Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 5, 2011

Undi kaum India berjaya di”putih”kan, bagaimana pula kaum Cina?


Penulis mendapat khabar bahawa Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi banyak masalah bagi mengekalkan kemenangan di DUN Merlimau dan Kerdau pada dua siri PRK kali ini. Menurut khabar semuanya berada di dalam keadaan “tenang” seperti di PRK DUN Tenang sebelum ini, yang menyaksikan BN menang selesa di sana.

Sebenarnya, sebelum hari penamaan calon di kedua-dua DUN itu lagi, sudah ramai rakan-rakan penulis yang sudah “berkampung” di Merlimau dan Kerdau. Apatah lagi setelah kempen bermula, tentulah lebih ramai rakan-rakan seperjuangan penulis di sana. Meskipun lagi sehari dua tempoh berkempen akan tamat, penulis masih tidak berkesempatan untuk ke sana dek kerana dihimpit tuntutan kerjaya. Apapun, rakan-rakan di sana tidak putus-putus menyampaikan kepada penulis tentang perkembangan dari semasa ke semasa tentang kedua PRK di sana.

Menurut khabarnya, saingan tidaklah sesengit mana. BN mampu menang mudah di kedua-dua PRK. Mereka menyatakan bahawa, insyaAllah, BN menerima undi yang banyak dari pengundi berbangsa Melayu. PAS tidak mendapat sambutan di kedua-dua DUN meskipun mereka membawa Nik Aziz ke sana. Kaum India di sana juga menjanjikan undi tidak berbelah bagi kepada BN. “Kaum India di Merlimau dan Kerdau telah berjaya diputihkan“, kata mereka.

Penulis bertanyakan kepada mereka tentang undi dari bangsa Cina. Apakah mereka akan memberikan undi kepada BN? “No comment”, jawab rakan-rakan penulis. Namun, penulis ada menonton Buletin TV3 yang memaparkan seorang wakil MCA yang menjanjikan undi yang besar dari kaum Cina di kedua-dua DUN tersebut.

Boleh percayakah janji itu? Seingat penulis, janji sebegitu juga pernah diucapkan oleh wakil MCA pada PRU 2008, dan janji itu juga diulang pada PRK DUN Tenang baru-baru ini. Namun, apa yang dijanjikan itu tidak pula dizahirkan dalam bentuk bilangan undi. Undi dari kaum Cina merosot teruk pada PRU ke-12 dan masih ditakuk yang sama pada PRK DUN Tenang. Itu faktanya, bukan sangsi prejudis.

Penulis sebenarnya ingin sekali melihat bilangan undi kaum Cina di kedua-dua PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Penulis tertunggu-tunggu untuk mengetahui peratus bilangan undi yang bakal “dihadiahkan” oleh bangsa Cina. Apakah mereka akan memberikan undi pada BN, atau itu sekadar sebuah lagi episod “wayang” dari MCA. Penulis pernah tertipu pada PRK DUN Tenang sebelum ini, dan penulis enggan ditipu sekali lagi pada PRK DUN Merlimau dan Kerdau kali ini.

Penulis sangsi dengan “janji MCA” pada kedua-dua PRK kali ini. Maafkan penulis. Jangan salahkan penulis di atas kesangsian ini. Kesangsian penulis berasas. Kesangsian itu hadir kerana apa yang dijanjikan MCA sebelum ini tidak terzahir pada PRU ke-12 dan PRK DUN Tenang yang lalu. Justeru itu, adalah penting untuk MCA membuktikan bahawa “janji” mereka itu ditunaikan melalui bentuk bilangan undi di kedua-dua PRK kali ini.

Kita telah diberitahu oleh pucuk pimpinan MCA yang diketuai oleh Chua Soi Lek bahawa kaum Cina sudah berubah dan pemikiran mereka tidak seperti dahulu. Mereka kini lebih bijak, katanya. Soi Lek juga ada menggariskan beberapa perkara dan isu di mana menurutnya tidak relevan lagi untuk digunakan. Isu itu termasuklah tentang “ketuanan Melayu” dan sebagainya.

Baiklah. BN tidak menggunakan isu-isu sebegini pada PRK DUN Tenang tempohari, dan undi dari kaum Cina tidak juga diperolehi. Tak mengapalah. Mungkin baru merancang strategi baru untuk memenangi hati kaum Cina.

Namun kali ini, isu-isu yang dilarang oleh Soi Lek itu juga tidak digunakan oleh jentera BN di PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Dan penulis fikir, jika undi kaum Cina di kedua-dua PRK itu juga gagal diperolehi atau meningkat, maka MCA perlu menyediakan jawapan yang realistik dan “reasonable”. Soi Lek terutamanya, perlu menjawab lebih kerana dia Presiden MCA yang mewakili “majoriti” kaum Cina.

Penulis bukannya mengugut sesiapa atau mana-mana parti komponen BN. Tapi penulis ingin pucuk pimpinan BN mengukur sejauh manakah komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh semua parti komponen. Dahulu mereka menyalahkan UMNO kerana parti Melayu Islam ini lemah dek kerana Presiden dan menantunya. UMNO terima dan sedia berubah! Dan kini UMNO semakin kuat, kukuh dan semakin digeruni oleh pihak pembangkang!

Bagaimana pula MCA? MIC sudah membuktikan komitmen mereka pada PRK DUN Tenang tempohari, dan khabarnya kaum India di Merlimau dan Kerdau juga telah di”putih”kan. Kini tinggal MCA sahaja membuktikan undi dari kaum Cina. Mampukah MCA membuktikannya?

Apapun, kita tunggu saja keputusan kedua-dua PRK kali ini. Tidak mengira siapa, undi dari kaum mana yang merosot, pastinya isu itu akan diperbincangkan selepas PRK di kedua DUN tersebut. Jika undi Melayu kurang, maka UMNO akan “menjawab”. Jika undi kaum India yang merosot, maka MIC perlu sediakan jawapan. Dan jika undi bangsa Cina yang merudum tidak meningkat, maka Soi Lek harus hentikan sindrom “salahkan orang lain” dan perlu akui kelemahan pada dirinya.

Selamat berjuang untuk UMNO, MIC dan MCA. Zahirkan kekuatan masing-masing pada undi dari rakyat, bukan “janji” sahaja. Itu yang terbaik pada pandangan penulis.

Wallahua’alam.

Sumber: myKMU.net

Thursday, March 3, 2011

Musssti baca..!!! Blogger PAS hina Orang Pahang/Felda di Kerdau..!!!


Saya ada "melawat" blog-blog pro-PAS yang menulis tentang PRK di DUN Merlimau dan Kerdau. Bukan apa, saja saya melawat untuk melihat "melihat tahap mentaliti" blogger-blogger PAS ini.

Namun, apa yang mengejutkan ialah tentang blog ini yang terang-terang marahkan DAP, tapi dilepaskan kemarahannya pada rakyat Pahang, khususnya di Felda.

Dengan membahasakan diri bagaikan orang Arab, "Ana", blogger ini sangat marah pada Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, kerana bercuti ke Chiang Mai. Dia menuduh Leong cuba mensabotaj kempen PAS di Kerdau. Dia turut mempersoalkan kerjasama yang sepatutnya dihulurkan DAP Pahang pada kempen PAS di PRK Kerdau.

Pendapat blogger ini turut disokong oleh blogger PAS lain seperti Gerakan Timur. DAP dituduh memboikot PAS dan tidak setia pada rakan Pakatan Haram itu.

Tapi, yang peliknya, MENGAPA PULA KEMARAHAN ITU DILEPASKAN PADA RAKYAT PAHANG, KHUSUSNYA DI KERDAU?

Antara ayatnya ialah...

"Orang Pahang ini memang kemaruk dengan reta benda."


Orang Pahang, betul ke tuduhan blogger PAS ini?

"Dapat duit sikit. Kain pelikat sehelai. T shirt 1Malaysia sekeping; habis sekampung dia berjalan. Bangga. Macam Jakun tak pernah dapat t-shirt. Macamana kita nak lawan puak yang haus reta benda. Daha t shirt. Buruk perangai."


Orang Pahang/Felda ni Jakun? Biar betul blogger PAS ni..? Ke dia yang Jakun?

"Tak perlu nak gila sangat puak ‘lemah iman’ dalam FELDA ini. Mereka ni wala’ kepada FELDA macam tak ada masa depan. Macam berkiblatkan bangunan FELDA dekat Jalan Semarak tu. Macam jadikan duit dan ladang macam segala-galanya. Memang sakit hati berbual dengan orang FELDA ni."


Pulak dah! Dia sentuh soal "kuat/lemah iman orang lain" pulak! Dia tu kuat iman sangat ke??? Betul ke orang Felda "lemah iman" ni bro? Ke..kau yang buat cerita ni???

"Tapi ana malas nak cakap banyak lah. Ana masuk juga FELDA. Memang berat. Memang tak dapat hidayah punya kumpulan. Semua cerita duit dan bantuan kerajaan."


Tu diaaa...dia kata Orang Felda tak dapat hidayah pulak dahhh..!!! Nasib baik saya bukan orang Felda. Errr..apa kata orang Felda? Kalau blogger PAS ni depan mata orang Felda, apa agaknya yang akan terjadi ye?

"Mentaliti mundur macam warga FELDA inilah yang membantutkan sikit pencapaian kita dalam politik."


Mundur ke mentaliti orang Felda ni? Setahu saya, mentaliti orang Felda jauh lebih baik berbanding blogger PAS ini, sebab orang Felda pilih BN kerana terbukti membantu Islam, bangsa dan negara, manakala blogger PAS ternyata terlalu tolol kerana memilih PAS yang melacurkan Islam untuk kepentingan politik! Politik PAS terbantut sebab Allah tak redha dengan PAS, bukan kerana mentaliti warga Felda mundur atau tidak.

So, silalah buat penghakiman sendiri tentang mentaliti blogger PAS dan orang Felda ini. Rasanya PAS dan kena main dengan DAP lagi. Nasiblah..sapa suruh kawan dengan "syaitan"..???!!!

I rest my case.

Wednesday, March 2, 2011

PANAS DARI MERLIMAU..!!! Apa cerita ni Yuhaizad??? Ceciter..ceciter..


Yuhaizad, calon PAS bagi PRK DUN Merlimau didakwa telah membuat fitnah terhadap bapa saudara kandungnya, Ahmad Ismail. Menurut laporan, Ahmad, Yuhaizad dan abangnya terlibat dalam satu perniagaan ladang getah di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira tiga empat tahun lepas.

Begini ceritanya...

Yuhaizad telah menugaskan bapa saudaranya itu untuk membayar balik wang pinjaman kepada Bank Rakyat yang digunakan untuk perniagaan tersebut. Dan sebagaimana yang disuruh, bapa saudaranya pun menurut perintah calon PAS itu.

Namun, menurut Ahmad, Yuhaizad telah menuduhnya tidak membayar pun kepada Bank Rakyat. Walhal, Ahmad mempunyai resit-resit yang cukup dan disimpan sebagai bukyi kukuh dia ada membayar balik pinjaman tersebut pada Bank Rakyat.

Fitnah tersebut habis dicanang Yuhaizad keliling kampung terutamannya sanak saudara mereka. Akibat perbuatan Yuhaizad itu, maka bapa saudaranya itu pun dipinggirkan keluarga.

Ahmad turut mempertikaikan pemilihan Yuhaizad sebagai calon parti yang kononnya lebih Islam daripada orang lain. Islam jenis apakah itu???

Saya harap Yuhaizad dapat menjelaskan perkara ini agar tiada salah faham. Tidak adillah dengar sebelah pihak. Ye? Apa kamu nak kata ni Yuhaizad? Apa cerita? Ceciter..ceciter...ceciter.....

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Tuesday, March 1, 2011

ISA atau lucut kewarganegaraan, itu saja “ubat” untuk Hindraf..!!!


Sudah berkali-kali diberitahu bahawa Hindraf tidak diperlukan di Malaysia. Sudah berkali-kali amaran demi amaran dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri kepada puak-puak pelampau berbangsa India ini. Namun semua itu masih lagi gagal membendung kekacauan yang cuba dicetuskan oleh penyokong Hindraf tak sedar diri ini.

Baru-baru ini sejumlah 14 orang anggota Hindraf yang ditahan oleh pihak PDRM kerana menyertai demonstrasi haram atau tanpa permit. Meskipun ditahan polis, mampukah tindakan itu menjamin bahawa Hindraf akan berhenti “once and for all” dari membuat onar yang berbaur perkauman dan permintaan melampau mereka itu?

Hindraf dari kaca penulis tidak ubah seperti kumpulan pelampau Tamil Eelam di India. Cuma, Tamil Eelam mengganas di India, tanah tumpah darah mereka sendiri, manakala Hindraf pula mengganas di Tanah Melayu yang bernama Malaysia, yang bukan merupakan tanah asal mereka.

Berani juga mereka ini cuba “menjadi tuan di rumah orang”. Mujurlah “tuan rumah” ini menggunakan pendekatan yang “mesra rakyat” dan sangat mudah bertolak ansur. Cuba Hindraf mengganas begini di negara China, Taiwan, Iran, Iraq atau Arab Saudi, rasanya sudah lama kepala pemimpin-pemimpin Hindraf dan konco-konconya dipancung pedang!

Pada pandangan penulis, tindakan Hindraf sudah melampau ketika di saat ini. Dahulu, mereka cuba menyaman Kerajaan Malaysia di London, kononnya kaum India teraniaya di bumi Malaysia. Tuntutan mereka yang bukan-bukan bagaikan merekalah “bumiputera” di negara ini. Dan kini, mereka mengadakan siri demonstrasi haram dan ditangkap polis, hairannya, polis pula disalahkan?

Hindraf kenal akta ISA?

Sendiri buat salah, sendiri tanggung la deyyy..!!! Uthayakumar menyalahkan pihak polis kerana tidak memberikan permit kepada mereka untuk berdemonstrasi. Sudah tentulah polis tidak luluskan kerana sejarah Hindraf ternyata menghuru-harakan keadaan.

Ingat lagi perhimpunan Hindraf dahulu? Polis pun dicederakan ketika mengawal keganasan yang mereka lakukan. Ingat tak sakitkah terkena batu yang dibaling sekuat hati? Itu baru batu, jika terkena besi atau kayu, tentunya lebih sakit! Ketika itu, polis hanya bertujuan mengawal keadaan, namun apabila keadaan sudah diluar kawalan, salahkah jika polis menggunakan “water cannon” untuk menyuraikan keganasan? Mujur hanya “meriam air” jika polis guna meriam betul, apa pula nak dikata???

Hindraf nak rasa kena tahan bawah ISA lagi ke?

Kini Hindraf cuba kembali aktif dengan mengadakan demonstasi haram dan polis pastinya tidak akan mengeluarkan permit kepada kumpulan pengganas itu berdasarkan “dark history” yang pernah Hindraf lakukan. Uthayakumar perlu meletakkan dirinya sebagai Ketua Polis Negara, jika dia ditempat KPN, apakah dia akan meluluskan permit kepada pengganas perkauman untuk mengganas di khalayak umum?

Sedar tak sedar, Hindraf harus diISAkan lagi.

Hindraf kononnya memperjuangkan bangsa India di Malaysia. Setahu penulis, bangsa bumiputera yang bernama Melayu dikecam hebat jika menyebut tentang bangsa Melayu di mana-mana majlis, alasannya ialah berbau perkauman, “rasis!!!” katanya. Meskipun ungkapan Melayu itu disebut di dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh bangsa Melayu sahaja, kaum lain terutamanya DAP, Melayu “murtad” PAS dan PKR pun menyalak sama! Itu belum lagi berdemo secara aman atau melaungkannya di jalanraya, pasti lebih teruk dikecam mereka.

Jadi, apakah perjuangan Hindraf itu tidak rasis??? Sepatutnya Hindraf dilabelkan sebagai rasis dan cuba menimbulkan krisis perkauman di negara ini. Sepatutnya mereka ditahan tanpa kompromi.

Sekali lagi penulis katakan, HINDRAF WAJIB DI ISA LAGI!

Apalagi yang Hindraf mahukan? Hatta novel Interlok pun mahu dipolitikkan? Tersinggung sangat dengan perkataan “Pariah”? Bila Azmin panggil bangsa India dengan perkataan “Pariah” tak pula Hindraf tersinggung? Thaipusam yang dirayakan itu bagaimana pula “asal usulnya”nya? Malah Kerajaan beri pula cuti umum percuma kepada bangsa India. Bukankah sambutan Thaipusam lebih mirip kepada “adat resam”? Adat resam “siapa”? Sila rujuk kembali di mana, bagaimana, kenapa dan siapa yang asalnya mengamalkan perayaan “Thaipusam”.

Beginilah, penulis tidak mahu berceloteh panjang. Penulis percaya bahawa rakan-rakan dan penulis sendiri sudah lama memendam rasa menahan sabar melihat perihal Hindraf yang kian melampau dari hari ke hari. Pemimpin Hindraf yang layaknya digelar pengganas menggelar diri mereka “pejuang bangsa India”. Rakan-rakan penulis yang berbangsa India juga tidak setuju dengan perjuangan Hindraf dan menganggap Hindraf tidak lebih dari sebuah pertubuhan opportunis yang mengelirukan bangsa India dan mencemar keharmonian kaum di Malaysia.

Sayugia begitu, eloklah penulis tekankan di sini, tegaskan di sini, dan jelaskan di sini bahawa satu-satunya cara untuk menghapuskan pengganas pelampau “Tamil Eelam versi Malaysia” ini hanyalah dengan ISA atau dilucutkan saja kewarganegaraannya. Wujudnya kumpulan ini tidak lebih sebagai “bad eggs” pada kaum India yang lain dan mencetuskan “api” yang jika tidak dikawal akan menjadi “marak” sebagaimana yang berlaku di India, tanah asal mereka. Cukuplah mereka mengganas di negara ibunda mereka, jangan pula dibawa perangai buruk itu di “rumah orang”. Itu “kurang ajar” namanya!!!

Akhir kata, HINDRAF WAJB DI ISA KAN ATAU DILUCUT KEWARGANEGARAAN MEREKA..!!! Titik.

Sumber: myKMU.net

Monday, February 28, 2011

PAS kalah ditimbun dosa sendiri...


Kempen Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau sedang hangat berlangsung. Menyaksikan pertandingan “satu lawan satu” di antara Barisan Nasional yang diwakili calon UMNO bertemu PAS, pastinya ramai penyokong dan “tukang kempen” yang akan turun di sana membantu kedua-dua parti tersebut.

Kerusi DUN Merlimau dan Kerdau sebelum ini masih belum mampu ditembusi oleh mana-mana pihak dari parti pembangkang. Kerusi di DUN Merlimau misalnya, walaupun PAS pernah memberi laluan untuk Parti Ke”tidak”adilan Rakyat mencuba nasib di situ, namun keputusannya tetap sama, pembangkang tetap gagal di situ. Dan kali ini, PAS sekali lagi mencuba nasib untuk menggugat Barisan Nasional di situ. Apakah PAS akan berjaya di kedua-dua kerusi itu kali ini?

Kita melihat PAS sangat bersungguh-sungguh pada PRK sebelum ini iaitu di DUN Tenang. Dianggarkan puluhan ribu penyokong PAS yang berarak sewaktu hari pencalonan, malah ada blogger PAS yang mendakwa jumlahnya mencecah lebih 100,000. Jika dilihat gayanya, pastinya PAS akan berjaya di DUN Tenang. Namun Allah telah menentukan bahawa PAS kalah di sana, malah lebih teruk pula kalahnya. Moral dan status politik PAS jelas merosot teruk. Mengapa mereka kalah?

Merujuk kembali di PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Sekali lagi PAS membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menggoyah kubu BN di sana. Walaupun kepimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin dan Salahuddin Ayyub telah mengingatkan jentera mereka agar “lebih sopan” dan menjaga tingkah laku (terutamanya jangan memfitnah), apakah ingatan itu akan dipatuhi oleh juak-juak PAS dan paksi Pakatan Haram itu?

Jawapannya, PAS tetap PAS. Sifat sopan dan akhlak mahmudah tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka sejak dulu, apatah lagi kini ketika mana mereka sedang bersekongkol bersahabat dengan “syaitan”, musuh Islam yang nyata. Tingkah laku mereka lebih teruk dari terdahulunya. Jika diingatkan supaya jangan memfitnah, maka memfitnahlah yang menjadi keutamaan kempen mereka di Merlimau dan Kerdau.

Sebagai contoh, PAS menuduh bahawa calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebenarnya bukanlah lulusan Universiti Al-Azhar dan dengan busuk hatinya mendakwa bahawa jika ada pun sijil tersebut, mungkin ianya “dibeli” ataupun palsu! Astaghfirullahil Azim. Kempen jenis apakah ini?

Sayugia bagi menjawab tohmahan dan persepsi buruk yang dilemparkan Parti “Islam” Se-Malaysia itu, maka terpaksalah calon BN tersebut membuka kembali fail sijilnya dan menunjukkan pada rakyat umumnya bahawa sememangnya beliau memiliki ijazah dari institusi pengajian tersohor di Mesir itu. Malah surat akuan pemilikan ijazahnya juga turut disertakan bagi membuktikan bahawa PAS sememangnya menabur fitnah terhadapnya. Entah “Islam” apakah PAS ini yang sememangnya sangat suka dengan “fitnah”?

Jentera BN yang turun padang kali ini turut dilaporkan melawat ke rumah salah seorang penyokong PAS “tegar” zaman berzaman. Melihat rumah “hamba Allah” yang dhaif tersebut, mereka bertanya padanya sama ada dia pernah menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini? Tuan rumah itu menyatakan bahawa memang ada wakil dari agensi Kerajaan yang datang untuk menghulurkan bantuan. Namun atas “nasihat” rakan-rakan PAS yang lain yang menyatakan bahawa “duit bantuan dari BN adalah haram” maka dia terpaksalah menolak bantuan tersebut.

Astaghfirullahil Azim. Duit Kerajaan “haram”? Nampaknya “fatwa” dari ulama PAS sememangnya menjadi pegangan hidup juak-juak PAS seluruh Malaysia. “Fatwa” karut yang muncul lebih sedekad itu masih lagi dipraktikkan oleh penganut agama PAS! Dosa seperti inilah yang akan ditanggung oleh pimpinan PAS seumur hidup dan jawablah kelak di dalam soal kubur masing-masing. Penulis tidak hairan jika ada lagi insiden “solat dua imam di dalam satu masjid atau qaryah”, “sembelihan orang UMNO haram dijamah”, “tidak sah nikah berwalikan ayah yang berpartikan UMNO” dan sebagainya.

Penulis menganggap bahawa kekalahan demi kekalahan PAS adalah berpunca dari “dosa-dosa PAS” sendiri. Malah takdir bahawa PAS tidak pernah berjaya menawan Kerajaan Persekutuan adalah kerana “dosa-dosa” dari PAS itu sendiri. Perjuangan lebih 50 tahun oleh PAS itu begitu sebati dengan dosa, fitnah, pembohongan, penyelewengan, assobiyyah, zalim, memperdagangkan agama Allah S.W.T dan menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W adalah faktor terbesar yang menyumbang ke arah kekalahan PAS di persada politik negara.

Meskipun PAS “lebih veteran” berbanding PKR, namun PKR dilihat lebih mendominasi PAS dan berjaya meng”keldai”kan parti Islam tersebut. “Islam” jenis apakah yang membiarkan diri di”keldai”kan? Namun PAS, sebuah parti yang tak tahu malu, rela nama “Islam” yang ada padanya di”keldai”kan begitu sahaja oleh kafir harbi dan agen yahudi. Ternyata PAS sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar.

Politik tetap politik. Namun Islam tetap letakknya di tempat tertinggi di dalam kehidupan kita. Menafikan keutamaan Islam dengan mendahulukan politik adalah salah sama sekali. Begitu juga dengan “bersahabat dengan syaitan yang dianjurkan oleh Mursyidul Am PAS” itu juga salah sama sekali. Janganlah hanya disebabkan politik keduniaan, maka syaitan dipeluk dan saudara seagama dikafir dan diperangi. Itu bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Wallahu’alam.

Sumber: myKMU.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!