Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, December 25, 2011

PANASSS..!!! CIKGU PA TERUK "DIBELASAH" HASAN ALI DI RUMAHNYA..!!!

cikgu pa

Hangat sungguh sidang media yang disampaikan oleh Datuk Hasan Ali di rumahnya. Dalam menjawab segala pertikaiannya dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang digulingkan itu membidas Mustapa tanpa belas kasihan!

Sebelum ini, Mustapa atau Cikgu Pa mendakwa Hasan Ali sudah masuk perangkap UMNO dengan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO. Dalam ertikata lain, Cikgu Pa nak kata Hasan Ali jadi “talibarut” UMNO lah.

Namun hari ini, Hasan Ali mendedahkan bahawa Cikgu Pa sendiri terhegeh-hegeh memohon untuk mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi UMNO! Lagi teruk “talibarut” rupanya Cikgu Pa ni…

Nampaknya Hasan Ali marah sungguh pada Cikgu Pa sehingga mendesak ADUN Gombak Setia itu membocorkan “rahsia” Setiausaha Agung PAS itu sendiri. Apa lagi yang Cikgu Pa nak jawab bila Hasan Ali dedahkan pekung di dadanya..?

Bukan setakat itu saja. Hasan Ali turut membidas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, di mana akhbar itu dikatakan enggan memberi ruang kepadanya menyuarakan pendapat berbanding pemimpin-pemimpin PAS tertentu yang lain.

Dakwaan Hasan Ali ternyata benar apabila Harakah tidak pun menulis atau melaporkan kritikan Hasan Ali terhadap Mustapa dan kepimpinan PAS yang lain pada berita mengenai sidang akhbarnya hari ini.

Harakah hanya menyiarkan kenyataan Hasan Ali yang menarik balik kenyataannya membidas kepimpinan PAS mengenai Negara Berkebajikan. Sedangkan intipadi utama sidang akhbar tersebut iaitu kritikannya terhadap Mustapa tidak pun disiarkan. Telus dan boleh dipercayai lagikah “suara PAS” ini?

Hakikatnya, Hasan Ali sudah “punah” di dalam PAS. Kenyataan beliau hari ini jelas menunjukkan dia telah masuk ke dalam perangkap UMNO yang memperjuangkan Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu. Jelas Hasan Ali selari dengan perjuangan UMNO selama ini.

Nampaknya Mustapa Ali tepuk dahi sendiri la lepas ni…

Bila Kak Su Bersuara... Heh!