Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, December 10, 2011

GEMPARRR..!!! RIBUAN PENYOKONG PAS AKAN BANTU UMNO TAWAN KEDAH JIKA JAMIL KHIR JADI MB..???!!!


Selaku seorang blogger dari Kedah dan mengikut perkembangan politik di negeri itu, ramai juga rakan yang bertanya saya sama ada BN mampu menawan kembali negeri Kedah dari genggaman Pakatan Haram, khususnya PAS Kedah.

Nak tahu jawapan saya? Lebih dari BOLEH..!!!

Pertamanya, dari segi kepimpinan, tidak ada sebab untuk UMNO-BN untuk tidak menawan Kedah kembali. Ketika zaman Pak Lah, ramai geng UMNO Kedah yang tak puas hati pasal calon PRU, kroni Pak Lah, dan segelintir Ketua Bahagian yang buat hal...

Namun kini, dengan diketuai oleh seorang loyalist seperti Tok Bashah, Mukhriz yang diminta ramai akar umbi menjadi penolongnya pun dah aktif, Tok Latt pun rapat dengan PM, pertikaian antara Ketua Bahagian pun dah makin reda, tak mustahil Kedah akan kembali ke pangkuan UMNO-BN.

Namun, bila ditanya mengenai MB Kedah dari BN, pemimpin yang paling tepat ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom! Itu pilihan aku. Pada aku, Jamil Khir ada command power. Dia tegas, biasa memerintah, cukup berpengetahuan pasal agama, rapat dengan Azizan Razak dan dilihat mampu mengawal beberapa Ketua Bahagian yang buat hal...

Keduanya, membandingkan statistik di sini, dengan hanya sebanyak kehilangan 1463 undi pada PRU ke-12 yang lalu, dibandingkan dengan sejumlah 1917 undi rosak, tidak mustahil Kedah mampu dirampas semula oleh UMNO-BN.
1) N.26 Tanjung Dawai kalah pada PAS = 79 undi
2) N.24 Jeneri Kalah kepada PAS = 167 undi
3) N.09 Bukit Lada kalah kepada PAS = 208 undi
4) N.27 Pantai Merdeka kalah kepada PAS = 503 undi
5) N.04 Ayer Hitam kalah kepada PAS = 506 undi

Jumlah Hilang Undi = 1463 undi
1) N.26 Tanjung Dawai = 618 undi
2) N.24 Jeneri = 256 undi
3) N.09 Bukit Lada = 395 undi
4) N.27 Pantai Merdeka = 296 undi
5) N.04 Ayer Hitam = 352 undi

Jumlah Undi Rosak = 1917

Sekiranya kehilangan undi dan undi rosak ini berjaya diatasi oleh UMNO-BN Kedah, maka BN akan memenangi pilihanraya dengan majoriti mudah 19 kerusi DUN. Kalau nak menang selesa dengan majoriti 2/3, perlu kerja kuat dapatkan lagi 5 kerusi DUN. Rasanya Pemuda dan Puteri di Kedah mungkin boleh tolong kot...

Bagaimanapun, UMNO-BN Kedah perlu berjaya memastikan 14 kerusi DUN Kedah dipertahankan terlebih dahulu. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Ketiganya, PAS Kedah memang dah lemah, selemah-lemahnya. Dulu pun depa lemah, tapi pasal UMNO lagi lemah dari depa, depa menang la dapat Kedah. Tapi sekarang ni, UMNO-BN dah mangkit dari tidoq! Dah "koi-koi" kembali bersatu dahhhh..hangpa tak caya? hangpa tunggu laaaa...

Pasal apa aku kata PAS lemah selemah-lemahnya sekarang? Azizan Razak dah give-up. Phahrulrazi pulak dok terawang-awang nak jadi MB. Mahfuz pun nak jadi MB gak. Amiruddin pun nak jadi MB gak. Eh? Berapa banyak MB nih..? Sah berebut kuasa nihhh..!

Paling utama ialah bab ke-4! Rakyat di akar umbi golongan atas pagar dah hangin satu badan dengan PAS. Ada yang meluat kat Exco-Exco dan sayang kat MB yang cuba dianiaya. Ada pulak yang menyampah kat MB dan masuk belah Exco-Exco. Tapi paling parah, majoriti golongan atas pagar dah "bebai" kat MB, Exco dan puak-puak PAS Kedah!

Depa kata lebih teruk dari UMNO-BN..!!!

Bukan setakat geng atas pagar saja. Ada laporan yang neutral memberitahu bahawa orang PAS sendiri akan sabotaj beberapa kerusi di DUN parti itu. Depa hangin satu badan kat ADUN PAS yang depa pilih sebab tak buat kerja dan dok syok sendiri dengan jawatan yang ada..."YB" la kata kan...hebat sangat la gamaknya tuuuu...

Penyokong PAS sendiri akan bantu UMNO-BN tawan Kedah balik pada PRU ke-13 nanti, insyaAllah..!!! Takbirrrrr..!!!

Dan pada pandangan aku, sekiranya momentum ini berkekalan, Jamil Khir pandai atur gerakan, Tok Bashah pandai jadi 'jambatan', Mukhriz pulak bijak main peranan, aku rasa Kedah dah dalam tangan...

Apa pun, kita perlu berusaha. Dan kemudian, serah dan bertawakkal pada Allah SWT. Kalau Dia izinkan, jangankan Kedah, Kelantan pun boleh dapat balik aihhh..!!! Kita tunggu saja masa dan ketikanya. Bila dah sampai masa, KITA STRIKE HABIS-HABISAN..!!!

1 comment:

Anonymous said...

Saya sokong 100% memang elok dan tepat jika ditakdir Datuk Jamil Khir jadi MB kedah,untuk kearah tu BN kedah la kena kempen untuk mencalun Datuk Jamil Khir sebagai bakal jadi MB nanti.Apa yang perlu kena bersatu,jangan iri hati,cantas mencantas dan sebagainya malah penyokong PAS akan memberi sokongan kearah itu.Yang penting la bagaimana untuk mendapat balik kedah dari PAS.InsyaAllah BN akan berjaya kembali mentadbir kedah.Dari YBSPENANG

Bila Kak Su Bersuara... Heh!