Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, December 8, 2011

GEMPARRR..!!! TERESA KOK BUKTIKAN DAP ADALAH PARTI PALING RACIST..!!!

teresa signboard

Baru-baru ini kecoh di dada akhbar mengenai DAP yang dikatakan sebagai sebuah parti yang mengamalkan dasar perkauman yang tebal di negara berbilang bangsa ini. Dalam ertikata lain, DAP lebih menyebelahi kaum Cina di dalam apa saja aspek dasar mereka.

Mungkin pemimpin-pemimpin DAP akan tampil menafikan dakwaan itu meskipun dalil dan bukti menunjukkan yang sebaliknya.

Sebagai contoh, Kampung Tengah yang berada di dalam kawasan DUN Kinrara di bawah penguasaan DAP melalui ADUNnya, Teresa Kok, sedang menghadapi masalah besar ekoran sebuah jambatan di kampung tersebut hampir roboh.

Menurut sumber, penduduk kampung berkenaan telah pergi bertemu sendiri dengan Teresa Kok dan pembantu peribadinya bagi memohon agar jambatan tersebut diperbaiki segera. Mereka bimbang sekiranya jambatan tersebut runtuh dan mengakibat kemalangan kepada penduduk kampung tersebut.

Namun, sehingga kini, dikhabarkan tiada tindakan pun yang diambil oleh Teresa bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kemana Teresa Kok sebenarnya?

Rupanya Teresa Kok sedang sebok melayan kaum Cina di kawasannya…

Baru-baru ini di dalam blognya, Teresa Kok menceritakan bagaimana “sebok”nya dia mengunjungi seorang budak Cina berumur 10 tahun yang sakit “scoliosis”. Mungkin nak tunjuk prihatin dan banyak duit, Teresa Kok menulis cheque kepada budak tersebut. Tak mengapalah. Baguslah sebab dia tolong budak Cina itu…

Semalam pula, dia “sebok” lagi! Kali ini, Teresa Kok “sebok” mengiringi “boypren”nya, MB Selangor, Khalid “gagap”, merasmikan majlis pecah tanah di SJK Cina Sin Ming bagi menambah lagi blok sekolah Cina tersebut. Syabas! Untuk kaum “Cina” lagi…

Bagaimana dengan jambatan di Kampung Tengah? Menurut sumber, Teresa Kok mahupun wakilnya tidak langsung berkunjung ke kampung itu untuk meninjau keadaan jambatan yang rosak tersebut. Apakah kerana kampung itu kampung orang Melayu maka Teresa Kok enggan melayan permintaan rakyat di kawasannya?

Apakah Teresa mahu menunggu beberapa orang penduduk Melayu di kampung itu meninggal dunia akibat jambatan runtuh maka barulah dia terhegeh-hegeh menunjukkan muka di Kampung Tengah?

Saya percaya, sekiranya kampung berkenaan merupakan sebuah perkampungan kaum Cina, tak payah diminta pun Teresa Kok akan datang membetulkan jambatan tersebut. Tak payah suruh pun, Teresa Kok akan sukarela dan berbangga menolong kaumnya sendiri.

Itulah sifat dan sikap yang ada pada pemimpin DAP. Sekiranya ianya menyentuh soal bangsa Melayu, maka ia akan diperlambat-lambatkan. Namun sekiranya ia bersangkutan dengan kepentingan masyarakat Cina, tengah malam pun mereka sanggup datang hulur bantuan!

Jika orang mendakwa DAP parti rasis dan tebal perkaumannya, maka pemimpin parti itu akan melatah dan menafikan. Namun realiti apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa memang benar DAP parti rasis! Apa lagi yang mahu dinafikan?


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Duke of UMNO
Salam Hormat

Anda silap! DAP bukan parti rasis maupun paling racist!!!!

DAP cuma parti cina bukit.

Sekian.


James Brown

Bila Kak Su Bersuara... Heh!