Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 18, 2011

Panasss..!!! ADUN Perupok gila seks..???!!!


Nampaknya Gomo & Team Nadi Rakyat semakin ganas. Ganas membongkarkan kes-kes yang berbaur seks melibatkan pemimpin-pemimpin PAS. Jika sebelum ini DUN Selising teruk dibongkar tentang kisah "gelap"nya, kini tiba pula giliran ADUN Perupok.

Sila rujuk di sini.

Apakah skandal yang didedahkan oleh Gomo dan Team Nadi Rakyat ini adalah satu fitnah? Entahlah, saya sendiri tidak tahu kerana belum berkesempatan untuk bertemu Gomo dan Nadi Rakyat untuk bertanyakan kesahihannya.

Pada PAS, tentunya mereka akan menafikan dakwaan Gomo/Nadi Rakyat ini. "FITNAH!", ini tentunya jawapan "standard" yang menjadi pilihan untuk menjawab pendedahan dibawah 18SX ini.

Apa pun jua, kita tunggu pula jawapan dari ADUN Perupok sendiri. Saya tidak mahu dengar sebelah pihak saja. Saya menyarankan agar ADUN Perupok laporkan saja pada pihak Polis jika apa yang Gomo dan Nadi Rakyat katakan itu tidak benar dan merupakan fitnah.

Saman saja Gomo/Nadi Rakyat kerana bertindak melakukan fitnah. Jika terbukti Gomo/Nadi Rakyat melakukan fitnah, tentunya mereka akan dihukum. Jika tidak dihukum di dunia, pastinya mereka tidak akan terlepas menghadapi keadilan di akhirat.

Namun, jika benarlah apa yang Gomo/Nadi Rakyat katakan, silalah ADUN Perupok dan ADUN Selising meletak jawatan dengan kadar segera. Perkara ini bukan saja memalukan PAS dan rakyat Perupok/Selising, malah ianya juga memalukan umat Islam di negara kita.

Persoalannya, mahukah kita mempunyai ADUN yang rendah moralnya seperti mereka? Terserahlah pada pemikiran masing-masing...

Sabarkah anda bila DAP hina Islam di Pulau Pinang?


Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB tahun lepas.

Port Folio itu menurut Guan Eng, adalah mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertanggungjawab terhadap perkara-perkara hal ehwal 5 agama selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao. Kononnya, dengan tertubuhnya port folio ini maka akan wujudlah keharmonian dan kesefahaman antara agama di negara kita.

Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP. Ingin diingatkan bahawa DAP ini menyeru kepada slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.

Justeru itu, sememangnya DAP tidak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Namun, dengan menubuhkan satu port folio khas untuk agama lain selain Islam, yang berfungsi bagaikan Jabatan Agama Islam atau Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, seolah-olah meletakkan agama-agama lain ini SAMA TARAFNYA DENGAN AGAMA ISLAM!

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Isla di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda “Malaysian Malaysia” di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!

Apa perlunya port folio itu di Pulau Pinang? Apa perlunya port folio itu di mana-mana negeri di Malaysia ini? Selama ini tiada pun port folio sebegitu ditubuhkan oleh mana-mana pihak, namun hubungan keharmonian dan kesefahaman di antara agama tetap elok dan tiada cacat celanya.

Semua maklum bahawa kebebasan beragama di negara ini dipraktikkan dengan cukup berhemah dan bertolak ansur di mana agama Islam dihormati dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan dihiasi dengan pelbagai keistimewaan yang sewajarnya. Namun begitu, amalan dan perlaksanaan agama lain turut dihormati dan diberikan kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang sekatan seperti di negara lain.

Lihatlah bagaimana rumah-rumah ibadat agama lain turut dibina dan bilangannya semakin bertambah mengikut keperluan semasa. Gereja, kuil Buddha, kuil Hindu, dan rumah ibadat agama Sikh dan Tao turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan, malah Kerajaan juga turut menyumbangkan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat itu. Biarpun tanpa port folio yang Guan Eng tubuhkan itu, hubungan antara agama tetap terpelihara dan harmoni.

Bukanlah penulis dengki khianatkan kepada agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh mahupun Tao. Namun, penubuhan port folio ini tidak adil. Tidak adil yang membawa maksud tidak kena pada tempatnya. Kedudukan dan layanan istimewa yang diberikan kepada agama Islam adalah lambang hak dan keistimewaan yang telah diwartakan kepada agama tersebut. Dan sekiranya ada agama lain yang mendapat layanan setaraf dengan layanan yang di terima oleh agama Islam di Malaysia maka ianya adalah dikira melampau dan bertentangan dengan sifat “istimewa” yang ada pada agama Islam tersebut. Harap faham dan maklum.

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Persoalannya, apakah kita sebagai muslimin dan muslimat harus berpeluk tubuh dan biarkan saja perkara ini berlaku? Nak harapkan pada PAS??? Tepuk dada tanya selera…

Sumber: myKMU.net

Thursday, February 17, 2011

Very-very hot..!!!! PAS nak jadi LEBIH MELAYU dari UMNO..!!!


Duke terbaca di sini tentang PAS yang nak buat Konvensyen Pengupayaan Bangsa di Shah Alam hari Sabtu ni.

Nampaknya PAS dah betul-betul berubah! PAS sudah jadi parti "nasionalis" sekarang ni. Dah mendaulatkan "Ketuanan Melayu" nampaknya. Siap buat konvensyen bagai haaaa...!!!

PAS sudah berubah. Dari memperjuangkan sebuah daulah Islamiyyah, PAS kini turut menjadi "sesumpah" seperti Anwar. Bertukar "kaler" mengikut keadaan semasa.

PAS sedar mereka kehilangan undi bangsa Melayu sejak berdakapan dengan puak-puak "setan" DAP dan PKR. PAS sedar, dan mungkin kerana itulah mereka mula mengambil hati bangsa Melayu melalui konvensyen ini.

Pelik! Katanya konvensyen ini bersifatkan mempertahankan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera. Walaupun PERKASA mempunyai hala tuju yang sama dengan konvensyen itu, PERKASA tidak pula dijemput!

Duke faham kalau PAS tak mahu jemput UMNO sebab PAS cuba mencari political mileage melalui konvensyen "juara Melayu" ini. Tapi, takkan PERKASA, sebuah NGO yang turut disertai oleh ribuan penganut PAS tidak dijemput sama?

Sudahlah begitu. Mengapa pula tak dijemput Persatuan Orang Asli ke, JHEOA ke, NGO-NGO pribumi dari Sabah dan Sarawak ke...kenapa tak di jemput? Oooo..nak pancing undi orang Melayu la tuuu...

Seperkara lagi, PAS tak takut ke buat konvensyen yang berbaur ke"bangsa"an ni? DAP dah "benar"kan ke PAS buat konvensyen yang ada sebut tentang kepentingan Melayu ni?

Duke bukan apa, risau jugak kalau DAP balun PAS lepas konvensyen tu. DAP ni "phobia" sikit dengan program-program yang ada bunyi "Melayu" ni. "Racist..!!!", kata DAP!

PAS tak takut DAP kata "PAS racist", ke? Atau PAS dah dapat kebenaran dari tuannya itu untuk berkonvensyen? Rasanya DAP bijak jugak bila Guan Eng menyelit masuk dalam satu slot kat konvensyen tu.

Melalui sumber terdekat, Duke dapat tahu Guan Eng sendiri yang mintak slot tu dari PAS. Katanya nak terangkan tentan Melayu Penang di bawah era Pakatan Haram.

Itu alasan dia saja tu. Sebenarnya, dia nak pantau PAS kat dalam konvensyen tu. Kalau PAS lebih-lebih, tahu la dia nak lempang muka PAS!

Apa-apa pun, Duke ucapkan selamat berkonvensyen. Jangan lupa jeritkan "Hidup Melayu!" kat konvensyen tu. Maklumlah, PAS cuba nak jadi lebih melayu dari UMNO!

Tuesday, February 15, 2011

Ini bukan "gimik politik", ini betul-betul kejadian..!!!


Pada mulanya, ramai penyokong Pakatan Haram fikir bahawa ramai ahli PKR yang bertindak keluar dari parti busuk tersebut merupakan “gimik politik” atau rekaan UMNO/BN semata-mata. Malah ada yang termakan tipu daya pucuk pimpinan Parti Dinasti Anwar yang mengatakan bahawa individu yang keluar dari parti itu telah di”beli”.

Walaupun Allah yang Maha Mengetahui itu telah membongkarkan satu demi satu pembohongan nekad Anwar, Azmin dan konco-konconya, masih ada lagi yang tidak mahu mengakui hakikat bahawa PKR hanyalah satu perjuangan palsu.

Kini, satu demi satu blogger-blogger pro-PKR sudah muak dengan dakyah dan kepalsuan perjuangan PKR. Blogger-blogger yang dulunya begitu “totok” dengan perjuangan reformasi kini sudah mula meninggalkan perjuangan parti yang berketuakan peliwat tegar itu. Terbaru, blogger Mat Saman Kati telah meninggalkan PKR dan blogger ikutsukaaku pula menimbulkan rasa tidak puas hatinya pada pucuk pimpinan PKR.

Hakikatnya, blogger-blogger ini dahulu adalah golongan “berani mati” mempertahankan peliwat negara itu di alam cyber. Dan hari ini, mereka memaki hamun pula Anwar, Azmin dan pimpinan atasan PKR. Mungkin kini baru mereka terasa “penangan si punai anak emas Yahudi” itu. Apa pun, biarlah mereka belajar dari kesilapan mereka sendiri.

Penulis ingin mengimbau kembali tentang individu-individu yang merupakan perintis (pioneer) kepada perjuangan PKR di zaman reformasi dahulu. Nama-nama seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, Anuar Shaari, Lokman Noor Adam, Marina Yusof, Hamdan Taha, Nallakarupan dan Roslan Kassim adalah di antara benteng yang kuat membela Anwar di jalanan.

Di mahkamah pula, nama-nama seperti Zainur Zakaria dan Sulaiman Abdullah begitu hebat dengan hujah-hujah “konspirasi peringkat tertinggi” ciptaan Anwar. Pening juga pihak pendakwaraya dan hakim-hakim dengan kerenah sokongan tidak berbelah bagi penyokong si peliwat ini.

Sahabat-sahabat Anwar yang begitu rapat dengannnya seperti Zulkifli Noordin, Gobalakrishnan, Zahrain Mohd Hashim, Zaid Ibrahim, Anuar Thahir, Zahid Mat Arip dan ramai lagi kini berpaling dari terus menyokong Anwar.

Ke mana perginya nama-nama di atas yang sebelum ini begitu membela Anwar walaupun tanpa diminta oleh sesiapa? Mengapa mereka yang secara sukarelanya bermati-matian membela Anwar satu persatu meninggalkan PKR?

Apakah mereka diupah berjuta untuk meninggalkan PKR? Apakah di saat mereka kuat menyokong Anwar dahulu pihak Kerajaan tidak punya wang untuk mengupah mereka meninggalkan mereka? Mengapa baru kini mereka keluar dari perjuangan PKR?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya ialah kerana mereka tahu bahawa PKR sememangnya satu perjuangan palsu untuk kepentingan peribadi peliwat yang bernama Anwar Ibrahim. Tiada sebarang upah yang diberikan kepada mereka dari mana-mana pihak. Dakwaan “upah” itu hanyalah sekadar alasan Anwar menutup malu sendiri dan cuba memulangkan rasa malunya itu pada mereka-mereka yang telah sedar tentang pembohongannya selama ini.

Alhamdulillah. Kini semakin ramai rakyat diperingkat akar umbi yang sudah mula sedar tentang kepalsuan Anwar, Azmin dan PKR. Berduyun-duyun ahli PKR sedang melangkah keluar dari parti perosak negara itu. Saban hari, ada saja yang keluar. Jika tidak pemimpin PKR yang keluar, tentunya ada akar umbinya yang tersedar dari kebutaan hati mereka.

Meskipun tidak semua yang keluar itu menyertai UMNO atau mana-mana parti komponen BN, dan sekadar menjadi ahli bebas atau “duduk atas pagar”, ianya sudah memadai dari hidup terus busuk “hancing di kencing” Anwar, Azmin dan PKR. Penulis pasti mereka punya akal untuk memilih yang terbaik untuk masa depan negara.

Walaupun begitu, penulis agak hairan tentang mereka-mereka yang masih tegar ingin terus dibohongi oleh Anwar di dalam PKR. Mereka masih percaya dengan perjuangan “anak emas Zionis Yahudi Neo-Con” itu. Apa yang ditunggu lagi, penulis pun tidak pasti. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada mereka.

Sebenarnya DAP dan PAS pun tahu bahawa Anwar sememangnya tidak boleh dipercayai dan kuat putar alamnya. Namun, demi survival politik parti masing-masing mereka cuba bertahan sedaya upaya. Mereka hanya terpaksa menelan hempedu apabila “torpedo”, “teluk parsi” dan “nuklear” diledakkan oleh UMNO/BN.

Sebenarnya pucuk pimpinan PAS dan DAP sedang menunggu dan ingin melihat sejauh manakah relevannya “hubungan terlarang” mereka itu sehingga PRU ke-13 kelak. Sekiranya impak pakatan haram mereka itu gagal menawan Putrajaya, pastinya DAP dan PAS akan mengambil langkah menerajang PKR dari hidup mereka. PKR hanyalah biawak hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP sehingga ke pentas PRU ke-13.

Justeru itu, penulis menyeru kepada mereka-mereka yang kini berjuang di atas tiket PKR, keluarlah dari parti busuk tersebut. Usah biarkan “lubang dubur” anda semua “bolos” dikerjakan auta Anwar, Azmin dan PKR lagi. Cukuplah yang sudah-sudah. Kembalilah ke pangkal jalan yang lebih murni dan jelas meyakinkan masa depan negara.

UMNO/BN bukanlah sehebat mana, namun terbukti bahawa UMNO/BNlah yang selama ini membela nasib rakyat, bersungguh membina dan membangunkan negara, dan tidak sekalipun pemimpinnya memburukkan Malaysia diluar negara mahupun menderhaka kepada Raja dan negaranya.

Wallauhua’alam.

Sumber: myKMU.net

Monday, February 14, 2011

Rahimi Osman menipu tentang Anwar..???


Tak mungkin! Tak mungkin! Anwar tidak begitu. Dia sangat "naive"! Anwar tidak berharta. Ketika dia ditahan polis pada tahun 1998 dahulu, dia hanya sehelai sepinggang. Hartanya yang ada hanyalah "sebuah banglo di Damansara dan 2 buah kereta buruk"! Dia miskin..!!!

Tapi, apakah Rahimi yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berbohong? Sebagai bekas Setiausaha Sulit, pastinya kebanyakkan maklumat sulit Anwar juga berada "di dalam poket"nya. Dia berbohongkah? Atau dia diupah untuk berbohong? Berapa juta dia dapat? Kayakah Rahimi Osman? Dia berbanglo mewah seperti Anwarkah? Berkereta besar?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman mendakwa bahawa dia punya bukti kukuh bahawa Anwar dan pergerakannya itu mendapat peruntukan khas berpaksikan Yahudi, sekaligus mengesahkan bahawa Anwar adalah "proksi Yahudi" utama di rantau Asia Tenggara.

Rahimi mendakwa bahawa Anwar mempunyai sebuah syarikat yang bernama Anwar Ibrahim Consulting Associate yang berpusat di Washington yang menyusun segala pergerakan dan aktiviti Anwar di luar negara. Operasi syarikat itu dikatakan menelan belanja sebanyak RM6 juta setahun!

Wow! Kaya..!!! Anwar kaya! Lebih kaya dari Abdul Wahab, lebih kaya dari Abdul Wahib, lebih kaya dari Abdul Wahub dan lebih kaya dari Saddiq Segaraga. Malah mungkin juga lebih kaya dari Ismeth Ulam Raja!

Dari mana Anwar dapat duit sebanyak itu? Menurut Rahimi, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa syarikat itu mendapat dana dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi! Malah Rahimi berkata bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk dokumen dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Menurut Rahimi lagi, ada banyak lagi rahsia Anwar di dalam genggamannya. Beliau akan dedahkan satu persatu untuk mendedahkan betapa Anwar adalah seorang Pembohong Rakyat!

Logik. Logik! Dulu masa Anwar nak dipenjarakan, dia kata dia miskin dan papa kedana. Itu pada tahun 1998. Dan sekarang adalah tahun 2011. Sudah 13 tahun. Dalam masa 13 tahun ini Anwar berjaya menjadi jutawan tanpa sebarang perniagaan yang jelas menguntungkan? Jika dia berniaga, apa dia jual? Dia jual negara, kah???

Sunday, February 13, 2011

Mana Nasruddin Tantawi..?!!! Mana..?!!! Manaaaa..???!!!!!




Mana Nasruddin Tantawi? Mana?!!! Mana perginya Dewan Pemuda PAS??? Mana perginya Aduka Taruna? Mana blogger-blogger PAS yang selama ini berdegar-degar bergebang mahu membina daulah Islamiyyah?!!!

Sebelum ini, kamu semua bercakap bagai halilintar membelah bumi. Mengkafirkan umat Islam lain bagaikan kamu seorang saja yang lebih Islamnya. Mana kamu pergi? Apa yang kamu nak buat sekarang apabila kemungkaran itu berada betul-betul dihadapan mata kamu???

Pendedahan bekas blogger Kickdefella yang pernah menjadi budak suruhan Husam Musa begitu memalukan Tok Guru kamu. Sangat memalukan! Lebih memalukan daripada pendedahannya tentang penyelewengan anak menantu dan kroni-kroni Kerajaan PAS Kelantan.

Sila lihat di sini, di sini dan di sini!!!

Apakah kamu semua penganut agama PAS buta kayu??? Jika sebelum ini Nasruddin berikrar untuk mengumpul 100,000 askar Dewan Pemuda PAS untuk menyerang Genting Highlands, kenapa kini tidak pula kamu mengambil tindakan terhadap kemungkaran yang terjadi 500 meter dekatnya dengan pejabat Tok Guru kamu itu? Apakah Tok Guru kamu itu belum mengeluarkan "wahyu" untuk kamu semua bertindak???

Nah! Bukti dan lokasi sudah didedahkan dihadapan mata. Apa yang kamu tunggu lagi? Bertindaklah! Jika tidak, aku akan gelar kamu sebagai "Dewan Pemuda Pondan PAS"!!! Kamu rela dipanggil begitu???

Anwar hina mahkamah Malaysia di US..!!!


“Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari."

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan."

“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali (ke Malaysia) tetapi pilihan telah dibuat”.
- Anwar - Forum “The Future of Democracy in the Islamic World”,Washington DC, New America Foundation (10 Februari 2011).

Di atas adalah beberapa petikan ucapan yang keluar dari mulut busuk Anwar baru-baru ini di US, yang di laporkan oleh AIDC. Dilaporkan bahawa forum itu turut dihadiri oleh Woltwowitz dan Mallot untuk memberi sokongan padanya.

Jelas sekali Anwar telah menghina mahkamah dan sistem perundangan Malaysia. Dan jelas sekali Anwar sememangnya suka memburuk-burukkan Malaysia apabila berkunjung ke luar negara.

Ramai lagi Orang Kena Tuduh (OKT) yang didakwa di mahkamah negara. Jika benar terbukti OKT itu bersalah, maka tentunya dia akan dihukum oleh pihak mahkamah. Dan jika OKT itu didapati tidak bersalah, maka tentunya dia akan terlepas dari hukuman. Amalan tersebut adalah jelas di mana-mana negara termasuklah Malaysia.

Tetapi, sebenarnya Anwar cuba menagih simpati dari US, sekutu rapatnya dahulu. Mengharapkan Obama memberikan sedikit simpati padanya, kononnya dia teraniaya. Kalaulah Bush masih lagi menjadi Presiden US, pastinya Anwar akan dibelanya. Obama? Jangan haraplah. Obama tidak bodoh macam Bush...

Cuba bayangkan jika Saiful Bukhari, saksi-saksi pendakwaan dan semua bukti-bukti kukuh yang mengaitkan Anwar meliwat itu dibawa ke hulu ke hilir di seluruh dunia. Diceritakan pada setiap negara-negara Islam, negara-negara maju, negara-negara membangun dan kelas ketiga, apa akan jadi pada Anwar?

Tindakan Anwar ini jelas mengandungi unsur subjudis memandangkan kes ini sedang dibicarakan di mahkamah. Anwar secara tak langsung membayangkan bahawa dia tidak bersalah dan dianiaya mahkamah Malaysia. Apa kata BAR Council?

Apa pun kita tunggu esok. Kalau Anwar tak datang ke mahkamah, kita belasah dia cukup-cukup. Kalau dia datang mahkamah pun, kita belasah dia cukup-cukup jugak! Datang atau tidak, belasah tetap belasah. Siap ko esok!!!

Melayu dipandang serong?


Kelmarin, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyampaikan ucaptama pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menilai isu kandungan ucaptama beliau, penulis rasa terpanggil untuk mengulas mengenai keadaan orang Melayu di Malaysia yang dikatakan di dalam dilema besar untuk bercakap mengenai nasib dan hala tuju yang membabitkan kepentingan sendiri kerana bimbang dituduh sebagai rasis.

Melayu tidak habis-habis dituduh sebagai “rasis”? Mengapa Melayu dituduh sebagai rasis? Apakah benar Melayu rasis? Jika benar Melayu Malaysia mengamalkan amalan rasis, apakah ianya menggugat kepentingan kaum-kaum bukan bumiputera di negara ini?

Atau apakah Melayu tidak wajar mempertahankan atau menjaga kepentingan bangsanya di tanah tumpah darahnya sendiri?

Melayu adalah sebuah bangsa bumiputera terbesar di Malaysia. Pada asalnya, nama negara ini adalah Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya diubah menjadi Malaysia. Pada nama barunya juga ada tertera perkataan “Malay” yang membawa maksud bangsa Melayu.

Itu adalah fakta, bukan mitos ciptaan penulis. Dari fakta di atas, maka terciptalah ungkapan “Ketuanan Melayu” yang membawa maksud simbolik bahawa Melayu adalah pribumi asal negara ini dan memiliki hak-hak keistimewaan yang tidak boleh di pertikaikan.

Fakta ini termaktub di dalam artikel 153 Perlembagaan Negara. Ini adalah fakta, dan bukan juga rekaan penulis atau mana-mana pihak.

Fakta-fakta di ataslah yang kini menjadi “pertikaian” segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Fakta-fakta di atas inilah yang cuba dimanipulasikan oleh segelintir pihak yang cuba mencetuskan ketidakpuasan hati warganegara bukan bumiputera di Malaysia.

Dan kerana fakta-fakta inilah maka Melayu dituduh sebagai “rasis”. Ingin ditegaskan di sini bahawa hakikat Melayu sebagai bumiputera atau penduduk asal bumi bertuah ini mestilah diterima secara terbuka oleh semua rakyat Malaysia.

Fakta ini terbukti di dalam sejarah dan diiktiraf di seluruh dunia. Usahlah pertikaikan kedudukan Melayu sebagai penduduk asal negara ini atau cuba mereka-reka sejarah karut semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.

Penulis ingin menerangkan kepada mereka-mereka yang kurang peduli tentang pertikaian hak-hak keistimewaan orang Melayu bahawa sememangnya perkara ini telah termaktub di dalam artikel 153 Perlembagaan Negara sejak awal penubuhan negara ini.

Hak-hak keistimewaan “anak negeri” yang membawa maksud bangsa Melayu dan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak adalah dilindungi sepenuhnya oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Perlu diingat bahawa Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Di-Raja Malaysia. Selama ini, bangsa Melayu tidak pernah meminta-minta agar hak-hak keistimewaannya ini ditambah tokok. Bangsa Melayu bukanlah bangsa pemalas yang hanya mahu di”suap” sentiasa.

Namun sudah ditakdirkan bahawa setiap anak-anak Melayu ini memiliki hak-hak keistimewaan untuk dinikmati, apakah salah untuk Melayu menikmati hak yang menjadi milik mereka sendiri?

Orang Melayu hanya mempertahankan dan menjaga kepentingan mereka di tanahair mereka sendiri. Itu saja, tidak ada lebihnya. Di dalam mempertahankan hak Melayu ini, tidak pernah pun bangsa Melayu ini mempertikaikan atau menafikan hak-hak kewarganegaraan kaum bukan bumiputera yang lain.

Malah ada kalanya, bangsa Melayu rela berkorban dan berkongsi kehidupan dengan warganegara bukan bumiputera yang lain. Sebagai “tuan rumah”, Melayu sentiasa berlaku adil terhadap semua rakyat yang berkongsi hidup di “dalam rumah”nya.

Tidak sekelumit pun perasaan prejudis, tekanan atau diskriminasi yang diberikan oleh bangsa Melayu kepada kaum bukan bumiputera. Malah mereka diberikan kebebasan untuk hidup bersama menjalankan aktiviti ekonomi, bersosial, menikmati hak berpendidikan dan sebagainya.

Penulis tidak meminta kaum-kaum bumiputera untuk berterima kasih kepada bangsa Melayu mahupun pihak Kerajaan. Namun sekurang-kurangnya, hargailah nilai hormatilah hak-hak keistimewaan kaum bumiputera dan hargailah nilai keharmonian sesama kita supaya negara ini kekal aman dan maju menuju ke hadapan.

Untungnya pastinya kita akan nikmati bersama. Malangnya, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempertikaikan fakta-fakta, Perlembagaan Negara, hak-hak keistimewaan bumiputera dan merosakkan keharmonian kaum di negara kita.

Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Sebenarnya, mereka-mereka yang berhati busuk tersebut mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Mereka cuba meraih pengaruh. Mereka cuba “membeli jiwa” kaum bukan bumiputera. Mereka sebenarnya inginkan kuasa politik untuk memenuhi impian dan nafsu peribadi mereka.

Mereka inilah pengkhianat kepada rakyat dan negara. Mereka mendakwa mereka lebih telus. Namun setelah memerintah beberapa negeri untuk hanya beberapa tahun, mereka terbukti korup dan menyeleweng meskipun mempunyai SELCAT dan CAT.

Mereka menuduh pemimpin Kerajaan mengamalkan kronisme. Namun terbukti dihadapan rakyat bahawa mereka menjadikan parti mereka bagaikan “dinasti”. Ada keluarga “Lim”, ada keluarga “Singh”, ada keluarga “AAA”, malah ada juga keluarga “Nik”.

Mereke me”momok”kan pada rakyat bahawa Kerajaan yang memerintah adalah buruk-seburuknya walaupun hakikat sebenar, Kerajaan yang “buruk” inilah yang mentadbir sehingga Malaysia membangun, ternama dan disegani di seluruh dunia.

Mereka men”jual diri” mendakwa bahawa mereka “pembela rakyat”, namun belum sampai sepenggal memerintah negeri, sudah heboh se”Malaya” mendedahkan penyelewengan, kepincangan, kurap, sopak dan kudis yang bernanah di badan mereka.

Penulis kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka-mereka ini. Layakkah mereka ini berstatus bumiputera atau warganegara Malaysia?

Dimanakah mereka menghumban nilai-nilai Rukunegara? Namun penulis percaya, rakyat Malaysia pastinya bijak untuk mengenal mereka-mereka yang penulis sifatkan di atas.

Dan pastinya rakyat Malaysia adalah bijak untuk tidak memilih pengkhianat negara untuk disanjung sepanjang hayat!

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Bila Kak Su Bersuara... Heh!