Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 8, 2011

Pesta Liar "halal" di Selangor...???!!!








Perhatikan gambar-gambar diatas. Gambar-gambar diatas Duke ambil dari blog Anak Seberang melalui blog Double Y. Menurut Anak Seberang, gambar-gambar ini diterima melalui email pembaca yang ada ditempat kejadian. Menurut penghantar email tersebut, "pesta liar" ini berlaku di sekitar tapak kontrak berhampiran Hospital Sungai Buloh, Selangor!

Selangor lagi? Kawasan mana? Kawasan Sungai Buloh! Setahu Duke, Hasan Ali mempunyai kuasa untuk mengerah PBT untuk mencegah perkara mungkar sebegini. Setahu Duke juga, PAS Selangor mengamalkan "amal makruf nahi mungkar". Apakah pesta liar ini bertepatan dengan perjuangan PAS Selangor?

Jangan kata PAS tidak ada kuasa untuk membanteras pesta-pesta liar sebegini. PAS sudah punya kuasa di Selangor. Apakah dengan insiden "arak yang dirampas terpaksa dihantar balik selepas Ronnie Liu sergah Hasan Ali", maka PAS Selangor sudah mula kecut teloq? Pejuang Islam jenis apa ni...???

Duke tidak menyalahkan pekerja-pekerja kontrak dari Indon ini seratus peratus. Mungkin mereka-mereka ini menyangka bahawa Selangor kini sudah ditadbir oleh Khalid Ibrahim yang "toghuuut", "sosialis" dan "liberal". Mungkin kerana ke"toghut"an Kerajaan PR maka mereka rasa "tak apa" dan di"halal"kan untuk berpesta liar!

Jika inilah cerminan Islam yang dibawa oleh Pakatan Haram Jadah di Selangor. Lebih baik lagi Kerajaan BN Selangor dahulu. Sekurang-kurangnya, MB Selangor sebelum ini mampu menjadi imam tahlil, berkhutbah dan mengawal negeri dari kemungkaran yang lebih teruk macam apa yang berlaku sekarang...

Karpal, Mat Sabu & Anwar tidak bermaruah!!!


Berdasarkan fakta, ianya jelas seperti berikut:

1. Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju menyatakan bahawa Karpal pernah mendakwa Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti liwat dalam ucapannya di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 1997.

2. Karpal Singh mendakwa bahawa dia mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti liwat pada majlis dan waktu yang sama.

3. Pada tahun 1997, Ummi Hafilda dan Azizan pernah ke pejabat Karpal dan menceritakan segala aktiviti Anwar Ibrahim, dan sebagai pengamal undang-undang berintergriti, Karpal berjanji untuk membawa kes ini ketengah dan mendapatkan keadilan untuk Azizan yang mendakwa diliwat.

4. Kini, Karpal adalah peguam BELA kepada Anwar Ibrahim yang menghadapi kes liwat liwat II - Saiful Bukhari.

5. Mat Sabu adalah individu pertama dan pencipta kepada gelaran "Al-Juburi" yang ditujukan khas untuk Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

6. Karpal dan Mat Sabu adalah diantara pemimpin pembangkang yang pertama mendakwa Anwar terlibat dengan aktiviti liwat/gay di dalam Dewan Rakyat/Parlimen.

Justeru fakta-fakta diatas, adalah sangat tepat untuk menggesa Karpal supaya menarik diri dari mewakili Anwar dalam kes Liwat II - Saiful Bukhari ini. Adalah sangat wajar supaya Karpal diminta oleh pihak pendakwaraya untuk menjadi saksi kes liwat terbaru Anwar ini. Dan adalah amat jelas sekali, Karpal sebenarnya tahu bahawa Anwar adalah seorang peliwat/gay!

Jika Karpal seorang pengamal undang-undang yang berintergriti dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan, maka sewajarnya Karpal menarik diri dari terus membela Anwar di Mahkamah. Sewajarnya Karpal memisahkan dirinya dan DAP dari terus bersekongkol dengan Anwar dan PKR.

Namun, yang pasti Karpal tidak akan berbuat demikian kerana sememangnya Karpal tidak mempunyai intergriti. Karpal juga tidak berpegang teguh dengan prinsip keadilan. Karpal ternyata tidak bermaruah kerana sanggup bersekongkol dengan penjenayah meskipun tahu tentang latar belakang Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya, Karpal, Mat Sabu dan Anwar tidak bermaruah! Fullstop!!!

PAS: Salah laku seks lagi..???


Berat ni. Sudah la membawa nama Islam dalam perjuangan politiknya, namun sikap dan sifat yang ditonjolkan tidak pula selari dengan kemurnian dan kesucian Islam sebenar. Pelbagai dakwaan salah laku seks dilaporkan berkait rapat dengan pimpinan PAS!

Belum selesai dengan isu ADUN Selising yang didakwa ditangkap khalwat, si Parpu dengan trademark "gempar"nya memberitahu bahawa seorang Setiausaha PAS Hulu Selangor telah ditangkap reman 5 hari oleh pihak polis. Nak tahu kenapa dia di tahan reman? Parpu kata sebab MENCABUL kanak-kanak tadika PASTI. Sila rujuk di sini.

Susah juga hati tengok nama Islam turut terpalit kali ini. Bukan saja "pemangsa"nya membawa nama Islam, mangsanya juga turut mempamerkan imej Islam sejak lebih 20 tahun yang lalu. Kalau Setiausaha PAS tu curi karipap kat kantin PASTI tu masih okay lagi bro. Dia makan benda haram, dia yang tanggung. Yang tak sedapnya, perkara ini melibatkan salah laku seks! Adoiiihhh..! Malu tu broooo....sangat-sangat memalukan!
Bukan setakat dapat dosa, malu yang teramat-amat pun dapat!

Itu pun kalau betul sabit kesalahan la. Setakat sekarang, Duke difahamkan Setiausaha PAS terbabit hanya ditahan reman selama 5 hari. Belum tahu bersalah atau tidak. Selalunya setahu Duke, orang yang ditahan reman ni adalah untuk membantu siasatan polis. Kalau ada sabitan kes pada suspek, barulah dikumpulkan semua bukti dan akan di dakwa mengikut akta yang berkenaan. So far, kena tangkap reman belum tentu membuktikan dia bersalah. Macam-macam "auta" dia boleh "kona" untuk melepaskan diri...

Biarpun begitu, jelas perkara ini turut memalukan PAS dan kepimpinannya. Ibubapa juga akan menjadi kurang yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika PASTI di bawah asuhan PAS ini. Takut juga anak-anak mereka di"salah laku"kan dan tidak mendapat penjagaan sepenuhnya dari pihak PASTI berkenaan.

Apapun, kita nantikan kesudahan isu ADUN Selising dan Setiausaha PAS di Hulu Selangor tersebut. Kes Rais dah padam, PAS pula muncul 2 kes tak selesai-selesai? Dey...bila mau habis dahhh?

Rais dah selesai, ADUN Selising punya isu bila lagi?

Harap perkara di atas tidak benar...astaghfirullahila'zim...

Duke kurang gemar berbicara tentang tuduhan yang berbaur fitnah yang membabitkan sebarang isu. Duke seboleh-bolehnya mengelak dari membicarakannya di blog ini. Jika ada persoalan, Duke akan siasat dahulu kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Jika terdapat sebarang keraguan dengan story tersebut, Duke akan bertanya "apakah ianya benar?". Kemudian terpulanglah kepada Duke untuk menulisnya atau tidak...

Sewaktu kawan-kawan Duke sedang sebok menulis perihal Rais Yatim yang didakwa telah merogol amahnya pada tahun 2007 oleh pihak pembangkang (Chegubard), Duke memilih untuk berdiam diri dan menyiasat. Duke tak berani tulis melulu dan bersubahat dengan sebarang fitnah. Politik tu politik jugak beb...tapi Islam dan ajarannya perlu diutamakan.

Namun, alhamdulillah. Semuanya sudah terjawab. Rais Yatim yang didakwa merogol amahnya itu telah meNAFIkannya. Kemudian, berita ini semakin panas dikalangan pihak pembangkang dan rakan-rakan bloggers Duke seperti GAP, RBF, Parpu dan M.I.K memberikan pejelasan tentang isu ini. Akhirnya, tuduhan ini berakhir dengan penafian dari tuan yang empunya badan sendiri pada awal petang tadi (Jumaat, 7/1/2011). Dengan itu, tiada kes yang perlu dibicarakan dan perkara ini disahkan oleh "Migrant Care". Tutup kes.

Sebenarnya, Duke dan rakan-rakan Duke sendiri akan menghentam mana-mana pihak sama ada dari pihak UMNO/BN yang cuba merosakkan nama baik parti kami. UMNO tidak bersalah. Kami tidak redha UMNO dibusukkan oleh mana-mana pihak dari dalam UMNO, walaupun Perdana Menteri sekalipun tidak akan terkecuali. Contoh terbaik, sila rujuk pada pasangan "Bapa Mertua dan Menantu" kesayangan...

Yang nyatanya di sini hanyalah cubaan jahat dari pihak pembangkang, terutamannya CheguBard, yang cuba mencetus polemik fitnah jahat terhadap salah seorang Menteri dan juga pemimpin UMNO. Sudah lumrah pihak pembangkang ini sejak azalinya suka memfitnah. Malangnya, ramai juga yang percaya pada fitnah di zaman sekarang ni. Na'uzubillahi min zalik. Harap CheguBard memohon ampun dan maaf dari Rais Yatim dan amah dari Indonesia yang terbabit...

Dalam pada itu, rakan blogger Duke yang ber"nama" PapaGomo di blognya juga ada menceritakan peridal ADUN Selising (PAS) yang di dakwa telah melakukan perkara terkutuk dan pernah ditangkap khalwat oleh suami perempuan terbabit! Ish...ngeri juga cerita Gomo ini. Sebenarnya Duke agak sangsi. Namun, Gomo memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti bergambar dan pengakuan dari saksi kejadian ini. Kenyataan Gomo ini pula disokong oleh khabar yang melaporkan saksi peristiwa terkutuk itu telah diserang dan diugut oleh pihak-pihak tertentu. Selain itu, Gomo juga telah mencabar agar ADUN Selising itu untuk menyamannya sekiranya perkara ini tidak benar. Tu diaaa...

ADUN Selising tidak mahu mengalah. YB tersebut mencabar pula Gomo untuk membuktikan perkara itu benar sebagaimana yang di dakwa.

Sehingga kini, proses cabar mencabar masih berlaku di antara Gomo dan ADUN Selising tersebut...

Beginilah. Duke harap agar ADUN Selising saman saja Gomo. Perkara ini pun kalau dibiarkan akan menjadi semakin kusut. Jika dibiarkan berlarutan, Duke risau jika timbul pelbagai spekulasi yang hanya akan menjurus kepada fitnah dan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sewajarnya, dakwaan ini perlu diselesaikan. ADUN Selising, sila saman Gomo dan kita ikuti pengakhirannya.

Sekiranya ADUN Selising enggan menyaman Gomo yang mendakwa memiliki bukti dan saksi hidup, maka ramai yang akan percaya pada isu perbuatan terkutuk ADUN Selising ini. Dan amatlah memalukan sekirannya PAS yang kononnya "lebih" Islam dari segala makhluk lain di dunia ini memiliki pemimpin sebegitu. Buat malu nama Islam saja...

Harap mohon segerakan penyelesaian kes ADUN Selising ini. Harap maklum.

Wallahualam.

Friday, January 7, 2011

Jenis-Jenis Melayu Moden di Malaysia...


Melayu adalah sebuah bangsa asal negara ini. Negara ini pula asalnya bernama Tanah Melayu. Gugusan Kepulauan Melayu ini pula diketuai dan ditadbir oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu ini pula kemudiannya bertukar nama menjadi Malaysia.

Fakta di atas menunjukkan betapa penting dan tulennya "Melayu" di bumi bertuah ini. Bangsa Melayu, Tanah Melayu, Sultan dan Raja-Raja Melayu dan MALAYsia, kesemua perkataan ini berteraskan pada "Melayu". Hakikat dan fakta, mahu tidak mahu ini mestilah diterima dan dihormati oleh semua warganegara Malaysia. Tiada dakwa dakwi lagi.

Melayu, secara tidak langsungnya menjadi tunjang kepada semua perkara di Malaysia. Kuat Melayu, maka kuatlah Malaysia. Lemah Melayu, maka lemahlah Malaysia. Namun, setelah lebih 50 tahun merdeka, semua fakta di atas telah dinafikan, dipertikaikan dan dihina sesuka hati oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebagaimana kita ketahui, Melayu kini terbelah 3 atau 4. Ada Melayu yang yakin dan percaya dengan UMNO yang berpengalaman dan mempunyai "track record" cemerlang sepanjang pentadbirannya. Namun, sepanjang pentadbirannya yang cemerlang itu juga pernah di"cacat"kan oleh segelintit pemimpinnya yang tidak bertanggungjawab, korup, salahguna kuasa dan "busuk". Mereka ini digelar sebagai "virus kanser" oleh pimpinan tertinggi UMNO dan terpaksa dibuang demi menyelamatkan seluruh tubuh UMNO dari dijangkiti virus merbahaya tersebut. Di antara "virus" paling merbahaya yang pernah dibuang oleh UMNO ialah virus "Al-Juburi" dan "Pink Form".

UMNO parti yang sudah lama tertubuh, pastinya ada asam dan garam di sepanjang hidupnya. Alhamdulillah, sehingga kini UMNO masih gagah, utuh dan dipercayai oleh semua majoriti rakyat. Tak tahulah sampai bila. UMNO tidak kebal dan sering diserang oleh "virus" dari luar dan dalam. Duke tahu, PM sendiri pun mengakui kewujudan "virus-virus" ini. Dan Duke yakin, beliau sendiri menghadapi kesukaran nak membuang "virus-virus" ini, apatah lagi "virus-virus bertaraf Menteri"! Namun, sejarah Presiden UMNO bukan kepalang, "virus berstatus Timbalan Perdana Menteri" pun pernah dibuangnya!

Ada Melayu yang merasakan mereka "ter"lebih Islam bersama PAS yang kononnya kelihatan "ter"lebih warak dengan identiti jubah, serban dan ceramah politik yang menjual nama agama. Duke suka berjubah dan berserban kerana pakaian sebegitu adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan sunat hukumnya. Adakala, Duke sendiri berjubah dan berserban. Dapat pahala. Itupun jika berniat berpakaian demikian kerana mengikut sunnah. Tak tahulah apa niat penyokong dan pemimpin PAS berjubah dan berserban, namun membawa imej yang bertentangan dengan Islam. Maki hamun, mencarut dihalalkan. Perpaduan sesama Islam ditolak. Itu belum lagi dikira dengan "nafsu" yang menggila! Ada yang "sebat" bini orang, ada yang "belasah" bini ketika "period"! "Ubat kuat" jangan cakaplah, berlambak diiklankan dalam Harakah!

Yang peliknya, kegemaran Melayu PAS ini ialah bercakap, bergebang di kedai kopi dan berceramah. Disebutnya pasal perjuangan Islam dan jihad. Di"jual" ayat Al-Quran pada pendengar mengikut tafsiran politik sendiri. Namun, sejak bergabung dengan puak-puak kafir harbi dan pendokong Yahudi, golongan sosialis dan liberalis semakin mempengaruhi PAS. Golongan ulama PAS ramai yang berkecil hati dan meminggirkan diri. PAS sudah disekularkan DAP dan PKR. "Khominie" versi PAS ada mengatakan bahawa PAS mahu "Islam"kan DAP. Namun, apa yang jadinya sekarang ialah PAS pula yang ikut liberal dan sosial macam DAP dan PKR! Itulah..jangan berkawan dengan "syaitan", sesat nanti...

PKR pula adalah "tong sampah". Virus yang dibuang dari terus memusnahkan masa depan negara dan rakyat kebanyakkannya memilih PKR. Ramai juga Melayu yang sokong PKR ini. Ketuanya sendiri adalah "bapak segala virus kanser". Jika tidak kerana "bapak virus bertaraf Timbalan Perdana Menteri" ini dibuang UMNO, tidak mungkin wujudnya PKR. PKR ini wujud untuk meneruskan cita-cita dan survival "bapak virus" untuk jadi PM. Itu saja perjuangannya. Mana yang menyokongnya nanti dapatlah "habuan" sikit, itu yang "setia" semacam je tu...

Namun PKR tetap hebat dengan keistimewaannya. Apa yang "istimewa"nya? Istimewanya PKR kerana begitu cerdik menipu, membohong dan menjual autanya pada rakyat! Ramai yang terpesona dengan "ceramah"nya. Sedangkan PM paling hebat pun pernah ditipu ketuanya, apatah lagi rakyat. Walaupun tak semua Melayu percaya pada PKR, namun masih ada lagi yang yakin dan percaya pada "lidah bercabang" Ketua Umumnya. Oleh kerana terlalu percaya, maka ada yang hilang bini!. Bukan Melayu pun ramai yang sokong PKR ni, termasuklah yang diluar negara. Antar yang kuat menyokongnya ialah lelaki dayus dan ahli parlimen antarabangsa yang menyokong gay, lesbian dan sewaktu dengannya...

Gologang Melayu yang paling tak guna ialah Melayu yang masuk & sokong DAP! Ini golongan paling tak boleh pakai! Duke sendiri pun tak reti nak describe Melayu jenis apakah yang menyokong parti kembar PAP Singapork ini. Nak tarbiyah pun payah dah. Dah besar panjang, tapi nilai keMelayuan nya hilang dan layu! Lantak dioranglah!

Akibat dari pepecahan ini, maka Melayu semakin lemah. Bila Melayu lemah, MALAYsia ini juga semakin lemah. Mujurlah negara kita ini bertuah kerana dinaungi sistem Raja Berperlembagaan. Kita masih ada benteng terakhir iaitu Institusi di-Raja. Diketuai oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Raja dan Sultan-Sultan Melayu ini, maka Melayu punya benteng terakhir untuk berlindung dari sudut politik negara. Dan pastinya yang terakhir sekali kita akan berserah pada ketentuan Allah S.W.T. Mungkinkah pertemuan DYMM YDP Agong dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan PAS dapat memberi sedikit "ma'jun kuat" untuk Melayu? Sama-samalah kita tunggu dan lihat...

Wednesday, January 5, 2011

PKR Perderhaka di Selangor..!!!


Mengelupur Shuhaimi Shafiei menerima kutukan dan laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap keceluparannya yang melampau! Lebih memeritkan lagi apabila Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani yang membuat kenyataan akhbar mewakili DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Kenyataan akhbar dari pihak Istana Negeri Selangor itu jelas sekali mendedahkan kebodohan Shuhaimi dan Khalid Ibrahim mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor! Selain itu, kenyataan akhbar Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor jelas menjadi “serampang 3 mata” di mana tepat terkena batang hidung Shuhaimi, Khalid Ibrahim dan Lau Weng San, ADUN Kg. Tunku.

Shuhaimi dalam blognya telah dilaporkan dengan selambanya mengugut dan memberi amaran kepada pihak DYMM Sultan Selangor supaya tidak berterusan membelakangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Baginda haruslah bertindak berdasarkan kemahuan dan nasihat majlis tersebut. Shuhaimi memberikan “kata dua” kepada pihak Istana sama ada menerima nasihat MMKN atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi “menentang pihak Istana”.

Shuhami menggunakan nama “rakyat” untuk menentang DYMM Sultan? Memang kurang ajar punya manusia!!! Rakyat Selangor sayangkan DYMM Sultan dan tidak akan sekali-kali menderhaka kepada baginda. Rakyat bukanlah seperti pemimpin PR yang sememangnya sering mencabar Institusi di-Raja di negara kita ini. Jadi mengapa Shuhaimi memanda-mandai menggunakan nama “rakyat” untuk mengugut DYMM Tuanku Sultan Selangor???

Sudahlah berasal dari negeri lain, merempat menumpang mencari rezeki di Selangor, berkurang ajar pula dengan DYMM Sultan Selangor? Memang dasar tidak menghormati kedaulatan Institusi di-Raja! Shuhaimi begitu mirip dengan sikap DAP! Dilantik DYMM Sultan Selangor menjadi ADUN setelah menang pilihanraya, namun Undang-Undang Tubuh Negeri yang diwakili pun tak faham! Bodoh punya wakil rakyat.

Untuk pengetahuan Shuhaimi, menurut undang-undang, perlantikan penjawat awam berjawatan Setiauusaha Kerajaan Negeri dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan perkenan DYMM Sultan negeri terbabit. Untuk negeri-negeri tidak bersekutu, lantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPAN) itu sendiri dan akan diperkenankan perlantikannya oleh DYMM Sultan. Bagi negeri-negeri bersekutu pula, perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri terbabit diletakkan di bawah tanggung jawab SPA di peringkat Kerajaan Pusat atau lebih tepat lagi sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN). Memandangkan bahawa Selangor merupakan salah sebuah negeri-negeri bersekutu, maka perlantikan SUKnya dilakukan oleh KSN dan terpulanglah pada budi bicara DYMM Sultan Selangor untuk memperkenankannya atau tidak. Faham ke tidak ni Shuhaimi? Apa ke bebal sangat kamu ni???!!!

ADUN Kg. Tunku pun nak cuba nasib menjuarai bantahan perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor. Katanya “tidak semestinya SPA yang melantik SUK sesebuah negeri. Memanglah benar, sebab sesetengah negeri SUKnya dilantik oleh SPAN masing-masing! Lau Weng San hendak cuba memanipulasi ayatnya dengan harapan rakyat yang tidak tahu tentang prosedur perlantikan SUK Selangor akan termakan dengan kata-katanya. Nah! Pihak Istana sudah membidas putar belit Lau Weng San! Berani lawan lagi ke?

Khalid “gagap” pula cuba “bermain api” selepas mengadap DYMM Sultan Selangor. Lain yang dititahkan DYMM Sultan, lain pula yang disampaikan si “gagap” anak Ibrahim ini. Penulis tahulah si Khalid ini selalu “gagap”, tapi janganlah nak putar belit titah DYMM Sultan Selangor. Derhaka namanya tu! Sudah tak sayang jawatan, kah?

Khalid kata pada wartawan dalam sidang akhbarnya bahawa DYMM Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA untuk menjadi SUK Selangor. Kepala hotak dia! Bodoh nak mampus Si Khalid “gagap” ni! MB jenis apakah yang memutar belit fakta dari DYMM Sultan? Orang lain jadi MB, kamu pun nak jadi MB jugak. Tapi bila sudah jadi MB, tak reti jadi MB pulak!

Wahai Khalid Ibrahim “ku sayang”, apa yang kamu putar alamkan pada rakyat dan wartawan itu tidak benar! Untuk pengetahuan MB yang “tak faham undang-undang tubuh negeri Selangor” ini, senarai nama calon-calon SUK telah pun diberikan kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor untuk dipilih menjawat jawatan SUK. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewakili SPA Persekutuan yang serahkan nama-nama calon itu. DYMM Sultan sudah memperkenankan seorang calon (Dato’ Khusrin yang kamu tak suka itu lah…). Nama calon yang diperkenankan oleh DYMM Sultan itu dikembalikan kepada SPA untuk dilantik sebagai SUK Selangor. SPA dan pihak DYMM Sultan Selangor sudah lama mempraktikkan perkara ini dan sejajar dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal 1 dan 2(a). Penulis minta tolong sesiapa yang ada buku Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, sila hantar senaskhah pada MB “bebal” ni. Kemudian, “sekolah”kan dia sekali lagi!

Si Khalid ni memang “bengap” tahap dewa! Dia mencadangkan pada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang dengan JPA atau SPA mengenai pemilihan calon SUK Selangor. DYMM Sultan Selangor pun menitahkan padanya supaya MB “gagap” itu berbincang SEBELUM Baginda Tuanku Sultan memperkenankan calon SUK. Dalam erti kata lain, DYMM Sultan secara berkias menyatakan bahawa Khalid SUDAH TERLEWAT untuk berbincang mengenai perlantikan Dato’ Khusrin sebagai SUK Selangor! Yang kamu beritahu wartawan kata DYMM Sultan suruh pergi bincang dengan JPA & SPA lepas jumpa Baginda tu apa cerita? Susah sangat ke nak faham titah DYMM Sultan tu???

Dengar tu Khalid, SUDAH TERLEWAT! DYMM Sultan sudah perkenan Khusrin sebagai SUK Kerajaan Negerinya. DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor BERHAK untuk memilih SUK Kerajaannya. Kamu bukan kakitangan Eksekutif Kerajaan. Kamu orang politik yang bodoh, apa yang kamu tahu??? Menipu rakyat, tahulah kamu…

Fakta ini membuktikan bahawa fakta Khalid yang mengatakan DYMM Sultan tidak berkuasa memilih atau menolak calon SUK Selangor adalah BOHONG dan TIDAK BENAR sama sekali! Fakta ini juga menunjukkan bahawa Khalid memang bodoh dan bebal tahap IQnya.

MB-MB Selangor termasuklah Dato’ Seri Khir sebelum ini tidak pernah mempertikai perlantikan SUK Selangor yang diperkenankan DYMM Sultan. Mereka tahu SUK bukanlah orang politik, hanyalah penjawat awam eksekutif dan tidak mempunyai bidang kuasa terhadap perlantikannya. Tidak ada kena mengena dengan politik. Apa yang nak ditakutkan dengan Khusrin jika dia jadi SUK Selangor? Dato’ Khusrin jauh lebih berintergriti berbanding Khalid yang cuba merompak duit zakat Negeri Selangor! Atau…Kamu nak letak Eli Wong atau Zuraidah jadi SUK, kah?

Ketika penulis menulis artikel ini, sudah 18 laporan polis sudah dibuat terhadap Shuhaimi. Lam Weng San sudah bisu di”tempeleng” Dato’ Mohamad Munir. Khalid Ibrahim masih lagi ter”gagap-gagap” mencari idea putar alamnya. Pada penulis, tindakan keras harus diambil terhadap Shuhaimi dengan segera. Shuhaimi wajar dibuang negeri dan dilucutkan status ADUNnya. Jawatannya sebagai ADUN harus diberikan kepada pemangku dari Parti Kencing Rakyat (PKR). Lam Weng San pula wajar diberi amaran keras supaya tidak cuba bermain kata berkenaan fakta membabitkan Institusi di-Raja. Manakala Khalid Ibrahim wajar dihukum menerima “penampar jepun” dari Dato’ Khusrin. Biar kurang sedikit “gagap” dan busuk hatinya..!!!

Sumber Ehsan: myKMU.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!