Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    58 minutes ago

Friday, February 4, 2011

ADUN PKR HILANG "TELOQ"..!!!


Ternyata ketakutan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie sudah sampai ke “telur”nya. Barangkali ketakutannya sudah menyebabkan “telur”nya kecut-sekecutnya sehingga “terserot” ke dalam! Manakan tidak, apabila si bacul ini mengajak penyokong-penyokongnya untuk berkumpul di perkarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk menemaninya mendengar pertuduhan perundangan yang bakal dihadapinya.

Apa perlunya diheret sekali penyokong-penyokongnya yang tidak berdosa? Pertuduhan yang bakal didengarkan di mahkamah itu hanya melibatkan dirinya sahaja dan tidak ada kena mengena pun dengan penyokong-penyokongnya. Apakah dia cuba menyeret penyokong-penyokongnya untuk turut berkurang ajar, biadap dan celupar sepertinya? Dia yang buat “tahi”, mahu pula dipalitkan pada orang lain? Bodohlah pada siapa yang mengikut kata indidvidu seperti Shuhaimi ini!

Keceluparan dan kebiadapan Shuhaimi Shafie ini tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah berkali-kali kenyataan dari pemimpin-pemimpin Pakatan “Haram” ini yang menyinggung Institusi DiRaja Melayu. Sudah berkali-kali mereka mencari pasal dan mencabar kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu. Dan biarlah kali ini salah seorang yang sering berkurang ajar kepada DYMM Sultan di “ajar” secukup-cukupnya!

Perkara ini sudah menjadi kes mahkamah dan biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Shuhaimi bersalah atau tidak. Shuhaimi tidak perlu mengheret rakyat yang tidak bersalah untuk bersamanya ke penjara. Dia tidak perlu mengajar rakyat lain untuk turut sama berkurang ajar terhadap Institusi DiRaja. Jangan fikir orang lain juga memang bersifat “kurang ajar” seperti dia!

Perbuatan ADUN Sri Muda ini sememangnya menunjukkan bahawa segenap kepimpinan Pakatan Haram sememangnya tidak menghormati Institusi DiRaja Melayu. Hanya kerana cuba memberikan “kuasa lebih” terhadap Menteri Besar di Selangor, Shuhaimi sanggup berkurang ajar dengan DYMM Sultan Selangor, Ketua Eksekutif Tertinggi Selangor. Lupakah “mal’un” yang bernama Shuhaimi ini bahawa di hadapan DYMM Sultan Selangor itulah dia berikrar bersumpah setelah menjadi ADUN Sri Muda?

Ternyata Shuhaimi memang pengecut! Penulis bukan tidak tahu cerita bagaimana “kelam kabut”nya dia apabila dia “terlepas” cakap (tulis) di blognya tempohari. Habis dihubunginya kawan-kawan meminta buah fikiran mencari jalan melepaskan diri dari kesilapannya. Namun demi egonya sebagai ADUN, dia enggan meminta maaf kepada DYMM Sultan Selangor walaupun dinasihatkan untuk berbuat sebegitu pada awalnya. Nah! Rasakanlah hasil “ego” dan kebiadapan sendiri. Terimalah akibatnya!

Sumber: myKMU.net

Monday, January 31, 2011

Gempar dari utara..!!! Azizan tuduh Gobala "penjenayah"..?!!!


Berdasarkan kenyataan Azizan Razak kepada Bernama di atas, ternyatalah Gobalakrishnan pernah terlibat dengan pelbagai kesalahan di sisi undang-undang. Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Hanya Azizan dan pemimpin PAS, PKR dan DAP saja yang tahu.

Persoalannya, mengapakah Gobalakrishnan tidak dihukum ketika dia berada di dalam pakatan pembangkang? Kenapa pula selepas Gobalakrishnan hanya akan dihukum selepas dia keluar dari pakatan pembangkang?

Persoalan seterusnya, mengapakah Azizan Razak tidak melaporkan salah laku atau sebarang kesalahan Gobalakrishnan kepada pihak berwajib? Apakah di atas tiket "pemimpin pakatan pembangkang" maka Gobalakrishnan sebelum ini kebal dari sebarang tindakan walaupun melakukan banyak kesalahan di sisi undang-undang? Kenapa Azizan tak laporkan saja pada pihak berkuasa sebelum ini?

Nampaknya ada sikap "double standard" untuk semua pemimpin pakatan pembangkang. Mereka bagaikan "kebal" dari sebarang tindakan walaupun melanggar pelbagai kesalahan undang-undang negara, selagi mereka bergelar "pemimpin pakatan pembangkang". Ini bukti nyata bahawa pemimpin pakatan haram ini sememangnya tidak adil dan tidak mendaulatkan undang-undang.

Pastinya ramai lagi dari kalangan mereka yang turut melakukan kesalahan di sisi undang-undang, dan mereka hanya akan disabitkan kesalahan hanya "selepas" mereka keluar dari pakatan pembangkang.

Apa kata rakyat? Haruskah pemimpin pembangkang ini dipercayai dan dibiarkan memanipulasi minda kita semua? Apakah ini keadilan yang mereka laungkan? Anda semua adalah saksi tentang perkara ini dan buatlah pilihan yang lebih tepat!

PRK N27 DUN Merlimau: Siapa calon BN dan Siapa calon Pembangkang?


PRK N5 DUN Tenang telah selesai dengan jayanya. Kini tiba masanya DUN Merlimau dipertandingkan. Menurut SPR, jika tidak ada aral melintang PRK DUN Merlimau akan diadakan pada 6 Mac 2011, bererti lebih kurang sebulan dari sekarang.

Menurut sumber-sumber Duke, senarai nama calon telah pun dihantar oleh UMNO Melaka kepada UMNO Pusat. Berdasarkan butiran yang diterima, calon-calon yang disenarai pendekkan oleh UMNO Melaka bukan calang-calang orangnya. Ada yang muda dan ada berpengalaman. Dikhabarkan 4 dari senarai calon BN itu mempunyai sokongan "grass root" (akar umbi) yang kuat.

Menurut sumber lagi, calon-calon BN itu bukan saja dihormati di dalam UMNO Merlimau, malah mereka juga turut disenangi oleh rakyat sekitar Merlimau. Harapnya Dato' Seri Najib akan memilih calon yang terbaik di antara yang terbaik.

Meninjau pula bakal calon pembangkang bagi PRK DUN Merlimau, Duke sejak dari awal memaklumkan tentang gerakan "Sam Ketot" yang sudah melobi untuk menjadi calon di situ sejak hari pertama kematian Allahyarham YB Datuk Khidir lagi. Begitulah gelojoh dan biadapnya Ketua AMK yang menewaskan CheguBard itu.

Dengan mempromosikan diri dan mencanangkan "ada orang sebut nama saya..", maka "Sam Ketot"lah yang mendahului senarai calon pembangkang untuk PRK DUN Merlimau. Entah terpilih entah tidak. Untuk rekod, "Sam Ketot" dikhabarkan berasal dari Jasin, Melaka.

DUN Merlimau pernah ditandingi PAS dan PKR. Untuk kali ini, dikhabarkan PKR mungkin akan diberikan mandat untuk bertanding di sana. Apatah lagi setelah rekod PAS yang kalah di Tenang, PKR mungkin merasakan bahawa PAS tak perlu campur tangan di Merlimau. PAS perlu akui bahawa mereka kurang diterima oleh rakyat berbanding PKR yang lebih "kuat". Dan PAS juga perlu sedar bahawa tahap mereka hanyalah menjadi kuda atau keldai tunggangan saja untuk PKR dan DAP, tidak lebih dari itu!!!

Anwar sudah tentu mahu PKR bertanding di Merlimau. DAP pastinya akan bersetuju dengan kemahuan Anwar kerana ketua pembangkang itu sering "memberi muka" pada permintaan DAP. Dan sebagai timbal balas, DAP pastinya akan menyokong PKR untuk bertanding di Merlimau...

Harap PAS baliklah ke Kelantan beramai-ramai untuk mengubat hati yang lara. Tempat yang dijangka kalah pastinya akan diberikan kepada PAS dan mana yang dijangka pembangkang akan menang, maka pastinya disambar terlebih dahulu oleh PKR dan DAP. Kalau ada untuk PAS pun hanyalah sisa-sisa yang tak mungkin menjadikan PAS sebagai kumpulan "majoriti" pembangkang. Itu taktik dan perjanjian di antara PKR dan DAP. PAS hanya kelas bawahan bagi mereka!

Tak mengapalah. PAS sudah mengambil keputusan untuk di"balaci"kan PKR dan DAP dari mula. Tak perlu mengeluh atau merungut. Yang perlu dipersalahkan ialah Pok Nik yang ternyata tidak punya corak pemikiran politik yang bijak dan matang (meskipun sudah tua). Dia lebih memilih untuk ber"setubuh" dengan PKR (wakil Yahudi) dan DAP (kafir harbi yang menolak Islam secara total) dari merapatkan saf perpaduan umat Islam di Malaysia. Hj. Hadi sebagai Presiden PAS pun hampir dikafirkannya kerana mempromosikan Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi Nasharuddin Mat Isa yang hampir tidak mahu disapa tegurnya Pok Nik!

Jika Pok Nik bijak dari awal, sudah tentunya banyak negeri-negeri yang akan diperintah bersama UMNO/BN. Sudah tentunya ada wakil-wakil dari PAS yang akan memegang jawatan Menteri itu dan ini. Sudah tentunya umat Islam di Malaysia tidak akan bergaduh dan berjaya dipecahkan lagi oleh Anwar dan DAP. Tapi itulah PAS, kedangkalan akal zaman berzaman pastinya akan berterusan. Selagi tidak ada revolusi kebijaksanaan politik Islam di dalam PAS, selagi itu PAS akan terus menjadi "keldai" Anwar dan DAP laknatullahi alaihim!

PAS Kalah di Tenang: Apa kata puak-puak blogger totok PAS???


Berikutan kemenangan BN di DUN Tenang, Duke merayau sekejap ke blog-blog puak-puak PAS bagi memantau keadaan mereka. Saja nak tengok reaksi, komen, alasan dan usaha-usaha "memujuk diri sendiri" selepas kalah PRK lagi.

Blog Justice For All misalnya mendakwa...
"Mungkin kekalahan PR turut disumbang oleh masalah dalaman PKR dan pengumuman Gobala keluar dari parti itu, sehari sebelum hari pengundian.."

Terang-terang blogger ini menyalahkan PKR berikutan kekalahan PAS di DUN Tenang. Apakah adil (justice enough) untuk menuduh orang lain sebagai pesalah dan menafikan kelemahan sendiri? Tapi itulah "justice" di mata puak-puak PAS. Sudah tahu PKR tu memang "samdol", yang pergi kawan dengan diorang tu buat apa? Badigol wa taalol punya PAS...!!!

Blog Aku Budak Balun pula mendakwa...
"Pengundi-pengundi di Felda Tenang masih lagi setia mengundi BN di PRK Tenang hari ini! Kalau bukan jahil dan bodoh, apa lagi yang kita nak letak? Kalau bukan jahil muraqab, jahil apa lagi yang kita nak letak? Kalau bukan bangang.. apa lagi perkataan yang kita nak letak?"

Blogger PAS tegar ini pula dengan jelas menyatakan bahawa para pengundi DUN Tenang sebagai JAHIL, JAHIL MURAKKAB, BODOH dan BANGANG! Apakah benar pengundi di DUN Tenang bersifat begitu? Apakah hanya kerana tidak memilih parti pilihan blogger AKU BUDAK BALUN maka pengundi itu layak dilabelkan sebagai "jahil dan bodoh"? Duke tidak fikir begitu. Padahal blogger yang berkata begitulah yang "bodoh dan jahil sejahil-jahilnya"...!!!

Blog Anak Sungai Derhaka pula menyalahkan rakyat DUN Tenang yang masih memilih BN meskipun ditenggelami air banjir...

Nak tergelak pula Duke membaca ngomelan blogger ini. Dia tak pula kata begitu pada pengundi dan rakyat Kelantan! Sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan tiap-tiap tahun Kelantan banjir besar. Tak pula dia menyalahkan rakyat dan merungut rakyat Kelantan yang masih memilih PAS sebagai kerajaan! Bingai mamat ni kan? Hehehehehe...itu macam punya orang pun ada kat dalam Malaysia. Patut pun dia sokong PAS. Penyokong PAS ni kebanyakkannya kurang kemahiran menggunakan akal. Otak ada, tapi akal kurang...

Ketika Duke menulis, blogger Ruang Bicara Pria Malaya masih lagi belum update blognya. Mungkin dia sedang bingung memikirkan apa yang harus dia tulis dan komen tentang kekalahan PAS di DUN Tenang. Blognya masih cuba membela Cikgu Maarof yang ter"kantoi" dengan kes MCnya...

Dia kata Cikgu Maarof tak beli MC dan layak dapat MC sebab mengalami sindrom kemurungan yang menyebabkannya demam-demam, batuk dan selsema. Itu pun blogger ni dapat buktikan Cikgu Maarof dapat MC 2 hari saja. Lagi 19 MC dia tak dapat jawab! Macam ni ke "Pria Malaya"? Buat malu "pria Malaya" yang lain saja! Cikgu Maarof ni pergi ke hulu ke hilir ikut isterinya berkempen tu tak "murung" pulak? Tak "demam" pulak? Tak "batuk" pulak? Tak "selsema" pulak? Dah tau sakit tu, kenapa tak rehat kat rumah saja? Bro..bagi la alasan yang logik sikit bro. Alasan bro bagi tu buatkan orang gelak kat bro je la...buat malu bro je...hahahahahahahaaaaaa....!!!

Begitulah beberapa komen, ulasan, reaksi dan cara "memujuk diri sendiri" oleh puak-puak blogger tersohor PAS yang selalu tabur fitnah kat UMNO dan Kerajaan. Malas Duke nak tulis pasal blog-blog PAS yang lain. Maklumlah, kepala diorang semuanya sama saja "brand"...kurang daya fikir...

Beginilah. Duke fikir, PAS harus muhasabah balik kenapa PAS kalah di Tenang. Mungkin PAS ada buat dosa, kot? Dulu masa zaman sahabat dulu, tentera Islam hairan bila mereka kalah dan tak berjaya menewaskan satu musuh. Musuh-musuh lain senang saja dikalahkan. Tapi musuh kali ni susah nak dikalahkan walaupun musuh mereka tu lemah. Setelah dimuhasabah, barulah mereka tahu ada dosa yang telah mereka lakukan. Setelah bertaubat pada Allah, barulah tentera Islam berjaya tewaskan musuh. PAS pun kenalah muhasabah begitu...

Seperkara lagi, tak payahlah bertanding di DUN Merlimau tu nanti. Risau pulak Duke kalau PAS kalah. Bukan risau apa, Duke risau jika PKR dan DAP terus mentertawakan PAS dari belakang. Lagi pun, bagilah peluang pada "Sam Ketot" tu nak bertanding. Nanti kempunan pulak dia. Bagilah "chance" dia bertanding pulak. Kalau dia menang okaylah tu. Tapi kalau kalah, PAS gelakkan je budak "ketot" tak sedar diri tu...heheheheheeeee....

Sunday, January 30, 2011

PRK DUN Tenang: Cina tolak UMNO/BN???


Tahniah Duke ucapkan kerana UMNO/BN telah memenangi PRK N5 DUN Tenang. Secara rasminya, UMNO/BN telah berjaya memenangi sebanyak 6699 manakala PAS pula berjaya memperolehi 2992 undi. UMNO/BN menang dengan 3707 undi.

Pada Duke, jumlah majoriti 3707 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN itu sangat jauh tersasar dari target yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Pada awal kempen, Tan Sri Muhyiddin mensasarkan majoriti besar dengan kemenangan lebih 5000 undi. Malah sahabat Duke iaitu brader Husin Lempoyang pula begitu yakin bahawa Cikgu Mala akan hilang wang pertaruhan (deposit)! Dan nampaknya telahan dan jangkaan ini meleset.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi pada PRK DUN Tenang ini. Sebenarnya, PRK DUN Tenang ini hanyalah "test market" bagi mereka. Namun begitu, PAS tidak mahu "hilang muka" bertanding di DUN Tenang. Mereka sekurang-kurangnya akan cuba memberikan tentangan terbaik, meskipun mereka terpaksa menjual agama mereka untuk kesekian kalinya...

Cuba lihat fakta dibawah...

Bandar Labis Tengah (S2&3): PAS - 519, BN - 211.



Bandar Labis Tengah (S4): PAS - 209, BN - 90.



Bandar Labis Tengah (S1): PAS - 123, BN - 64.

Di atas adalah fakta undian di Bandar Labis Tengah yang Duke dapat dari blog Media Permatang Pauh.

Jika dilihat dan dianalisa pola pengundian tersebut, maka boleh dikatakan bahawa UMNO/BN tewas di kawasan Labis Tengah. Labis Tengah merupakan kawasan bandar yang di diami oleh majoritinya bangsa Cina dan ternyata golongan ini menolak UMNO/BN.

Duke berpendapat, bangsa Cina yang dikhabarkan menjana ekonomi di kawasan Bandar Labis Tengah ini memberikan undi mereka kepada PAS. Duke tidak menyalahkan rakyat berbangsa Cina di Bandar Labis Tengah ini untuk memberikan undi mereka kepada pembangkang. Ini mungkin disebabkan mereka telah di"bangang"kan oleh pihak pembangkang. Atau mungkin mereka juga telah di"wahyu"kan oleh "Dewan-Dewan" mereka untuk memberikan undi kepada PAS.

Mengapakah kini, bangsa Cina mengubah "trend" mereka untuk memberikan undi mereka kepada pihak PAS? Bukankah selama ini mereka membenci PAS yang kononnya berjuang menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Malah sebelum ini bangsa Cina menolak PAS kerana mereka menganggap PAS adalah sebuah parti yang tidak terbuka dan anti kemajuan...

Pada Duke, perkara ini terjadi kerana beberapa sebab.

Yang pertama, mungkin bangsa Cina di Bandar Labis Tengah (di kawasan ini sajakah? bagaimana di tempat lain?) fikir bahawa PAS lebih senang di"control" berbanding UMNO yang terlalu sukar di"jinak"kan. Bangsa Cina ini cuba men"jinak"kan UMNO selama lebih dari 50 tahun, namun mereka gagal. Mereka lebih senang hati untuk mengundi PAS kerana ternyata PAS begitu mudah untuk dicucuk hidung dan dikeldaikan berbanding UMNO.

Yang keduanya, bangsa Cina di Bandar Labis Tengah (di sini sajakah? di tempat lain tak fikir begini?) begitu yakin dengan perubahan PAS yang kini lebih liberal dengan perjuangan politiknya. PAS berjaya mengikut kehendak bangsa Cina ini dengan menggadaikan agenda "Negara Islam" dan "Hukum Hudud" yang dipegangnya sebelum ini. Dengan membuang kedua-dua agenda itu, maka tentunya golongan bangsa Cina ini membuka mata mereka dan sedar bahawa PAS ini boleh di"beli"! Murahnya harga dan maruah diri PAS di pandangan bangsa Cina...

Yang ketiganya, mungkin mereka hanya menurut dan bertindak memberi undi berdasarkan "wahyu" dari "dewan-dewan" Cina yang mereka perolehi lewat malam semalam. Menurut beberapa sumber dan berdasarkan pengalaman PRU dan PRK sebelum ini, dikhabarkan bahawa "wahyu-wahyu" ini akan turun secara rahsia kepada mereka pada malam atau lewat pagi sebelum hari pengundian bermula. "Wahyu" inilah yang akan menentukan parti mana yang akan diberikan undi dan sebagai bangsa Cina yang bersatu di bumi asing, mereka akan sepakat mengikut kata "wahyu" tersebut. Apapun, tindakan ini amat sukar untuk dibuktikan kerana ianya berlaku secara rahsia dan terancang.

Yang keempat, bangsa Cina ini menolak UMNO/BN dek kerana kelemahan MCA dan Gerakan yang gagal menambat hati mereka. Mungkin MCA, Gerakan dan lain-lain parti berbangsa Cina fikir mereka sudah melakukan sebaiknya. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu oleh bangsa mereka sendiri. Chua Soi Lek, Tsu Koon dan Tiong Lai harus memberikan "surat tunjuk sebab" mengapakah mereka gagal menambat hati penduduk Cina di Bandar Labis Tengah yang tidak sampai 1000 orang itu.

Hakikatnya, Bekas ADO yang baru bergelar YB DUN Tenang itu perlu mengenal pasti kawasan Bandar Labis Tengah yang menolak UMNO/BN. Beliau perlu mengenal pasti golongan manakah di antara mereka yang "menipu" UMNO/BN di kawasan tersebut. Tauke kedai manakah yang "bermuka-muka" dan "manis di depan, tikam dibelakang"? Beliau perlu mengenal pasti "kenapa,kenapa dan kenapakah mereka tidak memilih UMNO/BN". Beliau kena siasat dan buat "bedah siasat"...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!