Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, December 20, 2011

PANASSS..!!! PAS RAYU BLOGGER JANGAN DEDAHKAN RAHSIA GELAP "KHALIFAH" GUAN ENG..???!!!

Sayang sungguh nampaknya PAS di P.Pinang ini kepada DAP. Ini dibuktikan dengan desakan PAS negeri kepada semua pihak supaya menghentikan tuduhan terhadap Ketua Menteri P.Pinang yang kononnya didakwa sebagai Anti Islam dan juga Anti Melayu.

PAS P.Pinang melalui Ketua Penerangannya juga mendesak pemimpin-pemimpin UMNO khususnya di negeri itu supaya menghormati Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan pelbagai tuduhan terhadap beliau.

Malah, Ketua Penerangan PAS tersebut meminta semua pemimpin UMNO meminta maaf secara terbuka kepada Lim selari dengan perintah mahkamah yang membuktikan Utusan bersalah memfitnah Setiausaha DAP tersebut.

Persoalannya, kenapa pula PAS mendesak pemimpin UMNO meminta maaf kepada Lim Guan Eng apabila Utusan kalah saman? Pernahkah selama ini pemimpin PAS mengambil inisiatif memohon maaf jika Harakah kalah dalam tuntutan samannya di Mahkamah?

Pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun tak pernah dalam sejarah meminta maaf terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin kerajaan, sekarang mereka ada hati pula nak bercerita tentang pentingnya untuk meminta maaf? Cakap tak serupa bikin betul!

Kita pun tentu berasa hairan.., kenapa PAS beria-ia sangat mempertahankan Guan Eng di P.Pinang? PAS bukannya parti dominan dalam Pakatan Rakyat di negeri itu. Malah PAS juga langsung tak mempunyai sebarang tempat didalam pentadbiran negeri.

DAP selama ini juga tak pernah memperdulikan PAS P.Pinang. Satu-satunya wakil PAS yang ada di negeri itu pun tidak mereka pandang. Jika benarlah DAP mengiktiraf kemampuan PAS P.Pinang, mengapa Salleh Man dipinggirkan dari sebarang jawatan penting dalam negeri?

Semua ini bukti bahawa PAS P.Pinang hanya bertaraf kelas ketiga di mata DAP negeri. Itupun PAS masih belum sedar dan masih terhegeh-hegeh “melukut ditepian gantang”. PAS P.Pinang patutnya terima hakikat bahawa, tiada tempat untuk mereka dalam semua perancangan DAP negeri.

PAS dan pengikut-pengikutnya di negeri ini juga hanya diperkudakan untuk meracun pemikiran orang-orang melayu dikampung sahaja. Selain dari ditugaskan untuk menjaga parking ceramah, PAS P.Pinang sepanjang masa hanya berfungsi sebagai tukang bodek DAP sahaja.

Jangan ingat rakyat P.Pinang tak tahu tentang realiti tersebut. Imej PAS P.Pinang yang diketuai oleh Salleh Man juga semakin merudum dikalangan umat Islam negeri kerana bertuankan DAP.
Rakyat P.Pinang mahukan parti melayu/Islam yang mampu perjuangkan nasib bangsa dan agama, bukannya parti yang rela dicucuk hidung oleh kafir !



Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!