Monday, February 28, 2011

PAS kalah ditimbun dosa sendiri...


Kempen Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau sedang hangat berlangsung. Menyaksikan pertandingan “satu lawan satu” di antara Barisan Nasional yang diwakili calon UMNO bertemu PAS, pastinya ramai penyokong dan “tukang kempen” yang akan turun di sana membantu kedua-dua parti tersebut.

Kerusi DUN Merlimau dan Kerdau sebelum ini masih belum mampu ditembusi oleh mana-mana pihak dari parti pembangkang. Kerusi di DUN Merlimau misalnya, walaupun PAS pernah memberi laluan untuk Parti Ke”tidak”adilan Rakyat mencuba nasib di situ, namun keputusannya tetap sama, pembangkang tetap gagal di situ. Dan kali ini, PAS sekali lagi mencuba nasib untuk menggugat Barisan Nasional di situ. Apakah PAS akan berjaya di kedua-dua kerusi itu kali ini?

Kita melihat PAS sangat bersungguh-sungguh pada PRK sebelum ini iaitu di DUN Tenang. Dianggarkan puluhan ribu penyokong PAS yang berarak sewaktu hari pencalonan, malah ada blogger PAS yang mendakwa jumlahnya mencecah lebih 100,000. Jika dilihat gayanya, pastinya PAS akan berjaya di DUN Tenang. Namun Allah telah menentukan bahawa PAS kalah di sana, malah lebih teruk pula kalahnya. Moral dan status politik PAS jelas merosot teruk. Mengapa mereka kalah?

Merujuk kembali di PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Sekali lagi PAS membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menggoyah kubu BN di sana. Walaupun kepimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin dan Salahuddin Ayyub telah mengingatkan jentera mereka agar “lebih sopan” dan menjaga tingkah laku (terutamanya jangan memfitnah), apakah ingatan itu akan dipatuhi oleh juak-juak PAS dan paksi Pakatan Haram itu?

Jawapannya, PAS tetap PAS. Sifat sopan dan akhlak mahmudah tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka sejak dulu, apatah lagi kini ketika mana mereka sedang bersekongkol bersahabat dengan “syaitan”, musuh Islam yang nyata. Tingkah laku mereka lebih teruk dari terdahulunya. Jika diingatkan supaya jangan memfitnah, maka memfitnahlah yang menjadi keutamaan kempen mereka di Merlimau dan Kerdau.

Sebagai contoh, PAS menuduh bahawa calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebenarnya bukanlah lulusan Universiti Al-Azhar dan dengan busuk hatinya mendakwa bahawa jika ada pun sijil tersebut, mungkin ianya “dibeli” ataupun palsu! Astaghfirullahil Azim. Kempen jenis apakah ini?

Sayugia bagi menjawab tohmahan dan persepsi buruk yang dilemparkan Parti “Islam” Se-Malaysia itu, maka terpaksalah calon BN tersebut membuka kembali fail sijilnya dan menunjukkan pada rakyat umumnya bahawa sememangnya beliau memiliki ijazah dari institusi pengajian tersohor di Mesir itu. Malah surat akuan pemilikan ijazahnya juga turut disertakan bagi membuktikan bahawa PAS sememangnya menabur fitnah terhadapnya. Entah “Islam” apakah PAS ini yang sememangnya sangat suka dengan “fitnah”?

Jentera BN yang turun padang kali ini turut dilaporkan melawat ke rumah salah seorang penyokong PAS “tegar” zaman berzaman. Melihat rumah “hamba Allah” yang dhaif tersebut, mereka bertanya padanya sama ada dia pernah menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini? Tuan rumah itu menyatakan bahawa memang ada wakil dari agensi Kerajaan yang datang untuk menghulurkan bantuan. Namun atas “nasihat” rakan-rakan PAS yang lain yang menyatakan bahawa “duit bantuan dari BN adalah haram” maka dia terpaksalah menolak bantuan tersebut.

Astaghfirullahil Azim. Duit Kerajaan “haram”? Nampaknya “fatwa” dari ulama PAS sememangnya menjadi pegangan hidup juak-juak PAS seluruh Malaysia. “Fatwa” karut yang muncul lebih sedekad itu masih lagi dipraktikkan oleh penganut agama PAS! Dosa seperti inilah yang akan ditanggung oleh pimpinan PAS seumur hidup dan jawablah kelak di dalam soal kubur masing-masing. Penulis tidak hairan jika ada lagi insiden “solat dua imam di dalam satu masjid atau qaryah”, “sembelihan orang UMNO haram dijamah”, “tidak sah nikah berwalikan ayah yang berpartikan UMNO” dan sebagainya.

Penulis menganggap bahawa kekalahan demi kekalahan PAS adalah berpunca dari “dosa-dosa PAS” sendiri. Malah takdir bahawa PAS tidak pernah berjaya menawan Kerajaan Persekutuan adalah kerana “dosa-dosa” dari PAS itu sendiri. Perjuangan lebih 50 tahun oleh PAS itu begitu sebati dengan dosa, fitnah, pembohongan, penyelewengan, assobiyyah, zalim, memperdagangkan agama Allah S.W.T dan menyimpang dari ajaran Rasulullah S.A.W adalah faktor terbesar yang menyumbang ke arah kekalahan PAS di persada politik negara.

Meskipun PAS “lebih veteran” berbanding PKR, namun PKR dilihat lebih mendominasi PAS dan berjaya meng”keldai”kan parti Islam tersebut. “Islam” jenis apakah yang membiarkan diri di”keldai”kan? Namun PAS, sebuah parti yang tak tahu malu, rela nama “Islam” yang ada padanya di”keldai”kan begitu sahaja oleh kafir harbi dan agen yahudi. Ternyata PAS sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar.

Politik tetap politik. Namun Islam tetap letakknya di tempat tertinggi di dalam kehidupan kita. Menafikan keutamaan Islam dengan mendahulukan politik adalah salah sama sekali. Begitu juga dengan “bersahabat dengan syaitan yang dianjurkan oleh Mursyidul Am PAS” itu juga salah sama sekali. Janganlah hanya disebabkan politik keduniaan, maka syaitan dipeluk dan saudara seagama dikafir dan diperangi. Itu bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Wallahu’alam.

Sumber: myKMU.net

Thursday, February 24, 2011

Terkini: Aku dah kata dahhh...mesti punya..!!!


Kes liwat Anwar: Mesin di Jabatan Kimia berfungsi baik
24/02/2011 10:47am

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang pengurus perkhidmatan dan projek memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.

Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga memberitahu, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut. – Utusan


Kan saya dah kata dah pada entry sebelum ni. Mesti puak-puak peguam"peliwat" tu akan cari keraguan pasal teknikal lagi! Tengok..kan dah terbukti diorang persoal pasal mesin kat Jabatan Kimia tu...entah-entah lepas ni diorang suruh check pulak kakitangan Jabatan Kimia tu punya qualification, gila ke tak gila ke, check tahap kesihatan diorang etc & etc...bengong betul la!

Dah takde modal lain ke nak cari keraguan? Asyik nak pakai taktik yang sama masa kes liwat 1998 dulu...lepas tu nak BAR Council ada hati nak naikkan yuran guaman? Tapi kerja dok kat takuk lama jugak! Podddaaa chaiiittt..!!!

Wednesday, February 23, 2011

Terkini & Panasss..!!! Misteri hak milik DNA "Y" sudah terjawab..!!!


Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari Azlan sedang hangat berlangsung di mahkamah. Sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai, bahawa Pn. Noraida yang merupakan Ketua Jabatan Unit Paternity, dari Bahagian Forensik di Jabatan Kimia, telah memberitahu mahkamah tentang siapakah pemilik DNA “lelaki Y” yang menjadi misteri selama ini.

Menurut Noraida, DNA terhadap calitan putik kapas yang diambil daripada berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral didapati berpadanan dengan profil ‘Lelaki Y’ yang ditemui pada salur dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Persoalan yang bakal timbul seterusnya ialah, siapakah “PEMILIK” kepada “BERUS GIGI”, “TUALA KECIL” dan “BOTOL AIR MINERAL” yang menjadi bahan bukti di mahkamah di dalam kes ini?

Apakah bahan bukti tersebut milik Karpal Singh? Atau milik Nik Aziz? Atau barangan tersebut milik Nallakaruppan, bekas sahabat baik Anwar? Mungkinkah ianya milik Ummi Hafilda yang sedang melancarkan serangan demi serangan membongkar kisah hidup “gelap” Anwar, Azmin dan Shamsidar disebalik tabir?

Jawapannya, tentulah bahan bukti di mahkamah tersebut adalah MILIK TERTUDUH KES ini. Siapa pula yang tertuduh di dalam kes jenayah liwat ini? Tidak lain tidak bukan, tentulah…Anwar bin Ibrahim!!! Iyalah, takkanlah barangan tersebut milik orang lain pulak? Jika barangan tersebut milik Gobalakrishnan, sudah tentu Gobala yang akan didakwa di mahkamah, dan bukan Anwar!

Kini, pihak pakar sendiri telah mengesahkan pendakwaan itu sememangnya tepat kepada lelaki “misteri” tersebut. Misteri itu sudah terjawab. Lelaki pemilik DNA “Y” itu adalah Anwar Ibrahim sendiri. Kes ini masih lagi “berjalan” di mahkamah. Meskipun mahkamah masih belum memutuskan sama ada Anwar bersalah, pihak pakar kimia telah membuktikan bahawa DNA Anwar ditemui di dalam lubang dubur Saiful!!!

Pastinya selepas ini Karpal dan peguambela-peguambela Anwar berpeluh mencari keraguan teknikal untuk mengelirukan mahkamah. Mungkin selepas ini juga Malaysiakini dan MalaysianInsider akan pening kepala memikirkan cara untuk memutar cerita (spin) untuk mengelirukan rakyat. Tunggu sajalah “auta” dari Haramkah dan Suara Keadilan. Mungkinkah mereka akan kata sikap dan berus gigi tersebut milik Tun Dr. Mahathir barangkali?

Penulis enggan mengulas lanjut mengenai kes liwat Anwar ini untuk mengelak dari sebarang perkara subjudis. Namun secara logik akal budak sekolah pun, kita sudah dapat meneka siapakah lelaki misteri pemilik “ekslusif” DNA “Y” itu. Walaupun, kita tunggulah sehingga ke akhir kes ini dibicarakan. Tentunya pelbagai cerita menarik yang bakal dibongkar tentang “kisah gelap” Anwar!

Sumber: myKMU.net

Tuesday, February 22, 2011

Tu diaaaa..!!! Punya la mahal..!!!!!


Mak datuk aiihhhhh..!!! Punya la mahal!!!!! Nak makan semeja dengan Pk Syiekh Peliwat Tegar ni kena bayar sampai RM10,000! Perghhhh..!!! Hebat betul!

Baru-baru ni ada majlis makan-makan di antara facebookers & PM. Free je!!! Tak payah bayar sesen pun! Tu PM tu bebbbb...sapa Anwar nak dibandingkan dengan PM! Peliwat dengan Perdana Menteri, jauh beza tuuu...

Macam ni ke pemimpin "harapan rakyat"? Ini bukan "harapan"...ini "PELINGKUP" namanya! Nak makan semeja pun nak kena bayar? RM10,000 pulak tu!!! Apa daaaa...


Sumber: MPP.

Blogger RM5k? Hata Wahari nak kena "belasah" dengan Parpu, RBF dan Keris Putera???!!!


Syabas saya ucapkan kepada RBF Online di sini kerana berjaya membuktikan agenda sebenar Hata Wahari yang merupakan Presiden NUJ yang di"puppet"kan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di sekelilingnya. Yang nyata, Hata Wahari yang sebelum ini kecewa pada pihak "management" Utusan Malaysia tapi melepaskan geram kepada Utusan Malaysia secara keseluruhan hanyalah merupakan satu lagi episod "wayang PKR".

Saya tertarik dengan ungkapan "Blogger RM5k" yang dikatakan oleh Hata Wahari. Setahu saya, yang mengenali secara terus dengan beberapa blogger pro-Kerajaan yang mencatat ranking tertinggi di Alexa.com dan memiliki nama besar seperti Parpu, RBF, GAP, Gomo, MPP, MIM, MIK, Husin Lempoyang, Keris Putera dan sebagainya, mereka-mereka ini tidak pun dibiayai oleh sesiapa, apatah lagi pejabat PM!

Mereka hanyalah individu biasa yang berjuang secara persendirian dengan menggunakan medium blog bagi mencetus pendapat masing-masing. Mereka ada kerja tetap masing-masing. Ada yang berniaga dan ada juga yang makan gaji! Tapi yang pastinya, gaji dan perniagaan mereka tidaklah membabitkan Pejabat PM!

Sayugia RBF telah mencabar Hata Wahari untuk mendedahkan blogger pro-BN mana yang dimaksudkan menerima RM5k sebulan dari Pejabat PM, saya turut menyokong cabaran itu dan menggesa Hata untuk mendedahkannya secepat mungkin. Dan sekiranya Hata gagal membuktikan dalam tempoh yang diberikan RBF, maka ternyatalah Hata hanyalah seorang pembohong dan hanya mereka-reka fitnah terhadap kelompok blogger pro-Kerajaan.

Niat Hata Wahari yang busuk ini mungkin tidak akan dapat dipadamkan dengan "air kencing" yang bakal dibaling oleh RBF dan rakan-rakan kepadanya. Namun, saya lebih berminat untuk melihat RBF, Parpu dan Keris Putera yang berbadan besar bagai "bouncer" itu bertemu dengan Hata secara berdepan. Harap Hata cukup "jantan" ketika itu!

Monday, February 21, 2011

"Bingkisan Istimewa" untuk Bob Lokman..!!!


Saya terbaca di sini mengenai Bob Lokman, seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair yang menyertai PAS baru-baru ini. Saya hormati pilihan Bob Lokman untuk menyertai PAS. Negara ini negara demokrasi, tak salah untuknya memilih PAS sebagai "anutan"nya.

Cuma, saya agak terkilan dengan cara dan sebab musabab Bok Lokman menyertai PAS. Bob diajukan soalan oleh wartawan Haramkah, begini bunyinya...

"Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu."

Siapa sebenarnya yang punya masalah dengan sistem kehidupan? Seperti yang Bob Lokman cuba sampaikan di atas, dia cuba menyalahkan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Dan dia turut menyalahkan slogan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Bunyinya betul-betul bermotifkan politik.

Bob menyalahkan sistem kehidupan. Siapakah yang menentukan hidup Bob sekeluarga? Bukankah Bob sendiri yang menentukan hala tuju keluarganya? Takkanlah pihak Kerajaan mahu campur tangan hal ehwal keluarga Bob? Bob tentukanlah sendiri hal keluarganya sebagaimana orang lain. Keluarga orang lain elok-elok saja sistem kehidupannya, mengapa menyalahkan pihak lain jika terang-terangan Bob sendiri yang gagal mengawal sistem kehidupannya anak beranak?

Mengapa pula Bob salahkan sistem persekolahan? Sedangkan pihak kerajaan menyediakan prasarana lengkap serba serbi di dalam sistem pendidikan di negara ini. Malah Kerajaan menyediakan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) dan banyak sekolah agama rakyat turut diberikan permit. Hantar saja anak-anak Bob bersekolah di mana-mana madrasah, pondok, SMKA mahu pun sekolah agama rakyat.

Pantaulah anak sendiri dan asuhlah sebaiknya. Saya melihat ramai anak-anak kita yang belajar di sekolah agama yang disediakan kerajaan, elok saja akhlak dan pembentukan sahsiahnya. Hakikatnya, Bob sendiri yang gagal mengawal anak-anaknya yang bersekolah. Jadi, usahlah tuding jari pada Kerajaan.

Sistem pergaulan dan sistem masyarakat pula yang disalahkan? Bob, kalau sudah diri sendiri yang salah, jangan dipalitkan kesalahan itu pada orang lain. Saya berikan contoh "imam muda dan keluarganya. Dengan sistem pergaulan dan sistem masyarakat yang Bob dakwa salah itu, ibubapa imam muda itu berjaya mendidik anak-anak mereka bersolat, menyediakan pengetahuan asas agama dan bergaul bebas dengan batasan tertentu.

Ternyata mereka berjaya dengan sistem yang sama. Mengapa pula Bob tak boleh berjaya? Tentunya ada yang tak kena pada Bob sendiri, bukan kerajaan yang perlu dipersalahkan...

Bob kata slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" adalah "salah". Apakah Bob dapat menilai dengan akal yang waras bahawa slogan itu amat bermakna untuk semua rakyat Malaysia? Rakyat didahulukan juga membawa maksud bahawa negara ini mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan diberikan keistimewaan yang lebih kerana agama ini menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia.

Memang benar Allah itu nombor satu dan wajib diutamakan oleh semua umat Islam. Saya sokong kata-kata Bob itu kerana saya juga seorang muslim. Tapi, jika kita ubah slogan itu kepada "Allah didahulukan, Islam diutamakan", apakah slogan itu juga relevan untuk penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Tao dan lain-lain agama yang ada di Malaysia ini? Bob, mereka juga rakyat negara ini, bukan kita saja bro...

Seperkara lagi, apakah Bob fikir DYMM YDP Agong, Perdana Menteri, Mufti-Mufti Kerajaan dan lain-lain ulama tersohor di Malaysia yang menyokong slogan dan gagasan itu sebagai "tidak mendahulukan Allah dan Islam" di dalam hidup mereka? Apakah Bob fikir Bob dan PAS saja yang mengutamakan Allah sebagai Khaliq dan Islam itu sebagai pegangan? Bob, PAS itu hanya sebuah parti yang mempergunakan agama sebagai umpan politiknya, tidak lebih dari itu.

Dan kini PAS sudah ber"senggama" dengan DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi. Dasar dan insiden yang berlaku di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram itu pun berbaur musyrik munafik dan tidak mementingkan Islam. Lihat saja insiden arak yang terpaksa dipulangkan setelah dirampas dan rumah-rumah urut serta premis hiburan dibawah "perlindungan" Ronnie Liu, apakah PAS mampu berbuat sesuatu? Itu belum lagi ditunjukkan pub-pub dan premis hiburan di negeri-negeri PAS, rumah pelacuran pun ada tau! 500 meter dari pejabat Pok Nik pulak tu!

Seterusnya temubual Bob dan Haramkah berbunyi begini...

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.


Haaa..di sini Bob sudah mengaku bahawa dirinya yang bersalah dan bukan Kerajaan yang menghasut Bob untuk gagal dalam mengawal anak beranaknya. Bob fikir untuk nanti Bob akan dimasukkan ke neraka? Apakah dengan menyertai PAS maka Bob fikir nanti Bob akan dimasukkan ke syurga Allah? Bob, syurga neraka ni bukan milik PAS. Tapi tak tahulah jika Pok Nik dah menyerahkan "tiket ke syurga" untuk Bob sekeluarga!

PAS adalah jemaah yang akan membawa Bob ke jalan yang betul? Silap tu Bob, silap! Bob sendirilah yang akan menentukan jalan hidup Bob sekeluarga sama ada menuju syurga ataupun neraka. Bukan PAS atau UMNO yang menentukannya. Allahlah yang bakal menentukannya di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan Bob yang mungkin "hilang ingatan", Kerajaan Malaysia sudah berpuluh tahun menyediakan Jabatan Agama Islam, Jakim, Perkim, Yadim dan pelbagai agensi yang berteraskan Islam untuk membantu umat Islam mencapai keredhaanNya. Pelbagai program dianjurkan untuk memartabatkan Islam dari segi pemahaman dan muamalah yang mendorong ke arah kehidupan muslim sejati. Tak percaya, tanya Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Pada pendapat saya, Ustaz Ridhuan boleh bantu Bob Lokman sekeluarga tentang ini.

Tak mengapalah jika Bob Lokman menolak hujah saya. Mungkin Bob tersinggung dengan bingkisan ini. Terserahlah kepada Bob untuk terus bersama PAS, kerana saya yakin PAS berada dipihak yang tidak benar perjuangannya. Sebusuk-busuk UMNO, busuk lagi PAS, dan sebusuk-busuk PAS, busuk lagi PKR dan DAP. Sekurang-kurangnya UMNO mengakui kelemahannya dan bertindak untuk berubah walaupun mengorbankan seorang Presidennya. Namun PAS? Sampai kiamat pun tak mengaku salah...PAS maksum sampai mati bagai Nabi!

Sunday, February 20, 2011

Bukti Husam bela penjenayah!!! KDN sila ambil tindakan..!!!


Duke tengok Youtube di RBF online, dan terpanggil untuk membetulkan persepdi buruk terhadap polis dan kerajaan yang cuba dilakukan oleh Husam Musa, pemimpin PAS yang berhati busuk!

Trend menyokong penjenayah semakin menarik minat pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Terbaru, Husam Musa menegaskan bahawa dia juga di antara pemimpin yang menyokong penjenayah di negara ini. Memberikan contoh seorang penyeludup yang ditahan pihak UPP kerana menyeludup beras dari Thailand ke Kelantan, Husam dilihat begitu konsisten membela penjenayah.

Di dalam kejadian di Pengkalan Kubur, Kelantan itu, menurut Husam, lelaki 9 anak tersebut memang sudah turun temurun berniaga menyeludup beras dari Kelantan ke negara ini. Husam mendakwa bahawa itu "mati diterajang" sehingga mati oleh anggota Polis/UPP. Katanya, aktiviti lelaki tersebut bukan dosa dan Husam meng"halal"kan aktiviti tersebut meski pun bertentangan dengan undang-undang negara kita.

Sedarkah rakyat Malaysia bahawa kes itu telah diputar belit faktanya oleh Husam? Tahukah rakyat bahawa lelaki itu tidak mati kerana diterajang oleh polis/UPP, dan sebenarnya lelaki itu meninggal kerana serangan jantung! Namun Husam cuba menarik simpati dan membakar perasaan rakyat untuk membenci pihak Polis begitu ketara sekali, sekaligus Husam kaitkan pula kes ini dengan kerajaan dengan mengatakan bahawa Kerajaan BN zalim terhadap rakyat?

Wajarkah Husam mengajak rakyat membela penjenayah? Saya berikan contoh kes. Seorang penyeludup dadah menjalankan aktiviti menyeludup dadah dari Thailand ke Kelantan. Penyeludup dadah tersebut disekat polis dan cuba lari. Kemudian seorang polis "terajang" penyeludup tersebut dan penyeludup mati serta merta. Wajarkah polis tersebut dipersalahkan dan wajarkah Husam membela peragut tersebut.

Katakanlah penyeludup dadah tersebut telah meragut secara turun temurun. Dia memiliki 12 orang anak dan seorang ibu tua untuk ditanggung melalui hasil penyeludupan dadahnya. Husam memberi alasan "beras di Siam murah berbanding Malaysia", dan saya memberikan alasan yang sama iaitu "dadah di Thailand murah dan mudah diperolehi. Adakah fakta-fakta ini menghalalkan aktiviti penyeludupan itu dan tidak salah di sisi undang-undang negara dan Islam?

Kerjaya menyeludup adalah salah dan haram, tidak kira sama ada dari segi undang-undang mahupun dari segi hukum Islam. Terang-terang aktiviti menyeludup dilarang sama sekali di mana-mana negara sekali pun. Dan apabila lari dari tanggungjawab seorang warganegara terhadap hak negara (lari dari cukai) apakah ianya tidak menyalahi hukum Islam? Apakah Islam menggalakkan penyeludupan?

Seperkara lagi, apakah UPP atau polis di sempadan itu mampu menahan penyeludup yang cuba lari hanya dengan "kata-kata" sahaja? Apakah polis/UPP boleh suruh saja penyeludup berhenti dan penyeludup itu akan berhenti untuk ditahan pihak berkuasa?

Bodoh betul si Husam ini. Agaknya kalau perogol nak merogol isteri atau anak gadisnya maka dia akan kata "jangan rogol isteri/anak saya" dan perogol itu akan akan membatalkan niatnya? Apakah jika Husam kata "jangan rompak saya" maka perompak tidak akan merompaknya? Bodoh betul Husam!

Seperkara lagi, Husam cuba memfitnah pihak polis dengan mengatakan bahawa penyeludup beras itu mati kerana "diterajang polis". Penyeludup itu mati kerana sudah sampai ajalnya. Jika sudah ajal, kena jentik dengan polis pun boleh mati. Sebenarnya, penyeludup itu mati kerana serangan jantung dan bukan kerana "terajang". Sudah banyak kali penjenayah-penjenayah dan mat-mat rempit diterajang polis, tak mati pun! Nampak sangat Husam mempunyai hati yang busuk terhadap pihak polis!

Lagi satu, nampaknya pihak pembangkang begitu suka dengan apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Kononnya kejadian di Mesir dan Tunisia itu sama dengan keadaannya di Malaysia. Padahal itu hanya modal politik mereka untuk mencetus huru-hara di Malaysia. Pembangkang ternyata cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan keadaan itu. Maklumlah, pembangkang memang suka menghuru-harakan negara sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan tidak sukakan huru-hara!

Sebagai contoh, penghimpunan haram dan demo yang diadakan pembangkang dijalan TAR sering mencetus kekacauan di kawasan yang padat dengan aktiviti perniagaan disitu. Semua peniaga di jalan TAR merungut kerugian. Jalan TAR yang sentiasa sesak menjadi bertambah sesak akibat huru-hara pembangkang. Pelancong di situ juga terganggu dan semua ini memjejaskan imej negara untuk pelabur asing masuk melabur. Apakah huru-hara dari pembangkang itu "sihat" dan wajar? Lain kali, sila berdemo di"mansion" Anwar, banyak kawasan lapang di situ. Nak tidur tengah jalan pun boleh!

Saya fikir, Husam tidak wajar menghasut rakyat untuk menghuru-harakan negara. Husam tidak wajar membuat musuh dengan pihak Polis kerana pihak polislah yang menambil laporan dan menyiasat sekiranya Husam atau keluarganya terlibat dengan jenayah. Husam di sini cuba menimbulkan persepsi polis dan kerajaan itu zalim. Sebenarnya, Husamlah yang zalim terhadap polis dan kerajaan kerana menghasut dan menceritakan perkara tidak benar pada rakyat.

Friday, February 18, 2011

Panasss..!!! ADUN Perupok gila seks..???!!!


Nampaknya Gomo & Team Nadi Rakyat semakin ganas. Ganas membongkarkan kes-kes yang berbaur seks melibatkan pemimpin-pemimpin PAS. Jika sebelum ini DUN Selising teruk dibongkar tentang kisah "gelap"nya, kini tiba pula giliran ADUN Perupok.

Sila rujuk di sini.

Apakah skandal yang didedahkan oleh Gomo dan Team Nadi Rakyat ini adalah satu fitnah? Entahlah, saya sendiri tidak tahu kerana belum berkesempatan untuk bertemu Gomo dan Nadi Rakyat untuk bertanyakan kesahihannya.

Pada PAS, tentunya mereka akan menafikan dakwaan Gomo/Nadi Rakyat ini. "FITNAH!", ini tentunya jawapan "standard" yang menjadi pilihan untuk menjawab pendedahan dibawah 18SX ini.

Apa pun jua, kita tunggu pula jawapan dari ADUN Perupok sendiri. Saya tidak mahu dengar sebelah pihak saja. Saya menyarankan agar ADUN Perupok laporkan saja pada pihak Polis jika apa yang Gomo dan Nadi Rakyat katakan itu tidak benar dan merupakan fitnah.

Saman saja Gomo/Nadi Rakyat kerana bertindak melakukan fitnah. Jika terbukti Gomo/Nadi Rakyat melakukan fitnah, tentunya mereka akan dihukum. Jika tidak dihukum di dunia, pastinya mereka tidak akan terlepas menghadapi keadilan di akhirat.

Namun, jika benarlah apa yang Gomo/Nadi Rakyat katakan, silalah ADUN Perupok dan ADUN Selising meletak jawatan dengan kadar segera. Perkara ini bukan saja memalukan PAS dan rakyat Perupok/Selising, malah ianya juga memalukan umat Islam di negara kita.

Persoalannya, mahukah kita mempunyai ADUN yang rendah moralnya seperti mereka? Terserahlah pada pemikiran masing-masing...

Sabarkah anda bila DAP hina Islam di Pulau Pinang?


Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB tahun lepas.

Port Folio itu menurut Guan Eng, adalah mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertanggungjawab terhadap perkara-perkara hal ehwal 5 agama selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao. Kononnya, dengan tertubuhnya port folio ini maka akan wujudlah keharmonian dan kesefahaman antara agama di negara kita.

Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP. Ingin diingatkan bahawa DAP ini menyeru kepada slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.

Justeru itu, sememangnya DAP tidak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Namun, dengan menubuhkan satu port folio khas untuk agama lain selain Islam, yang berfungsi bagaikan Jabatan Agama Islam atau Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, seolah-olah meletakkan agama-agama lain ini SAMA TARAFNYA DENGAN AGAMA ISLAM!

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Isla di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda “Malaysian Malaysia” di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!

Apa perlunya port folio itu di Pulau Pinang? Apa perlunya port folio itu di mana-mana negeri di Malaysia ini? Selama ini tiada pun port folio sebegitu ditubuhkan oleh mana-mana pihak, namun hubungan keharmonian dan kesefahaman di antara agama tetap elok dan tiada cacat celanya.

Semua maklum bahawa kebebasan beragama di negara ini dipraktikkan dengan cukup berhemah dan bertolak ansur di mana agama Islam dihormati dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan dihiasi dengan pelbagai keistimewaan yang sewajarnya. Namun begitu, amalan dan perlaksanaan agama lain turut dihormati dan diberikan kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang sekatan seperti di negara lain.

Lihatlah bagaimana rumah-rumah ibadat agama lain turut dibina dan bilangannya semakin bertambah mengikut keperluan semasa. Gereja, kuil Buddha, kuil Hindu, dan rumah ibadat agama Sikh dan Tao turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan, malah Kerajaan juga turut menyumbangkan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat itu. Biarpun tanpa port folio yang Guan Eng tubuhkan itu, hubungan antara agama tetap terpelihara dan harmoni.

Bukanlah penulis dengki khianatkan kepada agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh mahupun Tao. Namun, penubuhan port folio ini tidak adil. Tidak adil yang membawa maksud tidak kena pada tempatnya. Kedudukan dan layanan istimewa yang diberikan kepada agama Islam adalah lambang hak dan keistimewaan yang telah diwartakan kepada agama tersebut. Dan sekiranya ada agama lain yang mendapat layanan setaraf dengan layanan yang di terima oleh agama Islam di Malaysia maka ianya adalah dikira melampau dan bertentangan dengan sifat “istimewa” yang ada pada agama Islam tersebut. Harap faham dan maklum.

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Persoalannya, apakah kita sebagai muslimin dan muslimat harus berpeluk tubuh dan biarkan saja perkara ini berlaku? Nak harapkan pada PAS??? Tepuk dada tanya selera…

Sumber: myKMU.net

Thursday, February 17, 2011

Very-very hot..!!!! PAS nak jadi LEBIH MELAYU dari UMNO..!!!


Duke terbaca di sini tentang PAS yang nak buat Konvensyen Pengupayaan Bangsa di Shah Alam hari Sabtu ni.

Nampaknya PAS dah betul-betul berubah! PAS sudah jadi parti "nasionalis" sekarang ni. Dah mendaulatkan "Ketuanan Melayu" nampaknya. Siap buat konvensyen bagai haaaa...!!!

PAS sudah berubah. Dari memperjuangkan sebuah daulah Islamiyyah, PAS kini turut menjadi "sesumpah" seperti Anwar. Bertukar "kaler" mengikut keadaan semasa.

PAS sedar mereka kehilangan undi bangsa Melayu sejak berdakapan dengan puak-puak "setan" DAP dan PKR. PAS sedar, dan mungkin kerana itulah mereka mula mengambil hati bangsa Melayu melalui konvensyen ini.

Pelik! Katanya konvensyen ini bersifatkan mempertahankan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera. Walaupun PERKASA mempunyai hala tuju yang sama dengan konvensyen itu, PERKASA tidak pula dijemput!

Duke faham kalau PAS tak mahu jemput UMNO sebab PAS cuba mencari political mileage melalui konvensyen "juara Melayu" ini. Tapi, takkan PERKASA, sebuah NGO yang turut disertai oleh ribuan penganut PAS tidak dijemput sama?

Sudahlah begitu. Mengapa pula tak dijemput Persatuan Orang Asli ke, JHEOA ke, NGO-NGO pribumi dari Sabah dan Sarawak ke...kenapa tak di jemput? Oooo..nak pancing undi orang Melayu la tuuu...

Seperkara lagi, PAS tak takut ke buat konvensyen yang berbaur ke"bangsa"an ni? DAP dah "benar"kan ke PAS buat konvensyen yang ada sebut tentang kepentingan Melayu ni?

Duke bukan apa, risau jugak kalau DAP balun PAS lepas konvensyen tu. DAP ni "phobia" sikit dengan program-program yang ada bunyi "Melayu" ni. "Racist..!!!", kata DAP!

PAS tak takut DAP kata "PAS racist", ke? Atau PAS dah dapat kebenaran dari tuannya itu untuk berkonvensyen? Rasanya DAP bijak jugak bila Guan Eng menyelit masuk dalam satu slot kat konvensyen tu.

Melalui sumber terdekat, Duke dapat tahu Guan Eng sendiri yang mintak slot tu dari PAS. Katanya nak terangkan tentan Melayu Penang di bawah era Pakatan Haram.

Itu alasan dia saja tu. Sebenarnya, dia nak pantau PAS kat dalam konvensyen tu. Kalau PAS lebih-lebih, tahu la dia nak lempang muka PAS!

Apa-apa pun, Duke ucapkan selamat berkonvensyen. Jangan lupa jeritkan "Hidup Melayu!" kat konvensyen tu. Maklumlah, PAS cuba nak jadi lebih melayu dari UMNO!

Tuesday, February 15, 2011

Ini bukan "gimik politik", ini betul-betul kejadian..!!!


Pada mulanya, ramai penyokong Pakatan Haram fikir bahawa ramai ahli PKR yang bertindak keluar dari parti busuk tersebut merupakan “gimik politik” atau rekaan UMNO/BN semata-mata. Malah ada yang termakan tipu daya pucuk pimpinan Parti Dinasti Anwar yang mengatakan bahawa individu yang keluar dari parti itu telah di”beli”.

Walaupun Allah yang Maha Mengetahui itu telah membongkarkan satu demi satu pembohongan nekad Anwar, Azmin dan konco-konconya, masih ada lagi yang tidak mahu mengakui hakikat bahawa PKR hanyalah satu perjuangan palsu.

Kini, satu demi satu blogger-blogger pro-PKR sudah muak dengan dakyah dan kepalsuan perjuangan PKR. Blogger-blogger yang dulunya begitu “totok” dengan perjuangan reformasi kini sudah mula meninggalkan perjuangan parti yang berketuakan peliwat tegar itu. Terbaru, blogger Mat Saman Kati telah meninggalkan PKR dan blogger ikutsukaaku pula menimbulkan rasa tidak puas hatinya pada pucuk pimpinan PKR.

Hakikatnya, blogger-blogger ini dahulu adalah golongan “berani mati” mempertahankan peliwat negara itu di alam cyber. Dan hari ini, mereka memaki hamun pula Anwar, Azmin dan pimpinan atasan PKR. Mungkin kini baru mereka terasa “penangan si punai anak emas Yahudi” itu. Apa pun, biarlah mereka belajar dari kesilapan mereka sendiri.

Penulis ingin mengimbau kembali tentang individu-individu yang merupakan perintis (pioneer) kepada perjuangan PKR di zaman reformasi dahulu. Nama-nama seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, Anuar Shaari, Lokman Noor Adam, Marina Yusof, Hamdan Taha, Nallakarupan dan Roslan Kassim adalah di antara benteng yang kuat membela Anwar di jalanan.

Di mahkamah pula, nama-nama seperti Zainur Zakaria dan Sulaiman Abdullah begitu hebat dengan hujah-hujah “konspirasi peringkat tertinggi” ciptaan Anwar. Pening juga pihak pendakwaraya dan hakim-hakim dengan kerenah sokongan tidak berbelah bagi penyokong si peliwat ini.

Sahabat-sahabat Anwar yang begitu rapat dengannnya seperti Zulkifli Noordin, Gobalakrishnan, Zahrain Mohd Hashim, Zaid Ibrahim, Anuar Thahir, Zahid Mat Arip dan ramai lagi kini berpaling dari terus menyokong Anwar.

Ke mana perginya nama-nama di atas yang sebelum ini begitu membela Anwar walaupun tanpa diminta oleh sesiapa? Mengapa mereka yang secara sukarelanya bermati-matian membela Anwar satu persatu meninggalkan PKR?

Apakah mereka diupah berjuta untuk meninggalkan PKR? Apakah di saat mereka kuat menyokong Anwar dahulu pihak Kerajaan tidak punya wang untuk mengupah mereka meninggalkan mereka? Mengapa baru kini mereka keluar dari perjuangan PKR?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya ialah kerana mereka tahu bahawa PKR sememangnya satu perjuangan palsu untuk kepentingan peribadi peliwat yang bernama Anwar Ibrahim. Tiada sebarang upah yang diberikan kepada mereka dari mana-mana pihak. Dakwaan “upah” itu hanyalah sekadar alasan Anwar menutup malu sendiri dan cuba memulangkan rasa malunya itu pada mereka-mereka yang telah sedar tentang pembohongannya selama ini.

Alhamdulillah. Kini semakin ramai rakyat diperingkat akar umbi yang sudah mula sedar tentang kepalsuan Anwar, Azmin dan PKR. Berduyun-duyun ahli PKR sedang melangkah keluar dari parti perosak negara itu. Saban hari, ada saja yang keluar. Jika tidak pemimpin PKR yang keluar, tentunya ada akar umbinya yang tersedar dari kebutaan hati mereka.

Meskipun tidak semua yang keluar itu menyertai UMNO atau mana-mana parti komponen BN, dan sekadar menjadi ahli bebas atau “duduk atas pagar”, ianya sudah memadai dari hidup terus busuk “hancing di kencing” Anwar, Azmin dan PKR. Penulis pasti mereka punya akal untuk memilih yang terbaik untuk masa depan negara.

Walaupun begitu, penulis agak hairan tentang mereka-mereka yang masih tegar ingin terus dibohongi oleh Anwar di dalam PKR. Mereka masih percaya dengan perjuangan “anak emas Zionis Yahudi Neo-Con” itu. Apa yang ditunggu lagi, penulis pun tidak pasti. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada mereka.

Sebenarnya DAP dan PAS pun tahu bahawa Anwar sememangnya tidak boleh dipercayai dan kuat putar alamnya. Namun, demi survival politik parti masing-masing mereka cuba bertahan sedaya upaya. Mereka hanya terpaksa menelan hempedu apabila “torpedo”, “teluk parsi” dan “nuklear” diledakkan oleh UMNO/BN.

Sebenarnya pucuk pimpinan PAS dan DAP sedang menunggu dan ingin melihat sejauh manakah relevannya “hubungan terlarang” mereka itu sehingga PRU ke-13 kelak. Sekiranya impak pakatan haram mereka itu gagal menawan Putrajaya, pastinya DAP dan PAS akan mengambil langkah menerajang PKR dari hidup mereka. PKR hanyalah biawak hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP sehingga ke pentas PRU ke-13.

Justeru itu, penulis menyeru kepada mereka-mereka yang kini berjuang di atas tiket PKR, keluarlah dari parti busuk tersebut. Usah biarkan “lubang dubur” anda semua “bolos” dikerjakan auta Anwar, Azmin dan PKR lagi. Cukuplah yang sudah-sudah. Kembalilah ke pangkal jalan yang lebih murni dan jelas meyakinkan masa depan negara.

UMNO/BN bukanlah sehebat mana, namun terbukti bahawa UMNO/BNlah yang selama ini membela nasib rakyat, bersungguh membina dan membangunkan negara, dan tidak sekalipun pemimpinnya memburukkan Malaysia diluar negara mahupun menderhaka kepada Raja dan negaranya.

Wallauhua’alam.

Sumber: myKMU.net

Monday, February 14, 2011

Rahimi Osman menipu tentang Anwar..???


Tak mungkin! Tak mungkin! Anwar tidak begitu. Dia sangat "naive"! Anwar tidak berharta. Ketika dia ditahan polis pada tahun 1998 dahulu, dia hanya sehelai sepinggang. Hartanya yang ada hanyalah "sebuah banglo di Damansara dan 2 buah kereta buruk"! Dia miskin..!!!

Tapi, apakah Rahimi yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berbohong? Sebagai bekas Setiausaha Sulit, pastinya kebanyakkan maklumat sulit Anwar juga berada "di dalam poket"nya. Dia berbohongkah? Atau dia diupah untuk berbohong? Berapa juta dia dapat? Kayakah Rahimi Osman? Dia berbanglo mewah seperti Anwarkah? Berkereta besar?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman mendakwa bahawa dia punya bukti kukuh bahawa Anwar dan pergerakannya itu mendapat peruntukan khas berpaksikan Yahudi, sekaligus mengesahkan bahawa Anwar adalah "proksi Yahudi" utama di rantau Asia Tenggara.

Rahimi mendakwa bahawa Anwar mempunyai sebuah syarikat yang bernama Anwar Ibrahim Consulting Associate yang berpusat di Washington yang menyusun segala pergerakan dan aktiviti Anwar di luar negara. Operasi syarikat itu dikatakan menelan belanja sebanyak RM6 juta setahun!

Wow! Kaya..!!! Anwar kaya! Lebih kaya dari Abdul Wahab, lebih kaya dari Abdul Wahib, lebih kaya dari Abdul Wahub dan lebih kaya dari Saddiq Segaraga. Malah mungkin juga lebih kaya dari Ismeth Ulam Raja!

Dari mana Anwar dapat duit sebanyak itu? Menurut Rahimi, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa syarikat itu mendapat dana dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi! Malah Rahimi berkata bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk dokumen dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Menurut Rahimi lagi, ada banyak lagi rahsia Anwar di dalam genggamannya. Beliau akan dedahkan satu persatu untuk mendedahkan betapa Anwar adalah seorang Pembohong Rakyat!

Logik. Logik! Dulu masa Anwar nak dipenjarakan, dia kata dia miskin dan papa kedana. Itu pada tahun 1998. Dan sekarang adalah tahun 2011. Sudah 13 tahun. Dalam masa 13 tahun ini Anwar berjaya menjadi jutawan tanpa sebarang perniagaan yang jelas menguntungkan? Jika dia berniaga, apa dia jual? Dia jual negara, kah???

Sunday, February 13, 2011

Mana Nasruddin Tantawi..?!!! Mana..?!!! Manaaaa..???!!!!!




Mana Nasruddin Tantawi? Mana?!!! Mana perginya Dewan Pemuda PAS??? Mana perginya Aduka Taruna? Mana blogger-blogger PAS yang selama ini berdegar-degar bergebang mahu membina daulah Islamiyyah?!!!

Sebelum ini, kamu semua bercakap bagai halilintar membelah bumi. Mengkafirkan umat Islam lain bagaikan kamu seorang saja yang lebih Islamnya. Mana kamu pergi? Apa yang kamu nak buat sekarang apabila kemungkaran itu berada betul-betul dihadapan mata kamu???

Pendedahan bekas blogger Kickdefella yang pernah menjadi budak suruhan Husam Musa begitu memalukan Tok Guru kamu. Sangat memalukan! Lebih memalukan daripada pendedahannya tentang penyelewengan anak menantu dan kroni-kroni Kerajaan PAS Kelantan.

Sila lihat di sini, di sini dan di sini!!!

Apakah kamu semua penganut agama PAS buta kayu??? Jika sebelum ini Nasruddin berikrar untuk mengumpul 100,000 askar Dewan Pemuda PAS untuk menyerang Genting Highlands, kenapa kini tidak pula kamu mengambil tindakan terhadap kemungkaran yang terjadi 500 meter dekatnya dengan pejabat Tok Guru kamu itu? Apakah Tok Guru kamu itu belum mengeluarkan "wahyu" untuk kamu semua bertindak???

Nah! Bukti dan lokasi sudah didedahkan dihadapan mata. Apa yang kamu tunggu lagi? Bertindaklah! Jika tidak, aku akan gelar kamu sebagai "Dewan Pemuda Pondan PAS"!!! Kamu rela dipanggil begitu???

Anwar hina mahkamah Malaysia di US..!!!


“Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari."

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan."

“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali (ke Malaysia) tetapi pilihan telah dibuat”.
- Anwar - Forum “The Future of Democracy in the Islamic World”,Washington DC, New America Foundation (10 Februari 2011).

Di atas adalah beberapa petikan ucapan yang keluar dari mulut busuk Anwar baru-baru ini di US, yang di laporkan oleh AIDC. Dilaporkan bahawa forum itu turut dihadiri oleh Woltwowitz dan Mallot untuk memberi sokongan padanya.

Jelas sekali Anwar telah menghina mahkamah dan sistem perundangan Malaysia. Dan jelas sekali Anwar sememangnya suka memburuk-burukkan Malaysia apabila berkunjung ke luar negara.

Ramai lagi Orang Kena Tuduh (OKT) yang didakwa di mahkamah negara. Jika benar terbukti OKT itu bersalah, maka tentunya dia akan dihukum oleh pihak mahkamah. Dan jika OKT itu didapati tidak bersalah, maka tentunya dia akan terlepas dari hukuman. Amalan tersebut adalah jelas di mana-mana negara termasuklah Malaysia.

Tetapi, sebenarnya Anwar cuba menagih simpati dari US, sekutu rapatnya dahulu. Mengharapkan Obama memberikan sedikit simpati padanya, kononnya dia teraniaya. Kalaulah Bush masih lagi menjadi Presiden US, pastinya Anwar akan dibelanya. Obama? Jangan haraplah. Obama tidak bodoh macam Bush...

Cuba bayangkan jika Saiful Bukhari, saksi-saksi pendakwaan dan semua bukti-bukti kukuh yang mengaitkan Anwar meliwat itu dibawa ke hulu ke hilir di seluruh dunia. Diceritakan pada setiap negara-negara Islam, negara-negara maju, negara-negara membangun dan kelas ketiga, apa akan jadi pada Anwar?

Tindakan Anwar ini jelas mengandungi unsur subjudis memandangkan kes ini sedang dibicarakan di mahkamah. Anwar secara tak langsung membayangkan bahawa dia tidak bersalah dan dianiaya mahkamah Malaysia. Apa kata BAR Council?

Apa pun kita tunggu esok. Kalau Anwar tak datang ke mahkamah, kita belasah dia cukup-cukup. Kalau dia datang mahkamah pun, kita belasah dia cukup-cukup jugak! Datang atau tidak, belasah tetap belasah. Siap ko esok!!!

Melayu dipandang serong?


Kelmarin, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyampaikan ucaptama pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menilai isu kandungan ucaptama beliau, penulis rasa terpanggil untuk mengulas mengenai keadaan orang Melayu di Malaysia yang dikatakan di dalam dilema besar untuk bercakap mengenai nasib dan hala tuju yang membabitkan kepentingan sendiri kerana bimbang dituduh sebagai rasis.

Melayu tidak habis-habis dituduh sebagai “rasis”? Mengapa Melayu dituduh sebagai rasis? Apakah benar Melayu rasis? Jika benar Melayu Malaysia mengamalkan amalan rasis, apakah ianya menggugat kepentingan kaum-kaum bukan bumiputera di negara ini?

Atau apakah Melayu tidak wajar mempertahankan atau menjaga kepentingan bangsanya di tanah tumpah darahnya sendiri?

Melayu adalah sebuah bangsa bumiputera terbesar di Malaysia. Pada asalnya, nama negara ini adalah Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya diubah menjadi Malaysia. Pada nama barunya juga ada tertera perkataan “Malay” yang membawa maksud bangsa Melayu.

Itu adalah fakta, bukan mitos ciptaan penulis. Dari fakta di atas, maka terciptalah ungkapan “Ketuanan Melayu” yang membawa maksud simbolik bahawa Melayu adalah pribumi asal negara ini dan memiliki hak-hak keistimewaan yang tidak boleh di pertikaikan.

Fakta ini termaktub di dalam artikel 153 Perlembagaan Negara. Ini adalah fakta, dan bukan juga rekaan penulis atau mana-mana pihak.

Fakta-fakta di ataslah yang kini menjadi “pertikaian” segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Fakta-fakta di atas inilah yang cuba dimanipulasikan oleh segelintir pihak yang cuba mencetuskan ketidakpuasan hati warganegara bukan bumiputera di Malaysia.

Dan kerana fakta-fakta inilah maka Melayu dituduh sebagai “rasis”. Ingin ditegaskan di sini bahawa hakikat Melayu sebagai bumiputera atau penduduk asal bumi bertuah ini mestilah diterima secara terbuka oleh semua rakyat Malaysia.

Fakta ini terbukti di dalam sejarah dan diiktiraf di seluruh dunia. Usahlah pertikaikan kedudukan Melayu sebagai penduduk asal negara ini atau cuba mereka-reka sejarah karut semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.

Penulis ingin menerangkan kepada mereka-mereka yang kurang peduli tentang pertikaian hak-hak keistimewaan orang Melayu bahawa sememangnya perkara ini telah termaktub di dalam artikel 153 Perlembagaan Negara sejak awal penubuhan negara ini.

Hak-hak keistimewaan “anak negeri” yang membawa maksud bangsa Melayu dan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak adalah dilindungi sepenuhnya oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Perlu diingat bahawa Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Di-Raja Malaysia. Selama ini, bangsa Melayu tidak pernah meminta-minta agar hak-hak keistimewaannya ini ditambah tokok. Bangsa Melayu bukanlah bangsa pemalas yang hanya mahu di”suap” sentiasa.

Namun sudah ditakdirkan bahawa setiap anak-anak Melayu ini memiliki hak-hak keistimewaan untuk dinikmati, apakah salah untuk Melayu menikmati hak yang menjadi milik mereka sendiri?

Orang Melayu hanya mempertahankan dan menjaga kepentingan mereka di tanahair mereka sendiri. Itu saja, tidak ada lebihnya. Di dalam mempertahankan hak Melayu ini, tidak pernah pun bangsa Melayu ini mempertikaikan atau menafikan hak-hak kewarganegaraan kaum bukan bumiputera yang lain.

Malah ada kalanya, bangsa Melayu rela berkorban dan berkongsi kehidupan dengan warganegara bukan bumiputera yang lain. Sebagai “tuan rumah”, Melayu sentiasa berlaku adil terhadap semua rakyat yang berkongsi hidup di “dalam rumah”nya.

Tidak sekelumit pun perasaan prejudis, tekanan atau diskriminasi yang diberikan oleh bangsa Melayu kepada kaum bukan bumiputera. Malah mereka diberikan kebebasan untuk hidup bersama menjalankan aktiviti ekonomi, bersosial, menikmati hak berpendidikan dan sebagainya.

Penulis tidak meminta kaum-kaum bumiputera untuk berterima kasih kepada bangsa Melayu mahupun pihak Kerajaan. Namun sekurang-kurangnya, hargailah nilai hormatilah hak-hak keistimewaan kaum bumiputera dan hargailah nilai keharmonian sesama kita supaya negara ini kekal aman dan maju menuju ke hadapan.

Untungnya pastinya kita akan nikmati bersama. Malangnya, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempertikaikan fakta-fakta, Perlembagaan Negara, hak-hak keistimewaan bumiputera dan merosakkan keharmonian kaum di negara kita.

Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Sebenarnya, mereka-mereka yang berhati busuk tersebut mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Mereka cuba meraih pengaruh. Mereka cuba “membeli jiwa” kaum bukan bumiputera. Mereka sebenarnya inginkan kuasa politik untuk memenuhi impian dan nafsu peribadi mereka.

Mereka inilah pengkhianat kepada rakyat dan negara. Mereka mendakwa mereka lebih telus. Namun setelah memerintah beberapa negeri untuk hanya beberapa tahun, mereka terbukti korup dan menyeleweng meskipun mempunyai SELCAT dan CAT.

Mereka menuduh pemimpin Kerajaan mengamalkan kronisme. Namun terbukti dihadapan rakyat bahawa mereka menjadikan parti mereka bagaikan “dinasti”. Ada keluarga “Lim”, ada keluarga “Singh”, ada keluarga “AAA”, malah ada juga keluarga “Nik”.

Mereke me”momok”kan pada rakyat bahawa Kerajaan yang memerintah adalah buruk-seburuknya walaupun hakikat sebenar, Kerajaan yang “buruk” inilah yang mentadbir sehingga Malaysia membangun, ternama dan disegani di seluruh dunia.

Mereka men”jual diri” mendakwa bahawa mereka “pembela rakyat”, namun belum sampai sepenggal memerintah negeri, sudah heboh se”Malaya” mendedahkan penyelewengan, kepincangan, kurap, sopak dan kudis yang bernanah di badan mereka.

Penulis kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka-mereka ini. Layakkah mereka ini berstatus bumiputera atau warganegara Malaysia?

Dimanakah mereka menghumban nilai-nilai Rukunegara? Namun penulis percaya, rakyat Malaysia pastinya bijak untuk mengenal mereka-mereka yang penulis sifatkan di atas.

Dan pastinya rakyat Malaysia adalah bijak untuk tidak memilih pengkhianat negara untuk disanjung sepanjang hayat!

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Saturday, February 12, 2011

Terkini..!!!: ADUN Kerdau disahkan meninggal dunia... Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.


Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Jutaan takziah untuk keluarga Allahyarham sekeluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangNya pada arwah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira 6.30 petang.

Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahu lalu.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok


Duke minta, janganlah sebokkan dahulu dengan PRK ke-16 ini. Selesaikanlah jenazah Allahyarham sebaik mungkin, sedekahkanlah Al-Fatihah dan bertahlillah sewajarnya. Semoga jasa Allahyarham semasa hidupnya akan menerangi ruhnya di alam kubur.

Wallahua'alam.

Sumber berita terkini: mynewshub.my

Slogan terbaru Kerajaan PAS Kelantan: "Membangun Bersama Pelacur"..???


Pendedahan panas mantan blogger “RM 4 juta” PAS, Kickdefella menggamit penulis untuk mengulas tentang “kejayaan” PAS mentadbir negeri Kelantan selama lebih dari 20 tahun. Berbekalkan bukti kukuh melalui penyiasatan persendirian, pendedahan blogger yang begitu berani ini seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai sifat PAS yang “cakap tak serupa bikin”! Sila lihat di sini dan di sini.

Rakyat negeri Kelantan sering bermegah dengan jolokan “Serambi Mekah” yang membayangkan bahawa negeri itulah yang “paling Islamik” di negara kita. Sejarah juga memahatkan nama-nama ulama tersohor yang berasal dari Kelantan seperti Tok Kenali dan sebagainya. Kelantan juga memiliki pondok-pondok agama yang tidak kurang hebatnya sebagai pusat pengajian Islam tidak rasmi di sana. Penulis akui “sejarah” itu.

Namun hakikatnya, pendedahan blogger PAS ini telah merobek segalanya. Kelantan sudah sekian lama disedari bukan lagi bergelar “Serambi Mekah”, ianya telah bertukar menjadi “Serambi Maksiat”! Apa tidaknya jika aktiviti dan sarang pelacuran begitu berleluasa di Kota Bharu, “Bandaraya Isle Pok Nik”!

“Tok Guru PAS” ternyata gagal mewarisi Tok Kenali. Mursyidul Am PAS Kelantan itu jelas gagal mentadbir Kelantan. Usah disebut tentang pembangunan di Kelantan yang ternyata terkebelakang. Itu semua rakyat tahu. Isunya, rakyat Malaysia sering di”momok”kan dengan slogan “Membangun bersama Islam” oleh Kerajaan PAS Kelantan, hakikatnya di zaman pemerintahan Pok Nik ini slogan yang lebih sesuai ialah “Membangun bersama Pelacur”! Mana tidaknya jika premis-premis yang hanya lebih kurang 500 meter dari lokasi pejabat Pok Nik, penuh dengan “kupu-kupu malam”!

Cuba kunjungi Kg. Limau Manis di Jalan Hamzah, pastinya kita akan bertemu dengan wanita-wanita muda menjual diri. Menurut Kickdefella, pelacur-pelacur itu dikawal oleh beberapa pengawal atau tonto. Operasinya tentunya aktif di sebelah malam. Di situ menurutnya, kita akan dapat melihat pelacur-pelacur menunggu pelanggan. Bukan saja yang seksi, pelacur yang bertudung pun ada! Pelacur pun bercirikan Islam? Itukah yang Nik Aziz maksudkan dengan “Membangun Bersama Islam”???

Khabarnya kawasan berkenaan juga diminati oleh beberapa pak-pak lebai MPKB. Menurutnya lagi, MPKB tidak pernah “kacau” aktiviti pelacuran di kawasan tersebut. Wang perlindungan pun tidak pernah diminta oleh pak-pak lebai tersebut. Namun, aktiviti pelacuran disitu terpaksalah melayani kehendak seks pak-pak lebai berkenaan. Begitulah ceritanya…

Penulis kesal perkara ini berlaku. Apatah lagi perkara tidak bermoral ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Bukan saja salah dari segi moral, ianya juga turut mencemar dan memburukkan nama baik negeri Kelantan dan rakyatnya.

Apakah Nik Aziz dan konco-konconya terlepas pandang perkara ini? Atau mereka sengaja “memejamkan mata” dan “memekakkan telinga” tentang aktiviti jijik ini? Para pemimpin PAS Kelantan sering keluar dari Kelantan untuk berceramah, menyampaikan kuliah PAS dan bergerak dari satu negeri untuk memberitahu rakyat bahawa mereka “lebih Islam” dari orang lain. Namun perkara mungkar yang berlaku di kejiranan mereka sendiri mereka tidak tahu???

Penulis menyeru agar pihak UMNO atau mana-mana NGO Islam agar bertindak untuk mengatasi aktiviti tidak bermoral ini. Meskipun kita tidak punya kalimah “Islam” yang tertera pada nama parti atau pertubuhan kita, namun sebagai umat Islam, kita wajib dan patut mengambil tindakan memerangi perkara mungkar yang berlaku, apatah lagi perkara tersebut berlaku di negara kita. Usah lagi kita harapkan PAS yang “terlampau Islam”, cuba mengIslamkan Lee Kuan Yew, namun rakyat sendiri terbiar ke lembah yang hina dan sesat!

Wallahua’alam.

Sumber: myKMU.net

Friday, February 11, 2011

Beranikah PAS mengakui kebenaran cerita ini???


Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib mempercayai Datuk Seri Anwar melakukan aktiviti liwat apabila beliau mendengar sendiri pengakuan daripada bekas mangsa pasangan Anwar bernama, Hairani Hj Nahfis.

Hairani ketika itu berusia 38 tahun, bekas pensyarah universiti dan pernah dilantik menjadi penulis pidato Anwar yang mendapat bayaran RM14,000 sebulan.

Kegiatan homoseksual mereka bermula pada tahun 1994 di rumah kediaman Anwar, iaitu di bilik adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, tingkat atas, No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Ketika mendengar pengakuan mangsa liwat Anwar itu, Ustaz Taib Azamuddin masih lagi Imam Besar Masjid Negara, yang dilakukan pada tahun 1998, di pejabat Imam Besar Masjid Negara.

Pengakuan mangsa liwat itu turut dirakamkan video dengan persetujuan Ustaz Taib Azamuddin sendiri.

Berikut salinan penuh rakaman video berkenaan.

Taib : Pertama sekali saya kira terima kasih banyaklah di atas kedatangan ini, perjumpaan ini yang saya sendiri tidak menduga dan tidak menjangkalah bahawa, saya diberi kepercayaan, diberi apa tu, amanahlah untuk mendengar tentang perkara yang nak diceritakan ini…, yang dari segi sayanya, maknanya, saya kira tak adalah apa-apa yang decision yang saya boleh buat. Sebab itu mungkin ada pada beberapa percaturan dan undang-undang yang tertentulah.

Saya rasa En. Aris lebih fahamlah cuma apa yang boleh saya.. orang kata, duduk letaknya ialah sebagai orang kata menerima tetamu ajelah, dan apa yang patut kita dengar dan apa yang kita ambil maklum. Kemudian dari segi apa-apa yang selanjutnya, makna.. itu kemungkinan pun kalau apa yang ada hanyalah boleh beri pandangan atau beri nasihat, beri gitu saja, tapi untuk tindakan-tindakan terbabit.

Jauh daripada itu saya rasa, itu saya cerita dulu-dulu lah.., pun makna, di luar daripada apa yang anulah, dan saya ingat, pertemuan ini tidak boleh menjadi, mensaksikan sebagai blackwhite dari segi apa-apa bentuk legal, apa-apa bentuk apa lah, itulah maknanya.

Hairani : Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz sudi nak jumpa saya,..

Taib : Emm…

Hairani : Tujuan saya datang sini nak minta nasihat, pandangan dari segi agama tentang kedudukan saya.., perbuatan saya, emm… apa yang telah saya lakukan, apa yang telah berlaku pada diri saya beberapa tahun yang lepas, saya, saya cuba.., dah berhenti, cuba bertaubat.., pada Allah, dan cuba membetulkan cara hidup saya, cuba menambahkan ibadat saya, tapi hidup saya masih rungsing.., dihantui oleh apa yang telah berlaku pada diri saya empat lima tahun yang lepas.., sampai meninggalkan kesan pada hubungan saya dengan orang sekeliling saya, meninggalkan kesan pada pekerjaan saya dan hidup saya.

Emosi saya terganggu. Saya telah pergi mengerjakan umrah dua kali, mohon ampun dan bertaubat pada Allah, dan Insayaallah, izin Tuhan saya nak pergi haji…

Taib : Ya.. Insyaallah..

Hairani : ..yang akan datang ni, tapi hati saya masih tak puas kerana tak tenang, masih rungsing dihantui oleh… apa yang berlaku pada diri saya. Saya salah seorang daripada mangsa homoseks Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri,.. berlaku bukan dengan kerelaan saya. Saya dipanggil ke rumah dia, saya dah kenal dia dah lama sebenarnya.

Taib : Hem..hem..hem..

Hairani : Masa saya belajar lagi.. tapi tak de apa yang berlaku masa tu. Pada tahun 1994, tapi perhubungan itu adalah berhubung dengan adik angkat dia, sukma. Kemudian perhubungan dengan dia secara profesional.

Taib : Hem..hem..

Hairani : Saya pernah ke rumah dia dua tiga kali, rumah di PJ, rumah dia di Damansara, kemudian rumah tempat dia tinggal di kediaman Timbalan Perdana Menteri. Benda ni berlaku pada tahun 1994, yang mula-mula sekali.. saya dipanggil oleh Sukma untuk datang ke rumah..

Taib : .. yang adik angkat tu?

Hairani : Emm.., dia suruh saya pergi ke kedai dia.., kedai jual karpet di Bangsar, di sana berbual-bual, dah lama tak jumpa, berbual-bual.. lepas tu dia kata, Abang dia nak jumpa saya.

Taib : Hemm..

Hairani : Abang dia tu refer pada Dato’ Seri, kemudian saya tanya pasal apa? Dia kata memang dia dah lama nak jumpa. Mesti ada sebab nak jumpa, kan? Lepas tu dia kata, datang aje laa dia kata, datang nak bagi kerja ke, apa ke. Sebab masa tu memang saya ada, apa nama ni.., bagitau dia sebelum tu yang saya nak cari kerja baru. Kemudian dia kata datang aje. Saya tak tahu macam mana, hati saya berat nak pergi, berat nak jumpa.. Lagi pun dia orang besar nak jumpa, kan. Dipanggil pulak tu, kalau casual bertembung tu, tu lainlah cerita, kan.

Taib : Ya.. ya..

Hairani : Ini dipanggil macam ada satu (yang) tak kena. Kemudian, lepas saya tertanya-tanya kenapa, dia kata datang aja laa. Dia memang insist betullah untuk saya pergi jumpa dengan dia dan aa.. saya kata ok lah. Dia kata ok.., kalau you nak jumpa, nanti saya akan telefon you bagitau you kat mana kat mana.

Malam tu dia (Sukma) telefon saya menerusi handphone. Kemudian, dia suruh saya pergi berjumpa pada keesokan harinya, petangnya, dia suruh saya tunggu depan satu tempat kat Medan Damansara, ada kedai-kedai kat situ..

Taib : Hem..hem..

Hairani : .. Pusat Bandar Damansara, dia suruh saya tunggu kat situ kemudian dia (Sukma) akan ambil kat situ, dia suruh saya tinggalkan kereta saya kat situ, sebab dia akan ambil dengan kereta dia. Aa.. selepas itu dia bagikan telefon tu kepada Dato’ Seri dan Dato’ Seri bercakap dengan saya. Dalam telefon tu dia kata kenapa susah sangat nak jumpa dia? Dia melawak-lawaklah.

Tak de.. saya kata saya seganlah nak jumpa dengan orang-orang besar, kan. Dia kata, tak de nak segan-segan apa-apanya. Saya pun macam dia jugak, dia kata. Dia kata, oklah, esok Insyaallah kita jumpalah. Saya dibawa terus ke rumah dia, the next.. keesokan harinya saya pergi ke sana. Saya tunggu sekejap, petanglah. Saya tak ingat pukul berapa, saya pergi aa.. kereta Sukma sampai dan terus pergi ke rumah kat Bukit Damansara. Masa tu belum pindah ke rumah Timbalan Perdana Menteri lagi masa tu. Kemudian, kemudian diaorang bawa saya masuk daripada pintu dapur.

Taib : Hem..hem..

Hairani : ..Kemudian Sukma terus bawa saya naik ke bilik dia, duduk sekejap, dia bagi saya minum semua itu.., sekejap Dato’ Seri pun masuk, tanya khabar lebih kurang, berjabat tangan dengan saya, peluk. Tapi saya rasa lain, sebab lama, kan..

Taib : Makna(nya) pelukan tu lama?

Hairani : Ha’ah lama.. Dia kata, “..punya lama saya dok tunggu nih, bertahun-tahun sejak I kenal you lagi”.. Saya rasa tak sedap laa bila dia kata macam tu.. kemudian, dia terus peluk saya.

Taib : Keluarga yang lain tak de?

Hairani : Tak de.

Taib : Di rumah tu?

Hairani : Di bawah tu ada, pembantu dia.

Taib : Maknanya isteri ke, anak dia semua tak de?

Hairani : Tak de. Mungkin diaorang ada kat dalam rumah, tapi tak jumpalah.

Taib : Hem..hem..

Hairani : Saya dalam bilik Sukma, bilik tu kat hujung. Kemudian, dia peluk saya. Kemudian, masa tu Sukma ada di dalam bilik tu. Saya rasa semacamlah kan, pasal nak tolak tak tahu..

Taib : Maknanya 3 oranglah waktu tu?

Hairani : 3 orang.

Taib : Hem..hem..

Hairani : Kemudian, dia ajak saya duduk atas katil, dia pegang macam tu (menunjukkan tangan sebelah kanan Anwar memaut bahu).. dan berbual-bual sikit, dia dok ulang-ulang.. dia kata “lama tunggu, juai mahal, susah nak jumpalah.” Dia tanya khabar semua. Tangan mula berjalan, tangan tu.. teruslah terjadi benda tu dia tindih saya.., emm.. berlakulah hubungan homoseks ini. Saya nak tolak tak boleh.

Taib : Waktu tu Sukma masih ada?

Hairani : (mengangguk..)

Taib : Oo.. dia tak keluar?

Hairani : Selepas tu, masa tengah tu dia ada laa, cuma dia masuk bilik air, kemudian dia masuk balik, memang sepanjang tu memang dia ada. Sebab dia duduk di tepi bilik tempat kejadian tu. Kira macam dia tunggu di situlah. Saya pun tak tau apa-apa, tak membantah apa-apa, tak de lah macam memekik “jangan”.. dia siapa, kan? Lepas tu.., tapi memang saya tak ada nafsu langsung untuk melakukannya.

Taib : Ya lah.. (mengangguk-angguk)

Hairani : Apa namanya ni, dia komplen kenapa ‘saya punya’, saya apa ni.. kenapa saya tak naiklah. Kita tak ada nafsu, kan. Benda tu dipaksa, kan. Sampai habislah.

Taib : Itu kira yang pertamalah tu, kan?

Hairani : Pertama, itu kali pertama. Kemudian, sampai dah habis, dia ajak mandi sekali. Cuci. Saya masih kebingungan tak tahu apa nak decide, apa nak.. tak tahu apa nak buat, lost lah!

Taib : Sebab lagi satu kita tak menyangka.., kita tak apa semua..

Hairani : Dia ni pada saya, saya anggap dia macam hero saya. Isteri saya pun puji dia, dan dia pun orang pemimpin sayalah, pemimpin masa depan, anak cucu saya, saya ingatlah. Tiba-tiba ini berlaku pada saya. Apa yang dia buat pada saya jadi, rasa segan tu ada laa, takut ada.., macam-macam perasaan.

Sampai habis, dia tanya khabar, dia kata sama ada apa kerja yang saya nak, bentuk macam mana, adalah bincang sedikit, detail saya tak ingatlah apa yang dibincangkan tu sebab dah lama kan, tapi memang kita bincang pasal pekerjaan, kemudian dia kata ok, nanti dia akan hubungi saya, dia pun keluar dan habis, saya pun siaplah, dia pun pakaikan seluar saya dan dia pun keluar bilik dan Sukma, emm.. apa namanya ni, bawak saya turun ke bawah, minum dan terus hantar saya ke kereta lah, balik.

Benda ni lepas selang dua tiga hari tu, dia telefon suruh datang sekali lagi. Saya tak tahu nak buat apa. Nak datang takut jadi lagi. Tak datang takut apa jadi pulak, kan. Sampai benda ni berlaku dua tiga kalilah.., sampai kadang-kadang sampai saya bagi macam-macam alasanlah, sampai dia muak dengan macam-macam yang dibagi.. dia selalu telefon sayalah.

Sampai dua tiga kali cerita pasal benda tu, saya tak boleh terima lagi.. benda tu. Terutama bercakap dengan orang macam tu tentang perkara berkaitan dengan hubungan seks. Tapi itulah hakikatnya, itulah realitinya yang betul-betul berlaku. Saya cuba keluar daripada.. emm.. ada satu masa tu saya dah takut sangat. Nak lari daripada dia. Satu malam dia telefon suruh saya datang ke rumah dia, kan.

Saya malam tu saya tak mahu langsung kan.., saya rasa diri saya kotor kan. Takut nak pergi.. takut, tak pergi takut, sampai saya, saya pergi jugak ke rumah dia, tapi on the way saya telefon dia. Saya kata ada orang ikut saya.

Taib : Ya.. ya..

Hairani : Saya menipu sebab saya tak mahu pergi ke rumah dia kan. Jadi saya create.
Taib : Di Damansara tu lah..?

Hairani : Di Damansara.. (mengangguk), kata ada orang ikut saya sebab saya takut. Dia kata apa ni, bawak terus kereta..dia kata nanti dia suruh polis tembak siapa orang ikut.

Taib : Oo..

Hairani : Tapi saya tak, saya terus drive pergi Bangsar, lepas tu saya terus balik. Dia kata nanti dia akan buat report siapa yang ikut, Tanya nombor kereta apa dia,.. tapi saya kata tak ingat. Lepas tu dia kata..”Oklah you diganggu, takut diganggu, you pergi oversea, pergi ke Indonesia ke, bercuti dua minggu.., sebab saya dah sampai tahap tak boleh terima kan, tak tau nak bagi alasan macam mana, nak kata tidak tu saya takut, jadi terpaksa bagi alasan-alasan macam tu lah. Ada kadang kala bulan puasa siangnya puasa, malamnya terawih saya balik terawih, malam kan, dia telefon jugak suruh saya datang, kita dah terwaih kita puasa.

Taib : Allah. Hah..ha..

Hairani : ..dah bersihkan diri, kemudian dah.., malam cuba tambahkan ibadat lagi, terawih.., balik dia ajak lagi, kan. Saya tau kalau tiba rumah dia tu, mesti akan jadi benda tu..

Taib : Hem..hem..

Hairani : ..ni kita bulan puasa kan, jadi, saya bagi macam-macam alasan lagilah. Saya kata mak saya ada kat rumah lah, mak saya tak sihat, saya nak jaga. Sampai dia feduplah. Itulah keadaannya kan,.. beberapa insiden yang berlaku antara saya dengan dia.

Taib : Jadi berapa kali yang..?

Hairani : Lebih daripada tiga kali..

Taib : Lebih daripada tiga kali..?
Hairani : Saya tak dapat menolaknyalah, tiap-tiap kali memang saya tak rela, saya tak pernah keluarkan air mani saya. Tak pernah naik pun, apa namanya ni..

Taib : Ya..

Hairani : Jadi itulah dia komplen tu.. dia kata, “..kenapa you tak berapa nak keluar?..”

Taib : Dak, minta maaf cakap ni, minta maaflah cakap kalau saya mencelah . Ni secara analyticalnya. Cara ni.. dia nak mintak bergilir ke atau dia sorang je?

Hairani : Dia sorang.

Taib : Oo.. dia sorang je la. Maknanya dialah yang ada keghairahan, aktif, apa semua tu dialah maknanya?

Hairani : Tapi dia ada suruh saya buat jugak, tapi saya tak boleh sebab benda tu tak de.

Taib : Ya lah, memanglah kita tak.., ye lah benda tu, benda tu bukan boleh buat-buat..

Hairani : Tapi dia tu makin lama makin kuranglah telefon saya, dan terus hilanglah, kan. Saya pun masa tu dah mula bersihkan diri saya, mintak ampun pada Tuhan, cuba bersihkan, tapi rasa kotor. Hidup saya pun rasa rungsing, maknanya masih ada kotoran dan, tak tenang.

Saya cuba bersihkan diri beberapa kali tak tahulah adakah, nak mintak pandangan Ustaz, adakah perbuatan saya tu, Tuhan.. Tuhan masih terima keampunan orang macam saya ni.. masih mengampunkan orang macam saya ni lah, boleh tak saya bertaubat, dan taubat saya diterima dalam keadaan apa yang telah saya lakukan.

Taib : Dia, dalam hal yang begini, ialah, yang saya setakat apa yang boleh saya faham daripada cerita tu setakat ini. Berlakunya benda ni di luar kerelaan kita, dan apa tu. Hampir-hampir seolah macam memaksalah.

Cuma, bentuk paksaan tu secara yang tu, bawak kita menjadi tersepit, serba salah. Yang akhir, sudahnya kita terpaksa menurut.. dari apa yang, yang kemahuan itu. Jadi dari segi, wallahu’alam lah..

Saya masih berlapiklah bercakap tu, sebab bimbang takut kita salah.. salah ingat, dari segi hukum Allah s.w.t kita tak tak boleh meletak.., ya lah, bukan 100% perfectlah, manusia ni bukan kita boleh ingat.

Tapi sejauh apa yang saya ingatlah dengan pengajian yang pernah kita belajar dan sebagainya, benda ni kalau berlaku di atas paksaan, maka kita tidak terlibat. Makna dalam erti kata dari segi hakikatnya seolah macamlah kita katakan orang paksa kita untuk tidak sembahyang. Jadi paksaan sehingga yang kita tidak mempunyai ruang untuk, untuk keluar.

Makna daripada masalah itu tadi maka pada ketika itu, ketika tidak berdosa. Sehingga sehabis waktu katakan, maka tidak berdosa. Kita tidak berdosa. Makna tidak boleh kita tu dipertanggungjawabkan sebagai seorang yang meninggalkan sembahyang. Kalau kita ambil contoh dari segi begitulah hukum benda yang wajib tadi.

Begitu jugak kalau seorang suami dipaksa untuk menceraikan isteri dia, ya.. dan dengan keadaan-keadaan paksaan yang kita tidak dapat mengelaklah ya. Walaupun kita jatuhkan talak dalam bentuk dipaksa, isteri kita tidak tertalak. Jadi kalau kita berasaskan kepada kedudukan-kedudukan ini semua dari segi feqahnya, maka keadaan perbuatan tadi,.. kalau boleh kita sebut cara mudahnya ialah kita tidak bersalah.

Saya tak nak guna bahasa kita tidak berdosa sebab masalah menentu berdosa tak berdosa ini bukan hak kita makhluk, tapi yang boleh kita boleh sebut bersalah tak bersalah dari segi hakikat itu kita bersalah. Apabila tak bersalah, cuma orang kata apa, kita ni terlibat,.. terlibat dalam maksud sebagai salah seorang, sebagai salah satu pihak, haa..terlibat tadi sebab salah satu pihak,.. makna kalau kita, kalau kita tadi, kita pihak mangsalah. ha.. dia jadi gitu ajelah. Jadi dengan sebab itu, kekotoran yang dimaksudkan sebagai satu benda kesalahan, dosa besar tu semua kita tak terlibat.

Jadi apabila tak terlibat, bukan bermakna kita tak boleh bertaubat, tak.., sebab taubat tu is goinglah, bila-bila, hari-hari, saat mana, ketika mana pun sebab kita mana tau sama ada kita ada benda yang kita terlanjur, tersilap, tersalah ke, wallahua’lam.

Dan memang pun taubat itu dianjurkan kepada umat Islam supaya sentiasa bertaubat. jadi tentang cukup bertaubat, hak tu memang cukup cantiklah dan untuk kita rasa tekanan emosi kita, perasaan kita, merasa seolah-olah taubat kita tak terima, tak berbangkit. Tak berbangkit, sebab kita tu seolah kita tu bersih.. Kita bersih.

Cuma kita bertaubat jugak tu kerana kita tadi sajalah. Jadi sebagai orang kata kalau kita cakap dalam bahasa manusia ni, bahasa kita sebagai orang, sebagai manusia ni.. kita sebagai orang kata berr.. ber apa.. beradab sopan dengan Allah s.w.t. haa.. itu bertaubat tu..

Jadi dari segi.. dari segi itu memang cantik kita bertaubat dan eloklah makna kita letak keyakinan dalam diri kita bahawa memang aku tak bersalah, aku bertaubat kepadaMu Ya Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Jadi cukup dengan itu, maksudnya dengan.. dengan kedudukan Allah s.w.t itu tadi dan kita masih tidak lari daripada landasan pegangan kita, keimanan kita, kepercayaan kita dan sebagainyalah. Jadi apa yang jelas, yang ia disabdakan oleh baginda pun; Maknanya.., ‘Orang yang bertaubat daripada dosa, sepertimana dia tidak berdosa”

Jadi dalam hal ini kita kena buat mempunyai suatu keyakinan dan keazaman dan keyakinan yang agak pejal yang agak kukuh. Aa.. macam mana yang dikatakan maksud keyakinan yang pejal yang kukuh sebab masalah taubat seseorang ini sendiri, seorang manusia ini sendiri.

Hak Allah yang.. yang anulah.. yang menerimanya. Dan terima.. penerimaan Allah itu ataupun sebaliknya tidak diterima orang kata apa, tak boleh nak tunjuk, orang kata apa.. cannot measure, haa tu.. itu bendanya tu. Jadi, cuma kita kena keyakinan, keyakinan yang kukuh ni maknanya benda ni kita serahkan diri kita kepada Allah s.w.t akan mengampunkan. Sedangkan doa sendirikan Allah s.w.t berfirman..
“..berdoalah aku akan perkenan…” [Ghafir 40: 60]

Jadi, taubat tu tadi jugak termasuk dalam masalah doa. Taubat tadi masuk dalam masalah doa dan kita yakin takkanlah pulak itu firman Allah dalam al-Quran mustahil bagi Allah s.w.t untuk tidak menunaikan sepertimana yang ni. Sebab yang saya bincang masalah kena..

mintak maaflah cakap, kena keyakinan yang kukuh yang apa ni sebab dia, apabila kita.. tak mempunyai suatu aa.. keyakinan yang kukuh yang apa semua, dia kesempatan iblis syaitan dia ambik.. ini yang dok jadi kita was-was, berasa jiwa kecik, berasa kita apa-apa.. dan memang itu apa orang kata, ruang-ruang masuk angin tu. Kita kena tutup betul-betul tu.

Hairani : Yang was-was tadi mungkin cakap Ustaz tadi betul. Tapi saya rasa bila saya lagi dekat, lagi cuba untuk bersihkan diri dan lagi dekat tu tak taulah kan, cuba menambahkan ibadah macam-macam benda-benda yang berlaku keaiban, kes mahkamah nama saya keluar. Itu musibah ke?

Taib : Dak. Itu gini, kita jangan anggap itu musibah. Di dalam bab Allah s.w.t dengan hambaNya, orang yang banyak diuji sehinggakan satu ketika salah seorang sahabat, bernama.. apa.. aa.. lupa saya nama sahabat tu. Dia dengar khabar Rasulullah tak sihat.

Bila dia dengar khabar Rasulullah tak sihat, pergilah sahabat Rasulullah ini, saya mintak maaf lupa nama sahabat ni, baru ni ingat masa ceramah, dok molek tu kadang-kadang lebih anu.. kita ingatlah.

Jadi apabila dia ziarah Rasulullah, dia pun letakkan.., pergi-pergi sampai rumah Rasulullah, dalam cakap yang mudahnya nampaklah Rasulullah duduk baring. Dia, Rasulullah selimutkan badan dia, dia baring. Yang sahabat yang tadi tu letaklah tangan dia di atas diri Rasulullah yang baring tadilah. Maknanya Rasulullah tak sihat, jadi apabila dia letak terasa bahang panas tubuh Rasulullah tu ke tapak tangan dia. Jadi terus sahabat ini berkata pada Rasulullah, nampaknya Rasulullah ni agak, apa orang kata.. agak kuat jugak demamnya.

Kalau boleh saya terjemah dalam bahasa kita agak-agak begitulah, agak kuat juga demamnya atau sakitnya. dan Rasulullah jawab, biasalah para Nabi dan para Rasul, kami para Nabi Rasul Allah, kami walaupun Nabi, walaupun Rasul, tapi ujian Allah terhadap kami pun hebat. Walaupun kami ni orang yang tinggi, orang yang baik, tapi ujian Allah kepada kami jugak tinggi. Ha.. jadi itu sabda Rasulullah yang Rasulullah cakap, yang Rasulullah jawab balik kepada sahabat dia tadi.

Jadi, lantas sahabat dia bertanya, selepas Nabi dan selepas Rasul, siapakah lagi yang banyak ujian Allah? Jawab Rasulullah, “para ulama.” Selepas para ulama, siapakah lagi wahai Rasulullah? “..umatku yang soleh..” Jadi itulah antara yang.. apa.. hadith ni makna betul peristiwa yang berlaku antara sahabat dan Rasulullah ini.

Jadi jelas di sini bahawa, sesuai jugak dengan apa.., selari dengan apa yang difirmankan dalam al-Quran pun;
“Apakah kamu boleh menyangka bahawa cukup kamu kata Aku buat orang beriman..” [Al-‘Antabut 29: 2]
Maknanya apabila sebut dengan beriman ni dengan amal ibadahnya dengan solehnya, dengan taat yang patuhnya..“..kamu tidak akan diuji..”

Jawabnya jangan.. tidak.., lagi kuat kita beribadatlah, lagi kuat kita taat, lagi kuat ujian Allah. Ujian Allah untuk bawa kredit, kalau dalam bahasa boleh guna bahasa kreditlah, jangan kita tu.. kita ambil side yang negatif, tak betul tu. Macam orang pun dia menerima ujian Allah. Kita.., dia tak boleh ambil negatif, kata Tuhan tak sayang kat aku laa, apa semua, itu ini laa.. aku tak betul.

Hairani : Saya menerima keaiban, aib..

Taib : Dak, betul..

Hairani : ..terbukak di khalayak ramai..

Taib : .. dak, hak tu betul..

Hairani : ..apa tu..zuriat saya semua..

Taib : Betul, hak tu kita akui, cuma untuk kita oleh kerana sebab benda ni boleh berdiri macam yang saya cakap ni kerana kita yakin kita berada di pihak yang benar, sebab kalau kita di pihak yang salah, memang kita tak boleh buat sebab benda ni benda hati, benda apa ni.., kalau benda bukan kita di pihak yang benar, kita tak boleh buat. Dia sebab kita tak boleh lakukan. Tapi kalau betul-betul kita di pihak yang benar ini, Alhamdulillah, ujian Allah kepada aku, mudah-mudahan orang yang apa.. yang tak kiralah pihak yang memangsa apa ka, semua ni, itu terpulanglah kepada Allah s.w.t. Seolah begitulah.

Kalau.. kita taklah kita apa semua nak kata suruh supaya balasan buruk sebab Nabi Musa sendiri tak pernah berdoa untuk Firaun tu jadi buruk. Tapi dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya berikanlah.. dudukkanlah.. letakkanlah,aa..teguh dalam kebenaran. Allah s.w.t lah yang bertindak kepada Firaun. Jikalau kita, bukan saya maksud saya kata buruk kita ni macam Firaun semua tu, tidak. Bukan maksud saya gitu, tapi nak ambik dari segi antara buruknya baik, dari segi aa.. positif negatif.

Dan ini.. yang saya kata tadi keyakinan ni. Sebab benda ni saya, saya minta maaflah, walaupun benda ni saya sendiri tak alami, apa Encik Aris kita ni pun tak alami, tapi kita boleh gambarkan. Kita boleh gambarkan beratnya beban itu sendiri yang dipikul. Tapi kita kata, maknanya bukanlah saya sebut benda ni untuk merasa benda tu sebagai ringan.., tidak. Ini uji ni jihad. Dan masalah generasi kita kemudian, apa jadi kedudukan, hak tu serah kepada Dia.

Jangan dok fikirkan sampai kepada peringkat itu. Itu bukan kerja kita, sebab masalah.. kita boleh buat ialah kita bertaubat kepada Allah, kita tekadkan bahawa kita berada di pihak kebenaran.. kalau tersilap tersalah Tuhan ampunkan, dan kita bagitau dia sebagaimana dalam doa-doa dalam sembahyang..

Dan sebagainya, yang kita dok guna wudhu’ pun, kita berdoakan lagi supaya, kita ni apa.., supaya zuriat dan keturunan kita terdiri daripada orang yang mukmin..apa semua tu. Itu perhubungan antara kita dan Allah. Kita tak boleh nak warnai kalau kita ni fikir yang banyak dari segi benda-benda yang semua tu. Kita tak boleh warnai. Yang tu jangan sebab, kalau kita fikir yang macam tu, kita dah cuba berada di luar daripada kemampuan yang ada pada manusia. Itu sampai bila pun kita tak selesai.

Kalau ikut, berapa punya dukacita Rasulullah dengan Abu Lahab. Abu Lahab bapak saudara dia. Aku Nabi, aku Rasul, aku suruh orang tu, suruh orang ni, apa semua ni untuk semua jalan kebenaran, kebaikan, apa semua, begitu dengan wahyu Allah turun menyampaikan apa semua.., bapak saudara sendiri kalau kita nak cakap kang malu tak malu Rasulullah, kalau kita boleh cakap, kita cakap dalam bahasa kita.. kita kata apa kamu Rasulullah Muhammad, kamu cakap itu ini, bapak saudara kamu sendiri pun.. misalanlah kalau kita bawa dari segi benda itu tadi.

Tambah kalau Nabi-nabi dahulu, Nabi Nuh, sebab itu kita.. minta maaflah dia, kalau kita tak kawal betul-betul mainan pemikiran kita ni dalam emosi kita ni dibawa oleh iblislah. Ini yang saya kata jangan kasi masuk angin tadi, tu dia akan bawak oleh iblis dibawa oleh anu tadi kita hanyutlah dia benda ni tak boleh bawa pukul logik, tak boleh main dalam bentuk logik, dan tidak boleh meletakkan bahawa kita boleh segala-galanya. Tak. Jadi masalah zuriatku “Ya Allah, keturunanku apa semua. Engkau sajalah yang lebih tahu. Terimakanlah taubatku, ampunilah, dan selamatkanlah zuriatku.”

Macam mana Tuhan nak selamati, macam mana Tuhan nak terima taubat kita, tu hak Allah, dan memang Tuhan tak ceritalah. Hak tu kalau datang fikiran tu kita kena tutup siang-siang. Sebab future pada diri kita, tak boleh tahu. Future diri kita, kita pun tak tahu, apatah lagi future untuk anak, untuk isteri. Yang boleh kita just untuk planning saja. Berjaya tak berjaya, mana siapa boleh tentukan.

Hak ni saya, bagi sayalah kalau ini boleh diterima cakap saya, pandangan saya, nasihat saya, yang ni kena pegang kukuh. Mau tidak, ujian yang macam ni punya besar tak terpikul. Kita lupakan benda tu..

Hairani : Memang.. memang saya.., hidup saya runsing, sebab itulah kan sampai dia sedikit sebanyak meninggalkan kesan hubungan saya dengan isteri saya lepas dua tiga tahun, setahun selepas saya apa namanya ni.. berkahwin, kemudian baru enam bulan saya berkahwin benda ni berlaku, jadi isteri saya tak..,

bila saya cerita bagitau betul-betul, dia susah nak terima hakikat macam mana seorang lelaki boleh memaksa lelaki lain melakukan hubungan seks tanpa gunakan pisau ke, apa ke, tapi kita rasa macam kita terpaksa melakukannya. Jadi dia tidak boleh menerima hakikat. Tapi hakikatnya benda tu berlaku, memang dia tak gunakan pisau ke, apa ke. Dato’ Seri tak gunakan pisau ke apa, tapi, dia control saya dari segi mental, saya tak boleh nak buat apa..

Taib : Ya.. ya.. kita tau

Hairani : ..tak boleh nak elak, tak boleh nak tolak.

Taib : Tu kuasa minda boleh.

Hairani : Yang itu yang susah saya nak terangkan pada isteri saya, dan dia tak boleh terima tu, dan dia tak.. dia masih kesal kenapa saya tak cerita pada dia sebelum kami kahwin. Walaupun benda ni berlaku empat lima tahun sebelum kami berjumpa pun, kan.

Jadi, benda tu saya cuba lupakan.. tak elok, buruk.., aib.. keaiban kita ni. Adakah saya ni wajib ceritakan keaiban saya pada saya isteri saya. Benda-benda yang lalu kan..

Taib : Tapi itu, isteri kena kaunseling lain laa, kan. Dak.. lagi satu pulak pun, bagi saya, bagi sayalah kalau kita lihat dari segi cerita ni, sebagai isteri pulak.., memanglah dia tersinggung sebab perasaan dia, dia seorang manusia yang dia jugak mempunyai.., maknanya mahu dikasihi, mau dicintai mencintai itu dah human punya nature, tabii tu.

Jadi apabila insiden ini berlaku, dia terasa tercarik, terkoyak dia punya apa tu,.. terjejas dia punya kepercayaan, jadi nak pulih kepercayaan tu benda ni, benda ni kalau kita bercakap laa, kalau kita mau menerima ajaran Islam, dia tak rumit, bagi saya.. saya kata tak rumit tu kenapa, kerana sejarah berlaku kepada para Nabi, pada Rasul, misal kita, makna bukan pada diri Nabi, pada diri Rasul tidak.

Tapi di zaman Nabi zaman Rasul tu, macam kalau kita cakapkan di sini, Asiah, isteri Firaun kan, duduk kat rumah Firaun. Isteri Firaun, tapi Firaun, Firaun. Dia.., orang yang dijamin syurga oleh Allah. Jadi kalau kita tengok dari segi antara dua tu hubungan.. perasaan, hubungan apa semua tu, memanglah manusia sesama manusia, tapi kenapa Allah boleh terima Asiah. Allah boleh menerima Asiah sebagai ahli syurga, confirm.

Kenapa kita tak boleh terima isteri.. suami kita dalam keadaan yang begini. Dalam keadaan yang jelas, dalam keadaan yang apa.. Yang kita kena jugak akui bahawa kita mempunyai keterbatasan, kemampuan dan keupayaan yang diberi oleh Allah s.w.t.

Jadi dengan sebab itu tak semua benda kita boleh kesan dengan pancaindera kita dan dengan kemampuan yang ada pada kita. Oleh kerana itu, maka apa salahnya kita beri keyakinan dan kepercayaan kita kepada suami kita kalau jelas nampak kebenaran dia. Itu.., jadi manusia kalau tidak hidup di atas itu macam mana? Kalau kita mengambil kira titik bengit, hitam putih daripada remaja seseorang kepada dia jadi bapak, saya ingat wallahua’alam.

Adat kata dunia moden ni, dah memang pun nobody 100% perfect. Maka tak adalah mahligai rumahtangga, memang sebab itulah Allah sediakan taubat kalau manusia tu 100% bersih daripada mula, kenapa ada taubat?

Hairani : Adakah perlu kita ceritakan tentang diri kita, pengalaman kita, adakah wajib..

Taib : Tak.. tak.. tak perlu

Hairani : .. keaiban kita..

Taib : Tak perlu kita cerita.. kita boleh cerita sekiranya boleh membina. Dan kalau sekira kata, kita katakan kita sembunyikan itu memberi munafaat dan membina, maka sembunyi lebih baik. Boleh jadi mungkin kita kata contoh yang berlaku dalam masyarakat. Kadang seorang teruna tu dia sebelum ini dia bercinta dengan orang lain.

Ini harian, tiba-tiba sampai kepada saat akhir dia boleh putus cintalah, putus tunang, putus apa sebagainya, pas tu jadi pulak dengan hak yang lain.., dengan tunang baru, dengan kekasih baru, kalau dia dok main kira macam tu, dia pun rasa eh.. aku ni tak guna dah ni. Suami aku bekas kekasih lain. Dok main bekas-bekas.. sensitivity tu ada, habislah dan yang kedua pulak boleh jadi si teruna tadi tak payah dok cerita kepada si.. yang apa.., kekasih kedua yang jadi isteri dia sebab tak cerita lebih baik daripada bercerita.

Hairani : Yang ni bukan saja masalah biasa..

Taib : Ya lah.. ni..

Hairani : .. yang ni keaiban besar..

Taib : .. keaiban besar. Yang ini.. inilah yang saya katakan tadi itu yang saya katakan bahawa, isteri ni dia.., ya lah, maknanya dia perlu dikaunselingkan. Bukan kaunseling macam mana, memberi sedikit reserve keyakinan dan kebaikan tu, supaya dia tidak datang daripada side yang negatif memanjang kepada semua benda. Macam kita laa, kadang-kadang macam katakanlah contoh macam saya, bukan kita kata.. takkanlah semua yang datang ke masjid.. Kebetulan dalam saya dok bersalam-salam tu, tersalam dengan orang yang tak baik.
Maka apa orang kata, apa Ustaz ni pergi salam dengan kawan taik arak ka, taik judi ka, taik apa la Imam Besar apa pergi salam. Boleh betul ke cakap macam tu?

Mesti jawabnya tak betul, pasai mana saya mampu nak dok pilih orang. Dan apakah saya bersalam dengan taik arak, taik judi tu salah di masjid. Maksudnya ada unsur dakwah di situ.

Jadi maksud saya.. walaupun tu tak boleh nak banding dengan kes yang kita cerita ni tadi, tapi nak ceritakan bahawa kita kena bagi reserve untuk kebaikan orang. Maknanya inilah dalam Islam dia panggil husnuz-zan, baik sangka, kalau kita tak boleh bagi baik sangka kepada orang dalam hidup, kita dok main buat sangka buruk memanjang, kita tak jumpalah kedamaian.

Hairani : Satu lagi.., saya membukak keaiban orang lain, kesannya mungkin kepada zuriat-zuriat saya. Bukan saja zuriat saya, zuriat dia juga, kan. Pandangan diaorang pada saya dan sebagainya. Nasihat Ustaz macam mana? Saya buka keaiban.. tak berapa elok ni.

Taib : Tak. Dia benda ni lebih terjawab mudah kalau nak rujuk.. kalau nak refer tolong refer kepada buku Imam al-Ghazali, Mau’izatul-mukminin, kalau tak salah ingat saya dalam jilid kedua. Sebab dalam translate Melayu, bahasa Malaysia ni dia ada dua jilid. Jilid yang pertama mengenai hukum-hakam feqah sedikit sebanyaknya. Tapi kalau jilid dua tu jelas mana mengumpat yang boleh.

Mana mengumpat yang tak boleh, mana keaiban yang boleh dibukak, mana keaiban yang tak boleh didedah. Itu refer cara panjang. Tapi untuk daripada apa yang saya faham dari situ, kita tengok keaiban yang membina boleh kita bukak, kalau keaiban yang tak anu, tak boleh. Tapi tidaklah keaiban itu sehingga menimbulkan, .. apa.. bukan menyelesaikan masalah.. itu tak betullah.. macam kata contoh.. seorang hamba datang meminang anak saya, katakanlah.., ni masalah besar, masalah rumahtangga.

Katakanlah orang datang meminang anak saya.. sebab saya berani cakap sebab saya saya tak ada anak perempuan.. Haa.., katakanlah orang datang meminang anak saya, tiba-tiba, apa ni.. Encik Rani, kata Encik Rani lah ya. Encik Rani tahu latar belakang yang juru meminang ni. Boleh jadi dia ni tak sesuailah dengan.. sebagai seorang mukmin Muslim katakan. Dengan banyak mungkar dia.. dengan banyak fahsyaknya banyak dengan keji buruk perangai kawan tu, tidak dikatakan Encik Rani tu membuka keaiban dia atau mengumpat terhadap dia, sekiranya Encik Rani bagitau kat saya tentang latar belakang kawan tu.

Ustaz, aa.. saya tau benar orang yang datang meminang anak Ustaz ni orang yang begini..begini.. Jadi kalau Ustaz nak setuju ke tak setuju meminang tu bagi pendapat saya, eloklah Ustaz tolak.. misal katalah kan. Itu betul.. tak dak salah makna for example, makna tindakan Encik Rani tu tidak dikatakan mengumpat orang ni. Tak.

Cuma apa yang kalau tak salah ingat saya disebut, dalam Mau’izatul-mukminin Imam al-Ghazali tu apabila orang tu ternyata masyhur, makna diketahui oleh orang ramai memang dia gitu, tapi kalaulah tidak makna mungkin tersilap sekali sekala ataupun apa semua.. hak tu tak boleh laa. Hak tu tak termasuk dalam erti kata masyhur tadi tu. Ini dah clear orang tu masyhur macam tu.. makna masyhur ni diketahui oleh banyak orang. Dan kalau Encik Rani tak cerita tu maknanya anak saya yang jadi mangsa. Haa.., dalam kata kes tadi, kan. Encik Rani tak jelaskan, anak saya jadi mangsa. Dan mudarat lebih dari yang munafaat.

Hairani : Tak berdosa saya cerita?

Taib : Tak berdosa. Ni katakanlah dalam kes yang sedang kita bercakap sekarang ni. Ini pun defend kepada kebenaranlah. Kalau apa.. sebab saya macam saya cakap awal tadilah. Tidak nak boleh hukumkan.. ini defend pada Encik Rani sendiri. Kalau Encik Rani kata satu kebenaran, dan keyakinan yang hakikinya, yang hakikinya, demi untuk menyelamatkan keadaan, menyelamatkan orang lain kan.., dan sebagainya. Tak jadi salah dan tak dosa kepada Encik Rani. Encik Rani sekarang ni ceritakan benda ni kepada saya.

Hairani : .. Cuma saya runsing itulah.

Taib : Haa.., Encik Rani cerita benda ni kepada saya sekarang ni. Dia tak jadi mengumpat, dia tak jadi mengaibkan, membukak keaiban orang. Tidak. Sebab masalah ialah kalau tak cerita, saya nak beri pandangan macam mana? Katalah dia ambil simple macam tu pun, macam mana saya nak.., katalah Encik Rani nak minta pandangan, minta nasihat saya, saya nak cerita macam mana, kan?

Dia bentuk macam tu, tapi itulah saya kata tadi di atas asas membina, tapi kalau di atas asas meruntuh tak bolehlah kita lapor kat polis, kita cerita kat polis kata orang ni sekian..sekian. Dia merompak ini..ini. Perangai ini apa semua, lapor. Beri laporan maklumat kat polis, bermakna kita mengumpat kawan tu. Tapi kita bertindak supaya orang lain selamat dengan maklumat polis terima, polis boleh bertindak terhadap perompak ni, penyamun ni ka, hapa ka, sebagainya. Haa dia ada close itu.

Hairani : Tapi hakikatnya ramai orang cakap saya buat-buat cerita, kan. Tapi hakikatnya saya lebih ramai musuh daripada kawan sekarang, kan. Kerana perkara ini…

Taib : Tapi, itu soal.. soal aa.. kita kena pegang beginilah..Allah tegaskan apabila kebenaran itu datang kebatilan akan pergi, kerana kebatilan memang pun tak dapat tempat. Jadi sementara kita boleh letak kebenaran di tempat kebenaran tu memanglah pengorbanan, ujian, jihad itu banyak. Hak tu dah tentu. Memanglah teruk. Teruk-teruklah.

Boleh jadi dalam keadaan macam kata tadi kita lebih banyak musuh daripada kawan, tapi demi untuk kebenaran dan kita terpaksa tegak kebenaran. Dan kita yakin bahawa apabila tertegak kebenaran, kebatilan akan pergi. Boleh jadi yang musuh jadi kawan balik. Tapi kalau tak berani, tak. Maksud saya tak ada kecekalan itu, tak dak prinsip itu, jadi kebenaran sampai bila pun tak boleh tegak.

Hairani : Pertama kali ni.., kalau boleh nak minta kebenaran Ustaz nak jumpa dua tiga kali lagi.

Taib : Insyaallah.

Hairani : Minta nasihat kaunseling.

Taib : Insyaallah.

Hairani : .. dan isteri saya sekalilah..

Taib : Haa.. itu yang saya rasa setakat saya boleh bantu, Insyaallah dan lebih cantik kalau dengan.., sebab saya pulak pun mengambil simpati dan ambil rasa tanggungjawab laa sebagai seorang pegawai yang bertugas di dalam tugas sebagai tugas saya ni.. Kita bukan nak cakap lebih dan pergi lebih jauh daripada tu, cuma setakat orang kata apa.., ad-din nasihah. Islam itu nasihat. Dan kita menjaga,.. apa orang kata.., menyelamatkan seorang sahabat kita yang Muslim lain tu adalah kebajikan dan kebaikan yang besar sebagai.. ya lebih-lebih lagi dalam konteks dakwah. Sebab rumahtangga besar. Hancur satu rumahtangga, bergoncang arash.

Hairani : Isteri saya sekarang pulak tengah hamil..

Taib : Ya. Dia takut emosi effect pada kandungan.

Hairani : Tapi itulah hakikat yang berlaku sekarang ni. Dia jadi tension.

Taib : Tu yang kesian tu. Boleh tu kalau,.. dan kalau perlu, kalau perlu kut dia rasa segan dengan saya kut, tak pa saya boleh ajak isteri saya. Biarlah orang kata, apa, 4 pasang mata. Tak pa. Just isteri saya tu bukan apa, just sebagai ada teman aje. haa.. jadi gitu. Bukan macam ada Encik Aris hari ni lah, orang kata.

Bagi kita bantu-membantu semangat ni, jadi saya mintak sangat-sangatlah kepada Encik Rani ni mana sebagai.. ye lah kalau di atas sifat kepercayaan diberi kepada saya tadi pun, saya bercakap di atas sifat dan prinsip itu kena kuat keyakinan. Kita kena letak bahawa yang benar itu benar, yang salah itu salah. Dan biarlah dengan apa keadaan sekali pun kita kena letak, kalaulah aku ni gugur dan tewas di atas kebenaran, jadikanlah kita ni sebagai satu,.. ye lah.. orang kata dalam konteks bahasa yang dikatakan biarlah syahid.

Syahid tu bukanlah maknanya kita dalam konteks hak yang berperang, berdarah, bunuh apa semua tu, tak. Maknanya syahid. Kita kata syahid.. apa orang kata.., menjadi saksi di atas kebenaran kita. Dan kita mintak kepada Allah bahawa dengan kemampuan yang ada kita yakin di atas kebenaran ini, di atas tindakan-tindakan prinsip kita ini tadi, moga Tuhan jadikan ibadah, keyakinan itu jadi tasbih.

Dan kalau jadi pergi Mekah, jadi pergi Mekah, haji ka, umrah ka, di Multazam tau.., biarlah kita merayu kepada Allah, sebab salah satu di tempat yang mustajab doanya di Multazam. Biar kita menangis bertabur air mata kat situ.

Hairani : Kalau umrah tak ramailah.

Taib : Ha’ah.. kalau haji dia ramai sikit. Sebab saya cerita betul, saya pun dalam keadaan suasana gawat cerita ni kita pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Sebab kita dari.. duduk di luar, jauh. Duduk di luar jauh. Kita tak tau. Cuma kalau tengok berita, tengok apa.., maklumat. Jadi begitulah. Dan benda-benda macam ni pun cerita benda ni, cerita yang daripada pihak mangsalah, kita katakan. Saya tak pernah dengarlah. Inilah kali pertama.

Tapi kepada orang yang buat, jangkaan kata ya tu adalah sorang dua. Ini memang dia anu sungguh.. Ada, pernah dengar sebab tu lah saya tak surprise.. apa tu.. orang panggil apa?.. Terkejut.. aa.. terperanjat sangat ka, terkejut sangat.

Dalam hal-hal yang boleh macam ni sebab, tak tau laa boleh jadi orang yang mengatakan ya tu mungkin dia pun ada asas-asas rasional dia laa. Apa sebagainya kan.

Jadi saya pun tak selidik, jadi tak syok jugak sebenarnya kalau kita nak dok.. mencari.. lagi satu ini bukan dalam bidang yang kita terlibat. Lainlah kalau kita dah jadi pemimpin di peringkat anu ke.. atau pun anu.. lain jugak.. Ini cerita..

Tapi memang.., memang saya rasa seolah-olah peringkat macam tak masuk akal. Memanglah kalau dengar-dengar memang tak masuk akal. Sebab masalah ini adalah masalah latar belakang, latar belakang dan penampilan.. sebab tu kalau orang tengok, orang akan berasa cukup terkejut kalau pegawai agama ambik duit Baitulmal lah. Haa.., jadi macam tu lah. Pegawai agama ambik duit Baitulmal.., pegawai agama ambik duit zakat.

Walhal kalau nak kira perompak yang rompak bank lagi banyak.. berjuta dia sapu. Ini jadi boleh ambik duit zakat mungkin RM100.. RM1000 atau RM2000.

Tapi pasal benda tu. Penampilan. tapi benda ni bukan benda mustahil. Sebab manusia. Sebab tu sekatan Tuhan dia tak pilih siapa. Sekatan Allah terhadap yang tidak diredhai.Dia tak pilih siapa. Cuma kita kena pandai imbang.

Kalau ikut kata contoh kita sembahyang, orang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama lah, kata dengan orang yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara mendalam, just basic untuk dialah. Hak latar belakang pendidikan agamalah ujian dalam sembahyang lagi teruk sebenarnya.

Satu, yang duanya, waktu kita jadi Imam, lagi teruk. Itu pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain. Anytime kalau duduk kat luar, kita boleh baca lancar-lancar. Misal kata, waktu jadi Imam, dia datang kadang-kadang zaap blank.

Saya pernah baca, Tun Sakaran Dandai satu Maghrib tu, dia duduk kat belakang. saya bukannya baca ayat panjang, baca ayat …. sangkut. Hah! Ujian.. sebab tu kalau bagi orang yang faham, Imam sangkut dia tak jadi aib. Orang tak boleh gelak. Apa Imam tu.. baca.. pun.. orang tak akan kata. Sebab dia lain, hantu dia lain.

Hairani : Masa kat Masjidil Haram masa Imam tu baca …. dia tak lepas. Dalam masjid Masjidil Haram..

Taib : Masjidil Haram..

Hairani : .. sampai dua tiga kali.

Taib : Dia jangan main, dia jadi blank. Sebab ayat al-Quran ni memanglah. Al-Quran ni begitulah kedudukannya. Kalau Tuhan nak ambik balik, Dia ambik. Habis lupa. Yang seterusnya, kalau terasa kita rasa.. terlintas tak ikhlas sikit. Habis kita. Allahuakhbar.. Eh! nak baca panjang sikitlah ayat ni.. pasai ada orang kat belakang nu.. ada nak.. konon-kononnya seolah kita nak tunjuk kita boleh. Hah.. tak lama lah. akhir sekali, zaap dia sangkut. Dia tak boleh, kalau nak baca apa dalam sembahyang, nak apa semua, kita ingat aku nak menyempurnakan, nak timbulkan lebih rasa puas untuk beribadah kepada Allah, barulah Allah bagi.

Hairani : Terima kasih banyaklah Ustaz.

Taib : Ya, kira samalah saya terima kasihlah. Yang saya rasa terima kasih banyak ni, pasal ya lah.. Cik Rani sendiri beri kepercayaan kepada saya, apalah sangat saya kalau nak bandingkan dengan orang lain yang saya rasa yang wajar mendengar.

Hairani : Saya pun sembahyang kat sini. Mengaji malam Jumaat pun tu saya ikut..

Taib : Oo.. ikut.., orang kelas saya tu?

Hairani : Kelas Fathul-Qarib..

Taib : Oo yang itu.. saya lupa langsung..

Hairani : Tapi saya ikut belakang-belakanglah..

All credit to: AIDC!