Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, December 23, 2011

HASAN ALI & NASHA DAH MASUK PERANGKAP UMNO..ANDA BILA LAGI..? MARI MASUK PERANGKAP RAMAI-RAMAI..!!!


Baru-baru ni Setiausaha PAS Pusat, Mustapa Ali, tuduh Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa dah masuk perangkap UMNO. Tuduhan tu dibuat selepas Hasan dan Nasha seolah-olah diketepikan dari senarai calon PRU13.

Kononnya, Hasan dan Nasha buat apa yang UMNO nak. Kononnya, kedua pemimpin PAS tu talibarut UMNO, sekaligus masuk ke dalam perangkap UMNO.

Aku heran. Apa yang Hasan Ali buat kat Selangor ialah mengimarahkan Islam, mempertahankan Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu. Itu yang dimaksudkan PAS sebagai "masuk perangkap UMNO"?

Aik? Hasan Ali buat apa yang UMNO buat selama ni pun salah ke? Salah ke Hasan Ali dan UMNO mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor? Khalid Samad yang pertahan gereja tu tak salah?

Salah ke Hasan Ali dan UMNO bersatu pertahankan bangsa Melayu di Selangor? PAS seronok sangat ke tengok tanda jalan dibuang perkataan jawi dan dimasukkan tulisan cina oleh Teresa Kok?

Dan salah ke Hasan Ali pertahankan DYMM Sultan Selangor? PAS seronok sakan ke tengok DAP dan PKR derhakan kat DYMM Tuanku Sultan?

Begitu juga dengan Nasha yang meneruskan kesinambungan pimpinan ulama' dalam PAS?

Salah juga ke kedua-dua mereka dan Ustaz Harun Din mahu PAS kembali ke perjuangan asal menubuhkan Kerajaan Islam, "Daulh Islamiyyah"? Salah ke? Tak bebas ke bersuara dalam PAS? OOOOoooo..dah tak bebas ke? Sudah tukar ke?

Kalau apa yang diorang buat tu melambangkan "masuk perangkap UMNO", maka aku rasa...masuk ramai-ramai dalam perangkap UMNO pun tak pe...

Masuklah perangkap UMNO asalkan mengimarah dan menghidupkan syiar Islam sebenar di negara ini...

Masuklah perangkap UMNO asalkan mempertahankan bangsa Melayu di bumi sendiri...

Masuklah perangkap UMNO asalkan mendaulatkan Kesultanan dan Institusi DiRaja Melayu di negara ini...

Marilah masuk perangkap UMNO beramai-ramai...!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!