Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 23, 2011

Budak-budak Pro M tak dapat kolej, itu pun nak ngadu kat Harakah..?!!!


Harakah Daily hari ini melaporkan seramai 40 orang mahasiswa, termasuk 9 orang ahli "Pro M" di UPM telah di"singkir"kan dari kolej kediaman masing-masing pada sesi pembelajaran akan datang.

Harakah Daily sengaja menggunakan perkataan "disingkirkan" bagi menunjukkan betapa zalim dan kejamnya penguruan kolej di UPM terhadap 9 orang ahli "Pro M", yang merupakan penyokong totok parti politik pembangkang.

Kemudian, Harakah cuba memburuk-burukkan pengetua kolej kediaman di UPM dengan mendakwa beliau sengaja meng"hilang"kan diri bagi "mengelak" disoal jawab berkenaan isu "tak dapat kolej" tersebut.

Pandai sungguh puak-puak Harakah bermain kata-kata! Harakah cuba mempotray seolah-olah pihak pengurusan kolej di UPM itu semuanya zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Padahal, sudah menjadi kebiasaan bagi setiap kolej di mana-mana universiti tempatan untuk mengutamakan tempat kediaman bagi pelajar baru "freshies"!

Saya percaya, ramai bekas-bekas pelajar universiti awam pernah mengalami pengalaman "tidak dapat kolej" ketika bergelar mahasiswa dahulu. Namun, pihak universiti sentiasa membantu mahasiswa untuk mendapatkan kediaman yang sesuai di sekitar universiti dan memberikan keutamaan kepada pelajar dari keluarga yang tidak berkemampuan sekiranya mereka mengemukakan rayuan kepada pihak HEP.

Justeru itu, tuduhan oleh Harakah dan 9 pelajar "Pro M" ini jelas berniat jahat bagi memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi Kerajaan. Lagipun, hanya 9 orang saja dari kalangan pelajar "keldai" pro pembangkang yang tak dapat kolej. Itu pun nak kecoh?

Pada penulis, pelajar-pelajar "Pro M" ini sewajarnya tidak diberikan kolej, malah lebih baik dibuang saja dari meneruskan pelajaran di universiti awam Kerajaan. Ini memandangkan sikap "attitude" mereka yang mengada-ngada, tidak mengenang jasa, tidak tahu berbudi, melanggar peraturan AUKU dan sering membuatr kecoh di universiti masing-masing!

Jika dahulu Ibrahim Ali, Anwar dan ramai lagi pelajar boleh di ISA dan disumbat ke Kem Tahanan Kamunting, mengapa pula budak-budak hingusan "Pro-M" diberi muka dan kelebihan. Mereka patut bersyukur tidak di"ISA"kan kerajaan!

Panasss di Kedah..!!! Kerana Politik dan Wang, Kepentingan Rakyat Kedah ditolak ketepi...!!!


Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak mempertahankan keputusannya untuk meminta bayaran penuh hasil cukai tanah UUM di Sintok, meskipun pihak Universiti itu telah memohon "rebate" sebanyak 6 kali!

Sebagai sebuah universiti yang menawarkan kursus pengajian tinggi dan pusat ilmu kepada rakyat, UUM bukanlah sebuah institusi yang berorientasikan pada keuntungan wang ringgit.

UUM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam bagi memberikan perkhidmatan pengajian sebagai melunaskan tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat bagi meningkatkan taraf penguasaan ilmu dan melahirkan generasi berilmu di negara ini.

Sebelum ini, untuk menyokong ketamadunan ilmu dikalangan rakyat, Kerajaan BN Kedah telah memberikan "rebate" cukai tanah kepada UUM dan universiti itu hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Tindakan Kerajaan BN ini adalah bertujuan bagi menjelaskan tanggungjawab, menyokong dan menggalakkan budaya ilmu di kalangan rakyat, khususnya rakyat Kedah.

Namun begitu, keputusan Azizan Razak untuk membatalkan "rebate" tersebut amatlah dikesali. Kerajaan Azizan Razak ini jelas mempraktikkan keuntungan dan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat terhadap keperluan kewujudan universiti awam di negeri Kedah.

Tidakkah Azizan terfikir mengenai kelebihan kewujudan UUM di negeri Jelapang Padi itu? UUM telah menyediakan pusat ilmu yang terkemuka kepada rakyat, khususnya anak-anak Kedah. UUM telah memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Kedah. UUM telah meningkatkan ekonomi di sekitar Sintok, misalnya pekan Changloon yang semakin meriah aktiviti ekonominya.

Tidakkah Azizan rasa bersalah dengan membebankan sebuah universiti awam hanya disebabkan pertikaian dan tidak sama fahaman politik dengan Kerajaan Pusat? Hanya kerana politik sempit, Azizan kurang bijak dengan menyekat kelonggaran yang sebelum ini diberikan kepada insitusi pengajian bebas politik tersebut.

Lebih mengecewakan, Azizan begitu angkuh meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan UUM kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk diuruskan. Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak punya wang, serahkanlah UUM pada Kerajaan PAS Kedah untuk menguruskan universiti berkenaan.

Padahal, Kolej Universiti Insaniah di bawah Kerajaan Negeri Kedah pun kucar hacir dan huru hara. Budak-budak maahad tahfiz yang selama aman menghafaz Al-Quran di depan Masjid Sultanah Bahiyyah pun memberontak berdemo membantah KUIN. Berdasarkan rekod ini, apakah kreadibiliti yang ada pada Kerajaan Negeri Kedah untuk menguruskan UUM?

Kerajaan Kedah sendiri begitu terdesak mengisi kantung perbendaharaan negeri yang gagal diuruskan dengan baik. Bagaimana nak menguruskan sebuah universiti yang pelajarnya lebih 30,000 orang? Kerajaan PAS Kedah ternyata tidak berkreadibiliti dan tidak mampu menguruskan UUM berdasarkan "track record" yang tidak meyakinkan!

Itupun ada hati nak bersikap bongkak dan tunjuk hebat pada rakyat Kedah? Apakah tindakan Kerajaan PAS Kedah ini jelas menunjukkan komitmen Azizan Razak dan Exco terhadap "kesejahteraan" rakyat negeri Kedah?

Hanya kerana politik sempit, Azizan Razak sanggup mengenepikan kepentingan rakyat untuk menimba ilmu. Inikah contoh dan model "Daulah Islamiyyah" yang digembar-gemburkan PAS Kedah selama ini? Mundurlah umat Islam di Kedah kalau begini rupa Kerajaannya...

Sila rujuk di sini untuk menyaksikan keangkuhan PAS Kedah yang mengenepikan kepentingan ilmu demi wang ringgit..!!!

Terkini..!!! Mesti baca..!!! PAS bakal ceraikan PKR dan DAP, tak rela di”jubor”kan lagi..???


Sebagaimana yang saya beritakan sebelum ini, kebanyakkan pucuk pimpinan PAS Pusat mahupun negeri kini meragui status kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan partinya setelah pelbagai skandal dan masalah yang mendedahkan tentang “siapa Anwar Ibrahim di sebalik tabir”.

Memandangkan tembelang Anwar yang sebenar semakin terbongkar di mata rakyat, PAS melalui Setiausaha Agongnya, Mustapha Ali, mengumumkan bahawa PAS bakal mengkaji semula kedudukan parti itu sama ada akan terus bersama PKR dan DAP di dalam pakatan pembangkang atau menarik diri dari pakatan tersebut.

Tindakan mengkaji semula kedudukan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu bakal dilakukan selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada pertengahan tahun ini, di mana sebuah majlis syura akan membincangkan tentang perkara ini.

Nampaknya, jodoh PAS tidak panjang dengan PKR dan DAP. “Threesome” yang begitu songsang diperkatakan oleh UMNO dan BN akhirnya diakui oleh PAS. Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. Dan PAS nampaknya sudah tidak tahan “diperkosa bergilir-gilir” tanpa rela bakal mengambil keputusan menarik diri dari permainan “luar tabii’ tersebut.

Sebenarnya, PAS bukan tidak tahu tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Gelaran “Al-Juburi” telah dicipta oleh Naib Presiden PAS sebelum Anwar dipecat dan didakwa oleh Kerajaan lagi. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri apabila Mat Sabu mempopularkan gelaran itu. Seharusnya Mat Sabu tahu apa maksud “Al-Juburi”!

Bukan sekadar liwat, PAS sudah lama berdendal dengan Anwar. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, apa yang tidak di maki Anwar pada PAS? Teruk PAS dimaki, dipermainkan, dipersenda dan dihina oleh Anwar, malah Nik Aziz sendiri pernah digelar “wali selipar/terompah” oleh Anwar.

Kembali kepada sejarah, Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan sering menempelak Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz secara sinis, makan dalam, dengan menyifatkan negeri itu sebagai mundur, pemalas dan tidak berhemat dalam perbelanjaan kewangan. Anwar ‘belasah’ Kelantan bagai budak kecil baru menyusu. Pasti orang-orang lama PAS Kelantan masih ingat, bukan?

Pembabitan Anwar yang pernah bersahabat baik dengan tokoh judi nombor ekor, Nallakarupan, yang menjadi sumber kewangannya dahulu turut menjadi buah mulut dikalangan pemimpin PAS untuk memerli Anwar. Apatah lagi status Anwar yang bersahabat dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara seperti Soros, Wolfowitz, dan sebagainya, lagilah menambah gelisah pemimpin PAS. Apa yang nak dijelaskan pada akar umbi PAS tentang perkara itu?

Lantaran itu, tabiaat Anwar yang suka menipu di sana sini, temberang sana sini dan “style” politiknya yang keji dan jijik turut menyumbang kepada keraguan PAS terhadap pemimpin “anugerah Tuhan” itu. Isu ’16 September’ sangat memalukan PAS dan DAP. Anwar dilihat sangat keji apabila cuba mengejar sekumpulan Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan cuba memujuk mereka untuk melompat parti membuatkan PAS dan Karpal Singh berang.

Karpal dalam kenyataannya mendesak Anwar untuk segera “bertaubat”. Sungguh memalukan apabila seorang muslim yang digelar “Pak Syiekh” diminta untuk bertaubat oleh seorang kafir harbi seperti Karpal Singh! Namun, Anwar tetap selamba, tak tahu malu dengan tindakannya itu dan cuba menegakkan benang yang basah.

Kemudian, PAS dimalukan lagi dengan dakwaan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari. Tindakan Anwar yang lari masuk berlindung di Kedutaan Turki pada hari Saiful melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa sangat meragukan PAS. Mengapa Anwar perlu lari bersembunyi, sedangkan siasatan belum lagi bermula? Nampak sangat Anwar tertekan dengan kesalahan sendiri.

Selepas itu, timbul pula kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar. PAS tahu bahawa Eskay yang menjadi sumber video tersebut adalah sahabat baik Anwar yang menguruskan hal berpoya-poya Anwar setelah Nallakarupan menarik diri dari terus di’balaci’kan Anwar. Pengesahan atas kesahihan video tersebut yang menunjukkan bahawa “lelaki bertuala putih” itu sepadan dengan struktur tubuh Anwar begitu memalukan PAS yang selama ini membela Anwar.

Apatah lagi dengan isu jam tangan “Omega” yang dikatakan Anwar masih berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, gagal dibuktikan sehingga hari ini. Kreadibiliti Anwar semakin kuat diragui oleh pucuk pimpinan PAS. PAS semakin terdesak untuk mengkaji semula hubungan “intim” mereka bersama pakatan PKR dan DAP dalam mengejar kuasa politik. Akar umbi semakin memberontak mendesak PAS keluar dari pakatan haram Anwar dan Karpal!

Sedang keadaan semakin kalut, PAS semakin terkejut dengan pendedahan eksklusif Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa dakwaan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan isterinya merupakan fitnah terancang oleh Anwar. Menurut RPK, dia ditekan oleh beberapa tokoh pembangkang, termasuk Anwar, untuk membuat surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menghalang Najib dari menerima peralihan jawatan dari Pak Lah kepada beliau.

Pengakuan ini sama sekali membunuh kepercayaan majoriti pucuk pimpinan PAS terhadap Anwar Ibrahim. Kini, Anwar hanya menaruh harapan kepada sokongan Nik Aziz melalui proksi erdogannya Husam Musa untuk meneutralkan keadaan dan mengekalkan PAS di dalam pakatan haram.

Perkara yang paling PAS tak tahan dengan PKR dan DAP ialah dasar perjuangan PAS yang sering diketepikan sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP. PAS di”keldai”kan begitu saja. PAS dimalukan dengan selamba tanpa rasa bersalah. PKR dan DAP hanya ketawa berdekah-dekah melihat PAS terkial-kial menenangkan resah gelisah penyokong PAS yang memerlukan penjelasan mengenai “suara PAS” yang dibisukan dalam perkongsian kerajaan pakatan haram itu. PAS begitu dipermainkan seperti budak hingusan. Kalau tak percaya, tanya Azizan Razak!

Disebabkan itulah maka kini dilihat golongan erdogan begitu aggresif bersaing untuk menguasai PAS pada pemilihan parti itu kali ini. Sekiranya erdogan mampu menang, maka PAS akan kekal bersama pakatan PKR dan DAP, dan sekiranya Hadi terus menjadi Presiden maka dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar PAS akan bermufarakah bercerai talak tiga dengan PKR dan DAP.

Apapun, kita tunggu saja apa yang berlaku pada muktamar PAS yang bakal berlangsung kelak. Kita tidak punya sebarang hak untuk menentukan masa depan PAS. Biarlah PAS yang menentukan hala tujunya sendiri. Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP men”jubor bontot” mereka lagi. Dan sekiranya PAS berkeputusan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, maka PAS akan kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair.

Wallahu’alam.

Sumber ehsan: MyKMU.net

Parpukari dikerumuni peminat...???!!!


Inikah Bro Parpu yang dikatakan menyamar sebagai "Imam Besar Masjidil Haram"???

Perghhhh...sampai hati hang Parpu tak bagi tau hang reti cakap arab..!!! Dah taraf mufti dah Parpu nihhh....heheheheeeeee....

p/s: jangan marah bro..gurau jaaa...tapi kalau betul Parpu jadi "ustaz" pun apa salahnya? Kan? Kan? Kan..?

Deyyyy Anwarrrr...Bila mau jawab aaaa??? Sana sini lari juga..cari amoi kaaa???


Deyyyy Anwarrrr Sivaji Da Boss..!!! Itu hari cakap mau jawab pasal itu RPK punya statement lepas Pilihanraya Sarawak jugaaaa....

So sekarang itu pilihanraya Sarawak sudah habis...bila lagi you mau jawab itu perkara???!!!

RPK sudah kasi pecah you punya lobang rahsia...dia ada kata you ini bapa fitnah Malaysia juga...kasi huru hara mau jadi PM punya pasal, you sudah kasi fitnah sama Datuk Seri Najib...bukan dia sorang juga, sama itu Datin Seri Rosmah pun you kasi fitnah...

So, bila you mau explain ini hal? Asyik sebok lari dari topik kaaaa??? Lari sana lari sini...bukan orang tak tau you punya favorite...you sebok pergi cari amoi ka??? Deyyy...kasi jawab dulu laa...lepas itu boleh cari amoi juga apa...!!!

- Labu bin Kundur

Bila erdogan menguasai golongan ulama' PAS...


Puak-puak penganut ajaran PAS sedang sebok bermesyuarat ketika ini. Masing-masing sebok melobi sana sini. Ada yang melobi untuk YB itu YB ini, ada yang melobi untuk Pak Syiekh itu Pak Syiekh ini. Pendek kata, masing-masing sebok nak naikkan "boss" masing-masing.

Di kalangan penganut ajaran PAS, tidak pernah berlaku budaya "politik wang" atau "rasuah politik" sebagaimana yang mereka dakwa berlaku di dalam UMNO. Budaya yang ada pada PAS lebih dikenali sebagai "wang sumbangan", "sedekah jariah", "sumbangan ikhlas", "derma", dan banyak lagi terma-terma yang menggunakan istilah arab dan Islam.

Kononnya, istilah itu akan meng"halal"kan wang yang mereka jolok dan terima sebagai pertukaran sokongan undi untuk memilih jawatan di dalam PAS! Menurut rakan-rakan PAS yang dihubungi di sekitar Lembah Klang, Kedah, Perlis, Penang, Perak dan Kelantan, "wang sumbangan" sedang bertaburan di sana sini...

Paling menarik, gerakan untuk menjatuhkan Hj Hadi dari kerusi Presiden PAS sudah semakin kuat dan lantang. PAS cawangan Bukit Bintang misalnya telah mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, dan menurunkan taraf Hj Hadi kepada Timbalan Mursyidul AM PAS, kiranya macam "assistant" Nik Aziz lah!

Paling teruk, propaganda kempen untuk menjatuhkah Presidan PAS itu menyifatkan Hadi sebagai "liabiliti" kepada PAS, sebagaimana Pak Lah kepada UMNO dahulu! Tak sangka martabat Hadi dihina sebegitu teruk oleh juak-juak yang beragenda rahsia tersebut.

Bagitu juga dengan kedudukan Ustaz Harun Din yang semakin terpinggir kerana sering berseteru fatwa dengan "dewataraya" PAS, Nik Aziz. Mungkin Harun Din hanya akan diserap masuk ke Dewan Ulama PAS sebagai AJK biasa sahaja.

Selain itu, kedudukan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula semakin terancam di dalam pucuk kepimpinan PAS. Jawatan Timbalan Presiden PAS turut dikaitkan dengan Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang mengejar jawatan tersebut.

Jika kita melihat senario pemilihan PAS kali ini, jelas sekali ia menunjukkan bahawa ERDOGAN sudah mula menunjukkan taringnya yang sebenar. Boleh dikatakan majoriti golongan ulama dan pro-ulama PAS menerima serangan hebat dan cuba dijatuhkan oleh pihak erdogan PAS.

Saya tak perlu menyenaraikan pemimpin-pemimpin erdogan PAS kerana saya yakin bahawa pembaca lebih tahu tentang siapakah mereka itu. Ternyata, setelah sekian lama menyusup masuk PAS, kini adalah masa terbaik untuk golongan erdogan meneutralkan golongan ulama PAS bagi menjayakan misi "meliberalkan' parti agama PAS itu.

Nampaknya, golongan ulama PAS akan pupus tidak lama lagi. Erdogan yang berselindung di sebalik Nik Aziz Nik Mat semakin menguasai sokongan akar umbi PAS yang sudah terpengaruh dengan anasir politik totok, ganas, kebencian dan negatif. Komrad-komrad yang dilatih ini dikatakan bersedia mencontohi "pengebom berani mati" untuk para pemimpin Erdogan PAS.

Misalnya, seorang blogger PAS, Aduka Taruna, yang dipercayai diupah oleh "boss" kumpulan Erdogan, sanggup datang dari jauh untuk bersemuka menyerang Hj Hadi dan mendesak Presiden PAS itu meletak jawatan. Meskipun dia mendakwa dibelasah oleh pengikut-pengikut Hadi, Aduka Taruna tetap bangga dengan perbuatan "bunuh diri"nya demi untuk menjatuhkan Hadi!

p/s: Teruk betul perangai juak-juak PAS! Itukah yang dimaksudkan PAS sebagai ajaran Islam..???!!!


Sumber: Klik kat sini...

Bukti Terkini..!!! Putar alam dan hasutan jahat PKR terhadap rakyat..!!!


Saya tidak faham dengan perangai buruk PKR yang suka menyemai budaya kebencian rakyat terhadap pihak Polis di negara ini. Apa saja yang tidak kena atau tindakan PDRM yang tidak menyebelahi PKR, pastinya parti itu akan memburuk-burukkan pihak yang menjaga keselamatan di dalam negara itu.

PKR seolah-olah cuba mempertikaikan kreadiliti PDRM apabila menuduh pihak berkuasa itu memperalat media di Korea Selatan menganalisis dan mengesahkan bahawa pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Pengesahan dan padanan media Korea itu sekaligus menafikan penafian PKR mengenai saiz perut Anwar yang dikatakan tidak sama dengan pelakon "lelaki bertuala putih" di dalam video tersebut.

Pelik betul! Jika PKR tidak mempercayai PDRM, mengapa Anwar dari awal kes lagi melaporkan perkara itu kepada PDRM? Anwar sendiri yang suruh PDRM siasat dan menyerahkan kes itu kepada PDRM untuk sebarang tindakan.

Namun setelah siasatan dijalankan dan sedang berjalan, PKR melalui Saifuddin Nasution tiba-tiba pula mempertikaikan hasil penyiasatan polis. Malah lebih teruk, PKR menuduh PDRM memperalatkan pula media Korea, kononnya untuk "kena"kan Anwar Ibrahim?!

Kepala hotak PKR! Mula-mula percaya dan suruh siasat. Selepas hasil siasatan itu agak memalukan Anwar dan tidak menyebelahi pemimpin "anugerah Tuhan", terus tidak percaya pada PDRM pula. Bahkan cuba menghasut rakyat untuk membenci pihak polis dengan mempersoalkan kreadibiliti mereka.

Putar belit sungguh PKR. Manusia jenis apakah yang mengepalai PKR ini? Ini bukan manusia, malah ini adalah "syaitan yang bertopengkan manusia"!

Saya melihat, tindakan PKR ini adalah satu hasutan jahat yang cuba disemai kepada pihak PDRM dan menjejaskan kreadibiliti pihak berkuasa itu pada pandangan mata rakyat di negara ini.

Sekiranya agenda busuk PKR ini berjaya, rakyat akan hilang kepercayaan mereka kepada PDRM yang selama ini bertungkus lumus menjaga keselamatan di dalam negara ini, dan akibatnya, PDRM akan terus dipandang serong oleh masyarakat.

Rakyat perlu sedar bahawa PDRM menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan politik sama ada pihak Kerajaan mahupun pembangkang. Namun dengan wujudnya tekanan dari pihak pembangkang yang cuba mempolitikkan keadaan, PDRM wajar mempertahankan kreadibiliti mereka dikalangan rakyat.

Jika PDRM tidak melakukan sesuatu untuk mencegah hasutan PKR ini, dikhuatiri akan berlaku huru-hara yang akan menggugat keselamatan dan kestabilan di dalam negara ini.

Justeru itu, saya berpendapat, pihak PDRM mempunyai kuasa penuh di dalam perlaksanaan "Akta Keselamatan Dalam Negeri" (ISA). Sebagaimana yang dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, beliau pernah mengimplimentasikan akta ini meskipun Perdana Menteri sendiri tidak mengarahkannya berbuat demikian.

Oleh itu, saya menggesa pihak Ketua Polis Negara memandang serius hasutan jahat PKR ini dan menahan sesiapa yang cuba "bermain api" di bawah akta ISA ini. PKR jangan pula marah sekiranya di"ISA"kan. Berani buat salah, beranilah tanggung! Berani berkhianat, beranilah disumbat masuk ke kem Kamunting!!!

Sumber ehsan: MyKMU.net

Anda sudah mengundi di blog ini?


Jangan lupa undi anda di sebelah kanan atas blog ini...

Sila nyatakan pendirian anda sebagai rakyat terhadap kebenaran di sebalik kisah 'gelap' Anvar Abrahiemmm...

Sehingga kini "YA" mendahului dengan 183, berbalas 17 yang menjawab "TIDAK"....

Anda semua mahu melihat video tersebut...???!!!

Edisi Aduan Rakyat..!!! ADUN PAS Kedah lupakan rakyat setelah dapat jawatan...!!!


Baru-baru ini saya ada pulang ke Kedah untuk menjengok keluarga di sana. Sempat juga saya membawa keluarga ke Tanjung Dawai untuk sesi "jalan-jalan cari makan". Ketika di Tanjung Dawai, saya turut berkenalan dengan salah seorang pengusaha bot tambang yang dikenali sebagai "Pak Din"...

Pak Din sudah lama menjadi pengusaha bot penambang di jeti Tanjung Dawai. Dia sudah berusia 61 tahun dan tinggal di Kampung Keda di seberang sana, di Pantai Merdeka. Namun kudratnya untuk mencari rezeki untuk keluarga melalui bot penambangnya masih gigih dan kuat.

Ketika bersembang "rabung" dengannya, Pak Din mengadu pada saya mengenai kesulitan yang dialami oleh pengusaha-pengusaha bot penambang di Tanjung Dawai. Menurut Pak Din, dia bernaung dibawah Persatuan Bot Penambang Jeti Tanjung Dawai.

Masalahnya, pengusaha-pengusaha bot tambang di situ agak sukar untuk mendapatkan lesen bot penambang dan tidak mendapat subsidi minyak dari Kerajaan sebagaimana yang diperolehi oleh feri-feri besar ke Langkawi.

Menurut Pak Din, masalah ini pernah berulang-ulang kali dibawa pada ADUN PAS Tanjung Dawai, YB Hamdan Mohd Khalib. Namun, meskipun telah diadukan pada wakil rakyat PAS tersebut, tiada sebarang maklum balas atau respon dari YB Hamdan.

Selepas menang bertanding di DUN Tanjung Dawai, Hamdan dikatakan "hilang"! Ada sekali dia turun berkempen ketika PRU12 dan dipohon untuk menyelesaikan masalah rakyat di jeti tersebut. Namun sehingga kini tiada khabar berita dari ADUN PAS tersebut.

Saya bertanya lagi, ada tak mana-mana pihak datang membantu menyelesaikan masalah Persatuan Bot Penambang Tanjung Dawai ini?

Kata Pak Din, ada seorang "wanita" yang berpakaian serba "pink" datang membantu. Katanya dia tinggal di Lagenda Heights di Sungai Petani dan mewakili Puteri UMNO. Kebetulan bulan lepas wanita itu datang bertanya khabar dan berjanji cuba menyelesaikan masalah di situ.

Menurut Pak Din lagi, wanita serba "pink" itu telah berusaha mengadakan kursus untuk Persatuan Pengusaha-Pengusana Bot Penambang Tanjung Dawai. Pada masa yang sama memohon lesen dari Jabatan Laut untuk mereka, selain cuba untuk berusaha memohon subsidi minyak dari Kerajaan untuk membantu mereka yang semuanya berbangsa Melayu Bumiputera.

Saya enggan bertanya siapakah gerangan "wanita serba pink" tersebut, kerana tidak mahu mempolitikkan perkara ini. Namun Pak Din ada menyebut beberapa kali nama wanita tersebut. Biarpun begitu, meskipun saya enggan memberitahu nama wanita tersebut di sini, saya yakin ramai yang tahu siapakah wanita yang Pak Din maksudkan.

Maklumlah, saya diberitahu wanita tersebut tidak digemari oleh ramai pemimpin UMNO kerana dia selalu tolong rakyat diseluruh Kedah! Jadi, tak payahlah sebut namanya, nanti orang benci dia pulak!

Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS 2011: Sebuah hipokrasi jijik..!!!


Maafkan saya kerana tak dapat tahan diri untuk ketawa apabila mendengar kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali, yang mengatakan bahawa PAS mengamalkan budaya "sopan" dalam kempen pemilihan parti itu.

Katanya, calon pemimpin yang bertanding "tidak berkempen", namun dia tak boleh nak halang penyokong-penyokong yang berkempen. Menurutnya lagi, PAS dalam pemilihan pemimpin tidak berkempen seperti mereka berkempen ketika pilihanraya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahlinya supaya menjaga tatasusila, adab sopan, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain.

Rasa loya nak termuntah pun ada bila kedua pucuk pimpinan PAS ini membuat kenyataan sebegitu "skema", kerana kita bukan tidak mengenali "trend" PAS yang sememangnya aggresif dalam apa jua kempen yang mereka lakukan selama ini.

Cikgu Pa kata calon yang bertanding tak berkempen? Betul ke ni, Cikgu PA? Tak payah tipu lah! Mungkin Cikgu PA sendiri terlepas pandang? Atau Cikgu PA cuba menyembunyikan realiti sebenar kempen secara "gelap" yang calon-calon pemimpin PAS buat sekitar pemilihan ini?

Jika calon tidak berkempen, bagaimana pula juak-juak balaci penyokongnya nak berkempen untuknya? Apakah tiba-tiba saja juak-juak pencacai penyokong Husam nak mencalonkannya sebagai pucuk pimpinan tertinggi PAS sedangkan kita semua maklum bahawa PAS hanya mahukan kepimpinan ulama. Husam pula tergolong sebagai "erdogan", adalah sangat mustahil dia tidak berkempen bagi pihak dirinya.

Kalau Cikgu Pa nak tahu, Husam sudah lama mula berkempen untuk kepentingan dirinya di dalam PAS. Husam mula berkempen pada Nik Aziz. Dia tunjuk baik dan kononnya setia pada Nik Aziz. Dia laga-lagakan pemimpin ulama PAS yang lebih senior dan menyebabkan mereka kecil hati sekaligus "tawar hati" untuk menonjolkan diri.

Keluhan ini bukan baru bagi saya kerana itulah yang diluahkan oleh golongan pro-ulama setiap kali saya bersembang dengan mereka. Setiap kali bertemu, cerita seperti inilah yang diputarkan berulang-ulang kali. Erdogan betul-betul mengecewakan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Cikgu Pa tak mampu halang penyokong berkempen? Siapa yang suruh penyokong ini berkempen jika bukan "tuan" mereka? Sebagai contoh, Pak Syiekh Kickdefella pernah mengaku menerima RM4 juta untuk menjadi alat propaganda kepada Husam Musa. Dia dibayar begitu lumayan!

Justeru itu, adalah mustahil untuknya menyerang atau menulis perkara-perkara yang tidak baik tentang Husam. Pastinya segala yang tidak baik pun akan di"spin" menjadi baik sekiranya perkara tersebut membabitkan Husam. Adakah itu Cikgu Pa maksudkan sebagai "calon tidak berkempen"?

Untuk pengetahuan Cikgu Pa, budaya PAS berkempen pada pemilihan parti mahupun pilihanraya adalah sama saja. Jika tidak, takkanlah Tuan Man Tuan Ibrahim terpaksa mengingatkan ahli-ahli PAS supaya beradab sopan dan tidak perlekeh calon bertanding?

Ternyata sekali selama ini PAS tidak beradab sopan ketika berkempen. Sudah menjadi tabiat ahli-ahli PAS sejak azali untuk memperlekeh dan memburuk-burukkan calon pihak lawan. Bukan BN saja yang menjadi mangsa akhlak mazmumah penyokong parti "terlebih Islam" PAS itu.

Sedangkan blogger-blogger PAS sendiri pun tidak mampu menjaga adab penulisan beretika untuk melobi "tuan" mereka di blog masing-masing. Apatah lagi penyokong calon yang berkempen di peringkat cawangan dan kawasan secara "direct approuch", tentulah lebih hebat dan aggresif cara kempen mereka. Takkan Cikgu Pa tak kenal perangai penyokong sendiri?

Saya masih ingat tentang seruan nasihat Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada jentera kempen pilihanraya kecil di DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu. Nasihat yang sama juga diberikan kepada jentera PAS agar bersopan dan jaga adab susila ketika berkempen.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Jentera kempen PAS mana tahu nak bersopan-santun dan menjaga akhlak mereka. Bukan setakat memaki hamun dan mencarut, bahkan akhlak mazmumah penganut-penganut agama PAS begitu terserlah di dalam tempoh berkempen pada PRK tersebut.

Justeru itu, saya menyarankan pada Cikgu Pa dan semua kepimpinan PAS supaya usahlah membuat kenyataan yang melucukan dan menipu rakyat, khususnya untuk siaran Harakah. Bukan apa, Harakah dibaca oleh seluruh penganut ajaran PAS, dan pastinya mereka akan "menjuihkan bibir" mencebik melihat betapa hipokrit dan "plastik"nya pucuk pimpinan PAS!

Sumber: myKMU.net

Friday, April 22, 2011

Terkini..!!! Anwar disahkan sebagai "lelaki bertuala putih"?


Semakin hangat spekulasi yang dikeluarkan oleh rakyat mengenai kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Dkhabarkan bahawa sebahagian pucuk pimpinan PAS Pusat turut yakin bahawa "lelaki bertuala putih" itu adalah Anwar.

Agensi Penyiaran terkemuka dari Korea Selatan turut mengesahkan ketulinan video tersebut dan mendakwa telah mengenal pasti bahawa "lelaki bertuala putih" di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Dilaporkan juga bahawa video seks tersebut telah disahkan ketulinannya oleh pihak berkuasa tempatan yang mengadakan siasatan terperinci di salah sebuah agensi pembikinan filem terkemuka di luar negara.

Bukti-bukti analisis setakat ini cukup kuat membuktikan bahawa video seks tersebut dilakonkan oleh pemimpin "anugerah Tuhan".

Meskipun begitu, Datuk T tetap bersalah dan harus dibicarakan secepat mungkin atas pendakwaan memiliki dan menyiarkan video seks, walaupun pelakonnya adalah Anwar sekali pun. Ini memandangkan rakya mahu menyaksikan sendiri kebenaran disebalik kisah pendakwaan tersebut di sudut undang-undang.

Namun pada saya, jika benar sekali pun bahawa "lelaki bertuala putih" itu adalah Anwar Ibrahim, juak-juak penyokong PKR dan PAS tetap akan menafikan fakta tersebut. Ini adalah memandangkan sokongan mereka yang membuta tuli dan takkan goyah meskipun mata mereka sendiri melihat Anwar "menjubor" dihadapan mereka.

Misalnya, Saifuddin Nasuition kini sedang giat melakukan propaganda menjatuhkan kreadibiliti Agensi Penyiaran Korea yang mengesahkan bahawa "lelaki bertuala putih" itu adalah Anwar. Saifuddin mendakwa bahawa Agensi Penyiaran Korea itu adalah "agen UMNO" dan "agen Kerajaan"???!!!

Bodoh betul cara Saifuddin melakukan propaganda. Buta-buta saja dituduh agen UMNO/Kerajaan BN! Padahal, tidak ada sebarang kena mengena pun! Apa dia fikir UMNO dan Kerajaan Malaysia sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah di mata media Korea dan luar negara? Bodoh betul tindakan Saifuddin.

Itupun dilantik sebagai "pakar strategi" PKR? Ini bukan pakar "strategi" namanya, ini adalah pakar "pembohong", "penipu", "pemutar alam" dan "propaganda bodoh"! Harap PKR jangan memalukan parti itu dengan mempunyai seorang Ketua Umum dan pakar stratgei segatal Anwar dan sebodoh Saifuddin Nasution..!!!

Panas Membaraaaa...!!! KJ di"belasah Ketua Pemuda PBB Kuching..!!!


Padan muka KJ..!!! Kan dah kena "tibai" dengan Ketua Pemuda PBB Kuching! Lihatlah bagaimana rendahnya martabat Ketua Pemuda BN yang di"belasah" oleh hanya Ketua Pemuda PBB Kuching. Rujuk di sini.

Jelas sekali bahawa KJ "tidak di beri muka" dan ditolak oleh Ketua-Ketua Pemuda BN di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak! KJ tidak dihormati dan pandangannya sangat tidak matang sebagai seorang Ketua Pemuda BN. Seharusnya KJ lah yang wajib meletak jawatan, bukan Taib Mahmud!

Itulah! Siapa suruh masuk campur hal rumah tangga orang? Pergi kempen untuk BN sudah lah! Yang memandai-mandai desak Pehin Seri Taib Mahmud letak jawatan secepat mungkin tu apahal? Awak tu orang luar, datang rumah tangga orang tak reti bawa diri, nasib baik "lepas" balik Semenanjung!

Taib Mahmud sudah memperlihatkan sokongan rakyat Sarawak padanya dengan memenangi semua 35 kerusi yang PBB tandingi pada Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini. Beliau juga sudah mengumumkan akan bersara dan membuat peralihan kuasa selepas pilihanraya Sarawak. Jadi, apa lagi yang KJ mahu???

Sepatutnya KJ menjaga tepi kainnya sendiri. Kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN bukannya kuat sangat pun. KJ hanya dikelilingi beberapa Ketua Pemuda UMNO yang hanya membodek dan menjilat bontotnya siang malam, salah seorangnya termasuklah Ketua Pemuda Merbok, Pon!

KJ sepatutnya memikirkan kedudukannya yang memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO yang diiringi sorakan "KJ rasuah! KJ rasuah!". Dia harus memikirkan tentang dirinya yang menang Ketua Pemuda UMNO dan BN, tapi tak dilantik pun menjadi Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Tolong jangan salahkan orang jika KJ tidak dilantik Menteri mahupun Timbalan, kerana ternyata sekiranya dia dilantik ke jawatan tersebut, nescaya dia akan terus menjadi liabiliti yang bakal mengakibatkan UMNO dan BN ditolak rakyat mentah-mentah. Sila rujuk kembali sejarah karier KJ yang bermaharajalela ketika Pak Lah menjadi PM. KJ memang hancusss...!

Justeru itu, saya mencabar KJ untuk terus mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada musim pemilihan UMNO yang akan datang. Itupun jika dia benar-benar anak jantan! Kita tengok sekuat mana kekuatan KJ dan balaci-balacinya menafikan kemahuan akar umbi Pemuda UMNO!

Panasss..!!! "Haji" Azwan Ali dah jadi "Babi" Azwan..???!!!





Astagfirullah Al-Azim...apa dah jadi pada "Haji" Azwan Ali ni? Cuba korang tengok apa yang dikatakan Azwan di "twitter"nya. Inikah cara seorang "Haji" berbicara? Inikah adab seorang yang sudah menunaikan rukun Islam yang kelima ini?

"Melayu anjing"? "Melayu sampah"? Apa ke benda yang cuba disampaikan oleh "Haji" Azwan? Bila ditegur, dia kata pula "suka hati mak bapak" dia lah nak cakap pasal apa sekali pun! Inikah cara seorang "manusia" yang sudah bergelar "haji"?

Saya masih ingat kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan ketika baru pulang dari menunaikan haj sebelum ini. Dia berkata, dia sudah insaf, kembali menjadi lelaki, akan menjaga "mulut"nya dari memperkatakan perkataan-perkataan buruk dan menghina, dan menjaga perilakunya setelah bergelar "haji".

Namun begitu, Azwan telah membuktikan bahawa "dia sememangnya jenis Melayu yang mudah lupa". Lantaran tabiatnya yang sememangnya buruk, mulutnya yang tidak terkawal, dan sifat semulajadinya yang teruk, Azwan terpesong dari mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.

Itulah Azwan Ali. Adik kepada Azmin dan Ummi Hafilda. Mereka semua anak-anak kepada Hj. Ali. Kasihan Arwah Hj Ali. Azmin sudah hanyut dibawah ketiak Anwar, manakala Azwan terus dengan caranya yang bertuhankan nafsu, beraja di hati. Mungkin hanya Ummi Hafilda dan adik beradiknya yang lain saja yang masih tahu batas-batas kehidupan mereka.

Saya menggesa agar Azwan di boikot oleh semua stesen TV dan sewaktu dengannya, sama ada yang tidak berbayar atau berbayar, Azmin dan productionnya harus di "gam" buat sementara waktu selagi dia tidak berubah dan membuktikan bahawa dia sudah berubah. Dia kena ingat, meskipun dia boleh cakap ikut suka mak bapak dia, negara dan penyiaran di negara ini bukan dia dan mak bapak dia yang punya!

Sumber dari:sini

Komponen Cina BN marah dikritik, memang bodoh senator itu...!!!


Malam tadi, saya menonton di TV1 yang menayangkan mengenai persidangan Parlimen semalam. Saya tertarik dengan saranan seorang Senator berbangsa Cina yang berhujah kecewa dengan kritikan yang dilemparkan kepada bangsanya yang tidak menyokong dan mengundi BN pada PRK-PRK serta Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini.

Maafkan saya, saya terlupa nama senator tersebut, tapi saya percaya dia merupakan salah seorang pemimpin politik parti komponen BN. Dia meminta supaya jangan memarahi dan mengkritik sokongan bangsa Cina kepada BN, kerana dia menegaskan bahawa lebih 30% bangsa Cina di Malaysia setia pada BN dan kritikan tersebut akan mengecilkan hati penyokong-penyokong Cina ini.

Satu ungkapan yang pada saya wajar diberikan kepada senator ini iaitu, "kepala hotak hang!". Mungkin itulah yang terbaik bagi saya untuk mengulas hujah bodoh dan tidak realistik senator malang itu.

Apakah dia "buta"? Apakah dia "pekak"? Apakah dia "tak tahu fakta"? Atau apakah dia tidak membaca laporan-laporan PRK-PRK dan Pilihanraya DUN Sarawak yang jelas menunjukkan bahawa majoriti bangsa Cina tidak setia kepada BN dan sekaligus tidak mengundi BN? Saya pun tak tahu macamana wanita seperti ini boleh dilantik sebagai "senator" di Parlimen!

30% pengundi Cina setia pada BN? Atas ukuran apakah dia berkata demikian? Apakah dia berkata demikian berdasarkan jumlah keahlian bangsa Cina menyertai MCA dan Gerakan? Jika itulah asas kepada hujahnya di Parlimen hari ini, maka memang benarlah dia bodoh dan tidak realistik!

Apakah senator itu yakin orang Cina MCA dan Gerakan tidak memangkah pembangkang, terutamanya DAP pada pilihanraya? Jika 30% pengundi Cina memilih BN, mana perginya lagi 70% sokongan warganegara berbangsa Cina yang sepatutnya mengundi BN? Sudahlah MCA dan Gerakan hilang 70% sokongan bangsa sendiri, baki 30% pula diragui! Macamana dia nak kita berhenti kritik bangsanya itu? Mana komitmen parti komponen Cina kepada BN?

Saya mendesak senator itu supaya jangan bercakap lagi di Parlimen tentang soal ini. Sila buat kerja dan tarik seramai mungkin sokongan bangsanya kepada BN, kemudian buktikan sokongan itu melalui undi kepada BN. Selepas itu, barulah kembali bercakap di Parlimen. Jangan memalukan diri sendiri dan BN di parlimen! Itu tindakan bodoh namanya!

Mazlan Aliman dilarang jejak kaki di FELDA..!!!!


Saya fikir, saya seorang saja yang menyampah dengan Mazlan Aliman, seorang anak Felda 'murtad' yang tidak mengenal erti kenang jasa terhadap sebuah institusi yang sangat berjasa kepada keluarganya.

Rupa-rupanya, ramai generasi Felda, dari generasi pertama, hinggalah generasi ketiga dan ke-empat yang meluat, menyampah dan benci dengan sikap perangai buruk Mazlan ini.

Baru-baru ini Mazlan yang totok dengan buku jingga bodoh itu telah mengedarkan borang permohonan tanah kepada masyarakat Felda. Kononnya, dia mahu generasi Felda mengikut jejak langkahnya yang ingin Felda dibubarkan, dan tanah-tanah Felda diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Rupa-rupanya, tindakan Mazlan Aliman itu tidak sampai ke mana. Boleh dikatakan hampir semua peneroka dan anak-anak Felda memandang tindakan Mazlan itu sebagai "bodoh tak bertempat", "bangang", "ikut suka mak bapak dia", malah ada yang menyumpah seranah Mazlan sebagai pengkhianat warga Felda seluruh tanah air!

Mazlan fikir, tindakannya itu mendapat sokongan dari warga Felda, dan mewar-warkan pada "tuan"nya bahawa propagandanya itu mendapat sambutan menggalakkan. Padahal, Mazlan hanya "syok sendiri" dan menipu "tuan" yang membelanya selama ini.

Siapa Mazlan untuk mengatur hak tanah Kerajaan? Meskipun tanah tersebut merupakan tanah berstatus "rizab Melayu", apakah dia fikir dia boleh mengagih-agihkan tanah itu begitu saja kepada orang sesuka hatinya? Apa dia fikir dia itu "tuan tanah"? Apa dia fikir tanah itu tanah mak bapak dia???

Banyak lagi tanah rizab Melayu di tengah-tengah bandaraya yang pesat membangun. Apakah Mazlan boleh memberikan geran tanah tersebut kepada saya sekiranya saya memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut? Mazlan gila ke apa? Apa dia fikir geran tanah Felda itu hanya memerlukan tandatangan dia?

Felda diwujudkan bagi membantu usahawan tani bumiputera. Kerajaan memberikan peluang kepada peneroka Felda untuk mengusahakan tanah milik Kerajaan dan keuntungannya turut dinikmati bersama. Kerajaan siap beri subsidi jentera, baja dan pebagai kemudahan untuk para peneroka bagi memperbaiki taraf hidup mereka.

Itulah yang dinikmati oleh keluarga Felda, termasuklah keluarga Mazlan Aliman sendiri. Tapi dengan sikap Mazlan Aliman ini, saya fikir, Pakcik Aliman sendiri akan marah, kecewa dan bengang tahap dewa melihat kerenah anaknya yang buruk bagaikan penderhaka pengkhianat generasi Felda!

Mazlan Aliman, mengapakah kamu dilahirkan menjadi seorang manusia? Alangkah eloknya jika kamu dilahirkan sebagai kongkang di hutan..!!!

Lo'Lo' & CheguBard bersatu memfitnah PM dan keluarga...


Kebodohan dan bengapnya otak Lo'Lo' Ghazali dan CheguBard memang bertimpa-timpa.
"Juhalaa' murakkab murrabun jiddan jiddan"! Tak sangka sampai begitu sekali bodohnya akal pemikiran. Kebodohan Lo'Lo' mungkin disebabkan kanser tahap 4 nya, namun ke"bangang"an CheguBard memang terserlah kali ini. Patut pun kalah lawan dengan Sam Ketot tempohari..!!!

Lo'Lo' dan CheguBard dakwa bahawa keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengusai kepentingan Masjid Kampung Baru. Samdol-samdol ini mempertikaikan kononnya pemilihan jawatankuasa masjid tersebut tidak pernah dibuat.

Paling menariknya, "unta-unta" ini menyatakan bahawa kontrak-kontrak pengubahsuaian masjid berkenaan diberikan kepada NRY Architects, milik Nazim Razak. Lo'Lo' pula "hangin satu badan" bila dia bertanya projek RM20 juta itu pada PM, PM memberitahunya projek itu masih dalam peringkat perbincangan.

Hehe..pandai betul diorang buat cerita. Sekali baca, tentu ramai yang cakap PM dan adiknya dah seleweng RM20 juta yang diperuntukan untuk pengubahsuaian masjid Kampung Baru. Juak-juak PAS dan PKR tentulah percaya cerita-cerita macam ni. Bukankah otak mereka memang otak bengap tak reti fikir...

Cerita sebenarnya begini. PM ada memberitahu bahawa seluruh Kampung Baru akan dibangunkan oleh Kerajaan. Untuk permulaan, Kerajaan "akan" memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk pengubahsuaian masjid Kampung Baru. Iyalah! Time solat Jumaat, memang tak cukup tempat. Jemaah sampai terpaksa bentang sejadah atas jalan! Tak muat & uzur...

Bila dengar saja "RM20 juta", mungkin Lo'Lo' dah jadi juling biji mata! Manalah tahu dia dapat sikit habuan, maklumlah Kampung Baru tu dalam parlimen dia. Takkan tak dapat tempias sikit kot? Maka dia pun bertanya PM berkenaan projek itu di parlimen...

Ishhh..!!! Kan tadi PM dah cakap "akan". "Akan" digunakan untuk "future tense", maksudnya bukan berlaku sekarang, tapi bakal berlaku pada masa terdekat atau akan datang! Itu pun bengap sangat ke nak faham? Bila PM cakap perkara itu "masih dalam perbincangan", dia dah bengang! Dia fikir PM nak seleweng RM20 juta yang dia dok "aim" tu...

Iyalah! Kalau saya jadi PM pun, takkan saya bagi projek tu pada Lo'Lo'. Buat apa nak bagi projek tu pada Lo'Lo' dia bukan kontraktor pun! Kerana itulah mungkin Lo'Lo' sakit hati dan menabur fitnah pada PM dan adiknya...

Dia pun balik ke Kampung Baru dan dia tengok kubah masjid tu berbalut! Terus dia tuduh projek pengubahsuaian tu dah dijalankan. Padahal, kubah tu di"repair" sementara sebab bocor! Itu saja sebenarnya, tapi dia heboh satu kampung kata PM sembunyikan "something".

Pasal Nazim Razak pula, kebetulan adik PM ini adalah Timbalan Pengerusi masjid itu. Kebetulan pula Nazim ada buka firma arkitek. Jadi, Nazim dah offer untuk memberikan khidmat aktitek untuk design masjid tu secara "free of charge" memandangkan dia Timbalan Pengerusi masjid itu. Salah ke buat amal jariah? Bro, Nazim pun nak pahala jugak, bro...

Memandangkan Nazim terlibat, terus dituduhnya keluarga PM kuasai kepentingan di masjid Kampung Baru tu. Kononnya tak pernah ada pemilihan! Padahal, Pengerusi masjid itu ialah Datuk Idris Shaari. Datuk Idris tu keluarga PM ke??? Kepala hotaklah tak pernah ada pemilihan! Kalau tak pernah ada, macamana nak ada jawatankuasa masjid? Otak letak kat kepala lutut ke?

"Banghal-banghal" tu terus tuduh keluarga PM cuba bolot RM20 juta dengan memberikan kontrak pengubahsuaian masjid itu pada Nazim Razak. CheguBard siap soal PM "sama ada perlantikan firma Nazim di atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik PM yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan".

Apa punya bodoh la tuduhan dan soalan tu! Nazim Razak adalah arkitek! Faham ke tidak? Arkitek tak buat kerja ground work, arkitek buat design sahaja. Faham ke tidak? Lagi satu, Nazim buat design tu secara PERCUMA. Faham ke tidak istilah "PERCUMA"?

Dan tentulah Nazim buat design tu atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi masjid! Kalau dia nak buat atas kapasiti adik PM, takkanlah dia nak sebat projek RM20 juta saja? PM dah umum projek berbilion. Kalau dia nak sambar satu projek atas kapasiti "adik PM" dah lama dia buat. Cuma dia tak tergamak saja buat begitu sebab dia bukan berperangai macam puak-puak DAP, PKR dan PAS dalam kes Teoh Beng Hock tu...

Bodoh betullah kedua-dua ekor pemfitnah ni! Sebenarnya tidak ada sebarang isu pun dalam hal ini. Tapi kedua-dua ekor beruk pembangkang tu sebok nak buat dosa kering, tiba-tiba saja PM dan keluarganya di fitnah. Menjawablah esok dalam kubur...


Sumber: click di sini...

Siapa londeh siapa..??? Cepat dakwa Datuk T...!!!


Dari sehari ke sehari, saya menunggu saat di mana pihak PDRM akan menyerahkan kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kepada Peguam Negara untuk mendakwa Datuk T di mahkamah.

Namun sampai sekarang, meskipun dikatakan siasatan sudah hampir selesai, Datuk T belum lagi di dakwa. Saya percaya, Datuk T pun dah boring menunggu hari pendakwaan oleh AG, hinggakan mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa "mereka tak takut di dakwa".

Bukan apa, saya tak sabar nak melihat gelagat "siapa londeh siapa"!

Bila lagi nak dengar kes-kes eksklusif begini. Macam-macam soalan boleh timbul dalam mahkamah dan macam-macam pula "very rare answer" yang akan kita dapat sekiranya pendakwaan kes ini bermula.

Dan yang paling menarik, Anwar tidak terlibat dalam kes itu memandangkan bukan dia yang di dakwa. Dia hanya dikaitkan, dan bukan tertuduh dalam kes ini. Pastinya menarik apabila perbicaraan membahaskan "lelaki bertuala putih" dalam video tersebut, dan "lelaki itu" tidak berupaya berkata apa-apa menafikan fakta!

Di mana video itu dirakam? Siapa yang merakam? Mengapa Eskay seorang saja yang menjadi sumber video itu dan bukan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim? Siapa perempuan "China Doll" itu? Apa yang berlaku? Siapa "lelaki bertuala putih"? Bagaimana "lelaki bertuala putih" itu ada bersama Eskay ketika itu? Macam-macam soalan tu bro...!!!

Itulah yang membuatkan saya tak sabar-sabar mahu menyaksikan sesi pendakwaan ini. Fakta-fakta mahkamah ini "gerenti meletop"..!!!

Thursday, April 21, 2011

Vote for Video Sex Scandal: Day 2


Sudahkah anda menyatakan pendirian anda?

Perlukah video seks yang dikaitkan dengan Anwar dipertontonkan pada umum?

Atau ianya harus didiamkan begitu saja...?

Sila vote pendirian anda di sisi tepi sebelah kanan...

Tengkiu!

Terkini..!!! Khalid "Gereja" bakal dibenam PAS Shah Alam...!!!


Khalid Samad yang begitu sinonim dengan gelaran Khalid "Gereja" dilaporkan cuba memikat undi rakyat Sarawak dengan mengatakan bahawa UMNO tidak mewakili Islam secara keseluruhan dan tidak juga mewakili Melayu secara keseluruhan.

Memang benar. UMNO tidak mewakili seluruh umat Islam di Malaysia kerana masih ada lagi umat Islam yang menyertai PAS, PKR dan DAP. UMNO juga tidak mewakili seluruh bangsa Melayu kerana masih ada lagi Melayu yang menyertai PAS, PKR dan DAP.

Jadi apa isunya? Apakah PAS mewakili seluruh umat Islam di Malaysia? Apakah PAS mewakili seluruh Melayu di negara ini? Dan apakah PKR dan DAP mewakili Islam dan Melayu di Malaysia?

Sebenarnya Khalid cuba memberitahu masyarakat Kristian di Sarawak bahawa dia mewakili "gereja" di Semenanjung? Khalid sayangkan gereja, begitu? Dan UMNO anti-gereja, begitu? UMNO sekat kebebasan beragama di Malaysia, begitu?

Kamu dengar sini baik-baik Khalid. Kamulah sebenarnya penipu, pemutar alam, perosak minda rakyat, pendusta, lidah bercabang, bangkai busuk hati perut dan perosak perpaduan agama serta keharmonian kaum di negara ini. Kamu faham apa yang saya kata?

Siapa Khalid di mata PAS? Sebenarnya Khalid bakal kalah teruk pada PRU-13 apabila dia secara terang-terangan menyokong gereja, mendahulukan gereja dan memuja masyarakat Kristian di Selangor. Berita ini disampaikan sendiri oleh penyokong-penyokong PAS di Selangor! Itu fakta.

Khalid sangat dibenci oleh penyokong-penyokong PAS di Selangor ekoran kebiadapannya mempertahankan isu kalimah "Allah". Malah dia dikecam hebat apabila cuba tunjuk pandai lebih dari Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Taib Azamuddin dalam hal ehwal agama. Ulama-ulama PAS itu menentang, tapi si Khalid ini pandai-pandai menyokong. Ramai golongan muda PAS Shah Alam yang tidak berpuas hati dengan Khalid. Itu fakta.

Tak usahlah kamu cuba menjadi juara Kristian, wahai Khalid Samad! Golongan sosialis seperti kamu sememangnya tidak dapat diterima sejak azali lagi. Sebagaimana Hisyamuddin Rais, begitu jugalah Khalid yang kononnya vokal, tapi tak lebih dari "tin kosong yang berbunyi, bunyi saja kuat, tapi isinya kosong"!

Dengar sini Khalid. UMNO tak pernah mendabik dada mengaku mewakili Islam mahupun Melayu. Namun UMNO lah yang paling banyak berjasa mempertahankan kuasa Melayu di tanah asal tumpah darah yang bernama Tanah Melayu ini. UMNOlah yang paling banyak berjasa dan memjulang Islam di negara ini.

Namun UMNO tidak pernah berlagak macam PAS! PAS mengaku mewakili Islam, tapi perangai dan muamalahnya mengalahkan Yahudi! PAS mundur ke belakang. UMNO menjadi ketua dan tunjang kekuatan BN, PAS pula menjadi balaci pencacai pengangkat najis keldai tunggangan DAP dan PKR! Begitukah taraf dan kedudukan parti yang mewakili Islam??? Buat malu Islam saja...

Khalid Samad. PRU-13 nanti tahulah nasib kamu. Penyokong-penyokong PAS di Shah Alam bukan tak tahu apa yang kamu dah buat pada Hasan Ali. Mereka hanya tunggu masa saja untuk membenam kamu terus ke dalam sehingga tak mampu bangun lagi. Seeloknya kamu sedar kedudukan kamu yang semakin hilang sokongan.

Pergilah kamu mengadu pada rakan-rakan kamu di gereja-gereja di seluruh Shah Alam. Pergilah kamu membuat "confession" pada paderi-paderi sahabat baik kamu itu. Manalah tahu mereka mampu membantu kamu kelak ketika bertanding. Tak tahulah pula sama ada mereka boleh membantu kamu pula bila menjawab soal kubur nanti..!!!

Panasss..!!! Orang Cina DAP bunuh orang Cina DAP...?!!!


Siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai kes kematian mendiang Teoh Beng Hock semakin hangat diperkatakan. Terbaru, Suruhanjaya itu telah memberitahu bahawa mendiang Beng Hock merupakan "perantara" bagi projek-projek untuk ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Nampaknya "bangkai" yang selama ini tersembunyi di sebalik wajah "suci" DAP kian terserlah! Busuknya bukan kepalang! Selama ini DAP memberitahu sekelian rakyat Malaysia bahawa merekalah yang paling telus mulus. Bukan setakat CAT di Pulau Pinang, DAP juga mempelopori SELCAT di Selangor!

Di mana telusnya SELCAT sekarang? Apa tujuan SELCAT ditubuhkan? SELCAT ini "binatang" apa ke jadahnya? Apakah SELCAT ini ditubuhkan untuk melindungi kurap, panau dan kudis jijik DAP yang bernanah berulat menjadi bangkai di dalam parti itu?

Nampaknya rakyat Malaysia, khususnya membenarkan diri mereka ditipu hidup-hidup oleh DAP laknatullah ini. Dihadapan rakyat, kononnya merekalah yang paling telus dan jujur. Namun, biar pun baru saja berkuasa di Selangor, segala mak nenek projek mereka selewengkan!

Sudahlah mereka menggunakan nama syarikat bumiputera untuk mereka "alibaba"kan, jumlah harga projek pun DAP yang tentukan! Kontraktor beri sebut harga, jika sebut harga tersebut tidak "memuaskan" hati ADUN DAP Seri Kembangan, maka ianya akan dipinda sesuka hati "mengikut citarasa" ADUN tersebut! Wahhh...! Betul punya power!!!

Sudah lah begitu, dan yang paling memeranjatkan, hasil dari "projek terancang" DAP itu akan disumbangkan di antara 30%-35% ke tabung DAP! Betul punya hebat. Masuk tabung DAP tu..! Kuat "kowtim" rupanya ye??? Masyuuukkkk....

Patut pun DAP senyap saja dan enggan beri kerjasama pada siasatan Suruhanjaya DiRaja. Rupanya ada "duit kotor di sebalik kematian mendiang Beng Hock"! Mungkin sebab itu juga keluarga mendiang Beng Hock malas nak campur siasatan Suruhanjaya DiRaja. Mungkin keluarga Beng Hock sudah diracun untuk mengelak dari mengetahui perkara sebenar...

Mungkin DAP sedaya upaya cuba mengelak keluarga Beng Hock untuk mengetahui cerita di sebalik tabir lalu mempengaruhi mereka untuk memulaukan Suruhanjaya DiRaja. Padahal, sebelum ini, DAP lah "juara" yang mendesak kes ini disiasat. Kalaulah keluarga Beng Hovk tahu bahawa DAP terlibat secara langsung menjadi penyebab kematian Beng Hock, sudah tentu teruk DAP di"belasah"!

Hakikatnya, DAP sudah lama menipu rakyat. Haaaa...Sokonglah lagi DAP. Sokonglah! Mengapa tak nak sokong sekarang? Pergilah kat DAP tu. DAP tu "telus, mulus, kudus"! Tak sedar selama ini di"kencing" DAP??? Baru sekarang nak sedar?

Itulah, orang dah beritahu awal-awal, DAP tu penipu, pengkhianat, perosak, pemutar alam, pembohong, pendek kata memang "syaitonirrojim". Tapi ramai yang tak nak percaya. Dituduhnya pula kami ini "cemburu" pada DAP dan pakatan haram! Haaa..Sekarang dah terkena, baru nak percaya??? Kan padan muka korang...!!!

Kerusi MCA dan Gerakan harus dikembalikan pada UMNO, jika...


Sebagaimana yang saya tegaskan pada entry-entry saya baru-baru ini mengenai penolakan masyarakat Cina terhadap BN, saya masih lagi tertanya-tanya, apakah rancangan MCA, Gerakan di Semenanjung Tanah Melayu dan SUPP di Sarawak bagi meraih sokongan bangsa mereka sendiri pada PRU-13 akan datang.

Saya sebelum ini memberikan tempoh dua hingga 4 bulan bagi parti-parti komponen BN yang kononnya mewakili majoriti bangsa Cina di Malaysia ini, membuktikan sokongan drastik kaum Cina telah kembali kepada BN. Saya kira, amat relevan sekali untuk mereka menyahut cabaran saya bagi membuktikan komitmen perkongsian kuasa yang mencerminkan mereka membawa suara masyarakat Cina di Malaysia.

Namun, sekiranya mereka gagal membuktikan bahawa mereka relevan untuk menjuarai sokongan warganegara kaum Cina di Malaysia, janganlah pula terasa hati sekiranya kami para-para blogger pro-UMNO dan BN menggesa Kerajaan BN untuk meletakkan calon-calon Melayu dan Bumiputera di kawasan-kawasan majoriti Melayu di seluruh negara!

Tindakan mengambil alih kembali kawasan-kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera untuk calon-calon UMNO adalah sangat relevan untuk memastikan kemenangan BN pada PRU ke-13 kelak. Ini adalah memandangkan masalah sokongan kaum Cina terhadap BN yang gagal diselesaikan oleh MCA, Gerakan dan SUPP meskipun tempoh sudah lama diberikan.

Namun, sekiranya parti-parti komponen BN yang mewakili suara kaum Cina ini kembali membuktikan sokongan tidak berbelah bagi oleh majoriti kaum Cina terhadap BN, maka mungkin BN patut memberi peluang sebagaimana yang dikuotakan. Namun, pembahagian kuota kawasan pertandingan wajar dikaji semula demi memastikan kemenangan BN.

Harap MCA, Gerakan dan SUPP jangan berkecil hati. Buktikan dahulu kekuatan MCA, Gerakan dan SUPP, barulah BN akan "beri muka" dan mempertimbangkan untuk agihan kerusi. Harap semua parti komponen BN maklum dengan perkara ini.

Wednesday, April 20, 2011

Hasan Ali dan PAS Selangor memang ‘buta kayu’..!!!


PAS Selangor akhirnya mengakui bahawa pakatan haram pembangkang bakal menghadapi saingan getir pada PRU-13 yang akan datang. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, terpaksa membuat bangunan khas PAS bernilai RM1.3 juta sebagai “command centre” yang dijual lelong dan diwakafkan pada parti itu di Shah Alam.

Sudahlah diperlakukan sehina-hinanya oleh DAP dan PKR, namun Hasan Ali dan juak-juak PAS Selangor masih lagi ingin mempertahankan negeri Selangor yang telah teruk di”kerja”kan Khalid dan konco-konconya.

Negeri Selangor sejak dijajah oleh pakatan haram pembangkang bertubi-tubi diserang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Siang malam, pelbagai pendedahan dan isu dibongkarkan sejak pakatan haram itu memerintah pada Mac 2008.

Bermula dengan manifesto pakatan haram pada PRU-12 yang lalu, UMNO dan BN terus menerus menembak pakatan haram di Selangor. Sehingga hari ini, sudah 3 tahun memerintah Selangor, pakatan haram masih gagal membayar elaun kepada suri rumah sepenuh masa, anak-anak Selangor yang baru lahir, anak-anak Selangor yang terpilih masuk universiti dan banyak lagi.

PAS Selangor sendiri pernah menerima penghinaan dari Ronnie Liu dan Khalid “gagap” apabila terpaksa menghantar balik beberapa botol arak yang dirampar oleh JAIS. Kononnya, pejuang Islam! Tapi bila diherdik sedikit oleh DAP dan PKR, ter’sorot’ telur mencium tapak kaki kuffar!

Isu “pasir’ di Selangor masih lagi belum selesai. Khalid bagaikan hilang punca untuk menyelesaikan kecurian pasir yang dikatakan dicuri oleh “tauke-tauke” DAP di Selangor. Nak ditangkap tak boleh, nanti DAP marah!

Maka Khalid terpaksa meminta Kerajaan Pusat campur tangan. Eleh! Macam orang tak tahu niat Khalid. Pada Khalid, biar orang lain yang menahan “tauke-tauke” DAP itu, asalkan bukan dirinya. Khalid bimbang, jika dia yang tangkap “tauke-tauke” pasir tersebut, maka dia akan hilang “RM” untuk pilihanraya akan datang. Silap-silap undi untuk Khalid sendiri melayang!

Kemudian, rakyat Selangor dikejutkan pula dengan cubaan Khalid merompak wang zakat Selangor! Mujurlah cubaan jahat itu dihalang oleh DYMM Sultan Selangor, kalau tidak, sudah tentu habis wang zakat yang dikumpul Dr. Khir dahulu untuk umat Islam di negeri itu.

Hairan, mengapa sebuah kerajaan paling maju dan terkaya dalam Malaysia menjadi hancur dibawah pakatan pembangkang. Khalid dahulu CEO untuk PNB. Anwar pula menjadi “punahsihat RM1″ untuk Kerajaan Khalid dan DAP. Namun kekayaan Selangor susut begitu drastik! Ke mana perginya wang rakyat Selangor?

Terbaru, dilaporkan Yayasan Negeri Selangor mengalami defisit lebih RM7 juta dan kos penyelenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri itu mencecah lebih RM6 juta setahun..!!! Memang gila! Apa tidak gilanya jika kos untuk menyambut ulangtahun Yayasan Selangor mencecah lebih RM800,000!

Selenggara kereta apa yang mahal sangat sehingga mencecah lebih RM6 juta setahun? Itu bukan selenggara kereta namanya. Khalid selenggara kapal terbang, kah??? Pada penulis, SPRM patut menyiasat perkara yang direkodkan oleh juru audit mengenai perbelanjaan melampau Kerajaan Khalid dan DAP ini. Tak masuk akal dan melampau!

Itupun Hasan Ali dan PAS masih mahu mempertahankan Selangor dari di perintah Khalid dan DAP? Selangor yang dulunya makmur diperintah Dr. Khir dan BN, kini semakin teruk dirosakkan oleh lipas-lipas PKR dan DAP, itupun Hasan Ali masih mahu mempertahankannya? Apa Hasan Ali dan PAS ‘buta’ ke apa…???!!!

Sumber: MyKMU.net

Pengalaman Duke pada Pilihanraya DUN Sarawak


Letih belum lagi hilang sejak kembali dari membuat liputan pada Pilihanraya DUN Sarawak yang lalu. Namun begitu, jari-jemari ini bagaikan tidak senang jika berenggang lama-lama dengan "keyboard"...

Dua minggu berada di Bumi Kenyalang sememangnya menarik. Apatah lagi menyaksikan 'temasya' pilihanraya negeri yang luas itu membuatkan saya terfikir, betapa bertuahnya rakyat Malaysia ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Saya sempat mengunjungi Pasar Satok, menyusuri Water Front, menikmati juadah di Kubah Ria, menyaksikan kehebatan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan melawat kedai kek lapis terkenal milik Dayang Salhah, di Kuching.

Di Sibu pula, saya sempat melawat perkampungan Melayu di DUN Nangka, melawat pasar Sibu, melepak di kompleks membeli belah Sibu (beli makanan ringan di Giant), melawat rumah-rumah panjang Iban di Sarikei, melihat tokong besar dan taman mini ditepi Batang Rajang...

Pengalaman yang menarik, itulah kesimpulannya. Yang dikesalkan saya hanyalah pembangunan ini tidak dihargai sepenuhnya oleh segelintir mereka-mereka yang berpihak menyokong perosak keamanan dan kemajuan ini.

Misalnya, sebelum pulang ke Semenanjung, penulis ke Pasar Satok untuk membeli beberapa ekor ikan Terubok masin yang dipesan keluarga. Pasar Satok begitu meriah dan aman dikunjungi ramai pengunjung, khususnya dari Semenanjung, macam saya juga.

Sedang peniaga ikan Terubok masin tersebut membalut ikan dalam kotak, baru saya perasan bahawa peniaga itu adalah penyokong PKR! Saya toleh sebelah kanan pula, peniaga ikan Terubok masin digerai tersebut memakai "snow cap" cap Parti Bulan Mengambang! Begitu juga dengan peniaga ikan Terubok masin di depan kedai kek lapis Dayang Salhah, sampai pen "marker" nak tulis nama dikotak ikan pun ada sticker PKR!

Akal saya berkata ketika itu, begitu makmur dan aman damai pembangunan yang dilakukan oleh BN di Kuching, namun peniaga-peniaga ini tetap memilih PKR dan PAS? Mereka diberikan peluang berniaga dan mengaut keuntungan oleh BN, beginikah balasan mereka terhadap kemakmuran hidup ini? Apakah mereka tidak punya akal untuk berfikir?

Saya tak kisah sama ada mereka memilih PKR mahupun PAS. Negara ini negara demokrasi. Lagi pun, mereka adalah saudara seIslam saya. Namun, saya kesal kerana mereka tidak menghargai BN yang selama ini bertungkus lumus memastikan hidup mereka terus dilimpahi nikmat dan rezeki yang melimpah ruah. Inilah 'racun' yang telah berjaya diserapkan pembangkang diminda rakyat...

Apa pun, saya hanya mampu berdoa agar mereka-mereka ini kembali sedar dengan kesilapan mereka dengan terpengaruh pada dakyah dan hasutan pembangkang. Mungkin mereka tidak tinggal di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah. Jika mereka tinggal di negeri-negeri jajahan pembangkang itu, barulah mereka tahu nasib mereka!!!

Untuk tatapan kaum Cina warganegara Malaysia sahaja...!


Baru-baru ini saya ada menulis mengenai sokongan kaum Cina masih lagi enggan memilih BN ketika mengundi pada PRK-PRK dan terutamanya, Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas. Sila rujuk di sini, sini dan di sini.

Saya juga menerima banyak respon negatif memaki hamun, marah dan menuduh saya sebagai anti-Cina. Maaflah, kerana saya tidak menyiarkan komen-komen tidak intelek, berbahasa kesat dan mengarut di blog ini kerana polisi serta prinsip awal saya ketika saya mula berblog sememangnya digariskan sebegitu.

Pada saya, saya tidak pernah bersifat anti-Cina atau sebagaimana yang di dakwa oleh pemberi-pemberi komen yang tidak munasabah itu. Saya hanya berpegang pada fakta, bukti, logik dan norma-norma kehidupan yang waras serta wajar sebagai seorang muslim, Melayu, dan cintakan Tanah Melayu. Itu saja.

Pada saya, pengundi Cina sudah jauh terpesong dari mewujudkan keamanan, perpaduan, keharmonian kaum, dan kestabilan politik di negara kita ini. Ini adalah disebabkan oleh diri masyarakat Cina sendiri yang begitu senang dimanipulasi dan dipengaruhi oleh tuduhan fitnah ideologi DAP, PKR dan sekutu-sekutunya tanpa menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya ditipu!

Mungkin sekaran kaum Cina fikir mereka tidak ditipu kerana pembangkang sememangnya "cerdik" dan bijak memanipulasi minda rakyat. Pembangkang, khususnya DAP dan PKR, sering bermain sentimen perkauman, namun mereka menuduh pula UMNO dan BN yang berbuat demikian. Sedarkah pengundi Cina semua?

Sudah banyak yang Kerajaan BN berikan kepada masyarakat Cina di Malaysia. Apa lagi yang kaum Cina mahukan? Apakah Cina di Malaysia ini mampu dapat apa yang mereka nikmati ini jika mereka tinggal di Tanah Besar China? Renungkanlah. Kerana nikmat di Malaysia inilah maka berduyun-duyun pendatang tanpa izin berpusu-pusu masuk ke Malaysia dan enggan pulang meskipun visa lawatan mereka sudah tamat.

Kerajaan BN selama ini sering menghargai sumbangan kaum Cina di Malaysia dengan pelbagai bantuan yang sewajarnya dihulurkan. Namun, DAP khususnya, cuba memalukan kaum Cina di Malaysia dengan menghasut warganegara Malaysia yang bukan tergolong sebagai bumiputera meminta hak yang sama dengan bumiputera.

Saya memohon secara baik supaya jangan sesekali mencabar dan cuba menaiktaraf segala keistimewaan yang telah diberikan oleh perlembagaan kepada kaum Cina. Buruk padahnya kelak! Contohilah kaum India yang masih menghormati hak "tuan rumah". Usah di jolok sarang tebuan, celaka badan pula nanti...

Pada saya, kaum Cina sendiri tidak sedar bahawa mereka telah diracun, dimanipulasi dan dipengaruhi oleh pembangkang yang bencikan perpaduan. Seharusnya, mereka menyokong gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Pak Lah sudah turun takhta, yang buruk sudah pergi. Kini "hero sebenar" bernama Najib meneruskan kesinambungan kehebatan kepimpinan Tun M untuk terus menerajui Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang aman, bersatu padu dan stabil untuk menghadapi masa depan negara yang lebih gemilang.

Harap "taiko-taiko" kaum Cina yang hebat melalui persatuan-persatuan, NGO, badan perniagaan dan tokoh-tokoh intelek mereka aka duduk semeja membincangkan perkara ini dan menyedari bahawa mereka telah dihasut serta dipergunakan oleh paksi politik jahat pembangkang, khususnya DAP dan PKR.

Sekian saja nukilan saya untuk tatapan kaum Cina di Malaysia. Ingat pesan saya, "jangan cuba jolok sarang tebuan" dan sedarlah dari pukau jahat pakatan pembangkang yang busuk hati itu!

Terkini..!!! Sah..!!! PKR ditaja Omega..?!!!


Gomo telah mengesahkan di sini bahawa PKR telah mengumumkan logo dan bendera baru bagi parti itu untuk digunakan pada PRU-13 kelak. Sila lihat di atas untuk melihat "keunikan" lambang dan bendera baru PKR...

Menurut sumber, setelah melarikan diri dari kekalahan pilihanraya di Sarawak tempohari, Anwar kemudiannya bergegas keluar negara tanpa diketahui tujuannya ke sana. Habis ditanya pada orang-orang kuat PKR, namun tak siapa di antara mereka yang tahu.

Namun, akhirnya sumber memberitahu bahawa Anwar ke luar negara untuk membincangkan urus niaga dengan sebuah syarikat pengeluar jam terkemuka dunia iaitu "OMEGA". Dilaporkan Omega sangat berminat untuk menaja PKR pada PRU-13 kelak..!!!

Menurut sumber lagi, OMEGA meletakkan syarat agar gambar seutas jam tangan Omega dimuatkan pada lambang, bendera atau apa saja bahan kempen PKR berkuat kuasa serta merta.

Meskipun Anwar pada awalnya menolak cadangan tersebut, namun setelah dipujuk oleh OMEGA dan dihadiahkan seutas jam tangan OMEGA, barulah Anwar setuju. Dan Anwar pulang ke Malaysia bersama jam tangan Omeganya untuk ditayangkan pada rakyat Malaysia! - agensi malaysiayerterday

PAS nekad akan bertanding kubu kuat DAP Sarawak pada PRU-13..?!!!


Adoi laaaa...! Kasihan saya melihat PAS. PAS sangat berjiwa besar, namun tidak mampu mengukur kekuatannya di Sarawak. Ustaz Hadi baru-baru ini mengumumkan bahawa PAS akan turut bertanding di Sarawak pada PRU-13 nanti untuk merebut kerusi Parlimen!

Astagfurillah Al-Azim. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, Laut China Selatan tak payahlah diseberangi! Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini menjadi ukuran bahawa PAS tidak diterima di Bumi Kenyalang. Terimalah kenyataan itu.

Saya risau PAS akan dimalukan lagi di Sarawak. Tempohari, dah berapa juta tabung derma PAS yang dikutip dari penyokong PAS totok dihabiskan membiayai kempen parti itu di Sarawak. Hasilnya? Habuk pun tarak! Satu kerusi pun tak sangkut! Tapi duit tabung PAS habis jugak!

Tapi kalau nak bertanding jugak, saya sarankan agar PAS mendesak DAP Sarawak memberikan Parlimen di kawasan bandar besar dan berpenduduk majotiri Cina DAP seperti Parlimen Kuching Selatan, Miri, Sibu atau Bintulu untuk PAS tandingi.

Kawasan-kawasan bandar majoriti Cina DAP itu kawasan "gerenti menang" untuk pembangkang. PAS bertandinglah di situ, mungkin ada kemungkinan untuk menang. Minta pada DAP, gunakan alasan "setiakawan" dan kita tengok adakah DAP sanggup berikan kubu kuat mereka kepada PAS!

Poll : Apakah wajar video seks 20 minit ditayangkan? Sila nyatakan pendirian anda...


Bermula hari ini sehinga 15 Mei depan, saya ada membuat sedikit survey mengenai "perlukan video seks yang dikaitkan dengan Anwar wajar ditayangkan kepada umum?".

Ini adalah memandangkan saya menerima sangat banyak pertanyaan tentang bilakah rakyat berpeluang untuk melihat sendiri video seks yang dikaitkan dengan pemimpin "Anugerah Tuhan" tersebut, sekaligus merungkai pelbagai spekulasi mengenainya.

Saya harap para pembaca sudi menjawab di ruangan sebelah atas kanan blog ini. Sila nyatakan jawapan tuan/puan sama ada "Ya" atau "Tidak" pada poll tersebut.

Terima kasih di atas sokongan anda semua.

- DukeOfUMNO -

Lee Kua Yew "Idola" Kit Siang & Nik Aziz dah berumur 88 tahun, masih lagi nak bertanding...!!!


Meskipun sudah tua & tidak relevan sebagai pemimpin di zaman ini, Lee Kuan Yew dilaporkan di sini masih lagi mahu bertanding pada pilihanraya republik Singapura kali ini. Kuan Yew mula jadi Perdana Menteri Singapura sejak 1965 hingga 1990, dan hingga kini dia masih lagi seorang wakil rakyat. Dah 46 tahun dah!

Mungkin tidak puas menjadi Perdana Menteri Singapura dan orang tua ini masih lagi belum mahu bersara sebagai ahli politik walaupun sudah nyanyuk untuk berkhidmat bagi rakyat di kawasan yang ditandinginya.

Inilah mentor kepada Lim Kit Siang. Kit Siang pernah menjadi setiausaha politik Kuan Yew satu ketika dahulu sehinggalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia dan Kuan Yew menjadikan negara itu sebagai negara republik orang Cina komunis chauvinis!

Sebelum ini, ramai mengecam Tun M kerana minta turun dari jadi PM setelah 22 tahun membangunkan Malaysia. Tapi Lim Kit Siang tidak pula mendesak "boss"nya, Kuan Yew, itu dari bersara. Jenis Kit Siang ni memang sial! Tak suka tengok orang Melayu lebih dari "boss"nya itu.

Kuan Yew tubuhkan PAP, dan Kit Siang pula lahirkan adik PAP iaitu DAP di Tanah Melayu. Dua-dua parti ini memang tak boleh pakai. Dua-dua memang jenis anti-bumiputera dan tak boleh terima bumiputera memiliki hak-hak keistimewaan di negara ini. Kalau pembangkang memerintah Malaysia, nescaya DAP akan ubah perlembagaan dan memberikan keistimewaan yang sama pada non-bumi.

Kini, Kuan Yew turut menjadi idola Nik Aziz Nik Mat, yang juga sudah tua, selalu uzur keluar masuk hospital, tapi masih degil nak jadi waklil rakyat! Masih gilakan kuasa nak jadi Menteri Besar. "Elok" lah tu. Itu yang puak-puak PAS suka tu, pemikiran tak rasional langsung!

Sebenarnya, Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang, Karpal dan Nik Aziz adalah sekapal. Ketuanya Lee Kuan Yew. Ketua mereka kat Malaysia ini pula Kit Siang. Anwar lain 'kufu', boss besar Anwar kat US & Israel..!!!

Tuesday, April 19, 2011

Sampai bila PAS akan terus menjadi pencacai DAP dan PKR..?


Berulang-ulang kali PAS sudah ditegur. Bukan saja ditegur oleh beberapa pucuk pimpinan PAS sendiri, malah golongan ‘grass root’ PAS sendiri sudah ‘berbuih mulut’ mendesak agar PAS keluar dari Pakatan Haram yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Namun, pucuk pimpinan PAS yang ‘diboneka’kan oleh pengaruh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, masih tetap berdegil mahu terus ‘bersetubuh’ dengan PKR dan DAP.

Sudah beratus-ratus kali PAS dimalukan oleh PKR dan DAP. Setiap kali pemimpin PKR dan DAP ‘buat taik’, maka PAS lah yang dijadikan balaci pencacai untuk mencuci najis-najis mereka yang bertaburan seluruh negara. Entah sampai bila PAS akan bertahan untuk terus menjadi pencacai pengangkat pencuci najis PKR dan DAP.

Pelbagai isu yang menunjukkan PAS hanya dilayan sebagai ‘kuli batak’ PKR dan DAP. Isu-isu seperti isu ‘arak yang dirampas’, isu ‘kalimah Allah’, isu ‘dasar pentadbiran negeri’, isu ‘kepimpinan’, isu ‘kewangan’, isu ‘jawatan’, isu ‘pengagihan projek’ dan banyak lagi isu-isu yang timbul, namun PAS masih ditakuk kasta terbawah berbanding PKR dan DAP.

UMNO pernah menyindir dan berkias kepada PAS mengenai perkara ini, namun PAS melihatnya sebagai ‘UMNO cemburu’ pada pakatan haram tersebut. Cheh! Pada saya, tidak timbul isu cemburu pun sebenarnya. UMNO hanya memberikan respon sebagai saudara seIslam yang tidak ingin melihat saudara seagamanya diperkotak-katikkan begitu saja. Namun, PAS buruk sangka pula pada UMNO! Tak mengapalah, sekurang-kurangnya kita sudah mengingatkan mereka, sama ada mereka mahu menerima atau tidak, terserahlah pada mereka…

Menurut rakan-rakan penulis yang merupakan beberapa pimimpin ‘grass root’ PAS, mereka sejak awal sangsi dan kesal dengan kerjasama yang diberikan PAS kepada DAP dan PKR pada tahun 2007 lagi. Kekesalan mereka bertambah apabila melihat realiti bahawa Anwar, Azmin, Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Theresa Kok dan ramai lagi pemimpin PKR dan DAP menjadi liabiliti terhadap perjuangan mereka.

Mereka pernah mendesak secara halus melalui mesyuarat dan majlis-majlis mereka supaya PAS keluar dari Pakatan Haram tersebut. Namun, pucuk pimpinan mencantas idea tersebut. Ketika bermuktamar sebelum ini, ada beberapa perwakilan PAS yang mahu parti itu keluar dari terus menjadi ‘alat’ dan dimalukan PKR dan DAP, namun mereka dikhabarkan bahawa Nik Aziz ‘murka’ dengan desakan mereka, lalu mereka tak jadi keluarkan isu tersebut.

Persoalannya, sampai bila PAS akan terus ‘terbaring ditengah jalanraya sambil memegang bendera’, sedangkan ‘PKR dan DAP berdekah-dekah melihat keldai pencacai mereka bertindak bodoh begitu senang dikulikan begitu saja’?

Persoalan ini perlu dibawa pada muktamar PAS yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini. Itu pun jika PAS masih ‘ada telur’ untuk bersuara. PAS perlu ingat bahawa kedudukan PAS tidak seperti UMNO yang menjadi tunjang di dalam perikatan BN.

PAS tidak berupaya menentukan dasar pakatan dan Anwar yang dilihat sebagai Ketua Pakatan Haram itu sering menyebelahi DAP dan partinya dalam setiap dasar yang dipersetujui. PAS perlu ingat perkara itu jika sayangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini.

Sumber: myKMU.net

GEMPAR TERKINI...!!! Khalid "Gereja" sudah dibaptiskan peluk Kristian..???!!!







Tak habis-habis Khalid Samad dengan aktiviti gerejanya. Sayang sungguh Khalid dengan dengan Kristian dan Gereja. Mungkin sudah tidak ada lagi masjid dan surau yang mahu dikunjunginya. Mungkinkah Khalid sudah dibaptiskan???

Namun, itulah Khalid Samad, pemimpin PAS yang kononnya lebih Islamik dari umat Islam lain, tapi gemar sekali keluar masuk gereja, bagai "rumah kedua"nya pula.

Sejurus selepas menang pilihanraya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, tempat pertama yang Khalid pergi ialah gereja untuk menyampaikan rasa 'terima kasih'nya kepada pengundi Kristian di situ. Mungkin dia juga turut mengucapkan rasa 'syukur'nya pada Jesus Christ???

Hairan, dari banyak-banyak tempat, Gereja juga tempat pertama yang menjadi pilihan Khalid. Padahal, banyak lagi masjid dan surau di Shah Alam di mana mereka juga mengundi dan memilih Khalid sebagai wakil parlimen mereka. Mungkin Khalid lebih suka gereja dan penganut Kristian berbanding Masjid dan saudara seIslamnya yang lain.

Tidak cukup dengan itu, Khalid Samad terus berpihak kepada mubaligh Kristian dalam isu kalimah "Allah". Dia sanggup bertegang leher dengan golongan ulama' PAS seperti Datuk Harun Din Al-Hafiz, Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Harun Taib serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali, yang membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh pihak gereja dan Kristian di dalam risalah dan kitab Bible.

Terkini, di Sibu, Khalid adalah satu-satunya pemimpin PAS dan Pakatan yang beragama Islam yang berkempen keluar masuk di gereja-gereja di sekitar Sibu untuk berkempen bagi pihak DAP.

Malah dia juga dijemput dan memilih untuk hadir ke majlis Pesaudaraan Kristian yang turut dihadiri oleh pemimpin DAP seperti Theresa Kok, Violet Yong dan ramai lagi, bertempat di Kingwood Inn, Kuching.

Pada saya, Khalid boleh memilih untuk tidak hadir kerana majlis itu meraikan pertalian persaudaraan sesama penganut Kristian. Namun, mungkin Khalid menganggap orang Kristian adalah saudara "seagama"nya, lalu hadir sama untuk berucap dan bermesra bersama. Mungkinkah Khalid sudah memeluk Kristian?

PDRM dan AG, tolong segera dakwa Datuk T, please....!


Memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia menyatakan sudah hampir selesai menyiasat kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai bumiputera dan warganegara Malaysia yang turut membayar cukai dan tidak pernah melakukan kesalahan jenayah, meminta agar pihak PDRM menyegerakan pendakwaan terhadap ketiga-tiga orang Datuk T.

Tujuan saya memohon disegerakan pendakwaan tersebut memandangkan Datuk T sudah pun mengaku bahawa mereka bertiga yang menjadi dalang dan bertanggungjawab menyiarkan video seks tersebut. Setahu saya, tindakan tersebut salah di segi undang-undang.

Tolonglah segerakan secepat mungkin. Ramai sangat nak tahu kesahihan kes tersebut. Selain itu, menyegerakan kes tersebut dapat menjimatkan masa mahkamah, "menyelamatkan pemimpin Anugerah Tuhan", menyelesaikan kebenaran dan menghentikan spekulasi liar.

Harap maklum. Tengkiu...hehehehe...semoga Datuk T akan bongkar semuanya...londeh jangan tak londeh..!!!

GEMPAR DITENGAHARI..!!! Baru Bian merayu nak jadi Ketua Menteri jugakkk..???!!!


Baru Bian dilaporkan di sini telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, menggantikan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud!

Namun, sumber tersebut menyatakan bahawa sumpah Baru Bian tersebut dibatalkan kerana ianya dilakukan di depan gambar Anwar sahaja memandangkan Anwar sudah cabut lari ke luar negara. Itu yang dilaporkan oleh sumber berkenaan.

Menurut satu lagi sumber, memandangkan angkat sumpah Baru Bian itu dibatalkan, maka dia telah memfailkan rayuan di mahkamah bagi mencabar pembatalan angkat sumpah tersebut dengan memberi alasan bahawa dia terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak berbanding Taib Mahmud yang mengangkat sumpah pada malamnya.

Sehubungan itu, hakim-hakim yang beratur di tebing Batang Rajang dan Batang Lupar sebulat suara menolak rayuan Baru Bian tersebut memandangkan PKR hanya mendapat 3 kerusi DUN sahaja.

Menurut sumber lagi, Baru Bian telah menghubungi Anwar untuk meminta nasihat dan bantuan agar membolehkannya dilantik sebagai Ketua Menteri sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini.

Bagaimanapun, DAP yang menang 12 kerusi DUN Sarawak membantah permohonan Baru Bian kepada Anwar dan mendakwa calon dari DAP lebih layak menjadi Ketua Menteri Sarawak berdasarkan jumlah kerusi mereka lebih banyak dari PKR.

Sehingga kini, tiada update mengenai berita ini memandangkan sumber tersebut dilaporkan hilang setelah bermandi manda di Batang Lupar, disyaki dibaham bujang senang! - sumber malaysiayesterday!

SAYA CABAR MCA DAN GERAKAN...!!!


Melihat trend pengundi Cina pada siri-siri PRK dan Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini merupakan satu cabaran buat Kerajaan BN, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa ini, pengundi Cina masih lagi tidak kembali menyokong Kerajaan BN sejak Pak Lah diangkat menjadi PM lagi.

Apakah tugas mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN ini patut digalas dan dipertanggungjawabkan kepada Najib dan Muhyiddin sahaja? Apa pula tugas MCA dan Gerakan? Dimanakah tanggungjawab parti-parti komponen BN yang mewakili masyarakat Tiong Hua ini? Mereka masih lagi "lena" bersama Pak Lah?

Pada saya, MCA dan Gerakan harus memikul tanggungjawab mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Namun, sudah 3 tahun Najib mengambil alih mengetuai Kerajaan, namun pengundi Cina masih tidak beralih kembali kepada BN.

Dulu, MCA dan Gerakan menuding jari kepada UMNO yang dikatakan lemah, lena, lembik, "I dont't know" dan "I'm not involved". Tapi sekarang UMNO semakin garang bagai singa yang terluka! Sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO semakin hebat dan parti tunjang BN ini semakin gagah dipersada politik negara.

Begitu juga dengan MIC setelah Sammy Vellu mengumumkan persaraannya. MIC semakin kuat dan bersatu. Meskipun masih ada sedikit masalah dalaman, namun mereka dilihat semakin komited dalam meraih sokongan kaum India di Malaysia.


Jika mahu dibandingkan UMNO dengan MCA dan Gerakan, bagai langit dengan bumi! MCA kini dilihat bagai 'hidup segan mati tak mahu'. Lebih teruk dari UMNO ketika parti keramat itu lemah. MCA tidak bermaya dan hilang sokongan dari bangsa mereka sendiri!

MCA kini diketuai oleh Chua Soi Lek yang di'famous'kan oleh skandal video seksnya sebelum ini. Namun agak menghairankan, dia masih diterima oleh ahli MCA, malah dinobatkan sebagai Presiden! Menakjubkan apabila seorang pemimpin yang kurang bermoral dari segi adab ketimuran masih diangkat sebagai Presiden oleh ahli MCA.

Musykil saya juga saya dibuatnya. Apakah kemenangan Soi Lek dulu dibantu oleh Jui Meng yang kini bersama PKR? Apakah kemenangan Soi Lek turut dibantu oleh DAP dan PKR? Bagaikan ada muslihat di sebalik tabir pada kemenangan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Pada saya, agak mustahil untuk masyarakat Cina meminta anak-anak mereka mencontohi Soi Lek sebagai pemimpin masa depan, apatah lagi menjadikannya sebagai 'idola'!


Mana Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA? Mana peranannya sebagai Ketua Pemuda Cina Malaysia? Ketua Pemuda Cina apa begini? Setahu penulis Wee Ka Siong hanya berani meminta itu dan ini dari Kerajaan, tak kira ketika bermesyuarat kabinet mahupun mesyuarat BN. Yang pelik-pelik dan yang tak boleh diberi, itulah yang Wee Ka Siong suka minta dalam meeting.

Tapi cuba tanya Wee Ka Siong, mengapa Pemuda Cina kini beralih arah memilih DAP? Mengapa anak muda berbangsa Cina, sebangsa dengan Wee Ka Siong tidak memilih untuk mengundi BN??? Mana dia taring kungfu naga, ular, monyet, harimau dan mentadak pada Pemuda Cina Malaysia yang diwakili Pemuda MCA! Rasanya Wee Ka Siong patut jawab semua soalan ini atau letak jawatan segera, dan berikan jawatan itu kepada yang lebih layak!


Gerakan? Masa mula-mula kalah dulu pun dah tunjuk yang mereka tak kisah Pulau Pinang di tadbir oleh DAP. Siap berjabat tangan berpeluk erat dengan Guan Eng! Koh Tsu Koon pula diangkat menjadi senator dan dilantik menteri penuh oleh PM sebagai menghormati perkongsian kuasa. Namun, apa balasan Koh Tsu Koon terhadap BN?

Nama saja "Menteri KPI", namun KPInya sendiri hancur! Jika beginilah cara dan komitmen yang ditunjukkan oleh Koh Tsu Koon, maka Lim Kheng Yaik telah tersilap pilih penggantinya, sebagaimana tersilapnya Tun M memilih Pak Lah yang macam-macam "L" dulu. Mujurlah Najib hadir menyelamatkan keadaan.

Saya cabar MCA dan Gerakan jika benarlah mereka komited, menjaga KPI, wakil sebenar yang mewakili majoriti masyarakat Cina di Malaysia, dan "reliable componen", SAYA CABAR MEREKA UNTUK MEMBUKTIKAN SOKONGAN KAUM CINA PADA BN DALAM MASA 2 HINGGA 4 BULAN DARI SEKARANG!

Jika tidak, akuilah bahawa MCA dan Gerakan tidak serius dalam perkongsian kuasa, tidak komited, lemah, lembik, bersalah dan tidak layak menganggotai kabinet Malaysia sekiranya BN berjaya mentadbir Kerajaan Malaysia pada PRU-13 kelak.

Sahut cabaran saya jika betul-betul MCA dan Gerakan membawa semangat dan gagasan 1Malaysia!



Sumber ehsan: MyKMU.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!