Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, December 28, 2011

PERHATIAN..!!! KHAS KEPADA PEJUANG KEPENTINGAN ISLAM SAHAJA..!!!


Tadi, aku ada terima sms lagi dari seorang rakan jauh nun di kampung halaman, Kedah Darul Aman. Khabarnya, pada 1 Januari 2012 ini, ribuan umat Islam akan berkumpul, bersatu dan berpadu demi mempertahankan kepentingan agama Islam di bumi Jelapang Padi.

Menurut sumber, perhimpunan kali ini bukanlah atas dasar politik atau cuba nak buat kacau bilau macam yang berlaku pada 9 Julai di KL yang dianjurkan oleh Minachi pro-Murtad, Ambiga.

Malah menurutnya, kali ini seluruh umat Islam tak kira fahaman politik sama ada PAS, UMNO, PKR, Ulama-Ulama dan golongan atas pagar yang beragama Islam telah memberikan komitmen untuk hadir pada perhimpunan itu.

Menariknya, semua yang menyatakan komitmen tersebut berikrar akan mengenepikan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kepentingan umat Islam yang sedang terancam oleh pembangunan yang sepatutnya tidak kacau langsung hak umat Islam di Kedah itu.

Menurutnya lagi, ribuan umat Islam itu akan berkumpul di Madrasah Salihiah Kancut tepat pada jam 10.00 pagi pada tarikh 1 Januari 2012.

Kemudian, setelah semua bersedia, mereka akan beramai-ramai berjalan kaki dari madrasah tersebut menuju ke Wisma Darul Aman yang terletak beberapa kilometer dari situ secara aman.

Saya ulangi, SECARA AMAN..!!!

Selain itu, sumber aku juga memberitahu bahawa pihak penganjur sudah bersedia seandainya wujud usaha mensabotaj perhimpunan itu sama ada dalam bentuk provokasi dan sebagainya. Umat Islam Melayu Kedah yang terkenal dengan seni silat Melayunya sudah siap sedia...

Jadi, apa tunggu lagi. Wahai umat Islam di Kedah! Ayuh!!! Pertahankan kewujudan Madrasah Salihiah Kanchut pada 1 Januari ini. Kita minta belas ihsan dan pertimbangan Ustaz Azizan untuk ubah plan Aman Central tu dan tidak merobohkan madrasah tersebut..!!!

Selainnya, kita berserah saja pada Allah SWT. Namun, sekiranya Kerajaan Negeri enggan akur pada kehendak umat Islam itu, rasanya usahlah kita bersikap ganas atau merosakkan imej kita sendiri....Kita bertamadun dan tidak seperti Ambiga yang pro-murtad itu...

Dan saya yakin, sekiranya Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan itu menolak permintaan kita, TIDAK MUSTAHIL ALLAH SWT AKAN MEMBALASNYA PADA PRU KE-13 NANTI..insyaAllah.

Takbirrr...! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!!

4 comments:

Anonymous said...

islam ungok tak payah lah ,kan ke kamu umgok sekular mana tahu halal haram nya janji masok kamu lebih hina dari peminta sedekah sebab kmu ahlul umgok yang tak tahu mana hukum yang tertulis.lebih kamu memuja umgok dari memhayati hukum islam

Anonymous said...

Duke of UMNO
Salam Hormat


Bangunan UMNO di Jalan Macalister berdiri di atas dulunya tanah wakaf?

Nyaris-nyaris Masjid Simpang Enam yang didirikan atas tanah wakaf pun nak dirobohkan. Kes bicara di mahkamah. Sila rujuk.

Salam Hormat

(al-zubaidi@koboi melayu di austolia, abangnya latif ahli umno jelutong)

Anonymous said...

Kes Wakaf Tanah Masjid Simpang Enam

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kes-wakaf-tanah-masjid-simpang-enam-0
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu:

1. Apakah pandangan Ahli Jawatankuasa mengenai syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Amanah Wakaf atau Deed of Settlement yang ditafsirkan oleh mahkamah sebagai Surat Ikatan penyelesaian bermaksud - ia digunakan sebagai tempat orang-orang Islam bersembahyang jemaah dan tidak untuk tujuan-tujuan lain.

2. Hakim berkata dalam penghakimannya: Pada pandangan saya, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga harus mempunyai minda yang terbuka mengenai rancangan ini. Majlis bukanlah berada dalam satu keadaan dimana ia perlu membuat satu pilihan antara hidup atau mati. Tanah wakaf itupun cukup luas untuk dibina masjid dan bangunan-bangunan lain sebelah-menyebelah. Soalan saya:-
a) Tidak bolehkah tapak masjid itu dikekalkan untuk masjid?
b) Tidak bolehkah bahagian yang selain daripadanya itu digunakan untuk tujuan ekonomi dan sebagainya?
Keputusan:

1. Jawatankuasa Syariah telah memutuskan bahawa syarat tersebut tidak bercanggah dengan apa yang hendak dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu dengan membina lima tingkat bangunan dan di atasnya masjid adalah tidak bercanggah dengan amanah tersebut. Sebabnya dengan pembinaan tersebut tidak menghalang orang-orang Islam bersembahyang jemaah di mauquf itu.
Jika syarat waqif itu hanya tempat orang sembahyang, syarat yang disyaratkan itu tidak bercanggah dengan Fatwa tahun 1989 kerana syarat waqif itu bukannya diubah wasiat itu, mengikut kitab al-Fiqhul Islami wa Adillatuh (الفقه الإسلامي وأدلته), Juzuk 8, dan dalam kitab Hidayatu Sharhu Bidayah tetapi untuk meluaskannya sahaja tempat bersembahyang jemaah itu.

2. Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa tidak ada apa-apa halangan untuk menerima pandangan dan cadangan hakim ini dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Syara' dan dengan fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 1989 itu.


Bagaimana Masjid itu masih kekal?

TokMisaiGondrong said...

Kalau UMNO yang mengaji di England, boleh maapla jugak depa bodoh agama. Tetapi yang Azizan ni bekas ustaz Maahad dan jadi pebsyarah UIA, lepasan Azhar pulak. Kan banyk beza tu. Jadi sebab dia lepasan Azhar, semua yang dia buat tu kira halal?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!