Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, December 26, 2011

PANASSS..!!! SIAPA YANG MAMPU SELAMATKAN PAS DARI ANWAR..?!!!


Semenjak Umno ditubuhkan pada tahun 1946 antara masalah besar yang dihadapi oleh Umno adalah peristiwa pengharaman Umno yang berlaku pada 1987. Masalah tersebut bagaimanapun selesai tidak lama selepas itu, dan selesai sepenuhnya 9 tahun kemudian apabila parti Semangat 46 dibubarkan dan pemimpin-pemimpin serta ahli mereka kembali kepada Umno.

Selain dari masalah diatas, antara masalah besar dalam Umno yang tak selesai sepenuhnya lagi hingga ke hari ini adalah masalah politik wang, kem-kem, serta tikam belakang. Suka atau tidak suka masalah rasis masih lagi berlaku dalam Umno sehingga ke hari ini.

Seorang pemimpin veteran berbangsa cina pernah memberitahu penulis , masalah rasis tidak berlaku dalam Umno dulu. Ianya mula berlaku selepas Anwar Ibrahim menyertai Umno. Katanya pada masa itu Anwar bersikap rasis semaksimum mungkin terhadap orang-orang cina dan yang sering menjadi kecaman Anwar adalah DAP. Sebagai seorang pemimpin yang ada jawatan dalam Umno ketika itu , apabila dia bersikap begitu maka susah tentulah pengikut-pengikut dibawah juga akan terikut-ikut caranya.

Berhubung dengan politik wang yang sampai ke hari ini pun tidak selesai-selesai lagi, juga dimulakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau hendak menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba pada 1993. Begitu juga dengan masalah berpuak-puak (kem) , ianya juga dimulakan oleh Anwar. Apabila sesuatu penyakit itu sudah berakar umbi , untuk nak selesaikannya bukan kerja mudah. Sudah tentu ianya memakan masa yang lama.

Bukan setakat itu kerosakan yang dilakukan Anwar dalam Umno, malah lebih banyak lagi yang ada. Cuma itu yang besar yang kita semua boleh ingat sampai ke hari ini.

Hari ini pula selepas dia (Anwar) tidak lagi bersama dengan Umno dan bersama dengan Pas, parti itu pula yang rosak. Semenjak Pas ditubuhkan pada 1951 parti itu tidak pernah menghadapi besar kecuali krisis kepimpinan Pas Kelantan pada 1977.

Selama ini kita tidak akan melihat kepimpinan atau ahli-ahli Pas bergaduh secara terbuka. Bukannya mereka tiada masalah.
Oleh kerana mereka taat kepada pemimpin dan pandai menjaga disiplin mereka tidak bincangkan secara terbuka. Orang-orang Umno sering memuji cara orang-orang Pas atasi masalah mereka. Mereka tidak tunjuk kepada orang ramai masalah mereka sehingga orang beranggapan mereka tiada masalah.

Bagaimanapun suasana telah berubah setelah hadirnya Anwar bersama mereka. Pemimpin-pemimpin bawahan Pas yang sebelum itu taat kepada pemimpin atasan berjaya diracuni Anwar sehingga mereka tidak lagi menghormati pemimpin mereka sendiri. Satu ketika dalam Muktamar Pas beberapa tahun lepas Dr Harun Din seorang pemimpin Pas yang dihormati dan disegani sebelum itu diherdik oleh Hatta Ramli agar masuk Umno ketika Dr Harun sedang menyampaikan ucapan.

Tidak cukup dengan itu, kita sendiri boleh lihat bagaimana perangai segelintir pemimpin-pemimpin yang pro Anwar atau dipanggil kumpulan erdogan sepanjang tempoh 2008 hingga sekarang.

Lebih malang lagi apa yang berlaku semalam. Dua kumpulan dari parti Pas mengadakan sidang media berasingan mengkritik satu sama lain. Hasan Ali di Taman Tun Dr Ismail dan Dr Rani serta Khalid Samad di Shah Alam. Sebelum 2008 jangan haraplah kita boleh lihat pemimpin Pas bergaduh secara terbuka. Tetapi selepas kehadiran Anwar semuanya boleh.

Bagaimana rosaknya Umno dikerjakan Anwar, begitulah nasib yang sedang melanda Pas. Umno bernasib baik kerana adanya Tun Dr Mahathir yang berjaya menyelamatkan Umno dari terus ranap. Tetapi berjayakah Pas selamatkan parti mereka dari diranapkan Anwar ?

Kita tunggu dan lihat.


Sumber: Klik Sini

2 comments:

Anonymous said...

bahalol saolan yang parti sekular tanya ni saolan bodoh ,itu lah orang suroh jadi melayu islam tak mau masih nak nak ikut umgok sekular ni,yang menyalamat kan apa2 pun didunia bukan orang ya mangkok hanya dia yang satu allah yang satu

Anonymous said...

Betul tu tuan;
Anwar memang celaka! Kalau si Cina yang tak bersamanya boleh kata macam tu, apatah lagi makmum UMNO dan PAS.
Cukup-cukup merosakkan bangsa Melayu.
Bila agaknya dia ni nak mati. Baru laa aman sikit Malaysia. Itu pun kalau keturunan dia tak menyalak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!