Wednesday, March 30, 2011

Gempar..!!! Sam Ketot kata dia pun ada video seks pemimpin UMNO..!!!


Dah jadi perang video seks pulak dahhhh!!!

Orang ada video seks boss dia, dia pun claim ada video seks pemimpin UMNO pulak dahhh!
Entah betul, entah tidak si Sam Ketot nih...???

Memandai je kata dia ada stok video jugak! Cuma taknak dedahkan sebab prinsip? Cit Poddah la weiiii...abih tu yang korang fitnah Najib ada skandal dengan Altantuya tu apa hal? Kalau la ada video seks yang dikaitkan dengan Najib, dah tentu awal-awal lagi korang dah melalak keliling Malaysia...kononnya PM tidak bermoral! Tunjuk baik kononnn...porraaaaaraweeiiii...!!!

Cuba korang baca kat SINI...

Apa jenis manusiakah ini..???!!!


"Apa jenis manusiakah ini???!!!"

Pernahkah kita dengar ayat seperti ini? Ya. Ayat ini selalu digunakan oleh Anwar setelah Anwar memaki hamun, mengutuk dan mencaci cerca pemimpin UMNO, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selalunya, selepas dia puas mengutuk di dalam ceramahnya, dia akan tanya pada penyokongnya yang hadir dengan ayat slapstik di atas.

Pada saya, ayat di atas lebih sesuai ditujukan kepada Anwar sendiri.

Anwar didedahkan oleh Ummi Hafilda sebagai manusia jijik yang gelap hatinya. Anwar dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharim. Disyaki bahawa Afifah yang dilahirkan Shamsidar adalah anak hasil hubungan Anwar-Shamsidar. Perkara itu tidak pernah dinafikan oleh Anwar atau Azmin, mahupun Shamsidar sendiri.

Anwar juga didakwa menerima wang jutaan dollar, malah bilion dollar US, dari sekutu Yahudinya seperti Wolfowitz, penyangak matawang, Soros, dan bersahabat rapat dengan pemimpin aktivis Yahudi serta pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan "gay".

Anwar pernah disahkan meliwat oleh pihak mahkamah di Malaysia ketika perbicaraan kes liwat I pada 1998-1999 dan kini enggan menyerahkan DNAnya sebagai perbandingan berkaitan kes liwat IInya bersama Saiful Bukhari Azlan.

Anwar pernah memfitnah Datuk Seri Najib dan isternya, Datin Seri Rosmah sebagai pembunuh Altantuya, sedangkan kes itu telah dibicarakan di mahkamah secara adil dan hasilnya, Najib diputuskan tidak ada kena mengena dengan kematian Altantuya. Namun, Anwar dan penyokongnya tetap terus memfitnah Perdana Menteri dan isterinya.

Anwar merupakan "bapa rasuah" ketika di dalam UMNO dahulu dan meninggalkan warisannya kepada segelintir pemimpin UMNO, mujurlah beberapa pemimpin UMNO itu sudah dikenal pasti dan dinasihatkan supaya "bersara". Dan budaya korupsi itu terus dibawa Anwar di dalam PKR, buktinya ialah pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini yang huru-hara dengan wang berterbangan di merata-rata tempat.

Itu baru sedikit. Saya pasti rakan-rakan tentu mempunyai pengetahuan yang lebih banyak tentang betapa buruknya perangai Anwar.

Jadi, kita kembalikan soalan di atas itu kepada Anwar.

"Manusia jenis apakah kamu ini, Anwar...???!!!"

Tuesday, March 29, 2011

Kesan FDI: Serangan peribadi kepada Taib, Jamilah jadi mangsanya!


Tahap Foreign Direct Intervention atau Pengacauan Langsung Asing kini semakin memuncak di Sarawak apabila pertubuhan dan ejen asing yang berkepetingan ekonomi terus mengasak kerajaan negeri ang dilantik secara demokratik demi menurut perintah ketua ketua mereka yang berpengkalan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalang yang mengetuai gerombolan asign yang menyebarkan racun minda ini ialah adik kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, Clare Brown.

Gordon Brown paling terkenal dengan kejayaannya menipu rakyat Britain tentang wujudnya senjata pemusnah awam di Iraq dan menyokong keputusan Tony Blair untuk menyerang Iraq.

Kini Brown menghantar adiknya untuk menjadi pengacau di Sarawak dan ini adalah sebahagian dari usaha mereka untuk menggugat keamanan di Malaysia dengan menyebar fitnah tentang kerajaan Negeri Sarawak.

Baca seterusnya di Sarawak Sun...

Muka baru bakal mengejutkan pembangkang Sarawak..!!!


Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah pun memaklumkan kepada umum berkenaan tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak, iaitu pada 6 April ini. Malah, tarikh pilihanraya bakal diadakan pun sudah diumumkan pada 16 April, sepuluh hari selepas tarikh penamaan calon.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, baru-baru ini mengumumkan bahawa daripada 35 buah kerusi yang merupakan kuota yang diperuntukkan kepada PBB, parti itu akan mengumumkan sebanyak 10-12 orang muka baru sebagai calon parti tersebut.

Baca seterusnya di Real Sarawak...

Sunday, March 27, 2011

Gempar lagi..!!! Wartawan Harakah & Malaysiakini sahkan Anwar dalam video seks..!!!


Agak mengejutkan. Wartawan Harakah dan Malaysiakini yang pernah menonton video seks yang didakwa dilakonkan oleh pemimpin "ANU GERAH TUHAN", mengesahkan bahawa lelaki yang beraksi melakukan adegan seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri!

Menurut blogger RBF di sini, dia telah menemui seorang wartawan Harakah semalam di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, setelah diminta oleh rakan kami Gomo untuk berbuat demikian.

Pada pertemuan itu, wartawan dari alat propaganda PAS tersebut mengesahkan dan 100% bersetuju bahawa lelaki di dalam video berkenaan ialah Anwar, dan wartawan itu hairan dengan penafian oleh Johari Abdul. Pada saya, apa yang nak dihairankan? Biasalah..orang politik lah katakan...

Selain itu, wartawan Harakah itu berkata bahawa seorang wartawan Malaysiakini yang turut menonton bersamanya, juga mengesahkan bahawa "pelakon lelaki" itu adalah Anwar Ibrahim! Ini menjadikan sudah 2 orang wartawan dari MEDIA PEMBANGKANG MENGAKUI penglibatan Anwar di dalam video tersebut.

Bagaimanapun, RBF tidak memberitahu nama dan turut "memadam" muka wartawan tersebut dari pengetahuan umum. Maklumlah, bahaya! Jika terdedah identiti wartawan Harakah dan Malaysiakini tersebut, risau juga jika mereka dibuang kerja. Jika tidak dibuang kerja pun, tentu mereka akan menerima "suapan" lumayan untuk menutup cerita sebenar dan menafikan kenyataan mereka sebelum ini. Biasalah, itukan "style" Anwar...

Wartawan Harakah tersebut turut menyatakan bahawa kebenaran ini tidak boleh disiarkan di Harakah memandangkan 3 orang pengurusan tertinggi di Harakah berada di dalam 'genggaman' Anwar! Nahaslah ketiga-tiga "boss"nya jika cerita ini 'pecah' di Harakah. Tentu Anwar akan mengamuk pada "boss-boss"nya...

Astaghfirullah Al-Azim. Itulah Anwar, Harakah dan Pakatan Haram di Malaysia ini. Zahirnya, ayat Al-Quran dan Hadith menjadi pertuturan, namun batin dan "dunia gelap"nya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Apa jenis manusiakah ini...???!!! Itu pun ada lagi yang percaya pada mereka? Wallahu'alam...

sumber dari rbf online...

Saturday, March 26, 2011

Gempar..!!! Rahsia Jamilah di Canada...!!!


Baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud mengakui bahawa anak perempuannya kini berada di Ottawa, Kanada. Memang benar Jamilah dan suaminya, Sean Murray berada di sana. Sebenarnya sudah lama mereka tinggal di sana, sejak awal tahun 80'an lagi.

Selepas Taib Mahmud menyatakan bahawa anaknya Jamilah berada di sana, Malaysiakini pun memulakan putar alamnya. Kononnya, Jamilah dan Sean Murray merupakan di antara yang terkaya dengan aset dan premis yang bernilai ratusan juta RM.

Yang tak sedapnya, portal pembangkang itu memandai-mandai mendakwa bahawa Taib Mahmud melarikan kekayaan Sarawak ke sana. Portal berita pembangkang itu bagaikan sengaja mengandaikan diminda rakyat seolah-olah Taib Mahmud merompak kekayaan negeri Sarawak dan hantar ke Ottawa.

Benarkah dakwaan itu? Nampaknya Malaysiakini tidak serik-serik di saman oleh Taib Mahmud. Sedang portal itu sedang berhadapan dengan kes saman terhadapnya oleh Taib, mereka cuba 'cari pasal' lagi! Malaysiakini dengan niat jaha, cuba menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak itu.

Begini cerita sebenarnya, Taib Mahmud sudah lama menjadi Menteri di Kerajaan Pusat. Sejak tahun 1963 lagi. Ketika itu, penulis dan pengarang di Malaysia kini pun mungkin belum lahir lagi. Pelbagai portfolio yang beliau sudah pegang. Ketika itu, memandangkan Taib bekerja di Semenanjung, maka dia telah membeli beberapa aset, rumah dan sebagainya di sekitar Lembah Klang. Lebih kurang macam Anwarlah...

Pada 1981, beliau telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan tidak lagi menjawat Menteri Kabinet. Jadi, beliau pun telah menjual sebahagian besar asetnya itu dan berpindah pulang ke Sarawak, kampung halamannya. Hasil dari penjualannya itu, maka dia turut membawa pulang beberapa juta RM bersama.

Ketika itulah, Jamilah dan Sean Murray telah mengambil keputusan untuk menetap di Kanada, kampung halaman suaminya. Jamilah dan Sean telah meminjam lebih kurang RM4 juta dari ayahandanya untuk memulakan kehidupan di sana. Mereka telah membeli sebidang tanah dan turut membuat pelaburan hartanah di Ottawa.

Ketika itu, Ottawa bukanlah sebuah kawasan maju seperti sekarang. Harga hartanahnya agak murah berbanding sekarang. Ottawa ketika itu boleh diibaratkan seperti Sir Hartamas atau Mont Kiara pada tahun 1981, tiada pembangunan yang pesat dan lebih merupakan kawasan kampung yang baru berjinak-jinak nak membangun. Namun kini selepas 30 tahun, hartanah di Sri Hartamas dan Mont Kiara beratus juta harganya! Mahalnya berbilion!

Sudah ditakdirkan selepas 30 tahun, tiba-tiba Ottawa menjadi tumpuan pembangunan di sana, dan pelaburan hartanah Jamilah dan Sean turut mengaut keuntungan yang lumayan. Hasil dari kebijaksanaan menguruskan perniagaan dan hartanah, mereka berdua telah berjaya menjadi antara orang terkaya di sana. Salahkah? Tidak telus kah? Sudah ditakdirkan begitu rezeki Jamilah di negeri orang, mengapa pula di'dengki-dengki'kan?

Sehingga hari ini, Jamilah dan Sean Murray masih di sana dan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa. Tanpa sebarang campur tangan dari Taib Mahmud. Wang yang dipinjamkan pun sudah dikembalikan. Jadi, apa isunya? Bukannya Jamilah atau Taib dapat duit dari Foundation of The Future (duit Yahudi tu!) macam Anwar tu pun.

Ternyata, niat jahat dari alat propaganda pembangkang ini begitu cekap memanipulasi fakta. Laporan dan beritanya bagaikan benar dan sensasi. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah palsu, tidak benar, dan hanya permainan "perang saraf" dari pembangkang. Ketika semua media pro Kerajaan begitu serius menjaga etika kewartawanan, portal dan blog pembangkang terus membuang etika dari nilai-nilai berita yang mereka laporkan.

Itupun beribu-ribu yang percaya dengan portal berkenaan? Kasihan, "hidup-hidup mereka kena tipu..!!!

Friday, March 25, 2011

Azmin Ali bawa “bala” pada pembangkang Sarawak!


Oleh: Biak Kacak!

Keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ternyata mengundang padah apabila Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Undang Bugak mengumumkan bahawa kerjasama di antara partinya dengan parti dari Semenanjung itu “sudah tidak dapat diselamatkan”.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang sebok mempertahankan diri di mahkamah berhubung kes Liwat II, telah menghantar Azmin Ali ke Sarawak bagi meninjau keadaan politik Sarawak dan “memujuk” SNAP agar bekerjasama dengan PKR dan DAP, sekaligus membentuk pakatan pembangkang di Bumi Kenyalang.

Agaknya, tidak keruan dikejar bayangan adik perempuannya, Ummi Hafilda Ali, yang begitu garang mendedahkan segala kisah “gelap” Azmin, isterinya, Shamsidar dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Azmin difahamkan sering mengelak untuk bersemuka dengan adik kandungnya itu.

Baca seterusnya di Real Sarawak...!

SNAP “ceraikan” PKR: PKR tak mampu “angkat muka” di Sarawak!


Oleh: Biak Kacak!

Nampaknya hubungan SNAP dan PKR di Sarawak sudah tidak dapat diselamatkan lagi. “Sudah berputus arang”, tidak dapat dicantumkan kembali, itu sahaja yang dapat disifatkan tentang hubungan kedua parti pembangkang Sarawak itu, sekaligus menunjukkan Azmin Ali gagal dalam misinya menyatukan SNAP dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Terbaru, SNAP telah mengumumkan 11 lagi nama-nama calonnya bagi menghadapi pilihanraya negeri itu. Ianyanya menjadikan jumlah calon SNAP yang telah diumumkan menjadi 27 orang, setelah mengumumkan 16 nama calon sebelum ini. SNAP hanya memerlukan 13 lagi calon untuk dipilih mewakili parti itu untuk menjadikan jumlah keseluruhan calon bertanding di 40 buah kerusi DUN.

Justeru pengumuman SNAP itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memberikan komen yang pedas untuk didengar oleh kepimpinan SNAP. Baru Bian menganggap calon-calon SNAP adalah golongan yang “terbuang” dan “kitar semula” yang cuba meraih kembali sokongan yang tidak ada. Ini menunjukkan penentangan dan perbalahan kedua parti itu sudah hancur sama sekali.

Teruskan membaca di Real Sarawak...

Video skandal seks Anwar: Konspirasi pilihanraya Sarawak dan kes liwat II?


Oleh: Biak Kacak

Rata-rata rakyat agak gempar dengan terdedahnya video skandal seks Anwar Ibrahim dengan pelacur yang kononnya didalangi oleh seorang individu yang hanya mahu menggelar dirinya “Datuk T”. Selepas pecahnya cerita ini, maka Anwar pun dikerumuni oleh para wartawan yang mahu mendengar komen pemimpin “anugerah Tuhan” ini.

Dengan sekelip mata, Anwar menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Dan dengan sekelip mata, Anwar dengan mudah menagih simpati rakyat dan sekaligus menudingkan jarinya kepada pihak Barisan Nasional. Bagaikan “serampang dua mata”, isu terkini yang panas ini telah menguntungkan pihak Anwar.

Seterusnya sila baca di Sarawak Sun...

Wednesday, March 23, 2011

Datuk T salah, "pelakon video seks" tak salah..???!!!


Dari segi perundangan, sememangnya ketiga-tiga "Datuk T" perlu ditahan kerana memiliki dan menayangkan video seks. Salah tetap salah. Itu dari segi perundangan.

Namun, kita lihat pula kepada tujuan atau motif pendedahan dan penayangan video berkenaan, apakah ianya bertujuan untuk "cari makan" sebagaimana yang diamalkan oleh pengedar-pengedar dvd lucah?

Pada saya, tujuan utama video tersebut dimiliki, disimpan dan ditayangkan oleh Datuk T adalah untuk mendedahkan sesuatu yang pada mereka adalah SALAH DI SEGI MORAL. Apakah undang-undang Malaysia akan mengambil tindakan terhadap pesalah moral yang "berlakon" di dalam video seks tersebut?

Pelbagai persoalan perlu dijawab setelah video seks tersebut didedahkan.

Antaranya, di antara "pemilik/penayang" dengan "pelakon seks" video berkenaan, siapakah yang lebih berdosa? Siapakah yang lebih bersalah? Dan siapakah yang paling ditolak di sisi Allah?

Apakah dosa seorang "pelakon seks" itu lebih ringan dari mereka-mereka yang memiliki dan menayangkan video tersebut?

Saya tidak menuduh Anwar sebagai "pelakon seks" di dalam video tersebut. Namun, saya lebih suka sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menjawab persoalan ini dan biarlah rakyat tahu tentang kesahihannya.

Pendakwaan skandal seks ini bukan perkara kecil yang boleh didiamkan begitu saja. Ianya melibatkan seorang pemimpin "Anugerah Tuhan". Untuk keadilan, perkara ini perlu disiasat dengan adil.

Seperkara lagi, meskipun ketiga-tiga bahan bukti DNA Anwar diterima semula oleh mahkamah (reversed decision), saya fikir adalah lebih wajar jika Anwar diperintahkan mahkamah untuk menyerahkan DNAnya secara sukarela.

p/s: Teruk betul Anwar, nak buktikan dirinya tak bersalah pun sampai kena paksa beri DNA...ada sesuatu di sebalik DNA???

"Datuk T" sudah mengaku, Polis disaran tahan mereka segera...!


Nah! Sekarang semua sudah jelas. Puas hati? "Datuk T" yang dimaksudkan selama ini ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim. Semua orang sudah tahu bahawa "Datuk T" atau "Datuk Trio" itu mewakili ketiga-tiga mereka.

Semua sudah jelas, bukan? Anwar sudah membuat laporan polis, dan pihak polis berhak untuk menahan ketiga-tiga "trio" berkenaan untuk siasatan lanjut. Mohon pihak berkuasa bertindak segera.

Sebelum ini, Datuk-Datuk tersebut memaklumkan bahawa mereka sedia untuk bekerjasama dan menyerahkan video seks "original" yang didakawa mereka sebagai "tulen" dan tidak diubah suai kepada pihak berkuasa untuk disiasat ketulenannya.

Berikutan itu, pada saya, biarlah pihak polis siasat dahulu.Selanjutnya, jika ada yang tidak puas hati dengan hasil siasatan dan ingin mencabarnya, maka sebagaimana kes Teoh Beng Hock, sebuah jawatankuasa inkues perlu ditubuhkan.

Kemudian, jika tidak berpuas hati juga dengan hasil inkues, maka sebuah Suruhanjaya DiRaja perlu pula ditubuhkan. Itu pun belum pasti isu kesahihan video itu akan selesai.

Jika hasil semua proses tersebut menyebelahi Datuk T, maka pembangkang akan mendakwa ini semua "konspirasi peringkat tertinggi". Dan jika keputusannya menyebelahi Anwar pula, ketiga-tiga "trio" ini pastinya akan memprotes dan menyatakan bahawa mereka dipihak yang benar.

Pada saya, usah buang masa dengan 2-3 proses, cukuplah dengan satu proses sahaja. Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja secepat mungkin dan siasat. Masing-masing hantar wakil masing-masing, termasuk wakil Anwar sendiri.

Kemudian, wujudkan syarat bahawa apa jua hasil Suruhanjaya tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak, sama ada pihak pembangkang yang mewakili Anwar, mahupun "Datuk T" bertiga.

Ada pendapat lain? Nyatakan cepat, kalau tidak, korang kata tak adil pulak...!!!

Skandal Video Seks Anwar: Jangan kaitkan Anwar...bukan dia dalam video tu..!!!


Sudahlah...jangan lah tuduh Anwar lagi. Cukup-cukup la tu. Mungkin dalam video tu bukan Anwar. Mungkin orang lain kot? Mungkin "pelanduk dua serupa". Yang pastinya, saya tak pernah tengok pun video tu dan saya enggan menuduh sesiapa. Takut fitnah jadinya.

Mungkin Datuk T menipu. Mungkin Datuk T telah mengolah video itu supaya lelaki yang dipaparkan dalamnya kelihatan seperti Anwar. Mungkin kerana dendam tertentu, maka Datuk T cuba mengkonspirasikan Anwar.

Pada saya, sesiapa saja berkemungkinan untuk menjadi "pelakon lelaki" dalam video seks tersebut. Kita hanya diberikan beberapa ciri yang dimiliki "pelakon lelaki" tersebut. Diantaranya ialah lelaki tersebut mempunyai perut yang buncit dan memiliki seutas jam tangan berjenama Omega.

Ramai lelaki yang mempunyai perut buncit di Malaysia. Menurut Anwar, lelaki itu "lebih buncit" berbanding perutnya. Mungkinkah itu perut blogger-blogger pro-Kerajaan seperti Parpu, Gomo, RBF, KP, Atau GAP? Setahu saya, perut blogger-blogger kita ini pun "boleh tahan" juga besarnya. Hehehe..jangan marah kengkawan!

Saya meminta agar sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat tentang kesahihan video tersebut. Yang terbaiknya, tubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja sebagaimana kes Teoh Beng Hock dan V.K Linggam. Siasat sehingga ke lubang cacing.

Harap supaya Datuk T tampil untuk bertemu Suruhanjaya tersebut, menyerahkan video kepada mereka untuk disiasat ketulenannya dan bersedia untuk disoal siasat. Jika Datuk T takut, sila datang dengan peguam dan beberapa pengawal keselamatan. Saya percaya Datuk T banyak duit untuk upah peguam.

Jika perlu, Datuk T perlu membuat "kenyataan bersumpah" atau "statutory declaration" sebagaimana yang telah dibuat oleh P.I Bala dan RPK dulu. Tapi buat SD yang benarlah, jangan dok buat wayang macam depa 2 ekor tu!

Di dalam Suruhanjaya tersebut, minta Anwar sediakan wakilnya seramai 3 orang, wakil Datuk T pula 3 orang, dan selebihnya mestilah dilantik dari kalangan orang awam yang tidak berkepentingan. Tak payah panggil SELCAT dan CAT di Selangor & Penang tu, tak boleh pakai punya tu...

Justeru itu, saya memohon supaya tuduhan terhadap Anwar yang mengaitkannya dengan "pelakon lelaki" itu supaya dihentikan. Mungkin lelaki itu Hj. Hadi, mungkin juga Gobind, mungkin juga Din Puduraya (nak kata Nik Aziz, perut dia kempis je!)

Kita tuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk kes ini. Titik!

Monday, March 21, 2011

Terkini..!!! Skandal Video Seks Anwar Part II..!!! "Perut buncit" pulak jadi alasan...!!!


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini tampil membuat penafian bahawa pelaku aksi seks dalam video klip yang dipertontonkan kepada kumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara pagi ini adalah dirinya.

Katanya, walaupun memiliki wajah yang hampir seiras, beliau difahamkan oleh wartawan yang melihat klip berkenaan, pelaku tersebut mempunyai perut yang lebih buncit daripada dirinya.

Katanya, perbezaan dari aspek fizikal itu turut diperkukuhkan dengan fakta bahawa beliau pada tarikh aksi itu dirakamkan berada di rumah bersama ahli keluarga dan beberapa kakitanganya serta turut menghantar teks Twitter pada masa video berkenaan dirakamkan.

“Ini adalah rekaysa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Bandar Tropicana, Petaling Jaya.

Video klip selama 20 minit berkenaan dipertontonkan kepada beberapa kumpulan wartawan secara bergilir-gilir pagi ini. Penganjur tayangan itu hanya dikenali dengan nama Datuk T dan identiti sebenarnya masih belum diketahui.

Datuk T antaranya memberikan tempoh satu minggu kepada Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail agar berundur daripada jawatan dalam parti dan politik selepas salinan aksi itu diserahkan kepada mereka tidak lama lagi.

“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar forensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya,” Datuk T dilaporkan sebagai berkata pagi ini.

Klip video berkenaan dikatakan dirakam pada 21 Februari lalu bermula pukul 10.23 malam di sebuah bilik hotel.

Dalam pada itu, Anwar menolak untuk patuh kepada syarat yang dikenakan oleh Datuk T.

Pada sidang akhbar itu, beliau juga melahirkan keyakinan klip video berkenaan adalah perbuatan unit cawangan khas pasukan polis kerana penayangannya dirancang dengan penuh teliti.

“Saya percaya fitnah ini muncul ketika pendakwaan fitnah dua (liwat melibatkan Saiful Bukhari) berkecai dan hampir tewas,” katanya.

Kata Anwar, beliau tidak mengenali siapa Datuk T berkenaan dan akan membuat laporan polis.

“Saya harap pihak berkuasa (polis) akan bertindak adil dalam menyiasat kes ini,” katanya.

Beliau juga yakin penayangan video klip itu bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu nasional dan pilihan raya negeri Sarawak.

Wan Azizah pula dalam reaksinya pada sidang akhbar yang sama berkata, beliau merasa geli hati dengan tuduhan yang terbaru ini.

“Dulu kaitkan dengan lelaki, sekarang perempuan pula,” katanya.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Edisi Sarawak: Pembangkang Sarawak "bulakkk"...!!!


Nampaknya parti-parti pembangkang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Sarawak. Corak penghinaan dengan memandang rendah daya pemikiran rakyat Sarawak ini patut digunakan sepenuhnya pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini dengan menghukum parti-parti pembangkang ini sekeras-kerasnya.

Penulis memohon agar pengundi jangan memberikan sebarang undi kepada mereka pada pilihanraya kali ini sebagai hukuman terhadap penghinaan ini. Pembangkang harus dihukum di Sarawak!

Pembangkang cuba bermain api apabila cuba menipu rakyat Sarawak, kononnya kadar premium tanah di Sarawak adalah amat tinggi. Padahal ini adalah satu pembohongan kepada rakyat dan fitnah jahat yang cuba meruntuhkan kestabilan politik negeri Bumi Kenyalang kita.

Baca seterusnya di Kenyalang Report

Pilihanraya Sarawak: DAP, PKR & SNAP bergaduh, PAS tiada harapan!


Kemelut yang melanda sesama parti pembangkang Sarawak nampaknya belum lagi berjaya diselesaikan. SNAP masih lagi berbalah dengan DAP. Dengan campur tangan dari parti PKR yang dianggap parti “pendatang” dari Semenanjung, kemelut itu semakin hari semakin meruncing ke arah kegagalan untuk mencapai kata sepakat.

Dalam erti kata lain, pakatan pembangkang gagal mencapai kata sepakat di Sarawak. “Pakatan” gagal menubuhkan sebuah “pakatan”.

Baru-baru ini Presiden SNAP, Edwin Dundang, telah mengumumkan seramai 16 nama yang telah dikenal pasti sebagai calon bagi mewakili parti itu pada pilihanraya DUN Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Baca seterusnya di Kenyalang Report

Taib Mahmud saman Malaysiakini..!!!


Habislah Malaysiakini! “Tukang fitnah” bagi pihak DAP itu bakal berdepan dengan tindakan saman dari Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, kerana memfitnah beliau. Sebagai “pendahuluan”, mahkamah telah memerintahkan supaya laman web tersebut membayar RM10,000 kepada Taib Mahmud.

Baru-baru ini, mahkamah telah memerintahkan supaya laman web pro-pembangkang, Malaysiakini agar membayar sejumlah RM10,000 kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahumud, setelah permohonan laman web tersebut untuk mambatalkan saman fitnah oleh Ketua Menteri itu ditolak.

Teruskan membaca di Kenyalang Report

Panas meletop..!!! Skandal Video Sex Pemimpin "Anugerah Tuhan"?


Diberitakan oleh Pak Syeikh Kickdefella, bekas blogger upahan Husam Musa (PAS), di sini, bahawa video sepanjang 10 minit telah ditayangkan kepada sekumpulan penonton terpilih!

Video itu merupakan adegan seks di antara seorang individu Islam terkenal dengan seorang wanita berketurunan cina. Berita mengenai jemputan untuk menonton tayangan video tersebut mula bocor pada tengah malam tadi. Namun adalah dimaklumkan lokasi tayangan hanya dimaklumkan di saat akhir pagi ini.

Tayangan itu berlangsung jam 9 pagi hari ini disebuah lokasi mewah di ibu kota. Sehingga kini tidak diketahui siapakah yang menganjurkan tayangan tersebut dan siapakah perempuan berketurunan cina tersebut.

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.

Sumber: ckick kat sini...

Sunday, March 20, 2011

Yayasan Selangor: Khalid tipu rakyat & DYMM Sultan Selangor..!!!


Penulis masih ingat tentang perbalahan di antara Khalid Ibrahim dengan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), terutamanya panglima-panglima UMNO, tentang penyelewengan di Yayasan Selangor. Khalid begitu konsisten mempertahankan bahawa kewangan Yayasan Selangor ditadbir dengan baik mengikut garis panduan SELCAT yang dipelopori oleh pihak Pakatan Haram Selangor itu.

Penulis tidak lupa tentang pertikaian yang berlaku tentang jumlah perbelanjaan majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor. UMNO Selangor sanggup bertegang leher dengan Khalid dan konco-konconya menyatakan bahawa perbelanjaan keseluruhan yang diperuntukkan oleh Yayasan untuk majlis berkenaan berjumlah RM800,000.

Namun, Khalid menafikannya dan menyatakan bahawa jumlah kos sebenar sambutan majlis berkenaan hanyalah berjumlah RM300,000. Lama jugalah Khalid dan UMNO Selangor cabar mencabar di antara satu sama lain. Khalid cabar UMNO Selangor keluarkan bukti dan logik perbelanjaan sebanyak RM800k, manakala UMNO Selangor pula minta Khalid keluarkan catatan invois serta rekod akaun perbelanjaan berjumlah RM300k, sebagaimana yang di dakwa.

Akibat kemelut perbelanjaan melampau Yayasan Selangor ini, DYMM Sultan Selangor telah enggan hadir ke majlis berkenaan. Malah Baginda Sultan turut menyatakan kekesalan dan perasaan tidak senang hatinya terhadap pembiayaan perbelanjaan majlis yang melampau itu.

Namun akhirnya, segala persoalan, semua pertikaian dan “rahsia” sudah terjawab. Khalid sudah mengakui! Terkini, Khalid telah mengakui di hadapan umum bahawa jumlah sebenar perbelanjaan majlis berkenaan adalah mencecah RM1 juta! Ini bukan setakat “kantoi” lagi, ini sudah sampai masanya untuk di”terajang” oleh rakyat keluar dari Selangor!

Ini namanya pengkhianat duit rakyat Selangor! Sangat jauh bezanya antara RM300k dan RM1 juta. Kenapa berbelanja begitu besar untuk majlis sambutan itu? Mentang-mentanglah Datuk Seri Khir Toyo sudah tidak mentadbir Selangor, maka Khalid “and the gang” boleh buat sesuka hati pada dana yang ada pada Yayasan Selangor. Ini sudah lebih…!!!

Penulis boleh tahan lagi jika puak-puak Pakatan Haram “jadah” ini menggunakan duit dari Wolfowitz, Soros mahupun dari Foundation of the Future. Tapi bila Yayasan Selangor gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan dan masa depan anak-anak Selangor, ini bukan lagi haram hukumnya, ini haram jadah! Dan patut Khalid dan konco-konconya dihalau keluar dari terus menjadi Kerajaan negeri paling maju!

Mana “penasihat ekonomi RM1″ Selangor? Mana? Sedang sebok mengelak nak beri DNA pada mahkamah, kah? Yayasan Selangor telah “berjaya” mencatat “keuntungan” berjumlah -RM7.41 juta! Atau di dalam kata lain, Yayasan Selangor telah “berjaya” dirugikan sebanyak RM7.41 juta! Mana perginya RM7.41 juta dari Yayasan Selangor? Itu semua Khalid dan penasihat ekonominya kena jawab!

Lihatlah rakyat semua. Baru tiga tahun memerintah Selangor, Yayasannya sudah mengalami deifisit yang teruk dan rugi RM7.41 juta. Tahun keempat nanti macam mana lah pula? Inikah “pakar-pakar” ekonomi yang diharapkan rakyat untuk menjana ekonomi negara? Inikah prestasi bekas “boss besar” PNB dan bekas Menteri Kewangan yang cemerlang? Elok diludah saja “dua-dua ekor” ini…

Penulis berpendapat, Khalid Ibrahim perlu menghadap DYMM Sultan Selangor untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang perbelanjaan melampau Yayasan Selangor untuk majlis sambutannya yang ke-40 tempohari. Ini kerana memandangkan bahawa DYMM Tuanku begitu “concern” tentang jumlah perbelanjaan yang melampau tersebut sehingga membatalkan kehadirannya.

Khalid perlu menjelaskan kepada DYMM Sultan Selangor tentang hal sebenar jumlah perbelanjaan majlis tersebut yang mencecah RM1 juta. Dan dia kena terangkan pada DYMM Sultan tentang penipuannya terhadap Baginda Sultan pada awal pertikaian majlis tersebut. Kurang ajar punya MB, DYMM Sultan Selangor pun dia tipu…apatah lagi rakyat! Ramai lagi yang tak sedar-sedar ditipu?

Apapun, kata kunci sebenar untuk menyelesaikan perkara ini hanyalah satu. Pakatan Haram “jadah” ini perlu di’terajang” keluar pentas politik negara. Mereka tidak layak dan tidak tahu mentadbir sebuah kerajaan negeri sekali pun! Biarlah rakyat Selangor menderita sebentar sehingga tiba PRU-13 kelak sebagai iktibar memilih Pakatan Haram sebagai Kerajaan, nanti apabila tiba saat mengundi, tahulah rakyat Selangor nak buat apa. ketika itu “tak cukup tanah” Khalid dan “aweknya” Eli Wong lari lintang pukang!

Sumber: myKMU.net

Judi Loteri: PAS Kelantan mesti ikut fatwa Anwar – DAP..!!!

Mu nok kena tarik telinga ke?

Tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya betul tanggapan kami bahawa “PAS adalah keldai” kepada PKR dan DAP di dalam hubungan terlarang, Pakatan Haram “jadah”! Ini adalah memandangkan kepada keputusan PAS Kelantan untuk mengkaji semula keputusan Kerajaan PAS itu tentang pengharaman judi loteri di negeri “Serambi Maksiat” itu.

Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di”belasah” oleh Anwar Ibrahim dan DAP.

Anwar dan beberapa pemimpin DAP mengkritik keras keputusan PAS Kelantan kerana mengharamkan judi loteri di negeri itu dan meminta Nik Aziz supaya merujuk kepadanya dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan di negeri yang dijajah oleh Pakatan Rakyat.

Yang menariknya, kritikan itu dibuat Anwar dihadapan beberapa pemimpin PAS dan DAP pada satu sidang akhbar. Lebih menarik lagi, pak-pak lebai PAS yang ada bersama Anwar ketika itu hanya “bisu seribu bahasa”, bak “lembu di cucuk hidung” pula, mereka hanya mengiyakan kata-kata Anwar itu.

Pelik bin ajaib apabila sesuatu yang sangat bersangkutan dengan hukum Islam perlu dirujuk kepada DAP terlebih dahulu. Perkara tentang Islam perlu dirujuk kepada mereka-mereka yang menolak Islam secara total? Nampaknya Anwar sememangnya lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Insiden ini jelas menunjukkan Pakatan Haram “jadah” ini mengamalkan sistem “kasta” di dalam pakatan mereka. PKR dan DAP tentunya berada di kasta paling atas dan mulia. Manakala PAS yang terkenal dengan “tidur atas jalan sambil pegang bendera” itu mungkin berada di kasta paling hina!

Penulis lebih bersetuju jika Nik Aziz mengambil tindakan tegas untuk mengharamkan terus judi loteri tersebut di Kelantan dan tidak menghiraukan kritikan mahupun desakan dari Anwar mahupun DAP. Tindakan menurut desakan Anwar dan DAP ini lebih mirip kepada patuh kepada kemahuan Yahudi dan Kuffar Harbiy.

Anwar menegaskan kepada Mursyidul Am PAS itu bahawa sebarang keputusan Kerajaan Negeri Kelantan perlu dirujuk kepada PKR dan DAP sebagai membuktikan kesaksamaan, setiakawan dan kesefahaman di antara parti pakatan, dan PAS harus bertolak ansur demi memastikan keharmonian Pakatan Haram itu.

Nampaknya PAS sudah tersepit di dalam jerat yang dipasangnya untuk UMNO. PAS sudah terjerat di dalam jerat musyrikin Malaysia. PAS sudah “kantoi” di dalam persahabatannya dengan dua kumpulan “syaitan” yang selama ini di”peluk”nya demi menjatuhkan UMNO.

Padahal, UMNOlah yang sepatutnya di”peluk” dan di”dakap”. Ketika mana Presiden dan Timbalan Presiden PAS menganjurkan kempen untuk bersatu dan bersahabat dengan UMNO, Mursyidul Am PAS itu begitu sombong dengan “fatwa”nya.

Katanya “bersahabat dengan syaitan pun PAS sanggup demi untuk menjatuhkan UMNO”. Nah! Tidak payah tunggu akhirat untuk Allah tunjukkan kekhilafan fatwa Nik Aziz itu. Fatwa songsangnya itu “bertepek” tepat kena di batang hidungnya sendiri. Orang yang tidak punya rasa “malu” sahaja yang akan terus menebalkan muka dengan orang yang terconteng dimuka tebalnya!

Sekarang, nasi sudah menjadi bubur. PAS sudah bersatu dengan “syaitan” dan sudah terpatri satu perjanjian “syaitan-syaitan” tersebut. PAS perlu turuti segala kemahuan “syaitan” tersebut tanpa kompromi. Sedarkah PAS apa yang berlaku sekarang?

Pada penulis, PAS belum terlambat untuk berpatah balik ke jalan asal perjuangannya. PAS dilihat lebih kuat jika berpisah dengan “syaitan-syaitan” yang bersekutu dengannya itu. Jika PAS bijak, adalah lebih baik mereka menyahut seruan Presiden dan Timbalan Presidennya untuk bersahabat dengan UMNO yang sememangnya saudara seagama.

Semuanya terserah kepada PAS. Pada penulis, UMNO tidak pernah melaksanakan dasar tutup pintu kepada PAS untuk bersatu dibawah BN. UMNO hanya berseteru dengan DAP dan PKR yang sememangnya punca huru-hara dan kebatilan politik di negara ini.

Justeru itu, penulis berpendapat agar PAS mengkaji semula kedudukannya bersama PKR dan DAP yang sememangnya merupakan “biawak hidup” kepada parti itu. PAS perlu berdiri sendiri dan lebih afdhal sekiranya bersatu bersama BN di dalam satu entiti politik negara.

Wallahua’alam.

Sumber: myKMU.net

Panas..!!! ADUN PAS buat laporan polis palsu..!!!


Saya tak mahu mengulas panjang kali ini. Pembaca baca dan nilailah sendiri bagaimana puak-puak PAS ini menyalahgunakan dan memanipulasi kihdmat PDRM dengan melakukan laporan polis palsu terhadap kebenaran...

Sila rujuk bukti di sini dan di sini.

Saya hairan, mengapakah parti yang kononnya sangat Islamik berbanding umat Islam lain ini sanggup berbohong semata-mata kerana politik. Justeru itu, adalah tidak mustahil, pembohongan dan fitnah menjadi kebiasaan dalam amalan penganut agama PAS.

Pesan saya, hati-hatilah pada fitnah dan pembohongan golongan penganut-penganut ajaran PAS ini..!!!

Pengunduran Taib satu kehilangan besar untuk rakyat Sarawak


Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal dibubarkan pada isnin ini, dan Pilihanraya DUN Sarawak bakal berlangsung tidak lama selepas itu. Parti-parti politik di Sarawak akan berentap lagi selepas kali terakhir pada tahun 2009.

Bagi Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, pilihanraya ini mungkin adalah kali terakhir baginya untuk bertanding sebagai calon. Beliau sudah pun mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas memegang jawatan tersebut sejak 1981 lagi. Sebagai seorang yang bertanggungjawab membangunkan Sarawak selama lebih dua dekad, segala jasa dan pengorbanan beliau terhadap negari Sarawak tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya DUN di Bumi Kenyalang ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Pada penulis, Taib Mahmud mempunyai kekuatan yang amat luar biasa untuk memastikan Sarawak membangun dan memastikan kestabilan politik negeri itu dijaga dengan baik.

Teruskan membaca di sini...

Saturday, March 19, 2011

TERKINI..!!! Perang DNA: Najib Mahu Serah, Anwar Bila Lagi?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar akan menyerahkan DNA beliau sekiranya diperlukan termasuk untuk mencari keadilan dalam kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shariibu.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu program di Sarawak pagi ini.

Katanya, andai itu (DNA) yang dituntut pembangkang, beliau bersedia untuk memberikannya.

Beliau bagaimanapun menegaskan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu menyerahkan DNA beliau untuk kes liwat yang sedang dihadapinya di mahkamah.

”Anwar juga perlu serah DNA beliau,” tegasnya.

Anwar sebelum ini menuduh pendakwa raya kes liwatnya bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA beliau termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan Altantuya, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Najib.

“Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar selepas perbicaraan kesnya baru-baru ini.

Anwar juga menganggap pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes itu sebenarnya bermotifkan politik.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Thursday, March 17, 2011

Edisi Sarawak lagi..!!! Rahsia Rolls Royce Pehin Seri...heheheee...


"Ramei benar miak-miak Sarawak yang tertipu dengan madah pembangkang di siya. Miak-miak Sarawak sik tahu kebenaran di sebalit fakta. Pembangkang sidak ya bulak kan kitak semua dan kitak sik sedar bahawa sidak ya sik ada fakta bah. Baca kebenaran tuk kamek madah ngan kitak semua...”

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah hampir. Belum pun sidang DUN Sarawak dibubarkan oleh Ketua Menteri, pihak pembangkang yang ghairah mahu menawan Sarawak sudah menyerang Barisan Nasional Sarawak bertalu-talu, terutamanya Pehin Seri Taib Mahmud sendiri.

Pembangkang mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud yang didakwa memiliki puluhan buah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Beliau dilihat mewah memandu Rolls Royce setiap hari. Selain itu, bermacam-macam lagi tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadapnya.

Persoalannya, mengapakah pihak pembangkang menjadikan Taib Mahmud sebagai “subjek” untuk diserang? Benarkah beliau memiliki begitu banyak kereta Rolls Royce? Benarkah baru-baru ini beliau ada membeli kereta Rolls Royce baru?

Baca lagi di siney...

Edisi Sarawak: Pembangkang Sarawak takut pada kelibat Taib Mahmud!


Menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak, para pembaca yang ingin tahu tentang skandal-skandal pentadbiran dan politik di Sarawak tentunya akan teruja apabila membaca di “sebuah website” yang sering memaparkan berita-berita sebegitu. Sudah menjadi kebiasaan, manusia sememangnya suka pada kontroversi.

Persoalannya, benarkah laporan yang kita baca pada website-website tersebut? Sekali baca, tentunya kita akan terpengaruh dengan penulisan mereka. Namun jika difikir panjang menggunakan akal yang waras dan rasional, ternyata segala-galanya hanyalah pembohongan pihak pembangkang semata-mata!

Sudah menjadi kebiasaan perang politik, sebuah website yang memburuk-burukkan Kerajaan, pastinya didalangi oleh pihak pembangkang. Justeru itu, tidak menghairankan jika tidak ada berita yang baik yang mereka laporkan, melainkan hal-hal yang buruk sahaja mengenai Kerajaan Sarawak.

Seterusnya sila terus baca di sini...

Tolong nafikan apa yang dikatakan Zul Noordin ini..!!! Please....!!!

Bila Anwar nak ke Makkah mintak Allah tunjukkan kebenaran?

Salam 2 all.

Mike semua sedar atau tidak, hanya dengan setitik darah, Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang, dan impian Anwar nak bersemayam di Putrajaya boleh tercapai. Hanya dengan setitik darah yop! Sebab itu teman semakin hairan dengan sikap berdolak-dalik manusia yang ditabal bininya sendiri yang membantah kepada permohonan Pendakwaraya supaya beliau memberikan darah beliau untuk dibuat ujian DNA sebagai perbandingan kepada DNA-Lelaki Y daripada airmani yang ditemui didalam dubur Saiful Bukhori Azlan. Peluang sudah terbuka luas untuk Anwar sekarang. Tetapi hairan bin ajaib teman nengok Anwar seolah-olah tidak berminat dengan haq dan kebenaran! Atau apakah semuanya demi politiking yang melampau sahaja?

Pertama yang kita semua perlu faham, tidak saperti kes dahulu (1998), kali ini DNA-Y yang ditemui adalah berdasarkan sumber DNA yang jelas iaitu airmani seseorang. Sumber DNA yang ditemui dalam dubur Saiful ialah airmani seseorang! Sedangkan didalam kes terdahulu (ingat lagi kes tilam), sumber DNA atas tilam itu tidak dapat disahihkan oleh pakar kimia Lim Kong Boon. Beliau hanya tahu diberikan 13 keratan tompok daripada tilam, dan menguji sumber DNA nya. Beliau sendiri tidak tahu secara sahih dan pasti sumber DNA itu. Dan bila ditanya mana sampel-sampel ujian utnuk DNA itu, beliau memberitahu telah memusnahkannya.

Itu adalah antara sebab mengapa mendiang YA Datuk Augustine Paul meminda pertuduhan kerana tiada bukti jelas apa sumber DNA tersebut diatas keratan tilam berkenaan. Dan kita perlu ingat kesan tompok diatas tilam itu berusia 5 tahun (kejadian 1993) semasa diuji (ujian 1998)!!

Tetapi didalam kes sekarang, sumber DNA didalam dubur Saiful itu dikenal pasti sebagai airmani seseorang. Masih fresh harum lagi yop, baru berusia 2 hari (liwat 26.06, pemeriksaan 28.06). Yang mengesahkannya adalah beberapa orang pakar perubatan, doktor, pakar forensik dan pakar kimia. Tak silap teman kesemuanya 5-7 orang pakar. Mereka ini semua adalah professional dan tidak kenal satu sama lain. Mustahil mereka boleh berpakat, dan tidak ada sebab mereka mahu berpakat. Dan kesemuanya mengesahkan sumber DNA itu adalah airmani seseorang dilabel sebagai Lelaki-Y.

Persoalan yang menjadi isu ialah siapa lelaki Y itu. Ada orang mendakwa airmani itu disumbat didalam dubor Saiful. Persoalannya siapa yang menyumbatnya? Pastilah ada seseorang, yang menyumbatnya; tak mungkin airmani itu boleh berjalan sendiri kot yop. Dan airmani akan berada didalam dubur seseorang (atau alat sulit wanita) hanya dengan satu cara sahaja, iaitu dengan perantaraan "spitol-air".

Dan tidak mungkin ada mana-mana pihak boleh memasukkan air mani Anwar kedalam dubur Saiful. Pertama mereka perlu dapatkan airmani itu dari Anwar. Kecuali Wan Azizah meminjamkannya kepada mana-mana orang, mustahil ada orang lain boleh dapatkannya! Takkan nak tuduh Wan Azizah pakat dengan Saiful kot? Dan Anwar sendiri mengesahkan dia tidak ada beri sampel airmani dia kepada sesiapa pun untuk ujian DNA atau apa-apa ujian, walaupun semasa ditahan polis.

Kedua, ada orang dakwa polis menggunakan DNA lama dalam kes 1998. Samada yang bercakap ni biol ataupun tak sekolah. Pertama, sampel DNA tahun 1998 telah pun dimusnahkan oleh ahli kimia Lim Kong Boon. Kedua, kalau betullah ada sampel DNA tu, dah kering lama dah pun yop. Sedangkan airmani yang ditemui didalam dubur Saiful adalah "barang fresh", mengikut kata pakar baru berusia beberapa hari. Jadi dakwaan ini ternyata tidak menasabah, apatah lagi menasarawak!

Pokok ceritanya, bagi Mahkamah untuk mengetahui identiti tuanpunya airmani didalam dubur Saiful itu yang dilabel sebagai Lelaki-Y, maka Mahkamah perlu mendapatkan DNA perbandingan. Kita boleh uji airmani seluruh lelaki yang ada di Malaysia ini untuk DNA perbandingan tersebut, tetapi kita mulakan dengan Anwar dahulu. Sebabnya mudah, Saiful mengadu Anwar yang "mengunyitkan" beliau. Maka sebab itulah pemberian sampel darah untuk ujian DNA oleh Anwar sangat penting.

Penting bukan kerana hendak membutikan Anwar "mengunyitkan" Saiful, tetapi penting kerana nak membuktikan yang hak dan kebenaran. Ada dua kemungkinan akan berlaku jika Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut.

Jika ujian darah itu mendapati DNA Anwar menyamai DNA Lelaki-Y tersebut, ada kemungkinan Anwar akan bercuti panjang di Sg. Buloh Resort, mungkin lebih daripada 9 tahun. Kerana ketepatan ujian DNA adalah 99.95% benar dan betul.

Tetapi kalau ujian darah itu mendapati DNA Anwar tidak sama dengan DNA Lelaki-Y tersebut, maka bukan sahaja beliau mungkin dibebaskan daripada pertuduhan, silap-silap Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang yop. Kerana rakyat akan terus hilang kepercayaan!!!

Nah, kalau Anwar benar-benar yakin dia tidak "mengunyitkan" Saiful, tidakkah ini peluang terbaik untuk Anwar bukan sahaja untuk membersihkan namanya, malah untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional!?

Tak payah tipu-tipu, tak payah bohong-bohong, tak payah kelentong-kelentang, tak payah putar poosing, tak payah jual nama YDP Agong, tak payah lelong nama Panglima Angkatan Tentera, tak payah sogok Ahli Parlimen, tak payah kejor MP BN sampai ke Taiwan, tak payah pilihanraya, tak payah tiru Mesir atau Libya, pendekkata tak payah buat apa pun. Teman cukup yakin jika DNA itu tidak benar, rakyat sendiri akan bangkit menuntut Kerajaan dibubarkan. Malah tidak keterlaluan teman katakan rakyat sendiri akan mendokong Anwar dan diarak dari Mahkamah Jalan Duta ke mahkota Putrajaya!!! Bukankah itu jalan singkat ke Putrajaya; yang diidam-idamkan sangat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan!!!

Tapi risikonya besar yop. Jika DNA itu benar, teman cukup yakin bukan sahaja rakyat, para pak jangoat sendiri akan mendokong dan arak Anwar daripada Mahkamah Jalan Duta ke Penjara Sg. Buloh. Silap-silap haribulan mau Karpal pun tumpang sekaki yop!

Pendek story yop, semuanya terletak ditangan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. "To give or not to give - that's the question!"

Cuma teman nak landing dengan bertanya kepada segelintir pak jangoat yang berkiblatkan kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini; tidakkah terdetik sedikit pun dihati kecil mike nak mintak Anwar supaya berikan setitik aje darahnya untuk ujian DNA itu. Apa yang susah sangat. Setitik darah yang boleh menentukan kebenaran dan kepalsuan, setitik darah yang menentukan syurga atau neraka bagi pengikutnya. Pikior-pikiorkanlah yop. Janganlah kita menjadi golongan 'summum buqmum umyum fahuum - Kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Pada teman Anwar tidak sepatutnya berselindung disebalik teknikaliti dan peruntukkan undang-undang. Anwar tidak sepatutnya menyorok disebalik jubah Karpal. Iya, Mahkamah akan membuat keputusan; mungkin Hakim akan suruh, mungkin Hakim akan tolak. Itu hak Hakim dan Mahkamah untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh ganggu, apalagi mengacau prosiding Mahkamah.

Tetapi Anwar perlu ingat, Mahkamah Rakyat juga sedang menanti. Dan Mahkamah Rakyat hanya pentingkan haq dan kebenaran.

Cuma teman nak kabornya, umat dan rakyat sudah mula heran, kenapa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini liat dan susah sangat nak bagi setitik darah kebenaran itu. Ada rahsia besar yang nak disembunyikan ke?

Dan jangan lupa Mahkamah ALLAH juga sedang menanti, dan Mahkamah ALLAH juga berpaksikan kepada haq dan kebenaran! Pikior-pikiorlah yop; ALLAH bagi otak bukan suruh buat lauk masak lemak cili api, tapi untuk digunakan!!!

Hanya setitik darah

bisa mengubah arah
samada semakin parah
atau mahkota meriah
rakyat makin marah
umat makin resah
mengapa liat susah
menitik sebutir darah!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
10 Rabi'ul Akhir 1432
16 Mac 2011

Wednesday, March 16, 2011

Untuk puak-puak PAS Sahaja..!!! Lihatlah Akhlak Penganut Agama PAS ini...



Di atas ialah gambar Ummi Hafilda yang sudah di "super imposed" oleh puak-puak PAS & dimuatkan di Harakah Daily sebelum ini...

Setelah Harakah Daily di"kantoi"kan, maka depa pun buang gambar Ummi kat artikel tu. So, kalau kita refer kat artikel tu kat dalam Harakah, maka gambar Ummi di dah "hilang"...

Begitulah perangai & akhlak PAS yang memburukkan imej seseorang, hati budi orang PAS yang busuk.

Tahulah PAS tak suka Ummi Hafilda, tapi takkanlah sampai nak fitnah dia lagu ni? Dia tak buat pun hangpa kata dia buat? Agak-agak la brooo...dosa pahala nak letak tak mana?

Islam apa lagu ni...??? Setahu aku, Utusan, TV3, Beritah Harian yang hangpa dok kutuk tu tak pernah pun buat kerja lagu ni...so tang mana hangpa nak letak muka hangpa skang ni? Tang mana hangpa nak letak nama "Islam" yang hangpa dok jual tu???

Prelude awal Pilihanraya Sarawak: Pembangkang luar cuba “langgar” Sarawak.


“Perang belum bermula, namun gendang sudah dipalu”, begitulah suasana terkini berkenaan senario politik Sarawak yang bakal meletup pada bila-bila masa dari sekarang. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak “is just around the corner”, begitulah difahamkan oleh sumber terkini yang penulis terima.

Belum pun Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran sidang DUN Sarawak, rupa-rupanya parti-parti pembangkang dari “luar” sudah pun menghantarkan bala tenteranya ke Sarawak. PKR, PAS dan DAP, masing-masing sudah tiba lebih dua tiga minggu awal dari artikel ini disiarkan.

Baca lagi di sini, The Real Sarawak blog...

Tuesday, March 15, 2011

Pengakuan berani mati..!!! "Saya Tak Pernah Bersetubuh Dengan Beginda!,"


”Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!”

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

” Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

” Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

” Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya,” tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

” Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

” Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

” Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini,” tegasnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Monday, March 14, 2011

Azizan Razak bakal di"laser" Mukhriz & ADUN-ADUN Kedah..?!!!


Azizan Razak sedia sahut cabaran Mukhriz Mahathir untuk menjawab segala persoalan tentang dakwaan manifesto PAS yang gagal dilaksanakan di Kedah. Azizan kata, PAS Kedah sudah melaksanakan lebih 80% dari manifesto PAS pada PRU12 yang lalu.

Ketika PRU12 yang lalu, PAS begitu bongkak mendabik dada mengatakan Kerajaan BN Kedah sebelum ini "tak reti perintah" dan berjanji untuk menyelesaikan semua masalah rakyat yang dikatakan gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN.

PAS berani berjanji ketika itu kerana tidak menyangka mereka akan berjaya menawan Wisma Darulaman sejak 50 tahun BN memerintah Kedah. Namun, dek kerana Pak Lah dan menantu, habis satu Kedah di"tsunami"kan dan BN tewas kepada PAS.

Azizan sendiri tak sangka PAS boleh menang (time tu dia tengah tidoq, "mengheloh" kata orang Kedah". Setelah diberitahu anaknya, maka barulah tergopoh-gapah PAS ber"meeting" untuk tubuh Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Time tu, semua janji depa dah lupa dah! Kalut dok berebut jawatan. Maka berangan-anganlah semua Pak-Pak Lebai PAS untuk memiliki bilik pejabat sendiri di Wisma Darulaman. Depa pun pi la berhimpun di depan Wisma, tak sabar nak tengok office masing-masing kot?!

Tapi depa lupa janji. Depa lupa manifesto yang depa janji kat rakyat Kedah dulu, termasuklah janji pada penyokong-penyokong depa dulu! Maklumlah...dah dapat kerusi empuk, pejabat pun ber"air-cond", "sejuk gediii" depa kata...!

Namun, setelah 3 tahun memerintah Kedah, Datuk Mukhriz hanya memperingatkan kembali janji dan manifesto depa masa PRU12 dulu, "perangat balik" kata orang Kedah.

Bukan apa, dah 3 tahun dah depa perintah, dari 3-4 masalah yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN Kedah, sekarang ni masalah tu dah jadi dekat 20 dah! Masalah lama tak selesai jugak, masalah-masalah baru pulak timbul! Tu belum sebut pasal manifesto lagi tu...

Antara masalah yang masih gagal diselesaikan oleh pihak Kerajaan PAS Kedah ialah masalah sampah dan air, manakala masalah baru yang timbul ialah masalah pelaburan luar dan dalam negeri, pengangguran, kemiskinan, peluang ekonomi, dan banyak lagi perkara yang semakin mengusutkan hati rakyat Kedah.

Masalah sampah ni dari zaman BN lagi, tapi hampir selesai dah setelah dikontrakkan pada E-Idaman. Tapi memandangkan Kerajaan PAS ni lebih sebok main golf dan berebut jawatan & projek, maka depa "lupa" nak pantau operasi E-Idaman. Tak payah jauh, cuba pi tengok di Taman Wira Mergong, berlonggok sampah! Siang malam ada sampah sampai melimpah-limpah. Dah tau kawasan tu padat dengan penduduk, pandai-pandai la sediakan tong sampah yang mencukupi! Takkan itu pun tak boleh nak pikiaq?

Bab air ("ayaq" kata orang Kedah) pulak, takkanlah sampai 3 tahun tak mampu nak "settle" jugak? Kata hangpa "teraaa"..piiraaaahh! "Terrraaa" apa lagu ni? Jangan dok bagi alasan nak salahkan orang sana sini la. "Settle"kan dulu, lepas tu baru hangpa "balun" sapa yang patut! Cakap ja lebih. Bila orang tanya, nak naik angin saja tau... Lagu tu ka "Ustaz"?

Lepas tu masalah baru pulak timbul. Pelabur dok bawak keluar sikit-sikit pelaburan depa dari Kedah. Cuba pi tengok kat KHTP. "Atas kertas" memang la seolah-olah tak ada pelabur yang lari. Tapi cuba tengok "style" depa, depa tunggu masa ja nak blah! KHTP pun dok rugi. Err..sapa tu..aaa..Yusrin! Dia tu sapa kat KHTP? Pemerhati dalam meeting saja, kan? Awat yang dia dok belagak macam CEO tu? Nak tanya lagi, CEO hangpa tu tau handle ka tidak KHTP tu? Kalau tak reti, pi la refer balik kat "Datuk" yang hanpa "penaya" hari tu...

Semakin hari, pelabur kian kurang di Kedah. Peluang ekonomi pun merudum teruk. Habih hangpa sita & rampas gerai-gerai tepi jalan, tanpa "warning" pulak tu. Cuba hangpa check budak-budak lepasan SPM kat Kedah, berapa ramai yang takdak kerja? Ada hangpa kisah? Sejahtera ka lagu tu?

Malas la aku nak sebut, hangpa pi check balik la. Buat post mortem balik. Check tang mana yang tak kena. Planning ka, atau Operation? Ni baru aku yang highlight, belum lagi ADUN-ADUN BN yang "memang garang, cerdas, bergeliga" dan "cenge" lagi sound hangpa. Baik hangpa get ready.

Look, tak payah la bagi alasan itu dan ini, or menyalahkan BN atau sesiapa. La ni, Kedah tun tanggungjawab hangpa. So, laksanakanlah tanggungjawab tu dengan baik. Tak payah la dok nak berebut projek, malu kat orang la! Alaa..bukan aku tak tau, banyak dah yang dibocorkan oleh puak-puak hangpa sendiri...

Kurangkan sikit main golf tu. "Aktiviti menyeberang ke Siam" tu pun jangan dok buat dah. Pikullah tanggungjawab tu dengan betul. Kalau tak reti nak buat sesuatu, tanya la kawan-kawan BN yang ada tu. Mungkin depa ada buah fikiran yang lebih baik. Jangan dok nak "hot" tak tentu hala.

Jaga kesihatan tu, Ustaz Azizan. Bukan apa, risau jugak kalau Ustaz tertekan sangat. Dah la kena "belasah" dengan UMNO/BN, puak-puak PAS tu pun dok "belasah" Ustaz Azizan jugak! Tapi kot belakang laaa...maklumlah, puak-puak Pakatan ni memang "suka main belakang"!

Sunday, March 13, 2011

Panas untuk puak PAS..!!! Bukti iman PAS seutuh Jabal Tariq..tapi gila seks!

Yang mana satu Pegawai Khas PAS tu???

Jika selama ini puak-puak PAS mahukan bukti kukuh tentang perangai mereka yang "kemaruk seks", inilah buktinya.

Seorang pegawai khas kepada ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah, telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana berkhalwat di dalam kereta ditempat sunyi dan gelap pada pukul 1.30 pagi!

Menurut ahkbar, ketika mereka berdua ditangkap, kedua pasangan tersebut sedang dalam keadaan mencurigakan. Pegawai Khas dari parti ISLAM se-Malaysia (PAS) tersebut berumur 52 tahun, manakala pasangannya seorang wanita warga Indon berusia 34 tahun.

Status lelaki sebagai Pegawai Khas PAS ADUN Bukit Payong tersebut disahkan sendiri oleh ADUN berkenaan dan dia menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.

Wahai Khalid Samad...!!! Kamu kata "iman penyokong PAS sangat utuh dan tebal sehebat Jabal Tariq", sebaliknya kamu juga mengatakan "iman penyokong UMNO sangat nipis seumpama kulit bawang"!

Nah! Inikah bukti keutuhan "iman penganut agama PAS" yang kamu dewa-dewakan itu???

Ternyata benarlah ajaran Rasulullah S.A.W yang menyampaikan bahawa "innama akramakum aindAllahi Atqaakum", yang membawa maksud "sesungguhnya yang memuliakan diri kamu terhadap Allah itu adalah taqwa yang ada pada kamu".

Tapi, kamu pandai-pandai pula mengukur iman seseorang berdasarkan sokongan parti. Nah! Sekarang Allah balas secara "cash" di dunia. Dan ingat, perhitungan di akhirat menanti kita jua...ingatlah kamu wahai Khalid "pejuang gereja"!

Petani derita, Kedah dok rasa "sejahtera" lagi?


Nampaknya nasib petani di Kedah semakin "sejahtera" di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Razak. Menurut sekumpulan petani di Alor Mengkudu, mereka telah kerugian puluhan ribu ringgit semusim apabila sistem saliran ke sawah mereka tersekat akibat projek perumahan berhampiran.

Menurut salah seorang petani di situ, projek perumahan Taman Keranji Fasa I dan II yang siap pada tahun 2009 telah menyekat punca pendapatan mereka sejak dua tahun kebelakangan ini.

Akibat saliran yang dijanjikan oleh pemaju tidak dikotakan, maka hasil tanaman mereka sering rosak dan mutu padi turut terjejas. Meskipun aduan telah dilaporkan kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)dan pemaju, masih tiada sebarang tindakan yang diambil.

Selain itu, sumber turut menyatakan bahawa kerosakan sistem saliran tersebut turut menjejaskan seramai 500 keluarga di sekitar kawasan berkenaan.

Justeru itu, saya memohon kepada Kerajaan PAS "Sejahtera" supaya mengambil tindakan pro-aktif untuk menyelesaikan masalah rakyat di Alor Mengkudu dengan kadar segera (urgent!).

Janganlah dok asyik "syok sendiri" dengan membuat karnival 3 tahun Kedah Sejahtera sahaja sedangkan ramai lagi rakyat yang tidak "sejahtera" pun. Prihatinlah sedikit dengan masalah rakyat!

Tapi, kalau rasa macam tak reti, tak tahu mentadbir atau rasa susah sangat nak mentadbir tu, bagitahulah awal-awal, senang cerita! Tahulah nanti rakyat nak buat apa...

Sumber berita: Bernama

Serahkan DNA: Tundukkah Anwar pada desakan RAKYAT?


Kes liwat II yang melibatkan pertembungan pemimpin “Anugerah Tuhan”, Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari semakin hangat. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa mahkamah telah menolak bukti-bukti pendakwaan yang dianggap “diambil tanpa rela” yang terdiri dari pada sehelai tuala “good morning”, berus gigi dan sebotol air mineral kosong.

Ini telah menyebabkan pihak pendakwaan agak sukar untuk memperbandingkan DNA lelaki Y yang disyaki milik Anwar. Justeru itu, pihak pembelaan mungkin fikir bahawa mereka bakal menang kes ini ekoran bukti-bukti tersebut telah ditolak mahkamah.

Oleh yang demikian, pihak pendakwaraya telah memohon pihak mahkamah untuk mengeluarkan perintah agar Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya secara sukearela untuk tujuan perbandingan dengan DNA lelaki Y. Terserahlah kepada budi bicara mahkamah untuk menerima dan mengeluarkan perintah berkenaan atau tidak.

Namun pada penilaian penulis, pihak mahkamah sewajarnya mengeluarkan perintah tersebut untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua belah pihak, sama ada untuk membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah atau sememangnya DNA lelaki Y itu milik Anwar. Tetapi, penulis bukanlah hakim kes tersebut dan penulis agak optimis bahawa Yang Arif yang mengadili kes ini tentunya mahukan keadilan ditegakkan di negara ini.

Penolakan bukti-bukti yang diambil dari sel tahanan Anwar tersebut sebenarnya telah mendedahkan “misteri” siapakah gerangan lelaki Y tersebut. Penulis yakin bahawa sampel DNA lelaki Y yang diperolehi dari dubur Saiful oleh pihak forensik memang sepadan dengan DNA yang diperolehi dari bahan bukti yang ditolak mahkamah itu.

Justeru itulah maka pihak peguambela Anwar bermati-matian memohon kepada mahkamah agar menolak bahan bukti tersebut. Jika DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA lelaki Y, takkanlah mereka nak menolak pula? Jika DNA itu tidak sepadan, tentunya pihak pendakwa pun malu nak dakwa Anwar.

Pada penulis, sama ada Anwar beri atau tidak sampel DNAnya adalah tidak penting lagi. Penolakan bahan bukti tersebut sudah jelas membuktikan secara langsung (indirectly) bahawa sememangnya DNA lelaki Y itu adalah sepadan dengan DNA Anwar. Penolakan bahan bukti oleh mahkamah tersebut hanyalah satu lagi penolakan “teknikal” yang diputar alamkan oleh pihak peguambela Anwar untuk melambat-lambatkan kes.

Biarpun begitu, secara moralnya, kita sudah dapat meneka siapa pemilik DNA lelaki Y tersebut. Cuma, mahkamah perlukan pembuktian yang lebih kukuh dan Anwar perlu memberikan sampel DNAnya untuk membuktikan sama ada dia bersalah atau sebaliknya.

Pihak pendakwa sudah memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Anwar menyerahkan DNAnya untuk diuji “semula”. Itu adalah protokol undang-undang.

Persoalannya, mengapakah Anwar begitu “liat” untuk menyerahkan sampel DNAnya untuk diuji? Malah dikhabarkan bahawa Azmin dan Shamsidar juga begitu konsisten menyarankan kepada Anwar agar tidak menyerahkan DNAnya. Mengapa pula begitu? Apa kaitan DNA Anwar dengan Azmin dan Shamsidar? Ada “apa-apa”kah di antara mereka bertiga?

Beberapa siri demonstrasi secara aman telah dan akan diadakan oleh NGO-NGO bagi mendesak Anwar untuk memberikan DNAnya untuk diuji sebagai pembuktian mahkamah. Menurut khabar, demo tersebut juga bakal disertai oleh beberapa orang blogger dan aktivis tersohor. Namun, mahukah Anwar memenuhi desakan-desakan rakyat, NGO-NGO dan blogger-blogger ini?

Anwar sering menggunakan nama “rakyat” untuk menuntut perkara yang bukan-bukan dari Kerajaan. Nah! Sekarang jelas sekali “rakyat” sendiri yang mendesak agar Anwar menyerahkan DNAnya secara sukarela kepada pihak mahkamah untuk diuji. Tundukkah Anwar pada kemahuan “rakyat” ini?

Sumber: myKMU.net

Saturday, March 12, 2011

Kepada semua blogger UMNO/BN...!!! Jom semua...!!! "Belasah"..!!!

Khatib Masjib TTDI ganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS..!!!

Takut benar puak-puak Pakatan Rakyat pada buku yang ditulis Tun M! Tak sampai beberapa hari dilancarkan, belum pun habis saya membaca buku tersebut, sudah ada "fatwa" yang dikeluarkan terhadap buku itu.

"Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq...!".

Itulah teriakan khatib yang menyampaikan khutbah jumaat di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, hari ini (Jumaat - 11 Mac 2011).

Sila lawati di sini dan di sini untuk kisah lanjut.

Saya memohon agar JAIS mengambil tindakan sewajarnya terhadap khatib tersebut dengan kadar segera...dan saya MENYERU AGAR SEMUA BLOGGER UMNO/BN MENGUTUK KHATIB DAN FATWANYA itu!!!

Saya tak dapat menulis sekarang kerana emosi agak terganggu. "Fasiq"kah saya semata-mata kerana membeli, membaca, apatah lagi mempromosikan buku tersebut? Astaghfirullahil Azim...kalaulah Khatib tersebut berada didepan saya, nescaya saya akan...

Astagfirullahil Azim...

Thursday, March 10, 2011

Adilkah Nik Aziz Menyalahkan Media?


Kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyalahkan pihak media berhubung kekalahan PAS pada Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau baru-baru ini merupakan satu alasan yang tidak rasional dan kurang matang.

Alasan yang diberikan oleh Nik Aziz itu seolah-olah membayangkan bahawa pihak media telah memutar belitkan fakta dan catatan persitiwa yang berlaku pada kedua-dua PRK tersebut, dan berlaku tidak adil terhadap parti PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Benarkah pihak media melaporkan perkara tidak benar, memanipulasi fakta atau membuat laporan “berat sebelah” pada kedua PRK tersebut baru-baru ini sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz?

Penulis difahamkan bahawa semua pihak media telah diberikan akses yang terbaik oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk membuat liputan di kedua-dua PRK tersebut, sama ada di Merlimau atau Kerdau.

Pusat Media tersebut disediakan semata-mata untuk kegunaan semua media, sama ada pro-Kerajaan atau pro-pembangkang, malah penulis difahamkan bahawa prasarana media tersebut di”monopoli” oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini, FreeMalaysiaToday dan sebagainya.

Sebenarnya, tidak timbul sama sekali isu “peranan media berat sebelah” sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz kerana semua media diberikan kesamarataan hak untuk membuat liputan yang adil dan tidak memihak pada mana-mana parti bertanding.

Jika Nik Aziz fikir media arus perdana bersifat berat sebelah dan memihak kepada Kerajaan, apakah Malaysiakini, Harakah, Malaysian Insider dan sebagainya itu tidak berat sebelah ketika membuat laporan? Pernahkan Harakah memuji atau menyebelahi tindakan baik yang dilaksanakan Kerajaan selama ini?

Hakikatnya, pihak Kerajaan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah media pro-pembangkang, dengan menyediakan pusat media tersebut secara percuma, makan dan minum percuma, desktop percuma, internet percuma, wifi dan pelbagai kemudahan yang segalanya percuma walaupun mereka-mereka ini sering memutar belit fakta dan menyerang Kerajaan.

Justeru itu, jelaslah alasan Nik Aziz adalah tidak benar dan tidak berasas.

Nik Aziz pada penulis telah tidak becakap benar di dalam hal ini selain memberikan alasan “murahan” dan “stereotype”.

Beliau memilih untuk tidak menyatakan alasan sebenar kekalahan PAS pada PRK DUN Merlimau dan Kerdau.

Hakikatnya, beliau sendiri tahu bahawa kedua-dua DUN tersebut merupakan kubu kuat BN yang sukar ditembusi oleh pihak pembangkang.

Sebenarnya, Nik Aziz sendiri tahu bahawa PAS dan calonnya tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat dan pengundi di Merlimau dan Kerdau.

Dan pastinya, Nik Aziz dan PAS sendiri sudah menyangka dari awal bahawa PAS tiada harapan untuk menang di kedua-dua PRK DUN tersebut.

Dari awal lagi sebelum hari penamaan calon, PAS sudah mengetahui bahawa DUN Merlimau dan Kerdau adalah kubu kuat BN. Sejarah pilihanraya yang dilalui oleh pihak pembangkang di kedua-dua DUN tersebut tidak pernah diakhiri dengan “berita gembira” buat PAS, PKR apatah lagi DAP. Pembangkang kalah memanjang di setiap pilihanraya di DUN-DUN tersebut.

Sejarah dan hakikat kedua-dua DUN tersebut telah menyebabkan mana-mana pembangkang tidak mendapat sambutan dari pengundi-pengundi di situ. Sebagai contohnya, Yuhaizad yang bertanding pada PRK DUN Merlimau baru-baru ini gagal menambat hati pengundi, meskipun dari kalangan pengundi di kampung halamannya sendiri.

Yuhaizad tewas teruk pada peti undi di Kampung Chin Chin. Pada awalnya, Yuhaizad dan penyokong-penyokong PAS bersolat hajat beramai-ramai sebelum pengumuman keputusan PRK DUN Merlimau dan calon PAS itu mengumumkan akan mengadakan kenyataan media sejurus selepas pengumuman itu diumumkan.

Namun, beratus-ratus penyokong PAS itu ternyata tidak setia pada perjuangan PAS apabila mereka beramai-ramai meninggalkan Yuhaizad dan dua tiga orang sahaja untuk menghadapi para wartawan.

Mentang-mentanglah Yuhaizad tewas pilihanraya, dia dibiarkan terkontang-kanting keseorangan menghadap kekalahan PAS di Merlimau. Kasihan Yuhaizad dimalukan penyokong sendiri.

Nik Aziz cuba “menipu” rakyat dengan menyalahkan pihak media. Beliau dan kepimpinan PAS sendiri yang memberitahu media bahawa PAS tidak berharap untuk menang sama ada pada PRK DUN Merlimau mahupun Kerdau.

Mahfuz Omar, Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi kepimpinan PAS sudah memberi komen kepada media tentang kesukaran PAS untuk menawan kedua DUN tersebut. Kemenangan PAS pada PRK tersebut dicerminkan sebagai usaha yang mustahil dari awal, seawall sebelum hari nama calon kedua parti bertanding diumumkan lagi. PAS sudah tahu mereka akan kalah.

Semua inilah yang cuba disembunyikan oleh Nik Aziz. Yang sedihnya, pemimpin tertinggi PAS itu menyalahkan media pula sebagai penyebab kekalahan PAS di kedua-dua PRK tersebut. Pada penulis, dakwaan Nik Aziz itu adalah tidak adil sama sekali, zalim dan berniat untuk men”cari gaduh” dengan media.

Apa pula kata anda? Anda bersetuju dengan penulis, atau sanggup terus menipu diri sendiri untuk bersama Nik Aziz dalam isu ini? Terpulanglah.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Wednesday, March 9, 2011

Tulisan Dr. M Bukti Saya Tak Menipu


EKSKLUSIF

Ummi Hafilda Ali menyifatkan tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam bukunya ‘A Doctor In The House’ mengenai dirinya membuktikan beliau tidak pernah menipu negarawan itu dan seluruh rakyat Malaysia mengenai dakwaan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ummi Hafilda, selama ini ramai yang anggap beliau sengaja mereka-reka cerita mengenai Anwar malah ada yang menganggap beliau menggunakan nama Dr. Mahathir untuk menyakinkan masyarakat mengenai perkara tersebut.

Justeru itu beliau amat bersyukur kerana kebenaran akhirnya muncul bila Dr. Mahathir sendiri yang menulis mengenai isu berkenaan didalam buku memoirnya itu.

” Apa yang Dr. Mahathir tulis dalam buku tersebut adalah benar, saya bukan sengaja nak guna nama beliau, memang saya sendiri berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku.

” Sampai satu peringkat saya meninggikan suara kepada beliau kerana terlalu tertekan bila dianggap cuba membuat tuduhan palsu terhadap Anwar.

” Pada mulanya saya rasa Dr. Mahathir pun tidak mempercayai kata-kata saya, Alhamdulilah beliau akhirnya yakin dengan dakwaan tersebut setelah mendengar sendiri pengakuan mangsa dan melihat bukti-bukti yang dikemukakan pihak polis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan eksklusif dengan Mynewshub.my di sebuah hotel terkenal di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda sekali lagi merayu abangnya, Azmin supaya melihat kembali ‘persahabatannya’ dengan Anwar.

Menurut beliau, hubungan kekeluargaan mereka rosak akibat ketaksuban Azmin dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Katanya, Azmin sudah diberi sebegitu banyak kemewahan dan kuasa hingga dia melihat Anwar adalah segala-galanya dalam kehidupannya.

” Semua bukti adalah terang dan nyata tetapi Azmin tidak mahu terima malah saya pula dianggap degil dan keras kepala kerana enggan menggugurkan setiap dakwaan terhadap bosnya itu.

” Saya terlalu sedih sebenarnya kerana beliau (Azmin) adalah abang yang sangat baik, kami membesar bersama, pergi sekolah bersama tetapi semua itu musnah akibat ketaksuban beliau kepada Anwar.

“ Saya percaya Allah bersama-sama orang yang benar, sebab itu saya sedikit pun tidak akan mengalah dalam hal ini, Alhamdulilah walaupun dihina masyarakat termasuk digelar perempuan sundal, saya tetap konsisten dengan perjuangan saya, saya tidak akan boleh dipengaruhi walau ditawarkan wang berjuta ringgit…apatah lagi ‘wang lendir’!,” tegasnya.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Tuesday, March 8, 2011

"A Doctor In The House" Karya Asli Dr. M..!!! Mesti milik..!!!


KUALA LUMPUR – Buku ” A Doctor In The House ” karangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan di sini hari ini merupakan sebuah adikarya yang seratus peratus tulin hasil ‘kerja tangan’ beliau tanpa sebarang campur tangan oleh mana-mana pihak.

Ia dikongsi oleh anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

Menurut Marina, bapanya teliti pada penulisan buku tersebut

Katanya, kesukaran yang paling ketara ialah untuk membaca ‘tulisan doktor’ bapanya itu.

“Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mengupah beberapa orang pekerja untuk menyusun atur semula kandungan buku tersebut dan menyalin semula transkrip tulisan tangan beliau supaya lebih mudah dibaca”, jelasnya.

Perkara tersebut turut disahkan oleh isterinya Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali.

Katanya, suaminya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buku tersebut kerana sering ke luar negara di atas jemputan

Malah, katanya, adakalanya negarawan itu kurang sihat.

“Memandangkan beliau sendiri yang menulis tangan buku tersebut, beliau tidak punya banyak masa untuk diluangkan kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti, sering juga dijemput keluar negara, dan kadang-kadang kurang sihat untuk menulis”, ujar beliau.

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, menyatakan bahawa penghasilan buku ini telah lama ditunggu-tunggu kelahirannya.

Menurut Mohammed Hanif, ia untuk menjawab segala tohmahan dan kontroversi yang dilalui oleh Dr. Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Buku ini adalah hasil tulisan beliau sendiri dan saya fikir ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui segala jawapan kepada pelbagai kontroversi yang berlaku”, ujarnya yang turut membeli senaskhah buku tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.COM