Saya rasa terpanggil untuk mengulas artikel oleh Razman di Kritis Online yang disiarkan di
sini dan di
sini, yang pada saya kurang tepat dan artikel itu seolah-olah menunjukkan kegagalan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut artikel tersebut, Razman menulis pada perenggan pertamanya...
"Adakah Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib masih tidak faham bahawa rakyat Cina tidak percaya pada konsep 1Malaysia?"
Amboi.."sedap"nya bahasa! Ayat pertama Razman bagaikan menyindir dan cuba mem"potray" seolah-olah Perdana Menteri seorang yang "dungu" apabila didakwa tidak faham rakyat Cina tidak percaya pada gagasan 1Malaysia. Biadap betul dia pada PM, ye?
Dey Razman..! Pada hemat saya, anda yang tak faham-faham bahasa Melayu. Sebenarnya PM lebih tahu dari "tuan" Razman kita ni, dan tak payah nak mengajar atau bertanya sama ada PM faham atau tidak. Kalau Razman bijak sangat melebihi PM, kenapa dia tidak cabar saja kerusi PM? Razman calon PM, ada berani?
Dey Razman..! Masyarakat Cina bukan tidak faham gagasan 1Malaysia. Mereka faham sebenarnya. Cuma, mereka masih ragu-ragu kerana MCA tidak bekerja keras untuk menyakinkan mereka bahawa PM sekarang adalah Najib, dan bukan "pak mertua" KJ! Najib jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding Pak Lah.
Yang perlu ditegur ialah MCA, bukannya PM atau faham atau tidak gagasan 1Malaysia tu. Razman ni faham ke tidak ni?
Kemudian, Razman menulis...
"Mereka sudah di suap dengan teori Malaysian Malaysia sejak sebelum insiden 31 Mei 1969 lagi oleh Parti DAP dan Barisan Nasional tidak pernah cuba melawan atau menguasai minda rakyat Cina sebelum ini."
Apa maksud Razman dengan mengatakan "Barisan Nasional tidak pernah cuba melawan atau menguasai minda rakyat Cina sebelum ini? Apakah selepas peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat Cina tidak menyokong Barisan Nasional? Nampaknya hujah Razman kurang tepat.
Untuk pengetahuan Razman, undi masyarakat Cina lah yang membantu kemenangan BN pada Pilihanraya Umum 1999, ketika bangsa Melayu membuat protes ekoran kes "mata lebam". Ketika itu, undi Melayu "swing" kepada "mata lebam" atas dasar simpati dan tertipu dengan "mainan perasaan" oleh "sesumpah" itu.
Sila rujuk kepada blogger GAP, RBF dan Medan Info Kita, termasuklah Ezam Mohd Noor, untuk keterangan lanjut. Mereka penyokong Anwar ketika itu. Malah mereka adalah di antara pioneer Keadilan ketika itu.
Oleh itu, padangan Razman bahawa masyarakat Cina tidak menyokong BN selepas 13 Mei 1969, adalah tidak tepat sama sekali. Kita boleh melihat kemerosotan drastik undi masyarakat Cina kepada BN ketika BN diketuai oleh Pak Lah, bapa mertua KJ! Siapa KJ? Saya kira Razman lebih mengenali KJ berbanding saya...
Kemudian, Razman meluahkan kekecewaannya di atas penolakan rakan-rakan Cina di twitter yang kononnya terus menyokong DAP. Razman takut, meskipun BN berjaya menawan negeri-negeri jajahan pembangkang, namun BN tewas diperingkat Parlimen akibat tidak disokong Cina.
Dia takut? Apakah dia tidak tahu bahawa majoriti bangsa Melayu dan bumiputera tidak akan membiarkan DAP atau Cina memerintah Malaysia? Hj Hadi, pernah menegaskan bahawa PAS akan mengkaji semula penyertaannya bersama Pakatan Haram Pembangkang sekiranya orang Cina menguasai dan lebih ramai di dalam Parlimen berbanding Melayu? Agaknya Razman belum lahir ketika itu?
Sebagaimana yang berlaku di Sarawak, bumiputera di sana tidak akan sekali-kali membiarkan bukan bumi memerintah Bumi Kenyalang. Kata orang Iban, Rentap marah! Kata orang Melayu Sarawak, itu pantang Rosli Dhoby! Malah kaum-kaum bumiputera dan etnik Sarawak pastinya bangkit sekiranya mereka diperintah oleh non-bumi.
Sudah tentu hujah ini tidak akan disokong masyarakat Cina kerana mereka juga ingin memerintah. Meskipun pembangkang menobatkan Anwar sebagai PM mereka sebelum menawan Parlimen, apakah Razman fikir DAP akan membiarkan Anwar jadi PM walaupun DAP menang majoriti kerusi parlimen?
Sudah tentu DAP pun nak jadi PM, bukan Anwar seorang saja! Rahsia Anwar ada dalam genggaman mereka, tahulah apa mereka nak buat dengan Anwar nanti. Cuma Anwar dan segelintir Melayu lain saja yang tidak sedar...
Oleh itu, mengapa Razman sebok-sebok mencampuri hal dalam MCA dan orang Cina di Malaysia. Biarlah mereka selesaikan hal dalaman mereka sendiri. Biarlah MCA meyakinkan bangsanya. Lainlah Razman juga berbangsa Cina...
Pada saya, saya menyalahkan MCA kerana kegagalan mereka meraih sokongan orang Cina terhadap kepimpinan BN. Itu salah MCA dan biarlah MCA yang uruskan. Pandangan saya, saya yakin bahawa rakyat Malaysia, khususnya Melayu, tidak mengira UMNO atau PAS, lebih memilih Melayu sebagai pemimpin mereka. Tapi, bukan Melayu "murtad" seperti Anwar yang tidak bermoral.
Lantaklah masyarakat Cina nak sokong BN atau tidak. Sekiranya MCA berkeputusan keluar BN dan menyertai pembangkang, kita tidak boleh menghalang mereka. Itu hak demokrasi. Namun jika ditakdirkan BN masih memerintah Malaysia selepas PRU13 dan PAS menyertai BN, maka kita akan melihat perpaduan Melayu yang paling kuat dalam sejarah.
Ketika itu, masyarakat Cina akan menyedari bahawa mereka terlalu memandang rendah kepada Melayu. Dan pada ketika itu juga, masyarakat Cina akan sedar bahawa mereka tidak ada suara di Tanah Melayu ini.
Ingatlah, seburuk-buruk PAS, mereka masih lagi saudara kita, seagama, sebangsa. UMNO tidak pernah buang PAS, cuma kecewa dengan pilihan parti itu yang terlalu mengikut perasaan sehingga meletakkan politik di atas kepentingan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Namun saya masih yakin pada PAS, PAS masih sayangkan kepimpinan Islam dan Melayu memerintah Tanah Melayu ini.
Harap Razman berfikiran terbuka dengan komen terhadap artikelnya ini. Saya bukanlah pandai sangat. Ini cuma buah fikiran dan pendapat saya. Saya orang kecil, bukan macam Razman yang berjawatan besar dan berkepuk wang ringgit. Tapi, Double Y minta komen, jadi saya komenlah...