Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, December 29, 2011

PANASSS..!!! AKU KATA PAS BAWAK SYIAH KE MALAYSIA KORANG TAK PERCAYA...! NAH AMBIK NIHHH...!!!

Tiba-tiba ianya menjadi sebutan banyak pihak, apabila kelihatan golongan yang dipercayai penyokong-penyokong PAS membawa gambar pemimpin syiah Iran seperti Ayatollah Khomeini dan sebagainya sewaktu demonstrasi Bersih yang lalu. Perlakuan ini persis sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah, apabila perlakuan itu oleh pengikut Syiah menunjukkan sikap mengagungkan pemimpin mereka.

Bukan itu sahaja, seorang pemimpin kanan PAS dilihat cukup condong ke arah Syiah dengan menjadikan pemimpin syiah tersebut sebagai idola dan diwar-warkan di dalam ceramah-ceramah politik mereka. Malah, pada satu ceramah, pemimpin berkenaan menggambarkan betapa “suci” dan “bercahayanya” wajah Hasan Nasrallah, seorang pemimpin Syiah, sehinggakan ingin memeluknya. Dan Ayatollah Khomeini, yang melabelkan sahabat Rasullullah sebagai berhala, kerapa dijadikan “role model” kepada pengikutnya!

Kita harus faham bahawa fahaman Syiah ini menggunakan cara demonstrasi jalanan dan kekerasan untuk meruntuhkan kerajaan, mana-mana jua kerajaan yang tidak berketuakan seorang dari golongan yang sama (Syiah), secara pemikiran mahupun akidah. Ia bertepatan dengan salah satu prinsip Syiah itu sendiri, iaitu Al-Wilayah; satu prinsip di mana mereka akan hanya mengiktiraf satu-satu kerajaan yang dipimpin oleh penganut Syiah, dan kepada kerajaan yang bukan Syiah wajib digulingkan.

Contoh terbaik adalah Iraq, di mana Amerika berganding bahu dengan puak Syiah untuk menggulingkan Saddam Hussein. Huru-hara yang telah dan sedang berlaku di Timur Tengah, yang diidolakan oleh PAS dan Anwar, semuanya adalah kerja puak-puak Syiah!

Dalam sejarah Islam sendiri, demonstrasi pertama yang berlaku telah mengakibatkan kematian Uthman Affan, sahabat baginda Rasullullah. Demo ini telah diketuai oleh Abdullah Saaba, pencipta fahaman Syiah!

Ada beberapa golongan Syiah. Namun, kebanyakkan yang ada sekarang, malah di Malaysia sendiri adalah yang mengkafirkan seluruh sahabat Rasullullah. Ini adalah ancaman kepada Islam murni, yang berpegang kepada ahlus sunnah wal jamaah.

Kebimbangan akan ancaman Syiah ini semakin ketara apabila puak-puak berkenaan sudah berani tampil mencabar pihak berkuasa, dengan alasan hak asasi manusia untuk mengamalkan apa jua fahaman yang mereka ikuti. Di Gombak, contohnya, ia bukan lagi rahsia. Golongan Syiah ini, kini bersama-sama dengan Ambiga, yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Walhal, ianya hanyalah alasan untuk menentang Islam, seperti mana tuntutan oleh IFC, satu badan yang Ambiga sendiri mengetuainya.

Sebahagian pendapat mengatakan bahawa Syiah hanya bersandarkan Islam, tetapi bukan Islam. Ia hanyalah sekadar agama politik.

Umat Islam khususnya di Malaysia haruslah bijak mengenalpasti golongan-golongan ini dengan melihat kepada kecenderungan mereka. Ini kerana mereka akan menyimpan akidah mereka, dan menyebarkan apa yang sesuai dengan “citarasa” setempat. Lama-kelamaan barulah “jarum” dicucuk kepada si mangsa. Ia selaras dengan satu lagi prinsip di dalam Syiah iaitu “Al-Takiyyah”.

Ancaman ini sangat berbahaya kepada negara, dan umat Islam wajib menolak mana-mana parti politik yang mempunyai pemimpin yang sangat condong kepada fahaman laknatullah ini.


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!