Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, December 31, 2011

NAK MOHON MENGADU PADA ALLAH PUN DIHALANG..??? NI NEGARA MALAYSIA KE ISRAEL..???


Menjelang penutup tahun 2011, macam-macam yang berlaku. Dilaporkan semalam rujuk sini bahawa Ketua Pemuda PAS Kedah buat laporan polis untuk halang majlis solat hajat yang dianjurkan pihak Madrasah Salihiah Kanchut.

Majlis tersebut, Majlis Munajat Perdana adalah bertujuan memohon kepada Allah SWT menyelamatkan Madarasah Salihiah dari dirobohkan Kerajaan Negeri Kedah. Tidak ada motif lain selain itu...

Perkara pokoknya ialah menyelamatkan Madrasah Salihiah dari dirobohkan oleh Kerajaan.

Tak kiralah, jika Kerajaan yang nak robohkan Madrasah itu adalah Kerajaan BN atau PAS sekalipun, anak kariah itu memohon kepada Allah agar pusat aktiviti mengimarahkan agama itu agar diselamatkan.

Aku percaya, kalau Kerajaan BN yang robohkan madrasah tu, puak-puak PAS sanggup bergolek tidur atas jalan kerana nak selamatkan madrasah itu. Namun memandangkan yang nak merobohkan madrasah tu ialah Kerajaan PAS, maka puak Pemuda PAS tak berminat pun nak join..

Aku hairan. Nak buat solat hajat dan program Munajat minta pertolongan dari Allah pun nak dihalang? Sampai sanggup buat report polis??? Begitu sekali Pemuda PAS punya teruk???

Selama ni, ada ke BN halang PAS buat solat hajat atau majlis apa-apa? Kerajaan BN siap bagi stadium lagi untuk pembangkang buat majlis keagamaan. Masjid tak payah cakap la..dah beribu kali dah diberi pelepasan...

Macam ni mentaliti Ketua Pemuda PAS Kedah? Heh?! Aku rasa, Nasrudin Hasan Tantawi perlu kaji balik kedudukan Pemuda PAS Kedah ni. Tak layak langsung! Bodoh tindakannya mengalahkan kafir harbi..!!!

3 comments:

Anonymous said...

Aku dah lama mengangap puak2 PAS ni sama taraf dengan binatang..

Anonymous said...

Puak-puak yang satu masa dulu dikenali sebagai pejuang Agama telah bertukar menjadi pejuang komunis. Dan kerja komunis ialah menghalang orang dp beribadat. dan juga merobohkan tempat ibadat.

Mohd said...

Sejak akhir2 ini semua yg dilakukan oleh PAS akan hanya memakan diri saja.
Macam mana PAS nak menang di PRU13 nanti.
Orang Melayu Islam bukannya bodoh sangat utk terus menyokong PAS yg bertindak spt orang bodoh aje.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!