Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 22, 2011

Perhatian!!!! Perhatian semua..!!! Ada pengumuman dari Majlis Fatwa....


...MAJLIS FATWA PASPISPUS...

FATWA TERBARU:
Mengundi UMNO/BN adalah...

...HARAM!!!
-Sabun Samak Ostat Nizar Al-Komuneecie Al-Sepeeetiee,
Murahguru kepada Ostat Nga & Ngeh!

Fatwa ini ditujukan khas buat semua warga Malaysia yang layak mengundi, terumatamanya para pengundi di PRK DUN Tenang. Fatwa ini juga mestilah digunapakai oleh para pengundi pada PRK Perlabuhan Klang (itu pun kalau jadi PRK kat situ) dan PRK DUN Merlimau ("Sam Ketot" nak jadi calon woiii...!). Ingat! Fatwa ini adalah WAJIB diaplikasikan untuk para semua pengundi ketika membuang undi. Kalau boleh, tampal fatwa ini kat IC korang masa nak mengundi tu sebagai rujukan..

Panasss..!!! Gambar-gambar puak-puak PAS di Penamaan Calon PRK DUN Tenang..!!!

Inilah barisan kita..yang ikhlas berjuang..siap sedia berkorban..untuk DAP!!!



Berapo juto duit mu bawok dale beg belake keto mu tuh? Nuo beri denge mu ke? Mintak skett..!!!


Ambo lah Haji DAP daghi kelate...membangun bersamo Karpal.."Anwar Ibrahim harus bertobat"!!!


Che Wan...Mamat yang tengah pegang bendera DAP tu anak Haji DAP tu ke???


Lori pun kaler hijau tu...banyak betul duit PAS...tu pun mintak sedekah sorang singgit dari puak-puak PAS...duit tu guna untuk cat lori & upah bebudak tu ke?


Huyyooo..ramainya puak-puak PAS...macam "Sure Heboh!"...bercampur lelaki dan perempuan..errr...muhrim ke bukan muhrim ke tu..?!!!


Bukti 500 ribu puak-puak PAS...ada yang bawak bendera PKR, ada yang bawak bendera DAP...sapa yang bertanding nihhh??? PAS? PKR? DAP? atau Pakatan Haram???


Doa hancurkan UMNO...padahal UMNO tu saudara seIslam...Rasulullah ajar macam ni ke???


Aku rasa...budak pakai baju merah yang bawa bendera DAP tu cucu Haji DAP tadi...!!! DAP's family la kotttt....


Duke ada terima sms mengajak pergi ke penamaan calon PRK DUN Tenang hari ni. Maaflah, Duke terpaksa tolak kerana ekonomi "kurang memberansangkan". Tapi rasa terkilan tak dapat pergi tu tetap terasa. Apatah lagi ramai jugak la kawan-kawan Duke pergi. Anyway berita dari kengkawan di sana tetap Duke terima. Thanks folks!

Kecut perut jugak Duke tengok gambar-gambar yang Che Wan ambil dari "DSLR"nya. Ramainya umat manusia! Ramai sungguh penyokong-penyokong PAS di DUN Tenang! Che Wan kata lebih dari 500 ribu orang! Kalah la BN kalau macam ni punya ramai...Penyokong BN hanyalah sekitar 5000 orang saja. Itu pun jika dicampur dengan polis dan kengkawan bloggers...habislah!

Diorang cakap, keadaan kat Tenang sudah tak "tenang". Penyokong & pengundi PAS beratus ribu! Lebih banyak dari jumlah pengundi DUN Tenang secara keseluruhan. Yang peliknya. Sejak bila rakyat di DUN Tenang ni "kecek" loghat Kelate? DUN Tenang ni bukan kat Johor, ke?

Bila sebut je pasal sifat "penyokong" dari Kelate ni, Duke terus tergambar sifat penyokong "gedebe", "kurang sopan" dan ada yang "kurang ajar" macam Pok Nik ajar. Contoh terbaik "akhlak mahmudah" penyokong Kelate ialah sikap penyokong bolasepak Kelate. Sendiri fikir laaa...

Duke sebenarnya "kagum" dengan puak-puak PAS ni. Mana-mana PRU mahupun PRK, beratus ribu yang hadir. Penyokong BN pulak "ciput" je jumlahnya. Adakalanya, tak sampai 500 orang pun. Kerajaan terpaksa menghantar pasukan polis untuk mengawal keadaan, takut ada perkara tak diingini berlaku. Kenapa? Ganas sangat ke penyokong BN? Atau penyokong PAS yang ganas & suka buat provokasi melampau? Penyokong BN minoriti terpaksa dilindungi oleh pihak polis dari sikap "kurang ajar" PAS. Ternyata PAS berjaya menampilkan Islam ala PAS yang berimejkan ganas, suka menimbulkan kekacauan, kurang ajar dan berkelakuan macam tak punya akal.

Tak mengapalah. Memang begitu perangai PAS turun temurun. Sejak Duke berada di dalam kem PAS lagi, imej Islam di dalam PAS sememangnya tercemar oleh tindakan PAS dan penyokong-penyokongnya sendiri. Itu merupakan antara faktor utama mengapa Duke tidak pernah memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Duke masuk kem PAS dulu pun pasal Arwah Abah Duke yang sememangnya rapat dengan kepimpinan PAS Kedah dulu.

Mengikut kiraan Duke untuk PRK DUN Tenang ini. Jika dilihat dan dikira semua puak-puak PAS yang ada dalam gambar dan dihitung pula penyokong-penyokong UMNO/BN, kemungkinan besar BN hilang wang deposit! Kalah besar BN! Tak mengapalah. UMNO dah biasa dengan PAS sejak dulu lagi. Bunyi saja besar, kononnya membawa bendera Islam! Tapi rupanya "tong kosong", yang dibawanya bendera DAP!!! Islam apa ke nama lagu tu???

Heil "Sam Ketotttttt"...!!!



Pusara Allahyarham YB Datuk Mohamad Khidir Abdul Wahid masih merah. Jasadnya baru saja disemadikan, "Sam Ketot" sudah mula memasang angan-angan melangit untuk menjadi YB di DUN Merlimau! Nampaknya ibubapa "Sam Ketot" tidak mengajar anaknya tentang erti adab sopan. Entahlah. Mungkin juga sikap "kurang ajar" yang dimiliki "Sam Ketot" ini sememangnya semulajadi sifatnya bagi seorang ahli Pakatan Kencing Rakyat!

“Beberapa orang (pemimpin negeri PKR) ada mencadangkan nama saya ..."!

Bagitulah apa yang terpacul keluar dari mulut "Sam Ketot" mengulas tentang kematian penyandang wakil rakyat DUN Merlimau semalam. Alangkah moleknya jika "si pendek akal" ini menghadiahkan bacaan surah Yaa Sin atau sekurang-kurangnya tahlil ringkas kepada Allahyarham. Begitukah caranya "Sam Ketot" menghormati kematian saudara seIslamnya sendiri?

Tentunya "Sam Ketot" tak tidur malam sejak kematian ADUN Merlimau tersebut. Mimpinya sudah tentu yang bukan-bukan. Hanya sekadar mendengar "cakap-cakap politik" dari beberapa pimpinan yang suka "kencing"kan rakyat, "Sam Ketot" ini sudah mengidamkan dirinya sebagai YB!

Betulkah ada pemimpin PKR yang mancadangkan namanya? Atau dia sendiri yang pandai-pandai mencadangkan namanya? Betul ke ni "Sam"? Ada ke orang nak cadangkan "budak tak cukup inci" macam kamu tu? Bukan setakat "tak cukup inci", "akal pun tak berapa cukup" tu..!!! Kalaulah aku sendiri yang dicadangkan sesiapa untuk jadi calon YB, takkan sekali-kali aku memalukan diri aku untuk hebahkan pada wartawan! Presiden parti pun tak kata apa-apa pun, "si pendek" ni pulak yang lebih..!!!

Kalau betul pun ada yang mencadangkan nama si "Sam Ketot" ini, tentunya ada "udang di sebalik maggi". Mungkin pencadang yang "Sam Ketot" katakan tu saja nak tengok perangai bingai "Sam". Sekali jolok, terus melatah!!! Cakap pada wartawan pulak tu! Hahahahahaaa...satu Malaysia dah "nampak" perangai "si ketot" ni!!!

Tak mengapalah "Sam". Aku serahkanlah pada Allah yang Maha Penentu. Dia lebih tahu dari aku. Sekiranya "Sam Ketot" dicalonkan di PRK DUN Merlimau kelak, siaplah dia di"kenduri"kan rakyat Merlimau! Namun, jika dia tidak dicalonkan untuk PRK DUN Merlimau, bersedialah untuk menahan malu semalu-malunya dari seluruh rakyat Malaysia. Silap-silap "mati" terus karier "Sam Ketot"!

Opsss...sebelum aku akhirkan entry ni, lupa pula nak bagitahu "Sam Ketot", sila bersilat bersilambam dengan PAS dulu sebelum nak jadi calon YB Merlimau! PAS pun dok tengah "aim" untuk dicalonkan di DUN Merlimau tu. Harap PAS tak ketuk kepala "Sam" teruk-teruk, bertambah "ketot" pulak si "Sam" tu nanti! Okay Sam? Selamat berangan..!!!!

Friday, January 21, 2011

PRK DUN Tenang: Sarung Tangan "Politik"..!!!




Ada rakan-rakan Duke menyampaikan berita pada Duke bahawa Normala Sudirman, calon PAS PRK DUN Tenang enggan bersalam dengan orang lelaki. Alasan yang diberikan ialah " lelaki bukan muhrim". Baguslah. Duke faham hukum Allah menetapkan begitu. Duke puji pendirian Normala itu.

Namun, benarkah tepat tindakan Normala itu? Apakah dia fikir salam yang tak bersambut itu akan mengecilkan hati rakyat DUN Tenang? Sebetulnya, ada cara yang lebih baik yang dianjurkan oleh Islam. Allah tidak mencipta sesuatu hukum di dalam Islam untuk menyusahkan hambanya. Jalan penyelesaian terbaik untuk Normala ialah, "pakailah sarung tangan"! Mudah bukan? Namun, penyelesaian sebegitu mudahlah yang gagal difikirkan oleh puak-puak PAS!

Sebagaimana kita tahu, Wan Azizah, isteri kepada Pak Syiekh Anwar "ibnu Ubai Al-Juburi" sebelum ini memakai sarung tangan untuk bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya. Namun kini, entah ke mana perginya sarung tangan Kak Wan, Duke pun tak tahu. Mungkin Wan Azizah sudah berubah...

Dulu sewaktu Kak Wan mula-mula bertanding di Permatang Pauh, dia dilihat memakai sarung tangan untuk bersalaman dengan rakyat dan lelaki bukan muhrim di sepanjang kempennya. Namun, gambar di atas jelas menunjukkan "lelaki cina" itu sudah tidak menjadi muhrim padanya. Itu abang Kak Wan, kah? Apakah fahaman yang Anwar terapkan pada Kak Wan sehingga menganggap lelaki Islam itu bukan muhrim dan lelaki kafir itu muhrim sendiri?

Kini Kak Wan tidak lagi bersarung tangan. Kak Wan tidak lagi menjaga "salam"nya dengan lelaki bukan muhrim. Begitu juga dengan anaknya Nurul Izzah yang dikatakan di"gilai" oleh KJ suatu masa dahulu. Tanpa sarung tangan yang membataskan sentuhan kulit, Kak Wan anak beranak bebas untuk bersalam...

Apakah ertinya "sarung tangan" Kak Wan dahulu? Apakah itu hanyalah sekadar sarung tangan "politik"? Kenapa Nurul Izzah tidak bersarung tangan? Pak Syiekh tak ajar tentang halal haram, kah? Dan Normala pula mengapa begitu bodoh sekali untuk tidak mempergunakan pendekatan Kak Wan suatu masa dahulu? Pakailah sarung tangan untuk menyambut salam. Mahal sangatkah harga sepasang sarung tangan "politik"? Harap Normala tanya pada Kak Wan...

Pakatan HARAM ni tak paham bahasa ke???


Aku memang tak dapat pegi PRK DUN Tenang kali ini untuk memberi sokongan moral & melaporkan berita dari sana (ishhh...rasa macam wartawan pulak dah! hehehe..). Tapi bila rakan aku kat sana memberitahu bahawa Timbalan Pengerusi SPR mengharamkan bendera, gambar, atau sebarang cetakan melambangkan parti DAP dan PKR, memang aku gelak sakan!

Payah cakap dengan orang tak faham bahasa Melayu ni! Yang bertanding kat DUN Tenang tu UMNO/BN dan PAS! Jadi, hanya sajalah yang dibenarkan menampal poster, bendera, gambar atau sebarang bahan cetakan yang mewakili parti bertanding. Jadi, DAP dan PKR boleh blahhhhh!!!

Jangan harap la PKR atau DAP nak tampal poster diorang kat situ! Paham tak bahasa Melayu? Deyyyy..Pakatan korang tu pakatan yang tak didaftar. Maka dalam bahasa mudah, pakatan korang tu adalah Pakatan HARAM! Ada faham ke perkataan "HARAM" tu??? Korang je yang pandai-pandai letak nama "rakyat" kat nama pakatan "HARAM" korang tu. Pasal korang pakai nama "rakyat" tanpa kerelaan rakyat Malaysia sendiri maka rakyat dah menyampah dan meluat tahap "dewa" dah kat korang! Tak sedar-sedar lagi ke?

Ingat! Kalau korang gantung/edar/tampal jugak poster, bendera atau sebarang bahan cetakan kat PRK DUN Tenang, kawan-kawan aku kat sana tak teragak-agak akan buat laporan kat SPR & pihak berkuasa untuk "disqualified" calon PAS tu! Dah la hari tu calon korang tu gelojoh ghairah berkempen sebelem masa yang dibenarkan! Jenis orang yang tak bertamadun macam puak-puak PAS, PKR dan DAP ni memang tak reti hormat undang-undang. Kira nak ikut sedap mak bapak korang je!

Nak tanya sikit...rasa-rasa boleh menang ke kat DUN Tenang ni? Heh?

Thursday, January 20, 2011

Gempar..!!! Khalid & Exco beragama Islam di"tampar" Mufti Selangor..!!!

"Hidup Ronnie & Teresa..!!!" mungkin itu yang Khalid kata ter"gagap-gagap"...

Panaslah punggung para pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang beragama Islam. Kali ini Mufti Besar Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid pula memberikan tamparan hebat kepada mereka. Beliau mengulas tentang soal perlaksanaan undang-undang Seksyen 18(2) yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis arak dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Yang menariknya, Mufti Selangor ini begitu berani untuk berkata benar meskipun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan perlakuan dan layanan yang sama seperti Dato’ Khusrin, SUK Selangor yang ditekan hebat Khalid dan konco-konconya.

Mufti Selangor dilaporkan menempelak mana-mana pemimpin Kerajaan Haram Negeri Selangor yang menentang, membekukan atau membatalkan undang-undang di bawah Seksyen 18(2) yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya baru-baru ini. Untuk rekod, Ronnie Liu dan Teresa Kok menentang keras perlaksanaan undang-undang berkaitan umat Islam ini dan berjaya membekukan sementara perlaksanaannya.

Manakala, Hasan Ali pula mewakili PAS Selangor, walaupun ber”suara” menyokong penuh perlaksanaan undang-undang oleh MPSJ ini terpaksa akur dengan desakan kedua-dua kafir harbi DAP itu.

Selain itu, Dato’ MohamadTamyes Abdul Wahid juga menggesa agar perlaksanaan undang-undang melarang umat Islam bekerja di permis arak turut sama dilaksanakan oleh seluruh PBT negeri Selangor. Menurut Mufti Selangor tersebut, larangan dan arahan ini bukanlah datang dari dirinya dan menegaskan bahawa ianya merupakan arahan dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Mufti Selangor itu menambah, “Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan ‘orang agama’ dan bukan faham agama”.

Jelas sekali Mufti Selangor berada dipihak yang benar dan jelas sekali bahawa perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ itu sangat sesuai dan bertepatan dengan ajaran Islam dan muamalah muslimin dan muslimat di negeri Selangor. Penulis menyokong penuh perlaksanaan undang-undang ini. Malah penulis berpendapat bahawa undang-undang ini sepatutnya menjadi ikutan kepada semua Jabatan Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri-negeri di Malaysia ini.

Apa kata Khalid Ibrahim tentang perkara ini. Selaku Menteri Besar Selangor yang juga beragama Islam, sepatutnya dia menyokong perlaksanaan undang-undang ini dikuatkuasakan oleh seluruh PBT di negeri Selangor. Mengapa dia membisu? Takut disergah Ronnie Liu dan Teresa Kok? Atau barangkali Khalid takut hilang sokongan dari “tauke-tauke” pusat hiburan di Selangor? Atau Khalid sendiri suka kalau “awek” Melayu beragama Islam melayannya di pusat-pusat hiburan sebegitu? Bagaimana jika “anak gadis” Khalid sendiri yang bekerja di premis-premis hiburan dan menghidangkan arak kepada pelanggan? Khalid suka? Takkanlah Khalid yang beragama Islam juga sama seperti Ronnie Liu dan Teresa Kok yang tak faham agama Islam?

Mana PAS? Sekadar ber”kokok” dan “menyalak bukit” saja, kah? Selepas ber”kokok” dan “menyalak”, disergah pula “anjing DAP”. Nampak pula “tag” nama di leher “anjing-anjing DAP” itu tertera nama “Ronnie The Don” dan “Teresa The Cock”, maka lebih menikus pula dari tikus? Kecut habis “telur-telur” Dewan Pemuda PAS? PAS jadi pondan bila berhadapan dengan DAP? Dayuslah PAS apabila berhadapan dengan DAP yang juga kafir harbi yang dipeluknya itu. Itukah bukti “Pejuang Islam” yang selalu didabik dadakan oleh PAS selama ini? Apakah PAS faham atau tidak apa yang Mufti Selangor katakan itu? Atau PAS juga tergolong dalam “bukan orang agama dan tidak faham agama”?

Ronnie Liu dan Teresa Kok pula tentu senang hati sekarang. “Back to business”, kata orang putih. Apa mereka peduli pada sensitiviti umat Islam di Selangor? Pada DAP, semua negeri-negeri jajahan Pakatan Haram akan ditukarkan menjadi Singapura! Itulah “vision dan mission” DAP sebenarnya. DAP mahu mengikut jejak langkah PAP di Singapura. Dan umat Islam PKR dan PAS mesti sokong tujuan DAP itu! Jika tidak, siaplah kena sergah!

Penulis terfikir, mengapakah Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS tidak campur tangan dalam hal ehwal isu agama Islam ini. Bukankah dia “pemegang fatwa” PAS? Bukankah isu ini lebih penting dari soal politik atau kempen PRK DUN Tenang yang sedang rancak dijalankan? Atau persoalan mengenai agama Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan Nik Aziz dalam perjuangannya? Politik lebih penting? Atau Nik Aziz lebih sayangkan Ronnie Liu dan Teresa Kok berbanding Hasan Ali?

Menurut Nik Aziz, DAP kini lebih faham tentang Islam berbanding UMNO. Kenapa pula kali ini Mufti Selangor jelas menyatakan bahawa pemimpin DAP ini tidak faham tentang Islam pula? Nik Aziz belum tazkirah mereka lagi, kah? Nik Aziz belum sempat tasykil Ronnie dan Teresa, kah? Atau DAP belum khatam mengaji agama di pondok Pulau Melaka? Pelik, PAS kelihatan lebih cenderung dan terpengaruh dengan fahaman DAP dan PKR, sedangkan sepatutnya DAP dan PKRlah yang kena lebih terpengaruh dengan pendirian PAS. Apakah Nik Aziz menjadikan PAS berstatus “liberal” berbanding dahulu yang lebih “fanatik” dan “extreme”?

Akhirnya, penulis harap agar Khalid dan exco-exco “bukan ahli agama dan tak faham agama”nya itu tidak akan memecat Mufti Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes Abdul Wahid. Janganlah pecat Mufti Selangor itu semata-mata kerana beliau memperkatakan yang “haq” (benar) dan menunjuk ajarkan kamu semua tentang perkara yang “batil” (tidak benar). Jangan pula Khalid dan konco-konconya memperlakukan Mufti Selangor itu sebagaimana yang terjadi pada SUK Selangor, Dato’ Khusrin. Itu tidak adil dan zalim namanya.

Jangan pula Khalid dan penyokong pembangkang mengutuk, memaki hamun, mencarut dan memfitnah Mufti Selangor ini sebagaimana yang kamu semua lakukan pada Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Besar Perak. Mufti-mufti ini adalah sememangnya ahli agama dan faham tentang agama yang dilantik oleh DYMM Sultan di negeri masing-masing. Ilmu agamanya lebih muktabar dan khusus berbanding kamu semua yang lebih mengutamakan politik berbanding agama. Akurlah pada ulama muktabar dan arahan Allah S.W.T yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Demikianlah adanya…
sumber dari muKMU.net

Al-Fatihah & Doa untuk Arwah YB Khidir...


Al-Fatihah. Duke ada menerima SMS dari seorang rakan yang memberitahu bahawa ADUN Merlimau, YB Datok Mohamad Khidir, telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit jantung. Setahu Duke, Arwah merupakan seorang pemimpin yang sangat disenangi rakyat di kawasannya. Arwah begitu baik di sepanjang hayatnya.

Semoga segala jasa baik yang diberikan kepada rakyat di DUN Merlimau dan rakyat Melaka dikurniakan Allah pahala yang melimpah ruah. Semoga segala diampunkan segala dosanya di dunia dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

p/s: Tolong letak ke tepi sentimen politik dahulu. Tolong jangan sebok tentang PRK, SPR atau yang sewaktu dengannya pada masa sekarang. Insafi dan hormatilah saudara yang baru meninggalkan kita untuk bertemu Allah. Mungkin kita akan menyusul selepas ini, siapa tahu?

Woi Penyokong Pakatan Haram Jadah..!!! Anwar pun "FLIP FLOP" macam Pak Lah jugak..!!!


Cuba tengok surat yang Anwar "bin Ubai" ni hantar pada PM. Terang-terang dia cabar BERDEBAT, kan? Lepas tu dalam sidang ahkbar pun dia ajak PM BERDEBAT, kan?!

Nak tanya sikit. Ada tak dalam surat si Anwar "bin Ubai" ni yang menunjukkan dia ajak PM berbincang? Adakah surat ni bertajuk "BERBINCANG MENGENAI..."?

Habis tu? Kenapa alih-alih semalam si Anwar lidah bercabang ni beritahu pada wartawan yang dia cuma ajak PM BERBINCANG saja??? Memang sah si Anwar ni menipu! Dan penyokong-penyokong dia pun percaya pada si penipu ini??? Apa jenis maruah dan harga diri orang yang sokong putar alam yang bernama Anwar ni? Dah sah menipu pun masih lagi mereka nak sokong???

Ternyata Anwar ni pun "flip-flop" macam Pak Lah jugak dulu. Dulu korang marah sangat Pak Lah yang selalu "flip flop". Korang kutuk Pak Lah macam-macam. Biasalah, Pak Lah memang suka tidur time meeting, sebab tu kot dia "flip flop". At least ada juga alasan. Tapi apa pulak alasan si Anwar ni "flip flop"???

Haaaa..mungkin Anwar takut dengan Dato' Seri Najib! Semalam PM kita tolak permintaan debat Anwar sebab risau kalau-kalau Anwar DEMAM pulak selepas debat! Kalau Anwar demam nanti, adalah alasan dia nak tangguhkan kes liwat dia tu!!!Lagi pun kalau layan sangat "orang gila juboq" ni...makin menjadi-jadi pulak "sawan"nya tuuuu....


Dan hari ni, Si Anwar sekali lagi "flip flop"! Hari ni dia kata nak berdebat pulak dah. Entah berapa banyak cabang lidah "sesumpah" ni? Deyyyy...boley bellaraweiiiiii!!!

Bila "Duke of UMNO" tukar jadi "Duke of PKR"...

Tak smart ka lagu ni punya hensemmm???

Tak habis-habis hangpa kutuk Anwar! Lagi-lagi Anwar..lagi-lagi Anwar! Bila masa Anwar kacau hangpa? Kenapa hangpa dok kutuk Anwar tu? Hangpa kenal ke tidak Anwar Ibrahim yang hangpa dok kutuk tu? Selama ni Anwar tu ada buat naya kat hangpa ka? Macam-macam hangpa kata kat Anwar. "Si kitul"lah, "Peliwat tegar"lah, "Al-Juburi"lah, "pengkhianat bangsa"lah dan macam-macam lagi hangpa kata kat dia...

Aku tengok, dari dulu Anwar "menderita". Dari sejak dia kat zaman MCKK lagi. Kesian la sikit kat dia. Ada sekali tu Tan Sri Sanusi Joned (Senior Anwar kat MCKK) ada bagitau aku yang Anwar ni dok dianiaya sejak dia kat sekolah lagi. Tan Sri Sanusi kata, Anwar dulu pernah jadi "mangsa" kat MCKK, dan dialah yang dok lindung Anwar dulu. Dia kasihankan Anwar...walaupun Anwar dikhabarkan menjadi "pemangsa" setelah menjadi senior di MCKK. Budak junior pulak jadi mangsa. Tapi hangpa tak boleh la nak salahkan Anwar...dia pernah jadi "mangsa", dia hanya nak balas balik jaaa.."biasa"lah tu...

Lepas tu, masa kat universiti pun hangpa "tibai" dia. Salahkah dia nak himpun pelajar & belia ABIM untuk buat demo? Salahkah dia ajak belia lawan DYMM Sultan? Salah kah dia hasut penuntut universiti merusuh? Salah tang mana? Baguih la kalau ber"demo" tu..terisi jugak masa lapang. Alaaa...depa tu tak payah study pun takpa. Time tu dapat biasiswa, kerajaan tolong bayar. Merusuh berdemo punya pasal, tak study pun takpa. Bukan mak bapak depa yang rugi, kerajaan yang rugi...

Lepas dia masuk UMNO, hangpa puji dia pulak! Mentang-mentang la time tu dia "anak emas" PM...hangpa puji dia "kaw-kaw" punya. Hangpa dapat "pink form" dari dia, kot? Alaaaa..yang Azmin dok edar masa Perhimpunan Agung UMNO tu...lupa? Atau pun hangpa puji dia pasal hangpa dapat projek dari dia masa dia dok jadi Menteri Kewangan dulu? Oooo..time tu hangpa puji dia noooo...

Masa Anwar dok dalam UMNO, PAS & DAP lah yang dok kutuk Anwar. Macam-macam depa kata kat Anwar. Mat Sabu panggil Anwar "Al-Juburi". Karpal pulak suruh kerajaan siasat Anwar atas dakwaan aktiviti liwat. Karpal kata dia ada bukti kukuh! Time tu semua tak percaya. Mana mungkin "Pak Syiekh" meliwat! Dia baca khutbah woooo...puak-puak pembangkang nak naya TPM kah time tu? Time tu, Tun M pun tak percaya wooo...

Lepas tu, Anwar kena pecat. Tun M pecat dia pasal Tun M yakin Anwar rendah moral! Ada bukti! Maka time tu kita boleh tengok tilam diusung keluar masuk mahkamah. Kesian la sikit kat Anwar...dia nak tidur atas apa kalau hangpa ambik tilam dia? Ada air mani Anwar atas tilam? Betul ke? Mahkamah sahkan Anwar terlibat dengan aktiviti meliwat! Betul ke ni? Hangpa ni teruk la...Anwar kata "ini konspirasi pihak tertinggi"! Err...Mat Sabu & Karpal tu "pihak tertinggi" kah? Alaaa..liwat pun salah ka? Alaaaa...biasa laaaa...kat US tak jadi hal pun kes liwat ni...biasa jaaaa...

Bila Anwar kena sumbat dalam penjara sungai buloh, seronok la hangpa! Kesian kat Anwar...dah la tak boleh jadi PM, kena sumbat dalam penjara pulak tu. Dah la macam tu, hangpa suruh Rahim Noor tumbuk mata Anwar! Kan dah lebam. Sebetulnya, Rahim Noor tumbuk sikit ja. Tak la lebam teruk. Tapi dengar katanya, Anwar tambah tumbuk sendiri matanya nak bagi nampak "lebih lebam". Baru "real" sikit orang nampak. Lepas tu balut tengkuk sikit time depan orang (dalam kereta boleh bukak!). Hangpa habaq betul-betul, hangpa ada racun Anwar ke tidak dalam penjara? Anwar kata hangpa racun dia dengan ARSENIK! Mujurlah Anwar ada "menuntut" sikit dulu...dia "kebal" dari sebarang racun!!! Silap la hangpa nak aniaya diaaaa...heheheheeee...

Nasib baik Pak Lah yang suka tidur tu lepaskan Anwar! Tu pun pakai cable KJ. Hidup KJ (tambah "rasuah!" dibelakang)!!! KJ jugak la yang hero, dia hantaq passport Anwar "by hand" wooo..."best" betul la KJ..."setiakatwang!" kata Perwakilan Pemuda!!!

Lepas tu Anwar "bebas" bak burung! Dia "fly" ke US. Merajuk! Padan muka hangpa. Tu lah, dok kutuk dia lagi. Kan dia dah bawak diri ke negara "Uncle Sam". Apa? Salah kah dia ke US? Alaaa..US lebih baik & mulia berbanding Makkah atau Madinah. Duduk kat US barulah "Islamik"! Apa barang dok kat Makkah atau Madinah. Tak masyuk! Dok kat US masyukkkk!!! Lagi pun member-member Anwar pun ramai. Woltfowitz ada, Soros ada, AlGore ada, Joe Santos ada, alaaaa...ramai member-member Yahudi ada. Kamceng bebbbb...! Kenapa? Salah kah ber"peluk" dengan Yahudi? Apa la hangpa...tak "sporting" langsung! Bagi la Anwar "chance" nak geng dengan Yahudi, masyukkkk wooo..!!!

So sekarang ni Anwar balik Malaysia. Hangpa kutuk dia lagi??? Ishhh! Hangpa ni tak habis-habis laaaaa...kesian kat dia...

Cuba hangpa tengok, Anwar balik sini ja, terus PKR, PAS & DAP menang besaq!!! BN kalah teruk! Laaa..awat hangpa nak marah Anwar tubuh PKR? Salah ka? Alaaa...bagi la "chance" kat dia nak jadi PM. Dia tubuhkan PKR pasal nak jadi PM ja, bukan ada niat lain pun. Diakan ada pengalaman dalam kabinet. TPM & Menteri Kewangan pulak tu! Kalau hangpa nak tau, Anwar ni "pakar" ekonomi! Tak caya cuba tanya Soros & Wolfowitz! Tak pun tanya IMF, mesti depa kata Anwar "pakar"! Tu yang jadi "penasihat ekonomi Selangor" sekarang tu. Hasilnya? Ekonomi Selangor berkembang pesat! Tu yang Selangor "kaya" sangat sekarang tu...

Pasal apa hangpa suka kutuk Anwar? Cuba hangpa tengok. Mat Sabu & Karpal yang tuduh Anwar meliwat pun dah tutup mulut! Karpal siap jadi peguambela lagi! Sapa? Saiful Bukhari? He is just Anwar's "coffee boy". Salahkah Anwar nak bawa tukang bancuh kopi pi luar negeri? Kopi Anwar ni "special" sikit, Saiful sorang ja yang reti buat! Hangpa jeles ka Anwar tak bawak hangpa jalan-jalan pi oversea? Heheheee..hangpa "special" macam Saiful Bukhari ka???

Hangpa jangan la kutuk Anwar. 16 September sampai nanti hangpa tunggu la...Anwar akan jadi PM, punya! Kalau tak jadi PM kat Malaysia pun, Anwar akan jadi PM kat tempat lain. Dulu masa kat US, dengar kata Anwar hampir jadi Presiden kat US! Teruk juga la Obama "merayu" kat Anwar supaya jangan "kacau daun", kalau tidak Anwar dah jadi Presiden US dahhhh...Kalau Anwar jadi Presiden US, hari merdeka US akan di ubah pada 16 September lah! Time tu baru hangpa tau sapa Anwar! Toksah harap nak dapat "pink form" la time tu...

Sapa Nalla & Ummi Hafilda? Hangpa percaya ka kat depa 2 orang tu? Alaaa...depa tipu ja tu. Biasa laaaa..dulu Nalla tu dok jadi "supplier" kat Anwar. Sekarang ni Anwar dak tak payah dah pakai Nalla untuk dapatkan "stock", "ramai" dah "stock" dia! Tu yang Nalla hangin tu kot? Ummi? Alaaa..pompuan ni lagi? Dulu pasal surat dia la Anwar tak boleh jadi PM...apa dia nak lagi ni? Dah la dia dok cerita merata "old stories" Anwar..Alaaaa...tak payah la cerita "history dolu-dolu". Biasa la skandal sikit-sikit...macam la hangpa tak pernah muda! Nik Aziz pun kata tak pa...err..takpa la kot noooo...hehehehee...udah-udah la Ummi...tutup je la kes Anwar tu...tak baik budak-budak tak baligh dengar...

Yang Harussani ni pulak dah kata Anwar munafik & murtad? Ishhhh...munafik tang mana? Murtad tang mana? Mana ada munafik. Apa yang Anwar kata selama ni semua dia "kota"kan! Pasal 16 September tu..err..errr...lupakan je la. Janji? Janji apa yang Anwar mungkir? Oh! Dasar yang PKR, DAP & PAS janji masa PRU12 dulu? Ermmm..lepas menang negeri tu barulah depa tau bahawa tak semua manifesto yang dijanjikan tu boleh ditunaikan. Biasa la janji "wayang" sikit-sikit, rakyat tak perasan pun! Lagi pun rakyat bukannya penting sangat. Yang penting ialah Anwar mesti jadi PM! Itu ja...

Apa pulak Harussani kata Anwar murtad? "Pluralisme" tu bagus apa! Itu fahaman liberal tentang agama. Lagi pun, menurut "mazhab" Imam John Hick, "pluralisme" tu memang bagus dibawa masuk kat Malaysia ni. Jika berjaya dibawa masuk ke Malaysia, baru lah umat Islam akan diperkenalkan dengan "pecah dan perintah". Itu baru "demokrasi" agama "terpimpin" namanya. Alaaa.."demokrasi terpimpin" tu macam yang dalam cerita 3 Abdul tu..yang Abdul Wahib kata tu laaaa...salah kah pluralisme ni? Alaaa...Pak Syiekh kata mesti sokong "pluralisme", ikut saja lah...Pok Nik Mursyidul Am pun tak kata apa punnnn...hangpa pulak yang bising...

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim memang best. Banyak lagi ke"best"an Anwar yang aku tak sebut kat sini. Bukan apa, tak cukup tangan aku nak tulis betapa "best"nya Anwar ni. Seeloknya, hangpa carilah sendiri. Udah-udah la kutuk Anwar. Kesian la kat dia. Dia ni "Anugerah Tuhan"! Lebih kurang tahap "dewa" la tu. Paling kurang pun tahap "Sivaji Da Boss"! Jom la "sokong" Anwar beramai-ramai. Dia ni memang "bagus"...

p/s: Uwweeekkkkk...!!!! Khuaaakkkhh Ptuihhhhh...!!!!

Tuesday, January 18, 2011

Panas..!!! Anwar "bin Ubai"..!!!


“Panas” Anwar kali ini! Bukan calang-calang orang yang menuduhnya sebagai “munafik”! Kali ini, Sahibul Samaahah Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan pendapatnya bahawa “Anwar lebih teruk dari munafik”! Menurut sumber, Tan Sri Harussani memberikan pendapat beliau di dalam sebuah sesi temuramah ekslusif bersama Mufti Besar lantikan DYMM Sultan Perak tersebut.

Tan Sri Harussani dalam pada itu telah mendedahkan fakta-fakta pengalaman peribadi beliau bersama Anwar untuk menegaskan pedapatnya. Selain itu, beliau juga memberikan dalil-dalil konkrit untuk mengaitkan bahawa “Anwar lebih teruk dari tokoh munafik di zaman Rasulullah S.A.W, iaitu Abdullah bin Ubai! Penulis fikir, adalah lebih sesuai Anwar di”bin”kan dengan “nama baru”, Anwar “bin Ubai”! Sesuai nama ini, bukan?

Mufti Besar Perak tersebut mendedahkan bahawa perjuangan Anwar “bin Ubai” ini tidak lebih dari memenuhi kehendak nafsu untuk berkuasa di Malaysia sehingga rela melakukan apa saja termasuklah bersekutu dengan gerakan Yahudi di seluruh dunia! Beliau juga menyatakan bahawa Anwar juga menyokong agenda Yahudi untuk memecah belahkan umat Islam di Malaysia semata-mata untuk meraih sokongan Zionist dalam usaha mengejar kuasa politik di Malaysia. Dalam kata lain, jadi “boneka Yahudi” pun Anwar sanggup, asalkan boleh jadi PM!

Tan Sri Harussani mengulit liapatan sejarah hidupnya. Menurut ulama muq’taraf dari Perak itu, beliau mengenali Anwar sejak beliau bertugas sebagai Kadhi di negeri Pulau Pinang lagi. Malah menurut beliau, beliau juga bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam hal ehwal “nikah lari” pasangan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah! Setelah lamaran Anwar di tolak Wan Ismail, bapa kepada Wan Azizah, Anwar telah membawa “lari” Azizah ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan berwalikan hakim. Usaha ini juga dibantu oleh Ustaz Ahmad Awang yang menjadi pegawai Pusat Islam ketika itu.

Akibat “nikah lari” Anwar – Wan Azizah, Tan Sri Harussani hampir ditahan oleh pihak berkuasa. Dikhabarkan bahawa 40 orang anggota polis telah mengepung pejabat beliau dalam usaha menahannya yang menjadi Kadhi Pulau Pinang ketika itu. Namun hanya 4 orang saja yang masuk untuk menemui dan menahan Harussani. Namun dengan berhemah tinggi, gertakan anggota polis tersebut telah berjaya diatasi dan Harussani terselamat dari ditahan polis. Lihatlah betapa Harussani bertegas tanpa me”milih bulu” walaupun arahan menangkap beliau itu adalah dari Arwah Tan Sri Ghazali Shafie, mantan Menteri Dalam Negeri dan Penerangan ketika itu. Tiada “politik” di dalam jiwa agamanya. Tegasnya hanya demi Islam, agama Allah yang suci!

Ternyata Tan Sri Harussani Zakaria sudah kenal lama dengan “budak” yang bernama Anwar Ibrahim ini. Menurut Mufti Besar Perak itu, beliaulah orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul kehadiran orang ramai untuk menyertai perhimpunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama! Beliaulah yang berusaha menghubungi dan mendapatkan kelulusan perhimpunan ABIM di Pulau Pinang tersebut. Namun setelah permit diluluskan, Harussani bertindak keluar dari ABIM, malah beliau tak mendaftar untuk menjadi ahli ABIM pun! Kenapa?

Menurut Tan Sri Harussani, Anwar “gebang berdegar-degar” di dalam mesyuarat ABIM yang pertama setelah diluluskan pihak berkuasa. Menurut beliau, Anwar dengan bersemangat mengajak belia Islam ketika itu untuk berarak berdemo di depan Istana”! Mendengar hasutan melampau Anwar itu, Harussani menasihatkan Anwar supaya jangan tunjuk besar kerana ABIM masih lagi rapuh seperti “taugeh”! “Pukul pun patah, dipukul pun patah”! Namun, Anwar tetap mendabik dada dan berdegil. Malah Anwar dengan riak takbur mengatakan bahawa Harussani sudah “mati” semangat jihadnya.

Ternyata Anwar begitu angkuh apabila dinasihati. Sudahlah bodoh, sombong pulak tu! Nasihat yang baik diberikan, namun dibalas dengan “tuba”! Uslub atau cara Anwar yang cuba menentang pihak Istana itu sememangnya tidak kena dengan caranya. Harussani hanya membantah niat kurang ajar Anwar dan mengharapkan usaha yang lebih diplomasi dan bijak di atur oleh ABIM. Di atas herdikan angkuh Anwar itu, Tan Sri Harussani enggan menyertai ABIM. Apatah lagi Anwar dengan riak menganggap Harussani telah “mati”! Begitulah rendahnya moral Anwar!

Selain itu, Tan Sri Harussani juga mengkritik dan mengutuk sebarang usaha Anwar yang menyokong agenda kuffar untuk membawa fahaman “pluralisme” di Malaysia. Beliau mengulas tentang ucapan Anwar di London yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” pada bulan Mac tahun lepas. Dalam ucapan Anwar itu, ternyata Anwar begitu menyokong agenda fahaman “pluralisme” yang diasaskan oleh John Hick tersebut.

Dalam hujahnya, beliau berkata Allah ada menyebut dalam firmanNya, “Inna Dina ‘aida Allahil Islam”, yang membawa maksud “hanya satu sahaja agama Allah iaitu Islam”. Ianya jelas bertentangan dengan fahaman “pluralisme” yang membawa “fahaman semua agama adalah sama”. Fahaman yang dibawa oleh Anwar ini jelas melawan firman Allah! Secara tidak langsung juga fahaman ini boleh dikategorikan sebagai fahaman murtad dan begitu juga dengan orang yang membawa fahaman tersebut turut murtad!

Harussani menjelaskan bahawa fahaman kafir John Hick itu bertujuan untuk memecah belahkan orang Kristian pada kurun ke-16. Yahudi sendiri tidak mengamalkan fahaman sebegini kerana mereka tahu fahaman ini mampu memecah belahkan mereka. Namun dengan kebodohan Anwar yang tidak punya pengetahuan agama yang mendalam ini, Yahudi ternyata mempergunakan Anwar untuk memecah belahkan umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia! Menurut Mufti Perak tersebut, terdapat fakulti agama di Harvard dan diwujudkan juga “School of Oreintal & African Studies” (SOAS) yang mana semua tenaga pengajarnya adalah Yahudi laknatullah! Dan Anwar berbangga untuk duduk sebaris dengan Yahudi-Yahudi tersebut! Astagfirullahila’zim…

Ketahuilah. Ini adalah fakta mengenai seorang Ketua Pembangkang yang didewa-dewakan oleh penyokong-penyokongnya yang beragama Islam. Inilah rupa Anwar yang sebenar. Anwar inilah juga yang di”agung-agung”kan oleh PAS, sebuah parti yang kononnya “lebih” Islam dari yang lain! Inilah “syaitan” yang menjadi sahabat PAS seperti mana yang dimaksudkan Nik Aziz, mursyidul am PAS yang pendek fikir! Sesuailah Anwar dengan DAP yang sememangnya “kafir harbi”, “duri dalam daging” kepada semua Melayu Muslimin di Malaysia. Tapi hairannya, mengapa PAS bodoh sangat sehingga berkawan dengan kedua-dua ekor “syaitan” ini dan terus membiarkan namanya busuk di”keldai”kan..???!!!

Sumber: myKMU.net

Panas..!!! Bukti PAS takdak "teloq"!!!



Kemarahan Duke kepada seorang peguam berbangsa Cina hari ini reda setelah dia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam, khususnya di Kampung Kerinchi. Peguam dari parti MCA itu telah mencetus protes dan kemarahan ramai umat Islam kerana mengadu terganggu dengan laungan azan melalui pembesar suara. Duke kira, perkara ini sudah selesai.

Tahniah kepada UMNO/BN yang berjaya "memaksa" dan menyedarkan peguam berkenaan sehingga diplomasi yang ditunjukkan membuatkan dia memohon maaf secara terbuka. Puak-puak PAS hanya pandai berdemo & hantar memo saja tanpa sebarang penyelesaian...

Yang belum selesai ialah KEBIADAPAN, SIFAT KURANG AJAR DAN JENIS TAK SEDAR DIRI yang ada pada Teresa Kok! Teresa Kok pernah complaint tentang perihal azan yang dia anggap mengganggu tidurnya. Kurang ajar!!!

Yang peliknya, kenapa takdak se"ekor" pun penganut agama PAS yang berdemo membantah kebiadapan Teresa Kok? Kenapa tak "sekoq" pun Dewan Pemuda PAS "pepsi cola" yang buat petisyen atau kumpul tandatangan membantah sifat kurang ajar Teresa Kok? Kenapa pula tak dak "sekoq" pun puak-puak PAS yang berani taip surat atau memo membantah Teresa Kok yang tak sedar diri menumpang di negara Islam? Nampak sangat PAS pejuang "berpilih"! Kalau BN yang buat, depa maki tak hengat. Tapi kalau puak-pauk kafir harbi tu yang buat, terus jadi "bisu"! "Bisu" sebab takut kena pelempang dengan Ronnie Liu ka???

At least, peguam MCA tu sedar dia salah & mintak maaf. Tapi, "muka tak malu" Teresa Kok tu tak mintak maaf pun! Dia bebas ke sana ke mari tanpa sebarang desakan dari puak-puak PAS yang "kononnya" pejuang Islam! Ini bukan pejuang Islam namanya, ini namanya pejuang "AGAMA PAS"! Ternyata Pemuda PAS meneruskan kesinambungan slogan tradisi PAS yang berbunyi.."Wal halallllukuuu..Wal haraaaammmumuuuuu..". Jelas!

Monday, January 17, 2011

PAS Kedah: Apa cerita nihhhh..???!!!


UMNO Kedah memang popular dengan sikap cantas-mencantas dan peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai hal ini baru-baru ini bukanlah isu baru.

Sejak azali lagi UMNO Kedah mengamalkan politik cantas. Bukan rahsia lagi di Kedah, apabila saja ada permohonan baru ahli UMNO yang berpelajaran tinggi sedikit dan berkaliber, maka borangnya akan dibuang saja ke dalam tong sampah.

Selain itu ahli yang lebih ‘berkarisma’ tidak akan dijemput ke mesyuarat bagi mengelak pertembungan pendapat dengan Ketua Cawangan atau Bahagian. Ia juga bagi mengelak timbulnya kritikan atau persoalan berkenaan sesuatu projek yang mungkin kurang telus perlaksanaannya.

Akibat amalan yang bermula sejak berkurun ini, UMNO Kedah tidak lagi punya pelapis yang berkaliber, berkarisma dan layak.

Kemuncaknya, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah hampir kesemuanya terdiri dari mereka-mereka yang ‘separuh masak’ sahaja. Sebenarnya, takyat tidak begitu kisah sama ada pemimpin mereka separuh masak atau ‘rentung’ dari segi akademik asalkan ikhlas dalam bekerja. Malangnya, sudahlah separuh masak, tidak ikhlas dan jahat pula.

Orang Kedah sudah terlalu muak dan jelak untuk menegur dan menasihat sikap UMNO Kedah ini kerana ia seolah-olah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Puak-puak UMNO Kedah ini juga sedia maklum yang sikap mereka telah menjadi perbualan ramai, tapi ‘berkat’ makan minum seharian atas duit yang entah dari mana datangnya, kulit muka mereka menjadi tebal dan tidak lut dek nasihat atau teguran. Sindiran juga tidak dihiraukan. Kritikan pedas dan cemuhan tidak dipedulikan.

Mereka tetap selamba menelan pandangan jelek rakyat asalkan dapat terus berkuasa dan bermaharajalela dengan projek-projek dan tender-tender kerajaan.

Mungkin benarlah kata orang, jika memang sudah tidak ada maruah, mana mungkin merasa gusar kalau-kalau kehilangan maruah?

Atas sikap inilah maka UMNO Kedah terus merudum hingga akhirnya kalah di tangan PAS. Memenangkan PAS adalah usaha terakhir rakyat Kedah untuk menyedarkan UMNO.

Namun, yang menariknya, bukan UMNO sahaja yang mengalami masalah dalaman di Kedah.

Setelah dua tahun memerintah, kini terbukti bawaha PAS Kedah juga adalah jauh lebih tidak berkeupayaan berbanding UMNO. Sekurang-kurangnya, di bawah UMNO rakyat Kedah mampu merasa selamat dan yakin kerana dinaungi UMNO pusat tetapi di bawah PAS, Kedah bagaikan kehilangan punca terus.

Pemimpin PAS Kedah juga tidak kurang rakusnya mengaut hasil negeri ke dalam kocek mereka. Tiada satu pun projek menjana ekonomi di bawah PAS Kedah yang menjadi.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah dikatakan tidak punya kelayakan, maka pemimpin PAS Kedah lebih teruk lagi kerana bukan saja tiada kelayakan tetapi juga tiada pengalaman langsung menjadi pentadbir negeri serta masih terbawa-bawa dengan sikap sebagai pembangkang.

Umum tahu bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak juga cuba dicantas oleh pemimpin-pemimpin bawahan PAS Kedah termasuk orang-orang kepercayaannya sendiri. Malah, pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga, terutamanya DAP, dikatakan bermasalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan beliau.

Di bawah pemerintahan PAS, cukai dan tariff air naik kerana pihak pentadbiran ketiadaan idea bernas lain untuk menjana pendapatan negeri. Masalah sampah yang berlonggok masih terus menghantui Kedah walaupun telah dua tahun memerintah.

Sehinggakan rakan-rakan facebook penulis di Kedah juga puas merungut mengenai sampah di kawasan mereka yang ‘setinggi gunung jerai’, kata mereka. Jika tahun pertama memerintah, sampah yang banyak disalahkan kerajaan terdahulu, apakah tahun kedua memerintah juga masih salah kerajaan UMNO?

Sehingga hari ini, pemimpin PAS Kedah masih berpura-pura tidak nampak, tidak mendengar malah tidak membau sampah di sekitar mereka. Mungkin kerana mereka sendiri juga kini mula berbau busuk maka mereka tidak lagi dapat membezakan bau sampah dengan bau diri mereka sendiri.

Jelas sekali bahawa PAS Kedah tidak ada masa untuk menjaga kebajikan rakyat dan mentadbir ekonomi negeri kerana terlalu sibuk berpolitik dan cantas-mencantas sesama sendiri.

Melihat dari senario ini, UMNO Kedah seharusnya tidak punya masalah untuk merampas kembali Kedah. Jika UMNO Kedah mampu meninggalkan sikap suka mencantas sesama sendiri serta belajar dari kesilapan diri, Kedah pasti menjadi milik UMNO semula dengan agak mudah.

Rakyat Kedah hanya mampu menunggu dan melihat iaitu menjelang Pilihanraya ke-13 nanti, antara UMNO dan PAS Kedah, siapakah yang akan insaf dahulu?

Sumber
kat sini...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!