Thursday, December 8, 2011

Kelantan 1990 – 2011: Hanya Bina Sebuah Masjid Saja..?

masjid CHina

Digelar Serambi Mekah, Kelantan hanya mampu berbangga dengan sejarah silamnya yang terkenal dengan para alim ulama yang giat menubuhkan pusat pengajian tidak rasmi atau lebih dikenali sebagai “sekolah pondok”. Selain itu, nama-nama tokoh ulama seperti Tok Kenali dan sebagainya kini hanya tinggal namanya saja untuk dibangga-banggakan.

Bagaimanapun, sejak tahun 1990, iaitu selepas Kelantan terlepas ke tangan PAS, tidak sebiji pun rumah Allah atau masjid yang dibina di negari itu kecuali sebuah sahaja. Dan satu-satunya masjid yang dibina itu ialah Masjid Jubli Perak atau lebih dikenali sebagai Masjid China yang dibina atas ilham “nabi terbaru PAS”, Nik Aziz Nik Mat selepas kembali dari makan angin di negara tembok besar itu.

Itu pun, masjid tersebut menelan belanja yang mahal dengan harga RM9.5 juta pada harga pasaran yang dibina bermula pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2009. Buat masjid sebuah pun mengambil masa sampai empat tahun untuk disiapkan? Tak tahulah berapa banyak peruntukan yang “bocor” dalammasa empat tahun pembinaannya itu…

Memang pelik apabila Kelantan yang terkenal dengan majoriti penduduknya adalah bangsa Melayu beragama Islam tidak menambah bilangan masjid di negeri “Serambi Mekah” itu. Walhal, pusat-pusat hiburan, kelab malam, premis judi dan rumah urut, malah rumah pelacuran tumbuh bagai cendawan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu…

Memanglah. Masjid lebih afdhal untuk diimarahkan. Namun di Kelantan, meskipun dengan bilangan masjid yang sedikit, hanya segelintir dari yang sedikit itu saja yang diimarahkan. Yang lain-lain itu bagaikan “hidup segan mati tak mahu”! Solat lima waktunya dihadiri jemaah yang memenuhi satu saf sahaja. Malah ada kalanya, hanya ada imam, bilal, tok siak dan seorang dua AJK masjid sahaja.

Sebenarnya, mengenai bilangan masjid yang dibina di Kelantan ini diperakui sendir oleh Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun, yang menyatakan bahawa selain Masjid China itu, semua masjid dibina oleh Kerajaan BN. Jadi tak payah nak dinafikan lagi fakta itu.

Cuma yang musykilnya, mengapa satu sahaja yang dibina? Sengkek sangatkah Kerajaan Negeri Kelantan? Sedangkan pembinaan kuil, berhala dan rumah ibadat lain pun diberikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Mursyidul Am PAS itu, mengapa pula umat Islam yang majoriti tinggal dinegeri itu dinafikan hak pembinaan rumah ibadahnya?

Saya pernah menemui sebuah keluarga yang merupakan penyokong kuat PAS. Mereka marah pada kepimpinan PAS Kelantan kerana tidak membina masjid baru. Namun oleh kerana “wala” pada pemimpin, maka mereka terpaksa memberi undi pada PAS, walaupun PAS tidak mengimarahkan Islam di negeri itu…

Apa nak buat…dah dapat Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang tak tahu memimpin. Dah dapat seorang MB yang selalu bagi “excuses”. Dah dapat seorang “mursyidul am” yang tidak memberikan “irsyad” yang benar…maka begitulah jadinya…


Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!