Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, December 8, 2011

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM SUDAH LAYAK DI"MUZIUM"KAN..!!!

Semakin dekat dengan tempoh pilihanraya umum ke 13, semakin banyak persepsi yang timbul mengenai prestasi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Diatas kertas, kita melihat Barisan Nasional melalui kepimpinan DS Najib berjaya menukarkan sokongan rakyat supaya beralih kepada mereka berbanding di zaman Tun Lah.

Kalau tak 100 peratus sekalipun, perlu diakui bahawa lebih dari separuh sokongan rakyat telah diterima oleh kerajaan melalui pelbagai program-program mesra rakyat, serta skim-skim bantuan yang diwujudkan kepada rakyat bawahan.

Bukan hendak menafikan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat, tetapi realitinya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ternyata hanya menggali kubur mereka sendiri apabila terlampau ghairah menabur janji tanpa ada inisiatif untuk menunaikannya. Inilah yang membuatkan sokongan terhadap mereka semakin merudum.

Dari segi media maya pula, memang tak perlu dinafikan lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mendahului lawan mereka. Ini dikuatkan lagi dengan DS Najib sendiri yang sanggup menghabiskan masa bagi menumpukan fokus kepada pengundi muda di internet. Usaha Perdana Menteri itu ternyata berbaloi apabila beliau kini amat popular dikalangan pengamal media baru.

Walaupun ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat juga aktif berkomunikasi di ruang siber, tetapi impaknya kurang jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh DS Najib. Karisma serta aura Perdana Menteri ternyata lebih hebat dari apa yang mampu dihasilkan oleh Ketua Umum Pakatan, mahupun Mursyidul Am PAS. Itulah kelebihan menjadi Perdana Menteri.

Dari segi persepsi rakyat bawahan pula, apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diperhatikan dengan penuh minat. Bagi mereka, slogan rakyat didahulukan sedang berada dilandasan yang betul.

Walaupun masih ada yang taksubkan janji-janji Pakatan Rakyat, namun usaha kerajaan melalui program 1Malaysianya dilihat berjaya membuka mata pelbagai pihak. Di Kedah misalnya, Menteri Besar Azizan Razak masih lagi popular, tetapi populariti tersebut makin pudar apabila pelbagai isu rakyat tidak diselesaikan dengan baik terutamanya didalam isu mangsa banjir.

Dan Pakatan Rakyat dilihat melakukan satu tindakan yang amat merugikan apabila terlalu menumpukan usaha untuk merampas negeri Johor dari tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana, rakyat di negeri-negeri naungan Pakatan ketika ini masih terabai serta belum dijaga kebajikan mereka selepas tiga tahun dibawah Pakatan Rakyat.

Selain itu, isu-isu perkauman dan agama yang timbul telah menunjukkan kedudukan sebenar PAS didalam gabungan Pakatan. PAS ternyata tak mampu untuk meneutralkan isu apabila berlaku campur tangan dari DAP. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS hanya suara minoriti dalam gabungan tersebut.

Sebab itulah sudah mula kedengaran yang PAS harus berdiri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Malah, desakan dari ahli-ahli PAS peringkat bawahan juga menunjukkan mereka tak selesa apabila PAS dilabelkan sebagai kuda tunggangan kepada DAP.

Kesimpulannya, usaha-usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib Razak telah mula dirasai oleh rakyat kebanyakan. Ini termasuklah penyokong-penyokong pembangkang. Semua ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sedang meniti hari-hari akhirnya sebelum PRU13.

Jangan hairan jika Pakatan Rakyat hanya tinggal sejarah selepas tarikh pembubaran Parlimen nanti. Kerana jika hendak dibandingkan antara janji kosong Pakatan dengan usaha konsisten BN, sudah tentulah rakyat lebih bijak menilainya.


Sumber: Klik Sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!