Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, December 21, 2011

GEMPARRR..!!! STRATEGI ANWAR MENGHADAPI 9 JANUARI 2012 TERDEDAHHHH..!!!?

Anwar_penjara

BANYAK orang pelik kenapa Karpal Singh meremehkan sesi penggulungan dan hanya memberi penekanan tentang Seksyen yang digunakan untuk mendakwa Anwar yang padanya tidak merujuk kepada perlakuan homoseksual secara paksa tapi secara suka sama suka (377B dan 377C).

Homoseksual juga tapi kalau berjaya dibuktikan seksyen itu salah, Anwar punya peluang untuk bebas tapi dengan beban yang besar dibahunya sepanjang dia hidup. Orang akan tetap mengenang dia sebagai homoseksual, tidak kira paksa atau rela.

Tapi penulis tidak lihat itu sebagai perkara penting. Dalam kes begini yang penting untuk dibuktikan ialah perlakuaan homoseksual itu tidak berlaku sama sekali seperti mana didakwa Saiful. Patutnya Karpal utamakan bab itu bukan dok pertikai Seksyen mana satu yang dituduh.

Itu hal teknikal sedangkan Anwar perlu lebih dari bebas secara teknikal, dia perlu bersihkan namanya dari imej LIWAT once and for all!!

Begitu juga halnya dengan menggunakan saksi-saksi yang tidak ada kredebiliti dan bukan pakar dalam bidang. Sebagai contoh Dr Brian Mcdonald yang bukan kepakarannya khusus dalam bidang kajian DNA dan Dr. Thomas Hoogland, pakar sakit tulang belakang yang hanya merawat Anwar terakhir pada 2005 (6 tahun lepas).

Orang bertanya, kalau benar nak buktikan Anwar tidak boleh membongkok atau ‘meng’ apa sekalipun untuk mengadakan hubungan seks, bukankah yang lebih layak beri keterangan ialah Kak Wan, isterinya sendiri. Memang, yang dibicarakan ini kes liwat, sedangkan Kak Wan perempuan. Tapi mengikut keterangan Saiful, posisi itu adalah posisi sama yang biasa digunakan orang laki bini – doggie.

Cuma ‘lubang’ itu sajalah yang berbeza tapi posisinya itu juga. Maaflah kalau penulis nampak melucah skit hari-hari Jumaat ni tapi terpaksa juga diterangkan supaya faham.

Kalau dalam hal melanggan pelacur China pandai pulak cakap “Dia (Kak Wan), isteri aku, tentulah dia tau perut aku buncit ke tidak?”. Kenapa dalam hal ini tak nak panggil Kak Wan? Diikutkan, Kak Wan lebih kredibel walaupun Dr. Thomas pakar tulang belakang sebab Kak Wan berada hampir setiap malam dengan Anwar sejak 2005 hingga sekarang (kecuali mana yang terakam tu sajalah).

Balik pada persoalan tadi, bodoh benarkah Karpal sehingga terlepas pandang semua perkara ini? Takkan dia tak tau Dr. Thomas tak sesuai dipanggil sebagai saksi sebab kali terakhir periksa Anwar pada tahun 2005 sedangkan kejadian berlaku pada 2008. Sehingga tahun 2011, Anwar tidak langsung merujuk kepada Dr. Thomas untuk apa tujuan perubatan tulang belakang melainkan nak mengajar doktor tersebut macam mana nak menjawab di mahkamah untuk membantu kesnya.

Penulis tak rasa Karpal bodoh. Penulis kuat mengatakan bahawa Anwar memang mahu masuk penjara dan seterusnya mengekalkan undi simpati kepada Pakatan Rakyat dan PKR yang dipimpinnya maka itu perjalanan kesnya dari mula sehingga ke penghujung ni sedemikian rupa – banyak kelemahan dan peluru untuk pendakwaraya menembak semula.

Alasan penulis berkata begitu kerana Anwar gagal sama sekali untuk menafikan kewujudan DNA asal air maninya di dalam dubor Saiful. Jika kata ada yang meletakkan, siapa yang meletakkan, macam mana diletakkan, sumber itu macam mana diperolehi dan sebagainya.

Prostate milking atau apa. Itu saja (kegagalan membuktikan keberadaan air mani) menunjukkan nampak sangat Anwar nak masuk penjara.

Lagipun sebagai pemimpin pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar tidak akan duduk ‘sekandang’ dengan banduan-banduan ganas yang ada kemungkinan ‘merogolnya’ seperti mana banduan biasa yang lain. Pengalaman Anwar 6 tahun dalam penjara dahulu membuktikan bahawa Anwar diberi sebuah bilik penjara khas, yang ada perpustakaan di dalamnya!!!

Malah turut diberi seorang pembantu khas aka tukang urut bernama Rashid yang kemudian menjadi pembantu dirumahnya selepas dibebaskan dari penjara. Apa yang khas, apa yang diurut, itu tak dapatlah penulis nak menguraikannya tapi kalau sampai Kak Wan terpaksa telefon Senator Ezam (ketika itu Ketua Pemuda PKR) dari USA untuk pastikan Rashid tidak ada dirumah sepanjang dia berada disana, sendiri mau fahamlah.

Pendek kata, masuk penjara bukanlah masalah sangat kepada Anwar kerana layanan istimewa yang diterimanya. Perlu diingat, semua kemudahan yang diterima semasa dalam penjara dulu adalah ketika Tun Dr. Mahathir memerintah. Ingat macam mana Anwar gambarkan Tun Mahathir ini zalim, kejam, firaun dan sebagainya? Tapi disebalik semua itu dia sendiri dapat duduk selesa dalam penjara, bilik berasingan dan diberi perpustakaan serta tukang urut sendiri.

Gamaknya kalau Anwar masuk penjara kali ini, mau ada jakuzi menanti sebab Datuk Seri Najib tidaklah sekejam Tun Mahathir kot, lagipun tak dengar lagi Anwar panggil Datuk Seri Najib firaun atau apa seumpamanya. Jangan salah, penulis tidak sama sekali kata Tun Mahathir kejam tapi bercakap dari perspektif Anwar dan penyokongnya ke atas Tun Mahathir pada waktu itu.

Semua ini menjelaskan yang Anwar memang tak kisah masuk penjara, malah dia sendiri beri kenyataan kepada media-media belaannya yang dia tak kisah masuk penjara, akan terus berjuang dari dalam penjara dan apa segala. Itu dan kelonggaran-kelonggaran yang banyak dalam kesnya menjustifikasikan bahawa Anwar memang mahu masuk penjara untuk mengekalkan undi simpati rakyat terhadapnya.

Anwar ambil iktibar dari tahun 1999. Waktu itu, undi simpati orang melayu dan insiden mata lebamnya telah melonjakkan PKR dari segi pertambahan kerusi di Parlimen walaupun PKR tak sampai setahun ditubuhkan. Cuma undi cina yang tidak menyebelahi PKR dan PAS sahaja yang mengelakkan BN hilang lebih banyak kerusi dan negeri.

Sebab itu sampai sekarang Tun Mahathir ingatkan pentingnya menjaga undi cina, mengambil dari tauladan 1999.

Tapi sekarang keadaannya berbeza, DAP dah pastikan cina akan menyokong Anwar, ditambah dengan undi simpati orang melayu, silap-silap boleh bertambah kerusi kalau tak kekal jumlah sekarang. Itu congak Anwar dan Karpal Singh. Sebab itu penulis yakin semua ini (perjalanan kes Anwar) sengaja direka sedemikian rupa kerana dipenghujungnya Anwar memang mau masuk penjara.



Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Duke of UMNO
Salam Hormat

Siapa boleh ambil Kerusi Parlimen Permatang Pauh P49 dari PR pada PRU13?


nonama4now

Bila Kak Su Bersuara... Heh!