Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 24, 2011

Terkini: Aku dah kata dahhh...mesti punya..!!!


Kes liwat Anwar: Mesin di Jabatan Kimia berfungsi baik
24/02/2011 10:47am

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang pengurus perkhidmatan dan projek memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.

Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga memberitahu, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut. – Utusan


Kan saya dah kata dah pada entry sebelum ni. Mesti puak-puak peguam"peliwat" tu akan cari keraguan pasal teknikal lagi! Tengok..kan dah terbukti diorang persoal pasal mesin kat Jabatan Kimia tu...entah-entah lepas ni diorang suruh check pulak kakitangan Jabatan Kimia tu punya qualification, gila ke tak gila ke, check tahap kesihatan diorang etc & etc...bengong betul la!

Dah takde modal lain ke nak cari keraguan? Asyik nak pakai taktik yang sama masa kes liwat 1998 dulu...lepas tu nak BAR Council ada hati nak naikkan yuran guaman? Tapi kerja dok kat takuk lama jugak! Podddaaa chaiiittt..!!!

Wednesday, February 23, 2011

Terkini & Panasss..!!! Misteri hak milik DNA "Y" sudah terjawab..!!!


Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari Azlan sedang hangat berlangsung di mahkamah. Sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai, bahawa Pn. Noraida yang merupakan Ketua Jabatan Unit Paternity, dari Bahagian Forensik di Jabatan Kimia, telah memberitahu mahkamah tentang siapakah pemilik DNA “lelaki Y” yang menjadi misteri selama ini.

Menurut Noraida, DNA terhadap calitan putik kapas yang diambil daripada berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral didapati berpadanan dengan profil ‘Lelaki Y’ yang ditemui pada salur dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Persoalan yang bakal timbul seterusnya ialah, siapakah “PEMILIK” kepada “BERUS GIGI”, “TUALA KECIL” dan “BOTOL AIR MINERAL” yang menjadi bahan bukti di mahkamah di dalam kes ini?

Apakah bahan bukti tersebut milik Karpal Singh? Atau milik Nik Aziz? Atau barangan tersebut milik Nallakaruppan, bekas sahabat baik Anwar? Mungkinkah ianya milik Ummi Hafilda yang sedang melancarkan serangan demi serangan membongkar kisah hidup “gelap” Anwar, Azmin dan Shamsidar disebalik tabir?

Jawapannya, tentulah bahan bukti di mahkamah tersebut adalah MILIK TERTUDUH KES ini. Siapa pula yang tertuduh di dalam kes jenayah liwat ini? Tidak lain tidak bukan, tentulah…Anwar bin Ibrahim!!! Iyalah, takkanlah barangan tersebut milik orang lain pulak? Jika barangan tersebut milik Gobalakrishnan, sudah tentu Gobala yang akan didakwa di mahkamah, dan bukan Anwar!

Kini, pihak pakar sendiri telah mengesahkan pendakwaan itu sememangnya tepat kepada lelaki “misteri” tersebut. Misteri itu sudah terjawab. Lelaki pemilik DNA “Y” itu adalah Anwar Ibrahim sendiri. Kes ini masih lagi “berjalan” di mahkamah. Meskipun mahkamah masih belum memutuskan sama ada Anwar bersalah, pihak pakar kimia telah membuktikan bahawa DNA Anwar ditemui di dalam lubang dubur Saiful!!!

Pastinya selepas ini Karpal dan peguambela-peguambela Anwar berpeluh mencari keraguan teknikal untuk mengelirukan mahkamah. Mungkin selepas ini juga Malaysiakini dan MalaysianInsider akan pening kepala memikirkan cara untuk memutar cerita (spin) untuk mengelirukan rakyat. Tunggu sajalah “auta” dari Haramkah dan Suara Keadilan. Mungkinkah mereka akan kata sikap dan berus gigi tersebut milik Tun Dr. Mahathir barangkali?

Penulis enggan mengulas lanjut mengenai kes liwat Anwar ini untuk mengelak dari sebarang perkara subjudis. Namun secara logik akal budak sekolah pun, kita sudah dapat meneka siapakah lelaki misteri pemilik “ekslusif” DNA “Y” itu. Walaupun, kita tunggulah sehingga ke akhir kes ini dibicarakan. Tentunya pelbagai cerita menarik yang bakal dibongkar tentang “kisah gelap” Anwar!

Sumber: myKMU.net

Tuesday, February 22, 2011

Tu diaaaa..!!! Punya la mahal..!!!!!


Mak datuk aiihhhhh..!!! Punya la mahal!!!!! Nak makan semeja dengan Pk Syiekh Peliwat Tegar ni kena bayar sampai RM10,000! Perghhhh..!!! Hebat betul!

Baru-baru ni ada majlis makan-makan di antara facebookers & PM. Free je!!! Tak payah bayar sesen pun! Tu PM tu bebbbb...sapa Anwar nak dibandingkan dengan PM! Peliwat dengan Perdana Menteri, jauh beza tuuu...

Macam ni ke pemimpin "harapan rakyat"? Ini bukan "harapan"...ini "PELINGKUP" namanya! Nak makan semeja pun nak kena bayar? RM10,000 pulak tu!!! Apa daaaa...


Sumber: MPP.

Blogger RM5k? Hata Wahari nak kena "belasah" dengan Parpu, RBF dan Keris Putera???!!!


Syabas saya ucapkan kepada RBF Online di sini kerana berjaya membuktikan agenda sebenar Hata Wahari yang merupakan Presiden NUJ yang di"puppet"kan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di sekelilingnya. Yang nyata, Hata Wahari yang sebelum ini kecewa pada pihak "management" Utusan Malaysia tapi melepaskan geram kepada Utusan Malaysia secara keseluruhan hanyalah merupakan satu lagi episod "wayang PKR".

Saya tertarik dengan ungkapan "Blogger RM5k" yang dikatakan oleh Hata Wahari. Setahu saya, yang mengenali secara terus dengan beberapa blogger pro-Kerajaan yang mencatat ranking tertinggi di Alexa.com dan memiliki nama besar seperti Parpu, RBF, GAP, Gomo, MPP, MIM, MIK, Husin Lempoyang, Keris Putera dan sebagainya, mereka-mereka ini tidak pun dibiayai oleh sesiapa, apatah lagi pejabat PM!

Mereka hanyalah individu biasa yang berjuang secara persendirian dengan menggunakan medium blog bagi mencetus pendapat masing-masing. Mereka ada kerja tetap masing-masing. Ada yang berniaga dan ada juga yang makan gaji! Tapi yang pastinya, gaji dan perniagaan mereka tidaklah membabitkan Pejabat PM!

Sayugia RBF telah mencabar Hata Wahari untuk mendedahkan blogger pro-BN mana yang dimaksudkan menerima RM5k sebulan dari Pejabat PM, saya turut menyokong cabaran itu dan menggesa Hata untuk mendedahkannya secepat mungkin. Dan sekiranya Hata gagal membuktikan dalam tempoh yang diberikan RBF, maka ternyatalah Hata hanyalah seorang pembohong dan hanya mereka-reka fitnah terhadap kelompok blogger pro-Kerajaan.

Niat Hata Wahari yang busuk ini mungkin tidak akan dapat dipadamkan dengan "air kencing" yang bakal dibaling oleh RBF dan rakan-rakan kepadanya. Namun, saya lebih berminat untuk melihat RBF, Parpu dan Keris Putera yang berbadan besar bagai "bouncer" itu bertemu dengan Hata secara berdepan. Harap Hata cukup "jantan" ketika itu!

Monday, February 21, 2011

"Bingkisan Istimewa" untuk Bob Lokman..!!!


Saya terbaca di sini mengenai Bob Lokman, seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair yang menyertai PAS baru-baru ini. Saya hormati pilihan Bob Lokman untuk menyertai PAS. Negara ini negara demokrasi, tak salah untuknya memilih PAS sebagai "anutan"nya.

Cuma, saya agak terkilan dengan cara dan sebab musabab Bok Lokman menyertai PAS. Bob diajukan soalan oleh wartawan Haramkah, begini bunyinya...

"Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu."

Siapa sebenarnya yang punya masalah dengan sistem kehidupan? Seperti yang Bob Lokman cuba sampaikan di atas, dia cuba menyalahkan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Dan dia turut menyalahkan slogan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Bunyinya betul-betul bermotifkan politik.

Bob menyalahkan sistem kehidupan. Siapakah yang menentukan hidup Bob sekeluarga? Bukankah Bob sendiri yang menentukan hala tuju keluarganya? Takkanlah pihak Kerajaan mahu campur tangan hal ehwal keluarga Bob? Bob tentukanlah sendiri hal keluarganya sebagaimana orang lain. Keluarga orang lain elok-elok saja sistem kehidupannya, mengapa menyalahkan pihak lain jika terang-terangan Bob sendiri yang gagal mengawal sistem kehidupannya anak beranak?

Mengapa pula Bob salahkan sistem persekolahan? Sedangkan pihak kerajaan menyediakan prasarana lengkap serba serbi di dalam sistem pendidikan di negara ini. Malah Kerajaan menyediakan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) dan banyak sekolah agama rakyat turut diberikan permit. Hantar saja anak-anak Bob bersekolah di mana-mana madrasah, pondok, SMKA mahu pun sekolah agama rakyat.

Pantaulah anak sendiri dan asuhlah sebaiknya. Saya melihat ramai anak-anak kita yang belajar di sekolah agama yang disediakan kerajaan, elok saja akhlak dan pembentukan sahsiahnya. Hakikatnya, Bob sendiri yang gagal mengawal anak-anaknya yang bersekolah. Jadi, usahlah tuding jari pada Kerajaan.

Sistem pergaulan dan sistem masyarakat pula yang disalahkan? Bob, kalau sudah diri sendiri yang salah, jangan dipalitkan kesalahan itu pada orang lain. Saya berikan contoh "imam muda dan keluarganya. Dengan sistem pergaulan dan sistem masyarakat yang Bob dakwa salah itu, ibubapa imam muda itu berjaya mendidik anak-anak mereka bersolat, menyediakan pengetahuan asas agama dan bergaul bebas dengan batasan tertentu.

Ternyata mereka berjaya dengan sistem yang sama. Mengapa pula Bob tak boleh berjaya? Tentunya ada yang tak kena pada Bob sendiri, bukan kerajaan yang perlu dipersalahkan...

Bob kata slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" adalah "salah". Apakah Bob dapat menilai dengan akal yang waras bahawa slogan itu amat bermakna untuk semua rakyat Malaysia? Rakyat didahulukan juga membawa maksud bahawa negara ini mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan diberikan keistimewaan yang lebih kerana agama ini menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia.

Memang benar Allah itu nombor satu dan wajib diutamakan oleh semua umat Islam. Saya sokong kata-kata Bob itu kerana saya juga seorang muslim. Tapi, jika kita ubah slogan itu kepada "Allah didahulukan, Islam diutamakan", apakah slogan itu juga relevan untuk penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Tao dan lain-lain agama yang ada di Malaysia ini? Bob, mereka juga rakyat negara ini, bukan kita saja bro...

Seperkara lagi, apakah Bob fikir DYMM YDP Agong, Perdana Menteri, Mufti-Mufti Kerajaan dan lain-lain ulama tersohor di Malaysia yang menyokong slogan dan gagasan itu sebagai "tidak mendahulukan Allah dan Islam" di dalam hidup mereka? Apakah Bob fikir Bob dan PAS saja yang mengutamakan Allah sebagai Khaliq dan Islam itu sebagai pegangan? Bob, PAS itu hanya sebuah parti yang mempergunakan agama sebagai umpan politiknya, tidak lebih dari itu.

Dan kini PAS sudah ber"senggama" dengan DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi. Dasar dan insiden yang berlaku di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram itu pun berbaur musyrik munafik dan tidak mementingkan Islam. Lihat saja insiden arak yang terpaksa dipulangkan setelah dirampas dan rumah-rumah urut serta premis hiburan dibawah "perlindungan" Ronnie Liu, apakah PAS mampu berbuat sesuatu? Itu belum lagi ditunjukkan pub-pub dan premis hiburan di negeri-negeri PAS, rumah pelacuran pun ada tau! 500 meter dari pejabat Pok Nik pulak tu!

Seterusnya temubual Bob dan Haramkah berbunyi begini...

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.


Haaa..di sini Bob sudah mengaku bahawa dirinya yang bersalah dan bukan Kerajaan yang menghasut Bob untuk gagal dalam mengawal anak beranaknya. Bob fikir untuk nanti Bob akan dimasukkan ke neraka? Apakah dengan menyertai PAS maka Bob fikir nanti Bob akan dimasukkan ke syurga Allah? Bob, syurga neraka ni bukan milik PAS. Tapi tak tahulah jika Pok Nik dah menyerahkan "tiket ke syurga" untuk Bob sekeluarga!

PAS adalah jemaah yang akan membawa Bob ke jalan yang betul? Silap tu Bob, silap! Bob sendirilah yang akan menentukan jalan hidup Bob sekeluarga sama ada menuju syurga ataupun neraka. Bukan PAS atau UMNO yang menentukannya. Allahlah yang bakal menentukannya di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan Bob yang mungkin "hilang ingatan", Kerajaan Malaysia sudah berpuluh tahun menyediakan Jabatan Agama Islam, Jakim, Perkim, Yadim dan pelbagai agensi yang berteraskan Islam untuk membantu umat Islam mencapai keredhaanNya. Pelbagai program dianjurkan untuk memartabatkan Islam dari segi pemahaman dan muamalah yang mendorong ke arah kehidupan muslim sejati. Tak percaya, tanya Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Pada pendapat saya, Ustaz Ridhuan boleh bantu Bob Lokman sekeluarga tentang ini.

Tak mengapalah jika Bob Lokman menolak hujah saya. Mungkin Bob tersinggung dengan bingkisan ini. Terserahlah kepada Bob untuk terus bersama PAS, kerana saya yakin PAS berada dipihak yang tidak benar perjuangannya. Sebusuk-busuk UMNO, busuk lagi PAS, dan sebusuk-busuk PAS, busuk lagi PKR dan DAP. Sekurang-kurangnya UMNO mengakui kelemahannya dan bertindak untuk berubah walaupun mengorbankan seorang Presidennya. Namun PAS? Sampai kiamat pun tak mengaku salah...PAS maksum sampai mati bagai Nabi!

Sunday, February 20, 2011

Bukti Husam bela penjenayah!!! KDN sila ambil tindakan..!!!


Duke tengok Youtube di RBF online, dan terpanggil untuk membetulkan persepdi buruk terhadap polis dan kerajaan yang cuba dilakukan oleh Husam Musa, pemimpin PAS yang berhati busuk!

Trend menyokong penjenayah semakin menarik minat pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Terbaru, Husam Musa menegaskan bahawa dia juga di antara pemimpin yang menyokong penjenayah di negara ini. Memberikan contoh seorang penyeludup yang ditahan pihak UPP kerana menyeludup beras dari Thailand ke Kelantan, Husam dilihat begitu konsisten membela penjenayah.

Di dalam kejadian di Pengkalan Kubur, Kelantan itu, menurut Husam, lelaki 9 anak tersebut memang sudah turun temurun berniaga menyeludup beras dari Kelantan ke negara ini. Husam mendakwa bahawa itu "mati diterajang" sehingga mati oleh anggota Polis/UPP. Katanya, aktiviti lelaki tersebut bukan dosa dan Husam meng"halal"kan aktiviti tersebut meski pun bertentangan dengan undang-undang negara kita.

Sedarkah rakyat Malaysia bahawa kes itu telah diputar belit faktanya oleh Husam? Tahukah rakyat bahawa lelaki itu tidak mati kerana diterajang oleh polis/UPP, dan sebenarnya lelaki itu meninggal kerana serangan jantung! Namun Husam cuba menarik simpati dan membakar perasaan rakyat untuk membenci pihak Polis begitu ketara sekali, sekaligus Husam kaitkan pula kes ini dengan kerajaan dengan mengatakan bahawa Kerajaan BN zalim terhadap rakyat?

Wajarkah Husam mengajak rakyat membela penjenayah? Saya berikan contoh kes. Seorang penyeludup dadah menjalankan aktiviti menyeludup dadah dari Thailand ke Kelantan. Penyeludup dadah tersebut disekat polis dan cuba lari. Kemudian seorang polis "terajang" penyeludup tersebut dan penyeludup mati serta merta. Wajarkah polis tersebut dipersalahkan dan wajarkah Husam membela peragut tersebut.

Katakanlah penyeludup dadah tersebut telah meragut secara turun temurun. Dia memiliki 12 orang anak dan seorang ibu tua untuk ditanggung melalui hasil penyeludupan dadahnya. Husam memberi alasan "beras di Siam murah berbanding Malaysia", dan saya memberikan alasan yang sama iaitu "dadah di Thailand murah dan mudah diperolehi. Adakah fakta-fakta ini menghalalkan aktiviti penyeludupan itu dan tidak salah di sisi undang-undang negara dan Islam?

Kerjaya menyeludup adalah salah dan haram, tidak kira sama ada dari segi undang-undang mahupun dari segi hukum Islam. Terang-terang aktiviti menyeludup dilarang sama sekali di mana-mana negara sekali pun. Dan apabila lari dari tanggungjawab seorang warganegara terhadap hak negara (lari dari cukai) apakah ianya tidak menyalahi hukum Islam? Apakah Islam menggalakkan penyeludupan?

Seperkara lagi, apakah UPP atau polis di sempadan itu mampu menahan penyeludup yang cuba lari hanya dengan "kata-kata" sahaja? Apakah polis/UPP boleh suruh saja penyeludup berhenti dan penyeludup itu akan berhenti untuk ditahan pihak berkuasa?

Bodoh betul si Husam ini. Agaknya kalau perogol nak merogol isteri atau anak gadisnya maka dia akan kata "jangan rogol isteri/anak saya" dan perogol itu akan akan membatalkan niatnya? Apakah jika Husam kata "jangan rompak saya" maka perompak tidak akan merompaknya? Bodoh betul Husam!

Seperkara lagi, Husam cuba memfitnah pihak polis dengan mengatakan bahawa penyeludup beras itu mati kerana "diterajang polis". Penyeludup itu mati kerana sudah sampai ajalnya. Jika sudah ajal, kena jentik dengan polis pun boleh mati. Sebenarnya, penyeludup itu mati kerana serangan jantung dan bukan kerana "terajang". Sudah banyak kali penjenayah-penjenayah dan mat-mat rempit diterajang polis, tak mati pun! Nampak sangat Husam mempunyai hati yang busuk terhadap pihak polis!

Lagi satu, nampaknya pihak pembangkang begitu suka dengan apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Kononnya kejadian di Mesir dan Tunisia itu sama dengan keadaannya di Malaysia. Padahal itu hanya modal politik mereka untuk mencetus huru-hara di Malaysia. Pembangkang ternyata cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan keadaan itu. Maklumlah, pembangkang memang suka menghuru-harakan negara sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan tidak sukakan huru-hara!

Sebagai contoh, penghimpunan haram dan demo yang diadakan pembangkang dijalan TAR sering mencetus kekacauan di kawasan yang padat dengan aktiviti perniagaan disitu. Semua peniaga di jalan TAR merungut kerugian. Jalan TAR yang sentiasa sesak menjadi bertambah sesak akibat huru-hara pembangkang. Pelancong di situ juga terganggu dan semua ini memjejaskan imej negara untuk pelabur asing masuk melabur. Apakah huru-hara dari pembangkang itu "sihat" dan wajar? Lain kali, sila berdemo di"mansion" Anwar, banyak kawasan lapang di situ. Nak tidur tengah jalan pun boleh!

Saya fikir, Husam tidak wajar menghasut rakyat untuk menghuru-harakan negara. Husam tidak wajar membuat musuh dengan pihak Polis kerana pihak polislah yang menambil laporan dan menyiasat sekiranya Husam atau keluarganya terlibat dengan jenayah. Husam di sini cuba menimbulkan persepsi polis dan kerajaan itu zalim. Sebenarnya, Husamlah yang zalim terhadap polis dan kerajaan kerana menghasut dan menceritakan perkara tidak benar pada rakyat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!