Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, December 11, 2011

PANASSS..!!! SURAT "PANASSS" BUAT USTAZ AZIZAN RAZAK DARI RAKYAT KEDAH..!!!


Ustaz Azizan...
Chek nak tanya sikit. Exco-Exco Ustaz Azizan ni reti buat kerja ke tidak ni? Awat yang depa biarkan perkhidmatan awam di Kedah ditutup macam tu saja..? Rakyat kat area tu nak naik apa nanti?

Ustaz Azizan...
Cuba Ustaz tengok gambaq yang disunting dari Orang Kedah ni. Gurun, Jeniang, Kuala Ketil, Taman-Taman kat area Sg Petani, Semeling, UiTM Merbok, Baling..semua tu kawasan yang jauh dan ramai rakyat yang takdak kenderaan sendiri kat situ...kan? Kalau takdak bas, macamana depa nak bergerak..?

Ustaz Azizan...
Lain la kalau Ustaz dah bina LRT ka..komuter ka...ERL kaaa..baru la boleh tamatkan perkhidmatan awam tu. Takkan Ustaz nak suruh rakyat kat situ naik teksi kot? Depa bukannya kaya macam Ustaz...Err..Ustaz..best dak naik kereta Mercedez baru tu??? KCX 8 ka apa ke nombor plate dia tu...

Ustaz Azizan...
Rasanya, Exco yang Ustaz lantik tu tak reti buat kerja kot? Ustaz kena suruh depa bincang dulu dengan syarikat bas tu. Tak pun buat la back up plan. Bukak tender bas baru ka..apa ka..baru la kena...

Ustaz Azizan...
Rasanya Exco yang Ustaz lantik tu nak sabotaj pentadbiran Ustaz, kot? Depa sengaja buat "tahana" kat Ustaz nihhh..? Depa nak buat cara berdepan, depa tak berani. Tu yang depa buat cara Anwar tuuuu...cara "main belakang"...

Ustaz Azizan...
Rasanya, Ustaz dah tertekan sangat dengan Exco-Exco Ustaz. Depa pemain Ustaz lagu tu ja. Sikit pun depa tak respect Ustaz lagi dah.

Ustaz Azizan...
Ustaz masuk UMNO ja laaa. Saya tau Ustaz ada persepsi buruk kat UMNO. Tapi memandangkan puak dalam PAS lagi teruk dari UMNO, rasanya lebih baguih kalau Ustaz berjuang bersama UMNO...

Ustaz Azizan...
PAS dengan UMNO ni sama saja. Yang bezanya ialah individu yang memimpin. At least UMNO reti dan berpengalaman luas mentadbir dan berkhidmat pada rakyat. Tapi pemimpin PAS di sekeliling Ustaz tu, dah la perangai buruk, tak reti mentadbir, lepaih tu depa sabotaj pulak ketua depa! Mana "wala" depa pada Ustaz sebagai MB? Hancoq wooo...

Ustaz Azizan...
Mungkin Ustaz kurang percaya apa yang saya kata ni sebab persepsi Ustaz bahawa saya ni orang UMNO. Tapi kalau Ustaz tak percaya tanya Sanusi Setpol Ustaz tu...dia mungkin boleh bagitau semua luaq dalam kat Ustaz pasai gerakan menjatuhkan Ustaz ni..

Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!