Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 25, 2011

Gegarrrr di Tenang..!!! Kem PAS huru hara..!!!


Berita terkini dari Tenang memberi tahu ada sesuatu yang “tidak kena” pada jentera kempen PAS di sana. Menurut sumber, jentera kempen pihak PAS sedang berada di dalam keadaan “ribut taufan”. Huru hara dan bergaduh sesama sendiri. Tidak ubah seperti puak-puak musyrikin yang bertelagah sesama sendiri ketika berperang di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dahulu.

Menurut “sumber dalaman” penulis, kempen PAS di PRK DUN Tenang telah diboikot secara “halus” oleh Mazlan Aliman, kumpulan ANAK dan Dewan Pemuda PAS. Ini adalah hanya disebabkan oleh sifat dengki yang ada pada Mazlan Aliman kepada calon PAS PRK DUN Tenang, Normala Sudirman. Menurut sumber lagi, Mazlan Aliman memang hadir di PRK DUN Tenang, namun kehadirannya hanyalah sekadar “tunjuk muka” sahaja.

Sebetulnya, dikhabarkan bahawa Mazlan Aliman sememangnya sangat bercita-cita besar untuk menjadi calon PRK DUN Tenang ini. Ini memandangkan bahawa terdapat rangkaian Felda di dalam kawasan DUN Tenang. Memandangkan aktiviti Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK yang “konon-konon”nya membela nasib anak-anak Felda, maka dia merasakan bahawa dialah yang paling layak untuk bertanding disitu.

Selain itu, analisis penulis berpendapat bahawa ada logiknya Mazlan tidak mahu Normala menang di PRK DUN Tenang. Kemenangan Normala di Tenang akan menggambarkan masa depa dan cita-cita Mazlan untuk menjadi calon di DUN Tenang pada PRU13 nanti menjadi kelam. Jika Normala menang, Mazlan khuatir Normala akan dicalonkan semula di DUN itu pada PRU13 dan ini “memotong jalan” Mazlan secara peribadi. Mungkin diatas itu, congak sifir Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK berpendapat adalah wajar untuk mereka memboitkot kempen Normala itu.

Sebagaimana maklum, Dewan Pemuda PAS dan kumpulan ANAK agak bergantung kepada Mazlan Aliman jika mereka berada di dalam kawasan Felda. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman ini adalah “taiko” besar yang berpengaruh di semua Felda di seluruh negara. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman juga berpengetahuan luas tentang sosio-budaya Felda dan sangat arif dengan isu-isu Felda. Dan memandangkan Mazlan bertindak memboikot kempen Normala “secara halus”, maka mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut jejak langkah “boss” mereka itu.

Penulis juga difahamkan oleh beberapa rakan di DUN Tenang bahawa terdapat pergaduhan besar di antara “Din Puduraya” (Salehuddin) dan “Ketua Komunis Melayu Sepet Perak” (Nizar). Menurut sumber dalaman PAS yang sampai ke pengetahuan penulis, Salehuddin marahkan Nizar berhubung “cara” Nizar berkempen di situ. Salehuddin tidak puas hati apabila Nizar mengeluarkan “fatwa”nya yang mendakwa “adalah HARAM untuk memberikan undi pada UMNO/BN”!

Mungkin Salehuddin tidak dapat menerima “fatwa” dari Nizar itu. Mungkin pada Salehuddin, hanya Nik Aziz sahaja yang layak mengeluarkan “fatwa hukum” sebegitu. Dikhabarkan bahawa Salehuddin telah memberi amaran dan kata dua kepada Nizar sama ada menghentikan kempen bodoh sebegitu atau berambus saja balik ke Perak! Marah benar Salehuddin pada Nizar…

Nizar pula dikatakan tidak mahu mengalah! Dituduhnya Salehuddin adalah di antara “agen UMNO” yang bekerja ke arah “kerajaan perpaduan”. Malah Nizar juga mengugut akan memboikot semua kempen PAS di PRK DUN Tenang sekiranya Din Puduraya tidak meminta maaf darinya! Garangnya Nizar…

Penulis optimis. Sekiranya mana-mana pihak yang akan bertanya pada Salehuddin mahupun Nizar, mereka berdua pastinya bermati-matian akan menafikan perkara dan insiden tersebut. Begitu juga jika ditanya kepada Mazlan Aliman, kumpulan ANAK atau Dewan Pemuda PAS, “mati hidup balik” pun mereka takkan mengaku kesahihan perkara ini. Iyalah, “siapa yang rela mengaku dia berak di tengah jalan”! Lagi pun, menipu dan berlakon dikhalayak ramai sudah menjadi kebiasaan puak-puak pembangkang. Palsu dan hipokrit..!!!

Nampaknya ramai dari kem Normala sendiri yang tidak ingin dia memenangi PRK DUN Tenang ini. Pemimpin PAS yang datang kebanyakkannya hanya sekadar untuk “tunjuk muka”. Malah dikhabarkan bahawa inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki di DUN Tenang! Jika tidak ada PRK di DUN Tenang ini, tak ingin mereka singgah di Felda-Felda yang berada di Tenang. “Beli jiwa”lah kononnya…

Tidak mengapalah. Penulis amat menghormati amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan tidak terkecuali PRK DUN Tenang. Normala bertanding dan berkempenlah bersungguh-sungguh. Cubalah untuk “tidak hilang wang deposit”. Penulis harap Normala tidak akan menjemput Mat Sabu dan Anwar ke sana. Maklumlah, yang seorang tu suka “goda” isteri orang, dan yang seorang lagi tu pula lebih merbahaya, dia suka suami, isteri, gadis dan pemuda yang jambu! Penulis risau jika mereka mencemar nama baik Cikgu Mala yang ternyata lebih warak dan Islam dengan “salam bersarung tangan”. Harap Cikgu Mala jangan menjemput mereka. Jika mereka datang tanpa berjemput pun, jangan salam dan berhati-hatilah dengan mereka. Mereka ada rekod polis!

Wallahua’alam.

Sumber: myKMU.net

Sunday, January 23, 2011

PRK DUN Tenang: Ismail Sabri penyebab kekalahan BN/UMNO..???

Dato' Seri Ismail Sabri, sila jawab...


Patut pun "barang" naik...ini kerjanya....


Kempen PRK DUN Tenang sudah bermula semalam. Menurut blogger-blogger pro-PAS, ada yang mendakwa lebih 100 ribu orang penyokong PAS yang mengiringi perarakan penamaan calon PAS, Normala Sudirman. Ada yang mendakwa 70 ribu orang, ada yang kata 50 ribu orang dan ada pula yang kata 30 ribu orang sahaja. Biarpun berapa yang di dakwa oleh blogger-blogger PAS itu, penulis tidak hairan kerana mereka memang suka cakap tanpa fakta. Main ikut sedap mulut saja. Tipu dan fitnah sudah menjadi permainan mereka, apatah lagi Pok Nik sudah menjanjikan syurga buat mereka.

Sebetulnya, ramai yang beranggapan bahawa PRK DUN Tenang ini sebagai pengukur kekuatan UMNO/BN. Sebagaimana kita tahu, sejarah pilihanraya DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat UMNO (kawasan putih). Namun kesungguhan yang ditunjukkan PAS pada hari penamaan calon untuk merampas DUN Tenang dari BN tidak sekali-kali boleh diperkecilkan. Penulis percaya, kepimpinan UMNO tidak pernah memandang rendah keupayaan lawan. BN/UMNO perlu berwaspada dan tidak meletakkan diri di dalam "comfort zone".

Sebagaimana sangkaan Duke, isu "harga barang naik" turut akan dijadikan sebagai modal utama bagi puak-puak Pakatan Haram di DUN Tenang. Harga RON 97 dan RON 95 yang naik melibatkan banyak lagi harga barang naik. Ini termasuklah harga gula, sayur dan gas memasak. Manakala harga produk tenusu dijangka naik. Begitu juga dengan kepayahan mendapatkan minyak masak di pasaran. Harga tarif air dan elektrik juga dijangka akan naik pada tahun ini (ada beberapa negeri yang sudah menaikkan harga tarif). Semua barangan yang telah naik harga ini adalah di bawah seliaan Kementerian yang diketuai oleh Dato' Seri Ismail Sabri.

Duke akur bahawa harga barangan pastinya akan naik mengikut peredaran masa dan zaman. Contohnya harga sekati garam dahulu tidak sama dengan harga sekati garam pada zaman sekarang. Namun, jika kenaikan harga barangan yang tidak dikawal boleh menyusahkan rakyat. Bil air dan elektrik meningkat sekali ganda walaupun jumlah penggunaannya sama seperti sebelum ini. Pekebun pisang terpaksa membuang stok pisang yang busuk akibat penjual goreng pisang yang kehabisan bekalan minyak dan terpaksa tutup gerai. Ibubapa terpaksa bekerja lebih masa atau mencari kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup keluarga. Itu belum lagi dikira dengan "ahli parlimen kedai kopi" yang merungut harga roti canai dan teh tariknya meningkat 20-30 sen segelas.

Apa yang Duke kesalkan, Ismail Sabri dengan "selamba" meminta rakyat bercucuk tanam sayur-sayuran di rumah masing-masing untuk mengurangkan kos belanja membeli sayur. Apakah mereka punya masa untuk berbuat begitu? Pergi kerja selepas subuh dan pulang kerja pula selepas solat maghrib. Sempatkah mereka hendak bercucuk tanam di rumah? Pelajaran anak-anak perlu dilihat, kain baju perlu dibasuh, rumah perlu dikemas dan banyak lagi perkara yang lebih penting perlu dibuat. Jika seminggu sekali baru nak beri perhatian pada sayur-sayuran, pastinya sudah layu & kecut. Sayur tak tahan lama!

Duke terkejut apabila Ismail Sabri memberikan alasan kenaikan harga barangan tidak dapat dikawal oleh kementeriannya kerana barangan yang terlibat adalah bukan "barangan harga terkawal". Penulis agak hairan, apakah Ismail Sabri tidak berfikir sebelum menjawab? Apakah "GULA" bukan barangan harga terkawal? Pelik benar jika seorang Pak Menteri tak tahu tentang perkara ini.

Terkini ialah kemelut bekalan minyak masak yang sangat kritikal. Dikatakan kemelut ini hingga ada yang terpaksa makan makanan rebus saja. Kalau perkara ini diadukan pada Ismail Sabri, silap-silap dia suruh buat minyak masak sendiri! Tak pun, dia akan kata "baguslah, makanan rebus bagus untuk kesihatan". Jika dia jawab begitu, nampak sangat beliau cuba lari dari tanggungjawabnya. Menyedihkan untuk mempunyai seorang Menteri begini, bukan? Bayangkan, Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia! Macamana minyak masak boleh habis stok??? Pelik betul!

Hari semakin hari rakyat kian merungut tentang harga barang yang kian naik. Tanpa pemantauan dan kawalan ketat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pastinya rakyat akan makin merungut dan marah pada pihak Kerajaan. Dan kesempatan ini akan diambil oleh pihak pembangkang...

Sebagaimana yang kita tahu Pakatan Haram ini cukup suka berjanji "bulan dan bintang", walaupun mereka tidak punya kemampuan pun mengotakan janji mereka. Lihatlah manifesto PRU12 Pakatan Haram, tidak ada satu pun yang dilaksanakan di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram. Kita tahu mereka "auta" saja lebih. Namun, bagaimana dengan rakyat yang percaya pada "auta" mereka? Mahukah kita lihat Pakatan Haram ini memerintah Malaysia, kemudian tidak mengotakan janji mereka dan seterusnya merosakkan negara kita ini ikut suka mak bapak mereka saja? Duke tidak akan sekali-kali membenarkan perkara ini berlaku. Apa Duke nak jawab pada anak cucu esok?

Seharusnya, Ismail Sabri mencari pendekatan drastik untuk mengawal harga barang. Beliau wajib mengekang kenaikan harga barang dan menghalang kesan kenaikan harga barang dari terus menghantui rakyat. KPInya teruk sekali (sejak zaman Pak Lah). Rakyat tidaklah sekaya Ismail Sabri. Berapa sangat gaji seorang kerani berbanding kos sara hidup yang tinggi. Pekerja swasta di bandar besar pula tidak punya "cola" sebagaimana yang dinikmati oleh penjawat awam. Bagaimana pula rakyat di kampung-kampung? Itu semua Ismail kena ambil kira...

Jika Ismail Sabri fikir bahawa beliau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab untuk rakyat ini, eloklah beliau letak jawatan saja secara terhormat. Ambil teladan dari pemimpin-pemimpin di Jepun yang meletak jawatan apabila menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk menanggung dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Jangan merosakkan nama Kerajaan UMNO/BN yang menggunakan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Sayanglah pada rakyat, dan rakyat pasti akan mengenang budi yang diberikan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!