ke luar negara mengelilingi dunia mencanang pada sahabat-sahabat Yahudinya bahawa Kerajaan BN Malaysia mengamalkan sistem "kuku besi" dan menafikan demokrasi...

Bagaimana pula dengan dia yang dilantik sebagai Ketua Umum atau De Facto PKR tanpa sebarang undian? Demokrasi jenis apa yang cuba Anwar praktikkan dalam pemilihan partinya? Di mana demokrasinya sekiranya jawatannya itu tidak dipertandingkan?

Anwar memberi alasan bahawa "dia dilantik secara langsung oleh para perwakilan yang meluluskan resolusi itu pada tahun 2009 dan mesyuarat yang memutuskan resolusi itu dipengerusikan oleh Wan Azizah Wan Ismail".

Persoalannya, siapa para perwakilan itu? Apakah mereka merupakan perwakilan yang dipilih oleh akar umbi melalui proses demokrasi undian atau mereka merupakan Majlis Pimpinan Pusat yang dipilih oleh Anwar, Azmin dan Kak Wan? Tak payah tipu, resolusi itu diluluskan oleh MPP, bukan?

Secara logiknya, perkara sebesar itu, iaitu menentukan pucuk pimpinan tertinggi sebuah parti, tentunya memerlukan sebuah jawatankuasa yang tertinggi juga untuk memutuskan keputusan, takkanlah wakil akar umbi pula? Saya fikir, tidak semua pemimpin yang setuju dengan resolusi itu selain kroni-kroni Anwar dan keluarganya.

Seperkara lagi, memang Kak Wan merupakan Presiden PKR, namun dengan resolusi sebegitu penting dan penglibatan Kak Wan sebagai pengerusi yang meluluskan resolusi tersebut, ianya sangat mencurigakan.

"Conflict of interest" berkemungkinan besar untuk berlaku memandangkan Kak Wan adalah isterinya dan tidur sekatil tiap-tiap malam! (Tapi khabanya selepas kes video seks, Kak Wan dan Anwar tidur berasingan dibilik yang berlainan!). Oleh itu, layakkah Kak Wan mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan kepentingan suaminya itu?

Jelas sekali bahawa Anwar sendiri telah mematikan demokrasi di dalam PKR. Memang benar sebagaimana yang dinyatakan Zaid Ibrahim (mungkin dia tidak menogok alkohol ketika memberi kenyataan ini) bahawa "demokrasi telah mati di dalam PKR", sejurus sebelum dia bertindak keluar dari PKR.

Kenyataan Zaid ini turut disokong oleh kenyataan bekas pemimpin-pemimpin PKR yang bertindak keluar parti (atau dibuang dari parti kerana melawan autokrasi Anwar) seperti Zul Kulim, Zahrain, Ezam, Nallakarupan, Gobalakrishnan dan ramai lagi.

Sememangnya, PKR sudah hilang demokrasinya. Ramai ahli PKR yang sudah keluar parti kerana hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti yang dikawal oleh Anwar, Azmin dan Kak Wan. Pucuk pimpinan PKR ditentukan mengikut selera mereka bertiga sahaja dan siapa yang tidak tergolong dalam kroni mereka, akan dicantas keluar!

Kesimpulannya, Anwar sendiri mengaku dan mengesahkan bahawa demokrasi sudah tidak wujud dalam partinya. Tapi dia sebok keluar sana sini memfitnah Kerajaan BN kononnya Kerajaan tidak mengamalkan demokrasi dan mengawal SPR, sedangkan dakwaannya itu tidak betul! Jahat sekali hati perut Anwar..!!!

Sumber: MyKMU.net

Panassss lagiii..!!! Anwar bukan setakat GILA SEKS..!!! - Eskay


Itulah yang dapat penulis simpulkan dari sesi wawancara eksklusif antar bekas rakan karib Anwar, Dato Shazryl Eskay Abdullah seperti disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.

Memang Eskay tidak punya kelayakkan professional untuk menilai tahap emosi Anwar, tapi sebagai bekas kawan karib, cakapnya tu memang ada merit dibanding balaci penyokong yang ramai tak pernah berkawan dengan Anwar pun.

Soal emosi Anwar yang tidak stabil ini pada penulis bukanlah suatu yang mengejutkan. Sejak sekian lama Anwar sudah banyak menunjukkan tahap ketidak stabilan emosinya melalui pelbagai tindakannya yang tidak selaras dengan imej yang cuba ditunjukkan kepada rakyat.

Contohnya, dalam bercakap mengenai konspirasi berhubung kes liwatnya, Anwar sendiri berkonspirasi untuk menghalang Perdana Menteri dari menduduki jawatannya sekarang dengan mencipta pembohongan Altantunya. Dalam soal kebebasan media yang konon lebih baik, Anwar mahu Utusan diharamkan.

Kelakar dari satu sudut, menunjukkan ketidakstabilan emosi dari sudut yang lain.

Lebih lagi dalam keadaan tertekan, memang emosi mudah terganggu dan kita semua tahu Anwar ada pelbagai masalah moral dan krisis kepimpinan yang membelenggu dirinya. Cubaan mengaitkan semua masalah ini dengan UMNO tidak membuahkan hasil langsung.

Rakyat bukan bodoh!

Kita pulangkan kepada rakyat Malaysia sama ada mahu berPerdana Menterikan orang yang seperti ini, gila seks pun dia, gila pun dia.

Orang Turki yang sekular itu pun faham akan tanggungjawab moral untuk meletak jawatan bila terpalit dengan skandal moral dan terakam pulak tu. Anwar? Toksah kata letak jawatan, makin bongkak lagi ada.

Sumber: MyKMU.net

Gempar..!!! Seorang "Yahudi" berjaya loloskan diri masuk Malaysia..!!!


Tentu kita masih ingat lagi bantahan besar-besaran terhadap kemasukan skuad hoki Israel ke Malaysia dahulu. Ingat lagi tak bagaimana demonstrasi berlaku dengan kekecohan sehingga memaksa campur tangan pihak berkuasa. Benci betul rakyat Malaysia pada Yahudi Israel.

BN pernah dituduh oleh PKR, terutamanya Anwar kerana mengupah APCO untuk menjadi salah satu consultant bagi pihak Kerajaan. Namun Zulkifli Noordin, bekas rakan Anwar dan Ahli Parlimen PKR, telah menjelaskan dengan baik berhubung fitnah BN-APCO tersebut di SINI.

Yang nyata, penjelasan Zul Kulim itu membuktikan bahawa dakwaan Anwar itu adalah satu fitnah yang diputar belit oleh peliwat itu untuk memburuk-burukkan Kerajaan dipandangan mata rakyat. Zul Kulim enggan bersubahat dengan fitnah tersebut dan membuat penjelasan terperinci diblog beliau. Tindakan Zul Kulim memecahkan rahsia fitnah itu menyebabkan Anwar semakin marah padanya!

Tapi pelik. Puak-puak PAS dan PKR begitu benci pada Yahudi Israel, terutamanya rejim zionist. Tapi pada "agen" mereka, puak-puak ini tak marah pula! Malah diagung-agungkan pula sekutu kuat rejim zionist Yahudi Israel tersebut. Dan paling mengejutkan, "agen" Yahudi itu digelar sebagai "pemimpin anugerah Tuhan"! "Anugerah Tuhan" atau "Anugerah Syaitan"..???

Selama ini, ramai rakan-rakan seperjuangan sudah mendedahkan mengenai kaitan dan hubungan akrab Anwar dan sekutunya, Yahudi Israel laknatullah alaihim. AIDC sebagai contohnya, sering mengutarakan artikel-artikel Anwar dan Yahudi yang bersekongkol bekerjasama untuk meluaskan pengaruh.

Tidak kurang juga pendedahan bro Afterdark di blognya yang memaparkan hubungkait Anwar dengan gerakan freemason, illuminati dengan gerakan Anwar di Malaysia. Malah disertakan video-video yang menarik untuk difikirkan dan dipertontonkan dengan jelas.

Banyak lagi laman-laman blog dan portal yang menerbitkan beratus-ratus artikel mengenai "persetubuhan" Anwar dan Yahudi, seperti di MyKMU.net, GAP, HOUSE of PK, GOMO, MIK, MIM, MPP dan banyak lagi. Begitu terang sekali penjelasan yang diberikan.

Namun, semuanya bagai mencurah air di daun keladi. Puak-puak PAS dan PKR seolah-olah menutup mata hati dan akal mereka untuk berfikir tentang kebenaran. Bagi mereka semua itu fitnah. Hatta sekiranya perkara itu benar pun sekali, mereka tetap akan kata fitnah.

Benarlah kata ulama bahawa umat akhir zaman ini begitu senang terpedaya dengan kuasa fitnah Dajjal seperti Anwar. Mungkin mereka kurang baca surah Al-Kahfi, mungkin? Ustaz saya kata, kalau nak elak dari termakan fitnah Dajjal, banyakkan membaca surah Al-Kahfi. Puak-puak itu amalkan atau tidak?

Yahudi Israel di sana dimaki, dihamun, dimarah, dikecam, dikutuk dan dicerca. Tapi "Yahudi" di sini disayang, dibela, didewa, dipuji, disanjung dan diagung-agungkan. Pemimpin "anugerah Tuhan" konon...! Dia lebih sesuai digelar "pemimpin anugerah Syaitan" atau "pemimpin anugerah Yahudi"..!!! Elok diusir keluar dari negara ini!

Panasss..!!! Menteri pun bantah kenaikan harga RON95?


Saya baru terima mengenai khabar ini sebentar tadi. Semuanya kerana ura-ura mengenai minyak petrol RON95 yang dikatakan bakal naik ekoran Kerajaan terpaksa menanggung terlalu banyak subsidi minyak berkenaan. Subsidi yang terpaksa di tanggung Kerajaan dianggar kini berjumlah lebih RM18 billion!

Menurut sumber, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, mengamuk marah sekiranya Kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga RON95. Betul ke kak?

Dia dikhabarkan enggan mengumumkan kenaikan itu sekiranya benar-benar terjadi. Mungkin dia tidak mahu bangun pagi dari tidur dan terus terperangkap dalam dirinya bahawa dialah yang mengumumkan berita buruk itu pada rakyat negara ini. Mungkin dia tak sanggup dipersalahkan lagi...

Ismail Sabri sendiri dikhabar menentang kenaikan minyak itu dan dia harap Kerajaan akan dapat bertahan serta berdoa agar harga RON95 turun harga di pasaran dunia. Justeru itu, sama-samalah kita berdoa agar harga RON95 di pasaran dunia turun serendah-rendahnya. Semoga Allah kabulkan permintaan kita. Amin..

p/s: Puak-puak PAS taknak buat solat hajat ke?

Panassss..!!! Utusan sold out diborong puak-puak PKR..!!!


Dikhabarkan, awal subuh pagi ini, puak-puak PKR sudah bergegas ke kedai-kedai berhampiran membeli akhbar Utusan Malaysia! Semata-mata nak baca tentang pendedahan panas oleh Eskay, sebagaimana yang kami katakan semalam.

Sebuah kedai menjual spare part kereta hampir dibakar oleh seorang penyokong totok PKR setelah apek itu menjawab, "wa punya kedai talak jual paper maaaa..!".

Ada juga yang bercerita, puak-puak PKR pagi-pagi lagi dah ketuk pintu balai polis untuk buat laporan polis terhadap Utusan dan Eskay! Padahal, diorang belum bukak pun lagi akhbar tu. Paranaoid betul puak-puak PKR dengan pendedahan Eskay!

Heheheheeeee...ada kena mengena ke dengan Anwar or PKR? Pucat lesi je muka! Eskay cakap pasal wikileaks je kan? Heheheheee...baca sendiri la. At least, Utusan laris hari ini! "Boikot" ke tak ni? Heheheheeeeeee....

Monday, May 23, 2011

Rahsia terdedah..?!! Eskay bawak China Doll ke Utusan esok..?!!!

Eskay akan bawak minah ni ke Utusan esok..?!!!

Kawan-kawan saya sudah menyatakan di blog masing-masing, "esok ada pendedahan yang akan dilakukan oleh Eskay di Utusan Malaysia saja". So, sahabat-sahabat saya ni minta semua pembaca-pembaca blog kami beramai-ramai membeli Utusan esok! Tapiii....

Ramai jugak yang sms, email, malah ada yang call saya untuk mengetahui tentang apakah yang akan di"gempar"kan Eskay esok? Saya beritahu mereka, tunggulah esok...

Tapi, tetiba...ada pulak yang buat spekulasi sendiri. Diorang cakap, esok dalam Utusan akan memaparkan pendedahan eksklusif Eskay apabila dia membawa seorang "china doll" yang juga menjadi "heroin" di dalam video seks tersebut!

Saya kata, isshhhh..!!! Biar betul! Takkanlah kot? Betul ke? Entah la, sebenarnya saya pun tak tahu. Tapi, kalau betul dia bawa "heroin China doll" tu, amacam? Betul-betul gempak tuhhh..!!!

Apapun, esok sebelum masuk opis, seperti biasa, saya akan sambar Utusan senaskhah!

Panassss..!!! GAP dan RBF memang tak patut...!!!



Baru-baru ini, Mahfuz meluahkan rasa hatinya pada rakyat mengenai perihal hal ehwal kewangan negara yang padanya gagal diuruskan dengan baik. Mahfuz kata, Kerajaan tak pandai urus wang negara dan wang rakyat...

Pada saya, Mahfuz memang layak bercakap mengenai ekonomi. Mahfuz ada 4 PHD berlatar belakangkan ekonomi, semua ijazah kedoktorannya itu diperolehi dari economic university top ranking di luar negara.

Cuba lihat bagaimana Mahfuz uruskan kewangan di Parlimen Pokok Sena. Hebat sekali! Pembangunan dan kemajuan terdapat di segenap ceruk Parlimennya itu. Pokok Sena membangun segala-galanya. Malah lebih hebat berbanding Kuala Lumpur, Johor Bharu, PJ mahupun New York!http://www.blogger.com/img/blank.gif

Cuba lihat di celah-celah pokok getah di Pokok Sena, pastinya tuan puan akan dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan. Malah lebih hebat dari KLCC atau Empire State di New York! Di Pokok Sena, dah tak pakai bas dah..depa pakai "bullet train"!

Memang hebat dan ketara petumbuhan ekonomi di Pokok Sena. Pendapatan perkapita penduduk Pokok Sena menjangkau 6 angkan setahun, itu paling minimum. Dengan dibantu oleh PAS Kedah yang kini memerintah negeri Jelapan Padi itu, ekonomi Pokok Sena semakin meningkat dari sebulan ke sebulan! Ini semua adalah hasil kerja Prof. Dr. Ir. Mahfuz Omar!

Sayugia itu, janganlah GAP dan RBF memperkecilkan kemampuan Mahfuz seperti di SINI dan di SINI. Kasihanilah Mahfuz...dia pun nak tunjuk hebat jugak! Hahahahahaaaaa.....

p/s: GAP dan RBF memang tak patut...belasah la kuat-kuat sikit..baru patutttt..!!! Hahahahahahahaaaaa....

Saya maluuuu...!!! Namun saya ada beberapa cadangan...


Memang melampau. Meskipun mempunyai saiz populasi yang kecil, Malaysia merupakan pengguna arak di tangga ke-10 di dunia ini dalam senarai yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Memalukan, tapi itu adalah fakta terkini.

Saya kecewa dengan fakta tersebut sebenarnya. Memang Kerajaan membenarkan dan memberikan lesen kepada peniaga-peniaga arak beroperasi di negara ini. Memang benar Kerajaan membenarkan rakyat Malaysia minum arak. Tapi, berpada-padalah! Janganlah minum melampau-lampau! Dah kasi betis, nak paha!

Saya tidak nafikan bahawa ada dikalangan umat Islam yang turut engkar pada larangan Kerajaan dan hukum Islam dengan meminum minuman beralkohol. Saya tak nafikan. Namun, faktanya ialah mengikut kajian, masyarakat Cina merupakan penggemar arak yang terbesar diikuti oleh kaum India dan kaum-kaum lain, selain Melayu Islam. Jelas Melayu masih minoriti dalam kes ini.

Saya lihat, salah satu punca penggunaan arak dan minuman beralkohol ini adalah disebabkan oleh sikap toleransi yang wujud dan sikap mengambil kesempatan yang melampau oleh segelintir pihak.

Dahulu, di zaman saya, penggunaan minuman beralkohol masih lagi terkawal. Namun, sejak ada segelintir umat Islam yang memberi muka kepada penggemar-penggemar arak tegar ini, maka mereka sudah melampaui batas.

Sebagai contoh, pub-pub dan pusat-pusat hiburan semakin banyak dibuka di Selangor selepas tahun 2008. Malah ada ang dibuka secara haram dan mendapat perlindungan dari beberapa VVIP yang berpengaruh dalam pentadbiran negeri Selangor. Pernah Hasan Ali merampas arak, namun dipulangkan semula selepas di herdik "pemimpin DAP" itu.

Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Pusat menghadkan pengeluaran arak dari beberapa kilang arak yang beroperasi di negara ini. Selain itu, kenakan cukai yang paling tinggi kepada penjual-penjual arak, syarat yang ketat dan memantaunya dari masa ke semasa.

Jadikan setin arak berharga RM50 kalau boleh. Kemudian, hadkan pengeluaran arak dari kilang kepada 5,000 carton saja sebulan. Rasanya, kalau arak berharga RM50 setin, pengilang tentu sukar untuk mencapai pengeluaran sebanyak 1,000 carton sebulan pun kerana kurang permintaan!

Selain itu, syaratkan kepada peniaga, sekiranya nak menjual arak di premis mereka, mereka mestilah dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM2 juta untuk satu premis. Kemudian, RM100,000 sebulan untuk yuran bulanan sebagai cover charge kepada sebarang kemungkinan yang akan ditimbulkan oleh pemabuk seperti buat kacau, bergaduh, terbabas dalam gaung, kemalangan dan sebagainya.

Kemudian, kenakan penalti RM500,000 bagi mana-mana tauke premis itu sekiranya mereka menjual arak kepada mana-mana individu yang beragama Islam. Tubuhkan sebuah kumpulan penguatkuasa khas dari Jabatan Agama Islam untuk memantau perkara ini. Jangan serahkan pada polis, nanti jadi isu "polis makan rasuah" pulak!

Tentang kilang arak yang berada di tepi Federal Highway itu, serahkan saja pada PAS Selangor. Khabarnya PAS akan menutup kilang-kilang arak GAB dan Carlsberg itu sejurus selepas sehari memerintah Selangor. Serahkan pada mereka, mereka tahulah apa nak buat!

Saya sekadar mencadang, terserahlah pada pihak berkuasa untuk menilai dan mencari jalan supaya penggunaan alkohol menurun segera. Ini bukan hal politik. Ini adalah hal Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Memalukan sekiranya dibiarkan Malaysia terus begini. Kita kena jadi negara Islam contoh!