Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 9, 2011

PAS jenis "tak faham bahasa" dicederakan penduduk kampung..!!!

Lain kali..nak masuk kampung orang..tengok banner ini dahulu...!!!

Inilah muka-muka "tak reti bahasa" itu...

Kerana degil mengikut kata nafsu hati yang gilakan kuasa, seorang pencacai PAS yang berfikir menggunakan "kepala lutut"nya telah menerima habuan setelah dicederakan oleh penduduk kampung Kuap, di N15 DUN Muara Tuang.

Menurut rakan blogger, Rajahmas di sini, sekumpulan pencacai PAS telah cuba memasuki kampung tersebut untuk berkempen. Namun mereka dihalang oleh penduduk kampung Kuap yang terkenal sokongan padu mereka kepada BN.

Hasilnya, berlakulah pertengkaran yang akhirnya mengakibatkan seorang dari mereka cedera. Cedera sedikit saja, bukan teruk kena belasah macam puak-puak PAS & PKR lakukan pada penyokong BN di Semenanjung tu! Di Semenanjung, puak pencacai PAS seperti mereka sanggup serang Puteri UMNO sampai koyak rabak baju T-shirtnya!

Itu pun pencacai-pencacai PAS tersebut telah membuat laporan polis. Mengada-ngada dan manja. Sudahlahh degil. Tak diizinkan masuk "rumah orang", PAS nak masuk juga. Terimalah habuan. Datang tidak berjemput, malah dipersilakan keluar dengan baik, tapi bagai "tak reti bahasa", PAS tetap degil. Kan dah kena sebijik!



Baca seterusnya story PAS tak pakai akal ini di SINI...

Mahukah Sarawakians terus ditipu DAP mengenai kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?


Isu kematian Teoh Beng Hock yang dimainkan oleh DAP pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini bagaikan memberikan bola tanggung kepada pihak BN untuk menamatkan riwayat pembangkang di Sarawak.

Mungkin DAP fikir, orang Sarawak "sik tau" tentang kes kematian mendiang Teoh Beng Hock yang menjadi konstroversi di Semenanjung. Lantas DAP cuba mengambil peluang ini untuk memanipulasi cerita tersebut bagi meraih undi rakyat negeri Sarawak? Itu satu tindakan yang tidak bermoral.

DAP Sarawak memainkan isu Teoh Beng Hock di Sarawak dengan harapan rakyat Bumi Kenyalang ini akan terpengaruh dengan cerita dongeng versi DAP. Dalam pada waktu yang sama, mereka cuba menimbulkan api kebencian di kalangan masyarakat majmuk di Sarawak dengan menyalakan sentimen perkauman yang chauvinis dan jahat.

Sebenarnya, isu Teoh Beng Hock sudah lama dimanipulasi dan dipolitikkan kepada rakyat umum. Pembangkang yang terkenal dengan teknik "hipnosis" dan "pukau" turut berjaya mempengaruhi keluarga mendiang Beng Hock.

DAP mendakwa bahawa mendiang Beng Hock mati dibunuh SPRM! Rakan saya, Pegawai Penyiasat SPRM pernah menceritakan bagaimana Gobind (anak lelaki Karpal) menengking dihadapan mukanya dan berkata "kamu pembunuh..!!!".


Baca seterus pendedahan ini di sini...

Anwar dan Wan Azizah datang ke Sarawak untuk membulak jua..!!!


Penduduk rakyat negeri Sarawak disarankan agar tidak mempercayai Wan Azizah, isteri raja putar alam dunia, Anwar Ibrahim. Kedatangannya ke Sarawak ini bukannya untuk membela dan mendahulukan rakyat, datangnya hanya untuk menipu bagi membela suaminya yang suka menipu keliling dunia!

Terbaru, Wan Azizah mendakwa bahawa Anwar sering bersenam ketika di dalam penjara ketika ditahan kerana terbukti bersalah menyalah guna kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Katanya Anwar bersenam ketika di penjara dan bertubuh sasa, bagi menafikan "lelaki bertuala putih" di dalam video seks tersebut bukanlah suaminya.

Kenyataannya ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah suka berbohong pada rakyat apabila menyatakan bahawa Anwar sering kait belakang, nak tidur pun tak boleh, nak bergerak pun sukar, termasuklah dakwaannya yang kononnya disuntik racun arsenik dan HIV ketika merayu melepaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh!

Cuba bayangkan, demi menlepaskan seorang penjenayah yang sedang menerima hukuman, Wan Azizah sanggup menipu rakyat bagi meraih simpati mendesak Kerajaan melepaskan Anwar. Malah isteri Anwar ini sanggup memburuk dan memfitnah Kerajaan yang selama ini melayan Wan Azizah sekeluarga dengan baik ketika suaminya bergelar TPM.

Sudahlah suaminya menipu, salah guna kuasa, terlibat dengan aktiviti meliwat (disahkan mahkamah), isterinya pula menipu untuk melepaskan suaminya yang sedang menjalani hukuman. Apa jenis manusiakah ini? Spesis manusia apakah ini???


Ada agik..click di situk untuk terus membaca ya..

Poster BN di N15 Muara Tuang pula di bakar...!!!


Saya dilaporkan oleh seorang rakan di bilik gerakan N15 DUN Muara Tuang bahawa terdapat sabotaj dari beberapa individu yang dipercayai di dalangi oleh pembangkang.

Terdapat poster BN yang telah dibakar di kawasan bulatan Salcra dan laporan polis telah pun dibuat oleh BN Muara Tuang terhadap perbuatan khianat ini.

Saya sedang berusaha mendapatkan gambar insiden dan salinan laporan polis berkenaan insiden ini. InsyaAllah akan disiarkan secepat mungkin kelak. Tunggu saja siarannya dalam masa terdekat..!!!

Disyaki pembangkang kini sedang terpengaruh dengan Usop di dalam filem Hanta Kak Limah. "Kita bakor ajeee..." mungkin dialoq Usop itu telah dijadikan slogan pembangkang di Sarawak kali ini...!!!

"Lelaki N" dicari..!!! Milik siapakah "baby dan mama baby" ini...???


Gambar yang penulis pamerkan di atas tentunya akan meresahkan "seseorang". Comel sungguh "baby" itu ya? Milik siapakah "baby" tersebut? Mirip siapa "baby" itu? Dan "mama baby" itu pun comel juga. Jika tidak comel, manakan mampu membuatkan "lelaki N" tergila-gilakannya...

Benarkah "mama baby" dan "baby" tersebut merupakan sebuah amanah dan tanggungjawab bagi seorang individu yang mengaku dirinya seorang "ustaz yang warak", "suami yang setia", "bapa yang penyayang" dan "sangat tinggi moralnya"?

Menurut khabar, suami dan bapa kepada "baby comel" dan "mama comel" tersebut kini berjawatan besar di dalam AMK Sarawak. Malah "daddy" kepada "baby" ini telah dicalonkan pula sebagai calon PKR pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini. Benarkah? Ada sesiapa boleh sahkan perkara ini? Penulis hanya bertanya saja....


Seterusnya baca di SINI...

PAS janjikan "air bersih" di Sadong Jaya? Tengok contoh di Kelantan sudah laaahhh...!!!


Semenjak PAS "bersetubuh" dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini semakin terikut-ikut dengan sifat jijik kedua parti tersebut. PAS kini semakin hebat menipu dan mahir mempermainkan minda rakyat. Sekarang, PAS melebarkan jalur pembohongannya ke Sarawak pula!

PAS Kawasan Sadong Jaya misalnya telah berjanji kepada seluruh pengundi di situ bahawa sekiranya mereka berjaya menjajah kawasan tersebut, maka mereka semua akan menikmati air bersih! Itu janji PAS Kawasan Sadong Jaya kepada rakyat DUN tersebut.

Persoalannya, mampukah PAS Kawasan Sadong Jaya yang diwakili oleh Abang Eddy Allyanni melaksanakan janji PAS tersebut? Apakah selama ini penduduk DUN Sadong Jaya tidak menikmati air bersih? Dan setakat itu sajakah yang mampu dilakukan oleh PAS sekiranya berjaya menawan DUN Sadong Jaya?



Baca terus di Kenyalang Report...

Friday, April 8, 2011

Terpanasss..!!! Penduduk Ulu Baleh dianiaya SNAP..!!!

Gambar ehsan dari blog Orang Panggau...

Penyakit "Parti Penipu Rakyat" yang selama ini dikaitkan dengan PKR di Semenanjung, nampaknya sudah menular menjangkiti parti SNAP di Sarawak! Terbaru, calon parti SNAP, George Lagong dikahabrkan telah menipu dan menganiaya rakyat pedalaman di Kapit!

Menurut ceritanya, agen-agen George Lagong telah masuk ke Ulu Baleh, kawasan pedalaman di daerah Kapit, memujuk rayu penduduk kampung-kampung di situ untuk berhimpun membanjiri pasar Kapit di bandar daerah itu.

Mereka diumpan dan dijanjikan dengan habuan wang ringgit, akan dibayar kos minyak, wang saku dan sebagainya bagi mengiringi George Lagong pada hari penamaan calon. Maka berduyun-duyunlah orang-orang kampung pedalaman dari Ulu Baleh berangkat ke pasar Kapit pada hari tersebut berbekalkan modal sendiri...

Malangnya, setibanya mereka di situ, George Lagong dan agen-agennya tiada di situ. Bayang-bayang parti SNAP pun tidak kelihatan! Maka, terkejutlah penduduk kampung-kampung dari Ulu Baleh tersebut. Apatah lagi mereka diberitahu bahawa George Lagong tidak bertanding di N56 DUN Baleh (kawasan mereka), tapi dia bertanding di N54 DUN Pelagus!


Teruskan membaca kisah penganiayaan ini di The Real Sarawak..!!!

Panasss..!!! Kak Wan hilang bersama jam tangan OMEGA di Sarawak..???!!!


Nampaknya, Wan Azizah bagaikan "tawar hati" untuk sama-sama berkempen untuk PKR pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Sebagaimana kita ketahui, sebelum Kak Wan datang ke Sarawak, dia telah dimalukan oleh wartawan pada satu sidang media di ibunegara.

Akibat insiden tersebut, Kak Wan dikatakan telah membatalkan "flight ticket"nya untuk ke Sarawak pada hari itu. Mungkin Kak Wan perlukan masa untuk menenteramkan hatinya yang marah, geram dan terkedu apabila ter"kantoi" ditanya berkenaan jam tangan Omega!

Namun, Kak Wan muncul jua di Sarawak pada hari penamaan calon di N7 DUN Semariang menemani calon PKR, Zulrushdi di situ. Bagaimanapun, perarakan PKR pada penamaan calon di situ hanya diiringi oleh sekitar 200 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan sedikit wartawan yang membuat liputan dan polis yang mengawal keadaan!

Mungkin kecewa dengan kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar, maka orang PKR di Semariang, maka mereka malu untuk turut serta berarak bersama Kak Wan di hari penamaan calon tersebut.


Teruskan membaca di Kenyalang Report..!!!

Edisi Miri: Pembangkang di Miri mula bermain politik kotor..!!!




Nampaknya pembangkang di Sarawak sudah mula main kasar. Budaya politik pembangkang dari Semenanjung ini sudah menular ke Sarawak. Di Miri, beberapa poster gergasi yang susah payah dinaikkan oleh Barisan Nasional dikhabarkan telah disabotaj oleh individu tidak dikenali, disyaki dari parti pembangkang, DAP.

Budaya seperti ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada mana-mana siri Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sebelum ini. Namun, kejadian sabotaj di Miri ini membuktikan bahawa parti politik pembangkang sudah mula bermain politik kotor dan jijik di negeri Bumi Kenyalang ini.

Insiden yang berlaku di DUN Pujut, Miri ini, benar-benar mencemarkan amalan demokrasi yang selama ini dijaga oleh Kerajaan BN. Selama ini, pihak pembangkang sering menuduh dan memfitnah kononnya BN tidak mengamalkan demokrasi. Namun kini, rakyat di Pujut boleh menonton sendiri betapa tidak demokrasinya pembangkang di Malaysia!


Teruskan membaca di Sarawak Sun...!

Wan Azizah bawa OMEGA ke Sarawak...???!!!


Saya sehingga kini masih belum menemui kelibat Wan Azizah bagi bertanyakan tentang jam tangan "Omega special edition" yang Anwar dakwa berada di dalam simpanan isterinya itu.

Menurut rakan-rakan yang turut menjejaki Kak Wan, mengatakan bahawa Wan Azizah ada di Sarawak pada hari penamaan calon. Namun, saya tak sempat bertemunya kerana beberapa masalah teknikal.

Esok saya dijadualkan untuk ber"out station" bersama seorang lagi rakan seperjuangan. Namun lokasinya masih lagi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mungkinkah saya akan bertemu Kak Wan berkempen di "sinun"?

Apapun, saya memohon agar semua rakyat mendesak agar Kak Wan menunjukkan jam tangan Omega tersebut bagi membuktikan kebenaran suaminya yang selama ini kuat menipu rakyat di sana sini. Di Sarawak ini pun merata-rata dia menipu jugak! Habis rakyat Sarawak 'dikencing"nya.

Mujurlah tak ramai rakyat Sarawak yang percaya dengan peliwat tegar ini. Ibubapa yang mempunyai anak lelaki yang "jambu" pun sedang sebok menyembunyikan anak-anak lelaki mereka, bimbang dijadikan "coffee boy" oleh Anwar!

Thursday, April 7, 2011

Panasss..! Manifesto BN Sarawak dah keluar..!!!

Panass..!!! Manifesto BN tidak janjikan "bulan & bintang", namun ikhlas demi rakyat Sarawak!

Secara rasminya, manifesto BN sudah diumumkan. Berikut disenaraikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, 2011. Manifesto bukan "bulan dan bintang"...

  • Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
  • Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
  • Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
  • Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
  • Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
  • Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
  • Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
  • Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.
Dengan manifesto begini, mampukah BN Sarawak mengekalkan tampuk pemerintahan BN di negeri ini. Manifesto ini tidak menjanjikan "bulan dan bintang", malah ianya boleh dicapai dengan mudah sekiranya mendapat kerjasama rakyat yang sukakan keamanan, perpaduan, kemajuan yang seiring dengan pembangunan insan dan sayangkan Sarawak daripada "penjajahan kuasa luar", terutamanya DAP yang sememangnya chauvinis dan pro-komunis.


Baca lagi di The Real Sarawak...

PKR bakal mencemar budaya politik Sarawak!


Sudah 3 hari Duke di Bumi Kenyalang ini. Meskipun Sarawak sedang di musim pilihanraya, suasananya tetap aman dan damai, tidak ada kedengaran pun suasana ketegangan atau perkara yang tidak diingini berlaku di sini.

Semalam, di sekitar proses penamaan calon bagi Pilihanraya DUN Sarawak juga berlangsung secara aman dan tenteram. Hanya sedikit-sedikit saja kedengaran provokasi ditimbulkan oleh pihak-pihak yang bertanding. Ternyata suasana ini berlainan dengan apa yang berlaku di musim pilihanraya di Semenanjung.

"Di sini, budaya politiknya lain," kata rakan Duke, anak jati Kota Samarahan.

"Di sini, parti politik sama ada BN, SNAP, DAP dan lain-lain saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tidak ada politik kebencian di sini.Tidak ada politik menyerang peribadi sebagaimana yang dilakukan pembangkang di Semenanjung," tambahnya lagi.

Rakan saya itu merupakan seorang "atas pagar" yang sering ke Semenanjung di atas urusan kerja. Kebetulan dia berkelapangan dan berhajat menemui saya yang berkunjung ke Sarawak kali ini.

Dia berpendapat, budaya politik di Sarawak masih aman dan mesra berbanding di Semenanjung. Dia melihat, budaya politik di Semenanjung juga aman, namun setelah PKR ditubuhkan, Anwar dan rakan-rakannya telah merosakkannya.

Mereka menanam budaya politik ganas, kebencian dan paling jijik sekali apabila menyerang peribadi tokoh politik yang tidak sehaluan. Malah, pemimpin dalam PKR sendiri dicincang lumat! Mungkin sebab itulah boleh dikatakan semua pengasas PKR yang melaungkan "Reformasi" dahulu meninggalkan Anwar dan Wan Azizah.

Saya termenung mendengar hujah dan kata-kata rakan saya tersebut. Beliau yang merupakan lulusan kedoktoran sains politik dari universiti awam tempatan, turut berpendapat bahawa kemasukan pembangkang dari Semenanjung, terutamanya PKR merupakan satu ancaman buruk terhadap budaya politik di Sarawak.

Sebelum kami berpisah semalam, saya ada berpesan padanya, jagalah Sarawak baik-baik sebelum PKR dan PAS merosakkan budaya politik di sini. Dia hanya tersenyum sumbing!

Panasss..!!! Pencacai PAS biadap pada rakyat Sarawak..!!!

Banner yang sudah di"edit" blogger pembangkang

Banner yang di"polah" oleh penduduk kampung di Sarawak

Nampaknya, ada orang dari puak-puak PAS Semenanjung yang bodoh dan bengap, yang "tidak faham", tapi tunjuk macam "faham". Dan sudahlah "tak faham", dituduh dan dikutuknya pula rakyat di Sarawak ini tidak faham!

Memang kurang ajar! Datang tidak dijemput, masuk tidak dihalau, salam tidak diberi, masuk "rumah orang" tapi bawa perangai hodoh dan busuk jijik. Sila rujuk di sini untuk kebiadapan blogger PAS terhadap rakyat Sarawak.

Seorang blogger PAS menunjukkan kemarahannya kepada rakyat Sarawak apabila penduduk sebuah kampung pro-BN di Bumi Kenyalang ini bertindak memasang kain rentang bagi menghalang mana-mana pembangkang masuk ke kampung mereka untuk berkempen.

Namun, kerana politik dan geram dengan tindakan penduduk kampung yang menolak pembangkang, terutamanya PAS di Sarawak, maka blogger PAS ini telah bertindak "mengedit" gambar banner tersebut untuk memuaskan hatinya yang marah. Mungkin dia di antara pembangkang yang gagal masuk ke kampung tersebut!


Teruskan membaca di Kenyalang Report

Anwar tak saman Utusan, Hata Wahari yang lebih-lebih...


Meskipun Hata Wahari sudah tidak ada kena mengena dengan Utusan Malaysia, dia nampaknya menyimpan dendam kesumat yang tidak terhingga terhadap bekas majikannya itu. Terbaru, Hata Wahari menyerang Utusan Malaysia kerana tindakan akhbar itu menyiarkan gambar video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Menurut bekas wartawan yang lama makan gaji dengan Utusan Malaysia ini, Utusan tidak berhak mengulas berkenaan skandal video seks yang dikaitkan dengan "boss baru"nya itu. Dia menyifatkan tindakan Utusan itu sebagai sebuah organisasi yang tidak bermoral dan menyalahi etika kewartawanan.

Siapa Hata Wahari untuk mengkritik Utusan Malaysia? Dia fikir, apabila dia merupakan bekas Presiden NUJ, maka dia layak mengkritik sama ada layak atau tidak sesebuah akhbar menyiarkan sesuatu laporan? Beribu-ribu lagi wartawan yang lebih senior, lebih berpengalaman, lebih beretika, dan lebih serba-serbinya berbanding Hata Wahari. Malah di Utusan pun, ramai lagi journalist yang lebih senior dan hebat berbanding Hata. Siapa Hata mahu mengkritik akhbar?

Hata fikir dia betul dalam kritikannya? Sebenarnya dia "buta". Dia tidak fikir panjang dan tidak tahu apa yang dicakapkannya. Sebenarnya, Utusan hanya melaporkan apa yang terjadi mengenai skandal video seks tersebut. Utusan hanya melaporkan berita mengenai kes ini, dan bukan membuat andaian peribadi sendiri, apatah lagi menuduh idolanya itu sebagai "pelakon lelaki bertuala putih"!

Anwar sendiri pun tidak saman Utusan, Hata Wahari pula yang lebih. AMK pula membuat aduan kepada SKMM terhadap beberapa blogger yang meng"upload"kan video tersebut dari Youtube. Tiada pula laporan polis dibuat terhadap Utusan! Justeru itu, ternyata Utusan amat beretika di dalam penyiaran beritanya dan mengikut akta penyiaran. Jadi, apa hak Hata Wahari hendak menyerang Utusan tentang kes ini?

Sebenarnya, akhbar lain lebih teruk dari Utusan. Contohnya akhbar online Malaysiakini dan MalaysianInsider yang memaparkan gambar-gambar yang diambil dari video Youtube tersebut. Bukan satu gambar, malah bergambar-gambar disiarkan. Mengapa Hata Wahari tidak menyerang media pro-pembangkang itu? Mengapa perlu serang Utusan sahaja? Ternyata Hata Wahari bersikap "double standard" terhadap Utusan!

Saya melihat, Hata bagaikan berdendam dengan bekas majikannya itu. Dulu, masa Hata Wahari tidak ada kerja, dia minta kerja dengan Utusan. Bila diberi kerja sebagai wartawan Utusan, dia tidak berpuas hati pula dengan pihak pengurusan Utusan. Dia menimbulkan kekacauan pula dan menyerang Utusan secara keseluruhan, sehingga sekarang.

Pada saya, Hata Wahari kurang profesional dalam hal ini dan terlalu mengikut kata hawa nafsu amarahnya. Dia marah pada pengurusan Utusan seperti Datuk Nasir dan sebagainya. Namun, mengapa Utusan secara keseluruhan pula dihukum? Jika dia ada masalah dengan pihak pengurusan Utusan, bergasaklah dengan pengurusan Utusan sahaja. Mengapa harus diserang seluruh Utusan pula?

Sudahlah Hata. Dari memikirkan tentang dendam kesumat yang ada pada diri anda, saya fkir, lebih baik anda lihat dulu kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda. "Hasib nafsaka qabla an tuhaasib", hitungkanlah diri anda sendiri sebelum orang lain menghitung diri anda. Itu lebih baik. Carilah kedamaian dihati dan lepaskanlah segala dendam kesumat itu sejauh-jauhnya. Bak kata Ustaz Azizan kepada wartawan, "buatlah kerja cara Islam!".


Sumber: MyKMU.net

Meliwat, langgan pelacur pun tidak mengapa, Wan Azizah sedia membela suaminya!!!


Saya tergelak besar mendengar kenyataan Ketua Penerangan PKR, Muhamad Nur Manuty yang mengatakan bahawa Wan Azizah sebagai isteri WAJIB dan BERHAK untuk membela suaminya berhubung kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Secara logik, memanglah begitu yang sepatutnya dilakukan oleh sepasang suami isteri di dalam perkongsian hidup mereka. Tapi, takkanlah sampai perkara-perkara yang Wan Azizah sendiri tahu bahawa kesalahan itu ada pada Anwar pun dia nak bela suaminya lagi?

Kalau diikutkan apa yg dikata Muhamad Nur Manuty itu, maka Wan Azizah mesti bela suaminya meskipun didapati bersalah menyalahguna kuasa ketika menjadi TPM dahulu. Wajarkah begitu?

Mungkin Muhamad Nur Manuty menganggap bahawa salah laku seks luar tabii oleh Anwar itu sebagai fitnah. Tapi tahukah dia bahawa mahkamah turut mengesahkan bahawa Anwar terlibat dengan aktiviti liwat pada kes pertamanya dahulu?

Oleh itu, ia bukanlah fitnah jika dikatakan Anwar memang melakukan aktiviti meliwat. Wajarkah Wan Azizah membela Anwar walaupun suaminya itu melakukan aktiviti yang ternyata haram dari segi syari'e dan berdosa besar. Wajarkah isterinya membela kemaksiatan suaminya?

Selain itu, Anwar juga tidak pernah bersumpah menyatakan dia tidak meliwat sesiapa sebelum ini. Minta serahkan DNAnya untuk membuktikan dia tidak bersalah pun, dia enggan! Apakah semua ini tidak menunjukkan bahawa Anwar sememangnya peliwat?

Pun begitu, Anwar dilihat sangat rapat dan bersahabat baik dengan pemimpin-pemimpin Yahudi seperti Woltfowitz, Soros, AlGore dan ramai lagi. Anwar juga kelihatan "mesra" dengan ramai pemimpin politik luar negara yang memperjuangkan Gay, Lesbian dan spesis yang sewaktu dengannya.

Wajarkah Wan Azizah menafikan semua ini semata-mata mahu menutup mata dunia tentang kejijikan, kejahatan, kejelekan dan kebusukan hati suaminya, Anwar Ibrahim?

Terkini dari Sarawak..!!! Calon PAS Muara Tuang tak bayar hutang???


Ternyata disebalik kelewatan pengumuman nama-nama calon di N15 Muara Tuang yang diumumkan pada sekitar jam 1.30 tengahari semalam mengundang padah pada parti pembangkang yang diwakili oleh PAS.

PAS pada mulanya sudah bersorak-sorai keliling kampung dan blogger-blogger PAS seluruh Malaysia sudah bertepuk tangan mendakwa bahawa PAS bakal menang percuma di Muara Tuang apabila protes yang mereka lakukan terhadap calon BN hampir menjerat calon dari PBB iaitu Datuk Ali Mahmud.

Namun, dengan kebesaran dan takdir Allah, Alhamdulillah, Ali Mahmud telah diterima bertanding setelah protes tersebut diselesaikan dengan mudah, dan menyaksikan Ali Mahmud bakal berdepan dengan Noraini Hamzah dari PAS.

Ketika nama Noraini Hamzah diumumkan sebagai calon, terdengar satu suara yang agak kuat mendesak agar calon PAS itu menlangsaikan "hutang"nya. Hutang apa? Bila Noraini berhutang? Kepada siapa dia berhutang?

Baca seterusnya di Sarawak Sun...

PAS ketandusan calon di N15 Muara Tuang!


Tidak siapa menyangka, seorang penjual kuih yang berasal dari Kelantan, Noraini Hamzah, dari Dewan Muslimat PAS mampu menewaskan individu-individu pembangkang lain untuk dinobatkan sebagai calon pembangkang untuk bertanding di N15 Muara Tuang, bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Noraini adalah anak Kelantan yang mengikut suaminya yang merupakan bekas askar yang kini bertugas sebagai pemandu di UNIMAS, dikhabarkan sudah lebih 30 tahun menetap di Muara Tuang.

Mungkin di Muara Tuang sudah tidak punya anak jati Sarawak yang mampu untuk menewaskan calon Barisan Nasional, Ali Mahmud, adik kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahmud. Mungkin kerana ketandusan calon tempatan, maka "makcik" Noraini ini telah dipilih untuk mengetuai penduduk Muara Tuang untuk memajukan kawasan tersebut.

Mampukah Noraini memastikan DUN Muara Tuang meningkat maju sebagaimana yang telah dilakukan oleh wakil rakyat dari BN yang diwakili dari PBB sebelum ini? Dan mampukah seorang yang berkelulusan "tinggi" seperti Noraini ini, memacu kemajuan sosio-ekonomi yang lebih baik berbanding BN?

Baca seterusnya di Kenyalang Report...

Wednesday, April 6, 2011

"Ustaz PKR Satok" berkepit dengan "gerek"nya?

"Ustaz" Ahmad Nazib bakal tewaskan Abang Johari di Satok?




Gambar di atas ialah merupakan gambar calon pilihanraya bagi DUN Satok dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib bin Johari, yang akan berdepan dengan calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, penyandang kerusi DUN Satok.

Kacak benar Ahmad Nazib. Sekilas pandang, pastinya membuat gadis-gadis tidak tidur malam. Manakan tidak, selain memiliki rupa paras yang kacak, Ahmad Nazib merupakan calon muda AMK dari PKR yang mampu menggugat tokoh politik PBB, Abang Johari.

Ahmad Nazib memberitahu rakyat Satok bahawa dia adalah graduan lulusan Universiti Malaya, lulus hebat dalam jurusan Undang-Undang Syariah, dan merupakan seorang USTAZ di kawasan Satok. Dia mahir membaca ayat-ayat lazim! Begitulah dakwanya.

Selain itu, dia juga meminta rakyat supaya memberikan undi padanya memandangkan dirinya adalah "seorang muslim yang baik", "seorang suami dan ayah yang sangat setia dan baik kepada isteri dan anak-anaknya". Dia suami dan bapa "mithali". Itu kempennya.

Bertuahlah rakyat Satok kerana bakal memperolehi pengganti Abang Jo yang muda, "kacak", berkelulusan tinggi, "alim", "warak", "kuat agama", "setia dan sayangkan isteri", "bapa yang baik" dan "tidak sosial" serta pandai menjaga imejnya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk berstatus "anugerah Tuhan"!



Baca terus di SINI

"Jembalang" Omega akan buru Kak Wan di Kuching..!!!


Semalam, saya dengar Wan Azizah batalkan flight tiketnya ke Kuching disebabkan "tersentot" kantoi marahkan wartawan pada satu sidang media tentang skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya.

Saya tengok news kat TV je pasal PC dia tu. Tapi, apasal nak melenting ni Kak Wan? Wartawan tanya tu jawab je la. Susah sangat ke nak jawab?

Wartawan tu just tanya "kenapa Kak Wan tak tunjukkan jam tangan Omega tu?", susah sangat ke nak jawab soalan tu? Kenapa Kak Wan tak jawab? Lepas tu Kak Wan tanya balik wartawan tu pulak, "kenapa nak publishkan jam tu"???

Laaa...common sense la Kak Wan oiii..!!! Anwar kata, jam tangan Omega dia tu ada pada Kak Wan. Dia kata Kak Wan simpan. Eskay pulak kata, jam tu ada pada dia dan dia dah serah kat polis.

So, untuk buktikan dakwaan & kata-kata suami "anugerah Tuhan" Kak Wan tu tak tipu rakyat, dan untuk membuktikan bahawa Eskay tu menipu rakyat, sebab tu la wartawan tu tanya "kenapa Kak Wan tak tunjuk jam Omega tu"?

Itu pun susah nak paham sangat ke? Belajar tinggi-tinggi sampai jadi doktor, takkan bengap sangat nak jawab soalan se"simple" tu?

Okay, kengkawan dah ngamuk ajak turun makan. Ingat Kak Wan, jangan lupa tunjukkan jam tangan "Omega" tu kat wartawan. Itupun kalau Kak Wan rasa nak buktikan suami Kak Wan tak menipu laaa...Kalau tidak, sampai bebila pun rakyat akan kata Anwar penipu...

Jangan lupa Kak Wan, tunjukkan jam Omega tu sebelum datang ke Kuching. Kalau tidak, kalau Kak Wan berjuak dengan saya kat sini, saya akan tanya lagi soalan tu. Harap kali ni Kak Wan jawab dan tunjukkan jam tu sekali!

Akhirnya sampai ke Kuching jua...

Ini makanan member saya dalam filght semalam...saya punya dah abis..lapar!

Alhamdulillah. Akhirnya selamat sampai di Kuching petang semalam. Sorry la sebab semalam tak sempat nak update apa-apa. Saya datang ke Sarawak pun dalam keadaan yang agak kurang bersedia dan tergesa-gesa.

Apapun, saya dan rakan-rakan seperjuangan akan cuba sedaya upaya up-date the current situation kat area kami ni. Anyway, Sarawak ni luas sangat dan kadang-kadang tu sudah nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

So far, kami masih di Kuching dan duduk terperap kat hotel. Hotel kami tak lah sehebat Pullman (Azmin dok kat situ la), RiverSide, Hilton dan lain-lain Hotel yang besar-besar tu. Hotel budget, bro! Pergerakan kami agak terbatas sekarang sebab tak ada kenderaan. Okay la. Kami rehat dulu sekejap mempersiapkan diri sebelum teruk dilanyak selepas ini.

Saya akan berada di sini sehingga tamat Pilihanraya Sarawak. Doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang saya rancangkan. Amin...

Tuesday, April 5, 2011

Azmin patut malu pada SNAP!!!


Daripada mengakui kekurangan, kelemahan dan kesilapan diri sendiri, Azmin Ali, yang ditugaskan oleh Anwar Ibrahim untuk menyatukan pembangkang Sarawak lebih memilih untuk meletakkan kegagalan misinya itu kepada parti SNAP, yang merupakan parti pembangkang tempatan terbesar Sarawak.

Azmin Ali enggan mengakui kegagalannya menyatukan pembangkang-pembangkang di Sarawak, sebagaimana pakatan "haram' yang terbentuk di Semenanjung. Lalu Azmin memberi alasan bahawa "SNAP enggan bertolak ansur" untuk membentuk pakatan "haram" di Sarawak.

Nampaknya, bukan saja Azmin gagal memujuk SNAP, malah kini Azmin bertindak lebih aggresif dan mengambil keputusan untuk bergaduh dengan parti tempatan Sarawak itu. Tidak bekerjasama bukanlah bererti bermusuh, namun kerana mulut dan hati Azmin, pihak pembangkang di Sarawak semakin parah bergaduh sesama sendiri.

Siapakah yang salah dalam hal ini? Azmin tuduh SNAP. SNAP pula menuduh PKR, DAP dan PAS berlaku tamak pada pembahagian kerusi DUN yang bakal ditandingi pembangkang.



Baca seterusnya di sini....

Monday, April 4, 2011

Lelaki bertuala itu bukan Anwar Ibrahim???




Hari ini, seharian blogger-blogger pro-BN memainkan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Seharian, sampai ke malam. Macam-macam andaian telah dibuat dan pelbagai spekulasi turut menjadi kupasan.

Memandangkan isu ini sudah meletup, maka puak-puak PKR pun pantas membuat penafian. Malah mereka sempat mendapatkan komen-komen mufti dan bekas mufti. Nik Nazmi apatah lagi, lebih dari pakar forensik hujahnya menafikan dakwaan bahawa individu tersebut adalah Anwar.

Pada saya, saya tidak pernah mengatakan bahawa lelaki bertuala di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Saya hanya mengesyaki bahawa lelaki tersebut adalah "Anwar". Di dalam dunia ini, bukan Anwar Ibrahim saja yang bernama Anwar. Ramai lagi "Anwar" di luar sana, Anwar bin Sukma, Anwar bin Azmin, Anwar bin Sam Ketot, Anwar bin Nik Nazmi, malah Anwar bin Karpal pun mungkin ada!

Pada saya, lelaki bertuala itu mungkin bukan Anwar bin Ibrahim. Mungkin lelaki itu belajar ilmu sihir dan menukar muka dan rupa tubuhnya menjadi seolah-olah Anwar bin Ibrahim. Malah di dalam cereka sains fiksyen seperti Mission Impossible 1, 2 dan 3 pun kita lihat bagaimana Tom Cruise menyamar dengan memakai topeng menyerupai Anwar..Eh..silap..musuhnya!

Oleh itu, tidak adil untuk kita tuduh lelaki bertuala itu adalah Anwar Ibrahim. Mungkin lelaki itu adalah Tom Cruise, mungkin Chow Yun Fat, mungkin Rafael Nadal, dan mungkin juga Ayah Pin! Segalanya berkemungkinan.

Dari itu, saya setuju dengan hujah Bekas Mufti Selangor bahawa kita tidak boleh tuduh Anwar Ibrahim berzina. Salah tu. Benarlah kata Mufti-Mufti tersebut. Pada zaman teknologi canggih ini, macam-macam manusia boleh buat, apatah lagi di Hollywood dan Bollywood!

Seperkara lagi, kita kena bawa empat saksi yang tidak fasik untuk menjadi saksi tuduhan zina, itu yang dikatakan oleh Bekas Mufti yang dirujuk PKR. Datuk T hanya 3 orang, tak cukup korum. Lagipun, mungkin Datuk-Datuk T itu turut dianggap sebagai fasik oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia. Betullah kata Mufti-Mufti, kita tak boleh tuduh sembarangan.

Okay, tolong stop kes tuduh menuduh ini.

Jadi selama ini, Eskay menipu kita semua. Jam tangan Omega yang Eskay kata Anwar Ibrahim punya itu sebenarnya bukan Anwar Ibrahim yang punya. Mungkin jam tangan itu Eskay beli di Pekan Golok dengan harga 100 bath. Jam tangan Omega milik Anwar tu ada dalam simpanan Kak Wan. Tapi tak boleh ditunjukkan pada rakyat sebab terkunci dalam peti besi dan peti besi itu tak boleh dibuka sebab Anwar dan Kak Wan lupa nombor password. Saya sarankan cuba gunakan password "mohktar!", mungkin itu passwordnya.

Eskay kata, dia ada bersama Anwar Ibrahim ketika itu sebab dialah yang bawa Anwar Ibrahim berpoya-poya dibelakang Kak Wan selama ini, selepas Nallakarupan "bersara" dari terus jadi balaci Anwar Ibrahim.

Betul ke ni Eskay? Datuk silap orang kot? Mungkin itu bukan Anwar Ibrahim. Mungkin yang Datuk bawa tu ialah Chua Jui Meng, kot? Muka ada iras-iras tu! Atau mungkin Eskay bawa Anwar bin Mahfuz, mungkin?

Hujah Dr. Novandri kata Anwar Ibrahim hilang selama 2 jam itu, mungkin Anwar pegi 'memerut' kot? Mana tahu, malam tu Anwar Ibrahim makan julap. Jadi berkampunglah dia selama 2 jam di jamban, bertapa!

Hujah Mufti? Saya sokong hujah Mufti dan bekas Mufti. Oleh yang demikian, itu adalah perkhabaran baik untuk semua para muslimin dan berita buruk kepada seluruh muslimat di Malaysia.

Jika ada orang menuduh mana-mana muslim berzina di Malaysia, maka pastinya tukang tuduh itu akan dihukum Qazaf! Sebat 80 kali!!! Lagipun, dalam Malaysia di akhir zaman ini, sangat susah nak cari orang tidak fasik atau muslim mukallaf yang tidak melakukan dosa-dosa kecil. Tengok berita di TV saja pun dah dapat dosa kecil sebab tengok aurat perempuan tidak pakai hijab. Jadi, bergembiralah para muslimin yang hidung belang, yang suka ke 'lorong gelap' dan sewaktu dengannya. Takkan dituduh punya! Err..nak tanya sikit, ustaz-ustaz yang dok tangkap orang berkhalwat tu fasik atau tidak?

Tak mengapalah para Mufti, perkara ini mungkin pandangan atau mengikut kefahaman Islam masing-masing. Saya kurang ilmu agama berbanding para Sahibul Samahah Mufti-Mufti sekelian. Jadi saya ikut kata para Mufti. Tapi jangan pula Mufti lupa, kesan atas pandangan para Mufti ini kelak akan ditanya di dalam kubur dan padang Mahsyar kelak. Saya fikir, para Mufti lebih arif dalam hal ini, apatah lagi "kesan" fatwa para Mufti tersebut...

Pada saya, kita usah menuduh sembarangan dulu. Meskipun pakar forensik mengesahkan ketulenan video tersebut, para Mufti, Nik Nazmi dan PKR lebih hebat ilmu mereka di dalam bidang forensik filem, penerbitan bergambar dan sewaktu dengannya.

Saya tidak mahu menuduh kerana saya sendiri tidak pasti siapakah lelaki tersebut. Lainlah sekiranya saya bersama lelaki bertuala tersebut ketika kejadian dan sering membawa lelaki bertuala tersebut pergi mencari "China Doll". Tapi, alhamdulillah, Allah pelihara saya dari mempunyai pengalaman sebegitu.

Meskipun begitu, saya fikir, jika benarlah lelaki itu adalah Anwar Ibrahim sekali pun, mati hidup balik pun saya fikir Anwar Ibrahim tidak akan sekali-kali mengaku bahawa dialah lelaki bertuala tersebut. Siapalah yang nak mengaku "berak tengah jalan" dan merosakkan reputasinya sebagai "pemimpin anugerah Tuhan"?

Meskipun Anwar tahu lelaki bertuala itu adalah dirinya, mahkamah, mufti, segala bukti sahih lagi benar, dan seluruh dunia mengesahkan dan menuding jari kepada Anwar Ibrahim sebagai "lelaki bertuala", pada hemat saya, Anwar tidak sekali-kali akan mengakuinya.

Tak mengapalah. Biarlah dia lepas hukuman di dunia, namun saya yakin, kebenaran pasti muncul di akhirat kelak. Menjawablah nanti dalam kubur masing-masing. Tapi, kadang-kadang, Allah "bayar cash" di dunia. So, kita tunggu saja...

Paling Panasss..!!! Video Seks "Anwar" tersebar di internet!!!


Anda belum tengok video seks yang dikaitkan dengan Anwar?

Sila klik di SINI untuk menonton tayangan free berkenaan.


..cepat betul website ni dapat access...saya tak mahu video itu mengotorkan blog ini...

Blog ini diserang pembangkang...!


Menjelang Pilihanraya DUN Sarawak ini, blog saya picisan saya ini semakin teruk di"serang" oleh penyokong-penyokong Pakatan Haram dengan meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya keluar dari individu yang mengakui dirinya beragama Islam.

Saya enggan menyiarkan komen-komen yang tidak ilmiah, dangkal, berunsur caci maki, hamun menghamun, carut mencarut dan seumpamanya. Pada saya, saya akan sekali-kali melayan sebarang tindakan bodoh oleh penyokong-penyokong Pakatan Haram Pembangkang ini.

Pada saya, mereka-mereka ini sangat singkat daya pemikirannya, rendah mutu IQ dan EQ, serta gagal memenuhi piawaian kecemerlangan berfikir sebagai seorang Melayu Muslim.

Apatah lagi dengan tindakan memaki hamun dan mencarut yang mereka lakukan itu jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat dan akhlak yang rendah, tidak bermoral dan mazmumah, bertepatan dengan sifat-sifat yang ada pada pemimpin idola mereka, Anwar Ibrahim.

Sekali lagi, saya ingatkan bahawa segala caci maki yang dihamburkan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya yang lain, hanya akan membakar lagi semangat kami untuk menzahirkan kebenaran untuk rakyat dan mendedahkan segala pembohongan yang dipelopori oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara, sama ada dari pihak pembangkang, mahupun UMNO atau Kerajaan sendiri.

Mengambil iktibar dari kecaman kuffar kepada Rasulullah S.A.W dan kesabaran Baginda, saya dan rakan-rakan akan terus berjuang demi memastikan pembangkang tidak terus memanipulasi dan membohongi minda rakyat dengan fitnah dan tohmahan tidak berasas mereka.

Doakanlah perjuangan kami, insyaAllah! AllahuAkbar..!!!

Edisi Sarawak lagi..!!! Pakatan Reput di Sarawak: PKR Lanang tak puas hati dengan DAP..!!!


Ketua PKR Lanang meluahkan rasa tidak puas hati setelah pucuk pimpinan PKR telah memberikan kerusi DUN Dudong untuk ditandingi DAP pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini.

Ketua PKR itu dikatakan telah bertungkus lumus selama lebih 3 tahun di kawasan DUN Dudong bagi menarik penduduk setempat untuk menyertai PKR. Namun akhirnya, dia telah dinafikan oleh PKR untuk menjadi calon. Malah PKR telah menutup pintu padanya untuk bertanding di kawasan tersebut setelah memberikan kerusi DUN tersebut kepada DAP.

Marahnya bukan kepalang. Puas Ketua PKR di Cabang Lanang bekerja kuat selama tiga tahun. Namun hasilnya, DAP pula yang bertanding di kawasan tersebut. Tapi, itu sudah menjadi kebiasaan di dalam amalan PKR. Pucuk pimpinan tidak peduli dengan kehendak akar umbi, calon pilihan Anwar tetap menjadi pilihan.

Sudahlah tidak dicalonkan di mana-mana DUN sekalipun, Ketua Cabang Lanang ini terlepas pula peluang untuk bertanding di kawasan yang dikendong dan dibelanya selama ini. Sakit hati tidak terkiralah!

Sila terus membaca di sini...

Sunday, April 3, 2011

Edisi Sarawak: PAS akan pastikan BN hilang deposit di 5 DUN Sarawak...???


Meski pun tidak pernah menang di mana-mana DUN Sarawak, Parti Islam Se-Malaysia masih bercita-cita besar untuk bertapak di Bumi Kenyalang ini. Di dalam kemelut pembangkang berkenaan pembahagian kerusi DUN yang bakal dipertandingkan di Sarawak, PAS masih lagi diberikan 5 kerusi DUN untuk ditandingi kali ini.

DUN-DUN yang telah diberikan kuota kepada PAS ialah DUN Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Tanjong Datu. Khabar melalui corong "radio bergerak PAS", parti itu mempunyai peluang tinggi untuk menang di semua lima DUN tersebut! Itu kata "penglipur lara" PAS.

Entah betul entah tidak telahan yang dibuat oleh penyokong PAS itu. Setahu penulis, PAS tidak pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Malah, PAS pernah kalah dan hilang deposit di Beting Maro sebelum ini. Benarkah PAS akan berjaya menawan kelima-lima kawasan tersebut?

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kali ini dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak bagi pihak PAS, tentunya sudah masuk perangkap puak-puak Nik Aziz. Pastinya dia akan teruk dikutuk dan dipersalahkan sekiranya PAS gagal memenangi sebarang kerusi kali ini.

Baca seterusnya di The Real Sarawak...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!