Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, December 21, 2011

GEMPARRR..!!! KERAJAAN PAS KEDAH MALUKAN DYMM YG DIPERTUAN AGONG..???


Baru-baru ni ramai rakyat dan NGO-NGO di negeri Kedah yang bangkit menentang usaha Kerajaan PAS Kedah merobohkan Madrasah Solihiyyah yang terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar.

Untuk fakta, madarasah tersebut adalah warisan zaman berzaman dan lebih tua berbanding Masjid Negeri apabila dikatakan berusia lebih seratus tahun.

Menurut sumber yang aku dapat baru-baru ni, pihak pemaju akan menggantikan madrasah yang baru yang akan dibina di dalam Plaza Tunku Yaakob yang akan dibina di tapak madrasah berkenaan sekiranya dirobohkan. Nak buat Aman Central sampai kena roboh madarasah tertua di Kedah?



Pada aku, aku tak setuju! Bukan pasal politik. Tapi pasal dah memang ada dalam syarat setiap bangunan shopping complex perlu ada surau. Dalam ertikata lain, kalau Madrasah Solihiyyah tu tak dirobohkan pun, pemaju wajib bina surau di Plaza Tunku Yaakob tu!

Nampak sangat pemaju dan Kerajaan PAS Kedah nak mempermainkan rakyat dalam hal "bina semula surau" tu! Hal bina bali surau tu dibuat sebagai alasan untuk pujuk hati rakyat Kedah la tu kononnyaaaa...

Ni aku nak bagi tau. Setahu aku yang memang orang Aloq Setaq, projek Plaza Tunku Yaakob tu agak seratus dua ratus meter dari Madrasah Solihiyyah. Dah ada dah bangunan Plaza tu. Tapi projek tu terbengkalai sebab dikatakan takdak funding.


Dalam hal jarak tersebut, pasai apa nak robohkan pulak madrasah tu sedangkan madrasah tu tak ganggu langsung pembinaan Plaza Tunku Yaakob?

Aku nak tanya. Kalau betul pun master plan projek tu merangkumi kawasan Madrasah tu, takkan la Kerajaan PAS Kedah tak boleh nak ubah sikit master plan tu supaya tak kacau madarasah tu? Boleh punya! Kita buat dia, bukan dia buat kita...mau dengan tak mau jaaa..

Contohnya, kat tengah pekan Aloq Setaq, City Point dan City Plaza dibina hanya sebelah menyebelah dengan Pusat Dakwah tanpa perlu dirobohkan. Tapi master plan tu dibuat masa Kerajaan BN perintah Kedah laaa...

Tapi bila PAS ambik alih Kedah, Madrasah tertua di Kedah pun nak dirobohkan. Kononnya nak buat pembangunan ekonomi setempat. Ntah-ntah nak buka rumah urut dan pusat hiburan kat Plaza Tunku Yaakob tu. Tu yang nak roboh madrasah tu sangat tuuu...

Aku harap, Kerajaan PAS Kedah tak jadi macam Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Kat Selangor, depa bina dan bela gereja! Tak caya tanya Khalid Samad. Kat Kedah jangan la jadi lagu tu...buat malu DYMM Yang DiPertuan Agong jaaa...

1 comment:

anakmamu said...

Madrasah tu bukan digunakan pun.. Malam2 gelap je aku tengok.. Yang ada syarikat Insurans buat jadi opis..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!