Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, December 23, 2011

PANASSS..!!! SURAT PANAS KEPADA NASRUDDIN HASAN TANTAWI..!!!

Nasrudin Tantawi

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi, mengenai tindakan Adam Adli menurunkan bendera Presiden UMNO di depan Ibu Pejabat UMNO baru-baru ini.

Dia menjustifikasikan tindakan Adam itu sebagai wajar dan sama dengan tindakannya menurunkan bendera Sweden kerana menghina Rasulullah. DPPM katanya bersedia membela Adam sekiranya budak itu diapa-apakan.

Baiklah Ustaz. Itu kata Ustaz, ini pula pendapat saya…

Apa rasional Ustaz membezakan tindakan menurunkan bendera Presiden UMNO dengan tindakan menurunkan bendera Sweden? Sepatutnya, Ustaz membandingkan tindakan menurunkan bendera Presiden UMNO dengan tindakan menurunkan bendera Presiden PAS.

Ustaz, turunkan bendera sebuah negara dengan turunkan bendera seorang Presiden parti yang memerintah, sangat berbeza. Ustaz sendiri sedar, kan? Cuba Ustaz pergi ke Sweden dan turunkan bendera negara tu kat tempat diorang. Tak payah lama, 5 minit je. Lepas tu Ustaz tunggu apa yang akan berlaku kat Ustaz…

Begitu juga dengan situasi Adam Adli ni. Dia dah buat sesuatu yang dilihat kurang ajar di mata para penyokong UMNO di depan ibu pejabat UMNO tu sendiri. Jadi terimalah akibatnya! Jangan la nak salahkan orang saja…


Kalau Adam ada kat depan mereka-mereka ini..apa akan jadi? Tanggung sendiri la..sapa suruh buat orang marah?

Kalau Adam tu tak puas hati sekali pun dengan PM, atau sesiapa saja, rasanya dia ada jalan yang lebih baik dari bersikap kurang ajar macam tu. Mak bapak dia tak ajar ke? Dia ingat PM terima ke “mesej” dia dengan cara macam tu? Rasanya tak berkesan langsung kot?

Ustaz Nasruddin, Ustaz sedar tentang Islam yang menganjurkan umatnya menyeru ke jalan Allah dengan cara yang bijaksana, berhemah dan berkhikmah, kan?

Justeru itu, saya nak tanya Ustaz, apakah cara Adam Adli yang Ustaz bela sangat tu sebagai bijaksana, berhemah dan berkhikmah? Rasanya, kalau benarlah cara Adam tu bijak, berhemah dan berkhikmah, tak payah sebut pun PM akan setuju dengan apa yang dia mahu…

Mungkin belum ada insiden menurunkan bendera PAS sebelum ini. Namun, sekiranya ada dikalangan mahasiswa datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut dan menurunkan bendera PAS di situ dan menaikkan bendera mereka sendiri untuk 5 minit, apa Ustaz rasa?

Marah ke tidak? Wajar ke tidak tindakan tu? Mungkin Ustaz belum kena lagi, tentu la Ustaz tak terasa. Tapi..Ustaz nak test ke? Nak ke bendera PAS kat tepi Jalan Raja Laut tu digantikan dengan bendera “pelacur-pelacur” kat belakang ibupejabat PAS tu?

Ustaz mewajarkan tindakan Adam tersebut? Ustaz ni..rasional la sikit bila buat statement tu! Tolonglah jangan jatuhkan IQ Ustaz di depan penyokong-penyokong Ustaz sendiri. Mereka tu dah lah kurang sangat IQnya, dapat ketua yang lemah IQ macam Ustaz..macamana PAS nak “survive” pada masa akan datang?

Perkara yang Ustaz perlu tahu ialah Adam hanya mewakili segelintir saja mahasiswa yang tak matang dan bangang di negara ini. Mahasiswa yang bijak dan makin matang pemikirannya tak bersikap bodoh seperti Adam ni.

Dan yang paling penting Ustaz perlu tahu ialah majoriti mahasiswa lain tak suka dan menyampah dengan cara Adam tu. Pada mereka, tindakan Adam tu memalukan mereka seluruhnya, dan DPPM bela pulak Adam tu? DPPM tu mahasiswa ke, Ustaz???

Ustaz Nasruddin, meskipun kepala Ustaz dililit serban sebesar bakul ikan dipasar sekali pun, ia tidak akan sama dengan pemikiran seorang pejuang Islam yang bijak yang hanya mengenakan serban kecil bernama Ustaz Fathul Bari.

Ustaz Fathul Bari ni tak masuk UMNO pun. Dia hanya berdakwah dan berjuang untuk Islam di Malaysia saja. Faham maksud saya? Kalau Ustaz tak faham, sah la IQ Ustaz memang rendah…


Sumber: Klik sini

4 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Apa yang dipertahankan oleh Ketua Pemuda Pas ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan kehendak syariat itu sendiri, begitu juga dengan naluri adat dan budaya Melayu kita. Saya berpendapat, yang KP Pas ini sebenarnya mencari populariti ANJING TERSEPIT dalam Pas usaha Pas mengalih isu Pas di Selangor. Apapun, tindakkan KP Pas ini saya kita BIADAP dan melanggar etiqa Akhlak Islami yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W. Taatlah kepada Allah, Taatlah kepada Rasul dan kepada pemimpin kamu. Taat kepada pemimpin yang bagaimana, ini ada pelbagai pandanagn ulama. Tapi selagi Pemimipin itu tidak berlaku zalim antaranya seperti menghalang umat Islam melakukan kerja Ibadah, atau menzalimi umat atau yang jelas melanggar perkara asa aqidah (syariat), maka ia wajib diperangi. Tapi dalam keadaan negara kita sekarang ini, adakah perkara itu berlaku. Jadi tepuklah dada tanya Iman masing-masing. Apa pun saya berpendapat, KP Pas haruslah berpijakkepada paksi yang sebenar. dan lagi kepada Adam Adli, dia harus dikenakan tindakan yang keras, buang daripada IPTA/IPTS kerana ia tidak mencerminkan falsafah pendidikan negara kita. Kalau kerajaan tidak mengambil tindakkan yang wajar, saya yakin dan percaya, perkara seumpama ini pasti akan berulang lagi. Jangan tanya golongan ynag merusuh, tapi tanyalah orang yang melihat. Wallahu A'lam. "Qulli Haq, walau kanna murran"

Merahnya Saga said...

Beban yang dia tanggug atas kepala tu buat buat dia tak beberapa betul.

Kena makan ubat penenang. Kalau tak mau jadi gelong...

Anonymous said...

Tente wi , x sihat kot...eloklah pindah p kat Sweden..

Anonymous said...

Tente wi , x sihat kot...eloklah pindah p kat Sweden..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!