Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, December 24, 2011

PANASSS..!!! ROCKY BRU SAMAN NIK NAZMI RM100 JUTA..???


Aku tumpang berbangga sebab Gomo dapat beli Porshe Cayenne kaler hitam berkilat. Harap-harap nanti Gomo sudi bawak aku round-round pusing KL naik Porshe yang aku tak berapa nak reti sebut namanya tu...

Kat sini, Gomo ada beritahu beberapa jumlah peruntukan yang dikatakan telah diterima oleh beberapa orang blogger. Tak tau la betul atau tidak. Tapi kemungkinan betul tu pun ada jugak...kemungkinan tak tepat pun ada jugak...

Tapi tak pe lah. Bak kata Gomo, tu semua rezeki diorang masing-masing. Kitorang memang tak campur pun...

Namun, apa yang menarik ialah dakwaan Nik Nazmi bahawa Rocky Bru ada terima RM10 juta dari DS Najib. Betul ke DS Najib? Betul ke Rocky ada terima peruntukan sebanyak tu? Musykil jugak aku...

Setahu aku, si Rocky ni dah tak pandang dah duit. Dia memang dah kaya dah. Dulu pun masa dia jadi CEO Malay Mail gaji dia pun dah banyak dahhh...

Dan mungkin kerana tu, Rocky memang dah senang lenang dan tak berapa berminat dengan duit dan hanya menjagai "prestige" yang ada pada namanya di bidang journalism...

Tu semua aku tak berapa pasti. Namun itulah yang aku dengar mengenai Rocky. Korang nak kepastian, sila tanya Rocky sendiri...

Tapi pada aku, aku sikit pun tak percaya Rocky dapat RM10 juta dari DS Najib. Pada aku, dari DS Najib beri duit sebanyak tu kat Rocky, baik dia beri duit tu kat blogger-blogger yang lebih ramai pembacanya...

Kalau kita lihat perbezaan crowd dan ranking alexa antara blogger elite pimpinan Rocky dan blogger nyamuk lain, bezanya bagai langit dengan bumi. Korang faham dan tahu siapa yang ketinggalan di belakang, kan?

Takkan la DS Najib nak bayar banyak tu kat blog yang kurang di baca tu kot? Yang baca blog tu pun hanya mereka-mereka yang kononnya elite dan educated macam geng-geng Rocky saja...

Pada aku, kalau DS nak bagi RM10 juta tu, baik berikan kat TV3. TV3 lagi ramai viewers. Berjuta-juta sehari. Tak payah pun bagi kat Rocky, matlamat DS Najib untuk menyampaikan maklumat gerenti tercapai, kan?

Then? Aku rasa, Rocky patut saman dan dakwa Nik Nazmi kat mahkamah. Selain dari dapat duit extra untuk melepak di lounge kat Bangsar tu, Rocky dapat protect "prestige" namanya..kan Rocky, kan?

So, tunggu apa lagi? Saman je laaaaa....

P/s: RM10 juta? Perghh...untuk aku yang makan gaji ni, mustahil la nak dapat banyak tu. Berblog pun haram sekupang pun tak dapat....errr..ada sesapa nak bayar aku ke? Heheheheheee...aku pun nak pakai Porshe Cayenne jugakkk..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!