Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, December 27, 2011

PANASSS..!!! SURAT KHABAR CINA JUMPA TOK BOMOH TILIK PRU 13...???


Surat khabar Cina dah jumpa tok-tok bomoh diorang tanya pasal PRU 13. Siap kasi tarikh lagi tu! Betul ke?
Bubar Parlimen 17 Februari, Undi 11 Mac 2012?

PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian. -Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

Sdra Duke Of UMNO, mohon izin masuk permulaan untuk pertama kali

Adalah pada say KDN tidak bolih ambil tindakkan Nanyang siang Pau atau sesiapa pun untuk menyoal pendirian dan dasar kerajaan sediada sebab Najib sudah beri laluan lampu hijau semenjak beliau naik jadi PM.
Nanyang dan seangkatan macam STAR sudah tahu dan faham tidak ada apa akan berlaku kapada mereka.Kesian kapada KSU .
Semenjak itu dasar pro Cina dan persekolahan vernakular dapat sokongan meluas dari Dao Zhong dan lain lain ucapan dasar serta sumbangan kewangan kapada sekalah cina mendapat liputan luar biasa hinggakan kaum cina dan semua pati politik DAP MCA Gerakan yakin undi cina akan menentukan dan menetapkan corak rentak gaya amalan dasar prinsip kerajaan yang di paksikan 1M.
Anwuar dan seangkatan hanya tompang sekaki sahaja atas ledakkan tembak kaki sendiri pentadbiran Najib.
Saya berpendapat bahawa anggota kerajaan penjawat awam perkhidmatan awam semua buang masa saja sebab Najib dan rakan tidak akan ambil peduli akan kejadian saperti ini dan amat banyak sekali event ucapan tindakkan olih parti pembangkang dan juga MCA GErakkan yang menyentuh perasaan Melayu Islam Institusi Di Raja sehingga Art 153 pun nak di cakap olih EU..
Lagi pun mereka tahu Najib akan pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond" maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

Setakat ini Najib sendiri yakin telah membuktikan beliau adalah Presiden Parti 3.43 juta ahli UMNO juga suami FLOM.
Najib juga, yang world view playsafe liberal terbukaan kelainan human rights civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis generasi Y kayuh basikal nonton bola sepak MUFC cool dengan IPOD tablet tweet FB blakberry new politiks new civil disobedience inclusive blue ocean high income world view sangat 1M,tapi bukan Prime Minister material.
Dapat lesen besar 1M
arjuna waspada
changkat lobak

Bila Kak Su Bersuara... Heh!