Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 2, 2011

JAM TANGAN OMEGA DI TANGAN SIAPA...???!!!


Saya sangat tertarik dengan isu jam berjenama "Omega" yang didakwa tertinggal dibilik lokasi Anwar memuaskan nafsu serakahnya, sebagaimana yang di dakwa oleh Datuk Eskay, salah seorang Datuk T.

Menurut Anwar, jam "Omega" tersebut berada di rumah, selamat di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah.

Pada masa yang sama, saya diberitahu melalui blog RBF bahawa Eskay telah di sms oleh Anwar berbunyi begini "aku beritahu Kak Wan (Wan Azizah)jam aku tertinggal dalam kereta hang.

Yang mana satu betul ni? Jam tangan "Omega itu berada di tangan siapa sekarang?

Jika jam tersebut berada di tangan Eskay & the gang, maka harap dia tunjukkan jam tersebut sebagai bukti. Kemudian, untuk menentukan jam tersebut adalah milik Anwar, maka ia perlu diuji sama ada wujud DNA Anwar pada jam tersebut (DNA lagi...). Mahukah Anwar serahkan DNAnya itu? Mustahil la si penipu tu nak serahkan DNAnya...

Namun, jika benar jam tersebut berada di dalam simpanan Kak Wan, mengapakah Eskay mendakwa Anwar hantar sms tersebut kepada Anwar? Harap Eskay sekali lagi tunjukkan sms itu kepada pihak polis dan rakyat yang ingin tahu...

Saya harap, Kak Wan atau Anwar sendiri keluarkan jam "Omega" tersebut untuk membuktikan bahawa jam "Omega" tersebut tidak hilang atau tertinggal di bilik sebagaimana yang di dakwa oleh Eskay. Saya harap, Anwar tak gopoh untuk membeli seutas lagi jam "Omega baru" semata-mata untuk menafikan kebenaran.

Ishhh...mana pergi jam "Omega" itu ye? Pelik! (Atau sengaja dibuat-buat, seolah-olah "pelik"?!)

Bolehkah "kalendar 2011" menyelesaikan masalah rakyat Sarawak???


Oleh: Biak Kacak!

Baru-baru ini, diberitakan bahawa beberapa anggota parti pembangkang telah berani cuba-cuba datang ke Sungai Liam Lepung Ajai di daerah Marudi untuk mengedar kalendar tahun 2011 secara percuma untuk memancing undi penduduk di kawasan tersebut.

Di dalam usaha mendekati rakyat dengan cara mengula-gulakan penduduk di sekitar Rumah Chabu dan Rumah Ramba dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi, pembangkang telah memberikan kalendar 2011, walaupun kini sudah masuk bulan April 2011, sudah lewat empat bulan. Sesuaikah diberikan kalendar tersebut?

Tak mengapalah. Lagi pun, kalender-kalender tersebut telah pun diedarkan. Terima sajalah kalender itu meskipun kita tahu bahawa barangan itu sebenarnya hanyalah sekadar "lebihan barang yang tidak diperlukan" oleh pembangkang. Lagipun, kalender yang tidak laku tersebut hanya seolah-olah menjadi sampah di pejabat pembangkang selama 4 bulan sebelum ini.

Baca seterusnya di sini...

Video Seks:Pakatan nak berdemo tubuh RCI...???!!!


Pihak Polis DiRaja Malaysia sudah mengesahkan bahawa video seks yang dikaitkan dengan pemimpin "anugerah Tuhan" adalah tulen dan sahih. Itulah hasil laporan dari pihak pakar foransik PDRM yang boleh dikatakan pakar CSI di negara kita. Official speacialist!

Tapi itu semua tidak bermakna kepada Pakatan Haram. Semua pakar PDRM itu adalah "bullshit" bagi mereka. Pada mereka, laporan pakar forensik itu hanyalah "permainan BN" untuk mematikan karier Anwar. Itu semua karut, kata mereka.

Skrip seperti itu sudah dijangka oleh saya. Skrip seperti itu sudah sinonim kepada pakatan pembangkang sekiranya hasil laporan polis itu tidak memihak kepada mereka. Sekiranya laporan polis itu menafikan ketulenan video tersebut, tentunya mereka akan memuja-muji PDRM hingga ke langit! Biasalah, itulah perangai pembangkang Malaysia...

Sebagaimana kes Teoh Beng Hock, tentunya pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Di dalam kes TBH, laporan pakar forensik, SPRM dan polis, ditolak mentah-mentah oleh wakil-wakil pembangkang. Kononnya tidak telus dan terdapat kesangsian.

Jadi kali ini, video seks tersebut disahkan tulen oleh pakar forensik PDRM. Bila pakatan pembangkang nak buat demo desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI). Kami dok tunggu ni. Bila nak buat demo macam kes TBH dulu?

Sebelum ini, pihak pakatan pembangkang sebulat suara menolak penubuhan RCI untuk siasat kes video seks ini. Adakah kali ini mereka akan buat pusingan "U-turn" 360 degree untuk desak tubuh RCI pula?

Heheh...ternyata pembangkang bersikap 'double standard'! Macam tu ke "adil"? Dah betul tu, betul je la...tak payah nak kona-kona dahhhh...

Wednesday, March 30, 2011

Gempar..!!! Sam Ketot kata dia pun ada video seks pemimpin UMNO..!!!


Dah jadi perang video seks pulak dahhhh!!!

Orang ada video seks boss dia, dia pun claim ada video seks pemimpin UMNO pulak dahhh!
Entah betul, entah tidak si Sam Ketot nih...???

Memandai je kata dia ada stok video jugak! Cuma taknak dedahkan sebab prinsip? Cit Poddah la weiiii...abih tu yang korang fitnah Najib ada skandal dengan Altantuya tu apa hal? Kalau la ada video seks yang dikaitkan dengan Najib, dah tentu awal-awal lagi korang dah melalak keliling Malaysia...kononnya PM tidak bermoral! Tunjuk baik kononnn...porraaaaaraweeiiii...!!!

Cuba korang baca kat SINI...

Apa jenis manusiakah ini..???!!!


"Apa jenis manusiakah ini???!!!"

Pernahkah kita dengar ayat seperti ini? Ya. Ayat ini selalu digunakan oleh Anwar setelah Anwar memaki hamun, mengutuk dan mencaci cerca pemimpin UMNO, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selalunya, selepas dia puas mengutuk di dalam ceramahnya, dia akan tanya pada penyokongnya yang hadir dengan ayat slapstik di atas.

Pada saya, ayat di atas lebih sesuai ditujukan kepada Anwar sendiri.

Anwar didedahkan oleh Ummi Hafilda sebagai manusia jijik yang gelap hatinya. Anwar dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharim. Disyaki bahawa Afifah yang dilahirkan Shamsidar adalah anak hasil hubungan Anwar-Shamsidar. Perkara itu tidak pernah dinafikan oleh Anwar atau Azmin, mahupun Shamsidar sendiri.

Anwar juga didakwa menerima wang jutaan dollar, malah bilion dollar US, dari sekutu Yahudinya seperti Wolfowitz, penyangak matawang, Soros, dan bersahabat rapat dengan pemimpin aktivis Yahudi serta pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan "gay".

Anwar pernah disahkan meliwat oleh pihak mahkamah di Malaysia ketika perbicaraan kes liwat I pada 1998-1999 dan kini enggan menyerahkan DNAnya sebagai perbandingan berkaitan kes liwat IInya bersama Saiful Bukhari Azlan.

Anwar pernah memfitnah Datuk Seri Najib dan isternya, Datin Seri Rosmah sebagai pembunuh Altantuya, sedangkan kes itu telah dibicarakan di mahkamah secara adil dan hasilnya, Najib diputuskan tidak ada kena mengena dengan kematian Altantuya. Namun, Anwar dan penyokongnya tetap terus memfitnah Perdana Menteri dan isterinya.

Anwar merupakan "bapa rasuah" ketika di dalam UMNO dahulu dan meninggalkan warisannya kepada segelintir pemimpin UMNO, mujurlah beberapa pemimpin UMNO itu sudah dikenal pasti dan dinasihatkan supaya "bersara". Dan budaya korupsi itu terus dibawa Anwar di dalam PKR, buktinya ialah pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini yang huru-hara dengan wang berterbangan di merata-rata tempat.

Itu baru sedikit. Saya pasti rakan-rakan tentu mempunyai pengetahuan yang lebih banyak tentang betapa buruknya perangai Anwar.

Jadi, kita kembalikan soalan di atas itu kepada Anwar.

"Manusia jenis apakah kamu ini, Anwar...???!!!"

Tuesday, March 29, 2011

Kesan FDI: Serangan peribadi kepada Taib, Jamilah jadi mangsanya!


Tahap Foreign Direct Intervention atau Pengacauan Langsung Asing kini semakin memuncak di Sarawak apabila pertubuhan dan ejen asing yang berkepetingan ekonomi terus mengasak kerajaan negeri ang dilantik secara demokratik demi menurut perintah ketua ketua mereka yang berpengkalan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalang yang mengetuai gerombolan asign yang menyebarkan racun minda ini ialah adik kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, Clare Brown.

Gordon Brown paling terkenal dengan kejayaannya menipu rakyat Britain tentang wujudnya senjata pemusnah awam di Iraq dan menyokong keputusan Tony Blair untuk menyerang Iraq.

Kini Brown menghantar adiknya untuk menjadi pengacau di Sarawak dan ini adalah sebahagian dari usaha mereka untuk menggugat keamanan di Malaysia dengan menyebar fitnah tentang kerajaan Negeri Sarawak.

Baca seterusnya di Sarawak Sun...

Muka baru bakal mengejutkan pembangkang Sarawak..!!!


Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah pun memaklumkan kepada umum berkenaan tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak, iaitu pada 6 April ini. Malah, tarikh pilihanraya bakal diadakan pun sudah diumumkan pada 16 April, sepuluh hari selepas tarikh penamaan calon.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, baru-baru ini mengumumkan bahawa daripada 35 buah kerusi yang merupakan kuota yang diperuntukkan kepada PBB, parti itu akan mengumumkan sebanyak 10-12 orang muka baru sebagai calon parti tersebut.

Baca seterusnya di Real Sarawak...

Sunday, March 27, 2011

Gempar lagi..!!! Wartawan Harakah & Malaysiakini sahkan Anwar dalam video seks..!!!


Agak mengejutkan. Wartawan Harakah dan Malaysiakini yang pernah menonton video seks yang didakwa dilakonkan oleh pemimpin "ANU GERAH TUHAN", mengesahkan bahawa lelaki yang beraksi melakukan adegan seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri!

Menurut blogger RBF di sini, dia telah menemui seorang wartawan Harakah semalam di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, setelah diminta oleh rakan kami Gomo untuk berbuat demikian.

Pada pertemuan itu, wartawan dari alat propaganda PAS tersebut mengesahkan dan 100% bersetuju bahawa lelaki di dalam video berkenaan ialah Anwar, dan wartawan itu hairan dengan penafian oleh Johari Abdul. Pada saya, apa yang nak dihairankan? Biasalah..orang politik lah katakan...

Selain itu, wartawan Harakah itu berkata bahawa seorang wartawan Malaysiakini yang turut menonton bersamanya, juga mengesahkan bahawa "pelakon lelaki" itu adalah Anwar Ibrahim! Ini menjadikan sudah 2 orang wartawan dari MEDIA PEMBANGKANG MENGAKUI penglibatan Anwar di dalam video tersebut.

Bagaimanapun, RBF tidak memberitahu nama dan turut "memadam" muka wartawan tersebut dari pengetahuan umum. Maklumlah, bahaya! Jika terdedah identiti wartawan Harakah dan Malaysiakini tersebut, risau juga jika mereka dibuang kerja. Jika tidak dibuang kerja pun, tentu mereka akan menerima "suapan" lumayan untuk menutup cerita sebenar dan menafikan kenyataan mereka sebelum ini. Biasalah, itukan "style" Anwar...

Wartawan Harakah tersebut turut menyatakan bahawa kebenaran ini tidak boleh disiarkan di Harakah memandangkan 3 orang pengurusan tertinggi di Harakah berada di dalam 'genggaman' Anwar! Nahaslah ketiga-tiga "boss"nya jika cerita ini 'pecah' di Harakah. Tentu Anwar akan mengamuk pada "boss-boss"nya...

Astaghfirullah Al-Azim. Itulah Anwar, Harakah dan Pakatan Haram di Malaysia ini. Zahirnya, ayat Al-Quran dan Hadith menjadi pertuturan, namun batin dan "dunia gelap"nya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Apa jenis manusiakah ini...???!!! Itu pun ada lagi yang percaya pada mereka? Wallahu'alam...

sumber dari rbf online...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!