Hari ini ramai yang puji "***** ****" Dr. Khir Toyo. Sila lihat di sini, di sini, dan di sini. Kenapa? Tetiba saja depa puji Dr. Khir? Bukankah Dr. Khir kini sedang terlibat dengan dakwaan di mahkamah berhubung kesalahan salahguna kuasa membeli banglo yang dikatakan berharga RM24 juta! Siapa yang kata begitu? ADUN DAP Sekinchan yang kata...bukan Duke!
Kembali kepada topic asal. Rupa-rupanya kengkawan Duke ni puji Dr. Khir sebab tindakan Dr. Khir yang menulis surat pada DYMM Sultan Selangor untuk memohon perkenan Baginda Sultan untuk menerima penyerahan bintang kebesaran yang beliau dapat dari Istana Kayangan! Dr. Khir memohon untuk memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.
Menurut Dr. Khir, beliau bertindak demikian kerana mengelak dari memalitkan sebarang keaiban terhadap pihak DYMM Sultan Selangor dan Istana sekiranya ada di sepanjang pendakwaan kes. Hari ini, DYMM Sultan Selangor memperkenankan permohonan Dr. Khir. Dan bermula hari ini, maka hilanglah sementara gelaran "Dato' Seri" pada Dr. Khir bin Toyo.
Demikianlah tindakan seorang yang bermaruah tinggi! Begitulah tindakan seorang yang berhemah! Begitulah tindakan seorang Melayu yang menghormati Institusi DiRaja. Dan begitulah sifatnya seorang anak jati Melayu yang penuh rasa tanggungjawab!
Kerisauan Dr. Khir bertempat. Beliau baru didakwa di mahkamah, namun belum tentu beliau bersalah, bukan? Walaupun begitu, beliau tetap menjaga nama baik pihak Istana yang menganugerahkannya pangkat dan darjat. Bijak benar beliau menjaga nama baik Istana Kayangan...terharu pulak Duke!
Jika nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin politik yang lain (tak kira UMNO, PKR dan PAS!), nampaknya Dr. Khir lebih "mulia" walaupun kini tanpa bergelar "Dato' Seri". Berbanding dengan para pemimpin politik lain yang "budiman" dengan gelaran "Tan Sri", "Dato Seri", "Dato' Paduka", "Dato" dan sebagainya. Sebagai contoh, "Dato' Seri" Anwar Ibrahim, "Dato'" Nik Aziz dan "Dato' Seri" Mohamed Nazri bin "Tan Sri" Abdul Aziz dan banyak lagi.
Anwar terlibat dengan kes liwat I pada tahun 1998. Walaupun disabitkan bersalah menyalahguna kuasa, "mala'un" ini tidak pun meletak jawatan. Tak tahu erti malu langsung membawa gelaran yang dianugerahkan pihak Istana! Bersalah pun tak malu? Bagaimana dengan meliwat? Mahkamah terang-terang mengesahkan Anwar terlibat dengan aktiviti meliwat! Payah betul kalau orang tak tahu malu nihhh..!!! Sekarang didakwa pada dakwaan liwat II pula! Tak payah la cakap...fikir sendirilah sama ada Anwar ada "kemaluan" atau tidak!!!
Pok Nik pula dapat anugerah "Dato". Duke tidak pertikaikan anugerah Istana yang Pok Nik pakai. Namun, sudah dasar Pok Nik yang suka "menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal" dan mempergunakan Islam sebagai permainan politik, dia tidak tahu malu pada Ketua Tertinggi Agama Islam! Dia tak tahu malu pada DYMM Sultan dengan memanipulasi Islam untuk meraih undi rakyat! Lantak dialah, jawablah dengan Allah nanti...
Nazri Aziz? Siapa tak kenal "bulldog" UMNO ini. Orang inilah yang membela Namewee! dialah juga yang pernah mengherdik Tun M, negarawan yang pernah dia cium tangan! Dia juga yang selama ini cukup celupar mulutnya. Andainya ada pilihan, ingin sekali Duke saksikan Nazri di"bisu"kan sekaligus di"bersara"kan...
Pada Duke, individu-individu di atas merupakan di antara mereka-mereka yang tak layak mendapat sebarang anugerah darjah kebesaran. Namun Duke akur. Duke bukanlah DYMM Sultan mahupun kerabat DiRaja. Duke hormat dan tunduk pada tindakan DYMM Sultan berkaitan sebarang anugerah tersebut. Daulat Tuanku, patik menjunjung kasih, ampun Tuanku...
Sebetulnya, kemuliaan seseorang itu terletak pada perbuatannya. Segala perlakuan melambangkan kehormatan. Dari kehormatan maka terbitlah kemuliaan. Contoh terbaik ialah Tun M dan Pak Lah. Tun M lebih dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Tak kira PKR, PAS mahupun DAP, semuanya menghormati Tun M. Hatta Mahfuz sekali pun! Pak Lah? Sendiri mau ingatlah...apatah lagi ada KJ di sebalik bayang Pak Lah!
Malu adalah kurniaan Allah kepada manusia. Sabda Rasulullah S.A.W, "Al-hayaa'u minal iman", - "malu itu sebahagian dari (tanda) iman". Maka jika masih ada sifat malu pada seseorang itu, maka ianya juga menunjukan bahawa seseorang itu beriman pada Allah. Namun sekiranya Allah angkat rasa dan sifat malu seseorang, maka hilanglah rasa malunya. Dan perihal tanpa "kemaluan" inilah yang tertinggal pada mereka yang tak punya harga diri dan maruah. Contoh terbaik, Anwar Ibrahim!