Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, December 24, 2011

PANASSS..!!! KARPAL AKAN LETAK JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT UNTUK JADI "GOD FATHER" SEPENUH MASA..???!!!

s karpal sing

Nampaknya pergaduhan antara “God Father” DAP, Karpal “The Singh Is King” dengan macai DAP Negeri Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy semakin memuncak. Terbaru, bapak kepada Gobind itu telah meminta Ramasamy meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri II (TKM II) Pulau Pinang!

Karpal memberi alasan bahawa Ramasamy telah melanggar disiplin parti kerana bersuara di luar parti mengenai kemelut dan permasalahan dalaman DAP sehingga tersebar di peringkat umum. Padahal, Karpal tak sebut langsung tentang kemarahannya terhadap Ramasamy yang sebelum ini menyerang Pengerusi DAP itu dan menggelarnya sebagai “God Father”.

Semakin hangat pulak filem Tamil “featuring Singh Is King” terbitan DAP ini. Kali ini dah sampai ke tahap desak letak jawatan pulak!

Persoalannya di dalam filem ini, mengapa Karpal marah sangat dengan Ramasamy sehingga meminta beliau meletak jawatan sebagai TKM II? Takkanlah kerana Ramasamy dedahkan kepada umum tentang masalah dalaman DAP kot? Rasanya ada macam ada “personal problem” je ni…

Sebelum ini, ada juga pemimpin DAP yang menyuarakan kritikan mereka di media sehingga meletup-letup di telinga para pemerhati politik di negara ini. Sebagai contoh, Tony Pua. Namun, tiada pula Karpal suruh Tony letak jawatan dan sebagainya.

Tapi, bila sampai giliran Ramasamy, “hangin” betul Karpal nampaknya. Sampai suruh letak jawatan! Ada apa-apa ke, Karpal? Nak kasi pada siapa pula jawatan TKM II Pulau Pinang tu? Nak beri pada Gobind ke?

Pada pemerhatian saya, sebenarnya mungkin ramai lagi pemimpin DAP yang nak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan DAP dikhalayak umum. Mungkin pada mereka, biar sekelian rakyat tahu betapa teruknya masalah dalaman DAP.

Mungkin setiap kali mereka suarakan ketidakpuasan hati di dalam DAP, selalunya suara mereka itu tidak sampai, disalah ertikan, dikerat-kerat, kepimpinan tak faham apa masalah yang cuba diutarakan, dan paling menyakitkan hati mereka ialah sikap “bolayan” yang ditunjukkan oleh pemimpinan mereka sendiri.

Mungkin disebabkan cara “kuku besi” itu maka ada dikalangan mereka yang hilang sabar seperti Ramasamy dan meletupkan masalah DAP itu kepada pengetahuan umum. Mungkin tiada pilihan, dengan cara itu sajalah suara mereka akan didengar.

Jika tidak, takkanlah sampai Ramasamy sebelum ini berkata “Nak jadi apa pun..jadilah!”. Ayat-ayat begitu menunjukkan dia sudah putus asa dan “give up” dengan masalah tersebut. Mungkinkah suaranya di sekat oleh “God Father”?

Saya menunggu episod seterusnya filem tamil “featuring Singh Is King” ini. Saya mahu tengok apakah yang akan berlaku kepada macai DAP Pulau Pinang itu. Adakah Prof itu akan letak jawatan? Kalau letak jawatan TKM II, apakah dia akan keluar parti?

Apa pula reaksi seterusnya dari “God Father”? Dengan menyuruh Ramasamy letak jawatan, secara tak langsung Karpal juga telah melanggar disiplin parti dengan menyuarakan kemelut dalaman DAP itu ke pengetahuan umum! Bila Karpal nak suruh dirinya letak jawatan pulak?


Sumber:

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!