Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 30, 2011

Panassss..!!! Tengok video kat sini...terbaik khas untuk Anwar..!!!


Kah! Kah..!! Kahhh..!!! Korang tengok video ni. Memang terbaik bebbbb...! Saya pun terkekeh-kekeh ketawa menyaksikan viddeo ni. Memang best!

Video tersebut khas untuk Bung Anwar Ibrahim! Patut pun suka pergi Thailand..!!!

Saya tak memuatkan video tersebut di sini sebab creditnya harus diberikan kepada tuan blog yang menyiarkan video itu. Sila layari blog rakan kita di sini..!!! Dan lihat sampai habis...!!!

Sampai sekarang saya belum habis tersengih-sengih mengingatkan video tersebut..!!!
Hahahahahahaaaaaaa....!!!!

Gempar lagiiii...!!! Anwar tuduh pula Mufti Perlis tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya..?!!!


Mufti Perlis, Dr. Juanda dilaporkan mencadangkan agar Anwar Ibrahim melakukan sumpah balas berkenaan sumpah Datuk Eskay yang menuduhnya melakukan aktiviti seks tidak bermoral setelah dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini.

Ini adalah memandangkan Anwar adalah bekas pemimpin ABIM, sebuah pertubuhan Islam terkenal di Malaysia, berimej warak, di gelar Pak Syiekh dan seorang pemimpin yang beragama Islam yang berpengaruh di negara ini.

Justeru itu, adalah tidak elok untuk membiarkan dakwaan seperti itu memburukkan nama baiknya sekaligus membusukkan nama baik para pemimpin Islam yang lain. Bak kata pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Dilaporkan di sini bahawa Anwar tidak perlu beremosi dan mempertahankan egonya berbanding nama baik Islam kerana nama baik Islam adalah sangat "aula" berbanding nama baiknya. Ekoran itu, Anwar dicabar untuk bersumpah balas.

Sebelum ini Anwar menyatakan bahawa dia tidak akan menyahut cabaran untuk bersumpah dari individu yang tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya. Secara mantiknya, dia akan bersumpah sekiranya dicabar oleh individu yang tidak bersifat sedemikian.

Nah! Sekarang Anwar sudah dicabar Mufti Perlis yang dilantik oleh DYMM Raja Perlis. Beranikah Anwar bersumpah balas? Lainlah jika Mufti Perlis, Dr. Juanda, pun dikategorikan sebagai "individu tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya"....

Panasss...!!! Najib pelawa PAS sertai BN: PAS akan sertai BN selepas Muktamar?


Alhamdulillah. Pintu BN yang terbuka kepada PAS semakin luas dibuka bagi menjemput saudara kita, PAS, bagi bersatu padu dibawah payung BN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberitakan mempelawa PAS untuk menyertai BN ketika berucap di hadapan 15,000 rakyat (Anwar semalam 5,000 je!) di Terengganu. Sila rujuk di sini!

Najib menjemput PAS untuk bersama-sama berbaris bersama BN untuk membentuk sebuah satu barisan Melayu Muslim yang bersatu padu dan bersama-sama berkongsi kuasa menggubal dasar negara yang lebih baik untuk masa depan umat Islam.

Najib berhujah, untuk apa PAS terus berada di bawah DAP yang terang-terangan mempergunakan PAS untuk kepentingan politiknya sedangkan DAP tidak pernah memperjuangkan Islam seperti PAS dan UMNO.

Najib turut menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk "cukup-cukuplah bersama DAP" yang selama ini hanya memperkotak-katikkan dasar dan perjuangan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu.

Selain itu, Najib turut berucap sinis terhadap Anwar yang sudah ranap kreadibilitinya dengan menyifatkan parti itu sebagai "parti jalanan" yang lahir ditepi jalan. Apatah lagi berketuakan Anwar yang dikaitkan denga pelbagai aktiviti tidak bermoral yang akan turut membusukkan nama PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam.

Saya menyambut baik dan bersyukur dengan pelawaan Najib untuk PAS bersama-sama membentuk Barisan Nasional yang lebih mengutamakan perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Tentunya perpaduan umat Islam akan tercapai sekiranya PAS setuju bersatu bersama BN.

Cubalah masuk BN dulu. Kita kongsi bersama kuasa yang diberikan rakyat. Saya percaya, umat Islam di Malaysia sudah lama menantikan PAS untuk menyertai BN dan menyatukan umat Islam yang sedang berpecah. Kita bersatu demi umat Islam, bukan demi ego, politik atau gila kuasa. Bersatulah PAS bersama BN demi Islam!

Islam tentunya lebih hebat di negara ini dengan penyertaan PAS bersama BN. Apatah lagi melihat pucuk pimpinan PAS duduk sebaris bersama jemaah kabinet lain membentuk Kerajaan Islam Malaysia yang utuh dan berpandangan jauh. Susah sangatkah nak buat begitu?

Dalam memperjuangkan matlamat dan dasar PAS, adalah tidak rugi sekiranya bersatu dibawah BN dan berbincang bersyura mengenai maslahah perjuangan, dasar atau pertikaian yang tidak terungkai sebelum ini. Sedangkang PAS boleh bertolak ansur dengan DAP yang terang-terang menolak Islam, takkanlah tak boleh bertolak ansur dengan sesama saudara seagama.

Saya tidak kata UMNO dan BN itu sempurna. Di dalam UMNO dan BN juga ada buruk dan busuknya, namun tidaklah seburuk sebusuk DAP dan PKR..!!! Mereka dah tak boleh nak buat apa dah. Susah nak ajak mereka kembali ke pangkal jalan. Sebab itu DAP dan PKR tidak pernah dipelawa UMNO untuk menyertai BN.

Tahukah PAS bahawa parti-parti seperti DAP, MCA, Gerakan, PKR, dan lain-lain amat takut dan gentar sekiranya PAS menyertai BN? Tahukah mengapa dan apakah sebabnya? Cuba renung dan fikir-fikirkan, saya percaya PAS tahu dan akan tersenyum apabila mengetahui jawapannya...

Usah tunggu lama-lama lagi perkara baik ini. Marilah bersama kami saudara ku. Islah atau memperbaiki dari dalam lebih baik dari mengislah atau memperbaiki dari luar. Memang susah untuk merawat, namun jika dirawat dari dalam, nescaya akar umbi yang menjadi punca keruntuhan perpaduan umat Islam itu akan dapat dibuang dan dihancurkan!

Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Marilah kita saling berdakapan. Masing-masing ada salah dan silap masing-masing. Usah ditoleh kebelakang mengenang perkara yang sudah-sudah. Kita wajib membina sebuah umat muslimin dan muslimat yang lebih baik demi masa depan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini...AllahuAkbar..!!!

P/s: Saya memang dari dulu menyokong sepenuh hati perpaduan di antara PAS dan UMNO dibawah BN. PAS tak perlu masuk UMNO dan begitu juga sebaliknya. Kita bersatu di dalam BN...pasti syaitan-syaitan yang menafikan Islam di negara ini akan meraung-raung susah hati...!!!

Gempar..!!! Tian Chua hina Islam di depan 5,000 muslimin muslimat..!!!


Tian Chua, pemimpin PKR yang gila "glemer" berkata, "UMNO menjadikan Malaysia negara sumpah-sumpah" ekoran sumpah qasam yang dilakukan oleh Datuk Eskay semalam. Sila rujuk di sini.

Dia juga mempertikaikan tindakan Eskay semalam sebagai "mempermainkan agama", meskipun dia mengaku dia tidak tahu tentang agama Islam. Malah dia sebagai bukan Islam, menuduh Eskay sebagai "tidak tahu agama" dan "membawa agama baru".

Selain itu, dia memperlekehkan sumpah qasam Eskay yang bersaksikan kitabullah, Al-Quran Al-Karim, dan umat Islam lain, dan menyalahkan Eskay kerana bersumpah di Masjid Amru Al-'As yang "terletak di dalam kawasannya".

"Negara sumpah-sumpah"? Dia perli Anwar ke? "Sumpah-sumpah" jika diringkaskan kedua perkataan itu akan menjadi "sesumpah" atau "chameleon" di dalam bahasa Inggeris. Gelaran itu diberikan oleh US kepada Anwar. Anwar ada disebelahnya. Berani betul Tian Chua. Nak kena "lesing" dengan Anwar???

Negara ini sudah lama mengamalkan sistem angkat sumpah. Di Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara, dan Dewan Negeri, semua ahli dewan tersebut mengangkat sumpah. Jemaah Kabinet yang membentuk Kerajaan juga mengangkat sumpah. Malah sumpah tersebut dilakukan di depan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Begitu juga di mahkamah. Sumpah memainkan peranan penting di dalam mahkamah. Mana-mana saksi wajib bersumpah di kandang saksi sebelum dimulakan soal-jawab. Sekiranya saksi berbohong dan melanggar sumpah, maka dia boleh dihukum kerana menghina sumpah dan mahkamah. Hukuman boleh dijatuhkan atas kesalahan tersebut. Sumpah dimahkamah dilakukan di depan hakim mahkamah yang terlibat.

Demikianlah pentingnya sumpah di Malaysia. Perlukah Malaysia menghapuskan angkat sumpah tersebut? Mengapa sumpah tersebut perlu dijadikan prosedur? Apa pentingnya sumpah tersebut? Mengapa sumpah perlu diangkat di hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan-Sultan, hakim mahkamah dan sebagainya?

Begitu juga dengan sumpah yang dilafazkan dengan nama Allah. Menurut agama Islam, saya difahamkan oleh SahibusSamahah Mufti-Mufti bahawa sumpah qasam juga penting di dalam Islam untuk membuktikan kebenaran. Ini juga menunjukkan bahawa Islam itu bersifat adil. Sebutan "wAllahi", "tAllahi" dan "billahi" adalah tiga lafaz cara umat Islam bersumpah sejak zaman Rasulullah lagi.

Untuk itu, salahkah Eskay bersumpah? Siapa Tian Chua untuk menuduh Eskay seperti di atas? Tian Chua tidak tahu apa-apa tentang agama Islam. Jadi sewajarnya Tian Chua diam dari memberi komen tentang apa yang dia tidak tahu! Tian Chua bukan saja menghina aqidah Eskay, malah Tian Chua juga menghina Islam sebagai sebuah agama yang adil dan agama rasmi negara!

Saya percaya, majoriti 5,000 orang yang mendengar penghinaan Tian Chua terhadap agama Islam semalam beragama Islam. Malangnya, mungkin mereka tidak perasan hinaan Tian Chua terhadap agama mereka apabila mereka dilaporkan "bertepuk tangan" mendengar penghinaan itu. Mungkin mereka masih lagi "buta".

Semoga Allah memberi hidayahNya kepada mereka dan "celik" dari terus menjadi "buta" hanya kerana politik durjana...

Berita terkini Anwar..!!! 5,000 mendengar Anwar temberang semalam di Ampang..!!!


"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat." - Keadilan Daily.

“Tak ada fitnah melampau seperti ini. Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” - Anwar Ibrahim

Di atas merupakan perenggan pertama berita Keadilan Daily pada tajuk utama "Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar", dan petikan temberang Anwar di hadapan 5,000 orang yang berjaya ditipunya semalam di Ampang. Rujuk di sini.

Petikan di atas telah dijadikan "angle" tajuk utama berita Keadilan Daily, yang baru-baru ini hilang kreadibilitinya kerana "kantoi" menipu rakyat tentang isu memfitnah Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Harun Din, berkenaan fatwa "Haram baca Utusan".

Anwar merujuk kata-katanya itu kepada dakwaan Datuk Eskay (salah seorang Datu T) yang menuduhnya sebagai "lelaki bertuala putih" di dalam skandal video seks yang didedahkan di dalam media internet dan kemudian bersumpah qasam di masjid untuk mempertahankan kebenaran dakwaannya semalam.

Anwar anggap isu semalam adalah fitnah dari pemimpin UMNO? Persoalannya, benarkah Eskay itu pemimpin UMNO? Sebelum ini Anwar menyatakan bahawa "dia tidak mengenali Eskay". Benarkah kata-kata Anwar tersebut?

Hakikatnya, Eskay bukanlah pemimpin UMNO. Jadi, di mana kebenaran kata-kata Anwar bahawa isu ini adalah angkara pemimpin UMNO? UMNO tidak sekelumit pun terlibat dengan pendedahan isu ini. Apatah lagi Eskay merupakan sumber asal video seks tersebut! Jelas sekali Anwar berniat jahat dengan menuduh pemimpin UMNO memfitnahnya.

Malah Eskay merupakan sahabat baik Anwar yang sebelum ini menguruskan soal "kerakusan nafsu" dan "slot berpoya-poya" Anwar di dalam dan di luar negara, terutamanya di Thailand! Apakah logik jika Eskay merupakan seorang pemimpin UMNO dan menaja "agenda nafsu buas" Anwar?

Berkali-kali ditegaskan bahawa perkara ini adalah pertikaian di antara Eskay dan Anwar, pihak lain tidak ada kena mengena dengan ini cerita. Perkara ini juga sama dengan kes Anwar vs Saiful di mahkamah. BN atau UMNO tidak ada kena mengena dalam ini cerita.

Tapi Anwar sengaja mengheret Kerajaan BN dan UMNO dalam kedua-dua kes ini untuk mempolitikkan perkara tersebut, dengan harapan bahawa rakyat akan melihat dirinya sebagai mangsa. Sedangkan, dia adalah pemangsa dan pihak lain yang menjadi mangsanya!

Anwar kata ini adalah "fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia". Persoalannya, perkara ini bukanlah fitnah. Perkara ini disertakan dengan pertuduhan beserta bukti rakaman visual dan sumpah qasam yang mempertahankan kebenaran dakwaan tersebut. Adakah ianya dikategorikan sebagai fitnah?

Memang perbuatan Anwar ini "tidak pernah berlaku di dalam dunia". Mana ada dalam dunia ini pernah menyaksikan seorang ahli politik sepertinya yang "terkantoi" melayan nafsu buas dan tidak mengaku! Malah dituduhnya dakwaan itu sebagai "fitnah" oleh UMNO yang tidak ada kena mengena dengan ini cerita. Memang pelik, tapi itulah yang Anwar cuba putar belitkan pada rakyat!

Bill Clinton pernah "kantoi" dengan Monica Lewinsky, tapi dia mengaku jua akhirnya. Wolfowitz sahabat "comolot" Anwar, pun pernah "kantoi" dengan aweknya. Soi Lek yang pernah "kantoi" dengan "mistress"nya pun mengaku jugak. Semua yang saya sebutkan tersebut adalah mereka yang bukan beragama Islam, tapi mengaku dengan skandal masing-masing.

Namun Anwar? Seorang bekas pemimpin ABIM yang digelar Pak Syiekh, bertopeng dirinya dengan imej warak dan alim tentang perihal agama, sudah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan seks "dalam tabi'i dan luar tabi'i" berasaskan bukti, pengesahan saintifik, pengesahan mahkamah dan sumpah qasam, masih enggan mahu mengaku kejijikan dirinya?

Sudahlah Pak Syiekh! Mungkin rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak tahu secara jelas tentang 'kisah gelap' diri Pak Syiekh. Namun ana yakin, Allah S.W.T lebih tahu tentang diri Pak Syiekh berbanding kami. Justeru itu, bertaubatlah segera sebelum Allah terus menerus "membogelkan" anta.

Malulah sikit dengan anak isteri, keluarga, rakyat Malaysia dan dunia...!!!

Mampukah Kak Wan, anak-anak dan sahabat Anwar tidur nyenyak semalam..???


Saya percaya, semalam merupakan hari yang sangat sukar bagi Anwar dan keluarganya untuk diharung bersama. Mungkin masing-masing memperlihatkan ketabahan di hadapan semua, namun hati mereka hanya Allah saja yang tahu. Tak tidur malam dibuatnya memikirkan segala yang berlaku. Memang memeritkan...

Anwar tentunya lena tidurnya. Ramai balaci-balaci yang sudah terminum "air kencing"nya tampil membela dirinya. Sam Ketot paling banyak minum "air kencing" Anwar apabila sanggup berkurang ajar di dalam rumah Allah. Tak padan dengan tak cukup inci, dia nak tunjuk juga dirinya tinggi! Tak beradab langsung di rumah Allah...

Mampukah Kak Wan tidur lena sebagaimana Anwar di sebelahnya malam tadi? Mampukah Nurul Izzah tidur lena? Mampukah anak-anak dan kaum keluarga Anwar yang lain tidur lena setelah apa yang berlaku semalam?

Semalam, video seks yang dikaitkan dengan Anwar telah ditayangkan secara penuh selama lebih 20 minit, dan tidak ditapisss! Video tersebut ditayangkan sehari selepas video pendek "part II" ditayangkan oleh beberapa rakan blogger saya. Rakyat berpusu-pusu menyerbu untuk menyaksikan kebenaran tersebut. Maafkan saya kerana tidak menyiarkan bahan begitu di blog ini atas sebab tersendiri.

Dan semalam juga, Eskay bersumpah qasam dengan disaksikan oleh ribuan jemaah di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul. Meskipun Anwar menghantar Sam Ketot untuk membuat kecoh, ia tidak mampu untuk menghalang Allah membongkarkan kejijikan Anwar dikhalayak umat Islam di Malaysia. Eskay bersumpah bersaksikan Kitabullah dan umat Islam yang dahagakan kebenaran.

Saya tidak tahu bagaimana keluarga dan sahabat handai yang masih rapat dengan Anwar bakal bertemu dengan rakyat umum hari ini. Apa pun, mereka perlu berlakon tabah. Mereka perlu menjaga riak muka agar tidak ketara tertekan dengan peristiwa semalam. Sebarang kesilapan hari ini akan mengakibatkan kesan yang buruk.

Jika ada sesiapa yang bertemu dengan keluarga dan sahabat handai Anwar, janganlah menekan mereka. Cuma jangan lupa, tanyakan mereka satu soalan, "kenapa tak dapat tidur semalam...?"

"Kemaluan Anwar terdedah" kerana sumpah & doa Saiful depan Kaabah...?!!!


Di dalam pemerhatian saya terhadap perkembangan Anwar Ibrahim sejak dia pulang dan kembali aktif berpolitik di negara kita ini, boleh dikatakan "tembelang"nya pecah satu demi satu. Apakah dia sedang dilaknat Allah?

Sejak Anwar pulang ke Malaysia, dia tidak pulang dengan tangan kosong. Dia dikatakan pulang dengan wang berkoyan-koyan. Berbilion katanya. Setelah diselidik, dikhabarkan wang tersebut disalurkan oleh rakan Yahudinya, Wolfowitz, melalui Foundation of The Future. Buktinya boleh didapati dari skandal kehilangan dana yang disiasat oleh juru audit US. Tembelang Anwar pecah.

Kemudian, Saiful pula membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar. Anwar lari masuk Kedutaan Turki, katanya takut dibunuh! Sedangkan sebenarnya dia takutkan laporan polis yang dibuat Saiful. Apabila sudah kantoi begitu, dia masih lagi nak putar belit alasan. Ancaman bunuh kononnn...! Melancong sampai keliling dunia, tak kena bunuh pulak!

Ketika itulah detiknya Saiful Bukhari memulakan sumpah laknat. Meskipun sumpah berkenaan tidak berani disambut oleh Anwar, Saiful tetap bersumpah atas dasar kebenaran dan menyerahkan takdir balasannya kepada Allah. Bukan saja di Malaysia Saiful bersumpah, malah dia turut bersumpah di depah Kaabah! Mengadu secara "personal" kepada Allah. Itu sumpah dan doa orang yang teraniaya...

Dan sejak itulah, takdir malang Anwar semakin bertimpa-timpa. Pembohongannya semakin tidak menjadi. Apabila dia berbohong pada paginya, tembelangnya akan pecah ditengahari. Anwar berbohong di tengahari, akan terbongkar pula di sebelah petang. Pantang berbohong sedikit, pastinya akan dapat dihidu rakyat.

Salah satu pembohongan Anwar yang paling menarik dan "signifikan" ialah janjinya untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala yang menuntut agar kampung dan rumah mereka tidak diusik. Anwar sendiri menjamin dengan diri dan namanya dihadapan orang kampung tersebut bahawa pakatan pembangkang akan menyelesaikan masalah mereka.

Memang benar masalah Kampung Buah Pala selesai, namun rakyat hilang kampung dan rumah mereka! Selesai terus! Itu bukti Anwar membela rakyat? Anwar kantoi di Penang!

Anwar dilantik pula sebagai "penasihat ekonomi Selangor" yang bergaji RM1 sahaja. Kononnya dia ikhlas bekerja untuk rakyat. Sedarkah rakyat bahawa RM1 itu hanya di atas meja? Di bawah meja hanya Allah saja yang tahu. Akibatnya wang Selangor hampir kering dan wang zakat hampir di"rompak"! Itulah penangan penasihat RM1..!!!

Kemudian, Anwar dimalukan lagi oleh Allah dengan kemelut pemilihan PKR yang huru-hara dan caca merba. Berduyun-duyun ahli PKR keluar parti akibat hilang keyakinan terhadap Anwar dan pucuk pimpinan parti itu, termasuklah Zaid Ibrahim. Untuk menutup malu, Anwar tuduh mereka yang keluar PKR itu telah dibeli UMNO dengan bayaran lumayan berjuta-juta. Padahal UMNO tak ada kena mengena pun!

Terbaru, kes skandal video seks yang dikaitkan dengannya pula tersebar. Meskipun belum terbukti di mahkamah bahawa "lelaki bertuala putih" itu Anwar, namun kini ramai yang sudah percaya pada dakwaan tersebut dan hilang keyakinan terhadap Anwar. Manakan tidak? Sudahlah enggan bersumpah menafikannya, dia biadap pula pada wartawan. Dia hantar pula Sam Ketot buat kacau di masjid untuk halang Eskay bersumpah. Betul punya desperate si Anwar kali ini...

Saya terfikir, benarkah ini adalah balasan Allah terhadap Anwar berkaitan sumpah laknat yang pernah dilafazkan Saiful Bukhari pada 3 tahun lalu? Apakah ini kesan sumpah Saiful Bukhari di depan Baitullah? Apakah Anwar tidak sedar bahawa Allah sedang "membuka pekung di dalam seluarnya"?

Mengapa Sam Ketot takut sangat dengan sumpah Eskay..???


Saya hairan. Mengapakah Shamsul Iskandar dan angkatan samsengnya begitu beriya-iya menghalang Eskay untuk bersumpah qasam. Saya memikirkan sejak tengaharai semalam sehingga larut malam, apakah yang ditakutkan sangat PKR dengan sumpah Eskay?

Sampai pagi ini, saya masih gagal mencari jawapan yang rasional terhadap tindakan budak-budak "kanyaq" PKR tersebut. Bermacam-macam alasan yang saya cuba fikirkan, namun masih gagal untuk memberikan jawapan terbaik bagi menjawab persoalan saya.

Eskay bersumpah adalah untuk menyatakan kebenaran dakwaannya mengenai Anwar. Ianya tidak ada kena mengena dengan Shamsul Iskandar, AMK, mahupun PKR. Ianya hanya di antara Eskay dan Allah S.W.T. Tidak ada kena mengena pun dengan mereka.

Cuma dalam sumpah Eskay tersebut, dia hanya mengaku dia dan Anwar terlibat dengan video seks yang didedahkannya sebelum ini. Dia mengaku bahawa dia dan Anwar ada di dalam video tersebut, dan Anwar adalah "lelaki bertuala putih". Itu saja.

Anwar telah pun menafikan perkara ini. Jadi? Kenapa pula sebok-sebok pula Sam Ketot angkat geng dan buat kacau dalam masjid untuk menghalang Eskay untuk bersumpah? Apa yang dia takut sangat dengan sumpah Eskay? Dia tak yakinkah dengan penafian Anwar?

Jangan risau Shamsul. Jika Eskay berada dipihak tidak benar, nescaya dia akan diberikan balasan setimpal dengan mempermainkan dan menggunakan nama Allah. InsyaAllah dia akan menerima azabnya dalam masa yang terdekat, itu pun jika dia tidak benarlah...

Namun, sekiranya Eskay dipihak yang benar, maka mahukah Shamsul menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka? Atau dia akan mengamuk dan menuduh kerajaan dengan modal konspirasi lagi? Sudahlah Sam Ketot, jangan malukan diri sendiri dengan perkara yang tak berfaedah. Nak bercakap pun sampai nak kena julang sebab tak cukup inci, baik diam sajalah ketotttt...

Mat Sabu sanggup terima peliwat sebagai PM..!!!


Adalah amat mengejutkan apabila calon Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, menyatakan bahawa sekiranya benar "lelaki bertuala putih" itu Anwar sekalipun, maka ia adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dikaitkan dengan parti lain di dalam Pakatan Pembangkang. Rujuk di sini.

Sedarkah Mat Sabu apa yang dikatakannya? Apakah dia rasa dengan berkata demikian maka ramai ahli-ahli PAS akan menyokong dan memberikan undi mereka kepadanya untuk menjadi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi?

Pertamanya, Mat Sabu merupakan pencipta kepada gelaran "Al-Juburi" yang ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim. Apakah yang dimaksudkan gelaran "Al-Juburi"? Apakah gelaran tersebut merujuk kepada "tukang basuh jubur"? Atau "jubur yang tidak dicebok"? Atau "seorang yang suka main belakang"?

Saya yakin, Mat Sabu tahu tentang peribadi Anwar yang suka "main belakang" apabila dia memberikan gelara itu biarpun Anwar masih belum didakwa atas tuduhan meliwat. Justeru itu, adalah pelik untuk PAS, terutamanya Mat Sabu, untuk menerima perbuatan dan pelaku yang bersifat "Al-Juburi" di dalam perjuangan agama PAS!

Kenyataan Mat Sabu itu secara tidak langsung juga boleh ditafsirkan bahawa dia mengakui Anwar "suka main belakang". Dan amat pelik sekali dia menyifatkan perbuatan Anwar itu bersifat "peribadi". Maksudnya, Mat Sabu boleh menerima seorang peliwat sebagai Perdana Menteri?

Begitulah bakal Timbalan Presiden PAS! Prinsipnya untuk berkuasa lebih penting dari persoalan moral yang rendah. Apakah dia fikir Anwar akan menolong dia untuk menjadi Timbalan Presiden PAS setelah memberikan gelaran "Al-Juburi" kepadanya?

Friday, April 29, 2011

Terkini..!!! Hikmah disebalik sumpah mubahalah Eskay..!


Hari ini dunia umat Islam dan politik Malaysia sekali lagi digegarkan dengan sumpah laknat atau mubahalah yang telah dilakukan oleh Datuk Syazryl Eskay, yang mewakili Datuk T, yang bertanggungjawab di sebalik penyiaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin 'anugerah Tuhan', Anwar Ibrahim.

Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang bersolat di masjid berkenaan (saya bersolat di Masjid Jamek Kg. Baru), bahawa pada awalnya majlis sumpah laknat tersebut telah dihalang oleh sekumpulan samseng PKR yang diketuai oleh Sam Ketot (Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin). Salah seorang penyokong Eskay dilaporkan berdarah mulut akibat ditumbuk oleh kumpulan Sam Ketot.

Meskipun diganggu pada awalnya, Eskay dengan izin Allah selamat bermubahalah dihadapan Imam Masjid berkenaan dan diiringi dengan laungan takbir "Allahu Akhbar" dari para hadirin yang menantikan detik bersejarah tersebut.

Eskay menegaskan sebelum ini bahawa dia bermubahalah demi membuktikan kebenaran kepada seluruh umat Islam bahawa "lelaki bertuala putih" di dalam video seks tersebut adalah Anwar dan Eskay mengaku bahawa dia turut berada bersama-sama Anwar ketika "majlis berpoya-poya" tersebut.

Pada hemat saya, Eskay dari awal sudah maklum bahawa mungkin dia akan didapati bersalah oleh pihak berkuasa dengan penyiaran video tersebut, kerana ia salah di segi undang-undang. Menyedari hakikat itu, mungkin dia terpaksa bermubahalah sebagai bersedia sebelum dikenakan tindakan undang-undang yang mungkin juga menyebabkan dia terpenjara.

Yang peliknya, saya tidak faham akan tindakan Sam Ketot dan kumpulan samseng AMKnya yang menghalang Eskay untuk bersumpah mubahalah. Apa salahnya Eskay bermubahalah? Salahkan Eskay bermubahalah demi membuktikan bahawa segala dakwaannya terhadap Anwar adalah benar? Salahkah dia mempertahankan kebenaran?

Sebagi contoh, sekiranya saya sendirian dan dengan mata kepala sendiri di dalam keadaan waras serta sedar, melihat seekor singa membaham seekor rusa dan saya merakam kejadian tersebut dengan kamera video. Kemudian saya menunjukkan pada awam video tersebut dan saya dituduh menipu dengan siaran video tersebut.

Salahkah saya bersumpah mubahalah mempertahankan kebenaran video dan dakwaan saya tersebut? Apakah hanya dengan masuk mahkamah saja barulah diterima bahawa dakwaan saya itu benar? Pada saya, saya beragama Islam dan saya yakin bahawa Islam mempunyai kaedah yang terbaik untuk membuktikan kebenaran saya, iaitu melalui "mubahalah". Salahkah saya yakin dengan kaedah tersebut?

Setahu saya, kaedah berqasam diiktiraf oleh Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Meskipun bersumpah qasam atau mubahalah ini menjadi pertikaian dikalangan ulama Islam, namun saya yakin bahawa cara ini lebih ikhlas dan "holistik" untuk membuktikan kebenaran dengan menyerahkan segalanya kepada Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Saya yakin, Eskay sedar akan risiko bermubahalah ini sebagaimana Datuk Seri Najib, Saiful Bukhari Azlan dan Ummi Hafilda yang pernah bermubahalah ekoran dakwaan Anwar Ibrahim terhadap mereka. Saya yakin, Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Mengetahui niat dan mengapa mereka bersumpah laknat. Siapa pula Shamsul Iskandar untuk menghalang?

Seterusnya, saya berpendapat, setelah sumpah laknat ini dilaksanakan. Kita serahkan kepada umat Islam untuk menghakimi skandal video seks tersebut. Sama ada benar atau tidak "lelaki bertuala putih" itu adalah Anwar, kita serahkan kepada Allah yang akan membongkarnya. Sebelum ini pun kita sudah kerap menyaksikan kebesaran Allah yang mendedahkan satu persatu keburukan dan kejijikan Anwar Ibrahim.

Dengan itu, saya sebagai salah seorang umat Islam, hanya mampu mendoakan kepada Allah agar Anwar berubah, mengaku, bertaubat dan berhenti dari terus melakukan perkara yang dilarang Allah. Sama ada dia mahu bermubahalah atau tidak, itu hak Anwar sendiri. Jika dia benar, tak payah suruh pun, tentu awal-awal lagi dia akan bersumpah!

Bagaimana dengan penyokong Anwar, PAS dan DAP? Mahu lagi bersama Anwar dan menobatkannya sebagai pemimpin "anugerah Tuhan"? Terserahlah...saya tak mahu memaksa!

Eksklusif..!!! Pengakuan blogger GAP! Dia berminat pada...


Saya sedang bersantai bersama blogger GAP dan rakan-rakan blogger lain ketika dia membuat pengakuan eksklusif ini. Sedang kami borak-borak, GAP tiba-tiba mendedahkan bahawa dia sudah lama menaruh minat untuk bertemu dan berkenalan dengan seorang wartawan TV3, Pang Ching Fei..!!!

Blogger Pro BN tersohor ini begitu kepingin untuk menjemput Pang Ching Fei makan malam bersamanya, tapi dia malu..! Lalu dia minta saya menggunakan medium blog saya ini untuk menyampaikan hasrat hatinya terhadap Pang Ching Fei.

"Kau tolong tulis kat blog kau, aku nak jemput dia pegi dinner...sekali pun jadilahhh.."

Demikianlah hasrat hati blogger GAP. Sudikah Pang Ching Fei memenuhi pelawaan GAP? Kepada sesiapa yang bertemu atau kenal dengan Pang Ching Fei tolong sampaikan padanya akan permintaan GAP ini. Sila hubungi saya di blog ini atau terus bagi tahu sendiri pada GAP di Blognya...

Thursday, April 28, 2011

Panassss lagi...,!!! Utusan VS Suara Keadilan VS Timbalan Musyidul Am PAS: Siapa fitnah siapa?


Saya tertarik untuk mengulas tentang "perang akhbar" yang sedang berlangsung kini. Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini telah diboikot oleh MCA dan isu itu telah diambil kesempatan oleh Suara Keadilan untuk menangguk di air yang keruh!

Suara Keadilan telah menghubungi Ustaz Harun Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS yang bakal disingkirkan (PAS nak letak Hj.Hadi untuk jawatan tersebut, khabarnya), untuk mengulas mengenai hukum dan peranan media dalam menyampaikan maklumat.

Kemudian, Ustaz Harun Din pun berkata bahawa "mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah dan cuba mengaibkan orang lain serta menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram".

Lantas selepas itu, Suara Keadilan menyiarkan pada akhbarnya bahawa Ustaz Harun Din mengharamkan umat Islam membaca akhbar Utusan pada tajuk besar berbunyi "Haram baca Utusan - Ulama" dan ulasan dari Harun Din di"quote"kan.

Hari ini, Utusan menyiarkan penafian sekeras-kerasnya dari Ustaz Harun Din mengenai berita yang tersiar di Suara Keadilan tersebut. Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak langsung menyebut nama "Utusan" ketika dihubungi Suara Keadilan.

Ustaz Harun Din turut berkata bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengeluarkan kenyataan bodoh itu kerana beliau sendiri membaca Utusan Malaysia! Beliau sebagai ulama menganggap Suara Keadilan sebagai "salah lapor" dan sedang memikirkan tindakan sewajarnya terhadap akhbar milik PKR tersebut.

Lihatlah para pembaca, fikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah dan buatlah penghakiman sendiri mengenai perkara yang terjadi di antara Ustaz Harun Din, Suara Keadilan dan Utusan Malaysia. Cerita ini adalah fakta dan bukan rekaan politik kerana saya enggan menyiarkan berita-berita "argumentative" bersifat fitnah dan tidak berfakta.

Siapa fitnah siapa? Akhbar mana yang haram dibaca? Berita akhbar mana yang berkreadibiliti? Apakah benar Utusan layak digelar "Utusan Meloya"? Wajarkah tindakan undang-undang dikenakan terhadap Suara Keadilan oleh Ustaz Harun Din atau Utusan Malaysia? Siapakah yang benar dan siapakah yang salah?

Saya enggan mengulas panjang. Pembaca buatlah "judgement" dan putuskanlah sendiri. I rest my case!

Sila rujuk di sini

Panasss...!!! Eskay bakal bermubahalah esok, Anwar bila lagi?


Meskipun Anwar tidak menyahut pelawaan dan cabaran Datuk Eskay untuk bermubahalah bersamanya, Eskay tetap akan bermubahalah di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat, esok.

Mungkin Anwar memandang rendah terhadap Eskay yang sebelum ini merupakan "teman a.k.a balaci"nya yang "seangkatan" menguruskan kerja maksiat berpoya-poya sebelum ini.

Namun sekurang-kurangnya, bersedia untuk bertaubat dan bermubahalah untuk membuktikan kebenaran dakwaannya berkenaan video seks tersebut.

Saya yakin, meskipun sumpah mubahalah yang bakal dilakukan oleh Eskay ini dipandang rendah, umat Islam di negara ini akan lebih memandang rendah dan hina pada Anwar yang berkali-kali berdolak dalik untuk bersumpah laknat di atas nama kebenaran.

Memang itu sifat Anwar yang suka memandang rendah terhadap mereka-mereka yang mendedahkan kebenaran mengenai perihal buruknya sebelum ini. Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zahrain, dan ramai lagi bekas rakan karib Anwar pernah bertalu-talu dikutuk dan dihina kerana menyuarakan kebenaran yang menyakitkan hati Anwar.

Ibrahim Ali, yang merupakan salah seorang bekas sahabat baik Anwar, sebelum ini pernah memberitahu bahawa Anwar adalah seorang tidak suka mendengar orang berkata "tidak" kepadanya. Sesiapa saja yang berkata "tidak" dan membantahnya, siaplah! Ibrahim Ali sendiri pernah mengalami pengalaman tersebut...

Begitulah perangai pemimpin "anugerah Tuhan" yang didewa-dewakan pengikutnya. Entah sampai bila pengikutnya akan tertipu dengan lakonan "sesumpah" yang hebat bermain lidah itu. Dia tidak peduli, dia sanggup lakukan apa saja meskipun berdosa atau salah di segi undang-undang, asalkan perjalanannya sebagai Perdana Menteri tercapai.

Terkini..!!! Anwar dakwa Dr.MAZA (bekas Mufti Perlis) tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya..???!!!


Saya baca di sini mengenai Anwar yang mengatakan bahawa hanya individu yang "bebas maksiat" seperti zina, minum arak dan sebagainya sahaja yang layak mencabarnya untuk bersumpah laknat atau bermubahalah.

Okay. Saya terima syarat Anwar. Oleh yang demikian, Anwar pernah dicabar dan disarankan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri, untuk bermubahalah. Jadi, apa respon Anwar mengenai cabaran bekas Mufti ini? Apakah Dr. Asri tidak bebas dari maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya?

Jawapan Anwar itu ternyata memakan diri. Untuk pengetahuan Anwar, Dr. Asri sudah berkali-kali mendesak, menasihatkan, mencabar dan menyarankan agar Anwar bermubahalah untuk membersihkan namanya dikalangan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

Selain itu, saya juga tidak akan melayan sebarang dakwaan, tuduhan, mahupun cabaran yang datang dari manusia durjana yang bernama Anwar Ibrahim. Kenapa?

Kerana dia tidak bebas dari maksiat. Dia pernah disahkan mahkamah terlibat dengan aktiviti meliwat pada perbicaraan kes Liwat I nya yang lalu. Selain itu, Nallakarupan juga pernah mengakui menjadi balaci "bapak ayam" yang menguruskan segala kemaksiatan Anwar, yang kemudiaanya diambil alih oleh Eskay setelah Nalla "resigned".

Anwar ternyata tidak punya kreadibiliti lagi untuk mendakwa sesiapa sekali pun di negara ini. Apatah lagi mencabar. Jika dia mahu mencabar, sila cabar Pak Lah kerana mantan PM yang suka tidur itu "pantang dicabar"!

So? Apa kata Anwar? Dr. Asri sudah mencabar Anwar sebelum ini untuk bermubahalah. Mahukah Anwar menyahut cabaran bekas Mufti itu? Dayuslah jika lelaki tidak memegang pada kata-kata. Lainlah jika Anwar menganggap "Dr. Asri TIDAK BEBAS MAKSIAT, BERZINA, MINUM ARAK DAN SEBAGAINYA"...kan?

Terkini..!!! Panasss..!!! PAS dan DAP akui Anwar adalah LIABILITI..?!!!


Saya yakin, ramai rakyat Malaysia tidak kira penyokong BN mahupun Pakatan Haram Pembangkang yang sudah menonton babak pertama video seks yang pernah ditayangkan di Youtube dan di beberapa blog rakan-rakan saya.

Dan saya yakin juga bahawa babak kedua yang kini sedang hangat dipertontonkan oleh rakan-rakan saya di blog masing-masing menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia. Memang panas, saya tak nafikan fakta berkenaan.

Kedua-dua babak video seks tersebut dikaitkan dengan penglibatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (maaf, saya tak pernah menggunakan gelaran "Datuk Seri" pada namanya kerana saya berpendapat dia tidak layak untuk memakai gelaran itu lagi).

Akibat video-video pendek tersebut, pelbagai persoalan timbul di minda rakyat, apakah benar "lelaki bertuala putih" itu adalah Anwar? Apatah lagi setelah mahkamah kini mengesahkan bahawa "lelaki Y" adalah Anwar, rakyat sudah mula sangsi akan kreadibiliti Anwar.

Sebenarnya, saya yakin bahawa keluarga Anwar, pucuk pimpinan PKR, DAP dan PAS, serta beberapa rakan baik Anwar di dalam dan luar negara tidak terkejut dengan dakwaan dan pendedahan video berkenaan. Ini mungkin memandangkan mereka sebenarnya sudah sekian lama tahu dan maklum tentang tabi'at dan kegemaran "gelap" Anwar tersebut.

Selama ini, mereka cuba sembunyikan fakta dan pengetahuan mereka mengenai Anwar dari pengetahuan umum. Adalah "gila" untuk mendedahkan keburukan "pemimpin anugerah Tuhan" itu kepada rakyat. Selama ini, mereka risau sekiranya perkara ini "bocor" atau terbongkar dikalangan ramai dan kerisauan mereka itu telah menjadi kenyataan apabila satu demi satu kegiatan "gelap" Anwar dipertontonkan kepada rakyat.

Menurut apa yang saya perolehi dari sumber-sumber dalaman Pakatan Haram Pembangkang, terutamanya PAS dan DAP, Anwar kini dianggap liabiliti paling besar dalam gabungan tersebut. Sudah tentu mereka tidak akan mengaku perkara ini di depan media atau umum kerana kepentingang politik. Namun hakikatnya, status Anwar sebagai liabiliti di dalam Pakatan Haram itu semakin kuat sentimennya.

Itu baru dikalangan pucuk pimpinan. Jika didengar pula pendirian akar umbi PKR, PAS dan DAP, majoriti mereka menyesal dengan idea PAS dan DAP bergabung dengan PKR. PKR memang "busuk", kata mereka. Sudah lama mereka mahu parti mereka keluar dari pakatan dan bergerak secara solo sebagaimana dulu.

Ada dikalangan akar umbi PAS dan DAP berkata, dulu ketika mana pembangkang belum bergabung, PAS dan DAP masing-masing sangat kuat identiti dan pengaruhnya, berbanding PKR yang hanya ada satu kerusi Parlimen. Kini, kekuatan mereka itu dilemahkan oleh Anwar dengan segala kontroversi yang melanda dirinya. PAS dan DAP makin lemah dek kerana Anwar.

Kata mereka, PKR hanya meminjam kekuatan PAS dan DAP untuk kelihatan kuat. Padahal, PKR memang lemah, buktinya boleh dilihat pada proses pemilihan PKR yang lalu. Hanya segelintir saja ahli PKR yang hadir bermesyuarat. Barisan pucuk kepimpinan untuk dipilih pun sudah ditentukan awal-awal lagi oleh Anwar dan Azmin. Tiada demokrasi dan keadilan di dalam PKR. Lihatlah betapa lemahnya mereka...

Justeru itu, saya fikir, sekiranya Anwar ada rasa tanggungjawab, malu dan sedar diri, dia sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan berikan kepada DAP. Kemudian, dia seharusnya melepaskan kedudukannya sebagai "Ketua Umum" yang tidak pernah dipertandingkan itu. Dia sewajarnya bersara saja dan biarlah Azmin yang mengepalai PKR. Apakah dia mahu menjadi "raja" PKR sampai mati? Itu "diktator" namanya..!!!

Sehubungan itu, saya kira karier Anwar tidak sampai ke mana. Meskipun mampu berpidato lebih hebat dari Soekarno sekalipun, tapi jika tidak ada kreadibiliti dan hujahnya hanyalah berasaskan pembohongan yang semakin terbongkar, Anwar sedang berada di landasan ke jalan mati. Dia pasti dijatuhkan Allah melalui kuasa rakyat yang sedang dibohongnya saban hari...insyaAllah!

Wednesday, April 27, 2011

Doa Tun M dimakbulkan Allah...? Alhamdulillah...


Suatu masa dahulu, ketika mana ayahanda Tun Dr. Mahathir mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, beliau telah dituduh dengan pelbagai tuduhan liar. Macam-macam dikutuknya seperti Mahazalim, Mahafiraun dan banyak lagi semata-mata kerana beliau memecat segala jawatan Anwar dalam Kerajaan dan menyingkirkan "anak emas"nya itu dari hidupnya.

Macam-macam Anwar kutuk Tun M ketika itu. Dituduhnya Tun M berkonspirasi, dituduhnya Tun M "takut" padanya, dituduhnya Tun M zalim, kejam, memfitnah dan menganiaya keluarga dan dirinya.

Ketika itu, Tun M hanya berdiam diri dan hanya sekali sekala mempertahankan diri dan tindakan Kerajaan yang dipimpinnya. Jauh disudut hati ayahanda Tun M, dia kesal kerana anak didiknya itu tidak bermoral dibelakang tabir, bermaharajalela bagaikan Tuhan!

Ayahanda Tun M pernah membayangkan agar sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir (na'uzubillah min zalik), beliau ingin melihat kebenaran mengenai pertikaian Anwar dan dirinya dizahirkan Allah kepada rakyat Malaysia. Fitnah dan kutukan Anwar yang di"telan"nya, namun sedikit pun ayahanda Tun M tidak menuntut balasan buruk, hanya kebenaran saja yang dipintanya dari Allah.

Selepas kejadian insiden "mata lebam" Anwar, Tun M telah menziarahi Baitullah dan sempat masuk ke dalam Kaabah untuk memohon doa buat seketika. Doa apa yang Tun M doakan di maqam suci itu? Mungkin Tun M mendoakan Anwar supaya kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan mengakui dosa "gelap"nya...

Dengan izin Allah, mungkin doa Tun M dimakbulkan Allah. Tidak perlu bersolat hajat beramai-ramai dengan jutaan kehadiran sebagaimana yang dilakukan PAS, satu persatu kebenaran dan keaiban Anwar terbongkar. Bukan Tun M yang membongkarnya, Allah jualah yang mentakdirkan begitu...

Saiful Bukhari, Nallakarupan, Ezam Mohd Noor, Datuk T dan lain-lain yang membongkar segala "kisah gelap" Anwar hanyalah perantara yang ditakdirkan Allah untuk menunjukkan kebenaran dan satu demi satu, kita dikejutkan dengan fakta "Pak Syiekh" yang pernah berselindung di sebalik imej "warak"nya.

Dia pernah menggambarkan dirinya sebagai insan "soleh", namun kini Allah bukakan hijab kehidupan sebenar Anwar yang sememangnya "tholeh". Bukan "mahmudah" yang tersifat di dalam dirinya, malah "mazmumah" berakar umbi di dalam hidup "pemimpin anugerah Tuhan" itu.

Dan Allah telah panjangkan umur ayahanda Tun M untuk turut bersama-sama menyaksikan kebenaran yang pernah dipinta dan didoakan pada Allah. Kes liwat I, kes liwat II, kes fitnah Altantuya terhadap Datuk Seri Najib, kes US menggelar Anwar "sesumpah", kes seluruh pengasas Keadilan meninggalkan Anwar yang zalim, kes 16 September, kes "Anwar Le tour de minta maaf pada Yahudi" dan yang terbaru, kes Datuk T yang membongkarkan skandal video seks melanggan pelacur yang dikaitkan dengan Anwar.

Banyak lagi kisah-kisah Anwar yang saya tidak sebut, takut tak terlarat pula juak-juak PAS dan DAP garu kepala melihat kerenah Anwar yang terpaksa mereka terima sejak bergabung dengan Anwar dan PKR. Saya percaya, Hj Hadi, Kit Siang, Karpal dan ramai lagi pemimpin PAS dan DAP sudah menyampah dengan "taik" yang dibuat oleh Anwar. Habis terpalit pada PAS dan DAP..!!!

Semua rentetan peristiwa pendedahan keaiban Anwar itu telah disaksikan oleh Tun M. Mungkin Tun M tersenyum dan lega dengan kebenaran yang diperlihatkan oleh Allah kepadanya selagi hayat beliau dikandung badannya yang sudah lanjut berumur.

Demikianlah kurniaan dan rahmat Allah kepada ayahanda Tun M yang selama ini difitnah, dicerca, dimaki hamun, dihina, dituduh yang bukan-bukan dan pernah di"gam" oleh Pak Lah. Doa insan yang teraniaya seperti Tun M pastinya mendapat pembelaan dari Allah. Kerana saya dari kecil lagi yakin bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Segala yang ditakdirkanNya, pasti ada hikmahnya...

Wallahua'alam.

Astagfirullah Al-azimmmm...korang tengok la sendiri...18SX..!!!

Saya malas nak ulas panjang...tuan-tuan tengok sendiri di sini. Susah untuk dinafikan lagi, lepas pakai baju, hilang terus buncitnya...

Tengok di blog gomo..saya enggan upload, bukan kerana takutkan kebenaran, cuma tak berapa berkenan sekiranya video itu dimuatkan diblog saya...terima kasih kepada Gomo..

Tapi itu hanya "part II"...dan dikhabarkan itu bukan sebahagian dari video seks 20 minit yang dikaitkan dengan Anwar. Mungkinkah ada lagi "part-part" yang seterusnyaaaa?

Hanya Allah dan Gomo dapat menjawabnya....

Nak tengok aksi melampau..??? Video Seks bakal ditayangkan bila-bila masa???


Nampaknya harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri aksi-aksi video seks yang dikaitkan dengan Anwar semakin hampir menjadi kenyataan. Pihak polis berjanji akan menyiarkan video seks tersebut pada masa yang sesuai. Sila rujuk berita di sini.

Namun, kita tidak tahu apa dan bila masa yang sesuai sebagaimana yang disebut oleh pihak PDRM. Jika sampai masa san ketikanya, apakah kita akan berpeluang untuk menontonnya penuh selama 20 minit atau sekadar video yang ada sudah disunting?

Apa pun, desakan untuk rakyat melihat kebenaran di sebalik rahsia video seks tersebut perlu diberi perhatian. Sebenarnya, rakyat mahu melihat kebenaran. Bukannya kebulur sangat nak tengok aksi-aksi melampau pelakon-pelakon bertuala putih dan seksi tersebut. Dosa!

Justeru itu, saya mengesyorkan agar pembaca mengundi di poll yang saya letakkan di sudut kanan sebelah atas blog ini untuk pembaca memilih sama ada bersetuju atau tidak video seks tersebut ditayangkan pada umum?

Sila luahkan kemahuan anda melalui undian tersebut. Semoga kebenaran akan terserlah jua dan menafikan fitnah spekulasi yang melanda hanya kerana seekor "sesumpah"...

Panasss...!!! Siapa Anwar dimata anak lelakinya..???

Eiii...aku cepuk jugak orang tua pakai baju biru niiii...

Selalunya, anak lelakilah yang akan bangkit membela ayahnya. Anak lelakilah yang akan bangun membenteng segala serangan terhadap bapanya. Selalunya, anak lelakilah yang akan mempertahankan abahnya. Dan anak lelakilah yang akan berpencak panglima menyerang siapa saja yang cuba memperlekehkan papanya.

Namun, berlainan dengan keluarga Anwar Ibrahim. Hanya anak-anak perempuannya saja yang tampil membela Anwar dan kuat mempertahankan bapanya, terutamanya Nurul Izzah. Mana perginya waris tunggal Anwar, iaitu Ehsan? Ehsan satu-satunya waris kuat Anwar, namun kelibat batan hidungnya tidak nampak langsung membela Anwar.

Kita melihat cerita Labu Labi. Dalam cerita itu, P. Ramlee jelas menunjukkan bahawa pantang anak lelaki membiarkan "kepala bapa"nya dipijak-pijak lawan. Meskipun "kepala bapa" itu hanya diwakili dengan segumpal kertas, namun Labi tetap mempertahankan "kepala bapa"nya dari dipijak oleh Labu.

Tapi, kepala Anwar bukan saja dipijak. Malah mata Anwar pernah di"lebamkan"! Ibunya pernah mendakwa Kerajaan Tun M dahulu meng"arsenik"kan Anwar, malah meng"HIV"kan Anwar! Kalau setakat gambar Anwar tu, dah selalu dah kena pijak, ludah dan sebagainya kerana geram serta marah pada tabiat papa kepada Ehsan itu.

Namun, mengapa Ehsan tak turut campur membela papanya? Mengapa dia mendiamkan diri? Apakah dia "pondan", "gay" atau "biseks" sebagaimana bapanya di dakwa? Apakah Ehsan "suka main belakang" juga? Apakah Ehsan juga "pantang" melihat "coffee boy" berdahi licin?

Entahlah. Saya sendiri kurang pasti mengapa Ehsan tidak melibatkan diri langsung membela bapanya, sedangkan dia anak lelaki, satu-satunya waris keturunan Anwar dan sudah belia remaja. Genggaman penumbuknya mungkin mampu membuatkan sahabat baiknya, Saiful Bukhari, tersungkur kerana menuduh bapanya seorang peliwat.

Namun, menurut sumber-sumber yang dipercayai, Ehsan tidak seperi yang disangka. Malah dia dikatakan masih berkawan baik dengan Saiful Bukhari. Cuma pergaulan mereka terbatas akibat Saiful terpaksa dikuarantinkan sehingga perbicaraan liwat II tamat.

Ada desas desus yang mengatakan bahawa DNA Lelaki Y itu milik Ehsan, bukan Anwar. Pada penulis, iotu hanya gossip-gossip liar saja. Tak ada bukti kukuh yang mengaitkan Ehsan dengan liwat mahupun KY Jelly pun. Dalam CCTV pun bukan gambar Ehsan yang terpampang...

Sebaliknya, Ehsan dikatakan seolah-olah memberontak memprotes kelakuan dan tabiat buruk papanya. Mungkinkah Ehsan tahu rahsia gelap papanya? Selalunya, anak lelaki lebih pandai "skodeng" atau menyiasat latar belakang papanya...

Dikhabarkan, Wan Azizah pening kepala dengan "tunjuk perasaan" Ehsan terhadap papanya. Wan Azizah diceritakan pernah menampar Ehsan kerana mendesak bapanya bersumpah laknat menafikan pembabitan Anwar dengan seks luar tabii dan luar nikah.

Mungkin kerana itu, Ehsan tidak pernah menonjolkan diri membela bapanya. Mungkin dia sendiri malu mengakui Anwar itu papanya. Usah disalahkan Ehsan, mungkin dia selalu dikutuk oleh rakan-rakan kerana berpapakan Anwar, seorang peliwat sahabatnya sendiri.

Sesiapa yang terjumpa Ehsan, cubalah korek-korek, mana tahu dia mahu dan rela buat "confession" terhadap kejijikan papanya itu??? ceciter..ceciter...

Dua minggu lagi tamat..!!! Nyatakan pendirian anda di sini...!!!


Tempoh untuk mengundi makin singkat...jangan lepaskan peluang anda untuk menyuarakan rasa hati rakyat...undilah sama ada anda mahu menonton video seks yang dikaitkan dengan Anwar, atau tidak?

Dalam masa dua minggu dari sekarang undi tersebut akan tamat...selepas itu akan disuarakan kepada Anwar bahawa rakyat mahukan kebenaran mengenai video seks tersebut dan apakah dia sudi membenarkan rakyat mengetahui kebenaran dengan menonton video itu...?

Rakyat mahukan kebenaran. Kebenaran yang akan menentukan Anwar layak digelar sebagai "anugerah Tuhan" atau "anugerah syaitan"...

A'uzubillahiminassyaitoniwa"anwar"irrojimmmmm......

Komen Duke untuk artikel Razman "UMB"...?

Yang mana satu Razman ni? Sorry, saya tak berapa kenal...

Saya rasa terpanggil untuk mengulas artikel oleh Razman di Kritis Online yang disiarkan di sini dan di sini, yang pada saya kurang tepat dan artikel itu seolah-olah menunjukkan kegagalan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut artikel tersebut, Razman menulis pada perenggan pertamanya...

"Adakah Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib masih tidak faham bahawa rakyat Cina tidak percaya pada konsep 1Malaysia?"

Amboi.."sedap"nya bahasa! Ayat pertama Razman bagaikan menyindir dan cuba mem"potray" seolah-olah Perdana Menteri seorang yang "dungu" apabila didakwa tidak faham rakyat Cina tidak percaya pada gagasan 1Malaysia. Biadap betul dia pada PM, ye?

Dey Razman..! Pada hemat saya, anda yang tak faham-faham bahasa Melayu. Sebenarnya PM lebih tahu dari "tuan" Razman kita ni, dan tak payah nak mengajar atau bertanya sama ada PM faham atau tidak. Kalau Razman bijak sangat melebihi PM, kenapa dia tidak cabar saja kerusi PM? Razman calon PM, ada berani?

Dey Razman..! Masyarakat Cina bukan tidak faham gagasan 1Malaysia. Mereka faham sebenarnya. Cuma, mereka masih ragu-ragu kerana MCA tidak bekerja keras untuk menyakinkan mereka bahawa PM sekarang adalah Najib, dan bukan "pak mertua" KJ! Najib jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding Pak Lah.

Yang perlu ditegur ialah MCA, bukannya PM atau faham atau tidak gagasan 1Malaysia tu. Razman ni faham ke tidak ni?

Kemudian, Razman menulis...

"Mereka sudah di suap dengan teori Malaysian Malaysia sejak sebelum insiden 31 Mei 1969 lagi oleh Parti DAP dan Barisan Nasional tidak pernah cuba melawan atau menguasai minda rakyat Cina sebelum ini."

Apa maksud Razman dengan mengatakan "Barisan Nasional tidak pernah cuba melawan atau menguasai minda rakyat Cina sebelum ini? Apakah selepas peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat Cina tidak menyokong Barisan Nasional? Nampaknya hujah Razman kurang tepat.

Untuk pengetahuan Razman, undi masyarakat Cina lah yang membantu kemenangan BN pada Pilihanraya Umum 1999, ketika bangsa Melayu membuat protes ekoran kes "mata lebam". Ketika itu, undi Melayu "swing" kepada "mata lebam" atas dasar simpati dan tertipu dengan "mainan perasaan" oleh "sesumpah" itu.

Sila rujuk kepada blogger GAP, RBF dan Medan Info Kita, termasuklah Ezam Mohd Noor, untuk keterangan lanjut. Mereka penyokong Anwar ketika itu. Malah mereka adalah di antara pioneer Keadilan ketika itu.

Oleh itu, padangan Razman bahawa masyarakat Cina tidak menyokong BN selepas 13 Mei 1969, adalah tidak tepat sama sekali. Kita boleh melihat kemerosotan drastik undi masyarakat Cina kepada BN ketika BN diketuai oleh Pak Lah, bapa mertua KJ! Siapa KJ? Saya kira Razman lebih mengenali KJ berbanding saya...

Kemudian, Razman meluahkan kekecewaannya di atas penolakan rakan-rakan Cina di twitter yang kononnya terus menyokong DAP. Razman takut, meskipun BN berjaya menawan negeri-negeri jajahan pembangkang, namun BN tewas diperingkat Parlimen akibat tidak disokong Cina.

Dia takut? Apakah dia tidak tahu bahawa majoriti bangsa Melayu dan bumiputera tidak akan membiarkan DAP atau Cina memerintah Malaysia? Hj Hadi, pernah menegaskan bahawa PAS akan mengkaji semula penyertaannya bersama Pakatan Haram Pembangkang sekiranya orang Cina menguasai dan lebih ramai di dalam Parlimen berbanding Melayu? Agaknya Razman belum lahir ketika itu?

Sebagaimana yang berlaku di Sarawak, bumiputera di sana tidak akan sekali-kali membiarkan bukan bumi memerintah Bumi Kenyalang. Kata orang Iban, Rentap marah! Kata orang Melayu Sarawak, itu pantang Rosli Dhoby! Malah kaum-kaum bumiputera dan etnik Sarawak pastinya bangkit sekiranya mereka diperintah oleh non-bumi.

Sudah tentu hujah ini tidak akan disokong masyarakat Cina kerana mereka juga ingin memerintah. Meskipun pembangkang menobatkan Anwar sebagai PM mereka sebelum menawan Parlimen, apakah Razman fikir DAP akan membiarkan Anwar jadi PM walaupun DAP menang majoriti kerusi parlimen?

Sudah tentu DAP pun nak jadi PM, bukan Anwar seorang saja! Rahsia Anwar ada dalam genggaman mereka, tahulah apa mereka nak buat dengan Anwar nanti. Cuma Anwar dan segelintir Melayu lain saja yang tidak sedar...

Oleh itu, mengapa Razman sebok-sebok mencampuri hal dalam MCA dan orang Cina di Malaysia. Biarlah mereka selesaikan hal dalaman mereka sendiri. Biarlah MCA meyakinkan bangsanya. Lainlah Razman juga berbangsa Cina...

Pada saya, saya menyalahkan MCA kerana kegagalan mereka meraih sokongan orang Cina terhadap kepimpinan BN. Itu salah MCA dan biarlah MCA yang uruskan. Pandangan saya, saya yakin bahawa rakyat Malaysia, khususnya Melayu, tidak mengira UMNO atau PAS, lebih memilih Melayu sebagai pemimpin mereka. Tapi, bukan Melayu "murtad" seperti Anwar yang tidak bermoral.

Lantaklah masyarakat Cina nak sokong BN atau tidak. Sekiranya MCA berkeputusan keluar BN dan menyertai pembangkang, kita tidak boleh menghalang mereka. Itu hak demokrasi. Namun jika ditakdirkan BN masih memerintah Malaysia selepas PRU13 dan PAS menyertai BN, maka kita akan melihat perpaduan Melayu yang paling kuat dalam sejarah.

Ketika itu, masyarakat Cina akan menyedari bahawa mereka terlalu memandang rendah kepada Melayu. Dan pada ketika itu juga, masyarakat Cina akan sedar bahawa mereka tidak ada suara di Tanah Melayu ini.

Ingatlah, seburuk-buruk PAS, mereka masih lagi saudara kita, seagama, sebangsa. UMNO tidak pernah buang PAS, cuma kecewa dengan pilihan parti itu yang terlalu mengikut perasaan sehingga meletakkan politik di atas kepentingan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Namun saya masih yakin pada PAS, PAS masih sayangkan kepimpinan Islam dan Melayu memerintah Tanah Melayu ini.

Harap Razman berfikiran terbuka dengan komen terhadap artikelnya ini. Saya bukanlah pandai sangat. Ini cuma buah fikiran dan pendapat saya. Saya orang kecil, bukan macam Razman yang berjawatan besar dan berkepuk wang ringgit. Tapi, Double Y minta komen, jadi saya komenlah...

Tuesday, April 26, 2011

MCA dicabar lagi..!!! Bila MCA mahu bertransformasi..???

Semalam kita menyaksikan PERKASA melakukan demo secara aman di depan pejabat MCA di Jalan Ampang. Garang jugak brader yang sorang tu. Saya rasa ada jugak kaum Cina yang gerun meremang bulu roma mendengar tempik suara jerkahan "otai" PERKASA tu...

Hanya kerana gara-gara nak tunjuk "hero" secara mudah, MCA dah kena warning dengan PERKASA. Haaaa...kan dah kena! Itulah, jangan cuba dijolok sarang tebuan...

Saya ada menulis beberapa artikel sebelum ini yang mengkritik mengenai peranan MCA di dalam meraih sokongan masyarakat Cina di Malaysia. MCA dilihat gagal mengembalikan sokongan bangsa mereka sendiri terhadap BN berbanding UMNO yang semakin gagah dan utuh dimata Melayu.

Sudahlah dilihat lemah dan gagal, MCA cuba pula bermain api dengan memboikot Utusan Malaysia. Kan dan kena sebijik dengan PERKASA. Tapi, dari apa yang saya dengar, MCA tak peduli pun dengan amaran PERKASA tu...

Kononnya mereka ada 30% sokongan padu dari masyarakat Cina yang "gelenti kasi vote sama BN". Pada saya, "itu gelenti" hanyalah satu pembohongan dan kenyataan yang tidak berpegang pada realiti. Buktinya boleh dilihat pada PRK-PRK dan Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini. Orang Cina memang kedekut undi pada BN!

Justeru itu, tak payahlah MCA nak cari jalan mudah. Chua Soi Lek dan kepimpinan mesti buktikan dalam masa 4 bulan dari sekarang. Sekiranya mereka gagal membuktikan mendapat pengaruh dari majoriti kaum Cina, siaplah..!!! Tiap-tiap hari kami akan bantai MCA..!!!

Soi Lek baru-baru ini minta supaya pemimpin MCA jauhi bangsa Melayu di negara ini. Apakah maksud tersirat di sebalik arahan Presiden MCA itu? Apakah dia mahu mengasingkan diri dari bangsa Melayu? Memang celaka! Tak sedar diri menumpang? Cuba nak tunjuk besar kepala? Chisssss...!!!

Nampaknya Chua Soi Lek sendiri gagal memahami dan menyelami gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Dia gagal mendidik masyarakat Cina sebagaimana Presiden-Presiden MCA yang terdahulu, terutamanya Tun Tan Cheng Lok. Pada saya, Chua Soi Lek agak melampau dengan arahan tersebut!

Justeru itu, saya masih memberi peluang kepada MCA untuk terus mendapatkan sokongan bangsanya terhadap BN. Selagi tempoh belum tamat, saya tidak akan menyerang MCA, kecuali memberi teguran ikhlas kepada parti itu untuk mentransformasi selaras dengan semangat perkongsian kuasa BN.

Jika tidak, MCA dan pembaca tahu apa akibatnya, bukan?

Eksklusif terkini..!!! Laporan Khas kes liwat Anwar 26 April 2011...!!!


Pagi tadi, saya ke mahkamah tinggi, berada di bilik mahkamah Jenayah 3, yang membicarakan kes liwat Anwar...jeng! jeng! jeng..!!! Dan saya berada di situ dari awal hingga akhir...

Anwar sampai ke mahkamah dengan Kak Wan. Saya tengok sama ada dia pakai jam tangan berjenama Omega atau tidak. Manalah tahu dia pakai. Kalau dia pakai, dah tentu dia bohong sebab dia dah announce jam tu hilang...

Kes bermula. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, begitu konsisten mengemukakan hujah yang pada saya tidak mempunyai sebarang kelompongan sebagai mana yang didakwa oleh Keadilan Daily di sini.

Hujah-hujah dan penggulungan hujah pendakwaan pada saya telah membuktikan kewujudan "prima facie" pada kes tersebut. Sangat mustahil untuk Yang Arif Mohamad Zabidin Mat Diah mengenepikan kes ini pada 16 Mei depan.

Kemudian team Anwar pula berhujah. Hakim minta mereka kemukakan laporan bertulis hari ini. Namun Ram Karpal, Nair dan Karpal tak bersedia, dan minta tempoh sehingga Isnin depan. Alasannya ialah mereka belum dapat laporan balas dari Australia. Hakim bagi "chance", tapi kena submit hari Jumaat ni, bukah Isnin depan.

Lepas tu, sekor-sekor bagi hujah. Tak habis-habis diorang nak pertikai semua saksi-saksi yang memberi keterangan sebelum ini. Kepala hotak diorang la! Ada ke patut dengan si Saiful pun diorang nak disqualified sebagai saksi?

Katanya bukti-bukti yang diperoleh dari Saiful pun tak ada kreadibiliti? Habis tu? Takkan nak dapatkan bukti dari Wolfowitz maka baru dikatakan berkreadibiliti? Hujah-hujah diorang memang tak masuk akal!

Karpal pulak mempertikaikan kenapa Saiful lambat lodge report pada polis? Then dia ulang hujah semalam dengan mempertikaikan mengapa Dr. Othman Pusrawi tu tak dipanggil sebagai saksi.

Nak je saya jerit pada Karpal dalam mahkamah tu, Dr. Othman tu tak relevan! Dia bukan check secara khusus pun! Dia check secara general je. So, buat apa nak panggil dia? Berapa juta RM yang pembangkang dah kasi pada doktor tu untuk tampil sebagai saksi "bias" di mahkamah? Podda chaaaiiittt...

Ikut suka Saiful la nak report bila pun, apa Karpal kisah. Secara rasionalnya, kita tengok memang la mudah. Ikut logik, semua fikir lepas kena sodom, mangsa terus ke balai polis buat report. Logik akal memang cam tu!

Tapi, kalau ikut emosi seorang mangsa, kajian pakar psychology mendapati bahawa majoriti trend mangsa rogol dan liwat akan mengambil masa untuk mengadu atau membuat laporan polis. Mengapa?

Kerana emosi mereka terganggu. Selalunya mereka akan menangis, sedih, kecewa dan terkejut kerana diperlakukan sedemikian, terutamanya dianiaya oleh orang yang mereka hormati dan sanjungi sebelum diliwat atau dirogol.

Mereka akan berfikir panjang. Takut tersalah langkah, padah menimpa mereka. Mangsa tidak mahu "sudah jatuh ditimpa tangga". Sebab itulah Saiful relevan. Ntahapahapa hujah orang tua Karpal ni. Dia tak belajar psycho ke? Kata "terer" sangat..pirrahhh.."terer" apa lagu ni???

Kemudian peguam "botak" Anwar turut mempertikaikan kenyataan Dr. Seah dan Dr. Siew yang mengatakan tidak ada koyak pada dubur Saiful, dan salah satu alasan yang diberikan ialah 'tidak ada paksaan ketika tusukan dilakukan" ke jubor Saiful.

Botak tu cakap, ini adalah berlawanan dengan kenyataan Saiful bahawa dia telah diliwat dengan rakus dan ganas hingga menyebabkan dia rasa senak. Iya lah. Kalau tak pakai KY Jelly, sudah tentulah dah koyak.

Tapi dengan bantuan teknologi KY Jelly yang sudah lama dipercayai Anwar sebagai "mujarab", maka tak koyaklah jubor Saiful tu! Apa la Botak ni, cari hujah lain yang kuat sikit laaa...

Paling teruk, si Botak tu cakap pendakwaan terhadap Anwar ni wajar digugurkan kerana dia kata Saiful sebenarnya tidak berada di dalam unit tersebut pun! katanya Saiful sengaja masuk bilik tu dengan Anwar semata-mata nak menunjukkan dia turut ada dalam rakaman video bersama Anwar!

Perghhh...!!! Dahsyat daya imaginasi peguam-peguam Anwar. Pakar putar alam betul. Bekali-kali saya menahan ketawa dalam court. Kalau terlepas nanti kena halau keluar pulak...

Tak mengapalah. Kita tunggu 16 Mei depan pulak. Lama juga nak kena tunggu ni. Mahkamah postpone lagi, tapi postpone kali ini bukan Anwar yang minta, hakim yang tetapkan. Yang pastinya, Anwarlah yang akan berdebar-debar susah hati menunggu 16 Mei ini perdengarkan keputusan. Nasib baik hakim tak tetapkan 16 September..!!!

Saya yakin mahkamah akan bertindak adil! Mahkamah ditangguhkan...

Live Update dari mahkamah..!!! Anwar terus kepanasan di mahkamah..!!!


Bukan panas sebab aircond mahkamah tak berfungsi, bukan sebab mahkamah bersidang ditengah-tengah panas terik tengahari. Tapi Anwar terus berpeluh kepanasan kerana kisah gelapnya dilondeh satu persatu di mahkamah! Patut pun asyik minta postpone je..!!!

Selepas Anwar londeh ahli kimia, Nor Aidora Saedon, semalam, cepat-cepat Anwar buat sidang media di mahkamah. Dia cuba tarik balik seluarnya naik ke atas setelah dilondeh, dan cuba mempertikaikan laporan kimia tersebut. Katanya, ujian kimia tersebut tidak diuji secara khusus!

Kepala hotak dia! Bodoh ke apa bagi alasan macam tu? Hanya orang bodoh saja yang termakan kata-kata bodoh Anwar!!!

Apa dia fikir ahli kimia tu bukan ahli dalam bidang forensik? Kalau seseorang itu disyaki retak atau patah tulang kaki, apakah otaknya yang akan di scan oleh doktor? Gila ke apa? Dalam kes DNA Anwar, sudah tentulah ujian khusus telah dibuat oleh pakar kimia terhadap DNA dalam bontot Saiful!

Itupun Anwar nak cuba spin? Sudah la Anwar! Kalau dah kantoi tu kantoi jugak la! Sebenarnya bukan ahli kimia tu yang londehkan Anwar, Anwar yang londehkan dirinya sendiri! Dia sengaja tak nak buang tabiat luar tabi'inya itu. Kalau dia tak liwat Saiful, adakah dia akan terlondeh sampai sebegini rupa???

Mahkamah akan terus melondeh Anwar lagi selepas ini...

InsyaAllah, saya akan terus bagi live update lagi pada 16 Mei depan. Panas dari mahkamah...!!!Tunggu...!!!

Panas dari Mahkamah..!!! Anwar tunggu PRU13 untuk bermubahalah...???


Ramai yang tidak terkejut dengan pengesahan mahkamah bahawa Anwar adalah "Lelaki Y". Ini adalah kerana sejak awal lagi, rakyat sudah yakin bahawa Anwar bertanggungjawab meliwat Saiful.

Rakyat begitu yakin dan convinced terhadap dakwaan Saiful bahawa dia adalah mangsa kerakusan nafsu songsang Anwar. Saiful konsisten. Dia sanggup bersumpah lakant, bermubahalah menjunjung kitab suci Al-Quran Al-Karim.

Bukan itu saja, dia juga turut bermubahalah di depan Kaabah! Mengadu dan menyerahkan kemelut sejarah hitam hidupnya di Baitullah. Beranikah Anwar menyerahkan takdir dirinya begitu kepada Allah?

Setelah mahkamah sudah mengesahkan bahawa Lelai Y itu adalah Anwar, apakah Anwar berani bersumpah mubahalah? Di hari Saiful membuat laporan polis mengadu di"rogol liwat", Anwar lari masuk bersembunyi di Kedutaan Turki! Bukan ustaz yang cari...

Kemudian, Anwar lari ke luar negara. Mengadu nasib demi meraih simpati dari kawan-kawan Yahudinya yang bertaburan di luar negara. Dia yakin, dengan pengaruh rakan-rakan karibnya itu, maka satu dunia akan bersimpati terhadapnya.

Malangnya, US yang pernah ditipu Anwar siang-siang lagi memberitahu Menteri Luar, Hanifah Aman, bahawa Anwar adalah sejenis "chameleon", "sesumpah" kata orang Melayu. Dia pandai berlakon, bertukar kulit mengikut keadaan. Sifat itu dipanggil "munafik" di dalam Islam!

Kemudian, Anwar dicadangkan supaya bermubahalah. Ramai mufti dan ulama yang mencadangkan "Pak Syiekh" bermubahalah. Malah Nik Aziz sendiri pada mulanya suruh Anwar bermubahalah (tapi kemudian dia spin 360 darjah, sebab rugikan politik agama PAS!). Namun, Anwar tidak juga mendengar menurut saranan mufti dan ulama, kononnya Yusuf Qarhawi yang sudah di"main"kan Anwar tak cadangkan begitu.

Macam-macam cara Anwar buat untuk nafikan "kisah gelap"nya itu. Namun satu pun caranya tidak bersangkutan pun dengan cara Islam. Putar belitnya semakin teruk dan tidak logik dari hari ke sehari.

Kini, sesudah mahkamah mengesahkan dia sebagai "lelaki Y" yang mana DNAnya berada dalam salur bontot Saiful, dia ulang balik "tape lama 1998-1999". Konspiarasi lagi? Konspirasi kepala bapak dia..!!!

Anwar = Y : Teori "konspirasi" yang ditolak rakyat..!!!


Teori "konspirasi" bergema lagi. Jika dulu di zaman Tun Dr. Mahathir, kini di zaman Datu Seri Najib pula. Taktik dan alasan lapok Anwar dan konco-konconya sudah basi untuk digunapakai. Rakyat sudah tidak percaya lagi pada alasan sebegitu!

Anwar dalam sidang akhbarnya mempertikaikan kenapa doktor pertama yang memeriksa Saiful di Pusrawi tidak dipanggil untuk menjadi saksi memberi keterangan kes di mahkamah.

Dengan sebab itu saja, maka Anwar menyabitkan kes ini sebagai "konspirasi"? Lemah...memang alasan yang sangat lemah untuk menutup pekung Anwar yang sudah berabad berbangkai dalam hidupnya...!

Apa perlunya memanggil seorang doktor yang hanya memeriksa Saiful sebagaimana doktor di klinik. Apakah doktor pakar yang hanya memeriksa dubur Saiful secara "general" layak untuk memberi keterangan di mahkamah tentang sebab musabab Saiful sakit bontot?

Doktor di Pusrawi itu hanya memeriksa secara "general" saja. Selepas diperiksa, barulah Saiful memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dan selepas itu, barulah doktor itu suruh Saiful pergi ke hospital Kerajaan untuk pemeriksaan yang lebih khusus.

Kenapa? Kerana doktor itu tahu dia tidak punya sebarang autorithy untuk mengemukakan kes yang bersangkut paut dengan jenayah. Jadi apa perlunya memanggil doktor tersebut untuk memberi keterangan? Buang masa mahkamah saja. Doktor tersebut tidak relevan.

Justeru itu, alasan Anwar yang cuba mem"potray" bahawa kes ini adalah satu lagi "konspirasi jahat" Kerajaan BN adalah satu dakwaan yang tidak boleh diterima. Lagi pun tidak logik untuk Kerajaan melakukan rancangan konspirasi sebanyak dua kali. Jika Kerajaan cuba mengkonspirasikan Anwar, sudah lama Anwar mati.

Banyak lagi cara lain, misalnya kaitkan Anwar dengan dadah, senjata api, dan banyak lagi jalan nak matikan Anwar! Cuma Kerajaan tidaklah sejahat minda Anwar untuk menganiaya orang meskipun Anwar sering memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Pada saya, Anwar sudah hampir "checkmate". Dia sedang menghabiskan sisa-sisa masanya. Sungai Buloh kembali melambai-lambai Anwar, Segambut pula sudah menghalau Anwar keluar. Kali ini, pendakwaan sangat konsisten, mampukah Anwar membohong rakyat lagi? Dan apakah rakyat akan terus membiarkan diri mereka tertipu lagi?

Kita tunggu hingga ke akhir perbicaraan kelak...

Monday, April 25, 2011

Macamana DNA Anwar ada dalam bontot Saiful nih..??? Kompius aku..!!!


Aisey mannnn...!!! Macamana ni? Macamana pulak DNA Anwar ada dalam bontot Saiful ni??? Ni yang aku kompius ni...tak masuk dek akal!

At the first place, tentu la peguam Anwar dan Anwar sendiri akan deny benda tu. Takkan diorang nak ngaku kot? Gila ke apa? Kalau betul pun, diorang takkan ngaku punya. Bodoh la kalau diorang ngaku! Cari nahasss?

Ye la. Macam-macam cara DNA tu boleh masuk dalam bontot Saiful. Contohnya, mungkin Saiful masukkan sendiri DNA tu dalam bontot dia. Tapi, mana dia dapat DNA tu? Dia mintak dengan Anwar ke? Atau DNA tu Saiful mintak dari Kak Wan? Atau DNA tu Saiful dapat dari "china doll"?

Apa alasan Anwar & peguamnya untuk deny facts? Itu bukan bukti "orang", "orang" boleh menipu, tapi analisis kimia takkan menipu! Tapi saya rasa, diorang akan attack kreadibiliti orang yang buat test kimia tu! Mungkin?

Nasib baik la Anwar tu kaya raya, boleh hire lawyer putar alam yang paling "terer" (kononnya la!). Tentu mahal Anwar bayar! Mana dia dapat duit bayar Karpal and the gang? Dah tu kejap-kejap pergi oversea, kejap-kejap pergi oversea.

Kaya betul Anwar! Tu dah kena penjara bertahun kat Sungai Buloh, kalau tak kena sumbat dulu tentu lebih kaya raya dari Bill Gates! Mana dia dapat duit banyak-banyak? Dia kerja apa sampai jadi kaya camtu?

Saya fikir, kalau orang biasa yang di dakwa kes macam ni, dah lama dah kena terajang masuk jail! Tapi oleh kerana yang kena dakwa tu Anwar, kes di dah berjaya ditangguh lebih dari 50 kali! Peergghh...hebat betul putar alam lawyer Anwar.

Tu pun ramai lagi bongok-bongok yang percaya? Diorang rasa diorang "genius", tapi tak sedar diorang dah kena kencing hidup-hidup dengan Anwar!

Jangan lambat-lambat kan hak anda, undilah segera..!!!


Vote cepattt...!!! Sebelum peti undi dihanyutkan Anwar ke dalam Sungai Klang..!!!

Jangan vote lewat-lewat, kerana risau line congested. Jangan tiru style orang bayar saman, diorang memang suka bayar lewat-lewat sebab lepas tu boleh bagi alasan "tak sempat".

Vote je mana yang berkenaan. Maybe video tu tak perlu ditayangkan pada umum? Korang decide lah sendiri...

Lepas tu kita kasi tau Anwar, apa kehendak rakyat yang teringin nak tengok video dia "berkelamin"!

Vote..jangan tak vote..!!! Kedudukan terkini, YA 305, TIDAK 26....!!!

Sunday, April 24, 2011

Cuba Fikir..!!! Antara Bob Lokman dan Mamat Khalid, siapa lebih ber"akal"..???



Hari ini dunia hiburan dan politik negara diberitakan dengan penyertaan pengarah terkenal, Mamat Khalid, memilih UMNO sebagai wadah perjuangan politiknya. Pengarah filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" itu ternyata yakin dengan kemampuan UMNO dan BN untuk memakmurkan kehidupan rakyat.

Jika ditonton filem-filem Mamat Khalid, selalunya filemnya berbentuk komedi yang berisi "moral sinis" dan menceritakan tentang kehidupan realiti sosial rakyat Malaysia. Meskipun kadang-kadang kelihatan "mengarut", namun saya melihat keunikan itu ternyata berisi mesej tersendiri untuk penonton. Biasalah, jiwa orang seni berkomedi kadang-kadang agak sinikal untuk ditafsirkan...

Jika dibandingkan "otak" Mamat Khalid dan "otak" Bob Lokman, tentulah tiada bezanya. Yang berbeza ialah "akal" mereka. Akal mereka berdua jauh berbeza. Mamat Khalid jelas jauh lebih berakal berbanding Bob Lokman. Penilaian ini bukan hanya kerana sokongan politik, di sudut seni pun Bob Lokman kalah teruk berbanding kehebatan dan pengiktirafan yang diterima Mamat Khalid.

Bok Lokman seorang pelawak. Namun lawaknya hanya sebaris dengan lawak standard RTM dan senario. Lawak kosong, lawak "skema" dan lawak bodoh. Mungkin kerana itu Bob selalu keluar di RTM dan kadang-kadang saja dijemput untuk menjadi pengacara tambahan program TV, itu pun mungkin sebab bayaran murah.

Berbanding dengan Mamat Khalid, lawaknya ada "class" yang tersendiri. Sebut saja "hantu kak limah", nama Mamat Khalid akan meniti dibibir. Lihatlah bagaimana Bro Mamat "mengasuh" Awie di dalam filem-filemnya. Dari seorang yang kelihatan ganas dan brutal, Mamat Khalid berjaya mem"potray" Awie sebagai seorang yang "jiwang meleleh" dan selamba rock lawaknya. Itulah kehebatan sentuhan Mamat Khalid. Meletop!

Masuk bab politik, Mamat Khalid ternyata lebih memikirkan tentang persekitaran, sosial masyarakat dan tabiat budaya rakyat Malaysia berbanding Bob Lokman yang hanya selalu mempraktikkan lawak slapstik dan "spastik". Mungkin penjiwaan itulah yang membentuk corak pemikiran dua tokoh seni lawak ini.

Bob memilih PAS dan Mamat memilih UMNO. Itu hak individu dan tidak boleh dipertikaikan. Namun pilihan itu mentafsir dan menterjemahkan perbezaan di antara Bob Lokman dan Mamat Khalid. Pada pandangan pembaca sekalian, siapa di antara mereka yang lebih "berakal"? Bok Lokman atau Mamat Khalid?

Fakta terkini PRU13..!!! Kaum Cina tak salah, yang salah ialah MCA dan Gerakan..!!!


Sokongan masyarakat Cina kepada DAP bermula selepas pilhanraya 2004, ketika di zaman pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Keyakinan masyarakat Cina beralih arah kepada DAP setelah melihat kepimpinan Pak Lah yang lemah dan gagal mentadbir dengan baik meneruskan legasi kepimpinan Tun M.

"Swing vote" masyarakat Cina dari BN kepada pembangkang, terutamanya DAP, pada PRU-12 lalu merupakan titik tolak BN kehilangan undi dari mereka. Lantaran itu, kita melihat MCA dan Gerakan kalah teruk di"belasah" pengundi Cina, meskipun sebenarnya DAP tidaklah sekuat mana.

Ketika itu, rata-rata analisis politik menuding jari kepada "Pak Lah dan menantu" sebagai faktor penyebab utama "tsunami politik" berlaku di negara kita. Meskipun ada pihak yang "terperasan" akan kesusutan undi dari masyarakat Cina, namun dakwaan itu disangkal, dan UMNO dipersalahkan atas kemenangan paling buruk BN selepas 1969.

Meskipun kini UMNO sudah kembali gagah perkasa dan mendapat sokongan kuat dari majoriti Melayu dan bumiputera lain, trend undi di PRK-PRK dan Pilihanraya DUN Sarawak jelas menunjukkan bahawa BN masih gagal mendapat undi kaum TiongHua. Di mana silapnya?

Saya baru-baru ini kerap meluahkan kekecewaan dan mengkritik keras MCA dan Gerakan, yang pada saya masih "lena" seperti Pak Lah. MCA dan Gerakan pada saya, gagal menyelami intipati transformasi untuk diterjemahkan kepada bangsa Cina di seluruh negara, termasuk SUPP di Sarawak.

Namun, kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok, yang mengatakan bahawa "masyarakat Cina hanya melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memilih DAP" sememangnya benar dan tidak boleh disangkal. Itu hak masyarakat Cinalah untuk memilih parti mana yang mereka suka ketika pilihanraya. Masyarakat Cina tidak perlu dipersalahkan dalam hal ini.

Pada saya, yang perlu dipersalahkan dalam hal ini ialah MCA dan Gerakan. Sebab itu dari awal lagi saya mem"belasah" MCA dan Gerakan. Malah dari awal lagi saya mencabar kedua-dua parti itu untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina dalam tempoh 2 hingga 4 bulan!

Saya hanya melahirkan rasa kesal saya dengan sikap masyarakat Cina yang seakan-akan "buta" dengan transformasi dan gagasan 1Malaysia yang jauh lebih realistik dan terbaik berbanding pembohongan "buku 555" yang berwarna "jingga", menjanjikan "bulan dan bintang"!

MCA dan Gerakan perlu bertanggungjawab di atas hilangnya sokongan masyarakat Cina kepada BN. UMNO sudah gagah dan mantap. MIC pula sudah bertambah baik keadaannya. Yang tinggal hanyalah MCA dan Gerakan yang masih "lena" tanpa menunjukkan sebarang perkembangan positif untuk BN.

Sokongan masyarakat Cina semakin teruk terhadap MCA setelah Chua Soi Lek memegang tampuk kepimpinan MCA. Soi Lek yang sememangnya "buruk berparut" dengan krisis moral, dilihat gagal mendapatkan kembali sokongan majoriti kaum Tiong Hua sehingga kini.

Nama partinya ialah "Malaysia Chinese Association" atau lebih dikenali sebagai MCA dikatakan bertindak sebagai "parti terbesar yang disertai dan disokong majoriti warganegara Malaysia berbangsa Cina". Namun begitu, kekalahan MCA pada PRU12 yang lalu jelas menunjukkan bahawa MCA boleh dirujuk sebagai "parti terbesar keahliannya dan tidak disokong oleh majoriti masyarakat Cina".

Gerakan juga sebelum ini menjadi sebuah parti yang meraih sokongan kuat dari masyarakat Cina, khususnya di Pulau Pinang, dan turut kalah teruk di Pulau Mutiara itu hingga menyebabkan negeri itu berjaya dijajah oleh DAP dan rejim Guan Eng.

Meskipun kalah, Koh Tsu Koon masih tidak malu untuk memegang jawatan "Menteri KPI", jawatan yang sengaja dicipta baru oleh PM untuk "memberi muka" kepada Gerakan. Bagaimanapun, melihat gaya dan cara Gerakan sejak PRU12 hingga sekarang, parti itu "tidak memberi muka" pun pada PM dan BN untuk berusaha dan meraih kembali sokongan masyarakat Cina.

MCA dan Gerakan tidak lagi menjadi pilihan masyarakat Cina yang "melaksanakan hak demokrasi" mereka. "Dengan nama DEMOKRASI", masyarakat Cina memilih DAP dan pembangkang. Jadi, apa fungsinya MCA dan Gerakan di dalam BN? Apakah pemimpin MCA dan Gerakan yang ada cuma berpura-pura bertahan bersama parti itu semata-mata untuk mendapat kuota menteri di dalam Kerajaan BN?

Cuba lihat contoh sikap pemimpin MCA yang gagal mendapat tempat di dalam pucuk pimpinan parti itu. Misalnya Chua Jui Meng yang dulunya Menteri Kesihatan. Setelah kalah bertanding di MCA dan hilang jawatan utama, dia memilih untuk keluar dari parti MCA dan menyertai PKR.

Malah sebelum Jui Meng keluar MCA, mereka sempat "bermesyuarat", kononnya untuk memujuk Jui Meng. Namun ketika Jui Meng keluar MCA, wajah pemimpin-pemimpin MCA tersenyum manis, seolah tiada kekesalan pada tindakan Jui Meng keluar parti. Apakah mereka menghormati keputusan Jui Meng atau gembira Jui Meng menyertai "sahabat gelap" mereka?

Kenyataan Loh ternyata mencerminkan ketidakikhlasan MCA di dalam pakatan BN. MCA bagaikan tidak menerima kritikan dan teguran sinis yang dilontarkan pada mereka. Sudahlah tidak mengaku salah silap sendiri, dimarahnya pula si penegur. Sudahlah tidak mengaku lemah, di"kung fu" pula mereka-mereka yang cuba menguatkan MCA kembali.

Jika beginilah sikap parti-parti komponen yang mewakili bangsa Cina di dalam BN, jangan melenting pula sekiranya BN tidak memberikan kerusi DUN dan Parlimen sebanyak dulu. BN perlu mengkaji semula pengagihan kerusi dikalangan parti untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 BN pada PRU-13 kelak. Jangan tersinggung jika kerusi untuk MCA dan Gerakan susut mendadak!

Seperkara lagi, sekiranya Allah mentakdirkan BN diberi mandat lagi untuk mentadbir negara ini, jangan pula mengamuk tidak diberikan jawatan di dalam jemaah Menteri Kabinet. Buktikan dulu komitmen MCA dan Gerakan, barulah bangsa Cina ada suara di dalam Kerajaan BN. Itu muktamad, tiada tolak ansur lagi.

Amacam MCA? Amacam Gerakan? Berani terima cabaran ini???

Undi...sila undi cepat...peti undi semakin meletop..!!!


Undi...Undi...setuju atau tidak video seks 20 minit ditayangkan pada umum??? Sila undi di sebelah kanan/atas pada blog ini...

Undi semakin meningkat...siapa yang belum mengundi sila tunaikan "tanggungjawab" masing-masing. Perhatian...undi ini tidak ada had umur dan tidak perlu mendaftar di Suruhanjaya Pilihanraya....!!!

Silakan...nyatakan pendirian anda...apakah benar dia Anwar? Atau dia hanya sekadar "lelaki bertuala putih"?

Undi anda, pilihan anda. Itu hak anda sebagai rakyat yang mahukan kebenaran...!!! Hentikan spekulasi...

Terkini dan panasss..!!! The Blog House sudi bantu cari jam tangan Omega..!!!


Presiden "The Blog House", Syed Akhbar Ali yang menganjurkan Persidangan Blogger-Blogger Malaysia Rantau ASEAN hari ini memberitahu bahawa rangkaian blogger tersebut sedia membantu bagi mencari jam tangan berjenama "Omega" milik Ketua Pembangkang yang dikatakan "hilang" baru-baru ini.

Syed Akhbar yang juga pemilik blog OutSyedTheBox berucap dihadapan 300 blogger Malaysia dan rantau ASEAN menyatakan bahawa beliau percaya dengan pertolongan blogger-blogger yang hadir, sudah tentu memudahkan "cara" untuk menemui kembali jam tangan yang hilang itu.

Sehingga kini, stasus jam tangan "Omega" milik Anwar masih menjadi misteri apabila Eskay menyatakan bahawa jam tangan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa, manakala Anwar bermati-matian menyatakan bahawa jam tangan tersebut berada di dalam simpanan isterinya.

Bagaimanapun, Anwar dan isterinya masih gagal membuktikan kewujudan jam tangan tersebut berada di dalam simpanan mereka meskipun sudah berminggu-minggu rakyat menanti kelibat jam tangan "Omega" tersebut ditayangkan pada umum.

Meskipun status jam tangan tersebut dikatakan tidak penting bagi membantu siasatan pihak polis, namun ianya SANGAT PENTING bagi rakyat yang ingin tahu tentang kebenaran.

Seluruh rakyat Malaysia yang mahu kebenaran ditegakkan di negara ini mendesak agar Anwar atau isterinya menunjukkan jam tangan tersebut bagi menghilangkan "resah gelisah" dan spekulasi yang menggila tentang skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

"Mahkamah Rakyat" sedang menunggu jawapan dari "Pemimpin Anugerah Tuhan"!

Tun M dan Azizan Razak bersatu demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, apa kata Anwar dan Karpal..???


Saya terbaca di sini tentang sebuah majlis anjuran Perkasa Kedah yang akan menyatukan negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, di atas satu pentas. Lantas terfikir dibenak saya, apakah reaksi Anwar dan Karpal melihat Azizan Razak bersatu bersama musuh seumur hidup mereka, Tun M?

Sebagaimana kita tahu, Tun M tidak pernah memilih pentas asalkan tujuan dan niatnya tercapai. Sama ada dipentas BN mahupun pembangkang, Tun M akan tetap hadir untuk menjayakan agendanya "yang belum selesai". Pastinya perkara ini bakal menjadi buat mulut pembangkang, terutamanya PKR dan DAP yang sememangnya "tidak sebulu" dan tak suka dengan Azizan Razak!

Majlis tersebut bakal menyaksikan Tun M sebagai penyampai ucaptama dan Ustaz Azizan turut akan berucap di majlis berkenaan, mungkin di atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Kedah.

Meskipun dikhabarkan pada mulanya Perkasa Kedah agak keberatan untuk Ustaz Azizan berucap sama di majlis berkenaan, namun setelah pihak Tun M menyatakan bahawa pihaknya tidak punya masalah dengan hal tersebut, Perkasa Kedah dikatakan bersetuju untuk memberikan satu slot kepada Menteri Besar itu berucap sama.

Sebagaimana yang kita tahu juga, Ustaz Azizan "lain macam" sedikit "style"nya. Azizan ada "angin kus-kus"! Namun, sifat "KeMelayuan" yang ada pada Ustaz Azizan agak tebal berbanding pemimpin PAS lain. Apatah lagi jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang lebih rela dilahirkan dengan berbangsa lain selain Melayu.

Setahu saya lagi, perhubungan antara Tun M dan Azizan agak mesra kerana mereka adalah "politician lama", "sekole, sekapai" kata orang Kedah! Selain itu, Azizan juga agak rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Mungkin kerana itu, Azizan cuba "sayang" pada orang UMNO Kedah dan layan orang PAS "macam anak tiri"!

Berkenaan majlis berkenaan, saya melihat kerjasama dan persetujuan kedua pihak, Tun M dan Azizan Razak, dilihat perkara yang agak "mengujakan". Azizan pernah memujuk Tun M untuk menjadi penasihat ekonomi Kedah ketika PAS Kedah berjaya menjajah negeri itu pada PRU12 yang lalu. Namun pujukan tersebut ditolak secara halus dan baik oleh Tun M.

Pujukan Azizan terhadap Tun M menunjukkan bahawa MB Kedah itu sangat kagum pada kebolehan Tun M dalam hal ehwal ekonomi, berbanding Anwar yang menjadi "punahsihat" kewangan Selangor dan menyebabkan tabung Kerajaan Selangor hampir "kering"!

Justeru itu, adalah amat menarik untuk menghadiri majlis ini bagi mendengar kedua tokoh berlainan fahaman politik ini berucap pada suatu majlis yang menguntungkan Melayu di Kedah.

Meskipun saya tahu bahawa adalah amat mustahil untuk Azizan Razak untuk menyertai UMNO, namun jauh disudut hati penulis ada juga berdoa untuk Azizan memilih UMNO dan berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu sebelum bertemu Allah.

Apatah lagi setelah saya tahu bahawa Azizan sedang cuba digulingkan oleh gerakan-gerakan berniat jahat beberapa pemimpin PAS Kedah. Musuh-musuh Ustaz Azizan lebih bersemangat untuk mengais Azizan ke tepi, namun mereka tidak berani berbuat demikian dihadapannya sekarang. Bak kata Ustaz Azizan sebelum ini, "mai la kalau berani...depa takdak teloq"!!!

Sumber dari: myKMU.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!