Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, December 31, 2011

GEMPARRR..!!! JAMIL KHIR & AZIZAN RAZAK PAKAT NAK HENTAM MAHPOSSSSS...???!!!


Baru-baru ni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diserang bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, kononnya beliau menyeleweng wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk bayaran guaman kes qazaf yang difailkan Anwar terhadapnya.

Pembangkang kata..
KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan jika tiada penjelasan munasabah (dari Jamil Khir) -Nik Nazmi
Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong -Jinggay 13

Lebih menarik lagi, Mahfuz menghasut rakyat supaya bangkit tuntut dakwa Jamil Khir menyeleweng wang zakat.
"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. -dipetik dari Harakahdaily.

Ya. Jamil Khir dah jawab. Rujuk sini. Dan jawapannya pada aku cukup rasional dan menjawab dakwaan busuk puak-puak kat atas tu. Jelas sekali duit yang digunakan itu BUKAN DUIT ZAKAT sebagaimana yang didakwa puak-puak pembohong pemfitnah kat atas tu...

Persoalannya, mengapa Mahfuz beriya-iya nak buruk-burukkan Jamil Khir?

Sebab..Jamil Khir merupakan candidate terbaik untuk jadi MB Kedah. Dan Mahfuz tahu kekuatan dan ketokohan Jamil Khir tu mampu menewaskan PAS di Kedah, sedangkan Mahfuz sendiri dok aim nak jadi MB Kedah lepas dia gulingkan Azizan Razak.

Mahfuz tahu Jamil Khir dan Azizan memang sahabat baik. Dan dia takut Azizan pakat dengan Jamil Khir untuk kalahkan dia masa PRU 13 nanti. Bukan rahsia lagi tentang hubungan retak antara Azizan dan Mahfuz...depan orang ramai boleh la diorang "auta"...

Melihat kepada kenyataan Mahfuz dalam Harakah, aku rasa wajar sangat Jamil Khir saman dan buat report polis terhadap Mahfuz atas dakwaan memfitnah, memburuk-burukkan nama baik dan menghasut serta menipu rakyat untuk memperjuangkan fitnah.

Tak tahulah sama ada Jamil Khir akan buat begitu atau tidak. Cuma, kalaulah aku ditempat Jamil Khir, dah tentu aku saman je Mr. Bean PAS nih..Dah tentu Azizan sokong aku punya..!!!

3 comments:

Anonymous said...

Gila ke Jamil Khir nak seleweng wang zakat.

Tu yang sembat duit kutipan untuk anak yatim Mamali tu apa cerita. Sampai sekarang pun tak berjawab.

Dari mula sampai kiamat, tak habis2 memfitnah ...

Anonymous said...

Duke of UMNO
salam 2012


Mahfuz tahu Jamil Khir dan Azizan memang sahabat baik. Dan dia takut Azizan pakat dengan Jamil Khir untuk kalahkan dia masa PRU 13 nanti. Bukan rahsia lagi tentang hubungan retak antara Azizan dan Mahfuz...depan orang ramai boleh la diorang "auta"...



line clear!

Anonymous said...

Kan issue guna duit zakat nie dah disahkan oleh ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang. Ketua audit negara nie org PKR ke? Haha..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!