Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, December 27, 2011

PANASSS..!!! BILA PSYWAR PEMBANGKANG MAKAN TUAN...


United Malay No Otak, Umporno, Umngok. Inilah ungkapan pejuang-pejuang PAS dan PR. Ini disusuli dengan ungkapan kebencian melampau seperti penghinaan hitam metalik diceramah-ceramah bagi membangkitkan kebencian.

Dari blog tukartiub
Ungkapan-ungkapan yang penuh dengan kebencian ini sekarang sudah makan tuan. Populariti blog-blog pembangkang sudah merudum, malah blog-blog pro kerajaan menguasai senarai majoriti 100 blog terpopular. Dalam Facebook juga, Anwar hanya mencapai 300,000 likes, sedangkan Najib mencapai 900,000 likes, iaitu 3 kali ganda Anwar. Anwar jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tun Mahathir dengan 1.5 juta likes.

Harakah yang terkenal dengan "hanya berita Umno", sudah jatuh jualannya sehingga 25% sahaja daripada edaran asal. Malah kedudukan Mustafa Ali kini terancam akibat prestasi buruk Harakah.

Retorik berlebihan tentang demokrasi, kebebasan dan hak hak sivil hanya sesuai apabila menjadi pembangkang, dan bukan pemerintah. PAS dan PR sudah jadi kerajaan di Kelantan, dan kini juga kerajaan di Kedah. Namun PAS tidak belajar ini, mereka tidak belajar bahawa rakyat ingin melibat mereka laksanakan apa yang mereka janjikan dahulu. Bukan rakyat tidak tahu, PAS yang menghasut pelajar menentang AUKU adalah kerajaan negeri yang menggantung 5 pelajar KUIN sehingga kini, dan memecat pensyarah kerana menyokong pelajar.

Sebenarnya umum sudah naik muak dengan retorik berlebihan sehingga menghina lawan yang dipakai PAS dan PR. Melainkan penyokong taksub PAS, majoriti masyarakat tidak dapat menelan gambaran buruk terhadap BN sehinggakan tidak ada satu pun yang baik dibuat BN.

Sedangkan rakyat memerhati, BN melalui Dato' Najib tidak pernah kehabisan idea untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Satu demi satu inisiatif ETP dan EPP dilancar dan semuanya menyentuh kehidupan setiap golongan rakyat.

Sedang PAS dan PR yang tertinggal bas masih menjaja "Cincin Berlian Rosmah", Najibtuya, Umporno, Umngok, United Malay No Otak, dan ribuan lagi gelaran "kreatif" mereka, rakyat semakin muak dan mereka semakin syok sendiri...


Maksud Ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Hujuraat: 11)

Sumber: Klik sini

3 comments:

Wau Janak said...

memang benar!
ramai rakyat yg dulunya atas pagar kini sudah tahu mana arah nak dituju...

Anonymous said...

minta admin jawab beberapa persoalan dari nurul izzah dalam akhbar sinar harian 27/12.dalam artikelnya dengan lantang menyalahkan umno.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Bro....Link blog teman bro...

http://penaminang.blogspot.com/

Bila Kak Su Bersuara... Heh!